Amalan Gaya Hidup Sihat Elak Pelbagai Penyakit

3
Amalan gaya hidup sihat elak pelbagai penyakit 2013/01/17 - 07:05:19 AM Oleh Saadiah Ismail Cetak Emel Kawan Menjelang 2050, satu daripada lima orang di kebanyakan negara membangun berusia lebih 60 tahun. Ini menunjukkan statistik warga tua yang umur panjang semakin ramai. Persoalannya, bagaimana pula tahap kesihatan dan produktiviti warga tua itu. Adakah mereka sihat dan bebas daripada penyakit? Yang nyata golongan warga tua ini memang memerlukan perbelanjaan tinggi akibat kesan penuaan yang berlaku ke atas mereka. Amerika Syarikat, umpamanya dijangkakan penduduk negara itu akan membelanjakan kira-kira 28 peratus daripada pendapatan bagi penjagaan kesihatan atau sejumlah RM835.31 juta (274.5 juta dollar) dihabiskan untuk membeli produk anti penuaan. Kita sepatutnya berfikiran positif, ubah cara pemakanan, bersenam dan amalan gaya hidup sihat bagi menghalang mendapat pelbagai penyakit," Dr Rico Ricketts, Perunding kesihatan dari Kanada. Jika dilihat senario di Malaysia, warga tua dijangka meningkat 15 peratus untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Jangka hayat lelaki Malaysia, sekarang mencecah usia 74.2 tahun berbanding 72.6 tahun, pada 2010 manakala jangka hayat wanita 79.1 tahun berbanding 77.5 tahun, pada tahun sama. Pada masa sama, dari segi kesihatan, jumlah pesakit diabetes, barah dan tekanan membabitkan warga emas juga dijangka meningkat berdasarkan gaya hidup diamalkan. Kajian menunjukkan, Malaysia berada pada kedudukan ke-16, di dunia paling menghadapi masalah masalah tekanan di tempat kerja, iaitu satu daripada enam orang tertekan akibat bebanan kerja.

description

Karangan ringkas

Transcript of Amalan Gaya Hidup Sihat Elak Pelbagai Penyakit

Amalan gaya hidup sihat elak pelbagai penyakit2013/01/17 - 07:05:19 AM Oleh Saadiah Ismail Cetak Emel Kawan

Menjelang 2050, satu daripada lima orang di kebanyakan negara membangun berusia lebih 60 tahun. Ini menunjukkan statistik warga tua yang umur panjang semakin ramai.

Persoalannya, bagaimana pula tahap kesihatan dan produktiviti warga tua itu. Adakah mereka sihat dan bebas daripada penyakit? Yang nyata golongan warga tua ini memang memerlukan perbelanjaan tinggi akibat kesan penuaan yang berlaku ke atas mereka.Amerika Syarikat, umpamanya dijangkakan penduduk negara itu akan membelanjakan kira-kira 28 peratus daripada pendapatan bagi penjagaan kesihatan atau sejumlah RM835.31 juta (274.5 juta dollar) dihabiskan untuk membeli produk anti penuaan. Kita sepatutnya berfikiran positif, ubah cara pemakanan, bersenam dan amalan gaya hidup sihat bagi menghalang mendapat pelbagai penyakit," Dr Rico Ricketts, Perunding kesihatan dari Kanada.

Jika dilihat senario di Malaysia, warga tua dijangka meningkat 15 peratus untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Jangka hayat lelaki Malaysia, sekarang mencecah usia 74.2 tahun berbanding 72.6 tahun, pada 2010 manakala jangka hayat wanita 79.1 tahun berbanding 77.5 tahun, pada tahun sama.

Pada masa sama, dari segi kesihatan, jumlah pesakit diabetes, barah dan tekanan membabitkan warga emas juga dijangka meningkat berdasarkan gaya hidup diamalkan.

Kajian menunjukkan, Malaysia berada pada kedudukan ke-16, di dunia paling menghadapi masalah masalah tekanan di tempat kerja, iaitu satu daripada enam orang tertekan akibat bebanan kerja.

Selain itu, kajian sama mendapati dua daripada lima orang obesiti dan sekali gus meletakkan Malaysia di tangan keenam di Asia bagi dari segi status kesihatannya. Statistik dicatatkan pada 2009, mendapati satu daripada empat kematian di hospital kerajaan disebabkan oleh penyakit jantung atau lumpuh.

Justeru, jika gaya hidup di zon selesa dipilih secara berterusan, tidak mustahil negara akan dibarisi oleh warga tua yang tidak sihat dan sekali gus memberi kesan keseluruhan kepada ekonomi, perbelanjaan kesihatan serta pengurusan tahap kemiskinan.

Kongsi ilmu

Perunding kesihatan dari Kanada, Dr Rico Ricketts, berkata ramai warga tua dijangka akan berhadapan pelbagai jenis penyakit kronik sekiranya mereka tidak mengamalkan cara hidup sihat dan mengurus kesihatan diri.

Katanya, usia tua memang tidak boleh dielakkan, malah kekuatan fizikal turut merundum, hingga ada kala mereka kelihatan lebih tua daripada usia.

Beliau berkata, penjagaan kesihatan seharus dititik berat bermula dari usia muda bagi mengelak mudah mendapat sebarang penyakit.Kita sepatutnya berfikiran positif, ubah cara pemakanan, bersenam dan amalan gaya hidup sihat bagi menghalang mendapat pelbagai penyakit, katanya ketika ditemui, di pejabat Friends to Mankind, baru-baru ini.Hadir sama Duta Muhibbah Friends to Mankind (FtoM), YM Datuk Paduka Toh Puan Seri Di Raja Noor Aini Datuk Abdullah.Beliau menegaskan, individu juga seharusnya mengelak daripada terlalu bergantung kepada makanan tambahan dan menggunakan produk anti penuaan, sebaliknya cukup sekadar amalan hidup sihat.Saya akan berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai amalan gaya hidup sihat yang akan dibentangkan dalam forum The Myth of Ageing, di Pusat perubatan Tropicana, Petaling Jaya, Sabtu ini, katanya.http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Amalangayahidupsihatelakpelbagaipenyakit/Article/