9) Jurnal Minggu 1

2
Jurnal Reflektif Mingguan Bilangan Jurnal : 1 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa/Kejadian : 2 hingga 6 Feb 2015 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Taman Seroja Pada hari pertama, saya bersama rakan-rakan guru pelatih yang praktikum di sekolah yang sama telah melaporkan diri di pejabat sebelum berjumpa dengan Puan Hjh Noredzan Bt. Abu Bakar, Guru Besar SK Taman Seroja. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada guru penolong kanan pentadbiran. Kemudian, kami dikehendaki bergerak ke perhimpunan bersama guru-guru lain untuk diperkenalkan kepada murid-murid sekolah yang lain. Selepas selesai perhimpunan, barulah kami berjumpa dengan GPK Pentadbiran untuk mendapatkan jadual kelas yang telah beliau tetapkan sepanjang kami berkhidmat sebagai guru praktikum di sekolah ini.. Seterusnya kami berjumpa pula dengan Guru Besar dan beliau memberikan taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : - sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; - struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko- kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan; - latar belakang murid dan masyarakat setempat; - tugas dan tanggungjawab murid di sekolah. Seterusnya kami berjumpa dengan GPK Kokurikulum pula bagi mendapatkan badan uniform, persatuan dan sukan permainan yang kami sertai. Beliau juga telah memberikan sedikit maklumat berkaitan dengan pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Pada hari kedua, saya tidak pergi ke sekolah kerana ia merupakan cuti Thaipusam. Pada hari ketiga, saya berjumpa dengan guru pembimbing major dan minor iaitu Puan Tuan Rahimah dan Puan Ruhaida berkenaan rancangan semester dan topik yang telah mereka ajar pada murid kelas yang telah saya gantikan. Banyak bantuan yang telah diberikan oleh guru pembimbing kepada saya. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana dapat terima saya seadanya. Pada hari keempat, saya telah masuk Tahun 4 UPM buat kali pertama. Saya akan mengajar subjek Pendidikan Jasmani untuk kelas ini. Pada hari ini, saya telah menggunkan masa yang ada untuk berkenalan

description

kl

Transcript of 9) Jurnal Minggu 1

Jurnal Reflektif MingguanBilangan Jurnal : 1Minggu Praktikum : PertamaTarikh Peristiwa/Kejadian : 2 hingga 6 Feb 2015Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Taman Seroja

Pada hari pertama, saya bersama rakan-rakan guru pelatih yang praktikum di sekolah yang sama telah melaporkan diri di pejabat sebelum berjumpa dengan Puan Hjh Noredzan Bt. Abu Bakar, Guru Besar SK Taman Seroja. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada guru penolong kanan pentadbiran. Kemudian, kami dikehendaki bergerak ke perhimpunan bersama guru-guru lain untuk diperkenalkan kepada murid-murid sekolah yang lain.

Selepas selesai perhimpunan, barulah kami berjumpa dengan GPK Pentadbiran untuk mendapatkan jadual kelas yang telah beliau tetapkan sepanjang kami berkhidmat sebagai guru praktikum di sekolah ini.. Seterusnya kami berjumpa pula dengan Guru Besar dan beliau memberikan taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan; latar belakang murid dan masyarakat setempat; tugas dan tanggungjawab murid di sekolah.

Seterusnya kami berjumpa dengan GPK Kokurikulum pula bagi mendapatkan badan uniform, persatuan dan sukan permainan yang kami sertai. Beliau juga telah memberikan sedikit maklumat berkaitan dengan pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Pada hari kedua, saya tidak pergi ke sekolah kerana ia merupakan cuti Thaipusam.

Pada hari ketiga, saya berjumpa dengan guru pembimbing major dan minor iaitu Puan Tuan Rahimah dan Puan Ruhaida berkenaan rancangan semester dan topik yang telah mereka ajar pada murid kelas yang telah saya gantikan. Banyak bantuan yang telah diberikan oleh guru pembimbing kepada saya. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana dapat terima saya seadanya.

Pada hari keempat, saya telah masuk Tahun 4 UPM buat kali pertama. Saya akan mengajar subjek Pendidikan Jasmani untuk kelas ini. Pada hari ini, saya telah menggunkan masa yang ada untuk berkenalan dengan mereka dan melakukan kuiz bagi melihat sejauh mana kemahiran operasi menambah mereka sebelum saya mengajar dengan sebetulnya pada kelas seterusnya.

Pada hari kelima, saya dikehendaki mengajar murid Tahun 5 UUM tetapi pada hari tersebut murid Tahun 5 mempunyai Program Bina Minda yang dianjurkan oleh Badan Bimbingan dan Kaunseling. Jadi, saya hanya memantau murid saya sahaja di tempat kejadian.

Dengan masa yang ada, saya membuat rancangan mingguan, rancangan pengajaran harian yang akan saya gunakan dalam minggu kedua dan mengemas buku RPH dan fail praktikum selengkapnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing DIsemak oleh Pensyarah PembimbingTandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama : ...Tarikh : Tarikh : ...