A Panduan Kursusxyz
-
Upload
hazril-emy -
Category
Documents
-
view
42 -
download
2
Transcript of A Panduan Kursusxyz
P a n d u a n K u r s u s | iii
PENGENALAN
Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan
kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti
segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang.
Kursus BMK 3043 Seni Mengarang merupakan kursus teras Pendidikan Bahasa Melayu yang
menekankan asas-asas kemahiran dalam penulisan berdasarkan KBSM dan semi akademik. Kursus ini
menggabungkan empat elemen utama, iaitu teori, teknik, pengajaran dan pembelajaran. Keempat-empat
elemen ini dititikberatkan dalam meningkatkan profesionalisme seorang guru. Kursus BMK 3043 ini
mendedahkan kepada pelajar teori-teori asas dalam karangan yang diperlukan termasuk penulisan semi
ilmiah. Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan mengambil masa selama 14 minggu.
KUMPULAN SASARAN
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Bahasa Melayu di UPSI sama ada pada peringkat kursus major atau minor. Walau bagaimanapun, modul
ini digubal khas untuk pelajar-pelajar program jarak jauh secara dalam talian.
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu
pembelajaran. Oleh itu bagi setiap kursus, pelajar perlu memperuntukkan 240 jam waktu pembelajaran.
Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi BMK 3043 adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2.
Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran (3 jam kredit)
Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran
Bersemuka Tidak Bersemuka
Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan 40
Tutorial di Pusat 10
Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui
BigBlueButton, Skype, dll.)
32
Forum (E-Learning melalui MyGuru2) 28
Video P&P melalui MyGuru2 10
Kuiz dalam talian melalui MyGuru2
42 78
Jumlah Masa Pembelajaran 120
P a n d u a n K u r s u s | iv
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Di akhir kursus BMK 3043, anda diharap dapat:
1. Mengaplikasi teori dan teknik penulisan dalam karangan esei pada peringkat KBSM dan semi akademik;
2. Mengadaptasi kemahiran mengarang pada peringkat KBSM dan semi akademik;
3. Menyuburkan nilai kreatif dan inovatif dalam penulisan; dan
4. Memupuk pemikiran kritis dan berwawasan dalam menghasilkan penulisan yang berkesan.
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini bertujuan memahirkan pelajar dengan pelbagai bentuk karangan yang tercakup dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), iaitu karangan berformat (seperti berita, rencana,
laporan, wawancara, syarahan dan surat rasmi), dan karangan tak berformat (seperti ulasan, gambaran
dan peribahasa). Kandungan kursus berkisar pada konsep, pendekatan, bentuk, ciri, jenis dan analisis
pelbagai jenis karangan. Kursus ini turut menekankan teknik untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan
mengarang. Pelajar akan mendapat kemahiran menyediakan bahan penulisan, stail, gaya bahasa dan
memahami aspek-aspek retorika dalam penulisan.
ISI KANDUNGAN KURSUS
Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepada
dua belas unit dengan pecahan tugasan seperti berikut:
PENAKSIRAN
Jadual 2
Tugasan % Wajaran Kaedah dan Hasil Tugasan
1. (a). Ulasan buku terpilih (bukan fiksyen)
(b). Analisis karangan deskriptif terpilih
2. Forum
20
20
10
Dalam talian menggunakan MyGuru2
/bercetak dan dijilid.
Dalam talian menggunakan MyGuru2
/bercetak dan dijilid.
Dalam talian menggunakan MyGuru2.
3. Peperiksaan akhir 50
Jumlah 100
P a n d u a n K u r s u s | v
ISI KANDUNGAN KURSUS
Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, selain daripada mengaplikasi isi
kandungan kursus BMK 3043, isi kandungan tambahan yang dibincangkan dalam kursus ini, iaitu
dibahagikan kepada sepuluh unit seperti berikut:
MODUL SENI MENGARANG BMK 3043
UNIT TAJUK
1
2
3 4
5
6
7
8
9
ASAS MENGARANG
Unit ini membincangkan konsep dan definisi asas seni mengarang.
STRATEGI PEMERENGGANAN
Unit ini membincangkan konsep dan pelbagai teknik menghasilkan perenggan yang berkesan.
PENDEKATAN DALAM PENULISAN
Unit ini membincangkan pelbagai pendekatan lama dan baharu dalam penulisan.
PERKATAAN, AYAT, LOGIKA DAN WACANA
Unit ini membincangkan kepentingan memilih perkataan, ayat, logika serta kekuatan wacana dalam sesebuah karangan.
LARAS DAN RAGAM BAHASA
Unit ini membincangkan kepelbagaian laras serta ragam yang digunakan dalam penulisan peringkat KBSM atau semi akademik.
STILISTIKA
Unit ini membincangkan strategi serta teknik sitilistika dalam menghasilkan karangan bermutu.
TANDA BACA DAN GRAFIK
Unit ini membincangkan kepentingan menulis tanda baca dengan betul serta kepelbagaian bentuk grafik yang dapat mengukuhkan persembahan dalam sesebuah karangan.
MENULIS PETIKAN SUMBER
Unit ini membincangkan kaedah menulis petikan sumber dalam karangan, tugasan serta penulisan akademik. MENULIS RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI
Unit ini membincangkan kaedah menulis sumber rujukan dan bibliografi dengan betul.
P a n d u a n K u r s u s | vi
10
11
12
KARANGAN PERINGKAT KBSM
Unit ini membincangkan konsep serta jenis-jenis karangan peringkat KBSM. TEKNIK PENGAJARAN KARANGAN
Unit ini membincangkan konsep asas pengajaran karangan peringkat KBSM. PENILAIAN AKTIVITI KARANGAN Unit ini membincangkan kaedah penilaian oleh guru dalam aktiviti penulisan karangan peringkat KBSM.
BAHAN BACAAN
Buku-buku rujukan berikut boleh dijadikan panduan oleh pelajar untuk memantapkan lagi pengetahuan
dalam aspek seni mengarang, iaitu:
Abu Hassan Abdul. (2010). Teori Balaghah Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Widad.
Awang Sariyan. (2006). Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md. Sidin Ahmad Ishak. (1999). Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri et al. (2007) Bahasa Melayu; Rujukan Menengah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Za’ba.. (2000). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN
Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.
Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain.
Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus Persembahan mikro dan makropengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain
P a n d u a n K u r s u s | vii
Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangkan. Kadang-kadang disertakan jawapan serta maklum balas di akhir setiap unit.
Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.
A