8 setsoalan 012

24
KERTAS PENULISAN UPSR 112 KERTAS 012 111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK) Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah] 1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah. 10

Transcript of 8 setsoalan 012

Page 1: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 112 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit]

[10 markah] 1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

10

Page 2: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 113 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Kamu dan kawan-kawan kamu berjalan menuju

ke kantin sekolah. Ceritakan suasana di kantin pada masa itu.

Tulis cerita kamu itu selengkapnya.

ATAU

2. Gotong-royong merupakan suatu amalan yang mulia. Tulis faedah dan kebaikan gotong-royong kepada masyarakat setempat.

ATAU

3. Sekolah kamu telah mengadakan temasya sukan tahunan olahraga baru-baru ini. Tulis berita tentang temasya sukan tahunan olahraga itu.

Tulis berita kamu itu selengkapnya.

30

Page 3: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 114 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]

1. Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hazim dan Hafiz hendak memancing udang galah di sebatang sungai berdekatan kampung mereka. Mereka telah mendapat keizinan daripada ibu bapa mereka untuk memancing udang galah pada petang itu. Di pertengahan jalan mereka terjumpa seekor kucing yang terkurung di dalam sebuah guni plastik. Mereka melepaskan kucing tersebut. Sejurus kemudian, kucing itu berlalu sambil mengiau-ngiau seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada Hazim dan Hafiz. Hazim dan Hafiz sungguh berdisiplin ketika memancing udang galah di sungai itu. Mereka tidak suka membuang sampah-sarap di sekitar sungai itu. Mereka amat mencintai kebersihan agar sungai itu tidak tercemar. Mereka berasa terhibur memancing di kawasan sungai yang bersih dan jernih airnya. Tiba-tiba Hazim mengeluh kesakitan, jari tangannya disepit udang galah ketika dia hendak menanggalkan udang galah dari mata pancingnya. Hafiz segera memberi bantuan dan menyapu minyak gamat yang dibawanya dari rumah di jari tangan Hazim. Hazim tersenyum lega.

20

Page 4: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 115 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit]

[10 markah] 1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

10

Page 5: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 116 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Sekolah kamu baru sahaja mengadakan sukan tahunan olahraga, ceritakan suasana dan

kemeriahan sukan tahunan tersebut.

Tulis cerita kamu itu selengkapnya.

ATAU

2. Kamu telah merancang suatu aktiviti pada cuti penggal pertama persekolah nanti. Tulis surat kepada rakan kamu menceritakan tentang rancangan kamu pada masa cuti itu.

Tulis surat kamu selengkapnya.

ATAU

3. Kelab Bahasa Melayu di sekolah kamu telah menganjurkan suatu kempen kebersihan yang bertemakan “Sekolah Dalam Taman”. Selaku Setiausaha Kelab Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis laporan tentang kempen kebersihan itu.

Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

30

Page 6: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 117 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]

1. Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Narimah berasal daripada keluarga yang kurang berada. Setiap hari dia membantu ibunya menghantar kuih dan nasi lemak ke gerai yang berdekatan dengan rumah mereka. kepayahan hidup yang dilalui oleh Narimah mengajarnya lebih tabah mengharungi onak dan ranjau kehidupan. Dia berazam untuk menjadi insan yang berjaya. Dia merupakan seorang murid yang rajin dan tekun belajar. Dia tidak pernah ponteng kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun yang dianjurkan oleh pihak PIBG. Berkat usahanya yang tidak pernah mengenal jemu, pencapaian dan prestasinya dalam semua mata pelajaran semakin hari semakin meningkat. Lonjakkan prestasi akademik bagi semua mata pelajaran teras yang diperoleh Narimah mengembirakan guru kelasnya. Cikgu Ramli mencalonkan Narimah dan lima orang rakannya yang lain untuk menghadiri “Kem Pintar UPSR” anjuran pejabat pelajaran daerah. Ketekunan dan kesungguhan Narimah menimba ilmu semasa menghadiri kem itu amat disenangi oleh fasilitator yang mengendalikan kem tersebut. Narimah sudah cukup bersedia untuk berdepan dengan UPSR. Semasa menduduki peperiksaan tersebut, Narimah dapat menjawab kesemua soalan dengan mudah dan tenang. Akhirnya, Narimah telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.

20

Page 7: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 118 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit]

[10 markah] 1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

10

Page 8: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 119 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah ini.

... Aku berasa gembira kerana dapat menghulurkan bantuan. Sejak peristiwa itu, namaku mulai menjadi sebutan ramai.

ATAU

2. Kelab Bahasa Melayu sekolah kamu akan menganjurkan pertandingan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah “Pentingnya Mematuhi Disiplin Sekolah”.

Tulis syarahan kamu itu selengkapnya.

ATAU

3. Kawasan tempat tinggal anda sering mengalami gangguan bekalan air. Anda sebagai pengguna berasa kurang puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Anda hendak membuat aduan tentang masalah tersebut.

Tulislah sepucuk surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah gangguan bekalan air itu.

30

Page 9: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 120 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]

1. Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hanafi banyak mempunyai masa yang terluang selepas tamat persekolahannya di tingkatan lima. Dia berasa bosan tanpa berbuat sesuatu kerja. Dia bercadang untuk mengusahakan tanah lapang di belakang rumahnya itu. Dia berhasrat untuk menanam sayur-sayuran di kawasan itu. Ibu dan bapanya bersetuju dengan rancangan murni Hanafi itu. Hanafi mula mengusahakan tanah lapang itu dengan pelbagai jenis sayuran. Setiap hari dia menghabiskan masa di kebunnya. Dia menyiram serta membaca sayur-sayuran itu. Pokok terung, sawi, timun, cabai besar dan kacang panjang di kebun Hanafi hidup subur. Pada hari cuti, ibu bapanya juga turut membantu Hanafi di kebunnya. Segala usahanya itu sudah mula menampakkan hasil. Kini ibunya tidak perlu lagi membeli sayur-sayuran di pasar. Selain untuk kegunaan sendiri, Hanafi turut memberikan sayur-sayuran itu kepada jiran tetangganya. Selebihnya, Hanafi menjual sayur-sayuran tersebut kepada seorang peniaga sayur-sayuran di pekan tempat tinggalnya. Wang yang diperoleh hasil daripada jualan sayur-sayurannya itu Hanafi simpan di dalam tabung. Hanafi seorang anak yang pandai berjimat-cermat.

20

Page 10: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 121 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit]

[10 markah]

1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

10

Page 11: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 122 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Pada hari minggu yang lalu, kamu berpeluang mengikut ibu bapa kamu ke pasar pagi untuk

membeli keperluan seharian. Gambarkan suasana di pasar ketika itu.

Tulis cerita kamu itu selengkapnya.

ATAU

2. Kamu seorang pengarang majalah sekolah. Kamu dikehendaki menemu ramah Guru Besar sekolah kamu untuk mendapatkan maklumat tentang program kempen menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah.

Tuliskan temu ramah kamu dengan Guru Besar sekolah kamu itu.

ATAU

3. Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur, tidak kira lelaki mahupun wanita. Tuliskan faedah-feadah yang dapat kita diperoleh daripada aktiviti bersukan.

30

Page 12: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 123 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]

1. Tulis lima pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Tidur dan riadah yang secukupnya sangat penting untuk kesihatan kita. Semasa tidur, tubuh kita mendapat rehat bagi menghilangkan keletihan dan ketegangan perasaan. Sekiranya tidak cukup tidur, keletihan dan ketegangan akan bertambah. Keadaan ini akan menyebabkan sistem imunisasi badan kita menjadi lemah. Lantaran itu, kita berasa tidak bermaya, letih serta mudah dijangkiti penyakit. Kemampuan kita untuk melakukan sesuatu kerja juga terbatas. Melakukan kerja dalam keadaan mengantuk boleh mengakibatkan kemalangan. Mengantuk semasa memandu kenderaan boleh mengundang padah atau bahaya yang menyebabkan kematian. Bukan itu sahaja, perbuatan tersebut juga boleh membahayakan orang lain. Walau bagaimanapun, keperluan tidur manusia tidak sama antara satu sama lain. Ada yang berasa segar dan selesa walaupun tidur selama enam jam sahaja. Ada pula yang perlukan tujuh jam tidur dalam sehari. Namun demikian, bagi murid-murid sekolah rendah, mereka perlu tidur lebih kurang lapan jam sehari.

20

Page 13: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 124 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit]

[10 markah]

1. Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

10

Page 14: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 125 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Kamu telah terpilih mewakili sekolah kamu dalam pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

peringkat daerah. Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai pertandingan tersebut.

Tulis cerita kamu itu selengkapnya.

ATAU

2. Sekolah anda telah menjuarai pertandingan bola baling peringkat daerah baru-baru ini. Anda dikehendaki menulis berita tentang pertandingan bola baling tersebut.

Tulis berita kamu itu selengkapnya.

ATAU

3. Guru kelas kamu akan bertukar ke sekolah lain pada minggu hadapan. Sebagai ketua kelas, kamu diminta memberi ucapan dalam majlis perpisahan bagi mengenang jasa dan pengorbanan beliau. Beliau telah mengajar selama dua belas tahun di sekolah tersebut.

Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.

30

Page 15: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 126 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]

1. Tulis lima pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semasa Sirajuddin berusia lapan tahun, dia mempunyai masalah lambat dan tidak sukar menguasai kemahiran membaca. Dia tidak dapat membaca dengan lancar seperti rakan-rakan sekelasnya yang lain. Kadang kala dia ditertawakan oleh rakan sekelasnya. Namun begitu, Sirajuddin tidak pernah berputus asa. Dia berazam untuk belajar membaca sehingga lancar. Setiap hari, dia akan membaca buku dan bahan bacaan yang terdapat di rumahnya. Ibu dan bapanya juga sering membelikannya buku-buku cerita dan majalah kanak-kanak. Mereka senantiasa memberikan sokongan yang padu kepadanya. Lama-kelamaan, pembacaannya semakin baik dan bertambah lancar, akhirnya Sirajuddin berjaya menguasai kemahiran membaca dengan baik. Sejak hari itu, rakan-rakannya tidak lagi mentertawakannya. Dia bersyukur kepada Allah kerana memberinya kekuatan dan semangat untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. Kini, Sirajuddin telah bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia dan dia berazam untuk menjadi seorang jurutera yang terkenal.

20

Page 16: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 127 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit]

[10 markah]

1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

10

Page 17: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 128 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit]

[30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Selaku ketua pengawas sekolah, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan dalam suatu

majlis perpisahan murid-murid tahun enam yang akan melangkah ke sekolah menengah.

Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.

ATAU

2. Ketika anda dan kawan-kawan sedang menunggang basikal ke sekolah, anda ternampak seorang warga emas terjatuh semasa melintas jalan.

Ceritakan usaha-usaha anda dan rakan anda untuk membantu warga emas itu.

ATAU

3. Anda akan menyertai Bengkel Kecemerlangan UPSR. Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk mengajaknya menyertai bengkel tersebut. Nyatakan aktiviti serta manfaat yang dapat diperoleh apabila menyertai bengkel itu.

Tuliskan surat kamu itu selengkapnya.

30

Page 18: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 129 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]

1. Tulis lima pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Isu kemerosotan disiplin pelajar-pelajar pada hari ini sedang hangat diperkatakan. Malah perkara ini membimbangkan semua pihak kerana keadaan ini telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. Antaranya adalah seperti merokok, penyalahgunaan dadah, kegiatan samseng di sekolah, mencuri, peras ugut dan sebagainya. Dalam soal ini, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan? Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar adalah berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Antaranya ialah sikap pelajar-pelajar itu sendiri. Mereka seolah-olah terlalu terikut-ikut dengan budaya kuning para remaja dari barat yang inginkan kebebasan. Sekali gus, sikap inilah yang telah menyebabkan mereka melanggar peraturan-peraturan sekolah. Mereka menganggap segala peraturan itu terlalu mengongkong kehidupan mereka. Di samping itu, ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan amat penting dalam menangani masalah kemerosotan disiplin pelajar-pelajar. Terdapat sesetengah ibu bapa yang menganggap kasih sayang anak-anak dapat dibeli dengan wang ringgit. Mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga dan model ikutan. Malahan, mereka tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Keadaan inilah yang menyebabkan anak-anak mereka menjadi liar dan bergaul dengan golongan yang tidak berdisiplin dan rendah akhlaknya.

20

Page 19: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 130 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit]

[10 markah]

1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

10

Page 20: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 131 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Tulis sepucuk surat aduan kepada Guru Besar kamu untuk memberitahunya bahawa kelas

kamu mengalami kerosakan kipas angin dan lampu.

Tulis surat kamu itu selengkapnya.

ATAU 2. Kamu akan mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang bertajuk “Kepentingan

Menjaga Kesihatan Diri”.

Tulis syarahan kamu itu selengkapnya.

ATAU 3. Pada petang itu Karim agak lewat sampai di padang. Aku dan beberapa orang rakanku

telah lama menunggu. Seperti biasa …

Lengkapkan cerita di atas. Mulakan karangan dengan “Seperti biasa …

30

Page 21: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 132 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]

1. Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Esok, 16 Mei merupakan hari yang dinanti-nanti oleh Aini. Sambutan Hari Guru yang akan disambut esok cukup bermakna baginya. Dia ingin meraikan sambutan Hari Guru itu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan gurunya. Dia tidak sabar-sabar lagi menanti kemunculan hari yang penuh bermakna itu.

Esok, Aini berhasrat untuk memberi sekuntum bunga mawar dan sekeping kad sempena hari tersebut kepada guru kesayangannya, Cikgu Soffea. Aini tahu bahawa gurunya pasti gembira dengan pemberian ikhlas itu. Dia juga tahu bahawa bukan sekadar pemberian sekuntum bunga mawar serta sekeping kad menjadi ukuran tanda dia menghormati guru serta patuh kepada gurunya. Dia telah mengamalkan disiplin belajar yang baik. Peningkatan prestasi akademiknya dalam semua mata pelajaran UPSR pasti membuatkan gurunya lebih gembira.

Sambutan Hari Guru tahun ini membuatkan Aini lebih bersemangat untuk belajar

bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita murni serta impiannya di samping ingin merealisaskan harapan ibu bapa dan guru-gurunya.

20

Page 22: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 133 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit]

[10 markah]

1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

10

Page 23: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 134 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita.

Bincangkan tentang punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Tulis perbincangan tentang punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya itu.

ATAU

2. Sekolah kamu telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Sebagai pengarang majalah sekolah kamu dikehendaki menulis berita tentang majlis tersebut.

Tulis berita tersebut selengkapnya.

ATAU

3. Hidup berjiran merupakan satu amalan yang mulia untuk dipraktikkan dalam kehidupan.

Tuliskan kebaikan hidup berjiran.

30

Page 24: 8 setsoalan 012

KERTAS PENULISAN UPSR 135 KERTAS 012

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI BAHASA MELAYU ITEM/SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 012 (SK)

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]

1. Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Jalil Cikgu Jalil Cikgu Jalil Cikgu Jalil Cikgu Jalil Cikgu Jalil

: : : : : : : : : : :

Selamat petang, cikgu. Selamat petang. Mengapakah kamu datang lewat, Jalil? Maafkan saya, cikgu. Saya tidak sengaja. Bas yang saya naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya. Cuba kamu ceritakan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. Begini. Semasa bas yang saya naiki melalui Jalan Jelatek, pemandu bas itu terlanggar seorang penunggang motosikal. Bagaimana pula kejadian itu melibatkan kamu? Saya membantu menghantar penunggang motosikal yang cedera itu ke hospital. Oleh sebab itulah saya datang lewat tadi. Adakah kamu bercakap benar, Jalil? Benar, cikgu. Saya tidak berbohong. Saya sedar akan kesalahan saya yang selalu datang lewat. Namun begitu, saya berjanji akan menjadi seorang pemain bola sepak yang berdisiplin selepas ini. Baiklah. Saya berharap agar kamu akan mengotakan janji kamu itu. Sekarang, pergilah berlatih. Baiklah, cikgu. Terima kasih.

20