Alatan Tangan Dalam Kerja Bata
description
Transcript of Alatan Tangan Dalam Kerja Bata
NO NAMA ALATAN
GAMBAR KEGUNAAN CARA PENYELENGGARAAN
SAIZ DAN BERAT
1 Sudip - Digunakan untuk menggaul mortar dan meratakan mortar pada bata / blok bahan binaan.
- Digunakan untuk mengangkat motar dari papan motar, melepa dan meratakan motar di atas dinding, membuat sambungan tegak membuang mortar yang terhimpit keluar di bawah batu.
- Pastikan pemegang tersebut tidak dibiarkan di tempat yang berair supaya ketahanan kayu tersebut dapat dijaga dan tidak mudah reput.
- Diperbuat daripada besi. Bersaiz antara 150mm hingga 250mm
2 bantalan - digunakan bersama penukul besi
- digunakan untuk memotong bata.
- bantalan perlulah di simpan ditempat yang selamat supaya tidak berlaku kecederaan serta kemalangan sewaktu di bengkel serta mata bantalan perlulah diasah apabila tumpul supaya sentiasa tajam.
- Mata dan pemegangnya diperbuat daripada besi
- Lebar mata kebiasaannya sama dengan lebar kepala bata iaitu 150mm.
3 Tukul (club hammer)
- Digunakan bersama alat- alat pemotong seperti bolster,chisel dan lain- lain
- Bucu permukaannya perlu ditumpulkan bagi menjaga keselamatan
- Beratnya antara 1.13kg hingga 1.36kg, yang lebih berat tidak sesuai kerana memenatkan
4 Tukul bata (brick hammer)
- Digunakan untuk memotong bata atau untuk menorah bata yang keras secara kasar dalam kerja pembinaan dinding biasa yang perlu dilepa
- Apabila kepala tukul tercabut mahupun tertanggal hendaklah di ketuk secara perlahan di permukaan lantai supaya kepala tukul berada seperti keadaan asal semula.
5 Tukul sikat ( comb hammer)
- Digunakan untuk menarah bentuk yang halus.
- Pastikan mata tukul sikat dicabut ketika tidak digunakan untuk mengelakkan dari terpatah.
- Mempunyai mata yang berlainan bentuk dan boleh ditanggalkan dikedua-dua hujungnya.
6 Scutch bata - Digunakan untuk memotong dan menarah bata kepada bentuk permukaan yang lebih halus.
-Apabila kepala scotch bata tanggal hendaklah dipasangkannya semula .
- Mempunyai 3 bahagian iaitu pemegang, mata dan baji.
- Terdapat dua bentuk pemegang iaitu dari kayu dan besi matanya boleh dicabut untuk ditukar atau diasah.
-
7 hawk - Digunakan untuk meletakkan motar semasa membuat kerja – kerja plaster dan pointing
- Hawk yang terpatah mahupun pecah tidak dapat disambungkannya semula tetapi seharusnya membeli hawk yang baru.
- Ukuran biasa ialah 229mm x 229mm dan 305mmx305mm.
- diperbuat daripada kayu atau aluminium.
8 Pin dan benang
- Digunakan untuk mendapatkan kelurusan semasa membina dinding yang melebihi 5 bata panjang
- Untuk mengelakkan benang terbenam ke dalam dinding “lath” hendaklah digunakan.
- Benang dari nylon 1mm tebal.
9 Pahat besi / sejuk (cold chise)
- Digunakan untuk memotong jubin
- kepala cold chisel tidak boleh dibiarkan kembang (mushroom) kerana mungkin mencederakan tangan
- saiz 6.3mm x 102mm hingga 25mm x 610mm digunakan untuk kerja kecil seperti memotong jubin
- saiz 19mm x 305mm, 19mm x 381mm dan 12.7mm x 229mm untuk kerja biasa.
10 tingle - Digunakan bersama line dan pin bagi mengelakkan benang dari melengkung, melayang, atau terbuai- buai ditiup angin semasa membina dinding lurus.
-
- Elakkan dari terkena air supaya tidak berlaku pengaratan.
- Saiznya adalah kecil dan mudah dibawa kemana-mana.
11 Cangkul berlubang (larry)
- Digunakan untuk menggaul motar dan untuk menyebarkan serta meratakan sambungan motar pada dinding yang tebal
-
- Mata cangkul yang telah tumpul hendaklah diasah supaya sentiasa tajam.
12 Papan mortar (mortar board)
- Digunakan untuk meletakkan motar semasa berkerja.
- Elakkan dari dipijak kerana ia diperbuat daripada papan/ papan lapis berukuran 1 meter persegi.
-
13 Pointing trowel
- digunakan untuk memenuhkan dan mengemaskan sambungan.
- Dotter digunakan untuk sambungan menegak.
- bedder digunakan untuk sambungan melintang
- Setelah selesai digunakan hendaklah disimpan di tempat yang tiada mengandungi air untuk mencegah berlakunya pengaratan.
- Dotter berukuran 102mm
- Bedder berukuran 152mm
14 Brick jointer
- Finger jointer digunakan untuk membuat sambungan recessed.
- round jointer digunakan untuk membuat sambungan concave.
- Alatan ini mudah patah. apabila ia patah bolehlah di pateri jika ianya patah kecil.
- Finger jointer berukuran 60mm hingga 125mm panjang dan 10mm lebar
- round jointer berukuran 228mm panjang dan 10mm garispusat
15 Timba (bucket)
-digunakan untuk menyukat bancuhan konkrit, motar dan sebagainya
- untuk membekal motar dalam proses pembinaan tembok bata.
- Selepas digunakan hendaklah dibasuh serta dikeringkan agar tidak berlaku pengaratan.
16 Skop (showel)
- Digunakan untuk mencedok bahan bahan seperti pasir, simen, tanah dan lain-lain.
- Batang skop mudah patah kerana diperbuat dari kayu tetapi jika ia telah patah bolehlah ditukar batang tersebut dengan bahan yang berunsurkan logam.
17 Kereta sorong
- Digunakan untuk mengangkat motar atau bahan-bahan ke kawasan kerja.
- Elakkan dari membawa bata yang terlalu berat untuk mengelakkan berlaku pancit serta bocor apabila terpijak paku. Seeloknya haruslah menggantikan tiub tayar kereta sorong tersebut dengan yang lain.
18 Cangkul (hoe)
- Digunakan untuk mengais bahan- bahan mortar , menggali, dan mengaut tanah,pasir, batu dan sebagainya.
- Mata canmgkul hendaklah ditukar dengan yang baru jika ia telah patah. Ini kerana ia akan menyukarkan kerja kerja menggali.
- Panjangnya dari 2 hingga 4 kaki
19 Pembaris kemasan (pointing hole)
- Digunakan untuk meratakan permukaan motar.
- Disebelah belakangnya dilekatkan dua keping penyengkang supaya motar dapat jatuh melalui ruang diantara dinding bata dengan pembaris.
- Simpan ditempat yang kering supaya tidak berlaku pereputan kayu.
- Saiznya 75mm lebar dan diserongkan dipermukaan tepi.
20 Penyepit bata (brick tongs)
- Digunakan untuk membawa bata dan meletakkannya berhampiran dengan pekerja.
- Simpan di tempat yang selamat serta terhindar dari tempat yang basah supaya pengaratan tidak berlaku.
21 Boat level - Penggunaannya sama seperti spirit level iaitu untuk menyelaraskan motar pada bata agar ketinggian motar adalah sekata.
- Elakkan dari terpijak atau jatuh dilantai supaya penimbang air tidak rosak serta pecah.
22 Pengukur tegak (plumb rule )
- Digunakan untuk melaras tegak dan menentukan tegak dinding.
- Pastikan pengukur tegak diletakkan di tempat yang rata permukaannya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
23 Pelambab / unting unting(plumb bob)
- Digunakan untuk menguji ketegakan satu permukaan , mendapat garisan tegak atau titik.
Apabila benang pada pelambab putus atau reput hendaklah digantikan dengan benang yang baru bagi memudahkan menggantung pelambab
- Beratnya 250gram.
24 Pita pengukur
- Digunakan untuk mengukur jarak yang tidak dapat diukur oleh pembaris berlipat.
- Elakkan dari terjatuh supaya pita pengukur tidak rosak Serta sewaktu menggunakannya haruslah berhati-hati sewaktu memegangnya supaya tidak terluka.
25 Bat and closer gauge
- Digunakan untuk menanda bata potongan yang hendak dibuat seperti bat, three quarter bat dan queen closer.
- Gauge ini digunakan untuk menanda ukuran bat yang dikehendaki dengan cepat.
26 Sesiku pemidang / sesiku keluli (flaming or steel square)
- Digunakan untuk mendapatkan sudut tepat 90 darjah.
Elakkan dari terkena air untuk mencegah dari pengaratan.
- Satu bahagian lebih panjang iaitu 600mm, satu bahagian 300mm dan lebarnya 35mm dan tebalnya 3mm.
27 Sesiku bangunan (building square)
- Kegunaannya untuk mencari ketetapan garisan binaan semasa proses merancang tanda bangunan.
-
Elakkan dari terpijak kerana ia akan mngalami kecedaraan apabila tertusuk dikaki.
- 610mm (24’’) square.
28 Gauge rod - Digunakan untuk tiap- tiap lapisan batu bata termasuk tebal sambungan.
-
- Saiznya 25 x 75 x 900mm