‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...tingkatan empat mengenai tajuk ikatan kimia. Sampel kajian...
Transcript of ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...tingkatan empat mengenai tajuk ikatan kimia. Sampel kajian...
TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS
MENGENAI TAJUK IKATAN KIMIA
‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2004
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: KEFAHAMAN KONSEP PERUBAHAN FIZIK DAN PERUBAHAN
KIMIA DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA DAN TINGKATAN EMPAT
SESI PENGAJIAN: 2004/2005 Saya : ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/SARJANA/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 44, JALAN BELIDA, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN TAMAN SELUANG, Nama Penyelia 09000 KULIM, KEDAH. Tarikh: 7 OKTOBER 2004 Tarikh: 7 OKTOBER 2004
TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS
MENGENAI TAJUK IKATAN KIMIA
‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER 2004
ii
PENGESAHAN PENYELIA
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : Nama penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN Tarikh : 7 OKTOBER 2004
iii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………………………..
Nama Penulis : ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI
Tarikh : 7 OKTOBER 2004
iv
DEDIKASI
Khas buat,
Bonda dan ayahanda yang dikasihi,
Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin,
budi dan jasa kalian tidak akan
ku lupakan,
berkat doa dan dorongan kalian,
menjadi penawar dan semangat
untukku,
Teristimewa untuk,
Abang dan adik-adik tersayang,
Terima kasih di atas dorongan
dan kasih sayang yang telah dicurahkan,
semoga kita semua akan terus berjaya
di dunia mahupun di akhirat jua,
Buat insan yang diingati,
Saudara Anuar Kassim Muad,
kau menjadi sumber inspirasiku,
dalam menempuhi liku dan ranjau,
kata perangsang mu ubat paling mujarab
buatku,
akanku semat ianya dalam kalbuku,
akanku ingati sepanjang hayatku,
terima kasih atas segalanya…
v
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda
ini. Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasullulah S,A,W, keluarga
baginda, para sahabat, para suhadak, para ambia serta para pejuang Islam
keseluruhannya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia
pembimbing tesis PM. Aziz Bin Nordin kerana memberi bimbingan serta
dorongan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Kerjasama daripada guru kimia, pelajar serta pihak pentadbir Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Maktab Rendah Sains Mara PDRM
Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim dan Sekolah Menengah Teknik
Kulim di daerah Kulim, Kedah. Amatlah dihargai.
Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat
samada secara langsung atau tidak langsung membantu menyiapkan Laporan
Projek Sarjana Muda ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar
tingkatan empat mengenai tajuk ikatan kimia. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang
pelajar tingkatan empat aliran sains yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kulim, Maktab Rendah Sains Mara Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Badlishah dan Sekolah Menengah Teknik Kulim. Kaedah soal selidik digunakan untuk
memperolehi data daripada sampel yang dipilih secara rawak. Di samping itu, data-data
yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science Version 11.5 (SPSS V11.5). Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis
data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden tentang tajuk
ikatan kimia adalah di tahap sederhana. Pelajar perempuan menunjukkan tahap
kefahaman yang lebih tinggi berbanding lelaki. Minat pelajar terhadap mata pelajaran
kimia adalah tinggi namun begitu ia tidak mempengaruhi pencapaiannya dalam tajuk
ikatan kimia. Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, beberapa cadangan
telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify form four students’ understanding of
chemical bond topic. The sample including 200 form four science stream students who
are studying at Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Maktab Rendah Sains Mara
Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah and Sekolah Menengah
Teknik Kulim were participated in this research. Questionnaires were given to the
sample in order to get the data. Besides that, all the data were analyzed by using
Statistical Package for Social Science Version 11.5 (SPSS V11.5) software. Descriptive
analysis was used to analyze the data. The findings showed that respondent’s
comprehension level for this topic is still at medium state. Girls have better
understanding of the chemical bonding concept compared to the boys. Although they
expressed quite an alarming interest for the subject, still it didn’t spread any influence to
students in attaining good results in the chemical bond topic. From this research, some
suggestions had been given to improve the entire defect that been identified.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
ix
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Pelajar 8
1.6.2 Guru 8
1.6.3 Kementerian Pendidikan 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Matlamat Kurikulum Kimia KBSM 15
2.3 Objektif Kurikulum Kimia KBSM 15
2.4 Definisi Konsep 16
2.5 Masalah Dalam Pembelajaran Kimia 17
2.5.1 Kaedah Pengajaran Guru Yang Kurang 18
Berkesan
2.5.2 Masalah Kerangka Alternatif 19
2.5.3 Aktiviti Amali Yang Tidak Dijalankan 20
Di Dalam Makmal
2.5.4 Masalah Bahasa Dari Segi Istilah 21
2.5.5 Kelemahan Teknik Belajar Dan 22
Kurangnya Kecekapan Dalam
Penyelesaian Masalah
2.6 Masalah Dalam Mempelajari Tajuk Ikatan Kimia 24
2.7 Minat Pelajar Terhadap Sains 25
x
BAB III METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 27
3.2 RekabentukKajian 27
3.3 Sampel Kajian 28
3.4 Lokasi Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 29
3.6 Kesahan Instrumen 30
3.7 Prosedur Kajian 30
3.8 Kaedah Analisis Data 31
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 34
4.2 Dapatan Kajian-Profil Pelajar 35
4.2.1 Taburan Jantina Responden 36
4.2.2 Taburan Sekolah Responden 36
4.3 Dapatan Kajian-Kefahaman Pelajar 37
Mengenai Tajuk Ikatan Kimia
4.4 Dapatan-Faktor Jantina 43
4.5 Dapatan-Faktor Minat 46
4.6 Faktor-Faktor Yang Mendorong Responden 50
Meminati Mata Pelajaran Kimia
4.6.1 Topik-Topik Dalam Mata Pelajaran 51
Kimia Dan Istilah
4.6.2 Aktiviti Amali Yang Dijalankan Di 52
Dalam Makmal
4.6.3 Teknik Belajar 54
xi
4.6.4 Guru 56
4.7 Penutup 59
BAB V PERBINCANGAN DAPATAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 60
5.2 Ringkasan Kajian Dan Dapatan 61
5.3 Dapatan Kajian, Perbincangan Dan 63
Kesimpulan
5.3.1 Dapatan Persoalan 1 64
5.3.2 Dapatan Persoalan 2 66
5.3.3 Dapatan Persoalan 3 68
5.4 Implikasi Kepada Pendidikan 69
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 70
RUJUKAN 72
LAMPIRAN A 75
LAMPIRAN B 83
LAMPIRAN C 85
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Tahap Kefahaman Berdasarkan 31
Peratus Skor
3.2 Skala Minat Berdasarkan Jumlah Skor 32
4.1 Taburan jantina responden yang dikaji 36
4.2 Taburan responden berdasarkan sekolah 36
4.3 Dapatan berhubung kefahaman pelajar tentang 38
tajuk ikatan kimia
4.4 Dapatan mengenai tahap kefahaman tentang tajuk 44
ikatan kimia bagi responden lelaki dan perempuan
4.5 Taburan peratusan responden mengenai minat 48
terhadap mata pelajaran kimia
4.6 Topik-Topik Dalam Mata Pelajaran Kimia 51
Dan Istilah
4.7 Taburan peratusan responden berkaitan 53
pengaruh aktiviti amali yang dijalankan di dalam
makmal dalam mempengaruhi minat pelajar
terhadap mata pelajaran kimia bagi
matapelajaran kimia
xiii
4.8 Taburan peratusan responden terhadap 54
penguasaan teknik belajar dalam mempengaruhi
minat pelajar terhadap mata pelajaran kimia
4.9 Taburan peratusan responden tentang pengaruh 56
guru dalam mempengaruhi minat pelajar
terhadap mata pelajaran kimia
4.10 Dapatan tentang bilangan pelajar serta minat 57
mereka terhadap mata pelajaran kimia
5.1 Analisis Keseluruhan Tajuk Ikatan Kimia 64
Yang Dikemukakan
5.2 Analisis Keseluruhan Tentang Perbandingan 67
Tahap Kefahaman Pelajar Lelaki Dan Pelajar
Perempuan
xiv
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Berpadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 75
B Surat Kebenaran EPRD Daripada 83
Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 85
Daripada Falkuti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Mata pelajaran kimia (Sukatan Pelajaran Malaysia) telah diperkenalkan di
sekolah menengah di negara ini sejak tahun 1972. Ia bertujuan untuk membentuk minat
pelajar dalam kimia disamping menambah pengetahuan dan kemahiran asas sains
tertentu melalui aktiviti dan pengalaman murid.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) digubal untuk murid di sekolah rendah dan sekolah
menengah. Ia digubal dan disusun supaya berada di landasan yang betul dan juga
berasaskan kepada keperluan negara dan ciri sejagat sains seperti mana yang
terkandung di dalam Perakuan-Perakuan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan
Dasar Pelajaran (1979). Namun begitu fokusnya ialah pada pembelajaran Sains yang
berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran.
2
Di Malaysia, kaedah pembelajaran sains melalui pendekatan inkuiri terpimpin,
iaitu sains dianggap sebagai proses, bermula dengan perlaksanaan Kurikulum Sains
Moden (Sukatan Pelajaran Malaysia, yang diadaptasi daripada Kurikulum Sains
Nuffield di Britain) pada tahun 1972. Kaedah yang digunakan adalah selaras degan
pendekatan pengajaran sains yang berlaku secara global pada era 1980an, di mana sains
perlu diajar dengan memberi peluang kepada pelajar melakukan penyelidikan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula adalah berlandaskan
kepada perakuan-perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan
Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979) dan merupakan perkembangan daripada Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSM, terdapat empat mata pelajaran sains
ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif Tingkatan IV dan V iaitu Biologi, Kimia,
Fizik dan Sains Tambahan. Ia digubal begitu rupa dengan hasrat untuk memenuhi minat
pelajar serta memenuhi keperluan melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan
teknologi.
Sebahagian besar masalah dalam mata pelajaran kimia bagi peringkat SPM di
sekolah adalah melibatkan tajuk Ikatan Kimia. Tajuk ini merupakan tajuk keempat di
dalam mata pelajaran Kimia ( KBSM ) tingkatan 4. Tajuk ini amat penting kerana ia
merupakan asas untuk mempelajari tajuk-tajuk yang seterusnya. Melalui tajuk ini
pelajar dapat memahami asas untuk mempelajari tajuk-tajuk yang seterusnya. Selain itu,
pelajar juga dapat memahami asas pembentukan sebatian, mensintesis idea tentang
pembentukan ikatan kovalen dan juga menganalisis sifat sebatian ionik dan juga
sebatian kovalen.
Di atas kesedaran inilah maka saya telah menjalankan kajian tentang kefahaman
pelajar tingkatan empat aliran sains mengenai tajuk ikatan kimia.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Apabila menyatakan mata pelajaran kimia tergambar dalam minda pelajar
mengenai formula kimia yang rumit, persamaan kimia yang panjang perlu diingat,
nama-nama bahan kimia yang perlu di hafal serta perkara-perkara yang statik dan bosan
dalam pembelajaran kimia. Perkara-perkara ini telah menyebabkan pelajar sekolah
menengah atas, khasnya pelajar Tingkatan 4 dan 5 aliran Sains Tulen tidak dapat
memahami dan menghayati konsep-konsep kimia yang ingin disampaikan dalam
pembelajaran kimia (Aziz, 1989). Pelajar yang menggunakan teknik mengingat dan
menghafal fakta menyebabkan pengkonsepan terhadap konsep kimia yang diperlehi
kurang tepat malahan pengkonsepan konsep kimia yang tidak kukuh telah menyebabkan
miskonsepsi atau masalah-masalah lain yang mempengaruhi pelajar menjawab dalam
soalan peperiksaan atau ujian.
Kajian kefahaman pelajar tentang konsep sains berdasarkan konsep
konstruktivisme yang menyatakan bahawa pelajar memilih dan menyusun maklumat
serta membina makna daripada maklumat yang diterima (Kelly, 1995), (Piaget, 1972) ,
(Pianes dan West, 1986) dan (Witrock, 1974). Konsep yang tidak dapat dijelaskan
dengan baik seringkali disalahtafsirkan oleh pelajar menyebabkan mereka gagal
menyelesaikan masalah berkaitan dengn konsep tersebut (Aziz dan Hasnah, 1990).
Pembelajaran seseorang bergantung kepada pengalaman, kebolehan, kecerdasan
dan sikap masing-masing. Perbezaan dalam pengalaman, kebolehan, kecerdasan dan
sikap ini sangat mempengaruhi cara seseorang mempelajari, mentafsir, menganalisis
dan memahami sesuatu dan mencerap pengetahuan yang diajarkan (Aziz Nordin dan
rakan-rakan, 1995). Pelajar memerlukan penerangan, maka konsep dan teori perlu
dipelajari terlebih dahulu.
4
Selain itu, mata pelajaran kimia yang terdiri daripada konsep-konsep yang
abstrak di mana ini akan memerlukan asas kongnitif yang tinggi (Piaget, 1972). Salah
satu tajuk yang terdapat dalam mata pelajaran kimia ialah Ikatan Kimia. Tajuk ini
merupakan tajuk yang kelima dalam Sukatan Mata Pelajaran Kimia ( KBSM ) tingkatan
4. Tajuk Ikatan Kimia ini seringkali disoal di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, tajuk Ikatan Kimia ini
tidaklah dikaji begitu mendalam di peringkat Kimia KBSM tingkatan 4. Oleh itu,
penyelidik ingin menjalankan kajian untuk melihat apakah kelemahan dan masalah
yang sering dihadapi oleh pelajar tingkatan 4 di dalam mempelajari tajuk Ikatan Kimia.
Berdasarkan tahap kefahaman pelajar mengenai tajuk ikatan kimia, kajian ini
akan cuba mencari perkaitan antara kebolehan pelajar memahami tajuk ikatan kimia
dengan faktor yang difikirkan penting oleh pengkaji iaitu;
i. Faktor jantina pelajar. Berdasarkan faktor ini akan ditentukan samada pelajar
perempuan sekolah menengah mempunyai tahap kefahaman mengenai tajuk
ikatan kimia yang lebih baik berbanding pelajar lelaki.
ii. Faktor minat terhadap mata pelajaran kimia. Berdasarkan faktor ini akan
ditentukan sama ada pelajar yang meminati mata pelajaran ini mempunyai
tahap kefahaman yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak minat.
Akhirnya, kajian ini akan cuba membandingkan kebolehan memahami tajuk
ikatan kimia di antara lelaki dengan pelajar perempuan. Ini bertujuan untuk menentukan
samada pelajar perempuan mempunyai kefahaman mengenai tajuk ikatan kimia yang
lebih baik berbanding pelajar lelaki atau sebaliknya. Perbandingan dibuat berdasarkan
pencapaian responden dalam menjawab soalan-soalan berkaitan tajuk ikatan kimia yang
telah dikemukakan oleh pengkaji.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Kurangnya kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep selalunya menggalakkan
pelajar menghafal sesuatu takrifan dengan tidak memahami apa yang mereka
perkatakan. Mereka menggunakan bahasa buku teks dan tidak dapat menggunakan
perkataan sendiri untuk menjelaskan sesuatu konsep. Pembelajaran seperti ini tidak
bermakna dan hanya akan mengganggu pembelajaran akan datang (Alias Baba, 1988).
Masalah ini tidak boleh dipandang enteng oleh para pendidik. Mereka seharusnya
berusaha untuk mencari alternatif untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi semasa
proses pengajaran dan pembelajaran supaya segala konsep dan pengetahuan yang
hendak disampaikan mudah difahami oleh pelajar. Kesalahfahaman konsep seringkali
mengakibatkan prestasi pelajar rendah.
Berasaskan kepada keadaan inilah pengkaji ingin membuat penyelidikan yang
bertujuan untuk mengenal pasti masalah dalam mempelajari mata pelajaran kimia
khususnya di dalam tajuk Ikatan Kimia. Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi prestasi SPM kebanyakan pelajar
masih lagi keliru menjawab soalan-soalan ringkas peringkat kimia KBSM.
Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menjawab soalan-
soalan peringkat SPM ialah tidak dapat menulis susunan elektron bagi ikatan ion dan
ikatan kovalen yang terbentuk, tidak dapat melukis gambarajah susunan elektron bagi
menunjukkan pembentukan ikatan ionik dan ikatan kovalen disamping membuat
gambarajah mental tentang pembentukkan kedua-dua ikatan ini. Selain itu, pelajar
masih keliru untuk membezakan ikatan ionik dan ikatan kovalen dan sifat-sifat sebatian
kovalen dan sebatian ion.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk mengkaji apakah tahap kefahaman pelajar mengenai
tajuk ikatan kimia di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah daerah
Kulim, Kedah Darul Aman. Untuk mencapai tujuan di atas, beberapa objektif telah
dikenalpasti iaitu:
i. Untuk menentukan tahap kefahaman mengenai tajuk ikatan kimia di kalangan
pelajar-pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah sekitar daerah Kulim,
Kedah.
ii. Untuk mengenal pasti samada faktor jantina pelajar mempengaruhi tahap
kefahaman mengenai tajuk ikatan kimia mereka.
iii. Untuk mengenal pasti samada faktor minat pelajar terhadap mata pelajaran
kimia mempengaruhi tahap kefahaman mengenai tajuk ikatan kimia mereka.
Tahap kefahaman samada cemerlang, baik, sederhana, lemah, atau sangat lemah
dinilai berdasarkan pencapaian (skor) responden di dalam menjawab soalan-soalan
berkaitan tajuk ikatan kimia yang disediakan oleh pengkaji.
7
1.5 Persoalan Kajian
Berhubung dengan penyataan masalah yang telah disebutkan di atas, perkara-
perkara yang boleh menjadi persoalan utama dalam kajian ini adalah:
i. Apakah tahap kefahaman pelajar mengenai tajuk ikatan kimia?
ii. Adakah faktor jantina mempengaruhi tahap kefahaman mengenai tajuk ikatan
kimia?
iii. Adakah faktor minat terhadap mata pelajaran kimia mempengaruhi tahap
kefahaman tentang tajuk ikatan kimia mereka?