Akhlak pelajar
Transcript of Akhlak pelajar
Nasir MohamadP17239
1. PENDAHULUAN
Masalah yang ditimbulkan oleh pelajar pada hari ini semakin mencabar. Bukan sahaja
dari segi bilangannya bertambah malahan jenis kesalahan itu juga bertambah. Apabila
berlakunya masalah ini maka sistem pendidikan akan turut dipersoalkan. Adakah
kurikulum yang dibina pada hari ini telah ketinggalan atau masihkah ada ruang yang
yang perlu diperbaiki lagi.
“Melihat kepada realti yang kita hadapi sekarang tentang ketidakberkesanannya
pendidikan agama terhadap pembentukan peribadi dan moral sebahagian besar pelajar
Islam, maka kita mungkin akan bertanya apakah silapnya dan dimanakah kepincangan
sistem pendidikan Islam kita sekarang ? “ (Ismail Ibrahim 1999).
Dalam menangani masalah ini, kurikulum ke arah pembentukan akhlak pelajar
harus digubal. Pendidikan Agama Islam adalah dikenalpasti sebagai asas bagi
membentuk pelajar berakhlak mulia ke arah masyarakat yang lebih bertaqwa. Dengan ini
mata pelajaran ini seharusnya dijadikan mata pelajaran wajib bagi peperiksaan peringkat
Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran
Menengah Vokesional (SPMV) bagi semua pelajar yang beragama Islam.
Abdul Halim Muhammad (1985) menganggap kegagalan Kurikulum Pengetahuan
Agama Islam di dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) adalah kerana
dasar penggubalannya yang bersifat sekular. Kajian oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1979) pula mendapati tumpuan pendidikan yang hanya kepada pemerolehan ilmu
pendidikan dan prestasi akademik semata-mata menyebabkan matlamat untuk
membentuk pelajar berakhlak mulia dan Insan yang Kamil tidak tercapai. Malah hasil
pendidikan sebegini juga akan melahirkan pelajar yang hanya mampu menghafal tanpa
memahami dan mengetahui apakah fungsi mereka dan tanggungjawabnya sebagai
khalifah di muka bumi ini.
Orientasi Islam terhadap pembangunan insan mengambil kira semua dimensi
kehidupan manusia. Elemen-elemen yang membantu penjanaan manusia berkualiti,
proses dan persediaan serta saranan-saranan yang baik adalah antara faktor-faktor utama
dalam membangun manusia dari segi rohaniah, aqliah, emosi dan jasmani.
Penggembelengan kesemua dimensi dan elemen tersebut secara efisien dan efektif akan
membawa kepada tercapainya objektif ‘character building’ yang dibina melalui proses
‘character training’ yang panjang. Matalamat akhirnya melahirkan manusia berkualti
yang diungkapkan oleh Al-Ghazali sebagai Warga ideal yang mempunyai akhlak yang
mulia (Abdul Ghafar Haji Don 1999).
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2
Secara ringkas, unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dicerminkan
dalam rajah di sebelah dengan menggambarkan Falsafah Pendidikan yang berpaksikan
kepada ketuhanan.
INTELEK Kepercayaan dan kepatuhan ROHANIKepada Tuhan
ILMU DAN AKHLAK INSAN YANG SEIMBANG Tanggungjawab danMULIA DAN HARMONIS sumbangan kepada
Masyarakat
JASMANI EMOSI
Rajah 1.1 Falsafah Pendidikan Untuk Melahirkan Insan Berakhlak Mulia.
Lahirnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini diharapkan dapat melahirkan insan
yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi disamping mempunyai akhlak yang
mulia. Harapan yang begitu tinggi oleh pihak kerajaan ialah gejala keruntuhan akhlak
yang berlaku di kalangan pemimpin seperti penyalahgunaan kuasa, pecah amanah,
rasuah, minum arak dan berpoya-poya dapat di atasi. Begitu juga dapat mengatasi
masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja seperti ‘gengterisme’, ‘Vandalisme’,
‘Holirisme’ dan sebagainya.
3
Salah satu kompenan yang penting di dalam pendidikan negara ialah pendidikan
akhlak. Pendidikan akhlak sesuai untuk melahirkan insan yang mempunyai
perseimbangan antara keperluan Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek. Ia dilaksanakan
secara bersepadu di dalam penyampaian semua displin keilmuan.
3. Definisi Nilai, Moral, Etika dan Akhlak.
3.1 Definisi Nilai
Konsep ‘nilai’ dalam pandangan orang-orang Barat dikaitkan dengan pelbagai istilah
berpandukan kepada bidang atau didiplin ilmu. Misalnya ahli ekonomi mengaitkan nilai
dengan harga atau kuantiti, ahli psikologi menghubungkan nilai dengan sikap, keperluan,
sintimen, minat dan motif.
Menurut J.P McKinney (1980), nilai mempunyai pelbagai bentuk pertimbangan,
terutama terhadap sesuatu perlakuan yang baik atau tidak baik, benar atau salah dan sama
ada seseorang itu ingini atau tidak diingini.
Rescher (1969) pula berpendapat bahawa nilai dan kehidupan manuisa
sememangnya tidak boleh dipisahkan kerana manusia sebagai insan yang rasional dan
aktif berfikir sering membuat pertimbangan. Ini bermakna, nilai-nilai menjadi tenaga
pendorong bagi manusia untuk melakukan sesuatu atau yang menjadi pegangan untuk
tidak melakukan.
Recher juga mengusulkan beberapa cara untuk melihat pegangan nilai seseorang
seperti berikut :-
1. Motif dan perangai - berani, murah hati dan telti.
2. Keadaan fizikal - sihat, bersih dan tegap
4
3. Keupayaan dan kemahiran - cergas, tabah, cekap
4. Keadaan pemikiran atau sikap - patriotik, acuh tak acuh.
5. Trait sifat - tenang, degil, pemarah.
6. Keadaan urusan - keadilan ekonomi, penindasan.
Nilai-nilai yang berkaitan dengan kehidupan manusia ialah yang berfeadah atau yang
mendatangkan faedah serta memberi kesejahteraan. Di sini Rescher (1969)
mengkategorikan nilai-nilai yang berfeadah bagi kehidupan manusia seperti berikut :-
Kategori nilai contoh
1. Material dan fizikal - Sihat, senang, selamat.
2. Ekonomi - maju, produktif
3. Moral dan intrinsik - jujur, saksama, ikhlas.
4. Sosial - pemurah, kerjasama
5. Politik - adil, bebas, taat
6. Estetika - indah, cantik, halus
7. Agama - taat, taqwa, insaf
8. Intelek - pintar, peka, kreatif
9. Profesional - jaya diri, inisiatif
10. Sentimental - cinta, antik, seni.
3.2 Definisi Moral Dan Etika.
Istilah ‘Moral’ berasal daripada perkataan Latin ‘Moralis’ yang bermakna tingkahlaku
yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat. Menurut Ee Ah Meng (1988)
5
perkataan Moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran, keadilan, bersopan
santun, hormat menghormati, menepati masa, bekerjasama, bertoleransi, baik hati,
berdikari, kasih sayang, keberanian, kebersihan, kerajinan, kesederhanaan, kesyukuran,
kerasionalan serta semangat bermasyarakat.
Moral selalunya disama ertikan dengan etika. Di antara pendapat yang
mengatakan demikian ialah Peter Baelz dalam bukunya Ethics and Belief (1971) menulis:
“ Perkataan moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Walau
bagaimanapun adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya, sekalipun
kita selalu tidak berjaya membezakannya”.
Menurut A. Stroll dan R.H Popkin (1962), pengertian etika adalah sebagai satu
peraturan yang menjadi panduan hidup kepada manusia. Sebagai contohnya, apabila kita
katakan ‘etika perubatan’ maka ianya bermaksud suatu kod (susunan undang-undang)
yang dapat mengatur dan memberi panduan tingkahlaku kepada para doktor dalam
perhubungan antara mereka dan juga dengan para pesakit. Apabila kita katakan ‘etika
perguruan” maka yang kita maksudkan adalah suatu kod yang dapat mengatur tindak
tanduk guru-guru di dalam profesion perguruan.
Walau bagaimanapun beliau berpendapat disiplin etika sebenarnya bukan semata-
mata berbentuk akademik atau teoritikal, malah ianya juga berkait rapat dengan masalah-
masalah hidup hari-hari, maka dalam konteks ini ia boleh dikatakan sebagai moralist.
6
3.3 Definisi Akhlak.
Akhlak menurut istilah ialah sikap keperibadian yang melahirkan laku perbuatan
manusia terhadap Tuhan dan manusia termasuklah terhadap diri sendiri serta makhluk-
makluk lain. Ini sesuai dengan suruhan dan larangan Allah melalui petunjuk al-Quran dan
hadis.
Teuku Iskandar (1970), di dalam Kamus Dewan mendefinisikan akhlak sebagai
tingkahlaku yang baik, budi pekerti, kelakuan, watak dan pengetahuan yang berkaitan
dengan kelakuan.
Ibn Maskawih (1960) pula mendefinasikan akhlak ini sebagai 'keadaan jiwa
seseorang yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa melalui
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.'
Menurut Dr. Abdullah Diroz dalam bukunya " Kalimah fi Mabadi Al-Akhlak"
menyatakan perkataan akhlak iaitu satu kekuatan dalaman yang mantap, kekuatan serta
kombinasi yang membawa kecenderungan pada pemilikan akhlak yang benar dengan
mengamalkan tingkahlaku yang baik dan meninggalkan tingkahlaku yang jahat.
7
Menurut Abdul Rauf Dalib (1986), akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan
tatatertib, maruah dan merangkumi seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada
dorongan batiniah di dalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripada
sifat kerohanian yang suci. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak bersumberkan daripada
Maha Pencipta. Justeru, pendidikan ta'dib islami akin membwa insan semakin dekat
kepada penciptanya. Aishah pernah ditanya tentang akhlak Nabi SWT maka dia
menjawab : “Akhlaknya adalah al-Quran”.
Menurut Musak (1994) akhlak membawa pengertian perlakuan dan tingkahlaku
yang baik bersumberkan wahyu (al-Quran). Ia berbeza dengan pengertian moral kerana
moral mempunyai maksud perlakuan baik mengikut norma, peraturan dan ketetapan yang
dibuat dan dipersetujui oleh satu komuniti manusia. Ia hanya diterima oleh komuniti
tersebut, serta masa dan lingkungan yang tertentu sahaja. Dengan lain perkataan moral
walaupun baik dan betul tetapi tidak universal. Kebiasaanya moral lebih menekankan
perhubungan yang harmoni di antara manusia sesama manusia dan hubungan yang
harmoni di antara manusia dengan alam sekitar. Moral hanya menekankan kepentingan
dan keselesaan invidu dan masyarakat (Dunwell & Wendel. 1976) Oleh itu moral tidak
dikaitkan dengan Maha Pencipta atau dengan soal-soal metafizik.
Moral bagi pendekatan barat sekular, mengamalkan falsafah pragmatisme.
(Daley. 1966). Daley dalam bukunya “ Philosophy of Education” telah mengariskan
beberapa kriteria dalam menentukan aspek moral antaranya :
Nilai moral berubah kerana cita rasa masyarakat sering kali berubah.
8
Nilai moral bersifat tempatan dan tidak bersifat sejagat kerana cita rasa umum
adalah berbeza mengikut kebudayaan.
Nilai moral mempunyai akibat awam. Sesuatu tingkahlaku akin dikatakan baik
apabila masyarakat menganggap tingkahlaku itu memberi kesan yang baik dan
berguna ke atas masyarakat tersebut.
Nilai moral lahir daripada kehendak individu dan sosial dengan idea bagi tingkah
laku yang baik timbul daripada etika dan estitika yang dianggap penting oleh
individu dan masyarakat.
Nilai moral merupakan satu kemungkinan sahaja kerana manusia mempunyai
pengalaman dan kebolehan penyelesaian masalah yang terbatas. Apa yang
dikatakan berguna pada hari ini mungkin tidak berguna lagi pada hari esok.
Jadi nilai akhlak ditentukan oleh Allah yang disampaikan kepada manusia melalui
ilmu yang diwahyukan. Oleh itu nilai akhlak dalam islam bersifat mutlak, muktamad dan
kekal abadi. Apa yang diperkatakan sebagai baik, benar dan mulia secara asasnya tidak
berubah daripada satu generasi kepada generasi yang lain atau dari satu masyarakat
kepada satu masyarakat yang lain.
Maka manusia hanya dianggap berakhlak mulia apabila mereka hidup mengikut
kehendak dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Nilai mutlak akhlak dalam islam
diasaskan kepada keimanan kepada Allah.Nilai inilah yang menjadi teras pembinaan
peribadi seorang muslim. (Nik Azis. 1994).
Berdasarkan perbicaraan mengenai nilai, moral, etika dan akhlak keselruhannya
adalah menjurus ke arah mempastikan dua nilai iaitu nilai baik dan nilai buruk.
9
4. ISU-ISU PENDIDIKAN AKHLAK
4.1. Kurikulum Pendidikan Islam.
a. Adakah di dalam Pendidikan Islam tidak menjadikan pendidikan akhlak sebagai
satu perkara yang amat penting yang mampu memimpin insan ke jalan yang
selamat ?
b. Adakah Pendidikan akhlak yang disampaikan pula tidak diteliti dan dikaji
keberkesanannya. Disamping itu pendekatan dan cara penyampainnya tidak
menepati kehendak-kehendak dan perubahan semasa ?
c. Adakah Pendidikan Islam memerlukan kepada perubahan kurikulum Pendidikan
Islam yang sekian kalinya untuk memantapkan unsur-unsur akhlak ?
d. Bagi mengukur keberkesanan Pendidikan Islam, apakah perlu aspek tingkah laku
mereka yang memperolehi pendidikan berkenaan harus juga dinilai pada
akhirnya?
4.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
a. Adakah warga pendidikan telah memahami dan melaksanakan konsep pendidikan
sepadu seperti yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan Negara ?
10
b. Sejauhamana keberkesanannya dalam perlaksanaannya. ?
4.3 Falsafah Sosial.
Di awal penulisan (pendahuluan) telah dijelaskan bahawa dalam bersosial kita
bergelumang dengan budaya sosial yang rendah dan keruntuhan akhlak di kalangan
pemimpin atau remaja.
Isunya sekarang adalah :
a. Mampukah kita melahirkan insan yang berakhlak mulia sebagaimana yang
dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan kita ?
b. Mampukah pendidikan kita menghasilkan pelajar yang berakhlak, beradab dan
berhikmah, seterusnya membina keluarga penyayang dan masyarakat penyayang.
Isunya sekarang bukan untuk memahami interaksi sosial dalam masyarakat
sebaliknya bagaimana untuk membasmikan tingkahlaku tidak normal dalam
kehidupan sosial para pelajar.
4.4. Falsafah Psikologi.
Isu paling nyata sekarang ialah teori-teori psikologi pendidikan yang dilaksanakan dalam
pendidikan kita, hampir kesemuanya dari barat. Pemikiran psikologi seluruhnya menurut
pendekatan sains tabii. Maksudnya faktor emosi dan tingkah laku yang dikaji dan diukur
dalam psikologi adalah mengikut parameter sainstifik dengan kaedah empikal.
11
Isu sekarang :
a. Adakah sesuai kita meneruskan kajian-kajian psikologi pendidikan berasaskan
paradigma psikologi barat yang mengasaskan teori semata-mata kepada kajian
terhadap haiwan-haiwan sosial seperti tikus, kera, burung, anjing dan haiwan
mamalia yang lain ?
4.5. Falsafah Kurikulum Pendidikan
Terdapat beberapa isu yang berkait dengan kurikulum.
a. Apabila kita begitu tertarik kurikulum futuristik ke arah teknologi dan
industri, apakah kita terus meninggalkan kurikulum pembinaan insan yang
berlandaskan akhlak Islam.
Sebagai contoh sekarang kita digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan
multemedia sehingga kita terlupa aspek-aspek pembinaan insan itu sendiri. Pendekatan
kurikulum ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang dihasilkan bersifat robotik.
4.6. Aspek Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.
Isu yang paling hangat dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kosep berpusatkan
murid dalam pengajaran dan pembelajaran bestari.
a. Apabila memperkatakan pengajaran berpusatkan murid, apakah kita terus
menerima pemikiran asing yang mengatakan peranan guru adalah sebagai
fasilitator sahaja. Ini bermaksud murid adalah sebagai penentu matlamat belajar,
apa yang hendak dipelajari, masa dan tempat belajar dan nilai yang akan
diterapkan dalam pembelajarannya.
12
b. Apakah pendekatan berpusatkan pelajar dapat diterima sepenuhnya mengikut
acuan Falsafah Pendidikan Negara, yang ingin melahirkan insan yang berkahlak
mulia ?
4.7. Perspektif Penilaian dan Peperiksaan.
Sekarang isu penilaian dikaitkan dengan sistem peperiksaan terbuka. Kita warga
pendidikan perlu bekerjasama untuk mencari jawapan kepada isu sijil terbuka ini. Fakta
disebabkan isu ini adalah selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk
mengembangkan potensi pelajar ke tahap yang paling cemerlang.
Walau bagaimanapun, dalam kertas kerja ini, penulis hanya lebih berminat untuk
mengaitkan perspektif penilaian dengan isu keseimbangan di antara kecemerlangan
dalam akademik dan akhlak.
Isunya sekarang ialah :
a. Mampukah kita menggubal satu sistem yang bersepadu di antara akademik dan
akhlak ?
b. Beberapa persoalan dapat ditimbulkan di sini. Di antaranya ialah bagaimana
untuk menilai akhlak dalam setiap mata pelajaran ?
13
5. TINJAUAN LITERATUR.
5.1 Pendidikan Akhlak Bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Pendidikan akhlak yang meletakkan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini
seharusnya bersumber Al-Quran dan Hadis. Ini terbukti melalui kejayaannya dalam
melahirkan INSAN sebagaimana Naeem Siddiqi menggambarkan kejayaan Rasulullah
SAW melahirkan manusia baru berteraskan Al-Quran dan Aqidah Islamiyyah:
“ Apabila pegawai-pegawai kerajaan dipanggil untuk berkhidmat, dunia dapat
menyaksikan buat pertama kalinya gabenor-gabenor bekerja dengan gaji sebanyak satu
dirham sebulan. Apabila harta rampasan diperintahkan menyerahkannya kepada ketua
tentera, mereka membawa kesemuanya walaupun barang yang tidak dikehendaki.
Jenayah jarang sekali berlaku dan dalam masa sepuluh tahun kehidupan Rasulullah
S.A.W di Madinah, sedikit sekali kes-kes di bawa ke mahkamah .(Ahmad bin Salleh
1999)
14
Rahsia utama kejayaan pembangunan INSAN ini kerana masyarakat menghayati
ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan Hadis. Menurut al-Quran, proses
pendidikan akhlak tidak cukup hanya dengan menenamkan kesedaran nilai akhlak kepada
diri seseorang tanpa disertai dengan persiapan-persiapan yang sempurna agar ia
mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang sempurna prinsip-
prinsip akhlak dan menjauhi segala yang bersifat hina dan jahat dalam berbagai situasi
dan keadaan. Iman dan agamanya akan menjadi sempurna seperti hadis Rasulullah SAW:
Erinya : yang paling baik Islamnya diantara kamu sekelian adalah mereka yang
paling baik akhlaknya seandainya mereka mengerti.
5.2. Akhlak Di Dalam Sistem Pendidikan.
Mengikut Mohd. Kamal Hassan (1988) , sekiranya kita menerima tujuan umum
pendidikan dari kaca mata Islam, iaitu persiapan untuk kehidupan dunia dan akhirat yang
sesuai dengan kehendak Allah swt, maka pembentukan akhlak merupakan tujuan utama
pendidikan untuk mencapai ketaqwaan dan amal salih. Dengan demikian tujuan-tujuan
keahlian atau profesional dan tujuan-tujuan khusus lainnya bukan sahaja tidak terpisah
daripada pembentukan akhlak malah dikawal oleh nilai-nilai dan norma-norma akhlak itu
sendiri.
Menurut beliau lagi, pendidikan moden yang bersifat liberal dan sekular tidak
memberi perhatian yang sewajarnya kepada aspek pembentukan akhlak dan rohani yang
sihat. Natijahnya ialah kewujudan generasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang-
15
bidang ilmu keduniaan tetapi yang kurang mengahargai nilai akhlak dalam pofesion dan
kehidupan mereka. Tidaklah menghairankan sekiranya terdapat banyak kes penipuan,
pecah amanah, rasuah, politik wang dan manipulasi jahat untuk kepentingan diri di
kalangan bijak pandai hari ini. Ini adalah antara akibat daripada pendidikan yang
mengabaikan agama dan akhlak itu sendiri, dalam keghairahan yang melulu terhadap
pendidikan profesionalisme dan pendidikan untuk mengisi keperluan kebendaan manusia.
Pendidikan yang pincang ini ialah satu daripada sebab disebalik kenyataan pahit hari ini
bahawa semakin maju manusia dalam mengukuhkan order teknologi semakin ia tidak
mampu menegakkan order akhlak dalam dirinya dan dalam negara.
5.3. Aliran Falsafah Pendidikan Barat Mengenai Akhlak (Ethika).
Penulis hanya akan membincangkan beberapa perspektif umum falsafah pendidikan barat
mengenai Ethika yang boleh dibahagikan kepada tiga aliran iaitu :
5.3.1. Mazhab Idealisme
Bagi golongan idealisme, nilai ethika adalah sempurna. Nilai etika contohnya baik,
diasaskan daripada satu generasi kepada satu generasi dan daripada satu masyarakat
kepada satu masyarakat. Nilai ethik ini bukanlah buatan manusia tetapi merupakan nilai
sejagat.
Mengikut golongan idealisme ini, pelajar harus diajar memelihara nilai-nilai ini
dan menjadikannya nilai yang terpenting dalam kehidupan mereka. Menurut golongan ini
16
lagi, nilai perlu dihubungkan dengan kerohanian seseorang.(Albert.et.al. 1989). Nilai
ethik ini merupakan asas bagi mengukuhkan pembentukan akhlak manusia. Nilai ethika
juga boleh menghalang manusia daripada melakukan kejahatan.
Mengikut Plato kehidupan yang baik hanya terdapat dalam masyarakat yang baik.
Dalam bukunya, The Republic dalam Bandura (1972), beliau menghuraikan bahawa
masyarakat yang ideal ialah masyarakat yang mengamalkan moral/akhlak yang baik.
Harold (1957) mengatakan bahawa individu memperolehi kefahamannya dan
mengamalkan sifat baik. Pendapat Kant di dalam Muhaidi (1981) juga menegaskan
bahawa masyarakat ideal mempunyai manusia yang melayan satu sama lain sebagai suatu
matlamat dan tidak setakat sebagai suatu cara. Semua mereka ini menganuti fahaman
idealisme.
Pandangan golongan idealisme ini menekankan pentingnya guru memperbaiki
tingkahlaku atau kelakuan-kelakuan yang tidak baik yang ditunjukkan oleh pelajar
dengan menyedarkan mereka tentang apakah yang akan terjadi sekiranya setiap orang
bertingkahlaku demikian. Golongan idealisme juga menekankan pentingnya pelajar
menunjukkan contoh yang baik untuk menjadi teladan kepada rakan sedarjahnya. Guru
juga harus menyoal sama ada dirinya merupakan yang baik atau tidak untuk diteladani
oleh para pelajarnya.
5.3.2. Mazhab Realisme.
17
Golongan realisme sependapat dengan golongan mazhab idealisme bahawa nilai-nilai
asas moral/ethik pada dasarnya adalah kekal, tetapi nilai-nilai berkenaan berbeza
disebabkan oleh alasan-alasan pemikiran. Golongan Mazhab realisme klasik lebih
memberatkan nilai hukum moral sejagat. Golongan ini menyatakan dengan tegas bahawa
hukum moral ini telah ditegakkan oleh Tuhan untuk dipetuhi dan diikuti. Kebaikan dan
keburukan pula datangnya dari Tuhan dan ditentukan oleh Tuhan. Golongan realisme
saintifik menafikan yang nilai-nilai moral mempunyai sebarang penentuan kuasa luar
biasa. Mengikut golongan ini, kebaikan dan keburukan adalah hasil pilihan dan perbuatan
manusia. Dalam soal ini, golongan realisme sainstifik mengakui bahawa manusia adalah
tidak sempurna.
Golongan realisme bersetuju tentang guru-guru patut menyampaikan beberapa
nilai moral yang baik. Mengikut golongan ini lagi, asas moral dan standard estetik yang
diajarkan kepada pelajar tidak sepatutnya dipengaruhi oleh isu-isu semasa. Para pelajar
atau kanak-kanak patut memahami dengan sejelas-jelasnya sifat benar dan salah,
menghormati atau menghargai sesuatu yang baik dan indah berasaskan moral dan estetik.
Golongan mazhab realisme klasik menekankan bahawa selain memberi
keutamaan terhadap mata pelajaran, sekolah patut melahirkan atau mengeluarkan
individu-individu yang seimbang. Kanak-kanak atau para pelajar seharusnya diajar
tentang bagaimana mengawal dan mengekalkan standard moral/akhlak supaya mereka
dapat mempertahankan apa yang benar adalah benar bagi manusia sejagat dan tidak
hanya untuk kepentingan sesuatu bangsa tertentu atau masyarakat. Adalah penting bagi
18
kanak-kanak menunjukkan tabiat-tabiat yang baik dan tabiat-tabiat-tabiat ini tidak datang
dengan sendirinya tetapi perlu dipelajari.
Golongan mazhab realisme saintifik pula berpendapat, benar dan salah datangnya
daripada kefahaman manusia terhadap keadaan dan bukannya daripada daripada prinsip-
prinsip agama. Mengikut golongan ini, moral patut berdasarkan asas-asas sainstifik yang
menunjukkan faedah atau kebaikan kepada manusia sebagai haiwan yang mempunyai
darjat yang tinggi. Mengikut golongan ini lagi, kita mesti meningkatkan kebaikan dengan
cara membaiki susunan genetik kita dan mengatasi kejahatan dengan membaiki
persekitaran kehidupan kita.
5.3.3. Mazhab Pragmatisme
Bagi golongan pragmatisme, nilai moral adalah relatif. Menurut golongan mazhab ini,
peraturan-peraturan etika dan moral adalah tidak kekal tetapi perlu diubah apabila
berlaku perubahan budaya dan masyarakat.
Kanak-kanak perlu diajar tentang bagaimana membuat keputusan dalam soal-soal
dan masalah-masalah yang berkaitan dengan moral. Apa yang penting bukan
mengenakan peraturan-peraturan yang ketat tetapi mencari jalan bagi menentukan mana
satukah peraturan-peraturan atau langkah-langkah yang boleh menghasilkan kesan-kesan
yang baik kepada diri kanak-kanak itu.
19
6. PERBINCANGAN KERUNTUHAN AKHLAK
6.1. Salah Laku Jenayah di Kalangan Pekerja “Kolar Biru” dan “Kolar Putih”
Menurut perangkaan jenayah yang telah dikeluarkan daripada Jabatan Siasatan Jenayah,
Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman Kuala Lumpur, kadar jenayah yang dilakukan oleh
pegawai-pegawai yang diberikan amanah untuk melaksanakan tanggungjawab sama ada
di dalam sektor awam atau swasta amat membimbangkan. Jadual 2.1 di bawah
menunjukkan dengan jelas kadar jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di
sekotor awam atau sektor swasta.
TAHUN PECAHAMANAH
PENIPUAN RASUAH PEMALSUANDOKUMEN
LAIN-LAIN.
1993 672 1731 778 154 11
1994 1103 2161 985 240 155
1995 1092 2110 1046 308 20
1996 775 1723 338 268 42
1997 948 2342 218 288 15
Jumlah 3790 10067 3365 1258 243
JADUAL 2.1 : Perangkaan Kesalahan Jenayah ‘Kolar Putih’ dan Kolar “Biru” Bagi Tahun 1993 hingga 1997.
20
Sumber daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman Kuala Lumpur.
Menurut perangkaan yang diperolehi menunjukkan kadar jenayah yang dilakukan
oleh pegawai –pegawai yang dikenali jenayah ‘Kolar Biru’ ini pada tahap yang serius,
sekiranya tidak ada sesuatu yang dilakukan di dalam sistem pendidikan kita. Ini kerana
corak sistem pendidikan sekarang yang akan menentukan generasi yang akan datang.
Perangkaan kadar jenayah dikalangan pegawai kerajaan ini juga berbeza antara
negeri-negeri di Malaysia. Jadual di sebelah menunjukkan perangkaan berdasarkan
negari-negeri, bertujuan untuk melihat sejauhmana seriusnya jenayah ini berlaku, dan
terpulang kepada pembaca untuk mentafsirkannya.
21
TAHUNNEGERI 1993 1994 1995 1996 1997
KEDAH & PERLIS 260 291 318 170 890
PULAU PINANG 240 457 438 85 325
PERAK 422 509 570 445 448
KUALA LUMPUR 1135 1276 1112 894 1172
SELANGOR 409 400 613 520 549
NEGERI SEMBILAN 76 161 235 262 232
MELAKA 168 188 183 143 112
JOHOR 411 379 413 366 306
PAHANG 121 159 221 138 141
TERENGGANU 22 47 42 9 10
KELANTAN 8 122 77 8 10
SABAH 83 345 334 242 263
SARAWAK 84 158 316 259 310
JUMLAH 3439 4492 4872 3541 4080
JADUAL : PERANGKAAN JENAYAH KOLAR “BIRU” DAN KOLAR “PUTIH” NEGERI – NEGERI BAGI TAHUN 1993- 1997
Sumber daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.
22
6.2 Salah Laku Jenayah Di Kalangan Pelajar.
Satu laporan kajian telah dibuat oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, (Oktober 1999), mengenai Kajian
Gengsterisme Di Sekolah Menengah Harian mendapati keruntuhan akhlak dikalangan
pelajar meliputi kes berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, peras ugut,
buli, pelancuran, menyalah guna dadah, membawa senjata, mencabul kehormatan,
mengancam murid, mengancam guru dan menceroboh. Kajian ini berdasarkan respons
yang diperolehi daripada guru-guru sekolah. Sekolah yang pilih dengan menggunakan
persampelan berstrata secara rawak atau Stratified sampling berdasarkan zon, negeri dan
lokasi sekolah. Lima zon yang telah dibentuk bagi maksud pungutan data adalah seperti
berikut :
i. Zon Tengah (N.Sembilan, Selangor dan W.P Kuala Lumpur)ii. Zon Selatan (Johor dan Melaka)iii. Zon Utara (Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang)iv. Zon Pantai Timur (Pahang, Kalantan dan Terengganu) danv. Zon Sabah dan Serawak.
Salahlaku Sangat Serius Serius Kurang Serius Tidak Serius X s.p
(%) (%) (%) (%)
Berjudi 15 147 486 1365 1.4.6579
(.4) (4.0) (13.3) (33.3)Mencuri 34 249 939 1606 1.5 .7046
(0.9) (6.8) (25.7) (44.0)Melawan guru 52 361 1153 1267 1.6 .7545
(1.4) (8.4) (27.1) (37.5)Melawan pengawas 52 361 1153 1267 1.7 .7537
(1.4) (9.9) (31.6) (34.7)Peras Ugut 20 121 625 1422 1.4 .6402
(.5) (3.3) (17.1) (39.0)Buli 22 191 814 1492 1.5 .6402
(.6) (5.2) (22.3) (40.9)
23
Pelacuran 6 14 86 354 1.3 .5869(.2) (.4) (2.4) (9.7)
Salah guna dadah 8 49 276 1016 1.3 .5625(.2) (1.3) (7.6) (27.8)
Bawa Senjata 2 20 137 875 1.2 .4429(.1) (.7) (3.8) (24.0)
Cabul kehormatan 0 25 117 584 1.2 .4963(.0) (.7) (3.2) (16.0)
Seperti yang disenaraikan dalam jadual tersebut seramai 22.4 % - 87.5 % daripada
guru sampel mengatakan bahawa pelajar-pelajar terlibat didalam salah laku jenayah yang
disenaraikan dalam gambar rajah tersebut. Walaupun min = 1.4690, yang menunjukkan
salah laku tersebut pada tahap tidak serius. Kajian ini mempunyai indeks
kebolehpercayaan, Crobach alfa =.8925.
Jadual di atas juga menunjukkan tiga salah laku diperingkat serius iaitu (1)
melawan pengawas x = 1.7169 (2) melawan guru x= 1.6474 dan (3) mencuri x= 1.5442.
Berdasarkan kiraan peratus pula adalah didapati seramai 413 (11.3%) guru sampel
menyatakan melawan pengawas, 359 (9.8%) melawan guru dan 283 (7.7%) mencuri
sebagai perbuatan salah laku jenayah oleh pelajar-pelajar terbabit berada tahap serius dan
sangat serius.
7. CANDANGAN UNTUK MENGATASI
7.1 Perubahan Kepada Kurikulum Pendidikan Islam
Bagi menghasilkan pelajar yang seimbang antara kebolehan akademik dengan keluhuran
bidi pekerti, maka konsep bersepadu telah dicadangkan iaitu merangkumi empat tahap
iaitu tahap asas, satu, dua dan tiga.
24
Tahap asas ialah pembinaan kekuatan akidah, agama, akhlak, etika dan estetika
untuk membentuk insan yang mempunyai akhlak yang baik. Pada tahap satu, pembinaan
tingkahlaku penyayang perlu dimulakan daripada kefahaman mengenai konsep fitrah
yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Sifat penyayang ini adalah suatu tuntutan
Allah SWT untuk seluruh hambanya. Konsep ini perlu dihayati dan ditunjukkan secara
praktik dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Yang lebih penting ialah
budaya penyayang perlu dibuktikan dengan tingkahlaku yang murni secara sedar,
praktikal dan nyata.
Pada tahap dua, perkara yang perlu diberi perhatian ialah sikap cinta dan setia
kepada negara. Ia bagi melahirkan rakyat yang sanggup berbakti dan berkorban untuk
mempertahankan agama, bangsa dan negara. Inilah yang dikatakan sebagai patriotisme.
Tercapai atau tidak ia akin bergantung kepada kefahaman, penghayatan dan pengenalan
tahap asas dan tahap satu. Menurut Dr. Tajul Ariffin ( 1999), tahap tiga pula hanya
tercapai setelah pembinaan insan, penyayang dan ptriotisme terlaksana.
Contoh Kurikulum Pendidikan Islam yang perlu ditekankan ialah :
Tahap Satu meliputi :
i. Adab dengan Allah dan Rasul
ii. Adab dengan keluarga, guru, rakan dan jiran tetangga
iii. Kebersihan jiwa, diri dan persekitaran
iv. Rajin dengan tekun dan dedikasi.
Tahap Dua meliputi :
25
i. Kasih mengasihi antara satu sama lain
ii. Berusaha memupuk perpaduan dan mengelakkan perpecahan.
Tahap Tiga meliputi :
i. Amanah terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
ii. Sanggup berkorban jiwa, tenaga, harta dan kepentingan diri untuk
kepentingan umum.
iii. Pemupukan keharmonian hidup, berusaha mewujudkan suasana harmoni
dalam keluarga dan berusaha melenyapkan fitnah.
Tahap Empat meliputi :
i. Menghormati hak umum dan individu serta mengutamakan kepentingan
ramai.
ii. Kepentingan perpaduan umat dan kemajuannya dalam bidang ekonomi dan
pendidikan.
iii. Menentang penganiayaan dan rasuah.
iv. Semangat pengorbanan dan jihad
v. Toleransi dalam Islam.
Dr. Ibrahim Bajunid (2000) mengatakan cara yang perlu diterokai secara serius ialah
aspek pembelajaran dan pengajaran berasaskan kepada konsep bagi membolehkan pelajar
26
memahami pendidikan Islam secara konseptual. Antara konsep-konsep yang boleh
memperkayakan kefahaman dan kehidupan individu ialah konsep Tauhid, akhlak dan al-
Falah.
Bagi mengukur kebersanan Pendidikan Islam ini, aspek tingkahlaku mereka yang
memperolehi pendidikan berkenaan harus juga dinilai pada akhirnya. Penilaian
keberkesanan juga hendaklah dipertimbangkan dan konteks masa dan persekitaran, bukan
sekadar menganalisis kejayaan pelajar dalam mata pelajaran agama dalam peperiksaan
awam. (Ibrahim Bajunid, 2000)
7.2. Isu-Isu Konsep Akhlak Dalam Pendidikan Kebangsaan
Konsep pendidikan sepadu telah diilhamkan dan diterima sejak 16 tahun yang lalu.
Dalam tempoh tersebut konsep ini telah dilaksanakan dalam penggubalan Falsafah
Pendidikan Negara (1988), dalam perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM), dan dalam gagasan agenda Wawasan Pendidikan Negara. (Wan Mohd
Zahid.1993). Berasaskan fakta ini, penulis cukup yakin bahawa konsep pendidikan
sepadu adalah pilihan terbaik untuk dilaksanakan dalam anjakan paradigma reformasi
pendidikan ke arah pembangunan sakhsiah manusia ini.
Isunya sekarang adalah :
i. Adakah warga pendidikan telah memahami dan melaksanakan konsep
pendidikan sepadu seperti yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan
Negara ?
ii. Sejauhamana keberkesanannya dalam perlaksanaannya. ?
27
Penulis cuba mengajak perubahan kepada konsep akhlak di dalam beberapa isu berikut :
7.2.1 Falsafah Pendidikan Negara
Isu yang paling besar dalam pendidikan mutakhir ini ialah pendidikan terlalu
bersifat fizikal dan makanikal. Semua bidang dalam ilmu pendidikan dilaksanakan
menurut pendekatan sains tabi’i dan keperluan teknologi tercanggih. Menerusi
pendekatan ini matlamat pendidikan tertumpu kepada konsep profesionalisme, kepakaran
dan pengkhususan dalam bidang-bidang yang diperlukan segera pada satu-satu masa oleh
pihak majikan atau penganjur tertentu dalam agenda raksasa iaitu industri pendidikan.
Dalam kegahirahan yang rakus ini, falsafah pendidikan untuk membangunkan
insan yang berakhlak dan berhikmah semakin terpinggir. John Haorgan (1988) dalam
bukunya yang iaitu “The End of Science’ menegaskan bahawa sains moden hari ini telah
sampai ketitik kematiannya kerana dua ekstrim.
Pertama ahli sains telah berjaya semua teori sains besar seperti teori relativiti,
teori kosmologi dan sebagainya; dengan lain perkataan tiada lagi teori yang perli dikaji.
Kedua, saat kematian sains telah tiba kerana sains telah gagal mencari jawapan
secara rasional dan emprikal tentang apakah tujuan dan makna hidup dan kewujudan
manusia ?.
Horgan telah membuat dua kesimpulan, iaitu :
28
Pertama, ahli sains perlu yakin dan sedar bahawa akal itu mempunyai
batasannya. Maksudnya ada ilmu yang tidak dapat difahami semata-mata dengan proses
berfikir (akal).
Kedua, krisis nilai pemikiran yang dicetuskan oleh budaya hidup sains akan
menggalakkan manusia kepada agama. Maksudnya ditahun-tahun akan datang nilai
keagamaan akan kembali gemilang menggantikan semula sains.
Oleh itu falsafah pendidikan yang ingin melahirkan insan berakhlak mulia perlu
dilaksanakan sepenuhnya.Ini akan dapat dilaksanakan apabila tuntutan antara agama dan
kehidupan diseimbangkan, diharmoniskan serta disepadukan.
7.2.2 Falsafah Sosial.
Di awal penulisan (pendahuluan) telah dijelaskan bahawa dalam bersosial kita
bergelumang dengan budaya sosial yang rendah dan keruntuhan akhlak di kalangan
pemimpin atau remaja.
Isunya sekarang adalah :
i. Mampukah kita melahirkan insan yang berakhlak mulia sebagaimana
yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan kita ?
ii. Mampukah pendidikan kita menghasilkan pelajar yang berakhlak,
beradab dan berhikmah, seterusnya membina keluarga penyayang dan
masyarakat penyayang. Isunya sekarang bukan untuk memahami
interaksi sosial dalam masyarakat sebaliknya bagaimana untuk
29
membasmikan tingkahlaku tidak normal dalam kehidupan sosial para
pelajar.
Di sinilah kita perlu anjakan paradigma sosial kita kepada kearah pembinaan
sosial berlandaskan akhlak yang mulia. Maksudnya proses pendidikan kita bukan sahaja
mengambil pandangan ahli sosialogi barat (yang berlandaskan aspek moral barat) tetapi
pendidikan yang mampu mengahasilkan sosial budaya masyarakat berakhlak mulia
melalui pandangan tokoh sarjana Islam seperti Imam al-Ghazali, Nasih Ulwan dan
sebagainya.
7.2.3 Falsafah Psikologi.
Isu paling nyata sekarang ialah teori-teori psikologi pendidikan yang dilaksanakan dalam
pendidikan kita, hampir kesemuanya dari barat. Pemikiran psikologi seluruhnya menurut
pendekatan sains tabii. Maksudnya faktor emosi dan tingkah laku yang dikaji dan diukur
dalam psikologi adalah mengikut parameter sainstifik dengan kaedah empikal. Otak
manusia dianalisis pendekatan psikologi mengikut fungsi fungsi petak-petak dalam
bahagian otak tersebut (yang dikenali kaedah 4MAT).
Kenyataan di atas mempunyai dua implikasi iaitu :
Pertama, pengkotakkan dan pengkhususan kepada petak-petak tertentu dalam otak
manusia menyebabkan kita hanya memahami tingkah laku dan emosi manusia dalam
30
konteks pembolehubah yang digunakan dalam kajian sahaja. Ini bermakna kita tidak
dapat memahami tingkah laku manusia secara menyeluruh dan bersepadu.
Kedua, psikologi barat walaupun maju dalam penyelidikan tetapi gagal
memehami tabii manusia. Semakin mendalam kajian mereka semakin serius penyakit
sosial dan tingkahlaku masyarakat mereka.
Isu sekarang adakah sesuai kita meneruskan kajian-kajian psikologi pendidikan
berasaskan paradigma psikologi barat yang mengasaskan teori semata-mata kepada
kajian terhadap haiwan-haiwan sosial seperti tikus, kera, burung, anjing dan haiwan
mamalia yang lain ?
Penulis mencadangkan satu perubahan paradigma kita dengan memahami psikolgi
manusia bukan berdasarkan eksprimen dan emprikal yang sempit, terpisah dan
mengkhusus tetapi lebih sesuai kita mengkaji psikologi dengan merujuk pengajaran-
pengajaran yang terdapat dalam al-Quran dan As-sunnah. Pendekatan ini dengan sendiri
kita akan menghayati akhlak Islam yang sesuai dengan psikologi manusia secara holistik.
7.2.4 Falsafah Kurikulum
Terdapat beberapa isu yang berkait dengan kurikulum. Di antaranya ialah apabila kita
begitu tertarik kurikulum furistik ke arah teknologi dan industri, kita terus meninggalkan
kurikulum pembinaan insan yang berlandaskan akhlak Islam.
Sebagai contoh sekarang kita digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan
multemedia sehingga kita terlupa aspek-aspek pembinaan insan itu sendiri. Pendekatan
kurikulum ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang dihasilkan bersifat robotik.
31
Dalam isu ini, kita jangan lupa kepada dua perkara iaitu;
Pertama janganlah kita terlalu cepat untuk mengarahkan sesuatu kurikulum
berbentuk futuristik, akhirnya akan melahirkan pelajar berbentuk robotik.
Kedua, kita jangan melupai kesapaduan dalam kurikulum yang menekankan
hubungan tiga dimensi iaitu hubungan di antara manusia dengan Maha Pencipta dan alam
sekitar. (Wan Mohd Zahid . 1993)
7.2.5 Aspek Pengajaran dan Pembelajaran.
Isu yang paling hangat dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kosep berpusatkan
murid dalam pengajaran dan pembelajaran bestari.
Apabila memperkatakan pengajaran berpusatkan murid kita terus menerima
pemikiran asing yang mengatakan peranan guru adalah sebagai fasilitator sahaja. Ini
bermaksud murid adalah sebagai penentu matlamat belajar, apa yang hendak dipelajari,
masa dan tempat belajar dan nilai yang akan diterapkan dalam pembelajarannya.
Guru hanya berperanan sebagai penasihat jika diperlukan dan menyediakan
kemudahan yang dikehendaki oleh murid. Pendekatan ini mungkin sesuai di barat kerana
mereka mengamalkan falsafah pendidikan yang mementingkan kebebasan dan hak
mutlak individu (Falsafah Pendidikan aliran Pragmatisme).
Sesungguhnya apabila kita telti dan hayati, pendekatan berpusatkan pelajar tidak
dapat diterima sepenuhnya mengikut acuan Falsafah Pendidikan Negara.
32
Pendidikan di Malaysia, kita mengahayati konsep sepadu dengan meletakkan
hubungan seimbang dan harmonis di antara guru dan murid. Walaubagaimanapun dalam
banyak hal guru perlu berwibawa daripada muridnya. Guru hendaklah mempunyai
kekuatan aqidah dan akhlak yang boleh diikuti oleh murid. Di sini memerlukan kepada
ajakan paradigma bahawa untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi kehidupan
perlu diberi penekanan pembinaan insan yang bertnjangkan kepada paksi akhlak Islam.
7.2.6. Perspektif Penilaian dan Peperiksaan.
Sekarang isu penilaian dikaitkan dengan sistem peperiksaan terbuka. Kita warga
pendidikan perlu bekerjasama untuk mencari jawapan kepada isu sijil terbuka ini. Fakta
disebabkan isu ini adalah selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk
mengembangkan potensi pelajar ke tahap yang paling cemerlang.
Walau bagaimanapun, dalam kertas kerja ini, penulis hanya lebih berminat untuk
mengaitkan perspektif penilaian dengan isu keseimbangan di antara kecemerlangan
dalam akademik dan akhlak.
Isunya sekarang ialah :
i. Mampukah kita menggubal satu sistem yang bersepadu di antara akademik
dan akhlak ?
ii. Beberapa persoalan dapat ditimbulkan di sini. Di antaranya ialah bagaimana
untuk menilai akhlak dalam setiap mata pelajaran ?
Bagi penulis, terdapat beberapa cadangan menanggani masalah ini antaranya ialah:
33
i. Kita perlu mewajibkan pelajar lulus dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
atau Pendidikan Moral.
ii. Sistem peperiksaan yang baru ini, kita perlu mengambil kira rekod
tingkahlaku dan displin pelajar dan diberikan gred serta dimasukkan ke dalam
keputusan.
Ini perlu satu anjakan paradigma dalam perlaksanaan sistem penilaian kita. Ini kerana
wajah, rupa dan jiwa generasi abad akan mendatang amat bergantung kepada sejauhmana
aspek akhlak atau moral diberi perioriti dalam penilaian dan peperiksaan.
Ringkasnya, isu-isu terkini di dalam falsafah pendidikan negara dari aspek sosial,
psikologi, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran dan perspektif penilaian perlu kepada
perubahan supaya ia sesuai dengan tuntutan kehidupan berlandaskan kepada konsep
akhlak atau moral.
8. Rumusan.
Gambaran media massa tentang sindrom budaya kuning, gejala lepak, ‘bohsia’, ‘bohjan’,
‘gengterisme’, ‘holiganisme’, ‘Vandalisme’ dan sebabagainya, amat membimbangkan
kita. Semua ini gambaran gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Ia juga
mengambarkan sistem perlaksanaan pendidikan akhlak belum berjaya sepenuhnya di
dalam sistem pendidikan kita.
Pada hemat penulis, pelajar yang bermasalah atau salah laku ini di dapati tidak
mendapat sistem pendidikan yang mengarahkan kepada pembentukan akhlak mulia.
Mungkin asas bimbingan ini tidak di tanam di rumah dan dengan pengaruh rakan sebaya
tetapi sistem pendidikan yang mempunyai dasar perlaksanaan pembentukan akhlak mulia
34
amat mustahak . Walau apa pun institusi pendidikan harus menjalankan
tanggungjawabnya memberikan pendidikan akhlak untuk kesinambungan pendidikan di
rumah yang belum mencukupi.
Pendekatan Rasulullah saw bergantung kepada beberapa faktor. Satu daripadanya
ialah objektif pengajaran itu sendiri sama ada untuk menanamkan keimanan, mengajar
peribadatan atau akhlak. Di dalam mengajar akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau
sendiri. Perkataan dan perbuatan beliau adalah contoh untuk diikuti, beliau mempunyai
sifat terpuji sepeti tabah, tahan derita, pemaaf, pemurah, berani, baik pergaulan, sopan
santun, luas budi pekerti, belas kasihan, setia, menepati janji, suka bersilaturahim, rendah
diri, adil, amanah, benar, pendiam, zuhud, takut dan taat kepada Allah, serta banyak
beribadat.(Jabir Qamihah. 1993)
Akhlak dan kewibawaan Rasulullah telah mneyebabkan umatnya sayang dan rasa
hormat kepadanya, siasah baginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi kawan dan
bukan Islam memeluk agama Islam. Sifat amanahnya membuat sahabat amat percaya
kepadanya. Jika diambil iktibar, para guru di sekolah juga dapat menukar akhlak murid
dengan diri sendiri dahulu mengamalkan nilai murni yang bakal diterapkan kepada
murid. Murid berada di sekolah selama 11 tahun dan dari 6 hingga 8 jam sehari. Ini
adalah masa yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah model yang setiap hari
diperhatikan oleh murid.
Wallahu Waallam.
35
Rujukan :
Al-Quran dan terjemahan tafsir pimpinan Ar Rahman
Abdul Raof Dalip. 1986. Falsafah dan pendidikan Islam di Malysia. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Rauf Dalip. 1987. Peranan Pendidikan sepadu menggerak, membentuk Ummah dan masyarakat : Teras KBSM, Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM, Jilid 12.
Ahmad bin Mohd Salleh. 1996. Pendidikan Islam (Dinamika Guru) Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Albert et al. 1989 A Selected Bibliography on Value, Ethics and Esthatics In The Behavioval Science and Philosophy. Illionois: Free Press.
Bandura A. 1972. Encyclopedia of psychology : Search Press.
Belief 1977. Ethics, Investing right and wrong. Greet Britain : Cox & Wyman Limeted.
Daley, L. 1966. Philosophy of Education. New York College note Inc.
Dunwell, R, & Wendel, R. 1976. Faundations of teaching and learning. New York : Praeger Publications.
Ee Ah Meng 1988. Pendidikan Moral untuk bakal guru. Petaling Jaya. Longman. Sdn. Bhd.
“Gejala sosial di kalangan pelajar” 1999, Utusan Malaysia : bertarikh 6 Feb : 24
Harold H. Titus. 1957. Ethic for Today. New York : American Book Company.
Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur, Laporan Jabatan Siasatan Jenayah 1993-1997. 5.
Ibn Maskawih, Ahmad Ibn Muhamad. 1960. Tahzib al-Akhlak al-Bahasun filosofi Ahmad Ibn Maskawih, Beirut Dar al-Maktabah al-Hayah.
Ibrahim Bajunid 2000. Tauhid, Iqra Prinsip Utama Melalui Pendidikan Islam, dlm seminar Pendidikan Kebangsaan dan Agama di Malaysia ; 3 Feb 2000.
Jabir Qaminah . 1993. Rasulullah SAW pemimpin Mithali. Kuala Lumpur : DINIE
36
Publishers.
John Horgan. 1998. The End Of Sciences, dalam ulasan buku, Sunday Star 26 Julai 1998.
Kementerian Pendidikan Malaysia 1999, (EPRD), Laporan Kajian Gengsterisme Di Sekolah Menengah Harian.
Kementerian Pendidikan Malaysia 1982, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia 1982, Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur : DBP.
Mahathir Mohamad 1991. Nilai-nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. INTAN. Kuala Lumpur.
Mc Inerney, D & Mc lerney V. 1994. Education Psychology : Contructing Learning ; Sydney : Prentice Hall.
Mc Kinney, J.P 1980. Moral development and the consept of Value, dlm M. Windmiller, N. Lambert and E. Turiel (eds). Moral development and Socialization, Boston : Allyn and Bacon Inc.
Miqdad Yaljan. 1986. Peranan Pendidikan Akhlak dalam membangun peribadi, masyarakat dan Budaya alih bahasa oleh YS Tajuddin Nor. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.
Mohd Nasir Omar . 1986. Falsafah etika perbandingan Islam dan Barat. Kuala Lumpur,
Muhaidi Tata Pangarsa. 1981. Akhlak Yang Mulia. Singapura : Pustaka Nasional.
Musak Mantrak. 1994. Nilai-nilai murni : persepsi pendidik, perkembangan Akhlak dan Intelek pelajar, dibentangkan di Fakulti Pendidikan Malaysia, Bangi pada 24 April 1994.
Nik Aziz Nik Pa. 1994. Penghayatan wawasan pembangunan Negara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rescher, N. 1969 Instroduction to value theory New Jersey : Prentice – hall, Inc, Engle wood Cliffs.
Stroll, A. & Popkin, R.H 1962. Introduction to Philosophy. New York : Holt, Rinehart and Winston, Inc.
Tajul Arrifin bin Noordin. 1988. Konsep Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
37
T. Subahan Mohd Meerah 1991. KBSM : Penilaian penerapan dan sikap nilai Murni untuk membina Insan berdisplin. Displin dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Teuku Iskandar. 1970. Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd. Zahid bin Mohd Nordin. 1993. Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Wan Zahid bin Mohd Noordin. 1993. Ke arah pelaksanaan Nilai Murni dalam KBSM : Falsafah Pendidikan Negara, dalam buku Abu Bakar Noordin (penyt.): Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran 2020. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
38