Aktiviti-Aktiviti dan Pelan-Pelan Semasa untuk Kanak-kanak ...
AKTIVITI PRATULISAN
-
Upload
zahidan-ariffin -
Category
Documents
-
view
94 -
download
2
description
Transcript of AKTIVITI PRATULISAN
AKTIVITI PRATULISAN
Merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh setiap orang murid bagi
menyediakan diri kea rah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh
diterima oleh kelompok masyarakat. Di peringkat ini aktiviti contengan dilakukan atas
permukaan benda sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan yang
boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini
berkembang dari membuat contengan bebas hingga peringkat contengan terkawal.
Takrif Pratulisan
Suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan menggunakan
alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Oleh itu,
penguasaan kemahiran pra tulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi
fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis.
Objektif Pratulisan
Aktiviti pra tulisan penting kepada murid-murid tahap satu sebelum mereka
mempelajari peringkat penulisan yang selanjutnya. Justru terdapat sebelas objektif
pelaksanaan aktiviti pratulisan kepada murid-murid iaitu:
1 Melatih pergerakan tangan dan jari.
2 Melatih pergerakan mata.
3 Melatih koordinasi mata dan tangan.
4 Menyemai minat murid untuk datang ke sekolah tanpa rasa bosan belajar.
5 Membolehkan murid-murid belajar dalam suasana yang selesa.
6 Menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan.
7 Membolehkan penerapan nilai murni dijalankan secara berterusan dan berkesan.
8 Menimbulkan motivasi yang tinggi di kalangan murid.
9 Mengenal bentuk huruf dalam perkataan.
10 Meniru bentuk huruf dalam perkataan.
11 Menulis huruf dan perkataan.
Kaedah Untuk Meningkatkan Kemahiran Pratulisan
Contoh aktiviti pratulisan
1 Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.
2 Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan ke kiri semula
3 Latihan membentuk bulatan di udara , di meja, di lantai , di atas pasir , di rumput tanpa
menggunakan alat tulis.
4 Latihan-latihan gerak jari dengan memainkan jari , menekankan jari , menggoyangkan
tangan , meramas-ramas dari dan sebagainya.
5 Latihan- latihan membentuk garisan lurus.
6 Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus.
7 Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.
Terdapat lima kaedah yang boleh digunakan guru untuk meningkatkan kemahiran
pratulisan di kalangan murid iaitu:
1 Gunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik selaras kemampuan dan
perkembangan emosi serta mentel murid-murid.
2 Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangan
dan mata murid-murid untuk mengasah kemahiran menulis.
3 Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun agar murid-murid dapat menguasai
kemahiran asas menulis dengan mudah.
4 Laksanakan aktiviti pengayaan supaya perkembangan daya intelek murid mantap serta
membantu membina kemahiran menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik.
5 Perkenalkan huruf kecil dahulu kemudian huruf besar. Mulakan dengan huruf yang
bentuknya seakan sama seperti a, c ,g, d dan sebagainya. Rasional memperkenalkan huruf
kecil dahulu kerana huruf kecil lebih banyak digunakan dalam aktiviti penulisan seharian di
samping bentuknya yang lebih kurang sama.
Latihan pergerakan jari , tangan dan mata merupakan fasa yang mesti dilalui oleh murid-
murid sebelum kemahiran menulis dilakukan. Latihan ini meliputi :
1 aktiviti menggerakkan jari dan tangan , pergerakan boleh dilakukan mengikut irama lagu ,
tepukan tangan atau pergerakan anggota badan lain secara ‘humming’
2 menggerakkan tangan dan pergelangan tangan dan jari telunjuk di atas kertas , di atas
meja, di udara , di belakang kawan , di atas tapak tangan kawan , di atas pasir , di atas lantai
dan seumpamanya,
Aktiviti in bertujuan menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis
dengan sempurna. Hasil pembelajaran ini dapat dicapai dengan beberapa latihan seperti
membuat lakaran bebas , melakar perjalan ke pejabat sekolah, melakar bentuk-bentuk
geometri dan pelbagai bentuk yang mudah dilakukan murid-murid. Selain itu, murid-murid
juga boleh melakar bentuk huruf-huruf abjad.
Melakukan latihan pergerakan mata pula dapat dilakukan dengan melihat perjalan
guru di hadapan kelas dari kiri ke kanan , melihat dari atas ke bawah dan mengikut lakaran
pada papan tulis.
a. Latihan Pergerakan Jari
i Memainkan jari
ii Menggerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas.
iii Menguntai manik
iv Menyurih
v Melukis
iv Mengoyak
b. Latihan bagi tangan
Murid dikehendaki:
i Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali. .
ii Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.
iii. Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.
iv. Menggenggam dan merasa bola.
v. Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan
cara memegang yang betul.
vi. Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.
vii. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.
viii. Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.
ix. Membuka tali kasut dan mengikat semula.
c. Latihan bagi mata
Murid dikehendaki:
i. Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut
benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.
ii. Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang
oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.
iii. Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan
dari kanan ke kiri.
iv. Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah
pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan
benda-benda yang besar.
v. Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.
vi. Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik
sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya.
d. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:
Murid dikehendaki:
i. Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau
ukuran.
ii. Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.
iii. Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle.
iv. Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau
dengan bergerak di padang bersama pasangan,
v. Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.
vi. Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.
vii. Mencantum arah jalan atau aliran sungai.
viii. Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.
ix. Memilih gambar yang berlainan dalam satu set.
x. Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan
gambar asal.
xi. Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan.
xii. Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya
Melaksanakan Mencari Jalan Keluar
Ciri-ciri bahan yang dicadangkan seperti berikut:
a Gambar berwarna-warni.
b Dibina menggunakan kad berukuran besar.
c Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas.
d Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran.
e Binaan yang mesra pengguna.
f Boleh digunakan berulang-ulang kali.
g Tema permainan perlu berdasarkan persekitaran murid.
Aktiviti Memadankan Bentuk, Gambar dan Huruf
Dijalankan dengan meminta murid-murid membuat garisan lurus pada pasangan gambar
yang sepadan, iaitu bentuk-bentuk asas yang serupa, gambar yang dibahagi dua bahagian,
atau huruf besar denganhuruf kecil. Ciri-ciri bahan seperti berikut:
a Gambar yang berwarna-warni.
b Dibina menggunakan kad berukuran besar.
c Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas.
d Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran.
e Binaan yang mesra pengguna
f Boleh digunakan berulang-ulang kali.
1 Contoh aktiviti memadankan bentuk asas
Aktiviti ini dijalankan dengan meletakkan gambar kiri dan kanan kemudian meminta murid-
murid memadankan bentuk yang serupa dengan menggariskan pasangan tersebut.
Beberapa bentuk lain juga boleh digunakan dalam latihan ini. Cara melaksanakan aktiviti ini
ditunjukkan dalam rajah.
2 Contoh aktiviti memadankan gambar lengkap
Latihan ini menggunakan benda maujud sebagai bahan rangsangan seperti yang
ditunjukkan dalam gambarajah.
Rajah 3.1 menunjukkan bentuk asas
+
Rajah 2.3 Memadankan gambar lengkap
3 Contoh aktiviti memadankan gambar separuh lengkap.
Murid dibekalkan gambar tidak lengkap. Murid perlu mengecam kesinambungan gambar
berkenaan berdasarkan gambar depan dan gambar belakang sebelum memadankannya.
Caranya seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.
Rajah 3.3 Memadankan gambar separuh lengkap
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Rajah 3.4 menggunakan urutan nombor
Latihan Menyambung Titik
Ada tiga cara aktiviti menyambung titik iaitumenggunakan nombor, huruf besar dan huruf
kecil berdasarkan ciri-ciri berikut.
a Boleh menggunakan urutan nombor atau huruf.
b Urutan huruf sama ada huruf kecil atau besar.
c Latihan berdasarkan tahap penguasaan murid.
d Mengambil kira kumpulan sasaran.
e Mudah dikendalikan dan mesra pengguna.
f Menarik dan berwarna-warni.
g Perlu dibina menggunakan kad bersaiz besar.
h Arahan perlu tepat dan jelas.
I Boleh digunakan berulang kali.
Melaksanakan Aktiviti Mencari Jalan Keluar, Memadankan Huruf/ Bentuk / Gambar , Aktiviti
Menyambung Titik Dan Membuat Corak
Aktiviti Mencari Jalan Keluar
Ciri – ciri bahan yang dicadangkan adalah seperti berikut
a) Gambar berwarna- warni
b) Dibina menggunakan kad berukuran besar
c) Tajuk dan arahan perlu jelas dan jelas.
d) Kenal pada tahap dan kumpulan sasaran
e) Binaan yang mesra pengguna
f) Boleh digunakan berulang-ulang kali
g) Tema permainan perlu berdasarkan persekitaran murid
1) Contoh aktiviti menggunakan urutan nombor
Sediakan dua keping kadbod berukuran 30 X 45 cm serta dua gambar grafik yang
bertemakan persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian out line gambar yang
dipilih . Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan tanda-tanda
bulatan kecil yang dilabel dengan urutan nombor mengikut kesesuaian.
2) Contoh aktiviti menggunakan ururtan nombor kecil
Sediakan dua keping kadbod berukuran 30 X 45 cm serta dua gambar grafik yang
bertemakan persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian out line gambar yang
dipilih . Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan tanda-tanda
bulatan kecil yang dilabel dengan huruf kecil secara urutan mengikut kesesuaian.
3) Contoh aktiviti menggunakan ururtan nombor besar
Sediakan dua keeping kadbod berukuran 30 X 45 cm serta dua gambar grafik yang
bertemakan persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian out line gambar yang
dipilih. Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan tanda-tanda
bulatan kecil yang dilabel dengan huruf besar secara ururtan mengikut kesesuaian.
Aktiviti Membuat Corak
1. Garisan Lurus
a) Latihan mengaris dari atas kebawah dan sebaliknya
b) Latihan mengaris dari kiri ke kanan dan sebaliknya
c) Condong dari kiri ke kanan dan sebaliknya
d) Ada dua jenis corak yang boleh dihasilkan berdasarkan gabungan tiga gaya garisan
lurus ini, iaitu coraktunggal dan corak berlapis. Untuk melihat cara menghasilkan corak-corak
tersebut
2. Garisan melengkung dan bengkang – bengkok
a) Melengkung dari atas ke bawah
b) Melengkung dari bawah ke atas
c) Garisan bengkang bengkok
d) Ada dua jenis corak yang boleh dihasilkan berdasarkan garisan melengkung dan
bengkang bengkok ini, iaitu corak tunggal dan corak berlapis. Untuk melihat cara
menghasilkan corak –corak tersebut
Latihan Mewarna Secara Berpandu
1) Mewarna Berpandukan Huruf Besar A – Z
Murid-murid akan diberikan pelbagai gambar. Berdasarkan kod huruf yang ditetapkan pada
setiap kotak berkenaan, mereka diminta mewarna menggunakan warna tertentu dengan
pensell warna. Contohnya petak A untuk warna biru, petak B untuk warna kuning dan
sebahagianya. Rasionalnya, murid belajar mengenal huruf sambil mewarna gambar
berkenaan. Kepuasan murid lahir setelah Berjaya meyelesaikan kerja mewarnna pada
semua petak dengan warna yang ditetapkan dan akhirnya membentuk sebuah lukisan yang
menarik.
2) Mewarna Berpandukan Huruf Kecil A – Z
Cara sama seperti (i) di atas. Berdasarkan kod huruf kecil yang ditetapkan pada setiap kotak
berkenaan, mereka diminta mewarna menggunakan warna tertentu dengan pensel warna.
Contohnya petak A untuk warna biru, Petak B untuk warna hijau dan sebagainya.
Rasionalnya,
Murid belajar mengenal huruf kecil sambil mewarna gambar berkenaan.
Melaksanakan Aktiviti Membentuk Huruf
Guru membimbing murid – murid menulis huruf menggunakan jari di udara, pasir, cermin,
dan belakang badan rakan. Guru perlu memperkenalkan huruf kecil terlebih dahulu
kemudian huruf besar.
1. Latihan menulis di udara
a) Pastikan posisi guru dan murid betul
b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk
c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak
d) Sebut nama huruf semasa menulis di udara
e) Latih tubi dan berulang-ulang
f) Boleh lakukan secara berpasangan untuk pengukuhan
2. Latihan menulis atas pasir
a) Bawa murid keluar dari bilik darjah
b) Latihan di gelanggang lompat jauh yang berpasir
c) Pandu murid menggunakan jari telunjuk
d) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak
e) Sebut nama huruf semasa menulis di pasir
f) Latihan secara berulang-ulang
g) Aspek keselamatan murid diutamakan
h) Gunakan dulang jika melaksanakan di dalam bilik darjah
3. Latihan menulis atas cermin dengan tepung
a) Boleh gantikan tepung dengan habuk kayu atau bedak
b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk
c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak
d) Sebut nama huruf semasa menulis
e) Latihan berulang-ulang untuk pengukuhan
4. Latihan menulis dibelakang badan rakan
a) Aktiviti aras tinggi
b) Dijalankan selepas murid melalui aktiviti 1-3 di atas
c) Boleh dilaksanakan secara berpasangan
d) Murid pertama menulis huruf di belakang badan rakan
e) Murid meneka nama huruf berdasarkan pergerakan jari
f) Jika murid mahir, ubah suai dengan suku kata.
PENULISAN MEKANIS
Kemahiran menulis mekanis dan pelahiran(mental)
penulisan mekanis-hasil perkongsian maklumat oleh Mohd Khairuddin :
Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan pengajaran
kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis untuk
pelahiran (mental).
1. Kemahiran Menulis Secara Mekanis
Kemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal
yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah
dibaca.
Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting
untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar pelajar-pelajar dapat menguasai
kemahiran selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai kata dan sebagainya.Kebolehan
menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka untuk menyatakan
sesuatu melalui perantaraan tulisan. Sebelum mereka dapat berbuat demikian dengan cara
yang dapat difahami oleh orang lain, mereka perlu menguasai mekanik tulisan itu dahulu.
Keinginan tersebut haruslah digunakan sebagai pemangkin semangat untuk belajar menulis.
Kematangan urat saraf dan urat daging adalah diperlukan bagi mengawal jari dan tangan,
seterusnya kematangan tersebut perlu untuk penyelarasan antara mata dan tangan.
Contengan merupakan asas bagi kebolehan menulis kerana semasa kanak-kanak
mempelajari fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka
dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kemudian,
daripada latihan contengan tersebut mereka dapat meniru huruf yang dilihat dalam bacaan
mereka.
Peringkat menyediakan murid-murid
a) Melakukan latihan pergerakan tangan
b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna
c) Melakukan pergerakan mata
d) Melakukan latihan koordinasi tangan dan mata
Aktiviti-aktiviti mekanikal yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam kemahiran menulis
adalah seperti :
a) Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan-garisan, bulatan, segi-segi
dan sebagainya.
b) Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, pasir, papan tulis dan sebagainya.
c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok mainan serta melatih
menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.
d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak, kekemasan dan lain-lain.
f) Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca.
g) Melatih menulis cantik dan kemas.
h) melatih huruf dalam kertas bergaris dua dan bergaris 3