Web viewSemua haiwan ini asalnya tinggal dalam hutan di Malaysia. Haiwan ini dilindungi ... 2001)....
-
Upload
truongtram -
Category
Documents
-
view
236 -
download
2
Transcript of Web viewSemua haiwan ini asalnya tinggal dalam hutan di Malaysia. Haiwan ini dilindungi ... 2001)....
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk 7Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan Permainan
Sinopsis
Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti agar
pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Antara
pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan
Pembelajaran berasaskan aktiviti ini amat sesuai dalam pembelajaran bahasa kerana murid
akan terlibat secara langsung iaitu belajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang
dijalankan secara sistematik.
Pembelajaran berasaskan situasional memerlukan penggunaan objek secara konkrit, gambar-
gambar dan bahan-bahan maujud yang disertai aksi-aksi yang boleh membantu pengajaran
dan pembelajaran bahasa.
Pendekatan berasaskan permainan pula akan ‘menghidupkan’ proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa melalui pelbagai aktiviti permainan. Dengan demikian proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.
Hasil Pembelajaran
2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa terjemahan dan terus.
3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
dalam aktiviti pengajaran mikro.
1
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kerangka konsep
Nota ringkas:
7.1 Pembelajaran berasaskan aktiviti
Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam konteks pembelajaran
bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang
terancang secara sistematik.
2
Kita hendak buat apa ini?
Itulah, semasa cikgu beri
penerangan tidak mahu dengar.
Sekarang bukankah susah!
Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi,
Pendekatan, Kaedah
dan Teknik
Pengajaran dan
Pembelajaran
BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi
tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian
minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
7.2 Pembelajaran berasaskan situasional
Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar
dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat
menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-
contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.
7.3 Pembelajaran berasaskan permainan
Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan
permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri
aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan
yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat
berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan
menggunakan bahasa dan aksi.
Tugasan:
Ketika guru merancang pendekatan yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu,
pilih satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran sesuatu tajuk
Bahasa Melayu. Nyatakan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru.
3
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk 8Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mekayu secara konstruktivisme kontekstual
Sinopsis
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan
universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan
daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina
sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil
daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah
satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses
renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara
terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.
Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur
kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk
idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada
setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea
baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.
4
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Nota Ringkas:
8.1 Kontruktivisme
Prinsip Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang
boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini
menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar
sepanjang hayat.
Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena
dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.
Pembelajaran dilihat sebagai:
Pengubahan idea,
Pembinaan & penerimaan idea baru,
Penstrukturan semula idea sedia ada
Pandangan konstruktivisme
Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut
dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang
dilalui.
5
Kamu mesti faham dan bina pengetahuan sendiri berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Yalah ... melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada saya boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru. Seronoklah cikgu, saya mudah faham, bertambah yakin dan akan belajar secara berterusan. Terima kasih, cikgu!
Ya! Saya tahu kamu mesti seronok belajar.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Amalan pengajaran konstruktivisme
Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif,
interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta
membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau
menstruktur semula konsep alternatif mereka.
Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas &
meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu
murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru
atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.
Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran
seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan
perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna
kepada mereka.
Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam
sekeliling.
Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada
interaksi murid dengan alam sekeliling.
Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu &
sedia ada.
Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan melalui
proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur
mental yang sedia ada.
Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka
sendiri.
8.2 Kontekstual
6
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
7
Cikgu hendak bawa kamu melawat Zoo Negara. Kita akan lihat pelbagai jenis binatang dan … jangan lupa kamu mesti membuat catatan dan buat folio …
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi
pelajaran dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan.
Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai,
secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku
apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara
bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan
mereka.
Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan
pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata
pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat
perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli
keluarga, warga masyarakat dan pekerja.
8
Semua haiwan ini asalnya tinggal dalam hutan di Malaysia. Haiwan ini dilindungi … jika tidak spesis haiwan ini mungkin akan pupus!Ini haiwankah?
Bukankah ini monyet?
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan
dengan kehidupan seharian mereka.
Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila
murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu
sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri
(memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).
Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda
akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait
dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian
hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.
Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran
pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial,
fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.
Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea
abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
“hands-on” (aktiviti) dan pemikiran, iaitu “minds-on” (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui
satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;
R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks
menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.
E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks
penerokaan, penemuan dan reka cipta.
A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks
bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi
lain.
9
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks
bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.
T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks
pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada
apa yang diketahui.
Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:
(i) pengajaran dan pembelajaran lebih menarik;
(ii) meningkatkan minat;
(iii) pembelajaran realistik, praktikal;
(iv) pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan
(v) menyuburkan pemikiran kreatif.
Kelemahan pendekatan kontekstual
(i) tahap kefahaman dan kesediaan guru
(ii) kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat
(iii) sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item pengajaran dan pembelajaran;
(iv) kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks;
(v) hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian tinggi
Tugasan
Murid dalam kelas anda sudahpun mempunyai pengalaman tentang Hari Sukan
Sekolah. Berdasarkan pendekatan Konstruktivisme atau kontekstual cadangkan
langkah-langkah pengajaran karangan bertajuk “Sukan di sekolah anda.”
8.3 Masteri
10
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Sinopsis
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus
kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran
Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka
sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Modul ini
mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran
Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
1. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.
2. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap
penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil
Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.
Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa
seseorang murid di tahap tersebut.
Hasil Pembelajaran
i. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
ii. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan
kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
Kerangka konsep
11
Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Nota Ringkas
Tahukah anda bahawa pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Masteri dapat memastikan
semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.
8.3.1 Model Pembelajaran Masteri
12
Penentuan Hasil
Pembelajaran
Pengajaran dan Pembelajaran
Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi,
Pendekatan, Kaedah
dan Teknik
Pengajaran dan
Pembelajaran
BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
8.3.2 Kriteria penentuan hasil pembelajaran:
Berdasarkan Sukatan Pelajaran
Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur
Secara eksplisit, jelas dan terperinci
Dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor
8.3.3 Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran:
Kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza
Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran
Kemudahan yang sedia ada
Masa yang diperuntukkan
8.3.4 Penilaian terhadap murid:
Mengesan pencapaian murid
Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai
Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran.
Menentukan pengayaan dan pemulihan
Menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran
13
Penilaian
Sudahkah murid
menguasai
Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan
Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan
Unit Pembelajaran 2
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
8.3.5 Mengadakan tindakan susulan:
Pengayaan
Pemulihan
Pengukuhan
8.3.6 Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri
(a) Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.
(b) Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan
pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah
disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.
(c) Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk pembelajaran masteri;
Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari;
Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang
diajar melalui ujian diagnostik;
Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
(d) Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi
pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk
mengatasi masalah itu.
(e) Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan
rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.
(f) Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.
14
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(g) Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar
menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan
dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran
masteri dapat dipendekkan.
8.3.7 Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri
(a) Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.
(b) Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.
(c) Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia perlu:
tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi
(d) Pelajar perlu diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.
Arahan:
Sila baca dan fahami konsep pembelajaran Masteri
Pastikan anda boleh mengaplikasi pembelajaran Masteri kepada murid dalam kelas
anda.
Anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.
Tugasan:
15
Kepentingan pembelajaran Masteri
dalam pengajaran Bahasa Melayu
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk 9Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Kaedah Natural / Semula Jadi Kaedah Tatabahasa Terjemahan Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah Linguistik Kaedah Kod-Kognitif Kaedah Bahasa Komuniti Kaedah Oral-Aural
16
Pengajaran guru Pembelajaran murid
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Sinopsis
Kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran
secara teratur dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat
pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama
bagi mencapai objektif pengajaran. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru mengajarkan
bahasa mengikut cara yang betul lagi terancang. Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum
ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila guru mampu
menggunakan kaedah-kaedah yang telah disarankan dalam bidang pengajaran bahasa.
Pelbagai kaedah diketengahkan sebagai alternatif kepada guru. Terpulanglah kepada mereka
untuk menentukan dan menggunakan kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran.
Walaupun pedagogi tidak menentukan potensi kaedah-kaedah tertentu, namun kepakaran
guru menggunakannya boleh menjadikan sesuatu sesi pengajaran itu menarik, bermakna dan
menghiburkan. Berikut diperlihatkan secara ringkas beberapa kaedah yang kerap digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Hasil Pembelajaran
2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan Kaedah Natural / Semula Jadi, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Ajuk Hafaz, Kaedah Linguistik, Kaedah Kod-Kognitif, Kaedah Bahasa Komuniti, dan Kaedah Oral-Aural.
3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
dalam aktiviti pengajaran mikro.
9.1 Kaedah Natural
Latar belakang
• Diasaskan oleh Tracy Terell, 1977
• Tokoh-tokoh natural yang lain ialah Gouin, Montaigne dan L. Sauveur
• Terell dan Stephen Krashen telah menerbitkan buku The Natural Approach 1978.
Kaedah semula jadi dianggap sebagai kaedah tradisi dalam pengajaran bahasa.
17
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Ciri-ciri:
• Berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang menganggap bahawa bahasa
lebih mudah dikuasai secara semula jadi
• Komunikasi sebagai fungsi utama berbahasa dan pengajaran bahasa lebih
berpusatkan keupayaan pengajaran komunikatif
• Menekankan makna dan perbendaharaan kata dalam pengajaran kerana bahasa
dilihat sebagai alat untuk menghubungkan makna dan mesej
• Penguasaan bahasa berlaku apabila pendengar memahami mesej dalam bahasa
sasaran yang dipelajari
Prinsip:
• Arahan sama dengan tahap penguasan bahasa
• Mengajar perkataan dan ayat harian
• Kemahiran komunikasi diajar berperingkat-peringkat
• Tatabahasa diajar dengan pendekatan induktif
• Pelajaran baru diperkenalkan secara lisan
• Objek dan gambar diguna untuk kosa kata maujud dan penyataan idea untuk kosa kata
abstrak
• Teks turut digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur
• Sebutan dan tatabahasa yang betul turut ditekankan.
Kaedah Natural (Semula Jadi) dalam Pengajaran Bahasa
• Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan
gambar
• Perkataan-perkataan baharu diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan
yang telah diketahui oleh murid
• Tidak menggunakan bahasa ibunda (dalam pembelajaran bahasa kedua) dan tidak
menggunakan kaedah terjemahan
• Cara pembelajaran menyamai pembelajaran bahasa pertama
18
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
• P &P dilaksanakan secara tersusun dan berperingkat bermula dengan kemahiran
lisan, kemudian bertutur dan seterusnya membaca dan menulis.
Latihan
Sediakan satu aktiviti P&P Bahasa dengan menggunakan Kaedah Natural / Semula jadi
9.2 Kaedah Tatabahasa Terjemahan
• Kaedah Tatabahasa Terjemahan merupakan kaedah klasik yang dirancang untuk
kemahiran menulis bukan kemahiran bertutur
• Kaedah Tatabahasa Terjemahan mementingkan aspek ejaan, penulisan dan
tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
• Kaedah Tatabahasa Terjemahan tidak memetingkan P&P bahasa secara aktif dan
tidak mementingkan aspek fonetik
Tujuan Tatabahasa Terjemahan
• Membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa
• Melatih murid menulis menggunakan bahasa yang gramatis
• Membolehkan murid menterjemahkan bahasa asing ke bahasa ibunda, dan sebaliknya
• Melengkapkan murid dengan kosa kata yang luas dalam penulisan
Cara Mengajar:
Murid diperkenalkan kepada peraturan tatabahasa terlebih dahulu. Guru memberi
penerangan kepada murid tentang peraturan ini kemudian memberikan contoh-contoh.
Peraturan ini perlu dihafaz supaya tidak berlaku kesilapan.
Kemudian, murid diberi senarai kosa kata yang perlu dihafaz. Dalam pembelajaran
bahasa kedua, senarai kosa kata ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa ibunda. Murid
diminta membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai kosa kata itu berdasarkan
peraturan tatabahasa yang telah dipelajari.
19
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Latihan:
Sediakan satu contoh aktiviti pengajaran bahasa dengan menggunakan Kaedah
Tatabahasa Terjemahan.
9.3 Kaedah Ajuk Hafaz
Pengenalan
• Mula diguna oleh tentera Amerika pada perang dunia kedua
• Berkesan kerana dorongan yang kuat dan latihan yang intensif
Konsep
• Pengajaran melalui demonstrasi dan latih tubi
• Pembelajaran secara mengajuk atau menghafaz sebutan kata dan ayat yang tepat
seperti penutur jati bahasa yang dipelajari
Ciri-ciri:
• tatabahasa diajar secara menghafaz ayat-ayat asas melalui ajukan
• makna diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda
• pelajar tidak dikehendaki menterjemah kata demi kata
• selepas menguasai ayat dasar, murid digalakkan menggunakan bahasa yang
dipelajari dalam perbualan dan komunikasi harian supaya sebutan dan tatabahasa
dapat dipraktik
Cara Mengajar:
20
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Maknanya diberi
dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid tidak perlu menterjemah perkataan demi
perkataan. Apabila semua ayat dasar sudah dipelajari, murid akan membaca deskripsi bahasa
sasaran itu dalam bahasa ibundanya. Contoh, diberi dalam bahasa sasaran dengan
persamaannya dalam bahasa ibunda. Kemudian dia terus mendengar lagi ayat-ayat daripada
pertuturan yang menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia
berlatih dalam dialog dengan memakai ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya.
Guru terpaksa menjalankan beberapa ikhtiar untuk mencapai maksud ini. Beliau
hendaklah menyediakan hanya latihan dalam pertuturan, misalnya latihan bertutur, karangan-
karangan lisan. Latihan cara-cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutnya dengan betul
tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu menggunakannya dalam bentuk-bentuk ayat
yang betul.
Guru perlu tahu bahawa kejelasan dalam menyampaikan pelajaran amat penting.
Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan memberi tanggapan yang
betul kepada pelajar. Satu tanggapan yang baik pula akan melahirkan satu penguasaan habit
bahasa yang baik dan sempurna.
Latihan:
Sediakan satu contoh aktiviti pengajaran bahasa dengan menggunakan Kaedah Ajuk
Hafaz.
9.4 Kaedah Linguistik
Pengenalan
• Dianggap sebagai kaedah mengajar bahasa yang moden dan saintifik
21
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Konsep
• Kaedah pengajaran yang membandingkan dua bahasa, iaitu antara bahasa yang
dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid sama ada bahasa itu bahasa
ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa lain..
• Tumpuan kepada bentuk dan fungsi bahasa di samping aspek bunyi, ayat, makna dll.
Mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui
oleh murid.
CirI-ciri
• Mendahulukan bentuk daripada makna
• Memberi pertimbangan kepada pengetahuan fonetik
• Mendahulukan bentuk-bentuk ayat yang ada dalam bahasa ibunda, kemudian diikuti
bentuk ayat dalam bahasa yang dipelajari
• Mendahulukan perkataan yang serupa atau hampir sama bunyi daripada kedua-dua
bahasa
Subjek Perbuatan Predikat / Objek
22
Contoh pelaksanaan P&P : Bentuk Ayat
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Saya pergi ke pasar
I go to market
Dia makan betik
He eats papaya
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
tea, school, television teh, sekolah, televisyen
bicycle, bus, biscuit, notice basikal, bas, biskut, notis
Tujuan
Membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahui untuk mempelajari bahasa baharu dari segi bunyi
Menerangkan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.
Cara Mengajar
Mendahulukan pengajaran dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan
bahasa yang dipelajari yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui
Kemudian, melatih tubi bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari yang mempunyai perbezaan
dengan bahasa yang diketahui
23
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Dalam pengajaran perbendaharaan kata, mulakan dengan perbendaharaan kata yang
senang, iaitu perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang
diketahui
Dalam pengajaran struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa
yang diketahui didahulukan
9.5 Kaedah Kod-Kognitif
Pengenalan
Berasaskan pendapat golongan mentalis yang memandang bahasa sebagai
satu kreativiti mental.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ini menekankan bentuk
dan makna.
Harus mengetahui sistem bahasa yang didasarkan pada hukum-hukum dan
norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa sebelum mempelajari sesuatu
bahasa.
Ciri-ciri
Perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan, manakala lisan tidak
ditekankan sangat
Aspek yang menjadi tumpuan utama ialah sintaksis dan diikuti oleh morfologi
dan fonologi
Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan dilakukan melalui
pendekatan deduktif. Murid mesti mempunyai pengetahuan tentang tatabahasa
yang hendak dipelajari itu.
Menggalakkan murid menggunakan sebanyak mungkin kemampuan kreatif
Makna amat dipentingkan. Oleh sebab itu pengertian dan huraian dalam
sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa itu mestilah diwujudkan
Dalam menghuraikan bahasa, kaedah ini menggunakan aplikasi tatabahasa
transformasi-generatif
9.6 Kaedah Bahasa Komuniti
24
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Pengenalan
Diasaskan oleh Charles A. Curran dan rakan-rakannya. Curran seorang pakar dalam
bidang kaunseling dan salah seorang profesor bidang psikologi di Universiti Layola,
Chicago
Disebut juga sebagai Community Language Learning (CLL)
Teknik psikologi dalam kaunseling telah digunakan oleh Curran dalam pengajaran
bahasa
Teknik ini menganggap murid sebagai manusia yang mempunyai emosi dan perasaan,
di samping pengetahuan linguistik dan kemahiran tingkah laku
Protokol hari pertama kelas CLL oleh Dieter Stroinigs
Tegur sapa yang tidak formal dan pengenalan dibuat
Guru membuat satu kenyataan tentang matlamat dan garis panduan kursus
Satu sesi perbualan dalam bahasa asing berlaku
- Satu bulatan dibentuk agar setiap pelajar ada kontak mata dengan pelajar yang
lain. Semua murid mudah mencapai alat rangkaian pita dan mikrofon
- seorang pelajar memulakan perbualan dalam bahasa ibundanya dengan seorang
murid lain
- Guru berdiri di belakang murid mengucapkan bahasa asing yang maknanya serupa
dengan ucapan bahasa ibunda tadi
- Murid mengulangi ucapan dan merakamkannya dalam alat rakaman
- Setiap murid mempunyai peluang untuk membentuk dan merakam beberapa mesej
- Pita rakaman dimainkan semula untuk beberapa ketika
- Setiap murid mengulangi makna bahasa asing yang didengarnya. Hal ini
membantu menyegarkan ingatan murid yang lain
Murid digalakkan untuk meluahkan perasaan dan pengalaman mereka secara jujur
dan ikhlas
25
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Berdasarkan bahan rakaman, guru memilih ayat untuk ditulis di papan tulis dan
menekankan aspek-aspek tatabahasa, ejaan, ataupun huruf besar
Murid digalakkan untuk menyoal berdasarkan aspek-aspek bahasa
Murid digalakkan untuk menyalin ayat-ayat daripada papan tulis. Catatkan
makna dan kegunaannya.
Perkara ini yang menjadi teks untuk membolehkan mereka belajar di rumah
Ciri-ciri
Dalam CLL, murid menjadi ahli dalam satu komuniti
Belajar melalui proses berinteraksi dengan rakan-rakan dalam komuniti
Pembelajaran dilihat sebagai sesuatu yang dicapai bersama
Murid perlu mendengar dengan teliti, bebas mengutarakan maksud atau makna
yang ingin disampaikan, mengulang pengucapan-pengucapan bahasa sasaran
tanpa ragu-ragu, menyokong ahli-ahli lain dalam komuniti, menyatakan perasaan
dalaman dan kekecewaan, kegembiraan dan keseronokan mereka dan menjadi
kaunselor kepada murid lain
Guru sebagai kaunselor, bertindak balas secara tenang serta tidak menghukum,
sentiasa memberi sokongan dan membantu klien untuk memahami masalahnya
dengan lebih baik
Masalah psikologi yang mungkin timbul akibat pembelajaran bahasa kedua akan
diberi perhatian dan layanan.
Guru bertanggungjawab mewujudkan satu persekitaran yang selamat, bebas
menghalakan tenaganya kepada tugas komunikasi dan pembelajaran
9.7 Kaedah Oral-Aural
Pengenalan
26
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kaedah oral-aural atau kaedah dengar tutur ini merupakan kaedah yang
menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
Ciri-ciri
• Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali
• Dialog dan latih tubi dijalankan secara memberi perhatian kepada intonasi
yang betul
• Sebutan penutur jati sebagai objektif kaedah ini
• Pita rakaman atau alat audio aural digunakan sepenuhnya bagi mendengar
sebutan yang tepat terutama apabila guru bukan penutur jati.
• Alat pandang-dengar (APD) turut digunakan supaya sebutan lebih realistik
dan bahan latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah
diberi disusun dengan rapi
• Sistem tatabahasa diperkenalkan secara induktif
• Kosa kata diajarkan dalam konteks yang bermakna
• Aktiviti menulis dilaksanakan setelah pelajar menguasai aktiviti bacaan. Bermula
dengan penulisan terkawal, kemudian diikuti penulisan bebas
Tujuan
Membolehkan murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa,
iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis, tetapi dalam hal ini mendengar
dan bertutur diberi keutamaan
Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan
dan tulisan.
Membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam
bahasa.
27
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tugasan
Perbincangan:
• Apakah tujuan penggunaan kaedah audio-aural ?
• Bagaimana kaedah ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran?
28