Amali batu fizik sem 5
-
Upload
norainihussain83 -
Category
Documents
-
view
395 -
download
1
Transcript of Amali batu fizik sem 5
LAPORAN AMALI 2
Tajuk : Mengenal Pasti Batu-batuan
Tujuan : Mengenalpasti dan mengelas batuan mengikut spesifikasi
a) Batu Igneus
b) Batu Sedimen
c) Batu Metamorfik
Pengenalan :
Kerak bumi terbentuk daripada beraneka jenis batu-batuan. Setiap batu-
batan ini berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi corak, bentuk rupa,
warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan gondolan.
Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara
fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitu juga
dengan ahli-ahli georafi, mereka perlu mempunyai ketahanan asas tentang jenis
batu-batan yang biasa terdapat dan hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan
juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyak menentukan jeni
tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan.
Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang
besar iaitu Batuan Igneus, Batuan Sedimen dan Batuan Metemorfik.
Pengkelasan ini dibuat berdasarkan kendungan mineral iaitu jenis-jenis mineral
yang terdapat di dalam batuan ini, tekstur batuan iaitu saiz dan betuk hablur-
hablur mineral di dalam batuan dan struktur batuan iaitu susunan hablur mineral
di dalam batuan.
i) Batu Igneus
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma
dari dalam kerak bumi.. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis
dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan
kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi
1
lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Contohnya
batu granit, warnanya lebih cerah serta kurang padat. Batuan bes pula lebih
padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksida dan
hidroksida besi, aluminium dan magnesium. Contonya batu basalt. Batuan
igneus boleh dibahagikan kepada batu plutonik dan batu gunung berapi
mengikut asal pembentukannya.
Proses pembentukan batu plutonik disebabkan proses penyejukan yang
perlahan yang menghasilkan hablur besar dan kasar contonya granit, diorite dan
gabro. Contoh-contoh bentuk muka bumi yang terhasil adalah seperti daik, sil,
lakolit dan batolit. Batu Gunung Berapi atau Terobosan pula adalah batu
cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini
membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya
berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat
ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan
daratan tinggi lava. membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.
Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus
biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan
dan batu-batu nisan yang berukir.
Gambar menunjukkan Batuan Igneus
2
Batuan Sedimen
Batu Sedimen terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan
perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat
dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh
sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza
dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau
berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang
membentuk batuan Sedimen ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai,
glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan Sedimen tidak berhablur dan
seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-
hidupan halus. Batuan Sedimen inilah yang paling berbeza sekali cara
kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan Sedimen dapat
dikelaskan berdasarkan umurnya. Batuan sedimen boleh dikelaskan kepada tiga
jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya
Batuan sedimen yang terjadi secara mekanik. Batuan jenis ini terjadi
daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain.
Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak. Batuan ini terjadi
daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan
dan warnanya sangat berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari
untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang
lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar
berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu
disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi).
Batuan sedimen yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan
untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin
terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.
Batuan sedimen yang terjadi secara organik pula merupakan batu
yang terhasil daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya,
organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan
meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini
3
terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu
yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi
daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat
di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada
tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon
yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu.
Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi.
Batuan sedimen yang terjadi secara kimia pula merupakan batu
yang terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid
(garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di
dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang
berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu.
Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.
Gambar menunjukkan Batuan Sedimen
Batu Metamorfik
Menurut Fardnon. J (2006), batuan metamorfik adalah batuan jelmaan
yang berasal daripada batuan igneus dan batuan sedimen. Ianya amat keras,
bersinar-sinar, cantik dan amat menarik. Ianya dibahagikan kepada dua jenis
iaitu batuan berjalur dan batuan tidak berjalur. Batuan berjalur mempunyai
4
susunan mineral berlapis secara selari manakala batuan tidak berjalur tidak
mempunyai lapisan.
Batu Metamorfik
Batu ini terhasil melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami oleh
batu mendak dan juga batu igneus semasa gerakan tektonik di dalam bumi.
Ianya juga lebih keras dan stabil (Kerrod, R., 2000).
Pembetukan batuan metamorfik.
Batuan metamorfik dibentuk oleh metamorfosm atau perubahan dalam
bentuk batu yang sedia ada. Tekanan dan suhu yang melampau apa yang
menyebabkan batu yang sedia ada atau Protolith untuk berubah bentuk.
5
Contohnya kyanite, andalusite dan garnet dan mineral
dalam jenis batu ini. Proses penting dalam batuan
metamorf adalah foliasi. Proses ini menyebabkan
kumpulan mineral yang membentuk dan datang bersama-
sama dalam lapisan. Gneist, Sabak dan Marmar adalah
contoh batuan metamorfik.
Bahan : Beberapa jenis batuan dan air.
Radas : Bikar, Slinider penyukat, alat penimbang dan kanta pembesar.
Prosedur :
1. 10 jenis batu yang berbeza dikumpul dan di bawa ke makmal.
2. Batu-batu dilabelkan.
3. Struktur semua jenis bati diperhatikan satu-persatu dengan menggunakan
kanta pembesar.
4. Perbezaan struktur antara semua jenis batu direkodkan dalam jadua 1.
5. Semua jenis bati ditimbang satu-persatu untuk mendapatkan jisim batu.
6. Isi padu batu diambil.
7. Ketumpatan baru dicari dengan menggunakan hubungan antara jisim/isipadu.
6
Bahan dan radas yang digunakan
Batu-batuan yang dikumpul
Struktur batuan diperhatikan dengan menggunakan kanta pembesar.
7
Jisim batuan diambil dengan alat penimbang
Isipadu batu diambil
Isipadu awal air sebelum dimasukkan batu
8
isipadu air selepas dimasukkan batu.
9
Hasil:
Bil Gambar Jenis batu Warna Jisim (g) Isipadu
(cm3)
Kilauan Kekerasan Lapisan Tekstur
1 Batuan
Sedimen
Coklat
keperangan
70 40 Tiada Lembut Ya • Sedikit
kasar
• Tidak
berongga
2 Batuan
Metamorfik
Perang
keemasan
50 30 Berkilau Keras Ya • Licin
• Tidak
berongga
10
3 Batuan
Metamorfik
Putih 50 20 ya Keras tiada • Licin
• Tidak
berongga
4 Batuan
Igneus
Hitam 175 45 Ya Keras Tiada • Kasar
• Segi
bersudut
11
5 Batuan
Igneus
Putih 200 80 Ya Keras Tiada • Kasar
• Tidak
berongga
6 Batuan
metamorfik
Kelabu 100 50 Tiada Keras Berlapis • Sedikit
kasar
• Tidak
berongga
12
7 Batuan
Sedimen
Merah bata 50 40 Tiada Lembut Berlapis • Licin
• Berongga
8 Batuan
Sedimen
Kelabu 85 40 Tiada Keras Ya • Kasar
• Bersegi
13
9 Batuan
Igneus
Putih kelabu 155 60 Ya Keras Tiada • Kasar
• Tidak
berongga
10 Batuan
Igneus
Hitam 25 10 Tiada Keras Tiada • Kasar
• Tidak
berongga
Jadual menunjukkan klasifikasi dan ciri-ciri batuan
14
Mengira ketumpatan batu
Perbincangan:
Batu-batuan yang dipilih telah dikaji berdasarkan jenis dan ciri-cirinya.
Kami telah menemui 10 jenis batuan yang berbeza warna, struktur dan
kekerasannya. Batu-batuan tersebut dibahagikan kepada 3 jenis iaitu batu
igneus, batu enapan dan batu metamorfik.
Batu pertama dikenalpasti sebagai batuan sedimen. Ia bewarna
keperangan, tidak berkilau, berlapis, bertekstur kasar dan tidak berongga.
Batuan ini mempunyai ketumpatan 1.75 gcm3. Didapati batuan jenis Sedimen ini
15
Bil Jenis batu
Jisim (g) Isipadu (cm3)
Ketumpatan (gcm-3)
1 BatuanSedimen
70 40 1.75
2 Batuan Metamorfi
k
50 30 1.7
3 Batuan Metamorfi
k
175 45 3.9
4 Batuan Igneus
200 80 2.5
5 Batuan Igneus
100 50 2.0
6 Batuan Metamorfi
k
50 40 1.25
7 BatuanSedimen
85 40 2.13
8 Batuan Sedimen
155 60 2.6
9 Batuan Igneus
50 20 2.5
10 BatuanIgneus
25 10 2.5
mempunyai fosil dan sebab itulah ia berwarna keperangan. Batu kedua
merupakan batuan jenis Metamorfik. Ia berwarna putih, berkilau, keras, berlapis
dan mempunyai tekstur licin serta tidak bersudut. Ketumpatannya adalah 1.7
gcm3.
Batu ketiga merupakan batu metamorfik yang mempunyai warna putih.
Ianya berkilau, berstruktur keras serta tidak mempunyai lapisan. Ketumpatannya
adalah 3.9 gcm-3. Batuan metamorfik adalah batuan jelmaan yang berasal
daripada batuan igneus dan batuan sedimen Batu seterusnya adalah batu
Igneus yang berwarna hitam. Ianya keras dan tidak mempunyai lapisan. Dari
segi strukturnya pula, ianya kasar dan mempunyai rongga dan ketumpatannya
adalah 2.5 gcm-3.
Batu kelima pula merupakan batu Igneus yang berwarna putih. Ianya
berkilau, keras dan tidak mempunyai lapisan. Ia juga mempunyai struktur kasar
dan tidak berongga. Ketumpatannya adalah 2.0 gcm-3. Seterusnya adalah batu
metamorfik dan ianya berwarna kelabu. Ianya tidak berkilau, keras dan berlapis.
Dari segi strukturnya, ianya sedikit kasar, dan tidak berongga serta
ketumpatannya adalah 1.25 gcm-3.
Batu ketujuh adalah batu sedimen dan berwarna merah bata. Ciri-cirinya
adalah tidak berkilau, lembut dan mempunyai lapisan. Strukturnya adalah licin
dan berongga serta ketumpatannya adalah 2.13 gcm-3. Batu ke lapan juga
adalah batu sedimen, berwarna kelabu, tidak berkilau, keras, berlapis dan
strukturnya adalah licin dan tidak berongga. Ianya juga mempunyai ketumpatan
sebanyak 2.6 gcm-3.
Selain daripada itu, batu ke kesembilan adalah batu Igneus yang
berwarna putih-kelabu. Ianya berkilau, keras dan tidak berlapis. Ciri-cirinya
adalah kasar dan tidak berongga dan mempunyai ketumpatan 2.5 gcm -3. Batu
terakhir adalah Igeneus, berwarna hitam serta tidak berkilau, keras dan tidak
mempunyai lapisan. Ciri-cirinya adalah kasar dan tidak berongga.
Ketumpatannya pula adalah 2.5 gcm-3.
16
Berdasarkan hasil kajian tersebut, batu Igneus adalah paling banyak iaitu
4 berbanding batu sedimen dan metamorfik yang masing-masing mempunyai
jumlah 3 daripada 10 batu yang dikumpul. Batu igneus ini adalah keras dan
kukuh serta ia tidak mempunyai fosil. Batu igneus di dalam kajian ini
kebanyakannya berwarna hitam dan kelabu. Ia selalunya digunakan untuk
membuat jalan raya, tugu peringatan dan batu nisan.
Batu sedimen adalah terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan
perairan. Batuan Sedimen tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil
binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batu Sedimen yang
didapati dalam kajian ini kebanyakannya berwarna coklat keperangan dan merah
bata. Batu Metamorfik pula terhasil daripada proses tekanan dan haba yang
sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus
mahupun batuan sedimen akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Batu ini
juga dikenali sebagai batu jelmaan. Batu metamorfik selalunya berwarna kelabu
atau putih keperangan.
Kesimpulan:
Batuan diklasifikasikan dengan cara mengkaji ciri-ciri mereka, seperti corak,
kekerasan ketumpatan dan tekstur. Batuan diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu
batu igneus, metamorfik dan batu enapan.
17
Rujukan:
Buku
Fardnon. J (2006). Rocks & Minerals. Lorenz Books. Anness Publishing Ltd.
Hess D. (2011). Mcnight’s Physical Geography; A Landscape Appreciation, 10th
Edition. Prentice Hall. New Jersey.
Kerrod, R. (2000). Planet Earth . Minneapolis: Lerner Publication .
Lutgens F. et al (2009). Earth Science, 12th edition. Pearson Prentice Hall, New
Jersey.
Rusly M. & Nurashikin A. (2006). Geografi Alam Sekitar Fizikal. Pearson
Longman. Selangor Darul Ehsan.
Internet
iXArticle (2013).Jenis batu. Diambil daripada
http://my.ixarticle.com/articles/605218/. Dilayari pada 15 Ogos 2013.
Tripod (t.t). Pelbagai Jenis Batuan. Diambil daripada
http://inani.tripod.com/batu.htm. Dilayari pada 15 Ogos 2013.
18
19