82042645 edu3107-nota-padat
-
Upload
karthik-selvakumaran -
Category
Education
-
view
187 -
download
3
Transcript of 82042645 edu3107-nota-padat
BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.1 KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1) Apakah DEFINISI bimbingan, kaunseling dan psikoterapi?
Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang
memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan
menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara
bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang positif.
Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih
dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan
bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi
kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih
Psikoterapi ialah suatu proses rawatan yang membawa seseorang untuk menyemak
dan mengatur persepsinya terhadap diri dan persekitarannya seterusnya bersedia
menerima reality hidup dunianya.
2) Perbandingan KONSEP bimbingan dengan kaunseling.
Persamaan
- Bimbingan dan kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk melihat
pelbagai opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya membantu klien
membuat keputusan yang bijak.
Perbezaan (pendekatan yang digunakan)
Bimbingan Semasa proses bimbingan, masalah klien diberikan tumpuan
dan layanan yang rapi; kemudian maklumat atau nasihat dibekalkan oleh seseorang pakar
(pembimbing/guru)
Semasa bimbingan diberikan, klien telah pun membuat keputusan
terhadap sesuatu isu; klien hanya memerlukan maklumat lanjut dan nasihat terhadap keputusannya itu.
Kaunseling Semasa proses kaunseling,
masalah klien dibincangkan bersama klien dan kaunselor;
Di akhir sesi diharap klien mendapat celik akar dalam
mencari cara penyelesaian serta berupaya membuat keputusan
yang baik.
Kaunseling dijalankan dalam dua
situasi: 1. Membantu klien
mempertimbangkan satu-satu pilihan yang berpotensi dari
pelbagai sudut sebelum membuat pilihan
2. Membantu klien mengubahsuai , mengukuh atau mengetepikan
satu-satu pilihan yang telah dibuat.
3) Perbandingan KONSEP kaunseling dan psikoterapi.
Aspek Kaunseling Psikoterapi Pendekatan Tidak tertumpu kepada satu
pendekatan khusus sahaja.
Berasaskan pendekatan
psikodinamik Frued, di mana salah satu fokus latihan adalah terhadap
masa silam pesakit.
Tempoh latihan
Tempoh latihan singkat dan kos yang lebih murah.
Kaunseling tidak bercorak terlalu akademik dan berbentuk pendidikan
inklusif. Sesiapa sahaja berpeluang mengikuti kursus ini.
Mengambil masa yang lama. Syarat pertama, terapis perlu
menjalankan sesi bersama pesakit sebenar di bawah penyeliaan terapis
berpengalaman. Syarat kedua, terapis perlu memiliki
kelayakan akademik sarjana muda.
Fokus isu Isu-isu masa kini untuk membantu
individu berkembang dan mencapai potensi menangani isu yang timbul.
Tertumpu kepada punca masa
lampau berhubung dengan masalah neorosis dan psikosis yang
melibatkan perubahan personaliti secara mendadak.
Seting Pejabat atau pusat kaunseling (bukan perubatan)
Klinik atau hospital (bersifat perubatan)
Tempoh sesi
Satu hingga beberapa sesi Mengambil masa yang panjang dan bertahun-tahun mengikut kes-kes tertentu.
4) Perbandingan ASPEK antara bimbingan , kaunseling dan psikoterapi.
Aspek Bimbingan Kaunseling Psikoterapi
Konsep asas
Proses bantuan kepada individu ke arah
pengetahuan, pemahaman dan
kemahiran
Proses interaksi antara kaunselor terlatih
dengan klien yang mengalami kekeliruan
kepada memahami diri dan persekitaran.
Proses rawatan psikologi yang
dijalankan oleh pakar kepada pesakit ke arah
perubahan persepsi terhadap dunia realiti
Matlamat Memberi nasihat, panduan dan
pengajaran kepada pelajar yang
memerlukan
Mengatasi dan menangani kekeliruan,
kebuntuan dan kekusutan fikiran dan
perasaan klien
Memulihkan kekeliruan, kecelaruan mental dan
emosi dalam pembentukan semula
jiwa. Seting Sekolah, kolej, institusi
pengajian tinggi. Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi, pejabat, kilang dll.
Hospital, klinik, pusat perubatan.
Tempoh Masa yang singkat dan ringkas
Satu hingga lapan sesi Lebih daripada 6 bulan
Jenis masalah
Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal.
Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal.
Masalah neorosis dan psikosis
Kaedah Kaedah pengajaran dan
nasihat
Kaedahn perbincangan
dan pendidikan
Kaedah rawatan
Pihak
profesional
Guru biasa, guru mata
pelajaran, guru bimbingan dan
kaunseling
Guru bimbingan dan
kaunseling, pakar psikologi kaunseling
Pakar psikologi
kaunseling klinikal psikatris, psikoanalisis
Sasaran Individu, kelompok kecil atau besar
Individu, kelompok kecil Individu yang mengalami masalah psikologi
1.2 MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
5) Apakah MATLAMAT bimbingan dan kaunseling?
1.3 PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING
6) Huraikan PRINSIP-PRINSIP Bimbingan dan Kaunseling.
Kandungan Huraian
1. Bimbingan dan Kaunseling
adalah suatu proses pendidikan yang terancang dan berterusan
Bimbingan dan kaunseling disediakan sepanjang tempoh
persekolahan dan individu pada semua peringkat dan tahap sekolah. Dengan kata lain, semua kanak-kanak boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta
melibatkan diri dalam semua aktiviti berkaitan yang diiaksanakan. Mereka dibimbing untuk memperoleh pengalaman dan memupuk nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di negara kita.
2. Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubugan yg positif dgn org
lain
3. Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif apabila dlm kesulitan
4. Membantu klien membuat keputusan dengan rasional
5. Membantu klien berkembang secara positif
Ramlah rasa marah & kecewa dgn rakan2nya. Kaunseling dpt mbantu Ramlah utk berkomunikasi dgn rakan2 ttg perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan & capai penyelesaian
Ranjit magalami kecacatan akibat kemalangan. Dia berasa rendah diri & tiada harapan utk maju. Kaunseling dpt mbantu Ranjit menerima kekurangannya sbg bukan penghalang utk berdikari.
Ramlan keliru dlm memilih kerjaya masa depannya. Kaunseling blh mbantu Ramlan mengenali minat & kerjayanya.
Rita minat melukis. Ibu bapanya memintanya mengambil kursus kedoktoran yg x diminatinya. Kaunseling dpt mancari penyelesaian Rita dgn ibu bapanya.
1.Membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yg lebih produktif
&memuaskan
Ramli suka berlumba motor scr haram. Kaunseling blh mbantu beliau mengubah t/laku kpd galakan minat Ali blumba di l itar perlumbaan
motosikal
2. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua kanak-kanak
Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling yang terangkum dalam perancangan tahunan terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, kaum etnik, agama atau kepercayaan masing-masing. Maka jelas bahawa aktiviti-aktiviti yang dikendalikan bersifat menyeluruh dan dapat
memenuhi keperluan semua golongan kanak-kanak, mahupun bijak, sederhana atau lemah.
3. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukan
Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah sentiasa bersedia untuk membantu kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya. Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut hendaklah terhad kepada waktu pejabat, melainkan timbul kecemasan atau krisis yang memerlukan bantuan serta merta.
4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak bagi mengembangkan potensi dan kebolehan mereka.
Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang dan dikendalikan hendaklah bertujuan untuk melayan keperluan kanak-kanak agar dapat berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan masing-masing.
5. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa kini dan
masa hadapan.
Segala usaha bimbingan dan kaunseling untuk membantu kanak-kanak bersifat lebih tegas diri, cekap menyesuaikan diri
dan memahami implikasi tindakan mereka pada masa ini akan
diteruskan sehingga masa depan.
6. Bimbingan dan kaunseling dapat membantu kanak-kanak memahami diri dan orang lain.
Kanak-kanak yang menjalani sesi perlu memainkan aktif dalam proses bimbingan dan kaunseling; bukan duduk secara pasif dan menunggu arahan daripada guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Perlakuan kanak-kanak sedemikian akan membolehkan mereka berpeluang untuk menjelajah tujuan-tujuan dan matlamat hidup, di samping berupaya untuk memilih serta merancang hidup mereka dengan lebih berkesan. Selain itu, mereka juga akan menyedari tentang
kekuatan dan kelemahan masing-masing.
7. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama
Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir, guru-guru lain, ibubapa dan kanak-kanak seharusnya bekerjasama dan menyumbangkan masa, tenaga dan
kepakaran demi kejayaan dan keberkesanan aktiviti tersebut.
1.4 KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
7) Nyatakan KEPENTINGAN Bimbingan dan Kaunseling terhadap pelajar.
1. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam membantu klien menguasai
kemahiran disiplin diri.
2. Menyumbang kepada keberkesanan pendidikan inklusif.
3. Membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran.
4. Mengembangkan potensi murid dalam semua bidang.
5. Membantu membentuk iklim bilik darjah.
6. Memotivasikan murid.
7. Dapat membantu murid membuat pilihan & persediaan kerjaya
BAB 2 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2.1 JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN
1) Senaraikan JENIS perkhidmatan bimbingan yang disediakan di sekolah.
1. Inventori, taksiran dan rekod
2. Bimbingan
3. Kaunseling
4. Penempatan dan tindakan susulan
5. Konsultasi dan rujukan
6. Penilaian
2) Nyatakan MAKSUD Inventori, Taksiran dan Rekod.
Inventori merujuk kepada pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak secara
keseluruhan, dan klien secara spesifik.
Contoh: teknik ujian dan teknik bukan ujian
Taksiran merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk menganalisis dan
menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan sosial yang
diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas.
Contoh: taksiran berbentuk objektif dan subjektif.
Rekod merujuk kepada sistem fail sebagai indikator perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang sistematik dan berkesan.
Contoh: rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rekod sesi bimbingan dan
kaunseling dan rekod program bimbingan dan kaunseling.
3) Huraikan INVENTORI/ CARA PENGUMPULAN DATA/TEKNIK yang digunakan oleh guru
bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat murid.
Teknik Ujian Teknik Bukan Ujian
1. Ujian Kecerdasan Untuk menguji IQ murid
1. Soal Selidik Sesi temubual antara kaunselor dengan pelajar
untuk mendapatkan maklumat seperti butir diri.
2. Ujian Minat
Untuk mengetahui minat murid terhadap sesuatu aktiviti.
2. Pemerhatian
Untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
3. Ujian Personaliti 3. Kajian dokumen utama dan sekunder
Untuk mengetahui aspek bukan kognitif seperti motivasi dan afektif. Contoh: The survey of Personal Values (SPV)
Mengandungi kajian dokumen utama (autobiografi, anekdot, kad kumulatif) dan kajian dokumen sekunder (biografi, laporan guru, senarai semak)
4. Ujian Saringan Untuk mengasingkan merid-murid cerdas dengan kurang cerdas.
4. Rekod anekdot Laporan berdasarkan permerhatian terhadap sesuatu kajian atau peristiwa oleh guru atau kaunselor.
5. Ujian Diagnostik
Untuk mengesan punca kelemahan pembelajaran murid
5. Sosiometri
Kaedah penelitian bertujuan memerhati hubungan sosial dan psikologi pelajar yang berinteraksi dalam kumpulan mereka.
4) Nyatakan JENIS REKOD dan KANDUNGANNYA yang perlu disediakan oleh guru
bimbingan dan kaunseling.
Jenis Rekod Kandungan
1. Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling
Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling
Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Laporan aktiviti harian
Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Anggaran pembelanjaan program yang dirancang 2. Rekod sesi Bimbingan
dan Kaunseling Masa perkhidmatan diberikan
Nombor rujukan klien Jantina dan bangsa klien
Jenis kes bimbingan dan kaunseling 3. Rekod Program
Bimbingan dan
Kaunseling
Masa aktiviti
Bidang aktiviti
Objektif aktiviti
Jenis aktiviti Kumpulan sasaran
5) Nyatakan 3 DOMAIN UMUM yang bersifat perkembangan dalam perkhidmatan
BIMBINGAN di sekolah.
1. Perkembangan peribadi dan sosial
2. Perkembangan akademik
3. Perkembangan kerjaya
6) Nyatakan 3 KATEGORI klien untuk kaunseling individu atau ahli kaunseling kelompok
dalam perkhidmatan KAUNSELING di sekolah.
1. Sukarela
2. Dijemput
3. Dirujuk
7) Apakah PROSES yang perlu dilalui oleh seseorang klien bagi kategori
SUKARELA/DIJEMPUT/ DIRUJUK dalam perkhidmatan KAUNSELING.
Klien yang datang Sukarela Klien yang dijemput Klien yang dirujuk
I) Isi borang temujanji (Permohonan
Mendapatkan Khidmat Kaunseling)
II) Serahkan borang kepada guru BK
III) Dapatkan surat kebenaran
(Surat Kebenaran Meninggalkan Kelas)
IV) Sesi dijalankan
I) Guru BK mengisi Borang Khidmat
Kaunseling Individu/ Kelompok
II) Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri
Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok
III) Sesi dijalankan
I) Guru BK mengisi Borang Rujukan
Perkhidmatan Kaunseling
II) Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri
Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok
III) Sesi dijalankan
8) Apakan TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan PENEMPATAN DAN TINDAKAN
SUSULAN?
Guru bimbingan dapat membantu kanak-kanak membuat keputusan mengenai aliran
persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui transisi daripada satu peringkat
persekolahan ke peringkat yang lain.
Penempatan melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat, dan bantuan
kaunseling yang releven dengan pilihan mereka.
Tindakan susulan melibatkan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan
hubungan dengan bekas murid.
9) Apakah TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan KONSULTASI DAN RUJUKAN?
Guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatur sesi perbincangan dan rundingcara
antara guru dengan ibubapa atau pihak-pihak tertentu yang mengikuti kes seperti
doktor perubatan, psikatris, polis dan pegawai kebajikan masyarakat.
10) Terangkan KEPENTINGAN 3 JENIS PENILAIAN dalam perkhidmatan Bimbingan di
sekolah.
Jenis Penilaian Penerangan
1. Penilaian Personalia
Jenis penilaian ini menggambarkan penilaian terhadap guru bimbingan dan kaunseling melalui data proses yang dikumpulkan. Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan seperti:
- bilangan klien bagi kaunseling individu atau krisis; - bilangan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok;
- bilangan konferens ibubapa; - bilangan panggilan telefon kepada
ibubapa/penjaga atau agensi luar. 2. Penilaian
Program Jenis penilaian ini menggambarkan status program bimbingan dan kaunseling sekolah berbanding dengan piawaian program yang telah ditetapkan. Untuk tujuan pengumpulan data persepsi, beberapa teknik
boleh digunakan. Contohnya:
- skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan pendek dilaksanakan ke atas guru dan/atau kanak-
kanak; - temubual dijalankan secara rawak dengan guru-
guru atau kanak-kanak tentang keberkesanan satu-satu aktiviti yang telah dikendalikan; dan sebagainya
3. Penilaian hasil Jenis penilaian ini menjawab soalan, “Sejauh manakah impak program (aktiviti dan perkhidmatan) bimbingan dan kaunseling
terhadap kejayaan kanak-kanak, khususnya pencapaian akademik mereka?" Antara data hasil yang di kutip termasuk kadar penambaikan
dari segi: - kehadiran murid, - markah dan gred, - skor pencapaian, dan - tingkah laku dalam bilik darjah kadar penurunan kes
disiplin, dan sebagainya.
6.1 JENIS KAUNSELING
11) Huraikan JENIS KAUNSELING INDIVIDU / Pendekatan Orientasi B&K di sekolah.
Kaunseling
Krisis / Pemulihan
Kes-kes kritikal spt bertumbuk dgn tujuan mencedera,
percubaan bunuh orang/diri, masalah mental, penyalahgunaan dadah.
Kaunseling
Penyediaan
Kemudahan
Kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya,
penyelesaian masalah kemudahan berkaitan kokurikulum & kurikulum.
Kaunseling Pencegahan
Pendekatan untuk mencegah/menyekat kemungkinan berlaku aktiviti-aktiviti yang tak diingini seperti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tak bermoral.
6.3 ETIKA KAUNSELOR
12) Jelaskan PRINSIP-PRINSIP Etika Kaunselor
Prinsip Penjelasan
Autonomi (Autonomy)
Menghormati hak klien untuk membuat keputusan atau bertindak sendiri tanpa sebarang pergantungan kepada atau gangguan daripada guru bimbingan dan kaunseling.
Kemurahan Hati (Beneficience)
Berbuat baik kepada klien
Membantu klien mencapai hasil positif akibat hasil kaunseling.
Tidak Berniat Jahat
(Nonmaleficience)
Tidak melakukan sesuatu yang mencederakan atau memudaratkan klien atau orang lain
Keadilan (Justice)
Membekalkan akses atau layanan yang sama dan asil kepada semua kanak-kanak
Kejujuran
(Vedelity) Bersifat jujur dan ikhlas;
Elakkan sebarang penipuan atau eksploitasi terhadap klien
Kotai perjanjian dan komitmen yang dibuat.
13) Huraikan KOD TATALAKU yang wajib dipatuhi oleh guru bimbingan dan kaunseling.
A. Tanggungjawab terhadap klien
mengutamakan kepentingan klien menghormati privasi klien
Memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
Mencapai persetujuan klien mengenai batasan unsur kerahsiaan.
B. Tanggungjawab
terhadap Rakan Profesional
Menghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap rakan
profesional Sedia mempertahankan, membantu & membela rakan
profesional yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.
Kaunseling Perkembangan
Aktiviti-aktivit yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya bentuk personaliti & konsep kendiri yang positif ke arah mencapai prestasi yang lebih baik.
C. Tanggungjawab terhadap masyarakat
Memahami & menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana beliau berkhidmat
Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
D. Tanggungjawab
terhadap organisasi & majikan
Mematuhi persetujuan komitmen yg ditandatangani dgn
organisasi tempat beliau berkhidmat. Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan
profesionalnya. Tidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber
organisasinya.
14) Kaunselor berperanan untuk menggunakan kemahiran kaunseling membantu klien
menjaga kesejahteraan keseluruhan individu.
Apakah ASPEK PERANAN Kaunselor sepanjang hidup individu berkenaan?
1. Kesihatan Fizikal - membantu individu menjaga kesihatan, amalkan tabiat
positif dan
gaya hidup sihat
2. Keperluan Sosial - perhubungan individu dengan orang lain seperti hubungan
keluarga
persekitaran tempat kerja, persahabatan dan kejiranan.
3. Kesihatan Mental - kaunselor perlu merangsang pemikiran klien supaya lebih
rasional
dalam menyelesaikan masalah.
4. Keperluan Emosi - meningkatkan kesejahteraan emosi klien supaya dapat
menyatakan
masalah dan perasaannya terhadap kehidupan.
5. Keperluan Rohani - mendorong klien supaya bertindak berlandaskan sesuatu
kepercayaan
dan ajaran agama.
15) Nyatakan CIRI-CIRI Kaunselor Profesional
1. Mempercayai bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga
2. Mempercayai bahawa klien berupaya untuk berubah
3. Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efekttif berfungsi
4. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu
individu yang terbatas kefungsiannya.
5. Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses interpersonal.
6. Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.
BAB 3 PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU KAUNSELING
3.1 MENGUMPUL MAKLUMAT MURID
1) Huraikan PERANAN Guru Biasa sebagai guru pembimbing / dalam mengumpul
maklumat murid.
Peranan Guru Huraian
1. Mengumpul maklumat pelajar
Guru bimbingan perlu manjalankan kerja pentadbiran termasuklah menguruskan fail pelajar, menyimpan rekod, surat-menyurat, penubuhan dan pengelolaan kelab bimbingan atau kelab kerjaya dan melaporkan aktiviti bimbingan dan kaunseling kepada pentadbir.
2. Mengurus program bimbingan dan kaunseling
Di antara pengurusan yang boleh dibuat:
Perancangan Guru bimbingan merancang program di sekolahnya.
Pengelolaan Menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola program tersebut
Penentuan halatuju Menentukan halatuju dan perlu melaksanakan
perancangan, membuat keputusan, membuat garis panduan dan peraturan.
Menilai Menilai keberkesanan program mengenalpasti kelemahan dan kekuatan program dan
mengambil tindakan seterusnya. 3. Mengenalpasti
pelajar bermasalah dari segi disiplin
Guru bimbingan membuat rujukan kepada kaunselor atau pihak tertentu.
4. Menjadi perunding di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
Guru bimbingan harus mewujudkan satu kerjasama yang baik dengan ibu bapa pelajar berkaitan perkembangan pelajar sama ada dari segi pencapaian kurikulum atau kokurikulum.
5. Mengesan masalah akademik pelajar
Guru bimbingan bertanggungjawab untuk menangani kelemahan ini melalui beberapa perancangan dan
program. 6. Memupuk pelajar
dengan tabiat belajar dan baik
Guru bimbingan harus memupuk pelajar dengan tabiat
belajar dan melakukan kerja dengan baik.
2) Bagaimanakan KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT MURID dilakukan oleh guru
biasa menggunakan Teknik Ujian?
Jenis Ujian Tujuan Contoh/Aspek 1. Ujian
Pencapaian Mengukur apa yang diketahui
oleh kanak-kanak berhubung dengan satu-satu mata
Tahap pembelajaran
(tinggi, sederhana, rendah) Kadar Pembelajaran
pelajaran.
Untuk mengenalpasti potensi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
(cepat, sederhana lembab)
Perbandingan pencapaian antara kanak-kanak lain
Ramalan mengenai mutu pembelajaran masa depan
2. Ujian Aptitud Ciri yang menunjukkan kebolehan seseorang untuk
mencapai kejayaan dalam satu-satu bidang tertentu.
Untuk mengukur kebolehan pembelajaran seseorang
Bateri Ujian (penakulan verbal, kebolehan
makanikal, kefasihan bahasa) Scholastic Aptitude Test (SAT)
(skor sebagai satu criteria untuk ke university/kolej)
3. Inventori Minat Kerjaya
Untuk memperoleh profil awal
satu kumpulan kanak-kanak yang boleh digunakan sebagai
bahan perbincangan dalam sesi kaunseling individu.
Menentukan minat terhadap satu-satu bidang atau kerjaya.
Strong-Campbell Interest
Inventory (SCII) Self-directed search (SDS)
Ohio Vocational Interest Survey (OVIS)
Kuder Occupational Interest Survey (KOIS)
4. Inventori Personaliti
Mengdiagnosis masalah emosi yang sedang dialami
Bersifat objektif dan merangkumi aspek:
- Konsep kendiri - Penyesuaian social - Gaya penyelesaian - Masalah
Bersifat subjektif dan tidak berstruktur
- Teknik projektif - Draw-a-person Test - Thermatic
Acerception Test (TAT)
5. Ujian Sikap Menentukan fikiran atau tindak balas semula jadi terhadapo sesuatu onjek,
peristiwa, dan jenis tingkahlaku seseoarnag atau
kelompok.
3.2 MENGENALPASTI MASALAH KANAK-KANAK
3) Apakah MASALAH yang dihadapi oleh kanak-kanak?
1. Konflik Interpersonal
Konflik yang belaku dengan orang lain
2. Konflik Intrapersonal
Konflik dalam diri
3. Kurang pengetahuan tentang diri sendiri
Ingin tahu tentang kebolehan, kekuatan, minat dan nilai-nilai diri.
4. Kurang informasi tentang persekitaran
Tidak tahu bagaimana cara untuk berjaya di sekolah
5. Kurang Kemahiran
Perlu kemahiran tertentu seperti cara berfikir yang efektif dan tingkah laku yang
asertif.
4) Jelaskan FAKTOR-FAKTOR pelajar bermasalah?
Faktor Penjelasan Faktor Pengajaran
dan Pembelajaran
- Perkembangan kognitif pelajar tidak selaras dengan
kurikulum - Pedagogi pengajaran guru lemah
- Bahan pengajaran kurang menarik minat pelajar Faktor peribadi - Masalah kemiskinan dan kewangan
- Masalah perhubungan, pengaruh rakan sebaya dan
persekitaran - Hilang minat
- Masalah kritik kendiri, helah bela diri - Masalah komunikasi
Faktor mental - Factor warisan kelahiran tidak normal - Kecederaan otak akibat kemalangan, lemah otak akibat
kurang zat makanan - Masalah kemahiran membaca, menulis, mengira,
- Masalah lupa, malas berfikir dan menyelesaikan masalah - Masalah pengurusan diri
Faktor fizikal - Kurang sihat akibat kekurangan zat makanan - Kekurangan tenaga akibat mencari nafkah hidup
- Masalah kecatatan seperti pekak, bisu buta, cacat anggota dan seumpamanya.
Faktor psikologi - Masalah emosi seperti pobia, trauma, benci, takut, penggeli, dendam, rendah diri, mnyendiri, keliru dan skizifrenia.
5) Bagaimanakah KESILAPAN PEMIKIRAN berlaku?
1. Pemikiran yang rigid - melihat sesuatu situasi hanya dalam 2D
2. Overgeneralization - melihat sesuatu peristiwa secara umum
3. Mind reading - percaya dia tahu apa yang orang lain fikir tentang
dirinya
4. Alas an berdasarkan emosi - mengandai perasaan / tindak balas emosi menggambarkan situasi
sebenar
5. Menolak perkara positif - tidak menerima pengalaman positif hanya kerana pandangan negatif
6. Meramal - menjangka situasi masa depan adalah negatif
7. Menyalahkan diri sendiri - menganggap diri sendiri adalah punca negatif
8. Mesti harus
9. Buat perbandingan
10. Menjadi pilihan.
BAB 4 TEORI-TEORI KAUNSELING
PERBANDINGAN TEORI-TEORI KAUNSELING
Sifat Semula Jadi Manusia Konsep Utama / Matlamat Teknik / Proses Peranan Kaunselor Peranan Klien
TEO
RI M
OD
IFIK
ASI
TIN
GK
AH
LA
KU
Sikap, kebiasaan, tabiat ditentukan olh t/laku ssuatu organisma.
Perkembangan personaliti ditentukan olh pengalaman & interaksi individu & persekitarannya
Individu berbeza disebabkan perbezaan pengalamannya. t/laku dipengaruhi olh rangsanagn prsekitaran
Personaliti individu terbentuk dsebabkan olh peneguhan2 ug diterima sama ada +ve / -ve. Sikap diubah dgn cara melemah / menahan peneguhan @ proses pelupusan
Ssuatu t/laku blh ditiru dgn cara pemerhatian & peneguhan.
Individu bermasalah apabila melakukan t/laku yg menyeleweng di dlm masyarakat
Teori ini menyediakan keadaan persekitaran agar sgl t/laku yg x sesuai blh diahpuskan & membimbing klien menguasaai t/laku baru yg sesuai bg mneggantikan t/laku yg x sesuai
Matlamat
Menyediakan keadaan2 & persekitaran agar apa jua t/laku yg x sesuai blh dihapuakan & klien akn diajar menguasai t/laku yg baru yg sesuai
Klien hendaklah memilih t/laku baru yg dikehendakinya, matlamat nak dicapainya.
Proses Definisi masalah
Perkembangan sejarah sosial
Menyatakan matlamat t/laku
Strategi mengubah t/laku Teknik Latihan istirehat
Penghapusan deria scr bersistem
Terapi implosive Teknik terapi yg
menyakitkan / oversif
Token ekonomi Teknik2 kognitif
Sbg pakar, sorg guru yg aktif kerana mempunyai kemahiran saintifik yg blh digunakan bg mengubti maslaah2 kaunseling
Hendaklah amhir dgn semua teknik yg digunakan dlm teori t/laku’
‘harus mpunyai orientasi yg baik ke arah oenyelidikan & statistik agar ia dpt melaksanakan penilaian dgn objektif
Harus komited kpd startegi & tatacara terapi tingkah laku
Haru smmepunyai motivasi utk mengubah apa juga t/laku yg lazim.
Sedia melakukan apa yg dipersetujui dr percubaaan2 terapi.
TEO
RI P
EMU
SATA
N IN
SAN
Msia adalah baik & blh dipercayai
Manusia blh dipercayai berdasarkan konsep
positif
t/laku manusia terhasil dr dlm diri individu tiu sndr. Ia sndr mbuat pilihan tgkh
laku
menerima manusia tanpa syarat (no judgement)
konsep kendiri terbentuk dr:
- ‘positive regard’ dr org lain
- Penerimaan kendiri +ve – rasa dihormati,
diterima, mesra - Cenderung ke arah
kesempurnaan kendiri
t/laku dilihat dr sudut persepsi.
Berkonsep psikologi kemanusiaan (humanistic)
Beri suasana teraputik kpd klien untuk merasai dirinya sndr
Meneylesaikan isu masa kini
Menerima diri secara +ve Lebih realistik
Lebih matang Matlamat Klien akn mjadi lbh
realistik, objektif, & lebih tepat dlm tanggapannya & lebih berkesan dlm penyelesaian masalahnya.
Teknik Tumpuan kpd keupayaan
kaunselor utk mbina hbgn memudah cara: - Refleksi perasaan - Menggalakkan klien
mnyatakan mslh scr terbuka
- Perhubungan penuh kemesraan & kefahaman
- Kaunselor letak t/jwb pd stp tindakan, pemikiran & buat keputusan
- Toleransi Proses
Klien buat keputusan perlukan kaunselor
Kaunselor jelaskan apa yg berlaku dlm sesi kaunseling
Kanselor tlg klien nyatakan perasaan
Kaunselor x buat penilaian tp terima perasaan klien
Susuli pernyatan –VE ialah kemunculan perasaan +ve yg menunjukkan perkembangan
Kaunselor terima aspek kendiri yg baik & krg baik
Klien faham pilihan yg ada & kaunselor tlg klien menilai & faham pilihan2 yg ada
Batu klien tumpukan kpd perasaan klien sndr
Perassan itu dibias spy klien dpt mendengar & dpt melihat masalahnya
Menggalakkan luahan perasaan yg me,bawa kpd celik akal.
Klien perlu meluahkan perasaan scr lisna
Klien tumpukan pd diri dulu, baru lain & dunia persekitarannya
Klien yg berada dlm keadaan x kongruen – persepsi x sama dgn pengalaman perlu mengurangkan ketegangan agr diri kongruen dn persekitaran.#
TER
I RA
SIO
NA
L EM
OTI
F TE
RA
PI
Insan dilahirkan dgn potensi utk bersifat rasional. Insan mampu memilih yg baik / jahat, yg slaah / betul
Msia mempunyai kecenderungan s/jadi utk memelihara diri, mengasihi & berkomunikasi dgn org lain.
Msia sndr yg menyebabkan timbul masalah, & maslah itu bkn dtg dr luar.
Konsep / Prinsip A – (avent) peristiwa
B – (believe system) Sistem kepercaaan
C – (consequence) emosi
D –(dispute) cabaran / Hujah
E – (New Emotion) Emosi Normal
Matlamat
Membantu klien memperkembangkan pemikiran yg rasional & logikal dgn menggalakkan mereka memikir & memahami pemikiran x rasional yg diwarisi masa lalu sbg punca utama yg membawa kpd masalah psikologikal masa kini
A Peristiwa, fakta, t/laku yg dialami olh klien
B Sistem kepercayaan yg dianuti
C Emosi yg lahir dr penilaian A dan B
D Strategi g digunaka utk berhujah, mencabar 7 membetulkan sistem kepercayaan yg x rasional
E Individuyg tlh jd normal akibat dr penilaian semula yg rasional & +ve
Perlu ada satu sistem bg membuktikan sistem kepercayaan yg x rasional klien sering dipengaruhi oleh ‘’mesti’ sepatutnya ‘harus’
Mencabar klien & mengarahnya utk melinbat altiviti2 yg mencabar kepercayaan yg x rasional
Menunjukkan kpd klien bhw masalahnya disebabkan olh klien sndr yg sntiasa percaya dgn kepercayaan x logik
Mencabar klien menggubal pemikiran yg x rasional & menghindar drp mnjadi mangsa
Kaunselor bersikap mengarah
Klien lbh kpd pelajar yg ingin mempelajari ssuatu drp kaunselor
Klien x perlu cerita cerita lampau, ttp perlu berbicara ttg keadaan masa kini dr sg pemikiran
Klien harus menyedari & mengenali sistem yg x rasional yg wujud dlm diri yg mengganggu emosi & kepercayaannya
BAB 5 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
5.1 TAHAP-TAHAP DALAM KAUNSELING
1) Senaraikan TAHAP-TAHAP dalam proses kaunseling
1. Tahap Membina Hubungan - Kaunselor perlu membina hubungan agar klien
berasa
selesa dan membina sifat kepercayaannya terhadap
kaunselor
2. Tahap Penerokaan - kaunselor perlu bersama-sama menerokai,
memahami dan
menganalisis permasalahan klien.
3. Tahap Membuat Keputusan- kaunselor dan klien perlu bersetuju untuk menentukan
matlamat
dan menentukan pendekatan dan srategi untuk capai
matlamat
4. Tahap Pelaksanaan - Kaunselor membimbing dan membantu klien untuk
berfungsi
dengan lebih efektif.
5. Tahap Penamatan Sesi - Kaunselor perlu menentukan kesediaan klien untuk sesi
ditamatkan.
Penilaian keseluruhan sesi dilakukan oleh kaunselor dan klien.
2) TAHAP MEMBINA HUBUNGAN
Apakah TUGAS Kaunselor ?
1. Mewujudkan suasana yang menggalakkan hubungan
(selamat, mesra, selesa, wujud minat dan hormat perasaan klien)
2. Menentukan matlamat awal kaunseling
(Kaunselor dank lien bersama-sama menentukan dan menyetujui matlamat yang
hendak dicapai )
3. Menstruktur hubungan
(menjelaskan perjalanan/proses kaunseling, penstrukturan sesi: konsep
kaunseling, proses kaunseling, jangkamasa sesi, aspek kerahsiaan)
4. Membina kepercayaan
(kaunselor berpegang pada etika professional kaunseling, beri penekanan pada
aspek kerahsiaan klien, nyatakan peranan kaunselor, ada tat etika kaunselor yang
tinggi)
3) TAHAP PENEROKAAN
Apakah ASPEK yang perlu diberi tumpuan untuk memahami masalah klien?
1. Skop permasalahan Mengenalpasti masalah yang dikemukakan adalah masalah yang sebenarnya
Mengenalpasti konteks dan persekitaran permasalahan yang berlaku
Menilai keadaan. Mengenalpasti penglibatan orang yang signifikan dengan klien
2. Tahap Kefungsian Klien
Klien telah dapat memenuhi keperluan psikologikal, fisiologikal dan sosial dengan baik
Berfungsi pada aras yang sesuai Mempunyai perhubungan yang positif dengan orang
yang signifikan Dapat melalui konflik, dan cabaran hidup dengan
berkesan 3. Memahami Corak
Klien Berfikir dan Bertindak
Apakah klien berani mengambil risiko dalam permasalahan yang lepas mahupun pada masa akan datang?
Apakah corak atau gaya penyelesaian masalah klien pada masa lalu?
4. Memahami Kekuatan Klien
Kaunselor perlu memahami kekuatan yang ada pada klien
Klien disedarkan tentang tanggungjawabnya untuk menangani masalah yang dihadapi.
4) TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN
Nyatakan FAKTOR yang boleh mempengaruhi matlamat dan strategi kaunseling?
1. Faktor Klien Jenis permasalahan klien
Cara gaya klien menghadapi masalah
Demografi klien
Tret personality klien
Budaya dan latar belakang klien
2. Faktor Kaunselor Pengalaman dan pengetahuan kaunseling
Aras kognitif Aras kemahiran komunikasi
Prinsip dan pegangan teori 3. Faktor Persekitaran Tempat
Suasana Keadaan
5) TAHAP PELAKSANAAN.
Apakah FAKTOR yang mempengaruhi keberkesanan proses kaunseling?
1. Orang yang
signifikan Orang yang banyak mempengaruhi klien
Jika perlu mereka ini dilibatkan 2. Sumber lain yang Institusi lain sebagai sumber bantuan
signifikan Institusi lain sebagai sumber rujukan
Bantuan dari segi kepakaran dan kemahiran 3. Risalah dan artikel
yang berkaitan Klien didedahkan kepada artikel dan bahan bacaan
tentang kaunseling Klien didedahkan kepada artikel atau buku berkaitan
dengan hubungan menolong. 4. Pengalaman dan
pengetahuan kaunselor
Mendalami ilmu, kemahiran dan kepakaran
Mengkaji dan meneliti kaedah dan strategi Mendapatkan maklumat
6) Apakah KEMAHIRAN ASAS yang penting dalam kaunseling
1. Kemahiran melayan
2. Kemahiran mendengar
3. Kemahiran memerhati
4. Kemahiran menyoal
5. Kemahiran member respon
6. Kemahiran merumus
7. Kemahiran merefleksi
8. Kemahiran konfrontasi
9. Kemahiran memprafasa
7) Huraikan KEMAHIRAN ASAS yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor.
1. Kemahiran menyoal
Fungsi: Soalan Terbuka
a. Untuk mendapatkan maklumat awal b. Memerlukan jawapan yang lebih luas dan bebas c. Membantu menerangkan dengan lebih terperinci tentang
sesuatu d. Membantu kaunselor memahami perkara yang lebih khusus e. Klien bebas member jawapan f. Menggalakkan klien berkonsi maklumat
Soalan Tertutup
a. Untuk mendapatkan fakta yang tepat dan ringkas b. Memenuhi keperluan ingin tahu sahaja
c. Kurang memberikan refleksi kepada klien 2. Kesenyapa
n Tujuan: Memberi ruang kepada klien berfikir dan mengemaskan idea membuat seseorang berucap, membuat refleksi. Kepentingan:
a. Memberi peluang kepada klien melihat perasaan, sikap, nilai
dan perbuatannya sendiri b. Memberi ruang kepada klien berfikir sejenak dan memberi
respon c. Klien diberi peluang untuk bercakap dan berkata-kata d. Klien memerlukan masa untuk mengimbas kembali dan
memproses apa yang telah dibincangkan sebelum itu
e. Menandakan kaunselor menghormati dan menghargai perkara yang difikirkan oleh klien.
f. Kesenyapan itu penting untuk perhubungan
3. Kemahiran mendengar
Kepentingan: a. Mempunyai nilai teraputik yang tinggi kerana dapat member
gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa bersama-sama klien
b. Mendengar secara aktif dan dapat member maklum balas dengan tepat
c. Mendengar dengan teliti d. Dapat member tafsiran yang tepat e. Dapat membuat refleksi isi, perasaan dengan tepat f. Klien merasakan dirinya dihargai dan perasaannya diberi
keutamaan
4. Kemahiran prafasa
Maksud: Kaunselor member maklum balas kepada klien apa yang dicakapkan dengan menggunakan perkataan kaunselor sendiri sebagai tanda kaunselor telah mendengar dengan teliti. Kepentingan:
a. Kaunselor menyatakan semula intipati maklumat menandakan
kaunselor mendengar dengan teliti b. Menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih lanjut
c. Meringkaskan apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih jelas d. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor
memahaminya. e. Menyemak persepsi.
Contoh:
Klien: “Saya tidak suka dan bosan apabila guru meyoal saya bertubi-
tubi seolah-oleh saya melakukan kesalahan” Kaunselor: “Anda bosan apabila anda disoal dan dituduh”.
5. Kemahiran
merefleksi
Merefleksi Perasaan:
a. Menyatakan semula perasaan yang mungkin dialami oleh klien mengikut persepsi kaunselor
b. Bertujuan untuk menyemak perasaan klien ketika itu c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor memahami
perasaanya d. Akan menggalakkan lagi klien untuk meluahkan perasaan
Klien: “Saya sungguh tidak berpuas hati dengan layanan kawan saya. Dia tidak adil,” Kaunselor: “Jadi, anda berasa kecewa terhadap perhatian rakan anda?” Merefleksi Isi:
a. Menyatakan semula isi kandungan perkara yang telah dibincangkan
b. Bertujuan untuk menyemak isi perkara yang dinyatakan oleh klien.
c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa
mengikuti jalan cerita atau perkara yang dinyatakan. d. Menggalakkan klien bercakap dengan lebih mendalam lagi.
Klien: “Isteri saya mengizinkan saya berkahwin lagi. Beliau tidak sanggap mengikut saya berpindah ke tempat lain” Kaunselor: ”nampaknya isteri anda rela bermadu asalkan beliau tidak dipaksa untuk berpindah”.
6. Kemahiran merumus
a. Kaunselor dan klien membuat rumusan tentang perkara yang telah dibincangkan
b. Bertujuan untuk menyemak apa yang telah dibincangkan c. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa
mengikuti dan memahami apa yang dialami oleh klien. d. Mengimbas kembali perkara penting yang telah dibincangkan e. Menjelaskan kembali perkara penting telah dinyatakan oleh
klien. f. Kaunselor menjelaskan semula apa yang telah berlaku.
5.2 KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR
5.3 KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI TINGKAH LAKU BUKAN LISAN
8) Nyatakan JENIS-JENIS dan CONTOH-CONTOH perlakuan BUKAN LISAN.
1. Anggota Badan a. Mata:
(berlinang, terkelip-kelip, sayu, besinar, kuyu, lelap) b. Penumpuan Mata:
(jeling, pandang ke bawah, liar tidak bertentang mata) c. Cara Duduk:
(bersedia, menyandar,tegak,bertenaga, bergoyang) d. Riak Air Muka:
(ceria, senyum ketawa, gigit bibir, masam, manis) e. Gerakan Badan dan Tangan:
(menggeliat, mendepakan tangan, menggaru, menggosok)
2. Nada Suara a. Kelajuan percakapan: (laju, sederhana, perlahan)
b. Nada: (tinggi, sederhana, rendah)
c. Bahasa: (kasar, halus, slaga, teratur)
3. Persekitaran a. Jarak: (jauh, sederhana, rapat)
b. Keadaan dan kedudukan fizikal: (kemas, bersepah,teratur,bersih,ceria, berabuk,
tersusun) c. Pakaian:
(menjolok mata, kemas teliti, bergaya, bersih, kotor, mahal)
9) Bagaimanakan untuk MENTAFSIR perlakuan BUKAN LISAN?
1. Tafsiran hanya perlu dibuat hanya sebagai gambaran tentang perasaan, pemikiran
dan motif klien
2. Tafsiran tidaklah muktamad
3. Perlakuan hanya sebagai sumber kedua dan panduan kaunselor untuk meneroka
dengan lebih mendalam tentang diri klien
4. Kaunselor perlu mahir untuk mengesan apa yang dinyatakan klien tidak selaras
dengan apa yang dilihat
5. Dengan memahami perlakuan bukan lisan klien dapat member kesan rasa empati
terhadap klien.
6. Kesan ini sangat penting dalam hubungan menolong.
10) Bagaimanakah seorang kaunselor menunjukkan perlakuan BUKAN LISAN?
1. Fokus mata
2. Kedudukan badan menunjukkan penerimaan
3. Menghadap klien atau kedudukan sisi
4. Badan condong ke hadapan
5. Riak air muka kea rah kemesraan
6. Tenang
5.4 KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS
5.5 KEMAHIRAN MENGENALPASTI MASALAH
5.6 KEMAHIRAN MELAKSANAKAN INTERVENSI