Abs Trak

1
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman bagi topik elektrik di sekolah rendah menggunakan kaedah Susun Suai Gambar sebagai bahan bantu mengajar. Kajian ini melibatkan 32 orang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa pelajar melakukan beberapa kesilapan semasa melakukan penyambungan litar elektrik semasa amali. Pelajar melakukan penyambungan elektrik mengikut panduan lukisan skematik yang telah mereka terjemah. Hal ini menunjukkan bahawa lukisan skematik yang salah menyebabkan penyambungan litar elektrik tidak berjaya. Soal selidik, ujian pra pos dan pemerhatian merupakan instrumen pengumpulan data bagi kajian yang menggunakan model Kemmis & McTaggart (1998) ini. Kaedah Susun Suai Gambar ini adalah kaedah permainan puzzle dimana murid perlu menyusun semula simbol komponen elektrik menjadi lukisan skematik berdasarkan lukisan bergambar yang disediakan dengan betul. Melalui analisis dokumen, pengkaji menyedari bahawa berlakunya peningkatan kefahaman pelajar dalam menterjemah lukisan skematik dengan betul. Hasil pemerhatian menunjukkan pelajar telah dapat menjalankan aktiviti kaedah Susun Suai Gambar dengan lancar dan memperoleh keputusan tepat selain terdapat penglibatan aktif dalam kumpulan. Analisis soal selidik menunjukkan pelajar bersetuju kaedah Susun Suai Gambar memudahkan mereka menterjemah lukisan skematik dan mereka suka pembelajaran menggunakan kaedah ini. Selain itu, hasil dapatan juga menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam menjawab soalan berkaitan litar elektrik turut meningkat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Susun Suai Gambar yang disediakan sesuai dengan hasil pembelajaran dan telah dapat membantu pelajar untuk menjalankan eksperimen litar elektrik dengan lebih baik. Pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan bagi kajian lanjutan dan antaranya ialah peruntukan masa untuk menjalankan kajian perlu dipanjangkan di samping penggunaan intrumen yang pelbagai.

description

kajian tindakan

Transcript of Abs Trak

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman bagi topik elektrik di sekolah rendah menggunakan kaedah Susun Suai Gambar sebagai bahan bantu mengajar. Kajian ini melibatkan 32 orang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa pelajar melakukan beberapa kesilapan semasa melakukan penyambungan litar elektrik semasa amali. Pelajar melakukan penyambungan elektrik mengikut panduan lukisan skematik yang telah mereka terjemah. Hal ini menunjukkan bahawa lukisan skematik yang salah menyebabkan penyambungan litar elektrik tidak berjaya. Soal selidik, ujian pra pos dan pemerhatian merupakan instrumen pengumpulan data bagi kajian yang menggunakan model Kemmis & McTaggart (1998) ini. Kaedah Susun Suai Gambar ini adalah kaedah permainan puzzle dimana murid perlu menyusun semula simbol komponen elektrik menjadi lukisan skematik berdasarkan lukisan bergambar yang disediakan dengan betul. Melalui analisis dokumen, pengkaji menyedari bahawa berlakunya peningkatan kefahaman pelajar dalam menterjemah lukisan skematik dengan betul. Hasil pemerhatian menunjukkan pelajar telah dapat menjalankan aktiviti kaedah Susun Suai Gambar dengan lancar dan memperoleh keputusan tepat selain terdapat penglibatan aktif dalam kumpulan. Analisis soal selidik menunjukkan pelajar bersetuju kaedah Susun Suai Gambar memudahkan mereka menterjemah lukisan skematik dan mereka suka pembelajaran menggunakan kaedah ini. Selain itu, hasil dapatan juga menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam menjawab soalan berkaitan litar elektrik turut meningkat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Susun Suai Gambar yang disediakan sesuai dengan hasil pembelajaran dan telah dapat membantu pelajar untuk menjalankan eksperimen litar elektrik dengan lebih baik. Pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan bagi kajian lanjutan dan antaranya ialah peruntukan masa untuk menjalankan kajian perlu dipanjangkan di samping penggunaan intrumen yang pelbagai.