Amalan penggunaan tmk dalam p&p

55
1 Amalan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sebuah Sekolah Orang Asli Di Hulu Perak, Grik: Satu Kajian Kes Oleh Cheah Chee Keong Linda Liang Salmiah Said Siti Hajar Man Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 2010

Transcript of Amalan penggunaan tmk dalam p&p

Page 1: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

1

Amalan Penggunaan TMK

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Di Sebuah Sekolah Orang Asli Di Hulu Perak, Grik:

Satu Kajian Kes

Oleh

Cheah Chee KeongLinda Liang

Salmiah SaidSiti Hajar Man

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

2010

Page 2: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

2

ABSTRAK

Pendidikan di abad ke 21, menuntut warga pendidik menggunakan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar selari

dengan perkembangan pendidikan dunia. Konsep “Pendidikan Untuk Semua” tanpa

mengira kaum atau bangsa khususnya kepada orang-orang asli perlu diberi perhatian yang

sewajarnya dalam aspek penerapan penggunaan TMK di dalam kelas. Kajian ini bertujuan

mengkaji persepsi guru terhadap amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran , tahap amalan TMK di kalangan guru serta faktor pendorong dan

penghalang penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk

kajian adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara asas amalan

TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru

mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian menunjukkan amalan

penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada

penggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran

digital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang

masih pada peringkat “Entry”dan “Adoptation”. Kajian mendapati faktor sokongan dari

pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK

dalam pengajaran dan pembelajaran. Bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan

penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan di sekolah orang asli.

Page 3: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

3

ABSTRACT

Education in the 21st century, requires educators to utilize Information and

Communication Technology (ICT) in their teaching and learning process. The concept of

"Education For All" regardless of race or nation, especially for the indigenous people

should be given due attention in terms of implementation of the use of ICT in the

classroom. This study aims to investigate the perceptions of teachers towards the use of

ICT in teaching and learning, the level of ICT usage among teachers as well as the driving

and hampering factors in the use of ICT for teaching and learning. This is a qualitative

exploration and descriptive study to explore the basic practices of ICT by teachers in

indigenous schools. The findings showed that teachers have positive perceptions about the

effectiveness of using computers to assist teaching and learning. In addition, the study

shows the practice of using computers in teaching and learning process is focused on the

usage of interactive CD-ROM materials that is supplied by the Ministry of Education. The

production of digital learning materials is limited due to the level of knowledge and skills

of teachers who are still at the "Entry" and "Adoptation”stage. The study found that

support from the school administration is the key factor in promoting the usage of ICT in

teaching and learning. Electricity supply is also a major factor why the usage of ICT

cannot be fully implemented in the indigenous schools.

Page 4: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

4

BAB 1

Pengenalan

Dasar penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan keutamaan fokus pendidikan abad ke 21 seiring dengan era masyarakat

bermaklumat. Penekanan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) di sekolah

bukanlah satu perkara baru. Projek literasi komputer bermula pada tahun 1986 dan

diteruskan dengan projek seperti Jaringan Pendidikan, Pusat Sumber Elektronik serta

projek sekolah bestari (Lee, 2000). Sehingga kini, amalan pelaksanaan TMK dalam

pengajaran dan pembelajaran berdepan dengan cabaran-cabaran dan halangan terutama di

sekolah pedalaman dan sekolah orang asli.

Dalam konteks pendidikan orang asli, Seksyen 17 Akta 134 dalam Perlembagaan

Malaysia menjelaskan perincian hak-hak keistimewaan peruntukan pendidikan untuk

anak-anak orang asli dalam menerima pelajaran seperti kaum-kaum lain di Malaysia.

Konsep “Pendidikan untuk Semua”tidak meminggirkan pendidikan untuk golongan ini

termasuklah dari aspek pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Memandangkan penggunaan komputer amat bermanfaat, ia sememangnya sesuai

digunakan untuk membantu pembelajaran murid-murid sekolah orang asli terutama

mereka yang kurang minat terhadap alam persekolahan.

Page 5: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

5

Latar Belakang Kajian

Usaha kerajaan membudayakan TMK dalam kehidupan masyarakat adalah

sebahagian besarnya bermula di sekolah. Arahan kabinet (Musa Mohamed, 2001) ialah

proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) perlu mengaplikasikan TMK seperti

penggunaan CD-ROM dan komputer di sekolah. Hal ini selaras dengan program

pembestarian sekolah yang merupakan agenda besar Kementerian Pelajaran Malaysia

dalam Rancangan Malaysia ke-9. Bagi memastikan keberkesanan penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pelajaran

telah memberikan latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan kepada guru-

guru dan menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah dan

dibekalkan ke sekolah-sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003).

Anjakan paradigma pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini menuntut

perubahan peranan guru sebagai fasilitator dalam membantu pelajar meneroka maklumat

dan pelajar perlu membina hipotesis, meneroka, menganalisis serta membuat keputusan

terhadap masalah yang diberi (Salmiah Said, 2008). Inisiatif untuk mengintegrasikan

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu. Melalui integrasi TMK berlaku

perubahan pendekatan p & p ke arah berpusatkan pelajar (Rusmini Ku Ahmad, 2007).

Penggabungan TMK dalam p & p memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara

tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan TMK terlibat dalam semua

peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan

penilaian selepas sesi p & p.

Page 6: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

6

Kajian ini cuba meninjau tahap amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK) dalam p & p di sebuah sekolah orang asli, di Grik, Perak. Skop kajian ini juga

cuba meninjau faktor-faktor yang mendorong tenaga pengajar dalam menggunakan

kelengkapan TMK dan faktor-faktor yang menghalang penggunaan kemudahan dan

kelengkapan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pernyataan Masalah

Pembestarian sekolah merupakan satu agenda pendidikan negara. Pelaksanaan

TMK bermula dengan projek sekolah bestari pada tahun 1999-2002. Terdapat sekolah

orang asli di pedalaman seperti SK Chini dan SK Runchang telah dilengkapi dengan

komputer dan talian internet (Wahid Hashim, 2006). Namun persoalannya sekarang,

apakah kita masih ditahap melengkapkan sekolah dengan komputer? Apakah bekalan

komputer ini dimaksimumkan penggunaannya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran? Banyak pelaburan untuk mengintegrasikan TMK dalam pendidikan namun

menghasilkan impak yang sedikit (Loveless, 1995; Willis, 1996) termasuklah di Malaysia

(Tan Soon Yin, 2000). Pelaburan dalam usaha mengintegrasikan TMK di sekolah-sekolah

Malaysia belum menjangkau peringkat projek rintis (Gan, 1997).

Keberkesanan Pelaksanaan TMK di peringkat sekolah rendah masih belum

mencapai tahap yang optimum terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (IAB,

2009). Data-data deskriptif menunjukkan min penggunaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah sederhana (2.76). Adakah amalan TMK berada pada tahap yang

sama di sekolah orang asli?

Page 7: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

7

Di samping itu, tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru sekolah rendah juga

merupakan isu yang penting bagi menjayakan pelaksanaan TMK. Seseorang guru itu

perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam

mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan

kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah (Mc Lellan, 1991). Untuk

memastikan hal ini berlaku, kajian ini turut meninjau tahap kemahiran TMK dalam

kalangan guru di sekolah rendah orang asli.

Persepsi penggunaan TMK sebagai alat membantu pembelajaran dalam kalangan

guru adalah pada tahap sederhana (IAB, 2008). Inovasi ini adalah sesuatu yang baru bagi

sebahagian guru dalam konteks tertentu (Tan Soon Yin, 2000). Satu faktor guru yang

terlibat ialah persepsi guru tentang kepentingan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Di sinilah kepentingan persepsi guru diambil kira dalam melihat integrasi TMK dalam p &

p di sekolah.

Terdapat kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada faktor pendorong

pelaksanaan integrasi TMK dalam p & p manakala sebahagian mengkaji faktor halangan.

Kesuntukan masa mengggunakan TMK oleh guru-guru menjadi penghalang manakala

sikap positif, keyakinan dan kemahiran menggunakan TMK mendorong pelaksanaannya

dalam p & p (IAB, 2008). Zaini Ahmad (2006) pula mendapati faktor-faktor yang

menyokong pelaksanaan TMK ialah kesedaran terhadap kepentingan TMK, kerjasama

antara warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendekatan TMK kepada guru

dan insentif kepada guru. Walaupun dasar Kementerian Pelajaran mewujudkan integrasi

Page 8: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

8

TMK di sekolah namun penerimaan setiap sekolah terhadapnya adalah berbeza (Zamri

Abu Bakar & Rusmini Ku Ahmad, 2006).

Berdasarkan pernyataan masalah tersebut, kajian ini meninjau amalan TMK dalam

p & p di sekolah orang asli yang mempunyai budaya tersendiri.

Objektif Kajian

Objektif kajian adalah :

1.3.1 mengenal pasti persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p

1.3.2 mengenal pasti tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di

kelas.

1.3.2 mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang atau menyokong amalan

penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid

sekolah orang asli.

Soalan Kajian

Berikut adalah soalan kajian:

1.4.1 Apakah persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p?

1.4.2 Apakah tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas?

1.4.3 Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran ?

1.4.4 Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran?

Page 9: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

9

Signifikan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk memberi satu input kepada Bahagian Teknologi

Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat pelan

tindakan susulan bagi memastikan saranan penggunaan kelengkapan TMK dilaksanakan

sepenuhnya bagi sekolah-sekolah orang asli di luar bandar.

Di samping itu, dapatan kajian membolehkan strategi dirangka untuk mengatasi

masalah pelaksanaan TMK di peringkat sekolah. Hal ini membolehkan guru-guru

mengenalpasti halangan-halangan umum yang terpendam dan mencari jalan mengatasinya

melalui pendekatan inovasi yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan.

Kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelaksanaan dasar ”Pendidikan

Untuk Semua” (EFA) yang melibatkan murid-murid orang asli. Justeru dapatannya

menambah data-data bagi merungkai permasalahan tentang pelaksanaan TMK untuk

sekolah orang asli yang berdepan dengan cabaran budaya masyarakat yang kurang

menggalakkan pendidikan.

Data-data yang didapati akan dapat membantu pihak kurikulum untuk membuat

penambahbaikan dari aspek perisian p & p dan kurikulum yang sedia ada.

Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan kepada kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kes

tentang amalan penggunaan TMK di sebuah sekolah orang asli. Responden kajian adalah

Page 10: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

10

spesifik dan tidak boleh digunakan untuk digeneralisasikan dari aspek penggunaan TMK

oleh guru di semua sekolah di Malaysia.

Definisi Operasi

Amalan TMK

Amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) ialah tahap amalan

penggunaan komputer dalam membantu pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan.

Sekolah Orang Asli

Merujuk kepada sekolah yang diguna oleh murid-murid sekolah dalam

kalangan masyarakat orang asli di kawasan RPS Banun.

Rumusan

Amalan TMK dalam kalangan guru akan memberi impak yang positif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Persoalannya sejauhmana guru-guru di Sekolah

Orang Asli menjadikan TMK sebagai satu amalan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Adakah adanya halangan-halangan yang menyebabkan guru-guru tidak

dapat menjadikan ianya satu amalan yang berterusan. Justeru itu, kajian ini dijalankan

untuk melihat tahap amalan TMK dalam kalangan guru-guru di Sekolah Orang Asli

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 11: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

11

BAB 2

TINJAUAN KAJIAN

Dasar Penyata Razak (1965) menjelaskan bahawa Sistem Pelajaran Kebangsaan

meliputi pembelajaran di peringkat rendah dan menengah memberi peluang kepada

semua kanak-kanak untuk belajar mengikut kecenderungan dan kemampuan mereka.

Keadaan ini tidak terkecuali dengan kanak-kanak orang asli. Justeru, Dasar Penggunaan

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi sekolah orang asli dalam usaha

kerajaan memastikan tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus

perdana yang pantas.

Bab ini mengutarakan perbincangan kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan

orang asli dan hubungan dengan amalan TMK, peranan dan faedah TMK dalam

pengajaran dan pembelajaran, tahap pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran dan faktor mendorong dan penghalang penggunaan TMK dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Pendidikan Untuk Orang Asli (EFA)

Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008), berkaitan usaha merapatkan jurang

pendidikan telah menyarankan program serta projek infrastruktur dan TMK luar bandar.

Tujuannya supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal dalam kalangan kanak-

kanak khususnya murid-murid luar bandar, orang asli dan Penan.

Page 12: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

12

Pelancaran Kelas Dewasa bagi ibu bapa murid orang asli pada tahun 2008

merupakan wahana membasmi keciciran anak-anak golongan ini. Mereka yang

menghadiri kelas akan diberikan elaun sebagai usaha meningkatkan tahap pendidikan

yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain (Basir Baharom,

2008). Dengan menguasai kemahiran 2M, ibu bapa ini dapat membantu anak-anak

mereka ke arah perubahan mentaliti sejajar dengan masyarakat berpengetahuan. Masalah

jurang pendidikan orang asli dengan bangsa lain seharusnya dapat dikurangkan dengan

penempatan ramai guru-guru siswazah di kawasan pedalaman.

Sarjit Kaur, Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad dan

Haslinda Abdullah (2007), pula mengkaji pengetahuan TMK dalam kalangan belia orang

asli termasuklah kefahaman, penggunaan, dorongan, halangan dan persepsi terhadap

penggunaan TMK. Dapatan menunjukkan halangan besar yang dihadapi ialah masalah

kewangan dan kemudahan infrastruktur yang terbatas disediakan di kawasan penempatan

mereka.

Hasil kajian tersebut menimbulkan persoalan sama ada masalah yang sama dialami

oleh sekolah orang asli? Apakah guru di sekolah orang asli dapat mengintegrasikan TMK

dalam p & p? Masih kurang kajian yang meninjau permasalahan ini dalam konteks guru

yang mengajar di sekolah orang asli.

Page 13: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

13

Peranan dan Faedah TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Banyak kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan dalam melihat

pengintegrasian dan amalan pelaksanaan TMK dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Bagaimana amalan TMK akan mengubah keadaan dalam bilik darjah dan

juga mempengaruhi cara pelajar belajar dan guru mengajar? Persoalannya, apa yang akan

berlaku kepada pelajar dan guru-guru sekiranya mereka mempunyai keupayaan capaian

tanpa had kepada penggunaan komputer pada setiap masa ?

Integrasi TMK dalam p & p bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk

memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti

digabungjalin bersama kaedah pengajaran (Pisapan, 1994). Kebolehan-kebolehan

mengguna, mengurus dan memahami TMK penting dikuasai oleh murid semasa proses

pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen, 1996). Peranan TMK boleh

dilihat melalui penggunaan internet dan bahan-bahan multimedia interaktif yang

membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap sesuatu konsep (Laurillard,

1992; Abdul Rahim Saad, 2000).. Laurillard (1992) berpendapat bahawa kaedah simulasi

dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah.

Integrasi TMK dalam p & p memberikan peluang kepada guru memperkenalkan

pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid berdasarkan aktiviti masalah

sebenar dan meletakkan murid sebagai penyelesai masalah (Rosenberg, 2001). Murid

dapat menguasai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan,

pangkalan data dan pembentangan menggunakan alat-alat teknologi.

Page 14: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

14

Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru

melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Heinich (1993)

menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran

yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan

guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Pendapat ini

disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di

sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Penggunaan internet dapat

menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan murid seperti portal pendidikan

(Zalina Yahya, 2001), penggunaan emel dan chat room yang membolehkan pertukaran

idea dan fikiran sesama sendiri atau dengan guru dan murid sekolah lain.

Maurer (1993), Fisher (1994), Cox (1997), Toh (1999) dan Che Rogayah (2005)

menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sistem multimedia berasaskan komputer membolehkan pencapaian maklumat yang

bersesuaian (Mauer, 1993) dan memberikan kebaikan dari aspek interaksi pengguna

melalui dokumen dalam perisian multimedia yang boleh dikorelasikan dengan mana-mana

aplikasi dalam komputer di samping kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik

(Fisher, 1994).

Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar menunjukkan 50%

pelajar sekolah menengah rendah mengatakan teknologi media menjadikan sesuatu subjek

itu penting (Cox, 1997). 75% pula berpendapat multimedia meningkatkan minat belajar

manakala 50% mengakui multimedia membantu pemahaman yang lebih mendalam subjek

Page 15: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

15

yang dipelajari. Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat

meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran (Kulik & Kulik,

1991; Toh, 1998; Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002). Unsur

interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah

mengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut

gaya pembelajaran meraka (Alessi & Trollip, 2001). TMK menjadikan bidang

pembelajaran lebih seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar (Lili

Nurliyana Abdullah, 1996).

Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media

yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang

pendidikan.

Tahap Evolusi Amalan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Model “Apple Classrooms of Tomorrow (Dwyer et al, 1991) telah menggariskan

lima tahap evolusi amalan TMK guru-guru dalam bilik darjah: Entry, Adoption,

Adaptation, Appropriation dan Invention.

Pada tahap Entry dan Adoptation, guru berada pada peringkat membiasakan diri

dan mempelajari kemahiran baru penggunaan teknologi tersebut serta menggunakannya

untuk menyokong kaedah pengajaran dan pembelajaran cara tradisional. Tahap

Adaptation,berlaku apabila tekonolgi baru tersebut cuba diintegrasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dengan menggalakkan penglibatan dan sumbangan pelajar

Page 16: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

16

dengan penggunaan perisian-perisian seperti pemprosesan kata, Hamparan Elektronik dan

grafik.

Aktiviti-aktiviti yang menekankan aspek berkumpulan seperti bekerjasama,

berteraskan projek dan merentasi mata pelajaran menjadi fokus dalam tahap

Appropriation. Sementara pada tahap Invertion, guru dan pelajar membuat penemuan

terbaru cara teknologi tersebut dapat digunakan untuk menyokong proses pengajaran dan

pembelajaran.

Bagi Heppel (1993), Tahap Topicality merupakan tahap permulaan dimana TMK

itu sendiri menjadi kandungan pembelajaran. Guru dan pelajar belajar menggunakan

teknologi baru tersebut, dengan membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan

perisian. Tahap kedua Surrogacy, dimana teknologi mengambil alih peranan guru sebagai

media penyampaian maklumat dan tahap Progression, TMK digunakan sebagai alat

penerokaan maklumat baru dan akhir sekali tahap Pedagogical Change, TMK sebagai

agen perubahan dan penentuan dalam aspek apa yang dipelajari dan bagaimana ia pelajari.

Faktor pendorong dan penghalang integrasi TMK dalam P & P

Integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu cabaran

kepada guru-guru didalam menghadapi kepelbagaian pelajar di abad ke 21 ini. Terdapat

faktor yang mendorong dan faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Page 17: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

17

Menurut Abdul Wahab Ismail Gani;Kamaliah Hj. Siarap;Hasrina Mustafa (2006),

dalam Kajian Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan

Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang menyatakan majoriti

responden iaitu 41.6% (67 orang) menyatakan bahawa faktor utama yang mendorong

mereka menggunakan komputer adalah disebabkan oleh keperluan akademik. Seterusnya

diikuti 30.4% (49 orang) didorong oleh faktor minat, 18% (29 orang) didorong oleh faktor

persekitaran, 6.2% (10 orang) didorong oleh faktor imej. Hasil kajian keatas guru pelatih

yang dilakukan oleh Chin Yoon Poh et. al. (2000) juga mendapati faktor personaliti

mempengaruhi tahap persetujuan guru pelatih terhadap penggunaan komputer. Ini

menjelaskan faktor personaliti atau imej memainkan peranan yang tidak kurang

pentingnya dalam menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Zulkifli dan Raja Maznah(1994), mengatakan sikap terhadap komputer adalah

salah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan

komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kazlauskas(1995), pula mendapati

faktor pengetahuan dalam kalangan guru mempengaruhi penggunaan komputer di sekolah.

Dapat dirumuskan bahawa tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru adalah

bermula daripada sikap guru terhadap komputer dan juga tahap pengetahuan mereka

tentang peri pentingnya integrasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pihak Kementerian Pelajaran sentiasa membekalkan CD multimedia Interaktif

kepada pihak sekolah, untuk digunakan oleh guru-guru semasa proses p&p khususnya

semasa Program PPSMI. Ini memudahkan guru dan mendorong mereka

Page 18: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

18

mengintergrasikan komputer dalam p&p. Lucas (1986), menyatakan bahawa sokongan

daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber

organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan

penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi.

Penggunaan komputer dapat menarik perhatian dan pada masa yang sama

“menakut-nakutkan” guru-guru. Umum mengetahui TMK berupaya menjadikan

pembelajaran lebih menarik , lebih praktikal dan terkini. Malangnya, ramai guru

mendapati sukar untuk mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah

(Jasmy,Arif,Shahidah & Rosnani, 2001).

Kajian oleh Rosnah Mansor (2002), terhadap 53 orang guru sebagai responden di 5

buah sekolah di kawasan Terengganu menunjukkan guru-guru kurang kemahiran dan

kurang latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam penggunaan Media Teknologi

Pendidikan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat kelemahan dalam aspek pengurusan

sekolah dari segi memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Media Teknologi

Pendidikan

Berdasarkan kajian oleh Abdul Wahab Ismail Gani et.al.(2006), terhadap guru-

guru di tiga buah Sekolah Di Pulau Pinang, didapati faktor utama yang menghalang

responden tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

disebabkan oleh kemudahan yang tidak mencukupi iaitu 28.6% (46 orang). Ini diikuti 14.9%

(24 orang) disebabkan tidak bersedia untuk menggunakannya, 10.6% (17 orang)

Page 19: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

19

disebabkan tidak berkeyakinan menggunakannya, 9.3% (15 orang) disebabkan tidak

pandai menggunakannya, 8.7% (14 orang) merasa komputer sesuatu yang membebankan

dan 5.6% (9 orang) tidak berminat untuk menggunakannya.

Menurut Mohd Sarif Abd Manap (1999), menggariskan beberapa faktor

penghalang kepada integrasi TMK iaitu:

i. Media tidak memberi simulasi perhubungan antara guru dengan pelajar.

ii. Masa tidak mencukupi

iii. Tidak ada elaun untuk penggunaan Media

iv. Tidak terlibat dalam proses pembinaan koswer yang disediakan

v. Jadual waktu terlampau padat

vi. Peralatan di Pusat Sumber Sekolah tidak diselenggarakan dengan baik

vii. Penggunaan media tidak mengurangkan beban kerja guru

viii. Peralatan di bilik sumber tidak mencukupi

ix. Kemahiran merancang, memilih, menggunakan media instruksi

x. Tidak berpeluang untuk mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan

xi. Tidak ada arahan khusus untuk menggunakan Teknologi Pendidikan

xii. Tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan daripada Pusat

Sumber Negeri

xiii. Kurang pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat

sekolah

xiv. Tidak ada program khas mengenai media

xv. Tidak ada pemantauan tetap daripada Jabatan Pelajaran Negeri

Page 20: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

20

Rumusannya, bagi menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, ianya memerlukan sokongan padu dari kalangan guru, pentadbiran dan juga

kementerian. Faktor penghalang integrasi TMK, perlu diberi perhatian dalam menjayakan

wawasan Negara.

Rumusan

Dasar pendidikan untuk semua dalam PIPP, menggariskan pendidikan mesti diberi

kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan tempat tinggal. Justeru

itu, pendidikan untuk orang asli tidak boleh diabaikan begitu sahaja, ianya harus setanding

dengan pendidikan kaum lain. Amalan TMK yang mampu membuka minda murid-murid

telah terbukti memberi kesan positif dalam proses p&p, wajar diberi perhatian yang yang

serius oleh semua guru, tanpa mengira di mana mereka mengajar. Atas sebab ini, kajian

ini dijalankan untuk mengetahui ditahap manakah amalan TMK telah dilaksanakan oleh

guru-guru di sekolah kajian.

Page 21: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

21

BAB 3METODOLOGI

Bab ini membincangkan tentang rekabentuk kajian, persampelan, instrumen,

pentadbiran data dan analisis data

Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara

asas amalan TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli.

Persampelan Kajian

Bagi tujuan ini, kaedah persampelan bertujuan digunakan iaitu kajian ini dengan

sengaja memilih sampel untuk memenuhi kehendak kajian (Mohd. Najib, 2003). Walau

bagaimanapun kajian ini mengandaikan bahawa sampel yang dipilih dapat mewakili

bilangan populasi sebenar kerana mereka mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi.

Responden merupakan guru sekolah rendah yang mengajar pelbagai mata pelajaran dari

sekolah RPS di bawah Projek Jaringan Utara. Guru sekolah yang terlibat dalam kajian ini

adalah SK RPS Banun.

Instrumen

Soal selidik

Item soal selidik ini dibina oleh kumpulan pengkaji sendiri. Ianya terbahagi

kepada 3 bahagian utama. Bahagian A mengenai latarbelakang responden,

Bahagian B tentang penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran,

Page 22: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

22

Bahagian C berkaitan pengetahuan penggunaan komputer. Soal selidik ini telah

diuji tahap kebolehpercayaan dan kesahan bagi setiap item sebelum kajian sebenar

dijalankan.

Temu bual

Bentuk temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur. Merriam (1998)

menjelaskan pemerolehan data daripada teknik temu bual perlu dilakukan sebaik-

baiknya secara tidak berstruktur dan dalam keadaan tidak formal. Soalan-soalan

juga perlu berbentuk soalan terbuka, fleksibel, boleh diteroka dan lebih menjurus

kepada bentuk perbualan.

Pasukan pengkaji menjalankan sesi temu bual bersama 3 orang responden

secara lisan (dirakam dan ditranskrip). Ini memandangkan temu bual secara lisan

yang dirakamkan dan ditranskripkan adalah yang terbaik (Colby and Kohlberg,

1987).

Pentadbiran Data

Soal selidik

Pengkaji tidak mengedarkan soal selidik akibat masalah logistik.

Sebaliknya, pensyarah yang pergi ke sekolah orang asli untuk program KIA 2M

telah diberi taklimat bagaimana untuk mengedarkan soal selidik. Guru-guru

pelbagai mata pelajaran diminta mengisi soal selidik.

Page 23: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

23

Temubual

Tiga orang guru telah dipilih untuk menghadiri sesi temu bual bersama

dengan pengkaji dalam melihat faktor-faktor yang menggalakkan dan menghalang

amalan TMK di sekolah mereka. Temubual dijalankan secara informal dan tidak

berstruktur. Setiap temubual berlangsung di antara 1 hingga 2 jam. Temubual ini

direkod dan transkrip dijalankan.

Analisis Data

Soal selidik

Soal selidik dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan peratus.

Temu bual

Transkrip rakaman audio disediakan Maklumat yang diterima akan

dianalisis mengikut tema seperti persepsi amalan TMK, tahap amalan TMK dan

faktor pendorong serta penghalang pelaksanaan integrasi TMK dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah kajian.

Rumusan

Bab ini telah mengemukakan reka bentuk kajian adalah kaedah kuantitatif

menggunakan soal selidik dan kaedah kualitatif berdasarkan temu bual. Persampelan

kajian adalah persampelan bertujuan. Instrumen kajian melibatkan soal selidik dan temu

bual tidak berstruktur. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif sementara data temu

bual menemukan jawapan bagi persoalan faktor pendorong/penghalang kepada amalan

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 24: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

24

BAB 4

ANALISIS DATA

Bab ini membentangkan dapatan kajian berdasarkan latar belakang sekolah, latar

belakang responden, dapatan soal selidik dan dapatan temu bual. Data kajian telah

diperolehi melalui:

Soal-Selidik Guru

Soal-selidik telah diedarkan secara rawak kepada 20 orang guru yang mengajar di

tiga buah sekolah di bawah rancangan penempatan semula (RPS) Orang Asli. Dari 20

soal-selidik yang diedarkan,pengkaji hanya menerima kembali 11 borang sahaja. Selain

soalan-soalan mengenai latar belakang literasi komputer ,guru-guru juga ditanya mengenai

faktor-faktor yang menghalang dan menggalakkan penggunaan TMK di sekolah mereka.

Walaupun bilangan responden adalah rendah, namun ia telah dapat di dilengkapi dengan

jawapan-jawapan yang diterima dalam proses temubual yang dijalankan selepas itu.

Temu-bual

Sesi temubual telah dilaksanakan dengan 3 orang guru yang telah dipilih dari

senarai responden soal-selidik di atas. Dalam sesi temubual ini guru-guru telah digalakkan

memberi respon mereka kepada faktor-faktor penghalang dan pendorong yang dihadapi

semasa menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Bagaimana amalan penggunaan TMK dijalankan di sekolah dan dalam matapelajaran

masing-masing. Semua sesi temubual telah dirakamkan dan ditranskripkan sebagai

Temubual1, Temubual2 dan Temubual3 untuk rujukan.

Page 25: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

25

Latar belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan RPS Banun merupakan salah sebuah sekolah yang dibina di

bawah rancangan pengumpulan semula (RPS) orang asli. Sekolah ini terletak lebih kurang

62 km dari pekan Gerik, Perak. Kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan jalan

utama, Leburaya Timur-Barat merupakan satu kelebihan dari segi logistik. Dari aspek

kemudahan infrastruktur TMK, sekolah ini dilengkapi dengan sebuah Makmal Komputer

dan bekalan Komputer Riba (Laptop) beserta dengan LCD (Liquid Crystal Display)

Projektor di bawah program Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI).

Buat masa sekarang, pihak sekolah mempunyai seramai 15 orang guru yang

mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan sama ada di bawah Program Diploma Perguruan

Malaysia (KDPM) ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kebanyakan murid

SK RPS Banun terdiri daripada suku Jahai. Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan

Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor.

Latar belakang responden

Responden soal-selidik kajian merupakan 11 orang guru yang sedang mengajar di

tiga buah sekolah yang terlibat dalam program Jaringan Utara Institut Perguruan Sultan

Abdul Halim (IPSAH). Program ini merupakan satu program khas IPSAH yang bertujuan

untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan serentak untuk meningkatkan kualiti

pembelajaran murid di sekolah Orang Asli (ipsah 2006). Kesemua responden telah melalui

latihan perguruan asas sama ada program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)

Page 26: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

26

ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) anjuran Kementerian Pelajaran

Malaysia dengan pengalaman mengajar antara 1 hingga 8 tahun. Responden mengajar

pelbagai matapelajaran teras dan wajib seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,

Matematik , Bahasa Arab, Muzik, Kemahiran Hidup,Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan,Sivik dan Al-Quran. Sebanyak 55% dari keseluruhan responden merupakan

guru-guru yang terlibat dengan program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan

Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Ketiga-tiga responden bagi sesi temu bual adalah guru-guru yang berkelayakan

program KPLI dan terlibat dengan pengajaran beberapa mata pelajaran teras seperti

Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Kajian Tempatan dan Bahasa Arab. 2 orang

responden adalah guru perempuan dan seorang guru lelaki. Ketiga-tiga orang guru ini

dipilih sebagai lanjutan daripada penglibatan mereka dalam sesi soal-selidik. Guru-guru

lain tidak dapat ditemubual kerana masalah logistik dan faktor kekekangan masa.

Jadual 4.1Kelayakan responden

KelayakanTertinggi

Peratus

Diploma 36%

Ijazah 64%

Page 27: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

27

Dapatan Data

Dapatan data dari soal-selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian Ms-

Excel. Jawapan yang diberikan dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan

peratus.

Dari 20 borang soal-selidik yang diberikan, pengkaji hanya berjaya mendapat

kembali 11 borang soal-selidik yang lengkap diisikan. Analisis yang dijalankan

menunjukkan bahawa hampir 82% daripada responden mempunyai kemahiran pada tahap

“Agak Mahir” dan ke atas dalam aspek penggunaan komputer. Mereka juga mempunyai

kemahiran dan pengalaman menggunakan perisian-perisian automasi pejabat seperti Ms-

Words dan Ms-Power Point. Responden-responden juga mempunyai keupayaan untuk

mengendalikan elemen multimedia seperti mencari dan menyimpan bahan-bahan digital

dalam format imej, audio dan video dari Internet serta mempunyai kemampuan untuk

melakukan pautan bahan-bahan tersebut dalam perisian automasi pejabat Ms-Office.

Malah 64% daripada responden mampu menggunakan kemudahan email sebagai saluran

berkomunikasi dan 36% memberi respon positif mengenai aspek pengetahuan asas dalam

penyelenggaraan sebuah unit komputer.

Jadual 4.2:Pengetahuan Penggunaan Perisian Automasi Pejabat Ms-Office

Perisian Peratus

Ms-Words 73%

Ms-Power Point 73%

Ms-Excel 64%

Page 28: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

28

Apakah persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p?

Dari analisis data yang diperolehi, guru-guru mempunyai persepsi yang positif

tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan

pembelajaran dan sebagai menjimatkan masa.

Rajah 4.1 : Penggunaan Komputer Menjimatkan Masa

Amalan penggunaan komputer dalam kelas dilihat mampu merangsangkan

pembelajaran pelajar dan menjadikan mereka sentiasa ternanti-nanti sesi pembelajaran

yang seterusnya.

”Sebenarnya banyak mendatangkan faedah.benda ini boleh juga apa orang katameransangkan pembelajaran budak.”(Temubual 2, 03)

”Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu, komputer cikgu,memang excited nak pi”(Temubual 1,05)

Sebanyak 64% guru yang mengembalikan soal-selidik bersetuju dengan akibat

keberkesanan positif amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (Jadual 4.3). Malah 73% daripada responden bersetuju bahawa amalan ini

dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan tidak

membosankan. Pada masa yang sama 54% responden bersetuju bahawa proses pengajaran

9%

55%

36% Negatif

Positif

T.Menjawap

Page 29: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

29

dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami, terutama sekali bila

elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Intergrasi TMK

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pembelajaran di kelas lebih

bermakna (63%).

Jadual 4.3:Keberkesanan Penggunaan komputer Dalam P&P

Jadual 4.4:Persepsi Integrasi TMK Dalam P&P

Pesepsi TidakSetuju

AgakSetuju

Setuju SangatSetuju

Pelajaran Menarik - 9% 18% 55%

pelajaran jelas - 27% 36% 18%

pelajaran senang difahami 9% 18% 27% 27%

pelajaran lebih bermakna - 9% 36% 27%

Pelajaran lebih

menyeronokkan

- 9% 9% 64%

Pernyataan positif di atas disokong responden sesi temubual dimana pelajar dilihat

sebagai lebih cepat memahami isi pembelajaran dengan bantuan elemen multimedia.

“dia ada CD dia..Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepatpick-up kalau dengar kita nyanyi sendiri..”

(Temu-bual 2 , 01)

Pernyataan Bil. Peratus

Tidak menjawap 2 18%

Tidak Berkesan 2 18%

Berkesan 7 64%

Page 30: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

30

Selitan bahan-bahan multimedia seperti animasi, imej dan audio menjadikan

pelajar lebih tertarik dan tidak jemu untuk mengikuti proses pembelajaran.

”Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik.”( Temu-bual1, 05)

”Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring.. kadang-kalakalau kita nyanyi sendiri..dia boring”.(Temu-bual 2 , 01)

Malah ada responden yang melihat penggunaan elemen TMK dalam kelas sebagai

alat bantuan yang memudahkan guru terutamanya bila pengajaran melibatkan bilangan

kelas yang banyak, kerana bahan tersebut boleh diulang pakai.

“Tapi tak penat kalau guna ini dah ada suara.. kita relek sikit la...”(Temubual 1, 05)

“Lagi pun,kalau ada banyak kelas, boleh ulang-ulang..”(Temubual 2, 01)

Apakah tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran danpembelajaran?

Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

lokasi kajian adalah rendah. Peratus pelaksanaan pada tahap “Kerap” berada dalam

lingkungan 9% sahaja manakala peratusan pada tahap ”Kadang-kala” adalah 18% untuk

satu tempoh masa seminggu. Tahap “Jarang” pula adalah pada 64% dari keseluruhan

responden. 9% daripada responden tidak menjawap soalan ini.

Analisis data temubual responden menunjukkan bahawa amalan penggunaan

TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian, dilaksanakan secara

Page 31: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

31

rawak dan atas inisiatif guru masing-masing. Ia dilaksanakan bergantung kepada waktu

lapang guru dan juga minat belajar pelajar. Kalau dirasakan pelajar tidak dapat

menumpukan perhatian kepada isi kandungan pembelajaran, maka mereka dibawa masuk

ke makmal komputer .

“Hari biasa pun guna, bergantung kepada budak, kalau kita tengok,budak itukalau kita panggil pun, tak beri perhatian, masuk dalam ini la.”(Temubual 2,04)

“Waktu BM, tengok kalau ada free…”(Temubual 1 ,01)

”Tengok la budak, minggu ini saya dah buat.”(Temubual 2,04)

Dengan kata lain, tidak wujud satu jadual waktu rasmi penggunaan makmal

komputer di sekolah kajian. Penggunaannya bergantung kepada suasana proses pengajaran

dan pembelajaran. Kadang-kala makmal komputer digunakan disebelah petang hari dan

dihadiri oleh ramai pelajar-pelajar yang bukan terdiri dari kelas yang diajar tetapi pelajar-

pelajar tahun lain.

“Kadang-kala saya buat sebelah petang, tapi dalam masa P&P saya juga la.ramai bukan takat darjah satu, darjah tiga.. join juga”(Temubual 2, 01)

Amalan penggunaan komputer dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih

tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM Interaktif yang dibekalkan oleh

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Elemen multimedia yang digunakan dalam CD-

ROM Interaktif, dilihat dapat menarik perhatian dan merapatkan jurang pengalaman

Page 32: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

32

pelajar, terutama sekali pelajar Orang Asli yang dikatakan jarang mempunyai peluang

untuk keluar dari kawasan penempatan mereka.

“Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik.”(Temubual01,05)

“Ada CD, boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi...”(Temubual01,06)

Bahan CD-ROM Interaktif yang dibekalkan bersama-sama dengan buku teks

dilihat sebagai memenuhi kehendak aspek pengajaran dan pembelajaran dan tersusun

dalam aspek penyampaiannya.

“Semua benda sudah disediakan dalam bentuk itu.. Vokal, caraberkomunikasi. semua telah diajar dalam itu. Semua kandungan CD BahasaArab itu,dia ada lima slot. Lagu last sekali dia letak. Tersusun.”(Temubual02,03)

Penumpuan penggunaan bahan CD-ROM Interaktif sebagai bahan pelaksanaan

amalan TMK dalam kelas nyata sekali apabila guru menghadapi masalah apabila bahan ini

tidak dibekalkan.

“Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada…”(Temubual02, 01)

Selain dari penggunaan CD-ROM Interaktif , perisian persembahan juga

digunakan sebagai bahan penyampaian dalam kelas. Namun tahap penggunaannya adalah

terhad dan pada matapelajaran-matapelajaran yang tertentu sahaja.

”Pembentangan... Kalau subjek lain ada juga. Macam BI,...... saya tengok diaorang guna la..”(Temubual02,01)

Page 33: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

33

Penggunaan perisian persembahan sebagai bahan penyampaian banyak bergantung

kepada sama ada bahan penyampaian tersebut telah disediakan atau tidak. Oleh kerana,

guru menghadapi masalah kekekangan masa dan juga faktor kurang pengetahuan khusus

dalam menghasilkan sesuatu bahan penyampaian yang sesuai, maka guru hanya akan

menggunakan mana-mana bahan penyampaian yang telah dibekalkan sahaja.

“Ya la power point, tapi kurang ada masa nak buat”(Temubual 01,05)

”Kalau buat bahan sendiri, Tak reti”(Temubual01,05)

“Senang saja, dengan slide.. tapi tak pernah buat sendiri.. Guna mana yangdiberi”(Temubual01,05)

Dari segi pengetahuan penggunaan aplikasi TMK di kalangan pelajar, tidak wujud

satu jadual waktu rasmi untuk kelas literasi komputer. Guru-guru matapelajaran

bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar dengan tatacara penggunaan komputer

yang betul, dari aspek pengetahuan peralatan sehinggalah ke pengetahuan penggunaan

aplikasi komputer.

“Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer. Masing-masingmengajar..... “(Temubual01,05)

”Mula-mula taiplah panjang-panjang, tak erti nak bawah turun, sekarang dahboleh la..”(Temubual01,05)

Page 34: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

34

Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran danPembelajaran ?

Sekolah lokasi kajian di lengkapi dengan sebuah makmal komputer yang siap

terpasang dengan kemudahan LCD. Pada masa yang sama, di bawah pelaksanaan

program PPSMI, pihak sekolah telah dilengkapi dengan sebilangan komputer riba yang

boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Semua kemudahan ini

sememangnya menggalakan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran. Namun, pada masa yang sama wujud dua faktor yang menyokong

pelaksanaan amalan ini secara khusus. Ianya berkait rapat dengan kewujudan elemen

multimedia yang terkandung dalam bahan pengajaran yang digunakan dan juga bekalan

CD-ROM interaktif yang disediakan bersama-sama dengan buku teks.

Kewujudan elemen multimedia merupakan faktor penarik utama yang menyokong

penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian. Elemen

multimedia seperti audio, imej, dan animasi menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menarik dan tidak menjemukan. Pelajar-pelajar lebih terangsang dan

akan sentiasa ternanti-nanti untuk mengikuti sesi kelas yang seterusnya. Bahan multimedia

yang digunakan dapat merapatkan lagi jurang pengalaman pelajar, terutama sekali untuk

pelajar-pelajar Orang Asli yang jarang mendapat peluang untuk keluar dari kawasan

penempatan mereka. Keadaan ini memudahkan lagi kefahaman pelajar terhadap isi

kandungan yang ingin dipersembahkan.

“Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu komputer, cikgumemang excited nak pi”(Temubual 01,05)

Page 35: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

35

“Ada CD,boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi...”(Temubual01,06)

Keadaan ini juga dikaitkan dengan latarbelakang sosiobudaya pelajar-pelajar

Orang Asli yang cenderung ke arah aktiviti-aktiviti yang mempunyai unsur-unsur

hiburan. Aktiviti pembelajaran seperti nyanyian dan penggunaan media imej serta

animasi merangsangkan pembelajaran dan dengan itu pelajar lebih cepat memahami isi

kandungan yang disampaikan.

“Dia lebih kepada hiburan… ”(Temubual02,01)

“Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepat pick-up...”(Temubual02, 01)

“Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring…(Temubual02, 01)

Kewujudan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang berkaitan dan

bersesuaian, menggalakkan lagi amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Media pengajaran digital seperti CD-ROM interaksi yang dibekalkan oleh

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mendorong guru-guru untuk menggunakannya

dalam kelas. Contohnya untuk matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 1, penggunaan CD-

ROM “Mutiara”dalam sesi mengenali abjad. Begitu juga untuk matapelajaran Bahasa

Arab, CD-ROM digunakan dalam latihan sebutan perkataan-perkataan dan juga nyanyian

sebagai latihan pengukuhan pembelajaran. (Temubual 02,02)

Isi kandungan CD-ROM interaktif yang bersesuaian dengan kehendak pengajaran,

dan cara susunan bahan pengajaran tersebut; pengenalan, penggunaan dan pengukuhan,

memudahkan lagi proses penggunaan CD-ROM interaktif tersebut.

Page 36: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

36

“Semua kandungan CD Bahasa Arab itu, dia ada lima slot. Lagu last sekali dialetak. Tersusun. Dia ABM, lengkaplah..”(Temubual02,03)

“Dia ada, mula-mula cara memperkenalkan benda, lepas tu.cara sebut..carakomunikasi, penggunaan benda tu dalam komunikasi dan last sekali pengukuhannyanyi.”(Temubual02, 03)

Kandungan CD-ROM yang meliputi elemen interaktif juga menggalakkan

penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tidak hanya

menjadi pemerhati pasif terhadap bahan yang dipersembahkan oleh guru malah mereka

menjadi “penggerak”kepada proses pembelajaran yang dijalankan. Penglibatan langsung

ini menjadikan proses pembelajaran itu menjadi lebih bermakna.

”Bukan software, CD, CD.... CD Interaktif. Datang tu, budak akan klik “A”diaakan keluar….”(Temubual01, 01)

Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam Pengajaran danPembelajaran?

Walaupun pihak sekolah dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer dan

bekalan LCD, namun tahap pelaksanaan amalan penggunaan TMK dalam proses

pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Salah satu faktor utama yang menghalang

pelaksanaan amalan ini jelas berkaitan dengan ketiadaan bekalan elektrik secara

berterusan ke premis sekolah. Bekalan elektrik hanya dibekalkan untuk kegunaan pada

sebelah malam sahaja. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator

untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabila tiada

Page 37: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

37

bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di

makmal komputer.

“Kalau sekarang ini dah tak jalan dah sebulan juga la sebab minyak dah takada.”(Temubual01, 01)

“Tulah nak senang macam ini la... Masalah generator. Kalau ada memang kamiguna.”(Temubual02, 01)

Ketiadaan bekalan petrol (minyak) ini boleh berlaku dalam satu tempoh yang

panjang, dari sebulan hingga ke beberapa bulan. Keadaan ini tidak merangsangkan guru-

guru dalam membuat perancangan yang melibatkan amalan penggunaan TMK.

“Nak harap makmal, dah berapa bulan tak buka. Selepas cuti tak buka langsung.Tak ada minyak.”(Temubual02, 06)

Selain masalah ketiadaan bekalan elektrik, guru-guru juga menghadapi masalah

ketiadaan bahan pengajaran dan pembelajaraan yang sesuai dan berkaitan. Guru-guru

banyak bergantung kepada bekalan CD-ROM interaktif yang didatangkan bersama-sama

dengan buku teks sahaja. Namun bukan semua bahan CD-ROM interaktif yang

dibekalkan itu berkaitan dan sesuai.

“Bahan CD yang sesuai, related tak banyak..”(Temubual 01,05)

Sekiranya bahan pengajaran itu tidak dibekalkan, kemungkinan besar amalan

penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku.

“Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada…Kitaguna macam tu saja la...”(Temubual02, 01)

Page 38: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

38

Untuk menghasilkan bahan pengajaran digital yang sesuai, guru-guru memerlukan

pengetahuan yang spesifik dari aspek penggunaan perisian tersebut dan juga dari aspek

pengetahuan pedagogi kandungan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical

Content Knowledge Shulman (1999)), merupakan satu proses dimana kandungan dan

pedagogi dapat diintegrasikan untuk menghasilkan kefahaman bagaimana sesuatu topik,

masalah atau isu boleh disusun, dipermudah dan diadaptasikan mengikut minat dan

kemampuan pelajar serta dilaksanakan. Faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam

hal ini menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai dan

juga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras dengan jawapan responden apabila

dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang

bersesuaian, guru menjawap: “tak reti”.(Temubual01, 05) Dapatan ini disokong oleh data

permohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 44% responden memohon kursus yang

berkaitan pengetahuan pedagogi kandungan manakala 33% memohon kursus yang

berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan

Rajah 4.2 : Permohonan Kursus

44%

33%

11%

11%PedagogiKandungan

PerisianPersembahan

Pengaturcaraan

PenyelenggaranKomputer

Page 39: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

39

Ketiadaan capaian Internet menghalang usaha-usaha mendapatkan bahan-bahan

pengajaran digital dan maklumat yang bersesuaian. Walaupun pelaporan telah dibuat

namun pemasangan kemudahan ini masih belum dapat dipastikan. Untuk itu, guru-guru

terpaksa bergantung kepada buku panduan dan bahan pengajaran yang sedia ada di

sekolah.

“Untuk access jurnal dan bahan eletronik, susah nak cari maklumat kat sini”.(Temubual02 02)

Kat sini, susah nak dapat internet..tak boleh cari bahan pun..harap ka buku panduan sahaja la...(Temubual 02 03)

Guru-guru juga menghadapi halangan-halangan teknikal semasa melaksanakan

amalan penggunaan TMK dalam kelas. Pemasangan peralatan LCD dan pemeriksaan unit

komputer perlu dilakukan lebih awal sebelum sesi pengajaran dapat dijalankan. Tempoh

masa 1 waktu pengajaran (30 minit), yang diperuntukkan dalam jadul waktu rasmi, adalah

tidak mencukupi. Proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu akibat kesukaran

penggunaan bahan media pengajaran seperti CD-ROM, yang memerlukan lebih masa

untuk disediagunakan. Ini menyebabkan banyak masa terbuang.

“Kalau setengah jam tu tak sempatla..Nak buka pun dah berjam-jam.. budak tanyamana cikgu,mana cikgu, budak tak tahu kah?”(Temubual 01,05)

Lagi pun Guna laptop dan pasang LCD buang masa..(Temubual 01,06)

Page 40: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

40

Tiada jadual waktu rasmi untuk pengajaran kemahiran Literasi Komputer

disediakan, setiap guru, masing-masing bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar

dengan kemahiran penggunaan komputer

Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer, Masing-masing mengajar.(Temubual 01,05)

Berdepan dengan keadaan ini,guru lebih rela menggunakan bahan-bahan media

berunsurkan tradisional seperti radio kaset kalau ada bahan media pengajaran yang sesuai

“kalau ada kaset..lagi senang ka..kaset kita boleh guna dengan hak yang bateriitu.”(Temubual2,01)

Semasa menggunakan CD-ROM dalam kelas, guru juga menghadapi masalah

bahan CD-ROM yang tidak dapat digunakan akibat masalah-masalah teknikal.

“Ada CD yang tak nak run..”(Temubual 01,05)

Penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam

kawasan sekolah sahaja, kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi

masing-masing. Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak kementerian hanya

terhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja.

”Tak ada, Subjek Bahasa Melayu tak ada laptop”(Temubual1 01)

“Sekarang ini, yang kerajaan bagi, guru Matematik , Sains dan Bahasa Inggeris.Kami tak ada peruntukan,”(Temubual02, 03)

Page 41: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

41

Rumusan

Dapatan kajian ini memberi gambaran yang jelas tentang permasalahan utama

perlaksanaan TMK kurang dilaksanakan di sekolah-sekolah, khususnya Sekolah Orang

Asli. Faktor utama yang dikenalpasti ialah faktor sumber tenaga elektrik serta talian

Internet yang tidak dapat dibekalkan ke makmal komputer secara berterusan. Guru-guru

memberi respon yang positif terhadap keberkesanan penggunaan TMK semasa proses

p&p dan menjelaskan murid-murid juga turut berminat menggunakan komputer.

Page 42: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

42

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru terhadap intergrasi TMK dalam p&p.

Selain itu , kajian ini juga bertujuan mengenalpasti tahap amalan TMK dalam p&p di

dalam kelas. Faktor menyokong dan menghalang penggunaan TMk dalam p&p juga

dikaji. Data yang dikumpul, dianalisis menggunakan Statistik Deskriptif (Chua,2006) dan

membuat transkrip bagi pengumpulan data temubual.

Perbincangan Dapatan

Persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p

Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif

tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran

dan pembelajaran. Integrasi TMK dalam p&p dilihat sebagai menjimatkan masa,

dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan

tidak membosankan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas

dan mudah difahami, terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu

lebih bermakna. Hasil dapatan ini, dapat disokong oleh Maurer(1993), Fisher

(1994), Cox (1997), Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) yang menegaskan

kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut

Lili Nurliyana Abdullah (1996), TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih

seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar.

Page 43: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

43

Dapatan ini selari dengan kajian emperikal oleh Kulik & Kulik, 1991;

Toh,1998; Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002, yang

mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian

pelajar dan mengurangkan masa pengajaran. Unsur interaktif membolehkan

pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah mengingat,

memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gaya

pembelajaran mereka (Alessi & Trollip, 2001).

Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran danpembelajaran.

Hasil dapatan kajian, menunjukkan amalan penggunaan komputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan

pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digital

adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang

masih pada peringkat “Entry” dan “Adoptation” seperti mana yang digariskan

dalam Model “Apple Classrooms of Tomorrow”(Dwyer et.al,1991). Pada masa

yang sama, kemahiran TMK itu sendiri menjadi kandungan sesi pengajaran dan

pembelajaran dimana guru-guru dan pelajar-pelajar belajar menggunakan

teknologi baru tersebut untuk membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan

perisian tertentu. Tahap ini selaras dengan tahap amalan Topicality yang di

sarankan oleh Heppel (1993).

Page 44: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

44

Faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran danPembelajaran.

Dapatan kajian menunjukkan sekolah ini mempunyai kemudahan

infrastruktur yang agak lengkap, seperti kemudahan makmal komputer, LCD,

komputer riba dan juga CD multimedia yang dibekalkan oleh pihak Kementerian

Pelajaran. Namun dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penggunaan TMK

dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah rendah. Tahap penggunaan ini adalah

tidak selaras dengan kemudahan infrastruktur yang telah disediakan. Hasil kajian

ini, adalah selari dengan dapatan beberapa kajian yang tidak menggariskan faktor

kemudahan infrastruktur sebagai faktor penyokong penggunaan TMK dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. Abdul Wahab Ismail Gani et. al (2006),

menyatakan majoriti responden kajiannya mengatakan faktor pendorong utama

mereka menggunakan komputer adalah disebabkan faktor keperluan akademik.

Manakala bagi Zulkifli dan Raja Maznah (1994), sikap terhadap komputer menjadi

faktor utama penerimaan guru untuk menggunakan komputer. Bagi Kazlauskas

(1995), faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam kalangan

guru semasa proses p&p berjalan.

Hasil kajian mendapati faktor sokongan dari pihak pentadbir dan

organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalam

pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dalam bentuk bekalan CD-ROM

multimedia interaktif yang disediakan oleh pihak kementerian. Sumber-sumber

pengajaran dan pembelajaran yang tersedia dan sesuai menjadikan para guru lebih

terangsang untuk melakukan integrasi TMK dalam sesi pengajaran dan

Page 45: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

45

pembelajaran. Namun ketiadaan usaha penyediaan jadual rasmi dan peruntukkan

pembelian bekalan petrol (minyak) yang berterusan dari pihak pentadbir sekolah

menyukarkan usaha amalan tersebut. Dapatan ini, adalah selaras dengan

pandangan Lucas (1986) yang menyatakan bahawa sokongan daripada pihak

organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang

mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan

penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Kesimpulannya

pendorong kepada penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah di dorongkan

oleh faktor sikap guru dan juga kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh

pihak organisasi.

Faktor penghalang intergrasi TMK dalam p &p

Dapatan kajian mendapati, bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan

penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan. Bekalan elektrik hanya dibekalkan

mengikut jam tertentu sahaja dan sentiasa berjimat untuk bertahan lebih lama.

Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkan

bekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabila tiada bekalan

petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di

makmal komputer. Faktor sokongan daripada sumber-sumber organisasi seperti

pembelian bekalan elektrik , amat penting dalam menjayakan penggunaan TMK

dalam p&p (Lucas ,1986)

Page 46: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

46

Hasil kajian juga mendapati, faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam

perisian komputer menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan

pengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras dengan

jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan

bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian, guru menjawap,”Tak reti”. Dapatan

ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 33%

memohon kursus yang berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian

persembahan. Dapatan kajian ini, selari dengan hasil kajian oleh Mohd Sarip Abd

Manap (1999), yang menyatakan faktor penghalang pengintergrasian TMK adalah

tidak berpeluang mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan, tidak ada pendedahan

penggunaan Teknologi Pendidikan dan kurangnya pendedahan penggunaan

Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah.

Faktor seterusnya yang menjadi penghalang ialah penggunaan kemudahan

komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja,

kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing.

Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak Kementerian hanya terhad

kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. Menurut Williams

et al (2000), guru-guru yang menggunakan komputer di rumah mempunyai

kecenderungan untuk lebih menggunakan komputer di sekolah. Ini kerana guru-

guru lebih mempunyai peluang dalam meningkatkan kemahiran penggunaan dan

pembinaan media pengajaran yang sesuai.. Ketiadaan capaian yang berterusan

tidak membolehkan guru-guru mempelajari penggunaan teknologi baru tersebut.

Page 47: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

47

Kerajaan Malaysia bertekad untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia

sebagai sekolah Bestari selewat-lewatnya pada 2010. Maka dengan adanya sekolah

Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah yang dikendalikan

oleh pihak KPM ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan tenaga kerja

mahir di masa hadapan yang mampu menghadapi cabaran dan saingan di abad ke-

21.

Cadangan Penambahbaikan

Penambahbaikan Capaian Kemudahan TMK.

Walaupun penambahan capaian kemudahan TMK, seperti komputer dan

capaian Internet, tidak menjanjikan penambahan penggunaan atau amalan elemen

TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun ini merupakan langkah

pertama ke arah menggalakkan penggunaan TMK dikalangan guru-guru.

Hubungan yang positif dari aspek penggunaan ini juga boleh didapati dalam

kajian (Williams et al, 2000), Harrison et al (1998) dan Thomas et al (1999).

Penambahbaikan ini boleh juga dalam bentuk memastikan kemudahan komputer

di sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan boleh digunakan pada

bila-bila masa, terutama sekali yang berkaitan rapat dengan penggunaan Makmal

Komputer. Masalah capaian yang terhalang perlu di atasi dengan kadar segera

dengan penglibatan pihak pentadbiran sekolah mahupun kementerian.

Page 48: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

48

Penglibatan Pihak Pentadbiran

Pihak pentadbiran sekolah perlu aktif dalam mengalakkan amalan

penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-

guru. Perana ini penting,terutama sekali dalam mewujudkan satu keadaan yang

kondusif di sekolah. Sokongan dan dorongan pihak pentadbiran secara tidak

langsung dapat memberi satu kesedaran kepada guru-guru bahawasa mereka tidak

keseorangan dalam tugasan mereka dan segala usaha mereka dalam meningkatkan

kemahiran serta pengetahuan ke arah ini di hargai. Pihak pentadbir juga perlu

boleh melihat faedah amalan ini dan cuba melaksanakannya dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka. Perana ini penting dan sememangnya diperjelaskan dalam

penulisan Williams et al (2000) yang mengesyorkan penglibatan pihak guru

penyelia (Head Teachers) dalam menggalakkan kewujudan persekitaran yang

boleh menyokong pelaksanaan integrasi TMK di sekolah mereka.

Peningkatan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical ContentKnowledge )

Guru-guru juga perlu lebih didedahkan dengan aspek Pengetahuan

Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) dalam pengintergrasian

elemen TMK, agar pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

menarik. Pengetahuan ini lebih kepada kemahiran dan kaedah serta strategi

aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Semua ini berserta

dengan kemahiran teknikal yang telah dikuasai akan membolehkan guru-guru

merancangkan kaedah serta strategi penyampaian yang lebih sistematik supaya

satu keadaan atau situasi pembelajaran yang lebih berorientasikan pelajar dapat

Page 49: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

49

diwujudkan. Strategi penyampaian buat masa kini lebih menggunakan elemen

TMK sebagai satu alternatif media pengajaran dan bukannya sebagai satu kaedah

dalam mempelbagai teknik penyampaian. Contohnya guru menggunakan sebutan

perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam CDRI sebagai panduan dan

latihan pengkukuhan dalam kelas. Bahan ini akan di ulangpakai pada kelas-kelas

yang lain. Sementara perisian persembahan digunakan untuk tujuan pemyampaian

maklumat pengajaran.

Penambahbaikan Perkhidmatan Sokongan

Perkhidmatan Sokongan yang bersifat teknikal perlu difikirkan, terutama

sekali dalam memastikan keadaan kemudahan TMK sentiasa berada dalam

kedaaan yang terbaik untuk digunakan. Masalah-masalah teknikal seperti

kerosakan komputer dan kesulitan penggunaan peralatan pengajaran seperti LCD

(Liquid Crystal Display) dan CDRI perlu di atasi dengan kadar segera. Guru-guru

perlu disediakan dengan satu keadaan dimana mereka tidak perlu memikirkan

masalah-masalah tekinikal yang akan timbul semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Penyenggaraan berkala yang di jalankan oleh syarikat

lantikan kerajaan perlu dikemaskinikan lagi agar ianya dapat memberi

perkhidmatannya dengan kadar segera bila berlaku laporan kerosakkan. Dalam

keadaan ini, jika dibenarkan,seorang juruteknik Makmal Komputer boleh

disediakan seperti mana adanya pembantu makmal bagi makmal-makmal sains di

sekolah-sekolah. Pembantu makmal akan dapat memastikan keadaan kemudahan

TMK berada dalam keadaan yang terbaik sebelum guru-guru menggunakannya.

Page 50: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

50

Pembantu Makmal juga boleh menbantu penyediaan peralatan seperti LCD (Liquid

Crystal Display) , capaian Internet dan bahan CDRI jika diperlukan.

Selain dari itu, penyediaan bahan CDRI yang dibekalkan oleh pihak

kementerian juga perlu dilihat semula agar kandungannya lebih bersesuaian

dengan tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Perkara ini serba sedikit akan dapat

mengatasi masalah kandungan bahan CDRI yang dikatakan tidak bersesuaian dan

berkaitan. Bahan pembelajaran CDRI yang disediakan perlu bersifat mesra-

pengguna sepenuhnya tanpa perlu banyak instalasi perisian tambahan. Ini adalah

untuk mengelakkan keadaan dimana bahan CDRI tersebut tidak dapat digunakan

akibat kekurangan pengetahuan teknikal guru-guru.

Kesimpulan

Kesungguhan Kerajaan Malaysia dalam menggalakkan amalan TMK dalam proses

p&p tidak harus terhenti dengan penyediaan kemudahan TMK sahaja. Walaupun faktor

sokogan ini penting namun ia tidak seharus dilihat secara terasing dalam meningkatkan

amalan TMK dalam bilik darjah. Peningkatan pengetahuan guru dari aspek-aspek

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) juga perlu

dititikberatkan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan melihat kepada aspek-aspek bagaimana

kemahiran, kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran dapat dilaksanakan dengan terbaik. Perancangan dan aplikasi amalan TMK

yang sesuai kekal akan dapat meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas. Pada masa yang sama, sokongan dan penglibatan aktif pihak pentadbiran sekolah

dan pihak kementerian penting dalam memastikan amalan ini dapat dipertingkatkan.

Page 51: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

51

Persekitaran sekolah yang kondusif dan penyediaan bahan rujukan dan pengajaran yang

bersesuaian dapat memberi sokongan kepada golongan pendidik agar lebih bersedia untuk

menggunakan TMK. Perkhidmatan sokongan teknikal setempat juga penting dalam

mengurangkan beban penyediaan dan penggunaan TMK dikalangan guru-guru.

Gabungan faktor-faktor sokongan ini penting dalam menggalakan amalan TMK dalam

proses p&p.

Page 52: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

52

Rujukan

Abdul Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluanpertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang diSeminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21September 2001.

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006), PenggunaanKomputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru SekolahMenengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1& 2

Alessi, S.M. & Trollip,S.R.(2001). Multimedia for learning: Methods and Development.Massachusetts: Allyn & Bacon.

Che Rogayah Seman (2005). Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar YangBerbeza Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran Trigonometri. TesisSarjana Pendidikan, USM (tidak diterbitkan)

Chin Yoon Poh, Ab. Rahman Darus, Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram, 2000,Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran-Pembelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Chua Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan.. Mc Graw Hill, Malaysia.

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill, Malaysia.

Colby, Anne; Kohlberg, L. (1987). The Measurement of Moral Judgment Vol. 2: StandardIssue Scoring Manual. Cambridge University Press. ISBN 0-521-24447-1.

Cox M.J (1997). The Effects of Information Technology on Students’Motivation: Final

report. NCET.ISBN 1871984289

Dasar Penyata Razak (1965)

Dwyer, D. C., Ringstaff, C. & Sandholtz, J. H. (1991) Changes in Teachers’Beliefs andPractices in Technology-rich Classrooms, Educational Leadership, 48(8), pp. 45-52.

Fisher. S. (1994). Authoring Multimedia. Boston. Academic Press.Inc

Page 53: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

53

Harrison, C., Youngman, M., Bailey, M., Fisher, T., Phillips, R. & Restorick, J. (1998)Multimedia Portables for Teachers Pilot. Coventry: British EducationalCommunications and Technology Agency.

Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Tagg (ed), Developinga whole-school IT policy . m.s. 51 - 71. London: Pitman.

Heppell, S. (1993) Teacher Education, Learning and the Information Generation: theprogression and evolution of education computing against a background ofchange, Journal of Information Technology for Teacher Education, 2, pp. 229-238.

Jasmy, Arif, Shahidah & Rosnani, 2001

Jonassen, D. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking.Inglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Kazlauskas, E.J., 1995, Innovation, Information and Teacher Education. Technology andTeacher Education Annual: Technology Diffusion. Association for theAdvancement of Computing in Education,http://www.coe.uh.edu/insite/elec_oub/html.

Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). IAB, 24 –27 November 2008.

Kulik,C. , & Kulik,J.A. (1991). Effectiveness of Computer-based instruction: An updatedanalysis. Computer in Human Behavior, 7, 75-94

Laurillard, D. (1992). Learning through collaborative computer simulations. BritishJournal of Educational Technology, 23, 164-171.

Lili Nurliyana Abdullah (1996).Multimedia in Education Arming Our Students forFuture. Seminar What is?, Serdang, Selangor. Universiti Putra Malaysia.

Lucas, H., 1986, Information Systems Concept for Management, New York: McGraw Hill.

Maurer, H. (1993). Educational Multimedia and Hypermedia Annual. Proceeding of ED-Media 93 World Conference on Educational Media and Hypermedia, Orlando,Florida. June, 23-26.

Page 54: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

54

Mc Lellan (1991). Teachers and classroom management in a computer learning

environment. International Journal of Instructional Media, 18(1), 19-27.

Merriam, S. B. (1988). Case study research in education: A qualitative approach. SanFrancisco: Jossey-Bass.

Mohd Sarif Abd Manap (1999). Faktor-faktor Penghalang Terhadap PendifusionTeknologi Pendidikan di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Sains di PantaiTimur Semenanjung Malaysia. Abstrak. Di muat turun daripadahttp://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching andlearning. Singapore: Prentice Hall.

Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in thedigital age. U.S.A: McGraw-Hill.

Rosnah Mansor .(2002. Memahami Faktor-Faktor Penggunaan Media TeknologiPendidikan. Abstrak. Di muat turun daripadahttp://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content

Sandholtz J. H., Ringstaff, C., Dwyer, D. C. (1997). Teaching with technology: creatingstudent-centered classrooms. New York: Teachers College, Columbia University.

Sarjit Kaur, Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad dan HaslindaAbdullah (2007)

Schaumburg, H. & Issing,L.J. (2002). Lernen mit Laptop. Dalam Alexandra, W., Jutta,K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in Geographyschooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. Dimuatturun daripada http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf.

Shulman, L. S. (1999) Knowledge and Teaching: foundations of the new reform, in J. Leach& B. Moon (Eds) Learners and Pedagogy. London: Paul Chapman.

Strauss, A. & Corbin, J. (1998) Basics of Qualitative Research: techniques and proceduresfor developing grounded theory. Thousand Oaks: Sage.

Page 55: Amalan penggunaan tmk dalam p&p

55

Thomas, A. & Pettigrew, N. with Cotton, D. & Tovey, P. (1999) The Use of MultimediaPortables in Supporting the Achievement of the National ProfessionalQualification for Headship: an evaluation. Research Report RR92. London: DfEE.

Toh, S.C. & Wong, H.C. (1999). Merekabentuk unsur-unsur motivasi dalam pengajaraNSains dan Matematik. Kertas kerja Seminar dan Bengkel Pembinaan Modul Sainsdan Matematik Sekolah Menengah dan Rendah. Daerah Seberang Perai pada 19Jun 1999

Toh, S.C. (1998). Seven Levels of Interactivity in Multimedia Courseware Design. Kertaskerja dibentang di Multimedia Design Workshop for Sciene and MathematicsEducation, Penang at Sekolah Menengah Abdullah Munsyi, Pulau Pinang pada 22Oktober 1998.

Tuldoziecki, G. & Herzig,B.(2002).Computer and Internet im Unterricht. DalamAlexandra, W., Jutta, K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and toolin Geography schooling in Germany and at the University of EducationHeidelberg. Dimuat turun daripadahttp://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf.

Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) Teachers and ICT:current use and future needs, British Journal of Educational Technology, 31, pp.307-320.

Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) IntegratingInformation and Communications Technology in Professional Practice: an analysisof teachers’needs based on a survey of primary and secondary teachers in Scottishschools, Journal of Information Technology for Teacher Education,Vol 9, No. 22000. pp 167-183

Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. UtusanMalaysia.