751-1462-1-SM.pdf
-
Upload
veronie-sweetiy -
Category
Documents
-
view
226 -
download
5
Transcript of 751-1462-1-SM.pdf
-
PENGGUNAAN TEKNIK FILL IN THE BOX DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENDARAB NOMBOR DUA DIGIT DENGAN NOMBOR
DUA DIGIT BAGI TAHUN 4
Oleh:
Muhammad Fikri bin Termizi, Nik Mohamad bin Nik Jusoh
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected], [email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan menguji keberkesanan teknik Fill In The Box dalam
meningkatkan kemahiran mendarab nombor 2 digit dengan 2 digit bagi murid tahun 4
Budi. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Paloh dan melibatkan seramai
4 orang peserta kajian dari tahun 4 Budi. Tinjauan awal dijalankan melalui pemerhatian
semasa pengajaran dan pembelajaran, analisis keputusan ujian diagnostik, lembaran
kerja, keputusan ujian TOV dan ujian OTI 1. Instrumen yang digunakan di dalam kajian
ini ialah ujian pra, ujian pasca, temu bual dan analisis dokumen. Data kualitatif
dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan
kesemua sesi intervensi membantu meningkatkan kefahaman dan memberi kesan positif
kepada peserta kajian. Berdasarkan perbandingan skor ujian pra dan ujian pasca,
menunjukkan peningkatan terhadap keempat-empat peserta kajian. Analisis temu bual
dan dokumen menunjukkan penggunaan teknik Fill In The Box dapat membantu murid
meningkatkan kemahiran pendaraban yang melibatkan nombor 2 digit dengan 2 digit.
Kata kunci: Fill In The Box, pendaraban, meningkatkan
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pada sesi praktikum fasa tiga, pengkaji telah berada di Sekolah Kebangsaan Paloh selama tiga bulan.
Pengkaji telah diamanahkan mengajar subjek Matematik di kelas Tahun 4 Budi. Semasa pengajaran
tajuk darab di kelas 4 Budi, pengkaji telah mendapati hampir kesemua murid di dalam kelas itu
mengalami masalah dalam pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit menggunakan
bentuk lazim. Penggunaan bentuk lazim telah menyebabkan murid keliru dalam penyusunan nombor,
peletakkan hasil darab dan juga penyusunan hasil darab.
Rata-rata murid di dalam kelas ini lemah dalam tajuk darab. Pengkaji telah mengenal pasti masalah
ini apabila pengkaji menganalisis lembaran kerja serta buku latihan murid tahun 4 Budi. Bagi
mengatasi masalah yang dihadapi, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan untuk
meningkatkan kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit dengan
memperkenalkan teknik Fill In The Box. Teknik ini dapat membantu murid mengatasi masalah
kekeliruan dan penyusunan nilai nombor yang dihadapi murid dalam penyelesaian soalan
menggunakan bentuk lazim.
-
SOROTAN LITERATUR
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), darab digunakan untuk menggandakan, memperbesar,
memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan. Darab juga ialah satu proses penambahan berulang
secara berkala mengikut bilangan kumpulan dan bilangan ahli. Dapat disimpulkan bahawa
pendaraban merupakan satu proses penggandaan yang melibatkan nilai yang lebih besar.
Menurut kajian Lee Siew Eng dan Jong Chee Fook (2003), murid-murid di sekolah rendah akan
menjadi keliru dalam pendaraban melibatkan lebih dari satu nombor. Dalam masalah yang dihadapi
pengkaji, murid mengalami masalah dalam pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit
menggunakan bentuk lazim kerana pendaraban ini akan menghasilkan pengumpulan nilai semula serta
penambahan dalam penyelesaian.
Menurut kajian lepas Aina Khalisah bt Azami (2013) dalam menghasilkan kaedah Diag Box,
penggunaan teknik lattice mampu mengurangkan kesilapan murid dalam melakukan proses
pendaraban. Murid juga akan lebih mudah untuk menyelesaian soalan menggunakan teknik lattice
berbanding teknik bentuk lazim.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua
digit dengan nombor dua digit murid Tahun 4 Budi, Sekolah Kebangsaan Paloh.
Objektif
Mereka bentuk satu cadangan intervensi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu 4 orang murid
lemah dalam kelas 4 Budi, Sekolah Kebangsaan Paloh mengatasi masalah pembelajaran mereka
dalam tajuk pendaraban dua digit dengan dua digit.
Persoalan Kajian
Bagaimanakah teknik Fill In The Box dapat membantu murid lemah 4 Budi meningkatkan kemahiran
pendaraban dua digit dengan dua digit.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid lemah tahun 4 Budi yang terdiri daripada
dua orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan
kepada pencapaian mereka di dalam ujian diagnostik. Model kajian yang diguna pakai oleh pengkaji
ialah model Stephen Kemmis di mana di dalam model ini terdapat proses mereflek, merancang,
melaksana dan memerhati. Pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen dalam pengumpulan data iaitu
ujian, temu bual dan analisis dokumen. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta
kajian.
Pengkaji menggunakan teknik temu bual berstruktur di mana soalan-soalan telah dirancang
terlebih dahulu. Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual sepanyak dua kali iaitu temu bual selepas
ujian pra dan temu bual selepas ujian pasca terhadap responden kajian. Melalui hasil temu bual
bersama responden kajian, pengkaji akan memasukkan segala maklumat temu bual ke dalam bentuk
data yang lebih mudah iaitu bentuk jadual
Instrumen kajian yang kedua digunakan oleh pengkaji ialah ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dan
ujian pasca merupakan salah satu instrumen yang boleh membantu pengkaji mengenal pasti
-
keberkesanan kaedah Fill In The Box dalam membantu murid mendarab nombor dua digit dengan dua
digit. Ujian ini dianalisis berdasarkan skor markah dan gred ujian mereka.
Melalui jadual yang telah dibina, pengkaji akan lebih mudah untuk membandingkan antara markah
ujian pra dan ujian pasca. Jadual analisis untuk perbandingan markah responden kajian antara ujian
pra dan pasca adalah seperti berikut:
Melalui instrumen analisis dokumen, pengkaji akan menganalisis segala lembaran kerja yang
dilakukan oleh murid. Lembaran kerja akan menjadi bukti penyelesaian murid dalam teknik Fill In
The Box.
Pengkaji juga boleh membuat perbandingan dari segi peningkatan penguasaan responden
dalam mendarab nombor dua digit dengan dua digit melalui analisis hasil keputusan ujian pasca dan
ujian pra. Pengkaji boleh melihat sama ada terdapat peningkatan atau tidak pada setiap responden.
SPESIFIKASI INTERVENSI
Langkah Penerangan Gambar rajah
Satu Murid diberi satu soalan pendaraban dua
digit dengan dua digit. Murid perlu
menyusun nombor mengikut gambar rajah di
sebelah.
Dua Murid perlu membina kotak untuk
meletakkan pendaraban satu digit dengan
satu digit. Dimulakan dengan pendaraban
nombor 3 dan nombor 4 dengan nombor 1
dan seterusnya nombor 3 dan nombor 4
dengan nombor 2
34 x 12 =
x =
x =
x =
x =
Tiga Membina Big Box untuk memasukkan nilai
hasil darab di atas. Masukkan nombor hasil
darab 3 x 1 di kotak pertama dan hasil darab
4 x 1 di kotak kedua. Hasil darab untuk 3 x 2
dan 4 x 2 dimasukkan di dalam kotak yang
kedua.
Murid perlu menambah nilai seperti kaedah
bentuk lazim bermula daripada hujung
sebelah kanan. Penambahan hanya berlaku di
1
3
4
+ 6 8
4 0 8
3 1 3
4
3
4 1
4
6 2
2 8
3 4 1 2 x
-
dalam setiap kotak dan jika hasil
penambahan melebihi daripada nilai 10,
murid perlu mengumpul semula dan
meletakkan nilai yang terkumpul ke kotak
sebelah. Hasil tambah yang berjaya
diperolehi ialah hasil darab 34 x 12.
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menyenaraikan empat sesi intervensi bersama
peserta kajian. Dalam sesi intervensi pertama, pengkaji telah merancang sesi tindakan selama 60
minit. Dalam sesi ini, pengkaji menyenaraikan dua hasil pembelajaran iaitu setiap peserta kajian dapat
menggunakan teknik Fill In The Box dengan betul dan menyelesaikan pendaraban nombor dua digit
dengan nombor dua digit tanpa mengumpul semula menggunakan teknik Fill In The Box. Pengkaji
akan memperkenalkan teknik Fill In The Box kepada setiap peserta kajian menggunakan papan jadual
Fill In The Box. Dalam sesi ini, pengkaji akan menunjukkan contoh dan setiap peserta kajian harus
membuat penyelesaian bersama pengkaji. Pada akhir sesi, lembaran kerja 1 diberikan kepada setiap
peserta kajian.
Bagi sesi intervensi kedua pula, pengkaji menyenaraikan dua hasil pembelajaran iaitu peserta
kajian mampu membina jadual petak seratus dan menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit
dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula menggunakan teknik Fill In The Box.
Penggunaan petak seratus adalah untuk membantu setiap peserta kajian dalam penggunaan mendarab
nombor. Dalam sesi ini, peserta kajian perlu mendarab nombor dua digit dengan dua digit dengan
adanya proses pengumpulan semula. Pengkaji mengingatkan supaya peserta kajian berhati-hati dalam
pengumpulan semula.
Dalam sesi intervensi tiga, setiap peserta kajian perlu membina jadual teknik Fill In The Box
dengan sendiri dan mengenal pasti setiap langkah dan turutan dalam teknik Fill In The Box. Peserta
kajian akan diberikan set lembaran kerja 3 dan tanpa bantuan papan jadual teknik Fill In The Box,
mereka perlu membina jadual penyelesaian sendiri. Pengkaji memberi bimbingan dengan membuat
contoh dan mereka perlu menyelesaikan setiap soalan di dalam lembaran kerja tersebut dengan
sendiri. Bagi sesi ini, pengkaji akan membantu setiap peserta kajian.
Sesi yang terakhir iaitu sesi intervensi empat pula, pengkaji akan membimbing peserta kajian
supaya dapat mempelajari sepenuhnya teknik Fill In The Box untuk menjawab soalan pendaraban
nombor dua digit dengan dua digit. Dalam sesi ini, pengkaji akan mengedarkan set lembaran kerja 4
sebagai latihan latih tubi sebelum setiap peserta kajian menduduki ujian pasca. Bimbingan akan
diberikan kepada setiap peserta kajian
DAPATAN KAJIAN
Peserta kajian pertama bernama Ashman. Ashman merupakan seorang murid yang pendiam
di dalam kelas. Dia mengalami masalah tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilakukan, dia sering hilang tumpuan dengan menghalakan pandangan
ke luar kelas dan sering menconteng bukunya dengan perkara yang tidak berkaitan. Melalui
pemerhatian dan analisis lembaran kerja, Ashman sememangnya seorang yang lemah dalam subjek
Matematik. Apabila ditanya soalan berkaitan matematik di dalam kelas, dia sering menggelengkan
kepala dan menjawab Tidak tahu, cikgu. Dia juga sering melakukan kesilapan dalam melakukan latihan di dalam buku latihan. Hasil kerjanya juga kurang kemas dan kurang memuaskan. Hal ini
kerana dia mempunyai tulisan yang kurang kemas dan perkara ini menimbulkan sedikit kekeliruan
kepada pengkaji dalam menganalisis latihan dia. Melalui masalah yang dilalui oleh Ashman ini,
pengkaji telah memanggil dia untuk melalui proses intervensi.
-
Ujian Pra
Sebelum kajian tindakan dilakukan, setiap peserta kajian perlu melalui ujian pra. Semasa ujian pra dijalankan, pengkaji mendapati bahawa Ashman sangat lemah dalam tajuk pendaraban
terutama dalam mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit. Selepas ujian pra dijalankan,
pengkaji telah menganalisis segala kesilapan yang dilakukan oleh Ashman dalam mendarab nombor
dua digit dengan nombor dua digit. Segalan analisis kesilapan yang dilakukan oleh Ashman
ditunjukkan di dalam Jadual 1 di bawah.
Jadual 1 : Analisis Jenis Kesilapan Dalam Ujian Pra Ashman
Bil. Jenis Kesilapan Contoh Kesilapan
1 Terkeliru dengan konsep penambahan
dalam bentuk lazim
-
Sesi Intervensi 1
Dalam intervensi 1, pengkaji telah memperkenalkan kepada setiap responden kajian tentang
kaedah Fill In The Box. Pada awal sesi intervensi, pengkaji telah memberi Ashman contoh soalan
yang melibatkan darab nombor dua digit dengan nombor dua digit. Apabila diminta selesaikan dalam
teknik bentuk lazim, Ashman tidak dapat melakukan penyelesaiannya. Pengkaji melaksanakan
tindakan intervensi terhadap Ashman menggunakan teknik Fill In The Box. Pada awalnya dilihat
Ashman begitu keliru dengan teknik yang baru namun setelah diberikan beberapa contoh soalan, dia
kelihatan semakin memahami dan mula seronok dengan sesi intervensi ini.
Rajah 1 Contoh hasil kerja Ashman dalam sesi intervensi 1
Sesi Intervensi 2
Dalam sesi intervensi 2, hasil pembelajaran yang ditetapkan ialah mendarab nombor dua digit
dengan dua digit dengan mengumpul semula. Pengkaji sekali lagi menggunakan teknik Fill In The
Box dalam intervensi ini. Ashman dilihat semakin bersemangat dalam meneruskan pembelajaran. Dia
sering bertanya soalan kepada pengkaji. Dia juga telah memahami konsep pendaraban yang
melibatkan mendarab mengikut nilai tempat.
Rajah 2 Hasil kerja Ashman dalam lembaran kerja
Sesi Intervensi 3
Dalam sesi intervensi ini, pengkaji telah menetapkan hasil pembelajaran ialah semua
responden dapat membina jadual teknik Fill In The Box dengan betul. Selain itu, responden kajian
juga perlu mengenal pasti setiap langkah dan turutan dalam teknik ini. Dalam sesi intervensi ini,
setiap responden perlu membina sendiri jadual dan kotak teknik Fill In The Box. Pada awal
pengajaran, Ashman dilihat agak sukar untuk membina sendiri jadual dan kotak. Melalui bimbingan
daripada pengkaji, Ashman sedikit sebanyak memahami dan mampu membina jadual untuk teknik
Fill In The Box. Pada akhir sesi intervensi 3, Ashman diberikan set lembaran kerja 3 untuk menguji
tahap kefahamannya dalam menyelesaikan soalan menggunakan teknik Fill In The Box.
-
Rajah 3 Penyelesaian yang dilakukan oleh Ashman mengguanakan teknik Fill In The Box
Sesi Intervensi 4
Bagi sesi yang terakhir iaitu sesi intervensi 4, pengkaji menggariskan hasil pembelajaran iaitu
responden dapat mempelajari sepenuhnya teknik Fill In The Box untuk menyelesaikan soalan
pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit. Bagi sesi intervensi ini, pengkaji
mengurangkan bimbingan dalam membantu responden membina jadual dan kotak Fill In The Box.
Melalui pemerhatian pengkaji, Ashman semakin mahir dan telah berupaya menyelesaikan soalan
pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit menggunakan teknik Fill In The Box
sepenuhnya.
Rajah 4 Ashman berjaya membuat penyelesaian menggunakan teknik Fill In The Box dengan betul
Ujian Pasca
Setelah selesai menjalani kesemua intervensi 1, intervensi 2, intervensi 3, dan intervensi 4,
kesemua responden kajian akan menduduki ujian pasca bagi melihat keberkesanan teknik Fill In The
Box dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit. Semasa
menduduki ujian pasca, pengkaji melihat perubahan yang ketara terhadap Ashman. Di dalam ujian pra
sebelum ini, Ashman dilihat lebih banyak termenung dan tidak tahu membuat penyelesaian. Namun,
ketika ujian pasca, Ashman begitu bersemangat dan berupaya dalam membuat penyelesaian. Di
samping itu, Ashman juga berupaya menyelesaikan soalan di dalam ujian pasca dengan masa yang
lebih singkat berbanding masa di ujian pra. Selepas ujian pasca, temu bual dilakukan kepada Ashman.
Apabila ditanya tentang kaedah teknik Fill In The Box, dia menjawab, mudah je cara ni cikgu..saya tahu dah cara nak buat..saya suka... Ini menunjukkan teknik Fill In The Box telah meningkatkan keyakinan Ashman dalam menghadapi soalan pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit.
-
Sebelum Kajian Selepas Kajian
Tidak berupaya menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit dengan
nombor dua digit
Berupaya menyelesaikan soalan pendaraban dua digit dengan dua digit
menggunakan teknik Fill In The Box
Rumusan
Secara keseluruhannya, penggunaan teknik Fill In The Box dapat meningkatkan kemahiran
mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit bagi empat responden kajian yang telah dipilih.
Berdasarkan penelitian ke atas dokumen seperti lembaran kerja semasa sesi intervensi dan hasil
jawapan ujian pasca, keempat-empat peserta kajian berupaya untuk menyelesaikan soalan pendaraban
nombor dua digit dengan nombor dua digit menggunakan teknik Fill In The Box.
Selain itu hasil temu bual ke atas keempat-empat peserta kajian, mereka mengatakan bahawa
penggunaan Fill In The Box lebih mudah berbanding dengan kaedah bentuk lazim yang telah
dipelajari mereka di dalam kelas. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji semasa sesi intervensi,
pengkaji mendapati kesemua peserta kajian telah menunjukkan sikap lebih positif dan lebih
bersemangat untuk melakukan penyelesaian jawapan.
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan
teknik Fill In The Box dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua
digit dengan nombor dua digit. Melalui analisis dokumen seperti lembaran kerja dan ujian pra,
pengkaji dapat menyimpulkan bahawa peserta kajian sangat lemah dalam mengingati langkah-
langkah kaedah bentuk lazim. Melalui teknik Fill In The Box, peserta kajian dapat menyelesaikan
soalan dengan satu per satu. Hal ini dapat mengurangkan kesilapan mereka semasa proses mendarab.
Elemen inovasi yang diterapkan oleh pengkaji ditambah baik dari kaedah lattice dan bentuk lazim.
Kedua dua kaedah ini digabungkan dan dipermudahkan supaya dapat membantu peserta kajian
menyelesaikan soalan pendaraban dua digit dengan dua digit. Hasil daripada ujian pasca dan sesi
intervensi, keempat-empat peserta kajian mengatakan kaedah Fill In The Box menjadikan mereka
lebih mudah dalam penyelesaian jawapan.
Namun terdapat kelemahan dalam teknik ini. Kelemahan yang paling ketara ialah terlalu banyak
langkah yang perlu diingat oleh peserta kajian semasa penyelesaian jawapan. Selain itu, teknik hanya
sesuai untuk pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit sahaja kerana apabila melibatkan
lebih nilai digit, teknik ini akan menjadi sukar. Cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah
mengurangkan langkah untuk diingat dan menjadikan teknik ini di dalam bentuk ICT.
-
Dalam aspek profesionalisme keguruan, kajian tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji
membantu pengkaji dalam meningkatkan tahap profesionalisme sebagai seorang bakal guru terlatih.
Kajian tindakan yang dilakukan membimbing pengkaji supaya sentiasa menerokai kaedah-kaedah
baru yang berbentuk inovasi dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya
dalam usaha untuk membantu murid-murid yang berpencapaian rendah dalam matapelajaran
Matematik. Kajian tindakan yang telah dijalankan juga akan menjadi perintis kepada pengkaji untuk
menilai amalan pengkaji dalam proses PdP, menyelesaikan pelbagai masalah ketika melaksanakan
amalan dalam bilik darjah dan memperbaikai proses PdP bagi meningkatkan profesionalisme pengkaji
di masa akan datang.
RUJUKAN
Aina Khalisah Binti Azami. (2012). Penggunaan Kaedah "DIAG-BOX" Bagi Meningkatkan
Kemahiran Mendarab Nombor 3 Digit dengan 2 Digit. Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
IPG Kampus Dato' Razali Ismail.
Chan Yaw Jong. (2011). Penggunaan Kotak Ajaib dan "LATTICE" Dalam Meningkatkan Penguasaan
Pendaraban . Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP amb. Januari 2008 (Matematik
Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011.
D'ettore, J. (2009). Matering the Multiplication Facts. Retrieved Tuesday March , 2014, from
http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED506074.pdf
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1989). Kamus Dewan Edisi Ke-4. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Integrated Curriculum for Primary School, Curriculum
Specification. Kuala Lumpur: Ministry of Educational Malaysia.
Mohd Zarul Ariffin. (2013). Penggunaan Teknik BALLOON Meningkatkan Kemahiran Mendarab
Nombor Tiga Digit Dengan Nombor Dua Digit Bagi Murid Tahun 4. Tesis Ijazah Sarjana
Muda Perguruan. IPG Kampus Dato' Razali Ismail.
Mok Soon Sang. (2004). Pengantar Pendidikan TERAS. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Noraini Idris. (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: BS
Print (M) Sdn. Bhd.
Philip Anak Pupur. (2005). Mengatasi Masalah Mendarab Sebarang Nombor 4 digit dengan Nombor
2 digit. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan Tahun 2005.
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Percetakan
Advanco Sdn Bhd.
Saad, N. S. (2001). Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik Siri 1 Edisi Kedua. Selangor:
Prentice Hall.