Akta dan Peraturan Elektrik
-
Upload
hanim-husaif -
Category
Documents
-
view
379 -
download
8
description
Transcript of Akta dan Peraturan Elektrik
PERATURAN – PERATURAN ELEKTRIK BAHAGIAN III
PENGENALAN:
Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahui Kehendak bagi Perakuan
kekompetenan, Permohonan bagi peperiksaan, Kelayakan untuk menjadi orang
kompeten, Pendaftaran sementara orang asing, Fee bagi peperiksaan, pengendorsan
dan penggantian Perakuan Kekompetenan, Sekatan atau pengendorsan Perakuan
Kekompetenan ,Keterangan perubatan kesihatan, Perakuan kekompetenan yang hilang
atau rosak, Penyerahan balik Perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-
undang bertulis lain, Penggantungan dan pembatalan perakuan kekompetenan
LEARNING OBJECTIVES:
Pelatih-pelatih mesti boleh menerangkan:-
Kehendak bagi Perakuan Kekompetenan
Permohonan bagi peperiksaan
Kelayakan untuk menjadi Jurutera Perkhidmatan Elektrik
Kelayakan untuk menjadi Jurutera Elektrik Kompeten
Kelayakan untuk menjadi Penyelia Elektrik
Kelayakan untuk menjadi Penjaga Jentera
Kelayakan untuk menjadi Pendawai
Kelayakan untuk menjadi Pencantum Kabel
Pendaftaran sementara orang asing
Keterangan perubatan kesihatan
Fee bagi peperiksaan, pengendorsan dan penggantian Perakuan
Kekompetenan
Sekatan atau pengendorsan Perakuan Kekompetenan
Borang Perakuan Kekompetenan
Penyerahan balik Perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-
undang bertulis lain
Perakuan Kekompetenan yang hilang atau rosak
Penggantungan dan pembatalan Perakuan Kekompetenan
Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud di dalam Peraturan 45 hingga
Peraturan 59 yang berkaitan dengan Pengendalian Peperiksaan bagi orang
kompeten.
Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes
yang berlaku
SUB TOPIC:
8.0 BAHAGIAN III
PENGEDALIAN
PEPERIKSAAN BAGI ORANG KOMPETEN
SUB SUB TOPIC:
8.1 Peraturaan 44.
Peraturan:
44. (Dimansuhkan)
SUB SUB TOPIC:
8.2 Peraturan 45
Penerangan:
Kehendak bagi Perakuan Kekompetenan
45.(1) Mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten, Penyelia
Elektrik, Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel yang disebut dalam
Peraturan-Peraturan ini hendaklah memiliki suatu Perakuan Kekompetenan yang sah
yang sesuai dengan kategori itu, dengan sekatan, jika ada, yang dikeluarkan kepadanya
oleh Suruhanjaya di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(2) Suruhanjaya boleh menjalankan atau menyebabkan untuk dijalankan, mengikut apa-
apa cara yang disifatkan patut, peperiksaan bagi maksud menentukan sama ada
seseorang itu memiliki kelayakan yang diperlukan untuk dikeluarkan Perakuan
Kekompetenan.
(3) (Dimansuhkan).
SUB SUB TOPIC:
8.3 Peraturan 45:
Penerangan:
Permohonan bagi peperiksaan
45A. (1) Suatu permohonan bagi peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan hendaklah
dibuat secara bertulis mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Setiap permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dipertimbangkan
oleh Suruhanjaya yang hendaklah memutuskan sama ada pemohon itu layak untuk
mengambil peperiksaan itu.
(3) Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis tentang
keputusannya.
Soalan
Suatu permohonan bagi peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan hendaklah dibuat
secara bertulis mengikut cara yang ditentukan ……………….
Jawapan
A. Menteri
B. Suruhanjaya
C. Pemegang lesen
D. Pihak Berkuasa Bekalan
SUB SUB TOPIC:
8.3 Peraturan 46.
Penerangan
Kelayakan untuk menjadi Jurutera Perkhidmatan Elektrik
46.(1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki
peperiksaan bagi suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera
Perkhidmatan Elektrik, hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi
syarat-syarat yang berikut:
(a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia;
(b) bahawa dia memiliki Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik
Kompeten yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini;
(c) bahawa dia berpengalaman menjalankan kerja yang berkaitan dengan
penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih dan servis, penentukuran, ujian
dan melengkapkan kelengkapan dan kerosakan kabel;
(d) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan;
(e) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan
perlu.
(2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan
Elektrik dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga
profesional yang dijalankan oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati
Suruhanjaya bahawa –
(a) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang penyenggaraan dan
pembaikan, baik pulih dan servis, penentukuran, ujian dan melengkapkan
kelengkapan, termasuklah prinsip-prinsip pengendalian kelengkapan yang
digunakan untuk penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan,
perlindungan dan pemeteran dalam pepasangan elektrik dan pengurusan tenaga
dengan cekap;
(b) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pengesanan
kerosakan kabel;
(c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas,
pemulihan pemafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan
(d) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa
peraturan yang dibuat di bawahnya.
(3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera
Perkhidmatan Eleklrik hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan
ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan
bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan.
(4) Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan,
mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua
kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan.
Soalan
Berikut adalah kelayakan seseorang yang layak menduduki peperiksaan bagi Perakuan
Kekompetenan sebagai Jurutera Perkhidmatan Elektrik kecuali
Jawapan
A. Berpengalaman menjalankan kerja yang berkaitan dengan
penyelenggaraan dan pembaikan ,baikpulih, dan servis
B. Memiliki Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Kompeten
C. Menghadiri temuduga professional yang dijalankan oleh Suruhanjaya
D. Mempunyai ijazah Kejuteraan Elektrik
SUB SUB TOPIC:
8.4 Peraturan 47.
Penerangan.
Kelayakan untuk menjadi Jurutera Elektrik Kompeten
47. (1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki
peperiksaan bagi suatu Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik, hendaklah
memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut:
(a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia;
(b) bahawa dia memegang Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengan Ijazah
dalam kejuruteraan elektrik daripada universiti atau institusi yang diiktiraf;
(c) bahawa dia ialah seorang Jurutera Profesional dalam kejuruteraan elektrik
yang berdaftar derigan Lembaga Jurutera menurut Akta Pendaftaran Jurutera
1967;
(d) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja (tidak kurang daripada lima
tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan
elektrik dan telah mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup;
(e) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan; dan
(f) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan
perlu.
(2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Elektrik
dikeluarkan kepada seseorang. dia hendaklah menghadiri temuduga profesional yang
dijalankan oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa—
(a) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang amalan kejuruteraan
elektirik moden, termasuklah prinsip-prinsip pengendalian kelengkapan yang
digunakan untuk penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan,
perlindungan dan pemeteran dalam pepasangan elektrik dan pengurusan
kecekapan tenaga;
(b) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas,
pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan
(c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa
peraturan yang dibuat di bawahnya.
(3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Elektrik
Kompeten hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh
Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada
soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan.
(4) Walau apa pun subperaturan (1). (2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan,
mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua
kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.
Soalan
Pemeriksaan bagi Kekompetenan sebagai seorang ………………………. hendaklah
berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan
hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang
disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan.
Jawapan
A. Jurutera Elektrik Kompeten
B. Pendawai Elektrik
C. Penjaga Jentera
D. Pengarah
SUB SUB TOPIC:
8.5 Peraturan 48:
Penerangan:
Kelayakan untuk menjadi Penyelia Elektrik
48. (1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki
peperiksaan bagi suatu Perakuan Kekompetenan sebagai Penyelia Elektrik, hendaklah
memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut:
(a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia;
(b) bahawa dia memiliki Diploma atau kelulusan yang setaraf dengan Diploma
dalam kejuruteraan elektrik daripada institusi yang diiktiraf;
(c) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada lima
tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik
dan telah mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup;
(d) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan; dan
(e) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan
perlu.
(2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penyelia Elektrik
dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan
oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa—
(a) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang amalan kejuruteraan
elektrik moden, termasuklah prinsip-prinsip pengendalian kelengkapan yang
digunakan untuk penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan,
perlindungan dan pemeteran dalam pepasangan elektrik dan pengurusan
kecekapan;
(b) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas,
pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan
(c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa
peraturan yang dibuat di bawahnya.
(3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penyelia
Elektrik hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh
Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada
soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan.
(4) (Dimansuhkan).
(5) Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3) Suruhanjaya boleh
mengecualikan, mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau
semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.
Soalan
Pilih kenyataan berikut yang benar bagi kelayakan untuk menjadi Penyelia Elektrik
i. bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia
ii. bahawa dia memiliki Diploma atau kelulusan yang setaraf dengan Diploma dalam
kejuruteraan elektrik daripada institusi yang diiktiraf
iii. bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada lima tahun
dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan telah
mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
iv. bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan dan bahawa
dia boleh memenuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu.
Jawapan
A. i dan ii sahaja
B. i ,ii dan iii sahaja
C. ii dan iii sahaja
D. i.ii.iii.dan iv sahaja
SUB SUB TOPIC:
8.6 Peraturan 49.
Penerangan.
Kelayakan untuk menjadi Penjaga Jentera
49. (1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki
peperiksaan bagi suatu Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera hendaklah
memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut:
(a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia;
(b) bahawa dia berumur tidak kurang daripada 20 tahun;
(c) bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh
Suruhanjaya;
(d) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada tiga tahun
dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan
mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup;
(e) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan; dan
(f) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan
perlu.
(2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penjaga Jentera
dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan
oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa—
(a) dia memahami penggunaan pelbagai jenis kelengkapan yang kemungkinan
berada di bawah penjagaannya, dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi
untuk memasang dan mengendalikannya tanpa bahaya;
(b) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan
cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan
(c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa
peraturan yang dibuat di bawahnya.
(3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penjaga Jentera
hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh
Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada
soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan dan boleh termasuk apa-
apa ujian amali yang Suruhanjaya fikirkan perlu.
(4) (Dimansuhkan).
(5) Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan,
mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua
kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.
Soalan
Pemeriksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang ……………... hendaklah
berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan
hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang
disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian
amali yang Suruhanjaya fikirkan perlu.
Jawapan
A. Jurutera Elektrik Kompeten
B. Pendawai Elektrik
C. Penjaga Jentera
D. Pengarah
SUB SUB TOPIC:
8.7 Peraturan 50.
Peraturan
Kelayakan untuk menjadi Pendawai
50. (1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak untuk
menduduki peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai, hendaklah
memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut:
(a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia;
(b) bahawa dia berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
(c) bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh
Suruhanjaya;
(d) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja yang berkaitan dengan
pendawaian elektrik bagi apa-apa tempoh, yang akan ditentukan oleh
Suruhanjaya, dengan seseorang Kontraktor Elektrik atau mana-mana Unit
Pendawaian Persendirian atau institusi pengajian yang diiktiraf atau jabatan atau
agensi Kerajaan;
(e) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan;
dan
(f) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya
fikirkan perlu.
(2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Pendawai dikeluarkan
kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan oleh
Suruhanjaya dan memuaskan hati Suruhanjaya bahawa—
(a) dia mempunyai pengetahuan dan kemahiran amali yang mencukupi dalam
pendawaian sesuatu pepasangan;
(b) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas,
pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan
(c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa
peraturan yang dibuat di bawahnya.
(3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Pendawai
hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh
Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada
soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara lisan dan boleh termasuk apa-apa
ujian amali yang Suruhanjaya fikirkan perlu.
(4) (Dimansuhkan).
(5) Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan,
dengan budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua kehendak
yang diperlukan untuk peperiksaan itu.
Soalan
Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai hendaklah berdasarkan
kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah
dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan
sebahagiannya secara lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali yang Suruhanjaya
fikirkan perlu.
i. Jawapan bertulis
ii. Secara lisan
iii. Ujian amali
iv. Semua diatas
Jawapan
A. i sahaja
B. ii sahaja
C. iii sahaja
D. iv
SUB SUB TOPIC:
8.8 Peraturan51.
Penerangan.
Kelayakan untuk menjadi Pencantum Kabel
51. (1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak untuk
mengambil peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai
Pencantum Kabel hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi
syarat-syarat yang berikut:
(a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia;
(b) bahawa dia berumur tidak kurang daripada 20 tahun;
(c) bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang
ditentukan oleh Suruhanjaya;
(d) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada
tiga tahun dalam mencantum, menyambung dan menamatkan kabel;
(e) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan dan
(f) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan
perlu.
(2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Pencantum Kabel
dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan
oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia memahami
kerja mencantum, menyambung, dan menamatkan pelbagai jenis kabel yang
kemungkinan akan berada di bawah jagaannya dan mempunyai pengetahuan yang
mencukupi untuk melakukan kerja itu.
(3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Pencantum Kabel
hendaklah berdasarkan sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan
hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang
disediakan dan sebahagiannya secara lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali
yang Suruhanjaya fikirkan perlu.
(4) (Dimansuhkan).
(5) Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3), Suruhanjaya boleh
mengecualikan, mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana
atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.
Soalan
Pemeriksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang ……………….. hendaklah
berdasarkan sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah
dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan
sebahagiannya secara lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali yang Suruhanjaya
fikirkan perlu.
Jawapan
A. Pendawai Elektrik
B. Pencantum Kabel
C. Jurutera Elektrik Kompeten
D. Penjaga Jentera
SUB SUB TOPIC:
8.9 Peraturan 52.
Penerangan.Pendaftaran sementara orang asing
52. (1) Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini dan apa-apa syarat yang Suruhanjaya
fikirkan sesuai untuk dikenakan, Suruhanjaya boleh, apabila dibayar fee yang ditetapkan
dalam Bahagian IIIB Jadual Kedua, mengeluarkan Perakuan Kekompetenan sementara
sebagai orang kompeten kepada mana-mana orang asing.
(2) Orang asing boleh dipertimbangkan untuk pengeluaran Perakuan
Kekompetenan itu jika dia memuaskan hati Suruhanjaya bahawa —
(a) dia memiliki kelayakan dan kemahiran yang perlu yang diiktiraf bagi
mengamalkan kejuruteraan elektrik di negara yang dia biasa mengamalkannya;
(b) dia memiliki kepakaran yang diperlukan dan kehadiran secara fizikalnya
diperlukan di Malaysia; dan
(c) dia mempunyai permit kerja yang diperlukan yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa relevan.
(3) Walau apa pun subperaturan (2), sebelum seseorang boleh dipertimbangkan
bagi maksud pendaftaran sementara sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik
atau Jurutera Elektrik Kompeten, dia hendaklah berdaftar secara sementara sebagai
seorang Jurutera Profesional dalam Kejuruteraan Elektrik dengan Lembaga Jurutera
mengikut Akta Pendaftaran Jurutera 1967.
(4) Suruhanjaya boleh mengeluarkan Perakuan Kekompetenan sementara bagi
suatu tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan.
(5) Orang asing yang Perakuan Kekompetenannya telah habis tempohnya boleh
memohon pembaharuan tertakluk kepada peruntukan Peraturan-Peraturan ini dan
Suruhanjaya boleh memperbaharui Perakuan itu jika perlu.
(6) Bagi maksud peraturan ini, "orang asing" ertinya seseorang yang bukan
warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia.
Soalan
Suruhanjaya boleh mengeluarkan Perakuan Kekompetenan sementara bagi suatu
tempoh yang tidak melebihi …………….. .
Jawapan
A. Sebulan
B. Tiga bulan
C. Enam bulan
D. Dua belas bulan
SUB SUB TOPIC:
8.10 Peraturan 53.
Penerangan.
Keterangan perubatan kesihatan
53. Suruhanjaya boleh menghendaki supaya keterangan perubatan kesihatan tubuh
badan dan mental, yang disahkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar,
dikemukakan oleh seseorang sebelum Perakuan Kekompetenan dikeluarkan
kepadanya.
Soalan
Suruhanjaya boleh menghendaki keterangan perubahan kesihatan tubuh badan dan
mental sebelum ………………….. dikeluarkan
Jawapan
A. Lesen
B. Sesuatu kelayakan
C. Perakuan Pendaftaran
D. Perakuan Kekompetenan
SUB SUB TOPIC:
8.11 Peraturan54
Penerangan.
Fi bagi peperiksaan, pengendorsan dan penggantian Perakuan
Kekompetenan
54. Fi yang dinyatakan dalam Bahagian IV Jadual Kedua Hendaklah dikenakan bagi -
(a) suatu peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan;
(b) pengendorsan Perakuan Kekompetenan;
(c) penggantian Perakuan Kekompetenan; dan
(d) pengeluaran semula Perakuan Kekompeten.
Soalan
Berapakah Fi untuk menduduki peperiksaan bagi perakuan kekompetenan penjaga
jentera
Jawapan
A. RM 20
B. RM 50
C. RM 100
D. RM 200
SUB SUB TOPIC:
8.12 Peraturan 55
Penerangan:
Sekatan atau pengendorsan Perakuan Kekompetenan
55. (1) Suruhanjaya boleh mengikut budi bicaranya –
(a) menyekat penggunaan Perakuan Kekompetenan mana-mana Jurutera
Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten, Penyelia Elektrik, Penjaga
Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel bagi mana-mana jenis, kelas, tempoh
atau tempat pepasangan;
(b) mengendors Perakuan Kekompetenan bagi seseorang Pendawai dengan
Sekatan Fasa Tunggal atau Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga untuk
membenarkannya menguji dan mengesahkan pendawaian mana-mana
pepasangan Fasa Tunggal atau Fasa Tiga, yang masing-masingnya,
dikendalikan pada voltan rendah dengan syarat bahawa Pendawai itu telah
menunjukkan dia mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi
dalam menjalankan kerja itu sehingga memuaskan hati Suruhanjaya; atau
(c) mengendors Perakuan Kekompetenan bagi seseorang Pendawai dengan
Sekatan Fasa Tiga untuk membenarkannya memasang apa-apa pepasangan
papan tanda elektrik dengan syarat bahawa Pendawai itu telah menunjukkan dia
mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi dalam menjalankan
kerja itu sehingga memuaskan hati Suruhanjaya.
(2) Suruhanjaya boleh membuat apa-apa pengendorsan lain pada mana-mana
Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini yang
Suruhanjaya fikirkan perlu.
Soalan
Suruhanjaya boleh membuat apa-apa pengendorsan lain pada mana-mana Perakuan
Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini yang Suruhanjaya
fikirkan perlu.
Jawapan
A. Lesen
B. Perakuan Kekompetenan
C. Sesuatu kelayakan
D. Perakuan Pendaftaran
SUB SUB TOPIC:
8.13 Peraturan 56.
Penerangan:
Borang Perakuan Kekompetenan
56. Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Perkhidmatan Elektrik,
Jurutera Elektrik Kompeten, Penyelia Elektrik, Penjaga Jentera, Pendawai dan
Pencantum Kabel hendaklah masing-masing dalam Borang J, K, L, M, N dan O yang
ditetapkan dalam Jadual Pertama.
Soalan
……………………….. sebagai Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik
Kompeten , Penyelia Elektrik, Penjaga Jentera, Pendawai dan Pencantum Kabel
hendaklah masing-masing dalam Borang J,K,L,M,N,dan O yang ditetapkan dalam
Jadual Pertama.
Jawapan
A. Lesen
B. Perakuan Kekompetenan
C. Sesuatu kelayakan
D. Perakuan Pendaftaran
SUB SUB TOPIC:
8.14 Peraturan 57:
Penerangan
Penyerahan balik Perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-
undang bertulis lain
57.(1) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di
bawah mana-mana undang-undang bertulis lain hendaklah dengan serta-merta
menyerah balik Perakuan itu kepada Suruhanjaya yang akan mengeluarkan kepada
orang itu Perakuan Kekompetenan baru yang berkelayakan setara.
(2) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di
bawah mana-mana undang-undang bertulis lain sebelum tarikh berkuatkuasanya
Peraturan-Peraturan ini, dan yang melakukan apa-apa kerja, tindakan atau perkara di
bawah Peraturan-Peraturan ini boleh terus melakukan sedemikian selama tempoh dua
belas bulan dari mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dengan syarat bahawa
dia telah menyerah balik Perakuan yang disebut dalam subperaturan (1) bagi maksud
pengeluaran Perakuan Kekompetenan yang sesuai di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(3) Fee hendaklah dikenakan bagi mana-mana Perakuan Kekompetenan yang
dikeluarkan di bawah subperaturan (1) pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian IV
Jadual Kedua.
Soalan
Fee hendaklah dikenakan bagi mana-mana ……………. yang dikeluarkan di bawah
subperaturan (1) pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kedua.
JawapanA. Lesen
B. Sesuatu kelayakan
C. Perakuan Pendaftaran
D. Perakuan Kekompetenan
SUB SUB TOPIC:
8.15 Penerangan 58:
Penerangan:
Perakuan Kekompetenan yang hilang atau rosak
58. Jika Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya hilang, dicuri,
musnah, rosak atau cacat, suatu penggantian Perakuan Kekompetenan boleh
dikeluarkan oleh Suruhanjaya apabila dikemukakan akuan berkanun bahawa salinan
asal perakuan itu telah hilang, dicuri, atau musnah atau apabila salinan asal Perakuan
Kekompetenan yang telah rosak atau cacat itu diserah balik dan setelah membayar fee
yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kedua.
Soalan
Seorang pemegang perakuan kekompetenan penjaga jentera telah kehilangan
perakuannya di tempat kerja. Apakah yang perlu dilakukannya untuk mendapatkan
semula perakuannya?
Jawapan
A. Melaporkan kepada majikan dan Suruhanjaya.
B. Meminta salinan perakuan daripada Suruhanjaya.
C. Membuat surat akuan kehilangan kepada Suruhanjaya.
D. Mengemukakan akuan berkanun dan membayar fi kepada
Suruhanjaya.
SUB SUB TOPIC:
8.16 Penerangan 59.
Penerangan:
Penggantungan dan pembatalan Perakuan Kekompetenan
59. (1) Suruhanjaya boleh, selepas berakhirnya sesuatu siasatan di bawah Akta atau
apabila menimbangkan penghakiman mana-mana mahkamah atau mana-mana
siasatan kematian yang diadakan di bawah Kanun Prosedur Jenayah, jika didapati perlu
oleh Suruhanjaya untuk berbuat demikian, menggantung bagi apa-apa tempoh
sebagaimana yang diputuskan oleh Suruhanjaya atau membatalkan secara mutlak
mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan
ini.
(2) Suruhanjaya boleh menggantung atau membatalkan Perakuan Kekompetenan
yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini jika pemegang Perakuan itu telah
memperolehinya dengan membuat atau menyebabkan dibuat suatu pengisytiharan,
perakuan atau representasi palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya.
(3) Suruhanjaya boleh mengendors, menggantung atau membatalkan mana-mana
Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dalam hal
salah laku yang serius.
(4) Bagi maksud subperaturan (3), "salah laku yang serius" ertinya satu atau lebih
daripada yang berikut:
(a) tidur semasa bertugas;
(b) menyebabkan kerosakan kepada kelengkapan kerana pengendalian tak
cermat;
(c) menyebabkan bahaya kepada nyawa kerana pengendalian tak cermat;
(d) menyebabkan kerosakan pada kelengkapan kerana abai menggunakan
peranti keselamatan yang disediakan;
(e) menyebabkan bahaya kepada nyawa kerana abai menggunakan peranti
keselamatan yang disediakan;
(f) berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah atau kedua-duanya sekali
semasa bertugas;
(g) membuat atau menyebabkan dibuat pengisytiharan, perakuan atau
representasi palsu atau fraud secara bertulis atau selainnya; atau
(h) gagal menjalankan apa-apa tugas yang ditetapkan dalam Peraturan-
Peraturan ini.
(5) Apabila Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang yang
memegang Perakuan Kekompetenan telah melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta atau Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana salah laku di bawah Peraturan-
Peraturan ini dan tidak lagi layak memegang Perakuan Kekompetenan
Suruhanjaya hendaklah dengan serta-merta menggantung Perakuan itu.
(6) Suruhanjaya hendaklah, seberapa cepat yang dapat dilaksanakan selepas
penggantungan Perakuan, melantik suatu Jawatankuasa yang terdiri daripada
Pengerusi Suruhanjaya dan dua orang lain yang dilantik oleh Pengerusi Suruhanjaya
untuk menyiasat kesalahan atau salah laku yang dikatakan.
(7) Orang yang Perakuan Kekompetenannya telah digantung di bawah subperaturan
(5) hendaklah diberi peluang untuk membela diri terhadap kesalahan yang dikatakan
atau salah laku itu di hadapan Jawatankuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya.
(8) Jawatankuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya hendaklah, dalam masa empat
belas bari dari tarikh selesainya penyiasatan di bawah subperaturan (6),
mengemukakan dapatan dan syor-syornya kepada Suruhanjaya yang akan
memutuskan sama ada untuk mengendors, menggantung bagi apa-apa tempoh yang
Suruhanjaya fikirkan sesuai atau membatalkan secara mutlak Perakuan Kekompetenan
yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(9) Seseorang, yang terkilan dengan keputusan Suruhanjaya di bawah subperaturan
(8) boleh memohon kepada Menteri bagi pertimbangan semula perkara itu. Permohonan
tersebut hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh
apabila keputusan Suruhanjaya diterima olehnya dan hendaklah mengandungi alasan
kekilanan itu.
(10) Keputusan Menteri tentang perkara yang dirujukkan kepadanya di bawah
subperaturan (9) adalah muktamad.
(11) Seseorang, yang Perakuan Kekompetenannya dikeluarkan di bawah Peraturan-
Peraturan ini telah digantung, tidak boleh, dalam tempoh penggantungan itu, membuat
apa-apa kerja, tindakan atau perkara yang di bawah Peraturan-Peraturan ini seseorang
itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu.
(12) Seseorang, yang Perakuan Kekompetenannya dikeluarkan di bawah Peraturan-
Peraturan ini telah dibatalkan, tidak boleh, selepas tarikh pembatalan itu, membuat apa-
apa kerja, tindakan atau perkara yang di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang
itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu.
Soalan
Jika seseorang didapati membuat akuan palsu untuk mendapatkan perakuan maka
Suruhanjaya boleh:-
Jawapan
A. Membatalkan perakuan
B. Mengendorskan perakuan
C. Menggantungkan perakaun
D. Menggantungkan atau membatalkan perakuan
SUMMARY
Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:
Kehendak bagi Perakuan Kekompetenan, Peraturan 45
Permohonan bagi peperiksaan, Peraturan 45A
Kelayakan untuk menjadi Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Peraturan 46
Kelayakan untuk menjadi Jurutera Elektrik Kompeten, Peraturan 47
Kelayakan untuk menjadi Penyelia Elektrik, Peraturan 48
Kelayakan untuk menjadi Penjaga Jentera, Peraturan 49
Kelayakan untuk menjadi Pendawai 50, Peraturan
Kelayakan untuk menjadi Pencantum Kabel, Peraturan 51
Pendaftaran sementara orang asing, Peraturan 52
Keterangan perubatan kesihatan, Peraturan 53
Fee bagi peperiksaan, pengendorsan dan penggantian Perakuan
Kekompetenan, Peraturan 54
Sekatan atau pengendorsan Perakuan Kekompetenan, Peraturan 55
Borang Perakuan Kekompetenan, Peraturan 56
Penyerahan balik Perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-
undang bertulis lain, Peraturan 57
Perakuan Kekompetenan yang hilang atau rosak, Peraturan 58
Penggantungan dan pembatalan Perakuan Kekompetenan, Peraturan 59
REFERENCES
1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn
Bhd)