76771766-Rancangan-Pemasaran

download 76771766-Rancangan-Pemasaran

of 27

Transcript of 76771766-Rancangan-Pemasaran

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    1/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    1.0 ABSTRAK

    Sesebuah syarikat yang mengeluarkan produk memerlukan pemasaran sebagai

    strategi utama bagi menjual produk mereka. Pemasaran merupakan proses mencipta danmembekalkan pengguna dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mereka

    perlukan, menghubungkan manfaat produk kepada pengguna, memastikan barangan dan

    perkhidmatan mudah untuk diperolehi, dan memastikan ia berada pada harga yang mana

    pengguna bersedia untuk membelinya. Tugasan berkumpulan ini bertujuan untuk

    menghasikan satu rancangan pemasaran bagi sesuatu produk yang baru dipasarkan untuk

    pasaran antarabangsa. Oleh yang demikian, syarikat kami mengeluarkan satu produk

    makanan iaitu mentega kacang yang dikenali sebagai Butter Choice. Jualannnya

    disasarkan kepada negara Singapura yang mana merupakan sebuah negara maju. Bagi

    tujuan tersebut, segala data atau maklumat berkenaan dengan negara Singapura dikumpul

    dan digunakan panduan dalam memasarkan Butter Choice. Sumber data pula diperolehi

    daripada internet dan buku yang berkaitan dengan aktiviti pemasaran di Singapura.

    Segala maklumat yang berguna juga dijadikan sebagai isi kepada penulisan rancangan

    pemasaran ini.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    2/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    2.0 PENGENALAN

    Rancangan pemasaran sememangnya diperlukan untuk setiap urusan perniagaan

    bagi memastikan produk atau perkhidmatan dipasarkan dengan lebih berkesan danefektif. Dalam menghasikan satu rancangan pemasaran yang terbaik sememangnya

    memerlukan masa yang lama. Namun demikian, setelah rancangan pamasaran siap

    dihasilkan, ia sebenarnya menjimatkan masa terutamanya ketika melaksanakannya.

    Dari segi fungsinya, ia dapat menggambarkan keadaan sebenar tentang halatuju

    perniagaan disamping membimbing sesebuah syarikat kearah pencapaian objektif yang

    berkesan. Pada masa yang sama, ia dapat memperincikan langkah-langkah yang

    sepatutnya diambil semasa melaksanakannya. Dengan demikian, tidak akan berlaku

    pertentangn kaedah yang digunakan dalam memasarkan sesuatu produk keluaran.

    Antara lain, dapat dirumuskan bahawa, fungsi rancangan pemasaran adalah seperti

    berikut:

    1. Bertindak sebagai peta jalan(road map).

    2. Membantu dalam menguruskan strategi kawalan dan perlaksanaan.

    3. Membantu dalam memperolehi sumber untuk perlaksanaan rancangan

    pemasaran

    4. Panduan dalam mengorganisasikan kebertanggungjawapan, tugasan, dan

    pengurusan masa.

    5. Menyedarkan kita supaya lebih bersedia dalam menghadapi kelemahan dan

    halangan semasa perlaksanaannya dimasa hadapan.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    3/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    3.0 ISI PERBINCANGAN

    CARTA ORGANISASI

    3.1 RUMUSAN EKSEKUTIF

    Kepelbagaian keluaran produk mentega kacang di pasaran memperlihatkan

    persaingan sengit antara pengeluar produk tersebut. Keadaan ini memerlukan wujudnya

    kelainan pada produk mentega kacang bagi menarik pengguna membeli produk keluaran

    mereka. Selain itu, keperluan terhadap makanan segera bagi negara yang maju,

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

    Liew Pui San

    ( Pengarah Pengiklanan)

    Huszaifah Binti Mohd Husnan

    ( Setiausaha)

    Riyanti Binti Abdullah Sani

    ( Timbalan Pengurus Urusan)

    Fadillah Bin Sidi

    ( Pengurus Urusan )

    Mohd Asri Bin Rain @ Arabain

    ( Pengurus Kewangan )

    Goh Lay Kim( Pengurus Cawangan Singapura )

    Mohd Yusof Bin

    Zainudin

    ( Pengarah Produk)

    Mohd Azli Bin Safari

    ( Pengarah Pemasaran)

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    4/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    meningkatkan lagi permintaan terhadap produk makanan yang ringkas, mudah tetapi

    berkualiti. Oleh sebab itu, syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd telah mengeluarkan makanan

    mengikut permintaan pengguna semasa iaitu Butter Choice.

    Mentega kacang ini dibungkus khas dalam bentuk tiub yang mana berbeza dengan

    produk mentega kacang yang lain. Ia terdapat dalam pelbagai perasa seperti Peanut

    butter Crispy, Peanut Butter & Chocolate, Peanut Butter & Blueberry dan sebagainya.

    Pembungkusan dalam bentuk balang juga terdapat pada produk ini iaitu untuk 175 dan

    375g. Secara tidak lansung, pengguna mempunyai banyak pilihan samada untuk

    membeli Butter Choice dalam bentuk tiub atau balang.

    Rancangan pemasaran 2006 ini memberikan fokus kepada memasarkan produk

    Butter Choice ke seluruh negara Singapura dan menjadikan produk keluaran syarikat

    sebagai jenama peanut butter no.1 di Singapura. Keuntungan bersih yang disasarkan

    adalah sebanyak RM 5 juta dalam masa 10 tahun. Objektif ini dicapai melalui strategi

    pemasaran seperti pengiklanan, promosi jualan, harga penembusan, dan saluran agihan

    yang kompetitif. Sebagai contoh, melalui pengiklanan, syarikat telah menggunakan

    risalah yang diedarkan kepada pengguna melalui suratkhabar. Secara tidak lansung,

    pengguna yang membeli suratkhabar akan terbaca risalah ini dan ianya tersebar kepada

    pembaca atau pengguna yang lain. Usaha kearah pencapaian objektif ini memerlukan

    kos perbelanjaan sebanyak RM 550000. Oleh itu, segala perancangan telah diatur bagi

    menjayakan objektif utama rancangan pemasaran ini.

    3.2 ANALISIS SITUASI

    3.2.1 SITUASI PERSEKITARAN

    3.2.1.1 Situasi pasaran

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    5/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    Semua perniagaan mengambil kira konsep penawaran dan permintaan. Amnya,

    penawaran seharusnya mengikut permintaan semasa untuk memperoleh keuntungan

    maksimum. Penawaran yang melebihi permintaan akan menyebabkan penurunan harga

    dalam pasaran. Keadaan ini menjadi lebih ketara dalam perniagaan makanan dimanajangka masa tarikh luput adalah lebih singkat. Maka, kajian terhadap trend permintaan

    pasaran sasaran harus senantiasa diperbaharui.

    Sedia maklum, sarapan pagi amat penting untuk kesihatan dan penumpuan kerja

    seharian. Namun demikian, dalam era yang serba canggih ini, globalisasi telah

    menyebabkan syarikat tempatan berhadapan dengan persaingan antarabangsa. Maka,

    tidaklah hairan jika seseorang merasai bahawa masa tidak mencukupi dalam kehidupan

    harian. Mentega kacang adalah diantara makanan yang paling disukai masyarakat umum.

    Kajian mendapati lebih 75% masyarakat Amerika gemar menggunakan mentega kacang

    bersama roti dan susu untuk sarapan pagi. Trend ini juga dapat diperhatikan di rantau

    Asia Tenggara. Oleh sebab itu, syarikat telah mengeluarkan satu produk makanan yang

    berasaskan mentega kacang iaitu Butter Choice.

    Dekad ini menyaksikan perkembangan pesat dalam sektor pelancongan di rantau

    ini terutamanya dengan wujudnya low-cost carrier. Malaysia Truly Asia yang menjadi

    tarikan ramai pengunjung ke Malaysia menjanjikan kepuasan perlancongan. Kesan

    positifnya, bidang food and beverage (F & B) mengalami kemajuan drastik. Pelbagai

    perasa tambahan termasuk mentega kacang telah digunakan dalam makanan supaya

    seorang dapat menikmati keenakan rasa yang lain daripada lain.

    Permintaan terhadap Butter Choice dijangkakan akan meningkat pada permulaan

    ianya dipasarkan. Ini adalah kerana, Butter Choice merupakan produk lama iaitu mentega

    kacang yang dipelbagaikan keluarannya dari segi bahan perasa dan pembungkusan. Para

    pembeli akan mencuba produk baru kerana telah bosan dengan mentega kekacang jenama

    yang lama. Apabila terdapat mentega kekacang yang baru dipasarkan, pembeli akan

    beralih ke jenama yang baru. Tetapi pada masa itu, keadaan pasaran kami telah stabil

    kerana terdapat pembeli yang setia dengan jenama kami.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    6/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    Mentega kekacang syarikat kami adalah spesifikasi kepada mereka yang sibuk

    dengan bekerja, kanak-kanak dan warga tua. Ini adalah untuk memudahkan mereka dan

    menjimatkan masa mereka. Contohnya, kepada murid sekolah yang malas bangun dengan

    awal untuk menyiapkan sarapan, mereka boleh menggunakan mentega kekacang keluaransyarikat kami kerana ia hanya perlu dipicit keluar sahaja. Tambahan pula ini adalah

    faktor budaya mereka kerana sibuk dengan kerjaya.

    Para pembeli boleh membeli mentega kekacang syarikat kami melalui pasaraya,

    kedai runcit, dan melalui internet. Kami menggunakan cara penjualan ini kerana ia dapat

    memudahkan para pengguna untuk mendapatkan produk kami pada bila-bila masa.

    Kesimpulannya, mentega kacang mempunyai pasaran yang luas dan kianberkembang di rantau ini. Produk syarikat kami dengan strategi pemasaran yang kondusif

    diramalkan dapat memperoleh keuntungan yang lumayan.

    3.2.1.2 Situasi negara singapura

    a. Ekonomi

    Ekonomi negara Singapura menunjukkan perkembangan yang positif dimana

    menunjukkan purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 8% dari 1960 hingga 1999. Ia

    meningkat pada 1999 selepas krisis ekonomi dengan kadar pertumbuhan 5.4% diikuti

    9.9% pada tahun 2000. Namun demikian berlaku penurunan pada 2001 iaitu kepada

    negatif 2.0% kesan daripada kelembapan ekonomi negara Amerika Syarikat, jepun, dan

    Kesatuan Eropah. Keadaan ini tidak berterusan apabila berlaku peningkatan semula pada

    tahun yang berikutnya iaitu sebanyak 2.2% dan diikuti 1.1% pada 2003. Malaysia

    merupakan antara negara pengeksport barangan utama ke Singapura dengan pasaran yang

    luas iaitu meliputi 16.8% daripada keseluruhan eksport Singapura. Keadaan ini

    menggalakkan berlakunya kerjasama import dan eksport antara kedua-dua buah negara

    dan secara tidak lansung membantu syarikat kami memasuki pasaran Singapura.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    7/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    i. KDNK - kuasa membeli: $109.4 billion (2003 ang.)

    ii. KDNK kadar pertumbuhan ekonomi: 6.4% (2005)

    iii. Kadar inflasi (harga pengguna): 1.7% (2004)iv. Jumlah import: $226.9 billion (2004)

    v. Jenis import: sumber komoditi seperti mesin dan peralatan

    57%, bahan bakar, bahan kimia, barang makanan (1998)

    vi. Rakan dagangan: Malaysia 16.8%, U.S. 14.1%, Jepun 12%,

    China 8.7%, Taiwan 5.1%, Thailand 4.3% (2003 ang.)

    b. Undang-undang dan peraturan

    1. Dari segi peraturan dan undang-undang di negara singapura, tiada isu sensitif yang

    digariskan terhadap barangan import makanan dari negara luar tersebut. Hanya,

    pengimport memerlukan beberapa dokumen dan beberapa peraturan perniagaan

    pengimport di negara tersebut.

    2. Republik singapura merupakan sebuah negara yang sangat mementingkan aspek

    kebersihan, terutamanya dari segi persekitaran dan pengurusan sampah. Oleh itu, dari

    segi pembungkusan produk kami telah dipastikan bahawa, ianya dari bahan yang mudah

    diurus dan boleh dikitar semula, iaitu daripada logam separa kertas dan balang kaca yang

    mana boleh dikitar semula.

    3. Selain itu, Republik Singapura menggariskan beberapa syarat berkenaan undang-

    undang di Republik tersebut, iaitu setiap pengimport mesti faham sepenuhnya undang-

    undang di negara tersebut, yang mana berkaitan dengan aktiviti perniagaan, struktur

    perniagaan, pembelian dan penjualan, kontrak, pengambilan pekerja, premis, cukai, hak

    intelektual dan perlanggaran akta seperti menyebabkan pencemaran, mudarat kepada

    pengguna dan sebagainya.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    8/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    4. Disebabkan produk butter choice ini di kilangkan di Malaysia, maka tiada masalah

    mahupun salah faham peraturan dan undang-undang di negara Singapura yang kami pilih

    ini.

    3.2.2 PERSEKITARAN BERKECUALI

    3.2.2.1 Kewangan

    Fungsi kewangan dalam sesebuah perniagaan termasuk membuat ramalan

    keperluan dana, mendapatkan dana untuk syarikat, menguruskan dana tersebut dan

    menentukan dana digunakan dengan cara terbaik. Begitu juga dengan Syarikat Sweet

    Sour Sdn. Bhd. Kami telah menggunakan kemudahan yang ada serta mudah dalam

    pengurusannya bagi menampung modal awal untuk menubuhkan syarikat ini.

    Kemudakan yang utama yang kami gunakan ialah melalui pinjaman bank yang

    dianggarkan hampir RM 3,000,000. Selain itu kami menggunakan simpanan yang sedia

    ada untuk menampung modal.

    3.2.2.2 Kerajaan, politik, dan perundangan

    Persekitaran politik dan perundangan mengandungi undang-undang dan peraturan

    yang kebanyakannya menyekat aktiviti perniagaan. Undang-undang, agensi kerajaan dan

    kumpulan pendesak merupakan factor-faktor persekitaran yang mempengaruhi system

    pernagaan. Begitu juga dengan Syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. undang-undang dan

    peraturan sedikit sebanyak mempengaruhi operasi perniagaan kami. Dengan adanya

    undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh kerajaan yang bertujuan melindungi

    masyarakat dan alam sekitar, mewujudkan persaingan yang sihat dan melindungi

    pengguna dari dikelirukan oleh syarikat perniagaan yang tidak bertanggungjawab.

    Antara penguatkuasaan oleh pihak kerajaan yang mempengaruhi operasi syarikat kami

    ialah penetapan harga terhadap barangan terkawal, peraturan, pengiklanan, upah dan

    persekitaran tempat kerja. Ringkasnya adalah penting bagi syarikat kami untuk

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    9/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    memahami undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan supaya tindakan yang

    diambil tidak merugikan syarikat serta pengguna.

    3.2.2.3 Media

    Syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. tidak terkecuali daripada menggunakan media

    tersebut dalam proses memasarkan produk kami. Kami dapati tiada masalah yang timbul

    dan semua pengurus media yang kami gunakan seperti surat khabar, radio dan lain-lain

    bersetuju dengan permohonan kami untuk memasarkan produk yang baru. Selain itu,

    kami juga menitikberatkan persekitaran yang dibentuk untuk perhatian pengguna yang

    juga dianggap sebagai saluran komunikasi. Pejabat peguam, akauntan, arkitek, dan bank

    mempunyai persekitaran yang dicipta untuk memberi satu suasana yang boleh

    meyakinkan pengguna tentang barangan yang dijual oleh kami kepada pihak-pihak

    tersebut.

    3.2.3 PERSEKITARAN PESAING

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    10/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    Dalam menghadapi situasi pesaing, syarikat telah mengenal pasti beberapa buah

    syarikat pesaing yang berada dalam industri ini. Tujuannya adalah bagi mencari

    kelebihan dan kekuatan yang ada pada pesaing. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk

    mempersiapkan syarikat dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bakal dihadapi padamasa hadapan.

    3.2.4 PERSEKITARAN SYARIKAT SWEET SOUR SDN. BHD.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

    Bil Pesaing Produk Pengalaman Kekuatan Kelemahan Saluranpemasaran

    1 Jif -Jif creamy-Jif extracrunchy-Simply Jif-Reduce Fat

    Crunchy

    Ditubuhkanpada 1958.

    -Saluranpemasaran yangmeluas.-Mempunyaikedudukan yang

    kukuh dipasaran.-Produk no.1menjadi pilihanibu-ibu.

    - Sasaranpasaran hanyatertumpu padasegolonganibu-ibu.

    - Promosijualan.- Pengiklanandi laman web.

    2 The J.M.Smucker

    Company

    -fruit spreads-peanut butter-shorteningand oils-ice cream

    toppings-health andnatural foods

    -Ditubuhkanpada 1897-25 buahsyarikat.-3,500

    orangpekerja.

    -Syarikat sudahlama ditubuhkan,mempunyaikedudukan yangkukuh dipasaran.

    -Promosijualan.-Pengiklanandi laman web.

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    11/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    3.2.4.1 Pembekal

    a) Syarikat telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pembekal di dalamnegara.

    b) Mengambil bekalan bahan daripada pembekal seperti kacang, gula, perasa,

    dan lain- lain dengan hanya pembekal - pembekal tertentu supaya resepi tidak

    berubah kelak.

    c) Pembayaran lewat dielakkan oleh syarikat atau perlakuan tidak amanah

    kerana ini akan menganggu proses pengeluran produk peanut butter apabila

    pembekal tidak dipercaya dan tidak mahu menbekalkan bekalan lagi.

    d) Syarikat akan mendapatkan bekalan dengan harga yang lebih murah( diskaun

    dari pembekal ) berbanding persaing, kerana secara tidak langsung dapat

    mengurangkan kos proses pengeluaran produk.

    e) Tenaga kerja buruh asing juga akan diambil dari pembekal yang agen buruh

    berdaftaf ini kerana bayaran gaji yang lebih rendah meminimumkan

    pengeluaran.

    f) Syarikat akan mendapatkan mesin dan peralatan daripada pembekal yang

    menpunyai jaminan alatan atau mesin yang menjamin kualiti didalam aktiviti

    pemprosesan.

    3.2.4.2 Pekerja

    a) Pekerja yang berkhidmat didalam aspek pengurusan akan diambil daripada

    warganegara yang menpunyai kelulusan minima SPM sebagai jawatan am.

    Manakala bagi jawatan pegawai pentadbiran, sepervisor, pegawai bahagian

    keselamatan, pegawai pemasaran dan sebagainya diambil daripada kelayakan

    minima diploma, ijazah berserta pengalaman kerja.

    b) Peruntukan gaji pekerja permulaan sebulan bagi kelulusan spm dan setaraf

    dengannya gaji pokok permulaan RM 750.00, untuk kelulusan diploma RM

    1300.00 dan kelulusan ijazah gaji permulaan RM 1950.00

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    12/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    c) Untuk pekerja bahagian pembuatan produk diambil daripada kelayakan PMR,

    SPM atau sebagainya. Disamping itu pihak kilang juga mengambil perkerja asing

    dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan sebagainya yang menpunyai permit

    dan berdaftar sebagai pekerja asing. Pengambilan buruh asing sebagai operatorkilang ini supaya menjimatkan kos pengeluaran produk kerana dapat menjimatkan

    pembayaran gaji perkerja. Kerana gaji buruh asing lebih rendah berbanding buruh

    tempatan.

    d) Untuk permulaan gaji bagi operator pengeluaran bahagian pembuatan (kilang)

    Gaji pokok RM 450.00. tidak termasuk elaun pengangkutan RM 80.00, elaun

    makan RM100.00, elaun kehadiran penuh RM50.00, kerja lebih masa ( OT ) dan

    sebagainya. Untuk pekerja asing bekerja sebagai operator gaji pokoknya lebih

    rendah iaitu RM 350.00.

    e) Gaji pula dibayar kepada pekerja mengikut kelulusan dan jawatan mereka

    didalam syarikat dan kilang.

    f) Selain itu juga syarikat juga menyediakan pelbagai intensif lain kepada pekerja

    seperti cuti tahunan, rawatan perubatan, insuran, sosco, kwsp, bonus pekerja

    setiap hujung tahun mengikut keuntungan syarikat dan lain lain lagi.

    3.2.4.3 Produk

    a) Dalam aspek kategori produk adalah aspek penting yang perlu dititik

    beratkan. Hal ini kerana produk keluaran syarikat yang bermutu dan berkualitilah

    yang akan mencapai objektif sesebuah syarikat.

    b) Dalam aspek reka bentuk produk yang berbentuk bekas ubat gigi menarik

    berbeza dengan pesaing - pesaing supaya ,mudah,senang digunakan oleh

    pengguna dimana dan bila bila masa.

    c) Harga produk lebih rendah dari pesaing.

    d) Kandungan khasiat tambahan yang diperlukan oleh badan.

    e) Kawalan kualiti produk akan dipastikan oleh pihak syarikat supaya tidak

    berlaku masalah kepada syarikat tentang rungutan pelangan terhadap produk.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    13/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    3.2.4.4 Kewangan

    a) Modal yang diperolehi daripada penjualan saham,

    pinjaman dari bank saudagar dan syer syarikat untuk menjalankan aktivitiperniagaan berjumlah RM 2.5juta.

    b) Kewangan syarikat dikawal oleh pengurus

    kewangan dan audit dilakukan oleh juru audit bertauliah.

    c) Peruntukan kewangan syarikat di bahagikan untuk

    menjalankan aktiviti pemasaran, promosi, pemprosesan, pengurusan dan lain

    lain melalui perangkaan awal.

    3.2.4.5 Pengalaman syarikat

    a) Syarikat tidak menpunyai pengalaman kerana baru di bentuk.

    b) Namun begitu syarikat menpunyai kakitangan yang mahir seperti

    pengurus,pengarah,pekerja yang menpunyai pengalaman, kelulusan dalam

    pengurusan, kepakaran, kemahiran dan lain lain kerana pengambilan jawatan

    tertentu menitik beratkan kreteria -. Kreteria yang telah ditetapkan.

    3.3 SASARAN PASARAN

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    14/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    Produk kami ini disasarkan kepada tiga golongan utama dalam masyarakat di

    Singapura iaitu golongan pelajar, mereka yang berkerjaya dan kegunaan seisi keluarga.

    Produk ini umumnya, sesuai untuk golongan pelajar dan mereka yang berkerjaya selaras

    dengan kehidupan seharian mereka ini yang sentiasa aktif dan mengejar masa, tentunyaproduk ini dapat menjimatkan masa mereka untuk mengambil sarapan pagi yang berzat

    mahupun sebagai pelengkap snek. Begitu juga dengan seisi keluarga yang mana ia sesuai

    dinikmati pada bila-bila masa, sama ada ketika bersarapan, menonton, minum petang,

    mahupun aktiviti riadah bersama keluarga.

    3.4 ANALISIS SWOT

    Analisis SWOT adalah salah satu perkara yang penting dalam syarikat kami.

    Kami mengenalpasti SWOT analisis ini menerusi perbincangan di antara pengurus dan

    juga keadaan pasaran pada masa kini. Menerusi analisis ini kami dapat mengenalpasti

    beberapa kelebihan, kelemahan, peluang dan juga halangan yang bakal syarikat kami

    hadapi kelak. Ini dapat mengukuhkan lagi syarikat kami untuk terus maju ke hadapan.

    3.4.1 Kekuatan (strength)

    Reputasi yang berkualiti dalam proses pembuatan dan juga bahan mentah yang

    digunakan.

    1. Pengetahuan pasaran yang

    tinggi dan hubungan yang baik dengan Negara yang ingin jalankan perniagaan.

    2. Lokasi pemasaran yang

    strategik dan produk yang dipasarkan memenuhi keperluan rakyat di Negara yang

    hendak dipasarkan.

    3. Produk mempunyai nilai

    tambah dari segi kesihatan menggunakan madu.

    4. Melatih ejen pengedar dengan

    teliti.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    15/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    5. Tenaga pekerja yang pakar dan

    berkemahiran tinggi.

    6. Menggunakan teknologi yang

    tinggi dalam proses pembuatan.7. Produk mempunyai citarasa

    yang tinggi dan harga yang berpatutan.

    3.4.2 Kelemahan (weaknesses)

    1. Tiada organisasi yang formal

    untuk menguruskan bahagian pemasaran.

    2. Persaingan yang tinggi dari

    pesaing yang sudah lama bertapak di Negara Singapura.

    3. Memerlukan masa yang lama

    untuk menarik pelanggan tetap.

    4. Memerlukan kos yang tinggi

    dalam pemasaran kerana mengeluarkan produk yang baru.

    5. Penyelidikan dan pembangunan

    (R&D) kurang dijalankan untuk pembangunan pemasaran.

    6. Keyakinan pelanggan terhadap

    produk adalah rendah kerana biasa menggunakan produk yang sedia ada

    dipasaran.

    3.4.3 Peluang (opportunities)

    1. Syarikat kami dapat menembusi

    pasaran Singapura dengan jayanya kerana promosi dan saluran pengedaran yang

    sistematik dan mantap.

    2. Produk memenuhi permintaan

    penduduk di Singapura kerana mempunyai rasa yang lazat dan nutrient yang sihat

    untuk tubuh badan.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    16/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    3. Keuntungan syarikat dapat

    dipertingkatkan berdasarkan jumlah pemintaan yang semakin tinggi.

    4. Memperkembangkan

    perniagaan ke Negara lain sekiranya mempunyai modal dan permintaan yangtinggi terhadap produk syarikat kami..

    5. Memperbanyakkan lagi produk

    keluaran syarikat kami agar dapat memenuhi permintaan pelanggan.

    Perbezaan produk kami dengan Peanut Butter & Co dan JIF ialah pelbagai jenis pilihan

    dalam bentuk perasa buah-buahan. Isinya lebih banyak peanut dan yang lain hanyalah

    sebagai perisa tambahan. Kualitinya setaraf dengan dua syarikat ini dengan kesegaran

    bau kacang bakar.

    3.4.4 Halangan (threat)

    1. Persaingan yang sengit terhadap

    jenama-jenama produk yang sudah lama berada di pasaran Negara itu.

    2. Pertukaran matawang asing

    yang berbeza dan matawang Singapura lebih tinggi daripada Malaysia.

    3. Peniaga tidak mahu

    berkerjasama dengan syarikat kerana sudah mempunyai hubungan yang rapat

    dengan syarikat-syarikat jenama yang lain.

    4. Halangan dari segi perundangan

    Negara tersebut.

    5. Pembekal yang mempunyai

    tahap kesetiaan yang rendah kepada syarikat.

    3.5 OBJEKTIF PEMASARAN SYARIKAT

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    17/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    Penubuhan syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. dengan pengeluaran produk Butter

    Choice ini adalah berlandaskan 2 objektif utama syarikat yang juga merupakan matlamat

    jangka panjang syarikat. Perjalanan syarikat dan pengeluaran produk adalah bagi

    mencapai objektif syarikat ini. Objektif tersebut adalah:

    1. Memasarkan produk butter choice ini ke seluruh negara Singapura dan

    menjadikan produk keluaran syarikat sebagai jenama peanut butter no.1 di

    singapura.

    2. Mencapai keuntungan bersih tahunan sebanyak RM5juta dalam masa 10 tahun.

    Berdasarkan objektif utama di atas, usaha-usaha yang lebih terperinci perlu dilakukan

    bagi mencapai setiap matlamat utama di atas.

    Bagi objektif pertama, untuk memasarkan dan menjadikan Butter Choice ini pilihan

    utama masyarakat Singapura, terdapat beberapa perkara yang perlu di capai dahulu

    sebelum menuju ke arah objektif tersebut. Antara langkah bagi mencapai objektif

    pertama tersebut adalah:

    Memperkenalkan pelbagai perasa dan kaedah dalam menikmati keenakan dan

    khasiat peanut butter. Ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada semua

    golongan terutama target sasaran kami dalam menikmati Butter Choice ini, selain

    menampilkan satu imej yang pelbagai dan mesra pengguna. Imej yang baik dan

    produkyang diminati ini seterusnya sedikit demi sedikit akan membawa Butter Choice

    sebagai produk peanut butter no 1 di Singapura.

    Menjadi salah satu pesaing yang paling hampir kepada syarikat-syarikat

    pengeluaran produk berasaskan peanut butter di Singapura. Usaha ini bukan setakat

    dapat dapat menjadikan produk kami sebagai produk pilihan pengguna Singapura, tetapi

    juga dapat memberikan imej yang baik kepada Butter Choice. Antara yang boleh

    dilakukan adalah dengan menandingi kualiti dan beberapa perkara lain yang ada pada

    pesaing. Memastikan Butter Choice sentiasa meningkatkan prestasi jualannya dan

    dikenali pengguna di Singapura. Dengan menjadi pesaing palling hampir jenama lain, ini

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    18/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    secara tidak langsung dalam jangka masa panjang, sedikit demi sedikit dapat menandingi

    jenama tersebut dan seterusnya menjadi jenama peanut butter no. 1 di Singapura.

    Pemasaran yang sentiasa berkembang dan agen yang meliputi seluruh singapurajuga penting dalam memastikan produk ini diketahui umum dan masyarakat sedar akan

    kewujudannya. Syarikat akan sentiasa memastikan agen dilantik mengedarkan produk ini

    diseluruh Singapura.

    Objektif utama syarikat yang ke-2 pula, telah menetapkan untuk mencapai keuntungan

    bersih tahunan sebanyak RM5 juta dalam masa 10 tahun. Ini bermakna, dalam masa 10

    tahun dari sekarang, syarikat mensasarkan keuntungan bersih tahunan sebanyak 5 juta

    setahun. Ternyata usaha yang terperinci perlu dilakukan bagi mencapai objektif ini.

    Antara aspek utama yang perlu dicapai dalam menuju ke arah objektif ini adalah dengan

    mencapai jualan tahunan Butter Choice sebanyak 200000 kg dalam masa 5 tahun.

    Ini bermakna sebelum 5 tahun yang disasarkan, jualan syarikat perlu seiring dan

    menghampiri dengan target yang telah ditetapkan. Sasaran jualan ini boleh ditafsirkan

    kira-kira 200 000 unit Butter Choice setahun.Jualan ini perlu ditingkatkan sedikit demi

    sedikit bagi memastikan dalam masa 10 tahun lagi, matlamat keuntungan syarikat dapat

    dicapai.

    Seterusnya syarikat boleh mengurangkan kos tahunan sebanyak 2% setiap tahun

    dalam masa 5 tahun. Pengurangan kos ini boleh dilakukan jika pengeluaran produk dan

    segala urusan yang berkaitan dengan kos di tinjau dan diteliti selalu bagi memastikan

    tiada pembaziran kos yang berlaku. Selain itu, pengalaman pengeluaran biasanya dapat

    mengesan kos yang dapat dikurangkan, contohnya seperti kos pembelian bahan mentah,

    kos promosi dan sebagainya yang dapat diminimumkan. Peminimuman ini secara tidak

    langsung dapat menjimatkan kos dan seterusnya meningkatkan keuntungan syarikat.

    3.5.1 TARGET JUALAN

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    19/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    Syarikat kami telah mensasarkan sejumlah jualan beserta keuntungan bersih bagi

    3 bulan pertama. Ini bagi membolehkan syarikat memasang strategi jualan bagi mencapai

    target yang ditetapkan dalam tempohnya.Jadual di bawah menerangkan tentang target jualan yang ingin dicapai oleh

    syarikat kami dalam masa 3 bulan pertama.

    BUTIR BULAN 1 BULAN 2 BULAN 3

    Jangkaan jualan 100000000g RM 0.02

    = 2000000

    150000000gRM0.02

    =3000000

    150000000g RM 0.02

    =3000000

    (-) kos kerja (RM) 1300000 1280000 1280000

    Anggaran untung

    bersih / pulangan

    700000 1720000 1720000

    Berdasarkan jadual di atas, kami telah mentafsirkan jangkaan jualan dalam bentuk

    ukuran berat peanut butter tersebut dan bukan unit butter choice yang dijual, iaitu ia

    dianggarkan jualannya berdasarkan pada setiap gram butter choice tersebut yang

    dipasarkan. Kami telah menjangkakan jualan pada bulan pertama adalah sebanyak

    100000000g peanut butter, yang mana setiap gramnya berharga RM0.02 sen. Hasilnya

    dijangka sebanyak RM 2juta, dan apabila ditolak dengan segala kos pada bulan tersebut

    sebanyak RM 13000000, maka dianggarkan untung bersih yang diperolehi pada bulanpertama adalah sebanyak RM 700000.

    Seterusnya pada bulan ke-2, kami jangkakan jualan butter choice akan meningkat

    sebanyak 20% dari jualan pada bulan pertama, iaitu daripada 100000000g, ia meningkat

    sebanyak 50000000g menjadikan 150000000g. Ini memberikan hasil jualan sebanyak

    RM3000000, dan apabila ditolak kos pada bulan tersebut sebanyak RM1280000, maka

    untung bersih yang dianggarkan pada bulan kedua adalah sebanyak RM1720000. Pada

    bulan ini jelas menunjukkan kami menganggarkan jualan kami akan meningkat lantaran

    daripada produk kami yang dijangka akan mula dikenali dan meningkatnya permintaan

    terhadap butter choice daripada pembeli.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    20/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    Manakala pada bulan ke-3, kami menjangkakan jualan kami tidak berubah

    daripada jualan pada bulan kedua, iaitu anggaran jualan sebanyak 150000000g butter

    choice dan menghasilkan anggaran untung bersih sebanyak RM1720000. Keadaan yang

    statik daripada bulan sebelumnya ini adalah disebabkan keperihatinan pengguna terhadapproduk yang agak perlahan. Kami mentafsirkan pengguna di Singapura memerlukan

    sekurang-kurangnya 2 bulan untuk membuat pembelian terhadap barang yang sama yang

    telah dibeli. Selain itu, faktor pengiklanan juga yang biasanya mengambil masa yang

    lama untuk meyakinkan pengguna terhadap sesuatu produk. Tafsiran ini kemudiannya

    kami nilaikan dalam bentuk jualan butter choice, yang mana bergerak meningkat secara

    perlahan-lahan.

    3.6 STRATEGI PEMASARAN

    3.6.1 Produk

    3.6.1.1 Pembungkusan

    Syarikat telah mengeluarkan satu rekabentuk pembungkusan yang berbeza

    berbanding jenis pembungkusan produk yag lain mengikut perbezaan kandungan iaitu:

    a. Dalam bentuk tiub (50 - 75g)

    i. Dihasilkan daripada logam separa kertas yang boleh dikitar semula dan

    tidak beracun.

    ii. Mudah untuk dibuka dan disimpan dimana penutup adalah berbentuk tirus

    dengan saiz produk yang kecil.

    iii. Mengambil makanan dengan cara yang lebih bersih

    b. Dalam bentuk balang (175 375g)

    i. Dihasilkan daripada bahan plastik yang boleh dikitar semula.

    ii. Mempunyai penutup kedap udara.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    21/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    iii. Makanan mudah diambil dan disimpan.

    iv. Sedia untuk digunakan.

    3.6.1.2 Kandungan bahan makanan

    a. Menggunakan kacang tanah tempatan yang berkualiti.

    b. Sesuai dimakan bersama roti dan boleh digunakan untuk membuat pastri, kek, dan

    biskut.

    c. Terdiri daripada kandungan bahan makanan yang halal.

    d. Mempunyai tempoh luput selama 1 tahun.

    e. Produk yang tawarkan terdapat dalam pelbagai rasa.

    i. Original Peanut Butter

    ii. Peanut Butter Crispy

    iii. Peanut Butter & Chocolate

    iv. Peanut Butter & Blueberry

    v. Peanut Butter & Strawberry

    vi. Peanut Butter & Pineapple

    3.6.2 Harga

    Sebelum menetapkan harga produk, kami telah membuat satu kajian terhadap dua

    syarikat popular iaitu Peanut Butter dan Jif dalam bandingan harga. Memandangkan

    syarikat kami baru ditubuhkan maka harga jualan produk tidaklah sebegitu tinggi

    dikenakan.

    Harga yang ditetapkan adalah berdasarkan menghasilkan keuntungan, aliran tunai

    atau pulangan ke atas pelaburan. Walaubagaimanapun, penetapan harga di pasaran

    berada pada paras yang rendah atau menggunakan harga penembusan memandangkan

    Butter Choice merupakan produk keluaran baru. Ini adalah untuk menggalakkan

    peningkatan permintaan terhadap produk kami.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    22/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

    Saiz (g) 50 75 100 175 375

    Malaysia (RM) 1.00 1.5 2.00 3.50 5.00

    Singapura ($) 2.20 3.30 4.40 7.70 11.00

    3.6.3 Promosi

    Bagi melariskan jualan produk, syarikat menggunakan pengiklanan dan promosi

    jualan sebagai cara promosi:

    3.6.3.1 Pengiklanan

    i. Risalah

    - Produk diiklankan melalui risalah yang disertakan dengan suratkhabar yang

    dijual di singapura.

    - The Straits Times dan Lian He Zao Bao merupakan media suratkhabar yang

    digunakan untuk mengedarkan risalah disebabkan mempunyai bilangan pembaca

    yang ramai.

    - Kandungan risalah meliputi jenis perasa, kelebihan, dan gambar produk

    termasuk kupon promosi.

    3.6.3.2 Promosi jualan

    i. Kupon

    - Kupon disertakan bersama dengan risalah yang diedarkan melalui suratkhabar.

    - Pengguna perlu mengisi kupon berkenaan dengan butir-butir peribadi merekadan mengirim secara pos kepada syarikat bagi mendapatkan produk Butter

    Choice secara percuma.

    ii. Sampel

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    23/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    - Bagi setiap pembelian 375g produk Butter Choice, sampel 50g diberikan

    percuma kepada pembeli

    3.6.4 Pengedaran

    Pengedaran produk diutamakan bagi memastikan Butter Choice sampai kepada

    pengguna dalam masa yang ditetapkan, memenuhi kehendak, dan dengan kuantiti jualan

    yang mencukupi. Oleh itu, lima peringkat saluran agihan dipilih bagi mengedarkan

    produk Butter Choice kepada pengguna iaitu:

    Objektif pengedaran produk ialah bagi memasarkannya ke seluruh negara Singapura dan

    untuk itu, strategi yang diatur bagi merealisasikannya adalah seperti berikut:

    Strategi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

    PENGELUAR

    PENGGUNA

    EJEN

    PEMBORONG

    PERUNCIT

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    24/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    1. Peringkat pertama

    i. Mengagihkan Butter Choice kepada pasaraya utama di Singapura. Ini

    bagi memastikan produk sampai kepada pengguna dan mendapat liputan yangmeluas melaui penggunaan media pengiklanan.

    ii. Menawarkan elaun stok kepada peruncit supaya dapat memenuhi

    permintaan pengguna kelak.

    2. Peringkat kedua

    i. Pengagihan produk dipergiatkan kepada peruncit kecil-

    kecilan.

    ii. Pada peringkat ini, kuasa menjual bagi pihak syarikat dan

    pemborong diperkembangkan disebabkan liputan pasaran yang makin

    meluas.

    3. Peringkat ketiga

    i. Usaha pengagihan diteruskan sehingga mencapai objektif

    iaitu sehingga dipasarkan di seluruh Singapura.

    ii. Lebih banyak pemborong ditambah dalam usaha

    mengagihkan produk kepada peruncit

    Dalam pada itu, syarikat akan menyediakan khidmat nasihat kepada ejen dan pemborong

    dalam usaha mengagihkan produk ini melalui:

    1. Menerangkan kepada peruncit tentang elaun stok syarikat.

    2. Menyediakan maklumat berkenaan dengan perkembangan pasaran di

    Singapura.

    3. Menempatkan bahan-bahan promosi di kawasan yang menjadi tumpuan

    pembeli.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    25/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    4.0 KESIMPULAN

    Rancangan pemasaran menyediakan satu panduan yang begitu penting dalam

    usaha memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia berfungsi utama sebagai peta

    jalan(road map), membantu dalam menguruskan strategi kawalan dan perlaksanaan,

    membantu dalam memperolehi sumber untuk perlaksanaan rancangan pemasaran,

    panduan dalam mengorganisasikan kebertanggungjawapan, tugasan, dan pengurusan

    masa, serta menyedarkan kita supaya lebih bersedia dalam menghadapi kelemahan dan

    halangan semasa perlaksanaannya dimasa hadapan.

    Berdasarkan kepada rancangan pemasaran yang telah kami rancangkan, ia akan

    dijadikan satu rujukan utama apabila melaksanakan proses pemasaran produk atau

    perkhidmatan. Dalam menghasilkannya, setiap pendapat daripada ahli kumpulan diambil

    kira sebagai satu data yang akan dianalisis supaya mendapat satu idea rancangan

    pemasaran yang bernas dan sempurna. Oleh yang demikian, satu rancangan pemasaran

    yang terbaik dihasilkan dan saling melengkapi serta berupaya untuk dilaksanakan.

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    26/27

    Asas Pemasaran-Spl2412

    5.0 RUJUKAN

    1. William O. Bearden, Thomas N. Ingram, and Raymond W. Laforge (2004).

    Marketing:Principles and Perspectives New York: McGraw-Hill. 42-50.

    2. Philip Kotler, Swee Hoon Ang, Siew Meng leong, and Chin Tiong Tan (1996).

    Marketing Management: An Asian Perspective. Singapore: Prentice Hall. 349-

    373.

    3. O. C. Ferrell, Michael D. Hartline and George H. Lucas Mason (2002).

    Marketing Strategy. Ohio: South-Western/Thomson Learning. 50-65.

    4. John A. Murray and Aidan O'Driscoll (1996). Strategy and Process In

    Marketing. London : Prentice Hall. 14-28.

    5. http://www.utusanmelayu.com.my

    6. http://www.smuckers.com/

    7. http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore

    http://tangkapgambar.blogspot.com/

    http://www.utusanmelayu.com.my/http://www.smuckers.com/http://en.wikipedia.org/wiki/Singaporehttp://www.utusanmelayu.com.my/http://www.smuckers.com/http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore
  • 7/29/2019 76771766-Rancangan-Pemasaran

    27/27

    Asas Pemasaran-Spl2412