AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KEDUA PERTUBUHAN.docx
Click here to load reader
-
Upload
mokhtarnoradilah -
Category
Documents
-
view
304 -
download
7
Transcript of AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KEDUA PERTUBUHAN.docx
1
AGENDA MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN BEKAS PELAJAR SMK. ABU BAKAR TEMERLOH KALI KE-2
AGENDA
1. 10.00 pagi: PENDAFTARAN AHLI
Minum Pagi
10.40 pagi MESYUARAT AGUNG
Penentuan Korum Mesyuarat
Ucapan Pengerusi Mesyuarat
Pembentangan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali
Pertama
Pembentangan dan Penerimaan Penyata Tahunan
Pertubuhan
2013/2014
Membentangkan serta menerima Penyata Penerimaan dan
Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2013
Pembentangan dan Penerimaan Usul
Ucapan Penangguhan
2. 12.00 tgh MAJLIS PERASMIAN
Lagu Negaraku, Negeri Pahang, Lagu Sekolah
Bacaan Doa
Ucapan Pengetua
Ucapan Pengerusi
Ucapan Perasmian
3. MAKAN TENGAH HARI/ JAMUAN HARI RAYA
2
Kata Alu-aluan
Pengerusi Pertubuhan Bekas
Pelajar SMK Abu Bakar
Bismillahrrahmanirrahim,
Assamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Pertamanya saya ingin mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah anugerah dan petunjuk-Nya, Pertubuhan Bekas Pelajar SMK. Abu Bakar Temerloh dapat mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-2. Kejayaan penubuhan Alumni amat bermakna dan bersejarah, bukan satu usaha yang mudah sebagai Pertubuhan berdaftar. Walaupun dalam usia setahun jagung namun telah nampak peranan Alumni dalam menyatukan bekas pelajar SMK Abu Bakar dan mengambil bahagian untuk membantu sekolah dalam pembangunan fizikal dan akademik. Saya berkeyakinan kita bekas pelajar yang dilahirkan mampu memberi sumbangan terbaik kepada pencapaian misi tersebut.
Menyedari betapa pentingnya sumbangan bekas pelajar, kami jawatankuasa alumni meletakkan sepenuh harapan agar para alumni dapat kembali memberi sumbangan kepada Pertubuhan dan sekolah daripada pelbagai sudut melalui program-program yang dianjurkan. Sumbangan ini amat signifikan sebagai tanda terima kasih kepada sekolah atas kejayaan kita pada hari ini. Saya berkeyakinan perhubungan dua hala ini akan memberi faedah kepada dua belah pihak, bukan sahaja dari segi manfaat fizikal bahkan dari segi spiritual.
Justeru, diharapkan dengan adanya Petubuhan Bekas Pelajar SMK Abu Bakar ini dapat menjadi saluran terbaik menghubungkan pihak sekolah dan ahli alumni, ke arah perhubungan yang lebih kukuh. Lanjutan ini juga, saya berharap agar para alumni dapat memberi maklumat terkini mereka kepada pihak Pertubuhan supaya penyelarasan dan pengesanan dapat dibuat mengikut kumpulan masing-masing bagi mencapai tujuan ini.
Saya berharap para alumni juga dapat memberi sokongan dengan menjadi ahli Pertubuhan dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap program yang dianjurkan oleh Alumni.
Akhir kata, saya berdoa agar semua bekas pelajar dan SMK Abu Bakar mendapatkan kejayaan.
“Alumni Berjasa Abs Perkasa”
Dato’ Mas’ut Awang Samah
3
MINIT MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERTUBUHAN BEKAS PELAJAR SMK. ABU BAKAR TEMERLOH,
PAHANG
Tarikh :17 Ogos 2013
Masa :10.00 pagi
Tempat :Dewan Kuliah
Perasmian : YB. Dato’ Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin, SIMP., DSAP., DIMP.,
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri
Pahang,
Kehadiran :Rujuk Lampiran A
Agenda 1 -Ucapan Alu-alaun (Pengetua Pn. Hajah Amila binti Haji Musa)
1.1 Mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan selamat hari raya kepada
hadirin.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada bekas-bekas pelajar yang hadir dalam
usaha untuk merealisasikan penubuhan alumni yang bertepatan dengan
hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.3 Memaklumkan ABS sekolah harian bandar terbaik di negeri Pahang namun
begitu sangat mengharapkan bekas-bekas pelajar dapat membantu dalam
usaha terus melonjakkan kecemerlangan.
1.4 Mengucapkan tahniah kepada Dato’ Haji Mas’ut bin Haji Awang Samah
sebagai Pengerusi Penaja serta jawatankuasa dan Tan Sri Sabbaruddin Chik
sebagai penaung yang komited dalam merealisasikan penubuhan Alumni.
1.5 Mengucapkan terima kasih kepada YB. Dato’ Haji Mohd Sharkar bin Haji
Shamsudin kerana bukan sahaja sudi merasmikan mesyuarat agung ini
malah mengambil berat tentang ABS.
Agenda 2 -Ucapan Pengerusi Penaja ( YH. Dato’ Haji Mas’ut bin Haji Awang
Samah)
2.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran YB. Dato’ Haji Mohd Sharkar bin Haji
Shamsudin, Ybhg. Tan Sri Sabbaruddin Chik dan bekas-bekas pelajar.
4
2.2 Berharap agar ahli dapat memilih AJK yang dapat memberi kebaikan kepada
alumni.
2.3 Memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dalam majlis ini.
Agenda 3 -Ucapan Penaung Alumni (Ybhg. Tan Sri Sabbaruddin Chik)
3.1 Mengucapkan tahniah atas kejayaan ABS atas usaha dedikasi guru-guru.
3.2 Menyingkap sejarah lucu asal-usul nama beliau ‘Sabbaruddin Chik”
3.3 Menyeru bekas-bekas pelajar untuk membantu alumni dan sekolah
3.4 Menghargai Ybhg. Dato’ Haji Mas’ut dalam usaha merealisasikan Alumni ABS.
Agenda 4 -Ucapan Perasmian(YB. Dato’ Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin)
4.1 Mengucapkan tahniah kepada Dato’ Haji Mas’ut dan AJK kerana berjaya
menubuhkan
Alumni yang sesuai dengan peredaran zaman.
4.2 Memaklumkan beliau akan tetap hadir ke majlis ini sebagai bekas pelajar
walaupun tidak
diundang sebagai perasmi majlis.
4.3. Mengimbau zaman persekolahan beliau di ABS yang penuh dengan nostalgia
yang
melucukan.
4.4 Menyarankan produk ABS mencontohi masyarakat Cina yang sangat komited
dalam usaha memajukan sekolah Cina.
4.5 Mengumumkan peruntukkan RM 10 ribu untuk tabung alumni dan RM10 ribu
untuk urusan
majlis.
4.6 Bersetuju dengan pandangan Tan Sri Sabbaruddin Chik supaya prasarana di
ABS perlu
ditingkatkan lagi.
4.7 Menyarankan nama pertubuhan diakronimkan supaya mudah diingati dan
menarik.
4.8 Mesyuarat agung dirasmikan pada pukul 11.55 pagi
Agenda 5 -Mesyuarat Agung- ( Ucapan Pengerusi Penaja)
5.1 Mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran bekas-bekas pelajar
ke Mesyuarat Agung Penubuhan Pertubuhan Bekas-bekas Pelajar.
5
5.2 Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa penaja.
Agenda 6 -Penerimaan Permohonan Keahlian dan Pengesahan
6.1 Pengerusi memaklumkan penerimaan permohonan keahlian seramai 74
orang dan mengesahkan kesemuanya diterima.
Agenda 7 - Pindaan dan Penerimaan Perlembagaan
7.1 Mesyuarat bersetuju meminda:
FASAL 4 KEAHLIAN (1) sedia ada dibatalkan sepenuhnya dan dipinda
dengan Fasal 4(1) baru seperti tertera di bawah ini:
No. 1: Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
i. Kewarganegaraan: Malaysia
ii. Umur: 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli: Seluruh Negara
iv. Keturunan/Bangsa: Semua
v. Agama: Semua
A. Ahli Biasa
Bekas-bekas Pelajar SMK Abu Bakar Temerloh Pahang
B. Ahli Bersekutu
Bekas-bekas Guru dan Bekas-bekas Kakitangan SMK. Abu Bakar
Temerloh
FASAL 4 KEAHLIAN(2) sedia ada dibatalkan sepenuhnya dan dipinda
dengan Fasal 4(2) baru seperti tertera di bawah ini:
No. 2: Tiap-tiap permohonan menjadi untuk ahli hendaklah dihantar kepada
Setiausaha dan dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat
mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh
mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN(2)(b) sedia ada dibatalkan sepenuhnya dan
dipinda dengan Fasal 6(2)(b) baru seperti tertera di bawah ini:
(2)( b ): Yuran Seumur Hidup RM 100.00( Ringgit Malaysia Seratus Sahaja) harus
dijelaskan (a)semasa permohonan menjadi ahli atau (b) bila-bila mana-mana Ahli
Biasa memohon menjadi Ahli Seumur Hidup.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG(10) baru ditambah
6
(10) Sebarang notis/dokumen/surat termasuk Notis Panggilan Mesyuarat, Salinan
Minit Mesyuarat, Laporan Aktiviti Tahunan, Penyata Tahunan dan dokumen
sedemikian yang perlu dihantar kepada ahli boleh dihantar secara sah dengan cara
surat-menyurat pos, courier, dan/atau penghantaran cara elektronik saperti emel.
FASAL 8 JAWATANKUASA(1) sedia ada dibatalkan sepenuhnya dan dipinda
dengan Fasal 8(1) baru sepertimana tertera di bawah ini:-
(1) Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih dua tahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
Sekurang-kurangnya 6 orang ahli Jawatankuasa Biasa tetapi tidak lebih
daripada 14 orang
Pengetua menjadi Ex-Officio
FASAL 8 JAWATANKUASA(12) baru ditambah
(12) Jawatankuasa boleh memanggil wakil sekolah dan/atau wakil Persatuan Ibu
Bapa Guru(PIBG) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa bila difikirkan perlu.
Fasal 10 KEWANGAN(4) sedia ada dibatalkan sepenuhnya dan dipinda
dengan Fasal 10(4) baru sepertimana tertera dibawah ini:-
(4) Perbelanjaan bawah RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi
sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha.
Perbelanjaan RM10 000(Ringgit Malaysia Sepuluh ribu) atau lebih hendaklah
diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa. Perbelanjaan melebihi RM 100
000(Ringgit Malaysia Seratus Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa hendaklah mendapat
kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu
7
7.2 Mesyuarat sebulat suara bersetuju meluluskan semua pindaan dan menerima
perlembagaan.
Agenda 8 -Pembubaran Jawatankuasa Penaja
8.1 Pengerusi Penaja mengumumkan Jawatankuasa Penaja dibubarkan.
8.2 Majlis bersetuju melantik Dato’ Haji Mas’ut bin Haji Awang Samah bagi
mengendalikan
pemilihan jawatankuasa baru. Manakala pencatat minit ialah En. Mokhtar bin
Zainudin
8
Agenda 9 -Pemilihan Jawatankuasa Baru
9.1 Mesyuarat sebulat suara memilih Jawatankuasa baru seperti berikut:
Pengerusi : YH. Dato Haji Mas’ut bin Haji Awang Samah
Timbalan Pengerusi : Dr. Hj. Sulaiman bin Hj. Mohd Nawawi
Setiausaha : En. Mokhtar bin Zainudin
Penolong Setiausaha : En. Muhammad Sha’ani bin Abdullah
Bendahari : En. Ahmad Nizam bin Hamid
Jawatankuasa : 1. En. Baharudin bin Awang Boh
2. En. Azeman bin Mohamed
3. En. Charles Hector Fernandez
4. Tn. Hj. Rostam bin Idris
5. En. Indran a/l Subaramanian
6. Pn. Norlela binti Katin
7. Pn. Intan Safinar binti Ghazali
8. En. Ahmad Fuad bin Yahaya
Agenda 10 -Pemilihan Pemeriksa kira-kira
10.1 Majlis sebulat suara memilih 2 orang pemeriksa kira-kira seperti berikut:
1. Pn. Raswaty binti Dahalan
2. En. Zulkifli bin Talib
Agenda 11- Ucapan Pengerusi Baru
11.1 Mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan menerajui Pertubuhan
Bekas Pelajar SMK Abu Bakar.
Agenda12 -Cadangan Aktiviti
12.1 Pengerusi memaklumkan ahli boleh memberi cadangan kepada
jawatankuasa
dengan menghantar e-mel kepada [email protected] .
Agenda13 -Hal-hal lain
13.1 En Kamarudin Abdullah mencadangkan supaya jawatankuasa yang akan
dilantik terdiri daripada pelbagai kaum dan tahun persekolahan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang
Dicatat oleh, Disahkan oeh,
9
* *
……………………………… ……………………………….
(MOKHTAR BIN ZAINUDIN) (DATO’ HAJI. MAS’UT BIN HAJI. AWANG SAMAH)
Setiausaha Pengerusi
*Cetakan komputer tandatangan tidak diperlukan.
10
PENYATA TAHUNAN PERTUBUHAN BEKAS PELAJAR SMK. ABU BAKAR TAHUN 2013/2014
1. MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN/JAMUAN RAYA
Mesyurat Agung penubuhan Pertubuhan Bekas Pelajar SMK Abu Bakar Temerloh
telah diadakan pada 17 Ogos 2013 di Dewan Kuliah SMK. Abu Bakar jam 10.00 pagi.
Mesyuarat ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin, SIMP.,
DSAP., DIMP., Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.
Bilangan yang hadir 74 orang sebagai ahli berdaftar.
Manakala Jamuan Raya yang diadakan di kantin sekolah pada hari yang sama
dihadiri kira-kira 300 orang bekas pelajar dan guru SMK Abu Bakar.
2. MESYUARAT
2.1. Mesyuarat Jawatankuasa
Mesyuarat 1 :28/09/2013 Mesyuarat 2
:30/11/2013
Mesyuarat 3 :18/03/2014 Mesyuarat 4
:22/03/2014
Mesyuarat 5 :16/05/2014 Mesyuarat 6
:18/05/2014
Mesyuarat 7 :07/08/2014
2.2 Mesyuarat Khas
Mesyuarat 1 :11/01/2014 Mesyuarat 2
:07/02/2014
3. LAPORAN AKTIVITI:
3.1. 28 Dis 2013 -Menaik taraf gelanggang bola keranjang bersebelahan Dewan
Warisan
3.2 15 Feb 2014 -Golf Amal Bekas Pelajar di Kem Batu 3 Mentakab.
3.3 22 Feb 2014 -Boling Amal di Arena Boling Star Mall Mentakab.
3.4 22 Feb 2014 -Mengadakan Makan Malam Amal Bekas Pelajar di Dewan
Warisan sekolah
- Peranugerahan Pelajar Cemerlang 2013
11
3.5 April 2014 -Sumbangan 2 buah pendingin hawa 2.5hp untuk Pusat Sumber
sekolah.
3.6 Mei 2014 -Sumbangan/ baik-pulih kemudahan surau sekolah
3.7 . 16 Mei 2014 -Meraikan Persaraan Pengetua
3.8. Jun 2014 -Membina Dataran Alumni bersebelahan kantin sekolah.
-Membaiki tangga kambing di padang sekolah
-Membina tangga di blok B sekolah
-Kempen keahlian sepanjang tahun
-Ziarah cakna bekas pelajar dan guru
JAWATANKUASAPERTUBUHAN BEKAS PELAJAR SMK ABU BAKAR, TEMERLOH
2013/2015Penaung : Tan Sri Sabbaruddin Chik
Penasihat : Pengetua SMK Abu Bakar
Pengerusi : YH. Dato’ Hj. Mas’ut bin Hj. Awang Samah
Timbalan Pengerusi : Dr. Hj. Sulaiman bin Hj. Mohd Nawawi
Setiausaha : En. Mokhtar bin Zainudin
Penolong Setiausaha : En. Muhammad Sha’ani bin Abdullah
Bendahari :En. Ahmad Nizam bin Hamid
Jawatankuasa :1 . En. Baharudin bin Awang Boh
2. En. Azeman bin Mohamed
3. En. Charles Hector Fernandez
4. Tn.Hj. Rostam bin Idris
5. En. Indran a/l Subaramanian
6. Pn. Norlela binti Katin
7. Pn. Intan Safinar binti Ghazali
8. En. Ahmad Fuad bin Yahaya
Pemeriksa kira-kira
1. Pn. Raswaty binti Dahalan
2. En. Zulkifli bin Talib
12
JAWATANKUASA BIROPERTUBUHAN BEKAS PELAJAR SMK ABU BAKAR, TEMERLOH 2013/2015
Biro Perhubungan dan
Keahlian
1. En. Indran Subaramanian
2. En. Baharudin Awang Boh
3. En Ahmad Fuad Yahaya
4. En. Mokhtar bin Zainudin
Biro Ekonomi
1. En. Ahmad Nizam Abd Hamid
2. En. Cheah Chung Sum
3. En. Lim Kim Leng
4. En. Ibnu Khatab
Biro Sosial
1. Tn Haji Rostam Idris
2. En. Mansor Awang Mat Nor
3. Pn. Raswaty Dahalan
Biro Pembangunan Fizikal
1. Dr. Sulaiman bin Haji Mohd
Nawawi
2. En. Azeman bin Mohamed
Biro Bina Insan
1. En. Charles Hector Fernandee
2. Pn. Intan Safinar Ghazali
Biro Sukan
1. Dato’ Haji Mas’ut bin Awang
Samah
2. Pn. Norlela binti Katin
KEHADIRAN MESYUARAT J/K
Pengetua 7/9* YH Dato Haji Mas’ut bin Haji Awang Samah 9/9
Dr. Hj. Sulaiman bin Hj. Mohd Nawawi 3/9* En. Mokhtar bin Zainudin 9/9
En. Muhammad Sha’ani bin Abdullah 7/9 * En. Ahmad Nizam bin Hamid 7/9*
En. Baharudin bin Awang Boh 9/9 En. Azeman bin Mohamed 7/9*
En. Charles Hector Fernandez 6/9* Tn. Hj. Rostam bin Idris 7/9*
En. Indran a/l Subaramanian 3/9* Pn. Norlela binti Katin 7/9*
Pn. Intan Safinar binti Ghazali 3/9* En. Ahmad Fuad bin Yahaya 6/9*
En. Cheah Chung Sum 7/9* En. Mansor Awang Samah 8/9*
En. Zulkifli bin Talib 5/9* Pn. Raswaty Dahalan 3/9
*Tidak Hadir Bersebab
13
LAPORAN PEMERIKSA KIRA-KIRA DALAMAN
Kami yang menadatangani di bawah setelah memeriksa akaun Pertubuhan Bekas Pelajar SMK Abu Bakar Temerloh Pahang pada hari ini bagi jangkamasa berakhir 31 Disember 2013 dan 30 Jun 2014 dan setelah memeriksa penyata-penyata dengan baucer akaun adalah didapati betul:
(RASWATY BINTI DAHALAN)
( EN. ZULKIFLI BIN TALIB)
PERTUBUHAN BEKAS PELAJAR SMK ABU BAKAR TEMERLOH PAHANG
Penyata Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir31Disember 2013
RM RMPENERIMAANPindah dari akaun penajaPendaftaran 800.00Ahli Biasa 610.00Ahli seumur hidup 2000.00Pindah masuk akaun PIBG 11230.00Sumbangan 6515.50 21155.50
14
Pendaftaran 90.00Ahli Biasa 80.00Ahli seumur hidup 100.00Sumbangan 1535.00
22960.50
PEMBAYARAN0.000000
Baki 22960.50
Disediakan oleh, Diperiksa oleh, Diperiksa oleh,
(En. Ahmad Nizam bin Hamid) ( Pn. Raswaty binti Dahalan) ( En. Zulkifli bin Talib )
Bendahari Pemeriksa kira-kira Pemeriksa kira-kira
15
Disediakan oleh, Diperiksa oleh, Diperiksa oleh,
(En. Ahmad Nizam bin Hamid) ( Pn. Raswaty binti Dahalan) ( En. Zulkifli bin Talib )
Bendahari Pemeriksa kira-kira Pemeriksa kira-kira
PERTUBUHAN BEKAS PELAJAR SMK ABU BAKAR TEMERLOH PAHANG
Penyata Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir30-Jun-2014
_________________________________________________________________
RM RM RMBaki b/b 22960.50PENERIMAANPendaftran 800.00Ahli Biasa 490.00Ahli Seumur Hidup 3000.00 4290.00Sumbangan Kerajaan Pahang 20000.00Sumbangan Makan Malam Amal 8564.00Boling 1660.00Golf dan Sumbangan 1216.00Sumbangan Alyaa 4290.00Mkn Mlm Persaraan 970.00
40990.0063950.50
PEMBAYARANMinum Mesyuarat 227.00Alat tulis-stem 36.00Banner Makan Malam Amal 390.00Makan Malam Amal 4121.90Backdrop + Mock Cek 285.00Boling 851.50Sewa PA Sistem Mkn Mlm Amal 400.00Hadiah Tokoh Pelajar 1000.00Derma Pendingin Hawa Pusat Sumber 5300.00Derma Surau 5800.00Gotong-royong Dataran Alumni 267.00 18678.40Baki h/b 45272.10
16
USUL-USUL YANG DICADANGAN OLEH JAWATANKUASA PERTUBUHAN BEKAS
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABU BAKAR TEMERLOH,
PAHANG UNTUK DIBINCANG DAN DIPUTUSKAN SEMASA MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN KEDUA PADA 16 OGOS 2014
A. USUL PINDAAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN(A)
1. Bahawasanya pada Mesyurat Agung Penubuhan yang telah diadakan pada 17
Ogos 2013, telah diputuskan secara sebulat suara bahawa pindaan harus
dilakukan kepada Perlembagaan Pertubuhan, sepertimana dinyatakan dibawah
ini:-
FASAL 4 KEAHLIAN(1) sedia ada dibatalkan sepenuhnya dan dipinda
dengan Fasal 4(1) baru sepertimana tertera dibawah ini:-
(1) Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
i. Kewarganegaraan: Malaysia
ii. Umur: 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli: Seluruh Negara
iv. Keturunan/Bangsa: Semua
v. Agama: Semua
A. Ahli Biasa
Bekas-bekas Pelajar SMK Abu Bakar Temerloh Pahang
B. Ahli Bersekutu
Bekas-bekas Guru dan Bekas-bekas Kakitangan SMK. Abu Bakar
Temerloh
FASAL 4 KEAHLIAN(2) sedia ada dibatalkan sepenuhnya dan dipinda
dengan Fasal 4(2) baru sepertimana tertera dibawah ini:-
17
(2) Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dihantar kepada
Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat
mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh
mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN(2)(b) sedia ada dibatalkan sepenuhnya
dan dipinda dengan Fasal 6(2)(b) baru sepertimana tertera dibawah
ini:-
(2)(b) Yuran seumur hidup RM 100.00(Ringgit Malaysia Seratus Sahaja) harus
dijelaskan (a) semasa permohonan dibuat menjadi ahli, atau (b) bila mana-
mana Ahli Biasa memohon menjadi Ahli Seumur Hidup.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG(10) baru ditambah
(10) Sebarang notis/dokumen/surat termasuk Notis Panggilan Mesyuarat,
Salinan Minit Mesyuarat, Laporan Aktiviti Tahunan, Penyata Tahunan dan
dokumen sedemikian yang perlu dihantar kepada ahli boleh dihantar secara sah
dengan cara surat-menyurat pos, courier, dan/atau penghantaran cara
elektronik saperti emel.
FASAL 8 JAWATANKUASA(1) sedia ada dibatalkan sepenuhnya dan
dipinda dengan Fasal 8(1) baru sepertimana tertera dibawah ini:-
(1) Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih dua tahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
Sekurang-kurangnya 6 orang ahli Jawatankuasa Biasa tetapi tidak lebih
daripada 14 orang
Pengetua menjadi Ex-Officio
18
FASAL 8 JAWATANKUASA(12) baru ditambah
(12) Jawatankuasa boleh memanggil wakil sekolah dan/atau wakil Persatuan Ibu
Bapa Guru(PIBG) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa bila difikirkan perlu.
Fasal 10 KEWANGAN(4) sedia ada dibatalkan sepenuhnya dan dipinda
dengan Fasal 10(4) baru sepertimana tertera dibawah ini:-
(4) Perbelanjaan bawah RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi
sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha.
Perbelanjaan RM10 000(Ringgit Malaysia Sepuluh ribu) atau lebih hendaklah
diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa. Perbelanjaan melebihi RM 100
000(Ringgit Malaysia Seratus Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa hendaklah mendapat
kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
2. Menurut Fasal 16(1), apa-apa ‘permohonan untuk pindaan perlembagaan
hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh
keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan ini...’ tetapi secara tidak
sengaja masa luput bila pindaan berkenaan telah dikemukakan, di mana kini
terpaksa pula diadakan Mesyuarat Agung baru sebelum pindaan perlembagaan ini
boleh dikemukankan untuk kelulusan pihak Pendaftar Pertubuhan. Jawatankuasa
membuat keputusan tidak memanggil Mesyuarat Agung Khas tetapi menunggu
Mesyuarat Agung Tahunan 2014 untuk mendapatkan kelulusan Mesyuarat Agung.
MAKA, Mesyuarat Agung Pertubuhan Bekas Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Abu Bakar Temerloh, Pahang dengan meluluskan pindaan
kepada Perlembagaan Pertubuhan sepertimana dinyatakan di perenggan 1
di atas, dan mengarahkan Jawatankuasa melakukan apa yang perlu untuk
memberi kesan penuh kepada usul ini.
Pencadang: Jawatankuasa Pertubuhan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Abu Bakar Temerloh, Pahang
Tarikh:- 7 Ogos 2014
19
B. USUL PINDAAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN(B)
Bahawasanya pada masa ini, Fasal 18 – Bendera, Lambang dan Lencana belum ada.
Maka, Mesyuarat Agung Pertubuhan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Abu Bakar Temerloh, Pahang dengan meluluskan Bendera, Lambang dan Lencana,
serta Keterangan seperti di bawah ini, dan dan mengarahkan Jawatankuasa
melakukan apa yang perlu untuk memberi kesan penuh kepada usul ini.
Bendera, Lambang dan Lencana:-
Keterangan:
Merah- Berani
Putih/ Hitam: Lambang Negeri Pahang
Bentuk Bulat: Kesepakatan
Jabat Tangan: Silaturahim sesama bekas pelajar
Cogan kata “Alumni Berjasa Sekolah Perkasa”: Hubungan alumni dengan sekolah
20
KEHADIRAN LAMPIRAN A
1.TN. HJ. DZULKARNAIN BIN MAT 37. EN. AHMAD NIZAM BIN HAMID
2. EN. MOHD FAUZI B HJ. HASHAM 38. TN. HJ HAMDAN BIN HJ HASSAN
3. PN. KHASIMAH BT YAAKOB 39. PN. HAMIDAH BT YAAKOB
4. TN. HJ ABU HASHIM BIN ENDUT 40. EN. CHARLES HECTOR FERNANDEZ
5. EN. MOHD AZIZUL SULAIMAN 41. EN. MOHD ANUWAR@MOHD ANUAR B
AHMAD
6. PN. HAMIDAH BT SAID 42. EN. RAAGAVAN A/L MURUGESAN
7. CIK NUR JALILAH BT ABDUL RAHIM 43. CIK NURAINI BT BERAHIM
8. EN. MOHD RAFYZUL B AZIZ 44. EN. MOHD ZULHASA B SEMAIL
9. EN. MOHD IKHSAN B IBRAHIM 45. EN. MOHD HAFIZ B BERAHIM
10. EN. MOHD AMIR B AZIZ 46. CIK MAZLITA AINURULAZMA BT YUSOF
11. PN. FASIHA BT SAIDIN 47. TUAN HAJI HAMDAN B HAJI HASSAN
12. EN. MAT SARIT B YAAKOB 48. PN. NORLELA BT KATIN
13. EN. RAZALI B NORDIN 49. EN. MOHD IQBAL BIN UMAR
50. PN. RODOAH BT ABD RAHMAN
14. EN. MOHD RAFIUDDIN B RAJAE 51. CIK AINUL MARDIAH BT AHMAD KHAIRI
15. EN. MUHAMMAD SHA’ANI BIN ABDULLAH 52. EN. YANG AMRI B AWG MAT YASIN
16. EN. MOHAMAD IFTIAH AZAHAR 53. CIK.HAZWANIE SYAHIRAH BT ABDUL AZR
17. EN. AHMAD KAMAL BIN ABDUL HALIM 54. CIK NUR AZILAWATI BT HANAFI
18. CIK SITI NUR AQIDAH BT HASHIM 55. PN. NOR AZIHA BT CHIK
19. CIK NOR AZILAH BT CHIK 56. EN. MUHAMAD IDHAM B AHMAD KHAIRI
20. EN. USIAH ARSHAD 57. CIK NURUL ASILAH BT A GHANI
21. CIK NURHAFIZAH BT YUSOF 58. EN. MARZUKI HJ SUTAN
22. PN.KHAIRUN NISAK BINTI HASHIM 50. EN. ABDUL KUDUS MOHD YASIN
23. PN. ROKIAH BT ABU BAKAR 60. EN. ZAMBRIE BIN MOHAMED
24. EN. AB JALIL B. MOHAMAD YUSOF 61. EN. BAHARUDIN AWANG BOH
25. DATIN ROHAYATI BINTI ARMIA 62. PN. ROSWATY BINTI DAHALAN
26. EN. IBRAHIM BIN HUSSAIN 63. EN. MOHD KHADRI B. OSMAN
27. PN. MASLINA ARSHAD 64. EN. KAMARUDDANIA B. ABDULLAH
28. HJ. MAT TAHAR B. BRAHIM 65. EN. LIM KOK MING
29. EN. ABU HANIFIAH B. RAZAK 66. EN. AZEMAN B. MOHAMED
30. CIK SITI NURBASIRAH BT. NORDIN 67. CIK NURUL SYAMIMI BINTI MASRI
31. CIK ROSMONA BINTI RAHIM 68. EN. MOHAMED AMRAN BIN KADER
32. CIK NURUL ADIBAH IZZA BT ZUHAIRI 69. EN. INDRAN A/L SUBRAMANIAN
33. DATO’ HJ. MAS’UT BIN AWANG SAMAH 70. DR. SULAIMAN MOHD NAWAWI
21
34. EN. ARIFFIN B. OSMAN 71. EN. ROSTAM BIN IDRIS
35. EN. AHMAD FUAD BIN YAHAYA 72. PN. INTAN SAFINAR BINTI GHAZALI
36.EN. MOKHTAR BIN ZAINUDIN 73.EN. ZULKIFLI BIN TALIB
74. PN. FARIDAH BT AB RAHMAN
Pengerusi dan Jawatankusa Pertubuhan Bekas Pelajar SMK Abu Bakar 2013/2015
dengan sukacita merakamkan penghargaan kepada:
YB. Dato' Haji Mohd. Sharkar Bin Haji ShamsudinSIMP., DSAP., DIMP.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh,
Pengetua SMK Abu Bakar,
Guru-guru dan Kakitangan SMK. Abu Bakar,
Bekas Pelajar SMK Abu Bakar,
Pelajar SMK Abu Bakar dan
Semua yang terlibat sama ada secara langsung dantidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Penghargaan