Analisa Rasuah

1
Analisa Ekonomi terhadap Amalan Rasuah Menurut Moh. Samsudin, 2008 menyatakan bahawa banyak kajian yang dijalankan dan terbukti bahawa kesan dan kos yang terpaksa ditanggung akibat jenayah rasuah, antaranya adalah: 2.1.1 Peningkatan harga Kajian mendapati bahawa rasuah menyebabkan peningkatan barang dan perkhidmatan antara 10% hingga 20%. Kesan ini telah dijelaskan oleh Dieter Frisch, bekas Director-General Of Development at the European Comminision di mana beliau menyatakan bahawa, “Corruption raises the cost of goods and services; it increases the debt-servicing cost in the future; it leads to lowing of standards, as sub-standards goods are provided and inappropriate or unnecessary technology is acquired; and its result in project choices being made rewarding for the perperator of corruption. Than on manpower, which would be more useful for development. 2.1.2 Pengaliran Keluar Modal Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan daripada dikesan. Keadaan ini mengakibatkan banyak wang mengalir keluar. P.E. Pederson dalam artikelnya yang bertajuk The Search for The Smoking Gun . (Euromoney, 1996) menyatakan bahawa sehingga USD30 bilion bantuan yang diberikan kepada Afrika berakhir dalam akaun-akaun individu tertentu dalam Bank Swiss. Jumlah ini adalah dua kali ganda Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara-negara Ghana, Kenya dan Uganda disatukan. 2.1.3 Mempengaruhi Dasar Pembangunan Akibat jenayah rasuah, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan akan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan rakyat dan keperluan masyarakat. 2.1.4 Mempengaruhi Kadar Pelaburan dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jenayah rasuah juga memberi kesan kepada kadar pelaburan dan pertumbuhan KDNK. Paolo Mauro, ahli ekonomi IMF mendapati bahawa rasuah mempunyai kaitan negatif yang kuat dengan pertumbuhan kadar pelaburan, tanpa mengira keadaan red tape yang dihadapi . Model Mauro ini menunjukkan bahawa satu sisihan piawai (standard deviation) pembaikan dalam indeks rasuah akan menunjukkan kepada peningkatan sebanyak 2.9% KDNK.

Transcript of Analisa Rasuah

Page 1: Analisa Rasuah

Analisa Ekonomi terhadap Amalan Rasuah

Menurut Moh. Samsudin, 2008 menyatakan bahawa banyak kajian yang dijalankan dan terbukti bahawa kesan dan kos

yang terpaksa ditanggung akibat jenayah rasuah, antaranya adalah:

 

2.1.1    Peningkatan harga

 

Kajian mendapati bahawa rasuah menyebabkan peningkatan barang dan perkhidmatan antara 10% hingga 20%. Kesan

ini telah dijelaskan oleh Dieter Frisch, bekas Director-General Of Development at the European Comminision di mana

beliau menyatakan bahawa, “Corruption raises the cost of goods and services; it increases the debt-servicing cost in

the future; it leads to lowing of standards, as sub-standards goods are provided and inappropriate or unnecessary

technology is acquired; and its result in project choices being made rewarding for the perperator of corruption. Than on

manpower, which would be more useful for development.

 

 

2.1.2    Pengaliran Keluar Modal

 

Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan daripada dikesan.

Keadaan ini mengakibatkan banyak wang mengalir keluar. P.E. Pederson dalam artikelnya yang bertajuk “The Search

for The Smoking Gun”. (Euromoney, 1996) menyatakan bahawa sehingga USD30 bilion bantuan yang diberikan kepada

Afrika berakhir dalam akaun-akaun individu tertentu dalam Bank Swiss. Jumlah ini adalah dua kali ganda Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara-negara Ghana, Kenya dan Uganda disatukan.

 

 

 

2.1.3    Mempengaruhi Dasar Pembangunan

 

Akibat jenayah rasuah, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan akan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi

pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan rakyat dan keperluan masyarakat.

 

 

2.1.4    Mempengaruhi Kadar Pelaburan dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 

 

Jenayah rasuah juga memberi kesan kepada kadar pelaburan dan pertumbuhan KDNK. Paolo Mauro, ahli ekonomi IMF

mendapati bahawa “rasuah mempunyai kaitan negatif yang kuat dengan pertumbuhan kadar pelaburan, tanpa

mengira keadaan red tape yang dihadapi”. Model Mauro ini menunjukkan bahawa satu sisihan piawai (standard

deviation) pembaikan dalam “indeks rasuah” akan menunjukkan kepada peningkatan sebanyak 2.9% KDNK.