ABPM/PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO -...
-
Upload
truongliem -
Category
Documents
-
view
252 -
download
1
Transcript of ABPM/PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO -...
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 1/42
AKADEMI BOMBA DAN
PENYELAMAT MALAYSIA
ABPM/PR/01
PELAN PENGURUSAN RISIKO
Tarikh: 09 SEPTEMBER 2017 No Keluaran : 02
Tarikh: 16 JANUARI 2018 No Keluaran : 02
SALINAN TERKAWAL
DisediakanOleh :
PKPjB MD ALI BIN ISMAIL
Tarikh :
16 JANUARI 2018
Tandatangan :
Diluluskan Oleh :
TPjB DATO’ HJ. AMER BIN HJ. YUSOF
Tarikh :
16 JANUARI 2018
Tandatangan :
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 2/42
REKOD PINDAAN
BIL. KELUARAN / PINDAAN
TARIKH BAHAGIAN MUKA
SURAT KETERANGAN RINGKAS
PINDAAN
1
02
16.01.2018 Keseluruhan
Pindaan dibuat hasil dari teguran audit SIRIM meminta no indeks dokumen dan kandungan prosedur dikemaskini di bahagian terminologi supaya mematuhi prosedur terkini.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 3/42
KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKASURAT
1. BAHAGIAN 1: Polisi Pengurusan Risiko
1.0 Tujuan
2.0 Pendekatan Pengurusan Risiko
3.0 Peranan Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko (JIPR)
4.0 Peranan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Akademi (JPRA)
5.0 Pengurusan Risiko Sebagai Sebahagian Daripada Sistem
Kawalan Dalaman
6.0 Laporan Tahunan Kajian Semula Keberkesanan
2. BAHAGIAN 2: Pengenalan Proses Pengurusan Risiko Akademi
3. BAHAGIAN 3: Definisi Risiko dan Pengurusan Risiko
4. BAHAGIAN 4: Mekanisme Pengurusan Risiko Akademi
Langkah 1: Konteks
Langkah 2: Mengenalpasti Risiko
Langkah 3: Klasifikasi Risiko
Langkah 4: Analisis Risiko
Langkah 5: Menilai Risiko
Langkah 6: Respon Ke Atas Risiko
5. BAHAGIAN 5: Pelaporan Risiko
6. BAHAGIAN 6: Kursus Kesedaran Pengurusan Risiko
7. BAHAGIAN 7: Struktur Pentadbiran dan Perlaksanaan
Pengurusan Risiko
7.1 Pemantauan Risiko
7.2 Komunikasi Risko
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 4/42
BAHAGIAN 1: POLISI PENGURUSAN RISIKO
1.0 Tujuan
1.1 Plan pengurusan risiko (dasar) membentuk sebahagian daripada kawalan
dalaman akademi dan pengaturan tadbir urus.
1.2 Plan ini menerangkan pendekatan akademi terhadap polisi pengurusan risiko,
dokumentasi peranan dan tanggungjawab jawatankuasa induk pengurusan
risiko, jawatankuasa pengurusan risiko akademi, dan pihak utama yang
berkaitan. Plan ini juga menggariskan aspek utama proses pengurusan risiko,
dan mengenal pasti prosedur utama dalam membuat laporan.
1.3 Di samping itu, dasar ini menerangkan proses yang akan diguna pakai oleh
jawatankuasa induk pengurusan risiko untuk menilai keberkesanan prosedur
kawalan dalaman akademi.
2.0 Pendekatan Pengurusan Risiko
2.1 Prinsip utama dalam menggariskan pendekatan akademi untuk pengurusan
risiko dan kawalan dalaman adalah seperti berikut:
• Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko (JIPR) mempunyai tanggungjawab
untuk menyelia pengurusan risiko di dalam akademi secara keseluruhan.
• Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko (JIPR) bersedia mengambil
pendekatan yang terbuka untuk menyelesaikan masalah risiko.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 5/42
• Komandan dan pihak pengurusan akademi memberi sokongan, menasihati
dan melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan oleh Jawatankuasa Induk
Pengurusan Risiko (JIPR).
• Pihak akademi membuat pengiktirafan konservatif, berhemah serta telus
terhadap implikasi risiko kewangan dan bukan kewangan.
• Petanda risiko penting akan dikenal pasti dan dipantau dengan rapi secara
berkala.
3.0 Peranan Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko (JIPR)
3.1 Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko (JIPR) mempunyai peranan penting
dalam aspek pengurusan risiko termasuklah:
a. Menanam budaya pengurusan risiko dalam akademi
• menetapkan sama ada akademi mempraktik ‘pengambilan risiko’ atau
‘penyahan risiko’ secara keseluruhan mengenai isu individu yang
berkaitan.
• menentukan jenis risiko yang boleh diterima atau sebaliknya.
• menetapkan piawai dan jangkaan kakitangan ke atas tingkah laku dan
kejujuran.
b. Menentukan ‘risk apetite’ yang sesuai atau tahap pendedahan risiko bagi
akademi.
c. Meluluskan keputusan utama yang mempengaruhi profil risiko akademi atau
pendedahan risiko.
d. Memantau pengurusan risiko penting untuk mengurangkan kemungkinan
perkara yang tidak diingini.
e. Memastikan juga risiko yang kurang penting diuruskan secara aktif, dengan
kawalan yang sesuai bagi suasana kerja yang berkesan.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 6/42
f. Menjalankan kajian tahunan ke atas pendekatan akademi terhadap
pengurusan risiko dan meluluskan perubahan atau penambahbaikan
kepada elemen utama proses dan prosedur.
4.0 Peranan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Akademi (JPRA)
4.1 Peranan utama pasukan jawatankuasa pengurusan risiko akademi adalah
untuk:
a. Melaksanakan dasar pengurusan risiko dan kawalan dalaman.
b. Mengenal pasti dan menilai risiko penting yang dihadapi oleh akademi untuk
pertimbangan ahli jawatankuasa induk pengurusan risiko.
c. Menyediakan maklumat yang mencukupi pada masa yang tetap kepada
jawatankuasa induk pengurusan risiko dan jawatankuasanya mengenai
status risiko dan kawalan.
d. Menjalankan kajian semula tahunan keberkesanan sistem kawalan dalaman
dan menyediakan laporan kepada Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kajian
Semula Pengurusan.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 7/42
5.0 Pengurusan Risiko Sebagai Sebahagian Daripada Sistem Kawalan Dalaman
5.1 Sistem kawalan dalaman menggabungkan pengurusan risiko. Sistem ini
merangkumi beberapa unsur yang juga memudahkan operasi yang berkesan
dan cekap, membolehkan akademi untuk bertindak balas terhadap pelbagai
risiko operasi, kewangan dan komersial. Unsur-unsur ini terdiri daripada:
a. Dasar dan prosedur
Selain daripada risiko penting terdapat satu siri dasar yang menyokong
proses kawalan dalaman. Dasar ini ditetapkan oleh jawatankuasa induk
pengurusan risiko yang dilaksanakan dan disampaikan oleh jawatankuasa
pengurusan risiko akademi kepada kakitangan. Prosedur bertulis boleh
menyokong dasar yang bersesuaian.
b. Laporan berkala
Laporan komprehensif berkala bertujuan untuk memantau risiko penting dan
kawalan mereka. Keputusan untuk penambahbaikan ke atas sebarang
permasalahan dibuat dalam mesyuarat tetap jawatankuasa pengurusan
risiko akademi dan jawatankuasa induk pengurusan risiko jika sesuai.
Mengekalkan rekod sewajarnya.
c. Perancangan bisnes dan belanjawan
Perancangan bisnes dan proses belanjawan digunakan untuk menetapkan
objektif, persetujuan pelan tindakan, dan memperuntukkan sumber.
Kemajuan ke arah memenuhi objektif pelan bisnes akan sentiasa dipantau.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 8/42
d. Rangka kerja risiko tahap tinggi (risiko penting sahaja)
Rangka kerja ini disusun oleh jawatankuasa pengurusan risiko akademi dan
dapat membantu bagi memudahkan pengenalpastian, penilaian dan
pemantauan berterusan risiko penting akademi. Dokumen tersebut secara
rasmi dinilai setiap tahun iaitu kewujudan risiko ditambah sebagaimana
yang dikehendaki. Tindakan penambahbaikan dan petanda risiko dipantau
secara berkala.
e. Rangka kerja risiko Pengajian
Ketua Pengajian menggunakan rangka kerja ini untuk memastikan bahawa
risiko yang utama di pengajian mereka dikenal pasti, dinilai dan dipantau.
Dokumen tersebut secara rasmi dinilai setiap tahun. Kemunculan risiko baru
ditambah sebagaimana yang dikehendaki. Tindakan penambahbaikan dan
penanda risiko dipantau oleh jawatankuasa pengurusan risiko akademi.
f. Jawatankuasa Audit
Jawatankuasa Audit dikehendaki melaporkan kepada jawatankuasa induk
pengurusan risiko mengenai kawalan dalaman dan memaklumkan
komandan tentang kemunculan mana-mana isu. Di samping itu,
jawatankuasa menyelia audit dalaman, audit luaran dan pengurusan seperti
yang dikehendaki dalam laporan kajian semula kawalan dalaman. Oleh itu,
adalah wajar jawatankuasa ini memberi nasihat kepada jawatankuasa induk
pengurusan risiko mengenai keberkesanan sistem kawalan dalaman,
termasuk sistem akademi untuk pengurusan risiko.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 9/42
g. Program audit dalaman
Audit dalaman adalah elemen penting dalam proses kawalan dalaman.
Selain daripada program kerja, audit dalaman bertanggungjawab bagi
aspek kajian semula tahunan keberkesanan sistem kawalan dalaman dalam
organisasi.
h. Audit luaran
Audit luaran menyediakan maklum balas kepada Jawatankuasa Audit
mengenai operasi kawalan kewangan dalaman yang dibuat kajian semula
sebagai sebahagian daripada audit tahunan.
i. Laporan pihak ketiga
Dari semasa ke semasa, penggunaan perunding luar adalah perlu dalam
bidang seperti aspek pengurusan kualiti, keselamatan, dan sumber manusia.
Penggunaan pihak pakar ketiga untuk berunding serta menyediakan laporan
boleh meningkatkan kebolehpercayaan sistem kawalan dalaman.
6.0 Laporan tahunan kajian semula keberkesanan
Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko (JIPR) bertanggungjawab untuk membuat
kajian semula ke atas keberkesanan kawalan dalaman akademi berdasarkan
maklumat yang disediakan oleh jawatankuasa pengurusan risiko akademi.
Pendekatan yang digariskan adalah seperti di bawah:
6.1 Bagi setiap risiko penting yang dikenal pasti, jawatankuasa induk pengurusan
risiko akan:
a. membuat kajian semula semula tahun sebelumnya dan menilai rekod
akademi mengenai pengurusan risiko dan kawalan dalaman.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 10/42
b. mempertimbangkan profil risiko dalaman dan luaran tahun yang akan
datang dan mempertimbangkan jika pengaturan kawalan dalaman semasa
adalah berkesan.
6.2 Dalam membuat keputusan jawatankuasa induk pengurusan risiko akan
mempertimbangkan aspek-aspek berikut:
a. Kawalan Persekitaran:
• objektif akademi serta sasaran kewangan dan bukan kewangan.
• struktur organisasi dan keteguhan jawatankuasa pengurusan risiko
akademi.
• budaya, pendekatan, dan sumber yang berkaitan dengan pengurusan
risiko.
• agihan autoriti.
• laporan awam.
b. Pengenal pastian berterusan dan penilaian risiko penting:
• mengenal pasti tepat pada masanya dan menilai risiko penting.
• memberi keutamaan kepada risiko dan peruntukan sumber bagi
menangani bidang risiko tinggi.
c. Maklumat dan komunikasi:
• kualiti dan ketepatan masa makluman mengenai risiko penting.
• keperluan tempoh masa yang sesuai bagi kawalan kerosakan untuk
diiktiraf atau kewujudan risiko yang dikenal pasti.
d. Pemantauan dan tindakan pembetulan:
• keupayaan akademik untuk belajar daripada masalah.
• komitmen dan kepantasan pelaksanaan terhadap tindakan pembetulan
yang dilaksanakan.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 11/42
6.3 Jawatankuasa Pengurusan Risiko Akademi (JPRA) akan menyediakan laporan
kajian semula keberkesanan sistem kawalan dalaman setiap tahun untuk
dipertimbangkan oleh jawatankuasa induk pengurusan risiko (JIPR).
BAHAGIAN 2: PENGENALAN PROSES PENGURUSAN RISIKO AKADEMI
Plan Pengurusan Risiko telah mula digubal dan disediakan oleh Jawatankuasa Induk
Pengurusan Risiko (JIPR) pada 10 Februari 2016. Polisi ini digunakan untuk memastikan
Kod Amalan Terbaik Tadbir Urus Akademi dipatuhi. Di samping itu juga plan ini digubal bagi
memenuhi keperluan standard dalam MS ISO 9001:2015. Akademi Bomba dan Penyelamat
Malaysia telah memperolehi persijilan MS ISO 9001:2008 semenjak dari November tahun
2009. Sehubungan dengan itu, pihak akademi menggunakan ISO 9001:2008 sebagai
kerangka asas pengurusan risiko akademi. Kerangka Pengurusan Risiko ini selari dengan
pencapaian objektif, misi, dan visi akademi dengan memikul amanah dan tanggungjawab ke
atas pihak yang berkepentingan di akademi. Laporan Pengurusan Risiko semua pusat
tanggungjawab akademi (PTJ) dibentangkan kepada JPRA secara telus dan bebas kepada
JIPR.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 12/42
BAHAGIAN 3: DEFINISI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO
Dalam persekitaran akademi yang semakin kompleks, risiko sentiasa wujud dalam setiap
aktiviti akademi. Maka satu pendekatan yang sistematik adalah amat penting bagi mencapai
objektif akademi. Justeru, kerangka pengurusan risiko digunakan di semua lokasi ABPM
secara konsisten bagi menguruskan risiko setiap aktiviti dan proses kerja. Akademi Bomba
dan Penyelamat Malaysia adalah terdiri dari:
a. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah
b. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur
c. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara
d. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sabah
e. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak
Pendekatan secara menyeluruh Atas-Bawah (Top-Down) dan Bawah-Atas (Down-Top)
digunakan dalam memastikan ancaman atau peluang dapat diurus dengan baik oleh pihak
JPRA dan JIPR ke arah pencapaian objektif akademi.
Definisi Risiko
Sesuatu isu/kejadian yang berlaku serta boleh memberi kesan terhadap pencapaian objektif
atau matlamat sesebuah organisasi.
Definisi Pengurusan Risiko Menurut “ISO”
Satu proses yang dilaksanakan di semua peringkat akademi seperti pihak tertinggi
pengurusan, pihak pengurusan dan kakitangan yang digunakan untuk menetapkan
pembentukan strategi ke seluruh aktiviti bagi mengenal pasti peristiwa yang akan berlaku
seterusnya memberi kesan kepada aspirasi akademii dan pada masa yang sama mengurus
risiko mengikut ketetapan akademi bertujuan untuk memberi jaminan munasabah ke arah
pencapaian objektif akademi.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 13/42
BAHAGIAN 4: MEKANISME PENGURUSAN RISIKO AKADEMI
Langkah 1: Konteks
Dalam membangunkan konteks, berikut adalah beberapa perkara yang diberi
pertimbangkan dan perhatian yang sewajarnya iaitu:
Persekitaran akademi: Program latihan dan kursus yang ditawarkan, para peserta kursus
dan pelatih dan juga pihak -pihak berkepentingan.
Pelan Strategik Akademi yang meliputi aspek Kepuasan pelanggan, misi, dan visi
Akademi, pencapaian Key Performance Indicator serta Pelan Pembangunan Latihan.
Pengoperasian Latihan yang menjelaskan tentang metodologi latihan, penggunaan
aplikasi Elektronik dan Teknologi, polisi-polisi dalaman, dan struktur pelaporan.
Kewangan dan juga undang undang dan peraturan yang berkaitan yang menjadi asas dan
sumber rujukan dan sandaran kepada akademi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab kepada stakeholders, pelanggan akademi dan juga pihak pihak yang
berkepentingan. Rujuk Jadual 1
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 14/42
Rajah 1: Jadual Penetapan Konteks
KATEGORI JENIS KEPERLUAN/ EKSPEKTASI UNDANG-UNDANG
BERKAITAN
Strategik
Kementerian/Jabatan Melahir pegawai bomba berprestasi tinggi Akta Perkhidmatan Bomba 1988
Dasar Latihan Sumber Manusia
Arahan Komandan
MS ISO 9001
UBBL
Kakitangan Akademi
Pembangunan Kerjaya
Mendapat pengiktirafan jurulatih bertauliah
Peningkatan aspek kebajikan
Komuniti Jaminan keselamatan dan perkongsian
ilmu
Operasi
Latihan
Peserta Kursus Bomba Menambah kemahiran dan sijil kemahiran Akta Perkhidmatan Bomba 1988
Dasar Latihan
Arahan Komandan
UBBL
Pelatih Menjadi pegawai bomba yang kompeten
Keluarga Pelatih Keselamatan dan kebajikan terjaga
Peserta Kursus Swasta Mendapat pengetahuan dan sijil
kebombaan
Kewangan
Pembekal Peralatan
Mendapat maklumat yang jelas tentang
jaminan syarat kontrak, akta, peraturan
tender dan sebagainya
Arahan Perbendaharaan
Peraturan Peraturan Kontrak
Perjanjian Berkaitan
Penyelenggaraan
Bangunan
Kawalan Keselamatan
Katerer
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 15/42
Undang
Undang dan
Peraturan
Regulator Mendapat jaminan keselamatan yang tinggi NFPA 101
Akta 514
UBBL Pihak Berkepentingan
Memberikan pengiktirafan dan juga
memperolehi latihan kebombaan
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 16/42
Langkah 2: Mengenal Pasti Risiko
Mengenal pasti risiko adalah dilaksanakan oleh Jawatankuasa yang telah dibentuk
kesemua lokasi akademi diseluruh negara meliputi skop seperti berikut;
a. Mengenal pasti semua potensi risiko.
b. Mengenal pasti semua sumber risiko berpotensi.
c. Mengenalpasti risiko Dalam Kawalan dan Luar Kawalan.
d. Melaksanakan analisis ke atas semua risiko yang telah dikenalpasti.
Proses pengenalpastian risiko adalah berdasarkan kepada semua input, proses, output
dan juga lain lain faktor yang boleh memberi ancaman risiko kepada proses
penyampaian pengajaran dan penbelajaran di akademi. Pengenalpastian ini adalah
menggunakan format pengenalpastian risiko yang telah digubal seperti dalam rajah 2 di
bawah.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 17/42
Akademi: AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Objektif: Memastikan proses pembangunan modul menepati objektif latihan
Lokasi: Bahagian: Disediakan oleh: Tarikh:
Disemak oleh: Tarikh:
Disahkan oleh: (Ketua Pengajian/Unit/Caw.) Tarikh:
Tarikh kemaskini: 1 2
Kenalpasti Risiko Risiko Analisis dan Penilaian Langkah Penambahbaikan
Risiko Kekerapan
Pemantauan
Proses Risiko Kesan Pengawalan
Risiko Sediada Kebarangkalian Keseriusan
Tahap Risiko
Cadangan Tindakan
Pegawai Bertanggungjawab (Tarikh Akhir/Status)
Tempoh Rekod
Rajah 2: Format Pengenalpastian Risiko
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 18/42
Rantaian Pengurusan Risiko Akademi
KONTEKS KENALPASTI
RISIKO ANALISA
RISIKO
MENILAI RISIKO
HADAPI RISIKO
PANTAU RISIKO
KOMUNIKASI
RISIKO
Menentukan persekitaran strategik dan budaya Akademi Mengenal pasti objektif akademi daripada segi misi dan visi. Mengenal pasti objektif jabatan
Mengenal pasti risiko dan menentukan risiko menurut kategori: - Strategik - Kewangan - Operasi - Peraturan Mengenalpasti
diskripsi risiko
Menentukan kebarangkalian risiko berlaku seperti: -hampir pasti -kemungkinan berlaku -berpeluang berlaku -kemungkinan rendah -hampir tiada kemungkinan Menentukan impak risiko apabila berlaku seperti: -sangat besar -besar -ketara -boleh diukur
-tidak ketara
Menentukan kebarangkalian risiko berlaku seperti: -hampir pasti -kemungkinanberlaku -berpeluang berlaku -kemungkinan rendah -hampir tiada kemungkinan Menentukan impak risiko apabila berlaku seperti: -sangat besar -besar -ketara -boleh diukur -tidak ketara
Mengenal pasti semua pilihan yang dapat mengurangkan kebarangkalian dan impak risiko. Membangunkan respon risiko. Memilih respon risiko seperti: -Terima -Kurangkan - Pindahkan - Elakkan
Tindakan susulan ke atas keputusan yang dibuat. Menilai semula risiko daripada segi kesesuaian. Pelarasan keutamaan (priority) sekiranya perlu.
Pemakluman kepada Penyelaras Risiko PTJ serta pemakluman kepada J/kuasa Risiko Fakulti yang terdiri dari pada pengurusan
fakulti dan seterusnya kepada JK Pengurusan Risiko Akademi Pelaporan disalurkan melalui dalam talian (on-line) seperti web
laporan.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 19/42
Langkah 3: Kategori Risiko
Pihak Akademi telah mengenalpasti 4 kategori utama risiko iaitu:
KATEGORI KETERANGAN
Strategik Risiko utama yang memberi kesan kepada pencapaian objektif kualiti kepada Akademi.
Operasi Latihan Risiko yang menjejaskan perkhidmatan kepada semua kakitangan, pelatih dan juga pihak luar.
Kewangan Risiko yang menjejaskan pembiayaan atau kewangan Akademi
Undang Undang
dan Peraturan
Risiko yang memberi kesan kepada pematuhan undang undang, peraturan dan lain lain
peraturan yang berkaitan.
Rajah 3: Kategori Risiko
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 20/42
Kategori Klasifikasi Risiko
KATEGORI
RISIKO
MAKLUMAN
1
MINOR
2
SEDERHANA
3
MAJOR
4
KRITIKAL
5
Strategik
Selari dengan
halatuju akademi
Memberi kesan
minima kepada
halatuju akademi
Memberi kesan
KETARA kepada
halatuju akademi
tetapi boleh
diperbaiki
Memberi kesan
SERIUS dan juga
menjejaskan
halatuju akademi
Menggagalkan
halatuju jabatan
dan akademi
Tidak memberi
kesan kepada
akademi
Menjejaskan imej
kepada peserta
kursus dan
kakitangan
Menjejaskan imej
akademi
Menjejaskan imej
jabatan
Menjejaskan imej
kementerian
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 21/42
Operasi Latihan
Tidak menjejaskan kualiti operasi P&P
Operasi latihan terjejas tetapi boleh dilaksanakan
Operasi terjejas tetapi boleh dilaksanakan dengan kuaiti kurang memuaskan
Operasi latihan terpaksa ditangguhkan
Operasi latihan terpaksa dibatalkan
Memberi nilai tambah kepada operasi latihan
Isu dapat diselesaikan dalam masa ditetapkan
Isu dapat diselesaikan melebihi masa ditetapkan
Isu tidak dapat diselesaikan dan terpaksa dibuat semakan semula
Isu tidak dapat diselesaikan dan terpaksa dibubarkan
Kewangan
Tidak memberi kesan kepada kewangan akademi
Menggunakan kos yang minima
Menggunakan kos yang tinggi tapi masih dalam peruntukan sedia ada
Menggunakan kos yang tinggi dan perlu memohon kos tambahan
Melibatkan kos yang besar dan merugikan kepada akademi/jabatan
Undang Undang
dan Peraturan
Tiada berkaitan dengan undang undang dan peraturan berkaitan
Terdapat kaitan dengan undang undang dan patuh
Wujud pelanggaran undang undang tetapi boleh diselesaikan secara dalaman
Wujud pelanggaran undang undang serta mendapat teguran dari pihak jabatan
Wujud pelanggaran dan dikenakan tindakan perundangan oleh pihak berkuasa
Rajah 4: Kategori Klasifikasi Risiko
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 22/42
Langkah 4: Analisis Risiko
Tahap Kebarangkalian Dalam menganalisis risiko, pengenalpastian sejauhmana kebarangkalian boleh berlaku dan impak bagi sesuatu risiko
adalah mengikut tahap seperti berikut.
KEBARANGKALIAN
SEKALI SEKALA
1
JARANG JARANG
2
KADANG KADANG
3
KERAP
4
SANGAT KERAP
5
MAKLUMAN
1
1
DITERIMA
2
DITERIMA
3
DITERIMA
4
DITERIMA
5
SEDERHANA
MINOR
2
2
DITERIMA
4
DITERIMA
6
SEDERHANA
8
SEDERHANA
8
SEDERHANA
SEDERHANA
3
3
DITERIMA
6
SEDERHANA
9
SEDERHANA
12
SERIUS
15
SERIUS
MAJOR
4
4
DITERIMA
8
SEDERHANA
12
SERIUS
16
SERIUS
20
SGT SERIUS
KRITIKAL
5
5
SEDERHANA
10
SERIUS
15
SERIUS
20
SGT SERIUS
25
SGT SERIUS
KE
SE
RIU
SA
N
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 23/42
RISK RANKING MATRIX - SEMI QUANTITATIVE
TAHAP RISIKO TINDAKAN DAN TEMPOH
DITERIMA
1 - 4
1. Tidak perlu tindakan
2. Perlu direkodkan sebagai dokumentasi
3. Semakan semula dokumentasi sekira berlaku kekerapan yang tinggi
SEDERHANA
5 - 9
1. Perlu direkodkan sebagai dokumentasi
2. Perlu pemantauan minima secara berkala
SERIUS
10 - 16
1. Perlu tindakan penambahbaikan segera peringkat dalaman
2. Pemantauan yang teliti serta merta
SANGAT SERIUS
20 - 25
1. Perlu tindakan serta merta oleh pihak atasan
2. Tindakan analisa oleh pihak atasan
3. Kawalan pemantuan yang berterusan
Rajah 5: Matrix Risiko
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 24/42
Dalam melaksanakan proses menganalisis risiko jadual kebarangkalian boleh berlaku dan impak bagi sesuatu risiko
adalah seperti Jadual di bawah.
TAHAP DEFINISI KETERANGAN
5 >1 dalam 10 Hampir pasti (Almost Certain)
Perkara dijangka berlaku atau akan berlaku
secara berkala dengan kekerapan yang
tinggi
4 1 dalam 11 – 50 Berkemungkinan tinggi (Likely) Perkara mempunyai kebarangkalian untuk
berlaku(peluang yang signifikan)
3 1 dalam 51 - 100 Berpeluang berlaku (possible) Perkara berkemungkinan berlaku
(peluang yang realistik)
2 1 dalam 101 - 300 Kemungkinan yang rendah (low) Perkara boleh berlaku
(peluang yang moderat)
1 <1dalam 300 Hampir tiada kemungkinan (Unlikely)
Perkara tidak dilihat akan berlaku atau hanya
akan berlaku dalam keadaan-keadaan luar
biasa (peluang yang jauh)
Rajah 6: Jadual Kebarangkalian Risiko dan Impak
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 25/42
Bagi proses pengukuran tahap kesan atau impak sesautu risiko ke atas konteks yang ditetapkan sebelum ini adalah
merujuk kepada Rajah di bawah.
TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 TAHAP 4 TAHAP 5
BOLEH DIATASI TIDAK KETARA KETARA BESAR SANGAT BESAR
PELATIH/
PESERTA
KURSUS
Kecederaan yang
tidak perlukan
rawatan segera
Kecederaan minor
pertolongan
cemas sahaja
Kecederaan yang
agak serius dan
perlu rawatan
hospital
Kecederaan yang
mengancam
nyawa atau serius
dan perlu rawatan
segera di hospital
Kematian atau kes
kecederaan serius
yang mengancam
nyawa
REPUTASI/IMEJ
Semakan
dalaman dan
penyiasatan oleh
JK dalaman bagi
memastikan kes
tidak berulang
Semakan dan
siasatan oleh
pihak jabatan atau
luar dari akademi
Semakan dan
siasatan oleh
pihak luar yang
berkecuali
Siasatan luaran
yang konsisten
serta menjadi
tajuk utama media
massa
Kerajaan meminta
satu siasatan
menyeluruh
dijalankan dan
menjadi tajuk
utama akhbar
PROSES/
SISTEM
Kesilapan minor
dalam sistem/
proses yang tidak
Satu atau lebih
keperluan/
standard utama
Sistem/proses
tidak selari
dengan hala tuju
Kegagalan sistem/
proses secara
serius dan
Kegagalan sistem/
proses secara
total yang
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 26/42
menjejaskan
Objektif Kualiti
atau
polisi/prosedur
cuma memerlukan
tindakan
pembetulan
tidak dipenuhi
tetapi tidak
mengancam
aspek
keselamatan dan
perjalanan pelatih/
pelanggan atau
sistem
serta objektif
kualiti akademi
yang akan
menjejaskan mutu
perkhidmatan
yang diberikan
melibatkan
banyak rungutan
dan aduan dari
para pelanggan
dan juga
stakeholders
menyebabkan
ketidakpatuhan
berterusan
mengakibatkan
perkhidmatan
lumpuh dan
kritikal
KEWANGAN < 5% < 5% - 10 % < 10% - 15 % <15% - 20% >20%
Rajah 7: Jadual Impak Risiko
Impak yang diperolehi digambarkan dalam matriks di atas. Kita telah mengklasifikasikan matriks ini kepada 4 (empat)
faktor utama seperti berikut ;
a. Pelatih/ peserta kursus
b. Reputasi/ Imej
c. Sistem/ Proses
d. Kewangan
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 27/42
Walaubagaimana pun penarafan serta pengklasifikasian risiko secara kasar (Gross Rating) ditentukan tanpa
mengambilkira aspek keberkesanan kawalan dalaman sedia ada. Secara umumnya, data-data kuantitatif bagi faktor
faktor di atas adalah ditentukan secara rawak dan berdasarkan sample kursus yang didaftar dalam Sistem Latihan
Bersepadu serta proses yang berjalan di semua akademi. Daripada data-data kuantitatif yang sedia ada, maka
kedudukan risiko dapat ditentukan berdasarkan kepada Jadual di bawah.
1 2 3 4 5
Tidak ketara Boleh Diukur Ketara Besar Sgt besar
5 >1 dalam 10 Hampir pasti Ketara
(5)
Ketara
(5)
Tinggi
(15)
Sgt Besar
( 20)
Sgt Besar
(25)
4 1 dalam 100 - 500 Berkemungkinan
tinggi
Sederhana
(4)
Ketara
(8)
Ketara
(12)
Tinggi
(16)
Sgt Besar
(20)
3 1 dalam 500 - 1000 Berpeluang
untuk berlaku
Rendah
(3)
Sederhana
(6)
Ketara
(9)
Tinggi
(12)
Tinggi
(15)
2 1 dalam 1000-10000 Kemungkinan
rendah
Rendah
(2)
Rendah
(4)
Sederhana
(6)
Ketara
(8)
Tinggi
(10)
1 <1 dalam 500 Hampir tiada
kemungkinan
Rendah
(1)
Rendah
(2)
Sederhana
(3)
Ketara
(4)
Ketara
(5)
Rajah 8: Jadual Kedudukan Risiko
Impak
Kemungkinan
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 28/42
Kaedah Analisis Tahap Risiko
Terdapat 3 (tiga) kaedah analisis yang kita gunakan dalam menentukan tahap risiko tersebut:
a. Analisis Kualitatif
b. Analisis Kuantitatif
c. Analisis Semi-Kuantitatif
Analisis risiko yang kita laksanakan adalah bersumber kepada perkara perkara berikut seperti jadual di bawah.
KAEDAH SUMBER
Analisis Kualitatif - Rekod, pengalaman teknikal berkaitan, kajian semasa, penghargaan, pengiktirafan,
sumber kewangan, situasi ekonomi serta model model lain yang berkaitan.
Analisis Kuantitatif
- Analisa kebarangkalian
- Analisa data
- Analisa sebab dan akibat
- Laporan pencapaian
- Laporan soal selidik
Analisis Semi-Kuantitatif - kombinasi antara sumber kualitatif dan sumber kuantitatif
Rajah 9: Kaedah Analisis
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 29/42
Langkah 5: Menilai Risiko
Kedudukan risiko akan ditentukan berdasarkan kepada hubungan impak dan
kebarangkalian seperti yang ditunjukkan dalam jadual Kedudukan Risiko di atas. Jadual
di atas mengkasifikasikan kedudukan risiko seperti berikut:
KEDUDUKAN RISIKO PELAN TINDAKAN
Sangat Tinggi/
Tinggi
Risiko perlu diuruskan oleh pihak Akademi dengan
pelan respon risiko secara terperinci. Di samping itu
juga, ia memerlukan perhatian daripada Jawatankuasa
Induk Pengurusan Risiko Akademi khususnya dan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia umumnya.
Ketara
Risiko boleh diuruskan dengan mengambil pilihan
sama ada Terima, Kurangkan, Pindah atau Elakkan.
Ia memerlukan perhatian daripada Jawatankuasa
Pengurusan Risiko Akademi dan semua pegawai
pelaksana yang terbabit.
Sederhana/
Rendah
Risiko boleh diuruskan secara minima dan perekodan
risiko dibuat.
Rajah 10: Jadual Pelan Tindakan Risiko
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 30/42
Dalam menentukan keberkesanan kawalan dalaman ke atas setiap tindakan, maka
ianya diperincikan kepada beberapa kategori seperti dinyatakan dalam rajah dibawah.
KATEGORI
KAWALAN KETERANGAN
Cemerlang Langkah mitigasi diukur setaraf dengan amalan terbaik
global (penilaian bebas) diukur dan dilaksanakan.
Baik Langkah mitigasi yang baik, sentiasa disemak semula dan
bersesuaian pada semua peringkat aktiviti.
Memuaskan Langkah mitigasi formal diukur dan dilaksanakan atau
mengikut Standard Operating Procedure (SOP).
Lemah Langkah mitigasi yang minimum atau keperluan peraturan
minimum diukur serta dilaksanakan.
Tiada Kawalan Tiada langkah mitigasi dilaksanakan.
Rajah 11: Jadual Klasifikasi Kawalan
Jawatankuasa Pengurusan Risiko Akademi atau Penyelaras risiko perlu memastikan
bahawa bagi kawalan yang dikategori kurang berkesan (lemah dan tiada kawalan) perlu
diambil tindakan serta merta. Kawalan yang dibuat adalah dalam bentuk pengenalan,
semak semula, atau penambahbaikan polisi, prosedur dan garis panduan,
penambahbaikan proses kerja, aplikasi perisian atau alat, tindakan pihak kurang
berkesan ataupun lain-lain mekanisme kawalan yang kurang memitigasi penyebab
utama.
Setelah mengambilkira pengukuran kawalan, risiko kemudian dinilai semula kepada
kebarangkalian berlaku dan impak dengan menggunakan parameter Jadual
Kebarangkalian dan Impak Risiko, Jadual Impak Risiko serta Jadual Kedudukan
Risiko dan kedudukan risiko akan ditentukan.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 31/42
Langkah 6: Respon Ke Atas Risiko
Langkah 6 diambil dengan memberi respon kepada risiko yang dikenalpasti dan diukur
lebih awal supaya dapat diurus ke tahap yang boleh diterima. Pada peringkat ini, kita
perlu mengenalpasti dan menilai kemungkinan pilihan atau kesesuaian strategi yang
perlu ditetapkan bagi menguruskan risiko terbabit. Satu pelan respon risiko perlu
dibangunkan bagi mendapatkan jaminan munasabah ke atas pencapaian objektif. Pada
kebanyakan keadaaan, adalah sukar untuk mengelak dan menghapuskan risiko.
Respon risiko adalah bertujuan:
i. Meminimakan kebarangkalian (kekerapan) risiko iaitu dengan melibatkan pihak
pengurusan secara aktif menguruskan sumber – sumber risiko;
ii. Mengurangkan impak risiko melalui mekanisma pre-loss pencegahan berlaku
seperti kawalan dan pemantauan berkala atau post-loss seperti menyediakan
DRP – Disaster Recovery Plan ; dan
iii. Respon Risiko terbahagi kepada 4 iaitu:
Terima – Accept (T)
Kurangkan – Reduce (K)
Pindah – Pass On (P)
Elak - Avoid (E)
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 32/42
Aplikasi strategi di atas adalah seperti dalam Jadual di bawah.
PILIHAN RISIKO CONTOH TINDAKAN
Terima – Accept
(Menyediakan Pelan)
Menentukan sasaran ketidakcapaian dan tahap
toleransi.
Menentukan caj premium terhadap risiko.
Melibatkan belanja atau kos ke atas akibat
yang akan berlaku.
Kurangkan – Reduce
(Mengurangkan
Kebarangkalian atau Impak)
Membangunkan polisi, pelan perancangan,
garis panduan.
Latihan dan pengawasan.
Menghayati Etika dan Nilai.
Penerapan kepada Misi, Visi, Strategi, Objektif
dan Wawasan.
Pindah – Pass On
(Pindahkan Risiko Kepada
Pihak Ketiga)
Kontrak takaful atau insurans
Kontrak
Usahasama, perkongsian kontrak
Elak – Avoid
(Dengan Menutup Aktiviti
yang boleh Menyebabkan
Risiko)
Menutup aktiviti atau program
Mengubah objektif aktiviti
Rajah 12: Jadual Tindakan Risiko
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 33/42
BAHAGIAN 5: PELAPORAN RISIKO
Jawatankuasa Pengurusan Risiko Akademi di bawah Pasukan Pengurusan Risiko
adalah bertanggungjawab menyediakan laporan pengurusan risiko kepada
Jawatankuasa Pengurusan Induk Risiko mengenai:
Senarai risiko yang signifikan.
Kawalan dalaman yang sesuai untuk mengurus risiko terbabit.
Hasil yang diperolehi setelah kursus kesedaran risiko dibuat kepada semua
kakitangan akademi.
Tahap kompetensi dan kemahiran penyelaras risiko setiap akademi.
Laporan pengurusan risiko oleh Pegajian, Cawangan dan Unit seperti di lampiran 1.
Analisa pegurusan risiko seperti di lampiran 2.
BAHAGIAN 6: KURSUS KESEDARAN PENGURUSAN RISIKO
Kursus dan Bengkel Pengurusan Risiko akan diberikan kepada semua ketua ketua
pengajian, cawangan dan unit di semua akademi dengan kerjasama dan pemantauan
Bahagian Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia setiap tahun.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 34/42
BAHAGIAN 7: STRUKTUR PENTADBIRAN DAN PERLAKSANAAN PENGURUSAN
RISIKO
7.1 Pemantauan Risiko
i. Setiap aktiviti yang dijalankan diadakan senarai semak yang boleh
didapati dari:
Manual Kualiti
Prosedur Sokongan
ii. Untuk menilai tahap risiko pihak akademi telah melaksanakan
pemantauan berkala melalui kaedah:
Pemeriksaan berjadual
Pemeriksaan mengejut
iii. Pelaksanaan pengauditan risiko dijalankan secara :
Audit Dalaman (merujuk kepada ABPM/PS23)
Audit Luaran (SIRIM, NPC dll.)
iv. Maklumat risiko yang diperolehi melalui temubual melalui beberapa
kaedah iaitu:
Untuk memperoleh maklumat dari peserta kursus adalah semasa
taklimat kursus.
Untuk mendapatkan maklumat dari kalangan kakitangan akademi
maka suasana yang tepat adlah semasa Kelas Pengembangan Ilmu.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 35/42
7.2 Pengurusan Komunikasi Risiko
i. Prosedur yang dirujuk adalah:
Berpandu kepada arahan tetap jabatan.
Surat perlaksanaan berdasarkan perintah tetap kerajaan.
ii. Prosedur Seragam Operasi (SOP)
Merujuk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh jabatan.
iii. Tanda Tunjuk Arah merupakan komunikasi risiko yang dapat berfungsi
pada setiap masa dengan cara:
Mengwujudkan papan tanda berkaitan pemberitahuan mengenai
peringatan, keselamatan dan kesihatan.
Papan tanda yang berkaitan arah tuju dan pemetakan kawasan khas.
iv. Peserta kursus akan mendapat maklumat risiko melalui Taklimat
Keselamatan yang merujuk kepada:
Perpandukan kepada PK01- perlaksanaan kursus iaitu mengadakan
taklimat kursus sebelum sesuatu kursus dijalankan.
Tertakluk kepada kursus yang melibatkan latihan teori dan praktikal.
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 36/42
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
LAPORAN PENGURUSAN RISIKO
ABPM WILAYAH TENGAH
BIL SUMBER RISIKO TIADA* ADA* JIKA ADA NYATAKAN PERKARA TERSEBUT
1 Strategik
2 Operasi Latihan
3 Kewangan
4 Undang Undang dan
Peraturan
* Tandakan / Tarikh :………………………………….. Disedikan oleh:
…..................tt………………….
(nama) Ketua Pengajian/Cawangan/Unit ABPM Wilayah Tengah
Nota : Sumber Risiko
KATEGORI RISIKO KETERANGAN RISIKO
Strategik Risiko utama yang memberi kesan kepada pencapaian objektif kualiti kepada Akademi.
Operasi Latihan Risiko yang menjejaskan perkhidmatan kepada semua kakitangan, pelatih dan juga pihak luar.
Kewangan Risiko yang menjejaskan pembiayaan atau kewangan Akademi
Undang Undang dan Peraturan
Risiko yang memberi kesan kepada pematuhan undang undang, peraturan dan lain lain peraturan yang berkaitan.
LAMPIRAN 1
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 37/42
LAPORAN ANALISA PENGURUSAN RISIKO
Laporan komprehensif berkala bertujuan untuk memantau risiko penting dan
kawalan risiko. Keputusan untuk penambahbaikan ke atas sebarang permasalahan
dibuat dalam mesyuarat tetap jawatankuasa pengurusan risiko akademi dan
jawatankuasa induk pengurusan risiko jika sesuai. Mengekalkan rekod dengan
sewajarnya.
CARTA JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN RISIKO Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LAMPIRAN 2
Pengurus Risiko
Induk ABPM
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 38/42
Pihak Akademi telah mengenalpasti 4 kategori utama risiko iaitu:
KATEGORI RISIKO
KETERANGAN RISIKO
Strategik Risiko utama yang memberi kesan kepada pencapaian objektif kualiti kepada Akademi.
Operasi Latihan Risiko yang menjejaskan perkhidmatan kepada semua kakitangan, pelatih dan juga pihak luar.
Kewangan Risiko yang menjejaskan pembiayaan atau kewangan Akademi
Undang Undang dan Peraturan
Risiko yang memberi kesan kepada pematuhan undang undang, peraturan dan lain lain peraturan yang berkaitan.
CARTA JAWATANKUASA AKADEMI PENGURUSAN RISIKO
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia
Pengurus Risiko
ABPM Wilayah
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 39/42
CARTA ALIRAN PROSES PENGURUSAN RISIKO
KENALPASTI
RISIKO
TINDAKAN/TANGGUNGJAWAB PELAKSANA MAKLUMAN
Strategik
Urusetia
/PRO
-Ketua CMT
-Komandan
Urusetia/PRO
Change
Management Team
Operasi
Latihan
Kewangan
Undang
Undang dan
Peraturan
Mesyuarat
Dalaman
JAPR
Terima
Semakan
Makluman
Rekod
Cadangan
Tindakan
Selesai
Tidak
Selesai
Bentang
dalam
Mesyuarat
JIPR
Tindakan
Rekod
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 40/42
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA LAPORAN PENGURUSAN RISIKO
BULAN……………………………..ABPMW………………………………
BIL SUMBER RISIKO TIADA* ADA JIKA ADA NYATAKAN PERKARA TERSEBUT
1 Strategik
2 Operasi Latihan
3 Kewangan
4 Undang Undang dan
Peraturan
* Tandakan /
Nota : Daftar risiko boleh dirujuk dalam lampiran Polisi Pelan Pengurusan Risiko.
Disedikan oleh:
…........................tt………………….
(nama)
Pengurus Risiko ABPM Wilayah………………….
BORANG RISIKO 1
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 41/42
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
LAPORAN TINDAKAN
JAWATANKUASA AKADEMI PENGURUSAN RISIKO
Langkah 1: Konteks :
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Langkah 2: Mengenalpasti Risiko:
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Langkah 3: Klasifikasi Risiko :
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Langkah 4: Analisis Risiko :
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Langkah 5: Menilai Risiko :
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Langkah 6: Respon Ke Atas Risiko : ………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Disediakan oleh
………………………
Pengurus Risiko ABPM Wilayah
Disahkan oleh
……………………………
Iso Champion ABPM Wilayah
BORANG RISIKO 2
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh :
16.01.2018
No Indeks :
PR/01 PELAN PENGURUSAN RISIKO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MS ISO 9001 : 2015 ABPM/PR/01 Muka Surat 42/42
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
LAPORAN TINDAKAN
JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN RISIKO
Langkah 1: Konteks :
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Langkah 2: Mengenalpasti Risiko:
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Langkah 3: Klasifikasi Risiko :
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Langkah 4: Analisis Risiko :
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Langkah 5: Menilai Risiko :
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Langkah 6: Respon Ke Atas Risiko : ………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Disediakan oleh
………………………
Pengurus Risiko Induk ABPM
Disahkan oleh
……………………………
Iso Champion Induk ABPM
BORANG RISIKO 3