A182 SGDK 4042...A182 SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO (LAPORAN REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO)...
Transcript of A182 SGDK 4042...A182 SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO (LAPORAN REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO)...
-
A182
SGDK 4042
PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO
(LAPORAN REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO)
DISEDIAKAN OLEH:
PUTRI AMIRAH BT MEGAT AZAMUDDIN (824728)
NAMA PENSYARAH:
DR. FARAH BINTI MOHAMAD ZAIN
-
ISI KANDUNGAN
1.0 Cabaran Mengajar Matematik Unit 8.1 Garis dan Sudut Tingkatan 1 ............................ 1-2
2.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) .............................................................................. 3-6
3.0 Sebelum Macro Teaching ....................................................................................................7
3.1 Perancangan Pendahuluan .......................................................................................7
3.2 Perancangan Penyampaian ................................................................................... 7-8
3.3 Perancangan Penilaian .............................................................................................8
4.0 Semasa Macro Teaching ......................................................................................................8
4.1 Set Induksi ............................................................................................................... 8-10
4.2 Aktiviti Utama ....................................................................................................... 10-13
4.3 Aktiviti Kedua ........................................................................................................ 13-14
4.4 Penutup .................................................................................................................. 14-15
5.0 Bahan Bantu Mengajar ......................................................................................................15
i. Powerpoint ...................................................................................................................15
ii. Gambar ........................................................................................................................15
iii. Modul Matematik ........................................................................................................15
iv. Transparent Projector .................................................................................................16
v. Kad Soalan ...................................................................................................................16
vi. HP Reveal ....................................................................................................................16
vii. Kertas Mahjong ..........................................................................................................16
viii. Pen Marker Berwarna .................................................................................................17
ix. Komputer Riba ............................................................................................................17
x. Telefon Bimbit ............................................................................................................17
xi. LCD Projector dan Skrin ............................................................................................17
6.0 Refleksi ..............................................................................................................................17
6.1 Bagaimanakah alat bantu mengajar membantu dalam proses PDPC .................... 17-18
6.2 Hiraukan pengalaman mengajar dalam macro teaching ........................................ 18-19
6.3 Apakah penambahbaikan yang akan dilakukan dalam kelas sebenar ..........................19
7.0 Kesimpulan ........................................................................................................................20
8.0 Rujukan ..............................................................................................................................20
9.0 Lampiran ................................................................................................................................
-
1 | P a g e
1.0 CABARAN MENGAJAR MATEMATIK UNIT 8.1 GARIS DAN SUDUT
TINGKATAN 1
Pada zaman pembelajaran abad ke-21 ini, peranan guru amat penting sebagai pembimbing dan
pemudah cara kepada pelajar supaya pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan.
Malah, guru juga berperanan dalam mencorakkan pelajar-pelajarnya menjadi individu yang
berguna dan menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran. Dalam kemahiran Abad ke-21,
tanggungjawab guru adlah perlu melahirkan murid yang berprofil seperti berdaya tahan, mahir
berkomunikasi, pemikir, kerjasama pasukan, sentiasa berasa ingin tahu, bermaklumat, penyayang
dan prihatin serta patriotik ( (Norfadhilah Zalina Mat Zaid, 2017). Bagi subjek matematik, antara
cabaran guru adalah dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM) yang bersesuaian dengan
tajuk dan tahap perkembangan diri pelajar-pelajarnya. Menurut (Ja'apar, 2017), penggunaan
ABM dalam proses PDPC adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat
yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat
diikuti oleh pelajar dengan lebih baik. Oleh hal yang demikian, rancangan pengajaran harian
(RPH) amat penting bagi guru dalam menyiapkan guru supaya lebih bersedia dalam sesi PDPC
dan bagi menguji sejauh mana tahap kefahaman pelajar terhadap apa yang telah diajar.
Seorang guru matematik perlu bijak dalam menarik minat pelajar-pelajarnya terhadap apa
yang hendak diajar disamping mencari jalan termudah dan terbaik supaya apa yang telah diajar
dapat difahami dengan baik oleh pelajar-pelajarnya. Pelajar tidak seharusnya berasa tertekan,
bosan serta tidak berminat dengan subjek matematik. Maka, tugas guru matematik adalah
mencari jalan terbaik untuk menarik minat pelajar yang tidak suka dengan subjek ini dan
membuatkan pelajarnya sentiasa ternanti-nanti akan pelajaran matematik yang akan dipelajari
oleh mereka. Menurut (Norfadhilah Zalina Mat Zaid, 2017), antara cabaran guru dalam mengajar
-
2 | P a g e
subjek matematik adalah dari segi pedagogi pengajaran KSSM yang lebih menekankan kepada
pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan PDPC yang berasaskan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) serta Pembelajaran Abad ke-21. Di samping fokus pedagogi diberikan
kepada pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual,
pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan Sience, Technology,
Engineering, Math (STEM).
Sehubungan dengan itu, cabaran dalam mengajar unit 8 iaitu garis dan sudut tingkatan
satu adalah kemungkinan pelajar akan keliru dengan jenis-jenis sudut yang dipelajar serta
kebarangkalian pelajar tidak membawa alatan geometri ketika sesi pembelajaran. Apabila pelajar
tidak membawa alatan geometri seperti yang telah dipesan oleh guru, guru terpaksa juga
meneruskan dengan sesi pembelajarannya mengikut objektif dan silibus yang sepatutnya
diajarkan. Bagi pelajar yang tidak membawa alatan-alatan geometri, akan menyebabkan pelajar
itu tidak fokus dan tidak memberi perhatian sepenuhnya dalam sesi pembelajaran. Maka, peranan
guru disini adalah untuk sentiasa membawa alatan geometri lebih kepada pelajar yang tidak
membawanya. Selain itu, guru juga perlu tegas seperti memberi amaran kepada pelajar yang
tidak membawa alatan geometri akan didenda, ini supaya pelajar lebih beri perhatian dan ambil
serius akan arahan gurunya.
-
3 | P a g e
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
MATA PELAJARAN MATEMATIK BIL PELAJAR 16
KELAS 1 SIGMA MASA 11.50 – 12.30 tghri
TARIKH 25 Mac 2019 HARI ISNIN
BIDANG Unit 8 : Garis & Sudut
KOD STANDARD KANDUNGAN
8.1 Garis & Sudut KOD STANDARD PEMBELAJARAN
8.1.4 Memerihalkan sifat sudut pelengkap, sudut penggenap & sudut konjugat
8.1.5 Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut pelengkap, sudut penggenap dan sudut konjugat
8.1.6 Membina :- - Tembereng garis - Pembahagi dua sama serenjang suatu tembereng garis -Garis serenjang kepada suatu garis lurus -Garis selari
Dan menerangkan rasional langkah-langkah pembinaan.langkah-langkah pembinaan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Diakhir PdPc, murid akan dapat :
i. Dapat memerihalkan sifat sudut pelengkap, sudut penggenap dan sudut konjugat
ii. Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut pelengkap, sudut penggenap dan sudut konjugat
iii. Membina: - Tembereng garis - Pembahagi dua sama
serenjang suatu tembereng garis
- Garis serenjang kepada suatu garis lurus
- Garis selari
Dengan menggunakan kaedah geometri.
KRITERIA KEJAYAAN
i. Mempamerkan pengetahuan asas tentang garis dan sudut
ii. Mempamerkan kefahaman asas tentang garis dan sudut
iii. Mengaplikasikan kefahaman tentang garis dan sudut untuk melaksanakan tugasan mudah
STRATEGI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
SET INDUKSI
5 minit
(Think & Share)
1. Guru menyoal pelajar untuk melihat kefahaman tentang garis dan sudut yang sudah dipelajari dalam kelas
lepas dengan menggunakan slide powerpoint.
2. Seterusnya murid diminta menamakan jenis-jenis sudut yang telah dipelajari (memilih pelajar dengan wheel
spinner)
3. Guru membaca objektif yang akan dipelajari harini
LANGKAH UTAMA
15 minit
(TRAVELING FILE)
1. Guru memberi penerangan tentang sifat sudut pelengkap, sudut penggenap dan sudut konjugat
2. Memberi contoh soalan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan sudut pelengkap, sudut penggenap
dan sudut konjugat
3. Di dalam 4 kumpulan, pelajar akan diberi fail yang mengandungi soalan berkaitan sudut-sudut yang
dipelajari dan perlu selesaikan. Setelah selesai, fail tersebut perlu diberi kepada kumpulan lain untuk
disemak dan dibincangkan.
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN
-
4 | P a g e
4. Setiap kumpulan akan semak jawapan dengan menggunakan HP Reveal.
LANGKAH KEDUA
15 minit
(THINK WORD-WEB)
1. Guru memberi arahan kepada pelajar untuk mengeluarkan alat geometri masing-masing (jangka lukis)
2. Guru menunjukkan cara-cara membina tembereng garis, pembahagi dua sama serenjang suatu tembereng garis, Garis serenjang kepada suatu garis lurus dan garis selari.
3. Pelajar perlu bina garis-garis yang dipelajari di dalam modul matematik masing-masing.
4. Di dalam 4 kumpulan, murid perlu menulis tajuk di tengah kertas mahjong. Kemudian, setiap ahli pasukan perlu menulis idea yang berbeza dengan warna pen berbeza bagi menunjukkan sumbangan daripada
mereka.
5. Seorang wakil kumpulan perlu bentangkan idea kumpulan masing-masing.
PENUTUP
5 minit
1. Guru merumuskan topik ini dengan bertanyakan kepada murid apa yang mereka telah pelajari.
2. Guru meninggalkan pesanan perkara yang akan di pelajari iaitu bagaimana membina sudut 90, 45, 60
dan 30 dengan menggunakan alat geometri (jangka lukis).
PEMBELAJARAN ALAF 21
P. Koperatif
PBL
P. Masteri
Inkuiri Pen.
PM. Masalah
Round Table
Think, Pair –
Share
Hot Seat
Peta I-Think
Role
Play/Main
Peranan
Gallery walk
Three Stray,
One Stay
Pembentanga
n Hasil
Sendiri
Deklamasi
Sajak /
Nyanyian
Lain – lain :
_______________________
ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
Buku teks
Kad manila
Powerpoint
Internet
Eksperimen
Gambar /cerita
Radio / TV
Bola
Field Marker
Lain-lain : kertas mahjong, modul,
alat geometri
____________________________
KECERDASAN PELBAGAI
Interpersonal
Intrapersonal
Muzikal
Verbal Linguistik
Kinestatik
Logik Matematik
Naturalis
Visual Ruang
ELEMEN MERENTASI
KURIKULUM (EMK)
Kreativiti & Inovasi
TMK
Keusahawanan
KEMAHIRAN BERFIKIR
Membanding beza
Mengkategori
Menjana Idea
Menghubungkait
Menginterpretasi
Mencipta Analogi
Membuat Inferens
Membuat Ramalan
Mentafsir
Membuat Keputusan
Membuat Rumusan
Menilai
PENILAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Lembaran Kerja
/ Pemerhatian
Kuiz
Projek
/ Hasil
Pembentangan
/ Tugasan individu /
kumpulan
Ujian
/ Lisan
folio
/ Perbincangan
Senarai semak
Lain – lain :
___________________
ELEMEN 6K
/ Komunikasi
/ Kolaboratif
/ Karektor
/ Pemikiran Kritikal
/ Kreativiti dan novatif
Kebangsaan
REFLEKSI
_____/____ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pengayaan /
pengukuhan.
____/____ orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan
Aktiviti pengajaran & pembelajaran Mesyuarat / Kursus Cuti Rehat / Cuti Sakit
-
5 | P a g e
ditangguhkan kerana …. Program Sekolah
Mengiringi Murid
Keluar
Aktiviti Luar
Cuti Bencana / Cuti Khas
Cuti Peristiwa / Cuti
Aktiviti PdP dibawa ke :
KERJA SUSULAN UNTUK MURID
PEMULIHAN
PENGAYAAN
-
6 | P a g e
Peringkat Aktiviti ABM Rasional
Set Induksi
(5 minit)
1. Guru menyoal pelajar untuk melihat kefahaman tentang garis dan sudut
yang sudah dipelajari dalam kelas
lepas dengan menggunakan slide
powerpoint.
2. Seterusnya murid diminta menamakan jenis-jenis sudut yang telah dipelajari
(memilih pelajar dengan wheel
spinner)
3. Guru membaca objektif yang akan dipelajari harini
-Powerpoint
-‘Wheel Spinner’
untuk memilih pelajar
menjawab soalan
Untuk mengulangkaji pembelajaran
yang lepas supaya pelajar dapat
menguasainya.
Aktiviti Pertama
(15 minit)
1. Guru memberi penerangan tentang sifat sudut pelengkap, sudut
penggenap dan sudut konjugat
2. Memberi contoh soalan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan sudut
pelengkap, sudut penggenap dan
sudut konjugat
3. Di dalam 4 kumpulan, pelajar akan diberi fail yang mengandungi soalan
berkaitan sudut-sudut yang dipelajari
dan perlu selesaikan. Setelah selesai,
fail tersebut perlu diberi kepada
kumpulan lain untuk disemak dan
dibincangkan.
4. Setiap kumpulan akan semak jawapan dengan menggunakan HP Reveal.
-Fail beserta soalan
dan kertas jawapan
-Marker
-Telefon guru untuk
‘Scan’ jawapan
menggunakan ‘HP
Reveal’
Untuk mengasah kemahiran pelajar
dalam penyelesaian masalah
berkaitan sudut penggenap, sudut
pelengkap dan sudut konjugat.
Aktiviti Kedua
(15 minit)
1. Guru memberi arahan kepada pelajar untuk mengeluarkan alat geometri
masing-masing (jangka lukis)
2. Guru menunjukkan cara-cara membina tembereng garis, pembahagi
dua sama serenjang suatu tembereng
garis, Garis serenjang kepada suatu
garis lurus dan garis selari.
3. Pelajar perlu bina garis-garis yang dipelajari di dalam modul matematik
masing-masing.
4. Di dalam 4 kumpulan, murid perlu menulis tajuk di tengah kertas
mahjong. Kemudian, setiap ahli
pasukan perlu menulis idea yang
berbeza dengan warna pen berbeza
bagi menunjukkan sumbangan
daripada mereka.
5. Seorang wakil kumpulan perlu bentangkan idea kumpulan masing-
masing.
-Alatan Geometri
(Jangka Lukis)
-‘Transparent
projector’
-Kertas Mahjong dan
‘Marker pen’
Untuk menerangkan cara membina
garis tembereng , garis serenjang dan
garis selari.
Untuk menguji kefahaman pelajar
dalam topik yang diajar
Penutup
(5 minit)
1. Guru memberikan penutup kepada topik yang telah dipelajari.
2. Pelajar berkongsi pendapat mereka tentang tajuk yang dipelajari.
3. Guru memberi pesanan kepada pelajar akan perkara yang akan
dipelajari pada kelas akan datang.
4. Guru memberi arahan supaya membawa alat geometri pada kelas
yang akan datang
Untuk menegaskan objektif yang
telah dipelajari.
-
7 | P a g e
3.0 SEBELUM MACRO TEACHING
3.1. Perancangan Pendahuluan
Sebelum macro teaching bagi setiap pelajar bermula, kami dikehendaki memilih mana-mana
tajuk yang terdapat didalam silibus matematik 2019. Saya telah memilih tajuk Garis dan
Sudut dari unit 8.1 bagi tingkatan 1. Bagi tujuan macro teaching, saya memilih 8.1.4, 8.1.1.5
dan 8.1.6. Saya memilih tajuk kerana saya ingin mencari tajuk yang tidak terlalu sukar dan
mudah difahami oleh pelajar. Tambahan pula, tajuk ini adalah antara tajuk yang saya minati
ketika di sekolah dahulu.
Sebagai permulaan, saya merancang set induksi dengan menggunakan gambar-gambar
dan juga mengulangkaji tajuk 8.1.1, 8.1.12 dan 8.1.3 sebagai pendahuluan kepada langkah
dan aktiviti seterusnya. Harapan semoga pelajar dapat menerima dan mengingat semula apa
yang telah mereka pelajari dalam pengajaran lepas.
3.2. Perancangan Penyampaian
Kemahiran dalam penerangan dan penyampaian maklumat dengan jelas adalah penting dan
perlu diasah. Saya merancang ingin melakuka dua aktiviti ketika macro teaching bagi
mengaitkan apa yang diajarkan kepada pelajar. Aktiviti pertama adalah berkaitan dengan sub
topik 8.1.4 dan 8.1.5. Beberapa soalan akan diberikan kepada pelajar di dalam kumpulan
berkaitan sudut penggenap, sudut pelengkap dan sudut konjugat. Tambahan lagi, saya ingin
menggunakan unsur teknologi dalam aktiviti pertama seperti HP Reveal. Tujuannya adalah
untuk menjadikan aktiviti itu lebih menarik dan menyeronokkan bagi pelajar.
Bagi aktiviti kedua pula, saya merancang ingin menjalankan satu aktiviti berkumpulan
bagi melihat kefahaman pelajar sejauh mana mereka faham akan apa yang telah mereka
-
8 | P a g e
pelajari. Seperti soalan senaraikan dan jelaskan jenis-jenis sudut? Apakah yang dimaksudkan
dengan sudut penggenap, sudut pelengkap dan sudut konjugat?, Lukiskan tembereng garis
dan garis serenjang. Kemudian, pelajar perlu bentangkan idea-idea yang telah dikeluarkan di
dalam kumpulan masing-masing.
3.3. Perancangan Penilaian
Cadangan penilaian akan dibuat berdasarkan soalan yang ditanyakan kepada pelajar ketika
sesi pengajaran. Guru akan sentiasa bertanyakan kepada pelajar jika ada terdapat apa-apa
persoalan atau tidak faham setiap apa yang diajarkan. Selain itu, guru juga membuat
penilaian terhadap soalan-soalan yang diberikan kepada pelajar, jika masih terdapat banyak
kesalahan maka masih ada pelajar yang tidak faham tetapi jika sebaliknya, maka pelajar
faham akan apa yang disampaikan oleh guru.
4.0 SEMASA MACRO TEACHING
4.1. Set Induksi
Setiap PDPC akan dimulai dengan set induksi yang dilakukan dalam lingkungan 5 minit,
dimana selalunya guru akan memberi memberikan atau menunjukkan satu situasi seperti
video, gambar atau cerita. Ini adalah bertujuan untuk memberi idea dan gambaran kepada
pelajar-pelajar berkenaan tajuk pembelajaran yang akan dipelajari oleh mereka. Pada kali ini,
set induksi yang dilakukan adalah mengulangkaji semula pembelajaran tajuk garis dan sudut
8.1.1, 8.1.2 dan 8.1.3 dengan menunjukkan beberapa gambar seperti jalan raya dan trek 100
meter bagi menggambarkan garis-garis selari. Seterusnya, gambar pintu dan jam dinding bagi
mewakili sudut.
-
9 | P a g e
(Gambar 1: mewakili garis) (Garis 2: mewakili sudut)
Selanjutnya, memilih beberapa pelajar untuk menjawab berkenaan jenis-jenis sudut yang
telah dipelajari dalam pembelajaran lepas. Pelajar dipilih dengan pusingan roda (wheel
spinner) yang terdapat nama setiap pelajar di dalamnya. Ini adalah bertujuan supaya pelajar
sudah menguasai sub topik 8.1.1, 8.1.2 dan 8.1.3 sebelum meneruskan sub topik yang
seterusnya.
(Gambar 3: Jenis-jenis sudut) (Gambar 4: Wheel Spinner)
-
10 | P a g e
Seterusnya, selesai mengulang kaji guru meneruskan dengan menerangkan objektif
pembelajaran yang bakal dipelajari pada hari tersebut. Oleh hal yang demikian, pelajar akan
dapat gambaran apa yang akan mereka pelajari dan capai pada hari tersebut.
(Gambar 5: Objektif pembelajaran)
4.2. Aktiviti Utama
Aktiviti pertama selepas selesai set induksi, guru meneruskan dengan pembelajaran objektif
yang sepatutnya. Setiap pelajar diberikan satu modul yang mengandungi nota dan soalan
berkaitan dengan tajuk garis dan sudut. Dimulakan dengan 8.1.4 iaitu menerangkan kepada
pelajar tentang apa itu sifat-sifat sudut penggenap, sudut pelengkap dan sudut konjugat. Guru
menggunakan papan putih bagi menerangkan sifat-sifat sudut yang hendak diajarkan kepada
pelajar. Sudut pelengkap adalah hasil tambahnya adalah 90.
-
11 | P a g e
Seterusnya, guru menerangkan pula sudut penggenap. Sudut penggenap adalah
hasil tambah sudutnya adalah 180.
Sudut konjugat pula adalah hasil tambah sudutnya adalah 360.
-
12 | P a g e
Selesai menerangkan kepada pelajar sifat-sifat sudut pelengkap, penggenap dan konjugat,
guru menyuruh pelajar mengulang semula apa sifat-sifat sudut yang telah dipelajari. Selepas
mengenalpasti pelajar telah faham, guru meneruskan dengan sub topik 8.1.5 iaitu
penyelesaian masalah berkaitan sudut-sudut penggenap, pelengkap dan konjugat. Guru
menggunakan powerpoint untuk menunjukkan cara menyelesaikan masalah soalan yang
berkaitan dengan sudut yang telah dipelajari.
(Gambar 6 & 7: Soalan Berkaitan Sifat Sudut Penggenap, Pelengkap dan Konjugat)
-
13 | P a g e
Bagi mengukuhkan lagi kefahaman pelajar, aktiviti ‘Travelling File’ dijalankan. Pelajar
dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan akan dibekalkan fail yang mengandungi
soalan dan kertas jawapan didalamnya. Sebelum pelajar memulakan aktiviti tersebut, guru
memberi arahan terlebih dahulu iaitu setiap kumpulan perlu selesaikan masalah yang
diberikan dalam 3 minit di atas kertas yang disediakan dengan kemas dan jalan kerja yang
lengkap. Setelah selesai, pelajar perlu masukkan semula soalan dan jawapan kedalam fail
yang diberikan.
Fail yang mengandungi jawapan perlu diberikan kepada kumpulan lain untuk disemak
jawapannya. Setiap kumpulan akan mendapat fail kumpulan lain, dan selesai pelajar
menyemak guru akan ‘scan’ jawapan menggunakan telefon guru menggunakan aplikasi HP
Reveal untuk memastikan jawapan pelajar adalah betul.
4.3. Aktiviti Kedua
Aktiviti kedua adalah merangkumi objentif yang ketiga iaitu subtopik 8.1.6, membina
tembereng garis, pembahagi dua sama serenjang suatu tembereng garis, garis serenjang
kepada suatu garis lurus dan juga garis selari. Guru menggunakan bantuan ‘Transparent
Projector’ bagi menunjukkan langkah-langkah membina garis-garis yang dikehendaki.
Pertama, bagi membina garis tembereng guru menanyakan terlebih dahulu kepada pelajar
ciri-ciri garis tembereng. Apabila pelajar telah mendapat gambaran, baru guru menunjukkan
contoh di hadapan menggunakan bantuan ‘projector’. Pelajar perlu ikut sama melukis
menggunakan alat jangka lukis di dalam ruangan modul matematik yang diberikan.
-
14 | P a g e
Seterusnya, guru menanyakan pula ciri-ciri garis serenjang kepada pelajar. Garis
serenjang adalah dua garis yang bertemu dan membentuk 90. Kemudian, guru menunjukkan
cara-cara dan langkah-langkah membina garis tersebut. Pelajar dikehendaki melukiskan garis
tersebut di dalam ruangan modul. Setelah selesai, guru meneruskan pula dengan membina
garis serenjang kepada suatu garis lurus, dan pelajar perlu melukiskan di dalam rungan
modul yang disediakan.
Akhir sekali adalah membina garis selari. Guru menanyakan kepada pelajar apakah ciri-
ciri suaru garis selari dahulu. Selepas pelajar memberi respons, guru menunjukkan contoh
membina garis selari dengan menggunakan alat jangka lukis bersama-sama pelajar perlu
membina garis selari di dalam ruangan modul yang diberikan.
Selesai membina garis-garis tersebut, guru meneruskan dengan aktiviti ‘word-web’
dimana pelajar akan diuji kefahaman mereka tentang apa yang mereka pelajari hari ini.
Pelajar dikehendaki duduk di dalam kumplan dan dibekalkan kertas mahjong, marker pen
dan juga soalan. Pelajar dikehendaki mengeluarkan idea di atas kertas majong yang
disediakan. Setiap ahli di dalam kumpulan perlu memberi sumbangan dengan menggunakan
pen warna yang berbeza bagi menunjukkan bahawa setiap ahli memberi sumbangan.
Kemudian, wakil setiap kumpulan perlu bentangkan idea kumpulan masing-masing.
4.4. Penutup
Seperti kebiasaan, di akhir setiap pembelajaran guru perlu menegaskan semula objektif yang
telah diajarkan. Semak semula samada setiap objektif telah dicapai dan difahami oleh pelajar
atau tidak. Guru menyuruh pelajar menyebut apakah sifat-sifat sudut penggenap, pelengkap
dan konjugat. Kemudian guru memesan kepada pelajar yang tidak membawa alatan geometri
-
15 | P a g e
untuk membawanya di kelas akan datang. Guru akan menunjukkan semula cara membina
garis-garis yang telah dipelajari beserta latihan pada kelas yang akan datang. Guru juga
memberi amaran kepada pelajar yang tidak membawa alatan geometri akan didenda.
Sehubungan dengan itu, guru meninggalkan kelas dengan memberi pesanan apa yang
akan mereka pelajari pada kelas yang akan datang iaitu cara membina sudut 90, 45, 60 dan
30 dengan menggunakan alat jangka lukis.
5.0 BAHAN BANTU MENGAJAR
i. Powerpoint
Di dalam set induksi dan aktiviti kedua, 14 ‘slide powerpoint’ digunakan bagi tujuan
memaparkan gambar, nota ringkas berkaitan dengan pembelajaran lepas, objektif
pembelajaran, soalan penyelesaian masalah dan ‘spinner wheel’ bagi tujuan
pemilihan pelajar.
ii. Gambar
Gambar berkaitan garis dan sudut dipaparkan dengan tujuan mengaitkan dengan topik
yang akan diajarkan. Gambar yang dipaparkan adalah jalan raya, trek larian 100
meter, pintu dan jam dinding di dalam aktiviti pertama.
iii. Modul Matematik
Modul matematik dirangka khas kepada pelajar berkaitan tajuk garis dan sudut.
Modul mengandungi nota-nota yang pelajar boleh isikan dan juga terdapat soalan dan
ruang jawapan yang pelajar boleh isikan didalamnya. Modul ini pelajar boleh
-
16 | P a g e
gunakan sebagai bahan rujukan apabila membuat ulangkaji kerana ianya lengkap
dengan nota dan latihan.
iv. Transparent projector
‘Projector’ ini disambungkan terus ke skrin di hadapan. Ia digunakan ketika guru
perlu menunjukkan cara membina garis yang perlu dilukiskan mengikut kehendak
objektif pembelajaran di dalam aktiviti kedua. Ini supaya pelajar-pelajar dapat
melihat dan ikut dengan proses pembelajaran di dalam kelas.
v. Kad soalan
Kad soalan disediakan kepada setiap kumpulan di dalam aktiviti pertama. Terdapat 12
kad semuanya, maka 1 kumpulan akan diberikan 3 soalan berkaitan sudut penggenap,
sudut pelengkap dan sudut konjugat.
vi. HP Reveal
HP Reveal adalah satu aplikasi digital yang dapat memaparkan suatu gambar atau
video. HP Reveal digunakan bagi menyemak jawapan setiap kad soalan yang
disediakan di dalam aktiviti pertama. Caranya dengan ‘scan’ kad soalan dengan
menggunakan aplikasi HP Reveal melalui telefon guru, maka jawapan yang betul
akan terpancar. Pelajar dapat menyemak jawapan yang dibuat.
vii. Kertas mahjong
Kertas mahjong digunakan untuk menulis jawapan atau idea yang dikehendaki oleh
guru di dalam aktiviti kedua. Saiz kertas yang besar dapat ditulis oleh pelajar dengan
besar dan jelas supaya kesemua pelajar dapat melihatnya.
-
17 | P a g e
viii. Pen marker bewarna
Pen marker bewarna digunakan oleh pelajar untuk menulis idea-idea di atas kertas
mahjong semasa aktiviti kedua dijalankan.
ix. Komputer Riba
Komputer riba digunakan oleh guru di dalam sesi PDPC di dalam set induksi dan
aktiviti pertama. Ini bertujuan bagi memaparkan ‘slide powerpoint’ kepada pelajar.
x. Telefon Bimbit
Telefon bimbit digunakan bagi tujuan ‘scan’ jawapan menggunakan aplikasi HP
Reveal di atas kad soalan di dalam aktiviti pertama bagi memaparkan jawapan yang
betul.
xi. LCD projector dan skrin
LCD projector dan skrin digunakan untuk memaparkan slide powerpoint dan gambar-
gambar.
6.0 REFLEKSI
6.1. Bagaimanakah alat bantu mengajar membantu dalam proses PDPC?
Alat bantu mengajar adalah komponen paling penting dalam proses PDPC. Ia membantu
guru dalam menjimatkan masa dalam proses PDPC serta menjadikan proses pembelajaran
lebih menarik terutama kepada pelajar-pelajar yang kurang berminat dengan sesi
pembelajaran. Contohnya, seperti ‘wheel spinner’ adalah bertujuan untuk memilih pelajar
-
18 | P a g e
menjawab sebarang soalan yang ditanyakan. Jika menunggu wakil yang ingin menjawab,
khuatir tiada pelajar yang memberi respons maka guru menggunakan ‘wheel spinner’ supaya
pelajar lebih merasakan ada elemen permainan dalam pembelajaran.
Selain itu, modul matematik juga amat membantu bagi menarik fokus pelajar dengan sesi
pembelajaran. Sesetengah pelajar tidak rajin menulis dan menyalin nota dan soalan yang
diajukan oleh guru malah terdapat juga sesetengah pelajar tidak membawa buku teks ke
sekolah. Oleh hal yang demikian, bantuan modul ini amat membantu pelajar fokus dalam sesi
pembelajaran.
Elemen teknologi seperti HP Reveal sebagai alat bantu mengajar juga dapat membantu
dalam proses pembelajaran. Pelajar akan teruja dengan teknologi yang diguna pakai oleh
guru sekaligus pelajar berminat untuk mengetahui apakah elemen teknologi yang bakal guru
gunakan dalam pembelajaran akan datang. Selain itu, ini juga menunjukkan ia juga boleh
digunakan dalam pendidikan bukan sekadar hiburan luar yang tidak memberi faedah. Oleh
hal yang demikian, kemahiran menggunakan komputer, teknologi dan ICT harus ada pada
guru-guru abad ke-21 ( (Nooraini Binti Abdul Rahim, 2017).
6.2. Huraikan pengalaman mengajar dalam macro teaching?
Pengalaman semasa ‘macro teaching’ adalah amat berharga dan bernilai sebagai persediaan
di kelas sebenar kemudian kelak. Terutama dalam kawalan kelas dan kawalan waktu semasa
PDPC berjalan. Tambahan lagi, guru perlu memberi perhatian lebih kepada setiap pelajar-
pelajarnya supaya pelajar kekal fokus dalam sesi pembelajaran.
Selain itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran menerang dan menyoal yang baik
apabila di dalam kelas. Ini bertujuan supaya pelajar lebih jelas dengan arahan dan doalan
-
19 | P a g e
yang ditanyakan oleh guru. Dari segi kawalan waktu pula, amat penting guru tidak
memasukkan objektif yang terlalu banyak. Ini bagi mengelakkan supaya pelajar tidak
terbeban dengan ilmu yang berat dan mengelakkan pelajar berasa susah dengan topik yang
diajarkan. Adalah lebih baik kandungan pembelajaran tidak terlalu banyak supaya pelajar
semua faham daripada objektif pembelajaran yang banyak dan padat sehingga pelajar
menjadi terbeban dan hilang fokus dalam sesi pembelajaran.
6.3. Apakah penambaikan yang akan dilakukan dalam kelas sebenar?
Apabila didalam kelas yang sebenar, penambahbaikan yang paling ketara perlu dilakukan
adalah kawalan kelas. Seorang guru yang sedang menjalankan sesi PDPC perlu beri
perhatian sepenuhnya kepada pelajar-pelajarnya disamping mengajar topik yang ingin
diajarkan. Ini adalah kerana, jika guru tidak menghiraukan keadaan pelajar dan juga kelas
khuatir terdapat beberapa pelajar yang tidak fokus atau tidak faham akan pembelajaran yang
disampaikan oleh guru.
Sehubungan dengan itu, perkara yang ingin diperbaiki adalah menjadi lebih kreatif dalam
melakukan aktiviti-aktiviti didalam kelas serta dapat menarik minat pelajar dalam
pembelajaran. Tambahan lagi, pelbagaikan alat bantu mengajar (ABM) yang menyeronokkan
dan berunsurkan teknologi supaya pelajar tertarik dan teruja dengan pembelajaran yang
dijalankan. Di samping itu, penyusunan RPH juga penting termasuk objektif yang sesuai
dengan kognitif pelajar. Serta, pembelajaran perlu lebih berpusatkan pelajar untuk
meningkatkan kemahairan komunikasi dan berfikir di kalangan pelajar.
-
20 | P a g e
7.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, dalam penyediaan RPH yang baik banyak perkara perlu dititikberatkan.
Pembelajaran yang berpusatkan pelajar amat penting sejajar dengan tujuan pembelajaran abad
ke-21. Di samping itu, guru perlu arif tentang kebolehan dan kemampuan pelajar mengikut
kognitif setiap pelajar-pelajar kerana setiap daripada berbeza tahap kognitifnya. Maka, penting
guru menyusun RPH mengikut tahap kognitif pelajarnya supaya setiap ilmu yang disampaikan
dapat diterima kepada pelajar. Tambahan lagi, guru juga perlu pelbagaikan alat bahan mengajar
di dalam kelas supaya pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.
8.0 RUJUKAN
Ja'apar, F. B. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di
Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pontian. Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Nooraini Binti Abdul Rahim, A. H. (2017). Kesediaan Guru Matematik Sekolah Menengah
Dalam Melaksanakan Proses Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21. Isu-isu
Pendidikan Kontemporari.
Norfadhilah Zalina Mat Zaid, N. A. (2017). Cabaran dalam Pengajaran Matematik Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM). Research Institute for Islamic Product and Malay
Civilization (INSPIRE).
-
21 | P a g e
9.0 LAMPIRAN
(Guru menggunakan slide powerpoint serta gambarajah)
(Guru menggunakan wheel spinner dalam memilih pelajar menjawab soalan)
-
22 | P a g e
(Guru gunakan Transparent Projector sebagai ABM)
(Pelajar membuat pembentangan idea tentang apa yang dipelajari)