71572853 Keberkesanan Latihan Litar Dalam Meningkatkan Ketangkasan Bola Jaring Murid Tahap 2
-
Upload
kalaivanan-arumugam -
Category
Documents
-
view
305 -
download
8
description
Transcript of 71572853 Keberkesanan Latihan Litar Dalam Meningkatkan Ketangkasan Bola Jaring Murid Tahap 2
KEBERKESANAN LATIHAN LITAR DALAM MENINGKATKAN TAHAP
KETANGKASAN BOLA JARING MURID TAHAP 2
LILIANA WONG KING HUNG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
96509 BINTANGOR, SARAWAK
2011
KEBERKESANAN LATIHAN LITAR DALAM MENINGKATKAN TAHAP
KETANGKASAN BOLA JARING MURID TAHAP 2
LILIANA WONG KING HUNG
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
96509 BINTANGOR, SARAWAK
2011
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT JUDUL i ABSTRAK iv ABSTRACT v PENGESAHAN PENYELIA vi PENGAKUAN vii DEDIKASI viii PENGHARGAAN ix SENARAI LAMPIRAN x SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI GRAF xiii PENDAHULUAN 1
Pengenalan 1
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 2
Refleksi Nilai Pendidikan 3
FOKUS KAJIAN 6
Tinjauan Masalah 6
Analisis Tinjauan Masalah 6
Tinjauan Literatur 7
OBJEKTIF KAJIAN 15
Objektif Utama 15
Objektif Khusus 15
Persoalan Kajian 15
Limatasi Kajian 16
KUMPULAN SASARAN 17
TINDAKAN YANG DIJALANKAN 19
Prosedur Tindakan 19
Prosedur Ujian Illinois 19
Cara Mengumpul Data 20
Latihan Litar Yang Diubahsuaikan 21
Stesen Dalam Latihan Litar 23
Pengelolaan Latihan Litar 23
Tempoh Pelaksanaan Latihan Litar 25
Prosedur Latihan Litar Ubahsuai 25
Reka Bentuk Kajian 27
Kaedah Kualitatif 29
Instrumen Kajian 29
Ujian Rintis 30
Ujian Pra dan Pasca 31
Kerangka Konseptual Kajian 32
Kesimpulan 32
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 33
Pengenalan 33
Data-data Kajian 33
Persoalan 1 34
Persoalan 2 35
Persoalan 3 37
DAPATAN 43
Pengenalan 43
Persoalan 1 43
Persoalan 2 44
Persoalan 3 44
Kesimpulan 45
RUMUSAN 45
Rumusan Hasil Kajian 45
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 46
Kesimpulan 46
RUJUKAN 48
LAMPIRAN 51
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji sejauhmana keberkesanan program latihan litar yang diubahsuaikan untuk murid perempuan Tahap 2 dalam meningkatkan tahap ketangkasan pemain bola jaring. Reka bentuk kajian adalah kuasi ekperimental pra/pasca iaitu seramai tiga puluh orang murid (N=30) antara 10-12 tahun dipilih secara rawak. Ujian pra dan pasca telah dijalankan dengan menggunakan instrumen Ujian Illinois untuk menentukan tahap ketangkasan melalui program latihan litar. Ujian rintis telah dijalankan untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan ujian Illinois dengan menggunakan kaedah uji dan ulang uji (r=0.92). Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah t-test, ANOVA sehala dan ujian perbandingan Post Hoc Turkey’s. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pra (M = 21.02, SD = 1.14) dan ujian pasca (M = 17.92, SD = 1.08) ,(p = o.oo) (p< 0.05) untuk ketangkasan melalui program latihan litar. Walaubagaimanapun dapatan analisis Anova sehala dan ujian perbandingan Post Hoc Turkey’s menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F= 0.28, P < 0.05) di antara umur murid-murid. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa latihan litar yang telah diubahsuaikan dapat meningkatkan tahap ketangkasan pemain bola jaring. Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada guru bagi melaksanakan program latihan litar untuk meningkatkan ketangkasan murid di sekolah kelak.
ABSTRACT
This study aims to review how far the effectiveness of the modified circuit training program to increase agility of netball players among student Level 2. Study design is a quasi experimental pre / post. About thirty students (N = 30) between 10-12 years randomly selected. Pre-and post-tests were carried out using test instruments Illinois to determine the level of agility Illinois through circuit training. A pilot test was conducted to test the reliability of the Illinois by using the test and repeat the test (r = 0.92). The analysis used the t-test, one-way ANOVA and Post Hoc comparison test Turkey's. The findings showed there were significant differences between pre-test (M = 21.02, SD = 1.14) and post (M = 17.92, SD = 1:08), (p = 0.00) (p <0.05) for agility through circuit training. However, the findings of a one-way ANOVA analysis and Post Hoc comparison test Turkey’s shows that there was no significant difference (F = 0.28, P <0.05) between the ages of pupils. In conclusion, this study shows that the modified circuit training can enhance the agility of netball players. The finding of this study is expected to be the guide for teachers to implement programs to improve the agility circuit training students in the school later.
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini
dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan
kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Dengan Kepujian”
Tandatangan : ………………………………………………
Nama Penyelia : DR. ONG KONG SWEE
Tarikh : …………………………………………........
HALAMAN PENGAKUAN
“ Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………………
Nama Penulis : LILIANA WONG KING HUNG
Tarikh : 11 NOVEMBER 2011
HALAMAN DEDIKASI
Teristimewa untuk keluarga yang tercinta….
Ayahanda,
Encik Wong King Khuing, terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang sentiasa
diberikan kepada saya selama ini,
Ibuanda,
Puan Josephine Ping Lawet, terima kasih di atas didikan dan asuhanmu, kata-kata semangat
dan doronganmu,
Serta adik-adikku,
Joseph Wong King Kiong dan Janet Wong King Ling,
Teruskan perjuanganmu sehingga berjaya.
Untuk teman-teman seperjuangan…
Terima kasih atas segala sokongan dan pandangan…
Kenangan bersama tak mungkin dapat dilupakan…..
Terima kasih atas pengorbanan dan sokongan yang kalian berikan
Akan ku kenang hingga ke akhir hayat…
PENGHARGAAN
Saya sangat bersyukur kerana dapat menyempurnakan kajian tindakan ini. Saya
ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga serta setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr. Ong Kong Swee dan juga Puan Ling Pick Yieng selaku penyelia
kajian tindakan ini kerana telah banyak memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya
dalam menjalankan dan menyiapkan projek ini.
Tidak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah Pendidikan Jasmani yang telah
banyak memberikan pandangan serta cadangan yang membina sepanjang kajian ini
dijalankan. Seterusnya, ucapan terima kasih ditujukan kepada para subjek yang telah terlibat
dalam kajian ini kerana kesudian memberikan kerjasama bagi mendapatkan data untuk
menjalankan ujian kajian.
Selain daripada itu, penghargaan juga diberikan kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjalankan kajian ini. Semoga Tuhan membalas segala
jasa baik kalian.
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Nama Lampiran
Muka Surat
I Surat permohanan kebenaran menjalankan kajian kepada pihak
sekolah
51
II Borang skor ujian Illinois (Pra)
52
III Borang skor ujian Illinois (Pasca)
53
IV Borang Latihan Litar Minggu 1-2 54
V Borang Latihan Litar Minggu 3-4 55
SENARAI JADUAL
Jadual Nama Jadual Muka
Surat
1.0 Kemahiran yang terlibat dalam stesen latihan litar 23
2.0 Hari dan ulangan set dalam litar bagi tempoh 4 minggu 25
3.0 Pelaksanaan prosedur latihan litar ubasuai 26
4.0 Keputusan Korelasi Pearson Cubaan 1 dan Cubaan 2 Ujian Illinois 31
5.0 Norma Skor Bagi Ujian Illinois 33
6.0 Keputusan analisis ujian t sampel berpasangan bagi ujian pra dan pasca 34
7.0 Demografi respoden dari segi umur 35
8.0 Analisis Ujian Post Hoc Anova Sehala 36
9.0 Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pra 37
10.0 Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pra 38
11.0 Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pasca 39
12.0 Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pasca 40
SENARAI RAJAH
Rajah Nama Rajah Muka Surat
1.0 Carta Alir Perlaksanaan Kajian 19
2.0 Ujian Illinois 19
3.0 Stesen-stesen dalam Latihan Litar yang Diubahsuai 21
4.0 Peringkat Kajian Tindakan 28
5.0 Kerangka konseptual kajian 32
SENARAI GRAF
Graf Nama Graf Muka Surat
1.0 Taburan kekerapan umur responden 35
2.0 Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pra 38
3.0 Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pra 39
4.0 Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pasca 40
5.0 Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pasca 41
6.0 Taburan skor ujian pra dan ujian pasca 41
Pendahuluan
Pengenalan
Bola jaring merupakan satu permainan berkumpulan yang dimainkan oleh dua
pasukan yang terdiri daripada tujuh orang pemain bagi setiap pasukan. Matlamat permainan
ini adalah menjaringkan bola ke dalam gol sebanyak yang boleh dalam masa yang ditetapkan
dan pasukan perlu mengutip jumlah jaringan yang lebih tinggi dari pihak lawan untuk
mencapai kemenangan. Terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu ada pada setiap
pemain bola jaring ialah kelajuan, ketangkasan, semangat berpasukan, dan koordinasi. Selain
itu, permainan ini juga memerlukan tahap kemahiran sukan yang spesifik seperti berlari,
menghantar dan menangkap bola seterusnya membuat jaringan untuk memperolehi mata
(Allison, 1978). Selain itu, sukan ini juga memerlukan ketangkasan untuk mengelakkan diri
dari pihak lawan dan kebolehan mengubah haluan dengan pantas, kombinasi dengan
kebolehan melompat untuk menangkap bola yang dihantar, menepis bola atau membuat
”rebound” selepas percubaan membuat jaringan (Steele dan Chad 1992).
Ketangkasan adalah istilah umum yang digunakan dalam kekuatan dan ’conditioning’
yang merupakan satu elemen yang perlu ada dalam kebanyakan aktiviti sukan termasuklah
sukan bola jaring. Ketangkasan didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengubah arah
pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat (Sarjit Singh dan Sheikh
Kamaruddin, 1987). Keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin yang dapat
membantu dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan untuk menyelamatkan diri.
Menurut Sheppard et al. (2006) ketangkasan bermaksud pergerakan seluruh badan
dengan mengubahkan arah pergerakan dengan halaju dan arah badan yang disebabkan
rangsangan yang diperlukan. Bagi mencapai kejayaan dalam sukan bola jaring, pemain-
pemain perlu mempunyai kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardivaskular,
fleksibiliti, ketangkasan serta kemahiran-kemahiran spesifik yang lain seperti membuat
hantaran, menangkap bola dan membuat jaringan (Banggalay, 1996). Bagi meningkatkan
ketangkasan murid, guru haruslah memahami jenis bateri ujian dan latihan yang sesuai
digunakan untuk merancang latihan yang berkesan.
Latihan litar merupakan kaedah latihan yang selalu digunakan untuk meningkatkan
kecergasan fizikal ketangkasan, daya tahan kardivaskulor dan daya tahan otot. Latihan ini
telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T.Adamson pada tahun 1953 di Universiti of
Leeds, England.
Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu program latihan yang
melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang
ditentukan. Satu litar telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti. Latihan ini
adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu
litar.
Dengan itu, dalam meningkatkan ketangkasan murid, pengkaji telah merancang satu
kajian dengan menfokuskan kepada kemahiran ketangkasan dengan menggunakan latihan
litar terhadap murid di sekolah SK Abang Ali, Sibu. Hasil kajian ini adalah bertujuan untuk
mempertingkatkan lagi ketangkasan mengacah bola jaring di kalangan murid Tahap 2.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Sewaktu menjalani Praktikum Fasa 3, melalui pemerhatian, pengkaji
mendapati bahawa kebanyakan murid perempuan yang mengikuti sukan dan
permainan bola jaring di sekolah, menghadapi masalah dalam pergerakan tukar arah
semasa dalam situasi permainan bola jaring. Punca yang mendorong kepada
permasalahan ini mungkin disebabkan kurangnya pendedahan tentang kemahiran
khusus dalam bola jaring. Kebanyakan murid dapat menguasai kemahiran yang
mudah iaitu kemahiran hantaran, lontaran, gerak kaki, dan menjaring tetapi
mempunyai masalah dalam kemahiran mengacah atau lebih dikenali sebagai
kemahiran kawalan.
Kemahiran kawalan merupakan kemahiran di mana semua pemain perlu
mampu untuk menjadi penyerang dan juga bermain sebagai pertahanan. Pemain
harus pantas mengatasi lawan dan bergerak mencari ruang kosong untuk menerima
hantaran. Pemain boleh mengelak atau melepaskan diri daripada kawalan pasukan
lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan semasa berlari.
Untuk itu, pengkaji telah merancang satu kajian dengan memberi fokus dalam
mempertingkatkan tahap ketangkasan murid dengan menggunakan latihan litar yang
telah dimodifikasikan mengikut prinsip-prinsip latihan litar. Hasil kajian ini
bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kemahiran mengacah bola jaring murid.
Refleksi Nilai Pendidikan
Dalam usaha mencapai matlamat FPK dan menyahut cabaran wawasan 2020,
pengembangan diri murid secara seimbang dan sepadu perlu dilakukan dengan
memberi tumpuan kepada keperluan diri secara menyeluruh yang melibatkan aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung
100% kepada kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulan juga berdasarkan
inisiatif mereka sendiri. Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan
memainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan,
perlakuan mahupun tutur katanya. Guru harus cekap dalam menyampaikan isi
pelajaran di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya.
Nilai murni dalam pendidikan dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang
baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama
manusia, alam dan Tuhan. Nilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani adalah selaras dengan kehendak matlamat mata pelajaran ini.
Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah semangat kesukanan,
permainan bersih, toleransi, semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing,
kepemimpinan dan penyertaan.
Oleh itu, nilai pendidikan seharusnya sentiasa diterapkan di sekolah terutamanya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Insan yang baik akan membentuk keluarga yang
baik, seterusnya masyarakat serta bangsa yang baik dan menjadi pemimpin pada masa akan
datang.
Dalam melakukan aktiviti ketangkasan ,murid telah menunjukan nilai murni
yang positif ini bertujuan untuk membentuk murid-murid supaya mengamalkan
perkerti yang mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral
diri, keluarga, komuniti dan masyarakat terutamanya dalam melakukan aktiviti bagi
mancapai objektif iaitu meningkatkan tahap ketangkasan.
Murid juga telah menunjukkan sikap sentiasa mengambil berat terhadap
perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus dan ikhlas. Sikap baik hati boleh
dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain dalam melaksanakan aktviti .Ini
meliputi aspek belas kasihan,bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami
dan sedia memaafkan sekiranya melakukan kesilapan terhadap orang disekelilingnya.
Dalam melaksanakan kajian, penyelidik mendapati murid telah menunjukan
kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian bertanggungjawab. Murid telah
menunjukkan nilai bertanggungjawab dalam melakukan aktiviti yang dirancang oleh
penyelidik. Sampel juga berupaya bertindak sendiri melakukan aktiviti – aktiviti
ketangkasan mengikut kemampuan diri sendiri.
Murid juga telah menunjukkan nilai keberanian dalam aktiviti dan ujian yang
dilaksanakan. Dari pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik, murid mempunyai
kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.
Fokus Kajian
Tinjauan Masalah
Pengkaji telah menfokuskan kajian tentang masalah yang berkaitan tentang
ketangkasan bola jaring murid-murid perempuan Tahap 2. Dalam meningkatkan
ketangkasan sukan bola jaring, guru telah menggunakan ujian Illinois untuk
mengenal pasti sejauh mana ketangkasan murid dan seterusnya mewujudkan latihan
litar untuk meningkatkan lagi ketangkasan murid dengan menggunakan program
latihan litar.
Saya telah membuat temubual terhadap guru-guru Pendidikan Jasmani (PJ)
dan melalui pemerhatian saya, masalah ini timbul kerana kebanyakan guru
Pendidikan Jasmani tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk mengajar
sukan dan permainan yang mereka sendiri tidak tahu langsung tentang kemahiran
dalam sukan tersebut. Ini telah menyebabkan guru-guru mengajar bersikap acuh tak
acuh semasa mengajar.
Analisis Tinjauan Masalah
Merujuk kepada masalah yang pengkaji hadapi, pengkaji telah memilih kajian
eksperimental pra/pasca. Tujuan kajian ini adalah untuk membantu guru dalam
mempertingkatkan lagi ketangkasan murid melalui latihan litar yang telah disediakan.
Menurut Getchell (1979), ujian illinois merupakan ujian ketangkasan yang sering digunakan
untuk pelbagai jenis sukan dan permainan.
Pengkaji ingin menilai keberkesanan program latihan litar dengan menggunakan
ujian Illinois untuk menentukan tahap ketangkasan pemain bola jaring setelah melalui
rawatan program latihan litar. Kajian ini dijalankan selama 4 minggu dan pengambilan data
telah dijalankan secara pra dan pasca. Kajian senang ditadbir kerana tidak memerlukan
peralatan yang terlalu banyak dan kebolehtadbiran kajian membolehkan pelaksanaan kajian
dijalankan dengan lancar.
Tinjauan Literatur
Pengenalan
Tinjauan literatur adalah satu aktiviti awal yang penting dalam sebarang
penyelidikan. Blaxter, Hughes, dan Tight (2003) menegaskan bahawa kebolehan
untuk membuat tinjauan literatur secara kompeten merupakan satu kemahiran
penting bagi seseorang penyelidik. Dewasa ini, tinjuan literatur boleh menjadi satu
aktiviti yang mencabar disebabkan oleh kewujudan maklumat yang banyak dari
pelbagai sumber (Creswell, 2005).
Menurut Wiersma (1995), tinjauan literatur adalah satu proses sistematik
yang memerlukan pembacaan dan perhatian kepada butiran yang terperinci. Dalam
tesis, disertai, atau laporan penyelidikanm tinjauan literatur memenuhi beberapa
tujuan yang khusus. Anderson (1999) pula menjelaskan bahawa tinjauan literatur
membekalkan contoh kerja yang dilakukan oleh penyelidik lain dan menunjukkan
kepada pembaca tahap kesarjanaan umum seseorang penyelidik. Kualiti kerja
penyelidik, ketepatan kerja tersebut, perkara yang diberi atau tidak diberi tumpuan,
dan kaedah organisasi dan persembahan, memaparkan kredibiliti seseorang sebagai
penyelidik dan menyediakan asas bagi mengesahkan kajian yang dijalankan.
Menurut Neuman (2000), tinjauan literatur memastikan penyelidikan yang dijalankan
adalah relevan dan menunjukkan bagaimana penyelidikan tersebut berkaitan dan
menjadi pelengkap kepada bidang yang dikaji. Tanpa tinjauan literatur yang
mencukupi, berkemungkinan penyelidik akan mereplikakan kajian lepas secara tidak
sengaja.
Tinjauan Literatur Berkaitan
R.E. Morgan dan G.T. Adamson (1953), telah memperkenalkan latihan litar di
Universiti Leeds, England. Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu
program latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa
yang ditentukan. Satu litar yang telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti
yang dirancang. Latihan ini adalah sejenis latihan di mana peserta melakukan beberapa
aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar.
Menurut Soram (1976), latihan litar ialah satu kaedah latihan kecergasan yang
bertujuan untuk menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, serta daya tahan
kardiovaskular. Latihan litar merupakan beberapa aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan
dinomborkan di tempat tertentu. Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen, di
mana untuk memudahkan pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar
mengikut urutan yang ditetapkan. Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihan ataupun
satu litar setelah menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan satu set latiahn yang
diperlukan adalah bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu.
Bilangan stesen dan jenis aktiviti di setiap stesen disusun berdasarkan tahap kecergasan
atlet, umur, jenis permainan, atau sukan peserta dan komponen kecergasan yang hendak
dibina.
Mengikut Anthony A. Annarmo pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian
fizikal (conditioning) di mana prinsip lebihan bebanan diamalkan kepada otot dan sistem
respirasi dalam tempoh masa yang dihadkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam
latihan litar ialah:
Faktor Masa
Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalam masa satu
atau 30 saat dengan mengambil 50% daripada dosej dan digunakan dalam latihan. Latihan
akan dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan hingga ke stesen akhir tanpa rehat.
Faktor Ulangan
Latihan litar dibuat secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiao aktiviti
ditetapkan.
Morgan dan Adamson(1961), telah mengenalpasti bahawa pelaksanaan latihan litar
ini adalah untuk peningkatan kekuatan, daya tahan otot, dan kardiovaskular,
kelembutan, ketangkasan, koordinasi dan kederasan. Latihan litar juga boleh disifatkan
sebagai latihan yang melibatkan satu bilangan perlakuan fizikal yang disusun dalam satu
urutan tertentu dan ia dilakukan secara konsekutif mengikut aturan yang bernombor.
Seseorang individu perlu melakukan kegiatan gerak kerja tersebut satu demi satu mengikut
litaran yang telah disusun. Tujuan latihan litar adalah untuk :
i. meningkatkan daya tahan daya tahan kardivaskular
ii. menambahkan daya tahan kekuatan otot
iii. menambahkan daya tahan dan kuasa otot
iv. meningkatkan kemampuan kardiorespiratori
v. meningkatkan koordinasi, lenturan dan ketangkasan
vi. meningkatkan motivasi diri
Menurut Cissik (2004), latihan litar yang dijalankan setiap minggu memberi kesan
yang baik ini adalah kerana latihan litar mampu meningkatkan tahap kecergasan seseorang
individu. Latihan litar juga mampu meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu dan
ianya merupakan satu latihan yang sesuai diadakan dalam program latihan.
Menurut Brown (2005), program latihan yang khusus mampu meningkatkan aspek
yang khusus dengan lebih baik dan lebih memberangsangkan. Froelicher (1999) menyatakan
jangkamasa yang sesuai untuk meningkatkan tahap kecergasan secara efisen adalah empat
hingga lapan minggu. Ini disokong oleh Cissik (2004) menyatakan bahawa keupayaan
seseorang individu ini bergantung kepada masa program latihan dan kekerapan latihan
diadakan.
Menurut Willmere (1998), latihan fizikal dapat mempengaruhi kepantasan dan juga
ketangkasan tetapi tahap peningkatannya adalah rendah berbanding dengan kesannya
terhadap kekuatan, daya tahan otot, fleksibiliti dan daya tahan kardiovaskular. Gambetta
(2005) menyatakan bahawa tahap kecergasan fizikal yang tinggi seperti kekuatan, kuasa dan
ketangkasan saling berkait rapat antara satu sama yang lain.
Kajian-kajian mengenai ketangkasan bermula pada awal kurun ke-20. Menurut
Mosely (1958), pada masa lalu, dikatakan bahawa ketangkasan hampir bergantung
sepenuhnya kepada baka yang mana ia merupakan warisan daripada keturunan. Tetapi
menurut Bennet (1956), Lafuze (1957) dan Calvin (1958), ketangkasan dapat diperbaiki
menerusi pengajaran yang diajar oleh guru
Menurut Annarino (1976), ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor
fisiomotor yang diperolehi daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot dengan reaksi
otot yang betul untuk menghasilkan pergerakan yang diingini. Maka kaedah ini mestilah
dilakukan pada darjah ketepatan dan penggunaan daya yang sesuai.
Menurut Safrit (1973), Clarke (1976), Mathews (1978), Baumgartner &
Jackson (1999), ketangkasan adalah kemampuan mengubah kedudukan badan dan
arah secara pantas.
Barrow & McGee (1979), Philips & Hornak (1979) serta Thomas & Nelson
(1985) pula mendefinisikan ketangkasan sebagai merujuk kepada kepantasan dan
ketepatan semasa mengubah arah pergerakan sebahagaian atau keseluruhan badan.
Johnson dan Nelson (1986) juga menyatakan ketangkasan merupakan
kebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badan dan arah secara
tepat dan cepat.
Hoskins (1934), Johnson (1934), Gates (1940), Lehsten (1941), McCloy (1942) dan
Carruth (1952). Kesemua penyelidik ini telah mengetengahkan kepentingan ketangkasan
dalam aktiviti sukan. Menurut mereka ketangkasan merupakan satu komponen dalam
kecergasan fizikal serta dianggap sebagai satu faktor yang boleh meramalkan kebolehan
motor. Ia juga dikatakan sebagai asas kepada kemahiran dalam aktiviti sukan tertentu.
Ketiga-tiga penyelidik ini berpendapat bahawa ketangkasan sangat perlu dalam permainan
bola keranjang. Latihan-latihan seperti daya tahan dan latihan untuk meningkatkan
kemahiran motor dalam permainan dapat memperkembangkan lagi komponen ketangkasan.
Melalui penyertaan dalam pelbagai jenis permainan seperti ‘baseball”, bola sepak, bola
baling, bola jaring, bola keranjang, squash, tenis dan badminton boleh meningkatkan
ketepatan koordinasi pergerakan yang lebih tepat dan jauh serta ketangkasan yang baik.
Menurut Young et al. (2006), ketangkasan merupakan satu komponen yang penting
di dalam banyak jenis sukan tetapi masih tidak terdapat banyak kajian mengenainya. Banyak
komponen yang boleh mempengaruhi bagi meningkatkan ketangkasan seseorang antaranya
melalui perbincangan dan panduan latihan yang disediakan. Prinsip latihan yang khusus
harus ditekankan bagi meningkatkan perubahan ketangkasan maksimum ketika beraksi.
Berdasarkan kenyataan Jo’zef (1996), ketangkasan hanya boleh ditingkatkan dengan
beberapa latihan spesifik yang dijalankan secara teratur. Ia juga melibatkan aspek kemahiran
terbuka dan tertutup yang ada pada seseorang. Semua ini adalah berkait rapat antara satu
sama lain. Latihan yang dijalankan ini mestilah bermula dengan gerakan kaki yang baik dan
gerakan ini banyak mempengaruhi aspek ketangkasan pemain.
Selain itu, Helen et al. (1996), menyatakan bahawa ketangkasan adalah kelakuan
motor yang melibatkan pergerakan yang berturutan dengan arah yang berbeza dengan
seberapa cekap dan pantas yang boleh. Tambahan lagi, Mahamad Amran (1993) menyatakan
bahawa ketangkasan merujuk kepada kemampuan individu menukar arah dan kelajuan
semasa bergerak. Beliau juga menyatakan ketangkasan boleh dibina jika melakukan
pergerakan itu berulang kali seperti aktiviti lari ulang-alik.
Tahap ketangkasan bergantung kepada beberapa faktor yang boleh diambil kira bagi
mempertingkatkan prestasi seseorang individu. Antara faktor-faktor tersebut ialah seperti
faktor genetik, latihan, pengalaman dan ujian. Selain daripada itu ketangkasan juga boleh
diukur dan ditingkatkan melalui latihan, amalan dan perancangan program yang teliti.
Melalui ujian ketangkasan juga boleh dijadikan sebagai satu kriteria yang wajar dibuat untuk
pemilihan pemain-pemain dalam sukan-sukan tertentu. Ketangkasan yang juga merupakan
salah satu komponen kecergasan fizikal perlu dititikberatkan dan diberi perhatian kerana ia
diperlukan oleh semua orang dalam melakukan aktiviti harian.
Sifat ketangkasan bukan sahaja melibatkan kepantasan tetapi juga termasuk
kebolehan badan membuat perubahan pergerakan atau arah pergerakan secara tiba-tiba
(Hunsicker, 1974).
Keberkesanan ketangkasan dapat dilihat apabila ia digabungkan dengan
faktor-faktor kecergasan lain. Annarino (1976) berpendapat bahawa kebolehan dan
keberkesanan ketangkasan melibatkan faktor masa reaksi dan masa pergerakan yang
mana ia dikaitkan dengan kelajuan dan ketepatan tentang reaksi satu kumpulan otot
tertentu untuk bertindak balas ke atas sebarang aktiviti lakuan motor.
Barrow dan McGee (1979) menyatakan keberkesanan ketangkasan dapat
dipertingkatkan dengan gabungan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot,
kepantasan, deria kinestetik dan koordinasi. Faktor kekuatan dan daya tahan otot
boleh meningkatkan kepantasan, maka secara tidak langsung faktor tersebut boleh
mempengaruhi keberkesanan ketangkasan. Seseorang boleh bertindak lebih tangkas
dengan mengubahsuaikan darjah ketepatan dan konsistensi bagi kedudukan badan
atau bahagian badan tertentu semasa bergerak dalam ruang. Selain itu, faktor
koordinasi yang baik dapat dihubungkaitkan dengan ciri semulajadi sesuatu
pergerakan.
Mengikut Jo’zef (1996) ketangkasan hanya boleh ditingkatkan dengan beberapa
latihan spesifik yang dijalankan secara teratur dan terurus. Menurut Keller (1942)
berpendapat bahawa ketangkasan setiap orang adalah berbeza mengikut tahap kecergasan
fizikal masing-masing.
Hasil daripada kajian oleh Asha Hasnimy dan Mariana Bt Abd Manan (2008), telah
menunjukkan bahawa tahap ketangkasan boleh ditingkatkan melalui program latihan yang
dijalankan selama empat minggu. Ini menunjukkan bahawa sesebuah program latihan itu
mampu mempertingkatkan aspek yang tertentu sekiranya latihan-latihan yang spesifik dalam
program tersebut dijalankan secara teratur dan terurus.
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi ketangkasan terdiri daripada faktor
umur, tahap kematangan, saiz badan, jenis bentuk badan, pemakanan dan
persekitaran (Clarke, 1976).
Oleh yang demikian kajian ini bertujuan melihat sejauhmanakah peningkatan
ketangkasan atlit bola jaring murid Tahap 2 tercapai melalui Illinois.
Objektif Kajian
Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui
kajian berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti.
Objektif Utama:
i. Meningkatkan ketangkasan bola jaring murid Tahap 2
Objektif Khusus:
i. Meningkatkan tahap ketangkasan murid Tahap 2
ii. Mengenal pasti terdapat perbezaan signifikan antara murid yang berumur 10,
11 dan 12 tahun.
iii. Membanding beza terdapat perbezaan signifikan terhadap tahap ketangkasan
murid setelah melalui latihan litar selama 4 minggu.
Persoalan Kajian
Menurut Chua Y.P. (2005), soalan dan objektif kajian berhubung rapat antara
satu sama lain. Soalan kajian ialah soalan yang dibina berpandukan kepada objektif
kajian, yang mana jawapan kepada soalan ini akan membantu pengkaji untuk
mencapai objektif dan tujuan kajian. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk
menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan cara untuk meningkatkan
kemahiran mengacah bola jaring murid Tahap 2 di SK Abang Ali, Sibu. Di antara
persoalannya adalah seperti berikut:
i. Adakah latihan litar dapat meningkatkan ketangkasan bola jaring
murid Tahap 2?
ii. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara murid umur 10, 11 dan
12 tahun ?
iii. Adakah terdapat pebezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca?
Limitasi Kajian
Limatasi kajian adalah seperti berikut iaitu kajian ini :
a. Hanya dijalankan di sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) di
bandar Sibu. Oleh itu, dapatan hanya mengambarkan keadaan
persekitaran dan keupayaan murid di sekolah tersebut sahaja.
b. Dijalankan terhadap murid perempuan Tahap 2 sahaja.
c. Berdasarkan dapatan ujian Illinois yang dibuat secara rawak terhadap
murid perempuan Tahap 2.
d. Terbatas kepada tempoh masa yang singkat iaitu dalam masa 4
minggu sahaja sepanjang tempoh internship di sekolah.
Kumpulan Sasaran
Populasi kajian didefinisikan sebagai kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan
kepada siapa hasil penyelidik akan digeneralisasikan (Gay & Airasian, 2003). Menurut Chua
Y.P dalam bukunya Kaedah Penyelidikan (2004) pula, persampelan adalah berkaitan dengan
proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai
respoden kajian. Persampelan merupakan satu aspek penting dalam penyelidikan kerana
penggunaan sampel yang tidak sesuai akan mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan
kajian. Selain daripada faktor-faktor reka bentuk kajian dan pengukuran, kualiti hasil
penyelidikan juga bergantung kepada persampelan kajian.
Masalah persampelan akan timbul jika pengkaji tidak membuat perancangan
prosedur persampelan sebelum kajian dilakukan. Perancangan persampelan yang rapi bukan
sahaja memudahkan pengkaji untuk mengumpul data daripada sampel kajian, malah ia juga
dapat mengurangkan ralat pengukuran dan menjimatkan masa serta perbelanjaan.
Persampelan yang akan digunakan oleh penyellidik adalah persampelan mudah ataupun
disebut sebagai convenience sampling. Persampelan ini disifatkan sebagai sampel accidental
atau available (Babbie 1998). Persampelan jenis ini dipilih berasaskan kepada subjek kajian
yang mudah diperoleh untuk kajian tertentu. Sebagai contoh, adalah menjadi kebiasaan bagi
guru-guru menggunakan pelajar sendiri sebagai subjek kajian mereka.
Hal ini lazim berlaku kerana setiap perkembangan individu yang terlibat dalam
proses pengajaran tersebut mampu untuk dilihat setiap satu darinya. Oleh itu, kumpulan
sasaran pengkaji adalah terdiri daripada murid-murid perempuan Tahap 2 yang berjumlah
seramai 30 orang. Murid-murid dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelbagai bangsa
keturunan, latar belakang, tahap pengetahuan dan kemahiran serta kedudukan sosial.
Guru telah memilih 30 orang murid secara rawak dengan cara undian. Seramai 120
orang nama murid telah dilipat dan diletakkan dalam sebuah bekas. Guru telah melakukan
cabutan untuk mendapatkan sampel seramai 30 orang tersebut.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menentukan respondennya yang terdiri daripada
murid-murid perempuan Tahap 2 yang mengambil sukan bola jaring sebagai pilihan dalam
Gerko.
Prosedur Tindakan
Ujian Illinois telah
lingkungan 10 tahun-12 tahun.
yang akan dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan ujian dapat dilakukan dengan
betul sekaligus memberikan keputusan yang tepat.
Rajah 1.0 : Carta Alir Perlaksanaan Kajian
Prosedur ujian Illinois
Rajah 2.0: Ujian Illinois
Taklimat kepada murid tentang prosedur
ujian yang akan dijalankan
Tindakan
llinois telah dijalankan terhadap murid perempuan yang berusia dala
12 tahun. Penyelidik akan memberi penerangan tentang prosedur ujian
yang akan dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan ujian dapat dilakukan dengan
betul sekaligus memberikan keputusan yang tepat.
Carta Alir Perlaksanaan Kajian
Prosedur ujian Illinois
Ujian Illinois
Menjalankan ujian ketangkasan iaitu Ujian Illinois
Taklimat kepada murid tentang prosedur
ujian yang akan dijalankan
dijalankan terhadap murid perempuan yang berusia dalam
Penyelidik akan memberi penerangan tentang prosedur ujian
yang akan dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan ujian dapat dilakukan dengan
Menjalankan ujian ketangkasan iaitu Ujian Illinois (N=30)
Objektif utama ujian Illinois adalah untuk menilai ketangkasan dalam berlari sambil
menukar arah dengan pantas sewaktu melakukan ujian. Peralatan dan kemudahan yang
diperlukan untuk melaksanakan ujian ini memerlukan penyelidik untuk memastikan bahawa
lantai tempat untuk menjalankan ujian Illinois tidak licin, 8 skittel diperlukan, pita pengukur
dan 1 jam randik.
Prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalankan ujian Illinois adalah penyelidik
harus menetapkan jarak di antara skitel. 8 skitel akan diletakkan seperti dalam Rajah 2 di
atas. Subjek akan berdiri di hadapan skitel yang pertama iaitu di garisan permulaan. Apabila
isyarat “sedia” diberi, subjek akan berlari dengan seberapa pantas yang mungkin mengikut
arah dan susunan skitel seperti mana dalam Rajah 2 tanpa menjatuhkan skitel. Apabila
subjek telah tiba di garisan penamat, jam randik akan ditekan untuk mendapatkan bacaan
masa(s) larian tadi. Dua percubaan diberikan dan. masa terbaik daripada dua percubaan
tersebut diambil kira.
Cara mengumpul data
Bagi mendapatkan satu kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi
merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi menjamin kaedah yang digunakan
oleh penyelidik dalam kajian ini adalah bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak
dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan dalam kajian. Metodologi penyelidikan
memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan penyelidikan (Azizi Yahaya,
Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, Abdul Rahim Hamdan, 2007). Bab ini akan
menjelaskan tentang metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk
menyempurnakan kajian ini. Aspek yang dibincangkan termasuklah cara mengumpul data,
instrumen kajian, reka bentuk kajian dan populasi/sampel.
Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif. Sampel dan
populasi kajian terdiri daripada murid-murid perempuan Tahap 2. Kesan daripada kajian
tindakan ini akan dilihat pada keberkesanan latihan litar dalam mempertingkatkan
ketangkasan murid. Ujian pra dan ujian pasca akan dijalankan terhadap murid dengan
menggunakan ujian Illinois. Latihan litar yang telah diubahsuai oleh penyelidik akan
dilaksanakan selama 3 sesi bagi tempoh 4 minggu (3 set dalam 1 sesi) akan dijalankan
terhadap subjek. Data akan dikumpul dalam jangka masa 4 minggu iaitu sepanjang tempoh
Internship.
Latihan Litar Yang Diubahsuaikan
Rajah 3.0 : Stesen-stesen dalam Latihan Litar yang Diubahsuai
Objektif utama latihan litar yang telah diubahsuai oleh penyelidik adalah untuk
meningkatkan ketangkasan serta kekuatan dan daya tahan otot murid. Latihan litar ini akan
dilaksanakan selama 3 sesi bagi tempoh 4 minggu (3 set dalam 1 sesi). Penyelidik telah
mengubahsuai latihan litar kepada empat stesen, iaitu terdapat empat aktiviti senaman yang
dipilih, diatur dan dinomborkan di tempat tertentu., iaitu :
i) Stesen 1 – Lari ulang alik 10m
ii) Stesen 2 – Bangkit tubi
iii) Stesen 3 – Lompat kuadran
Stesen 1
Lari ulang-alik 10m
Stesen 4
Stesen 2
Stesen 3
Lentik Belakang
Bangkit Tubi
Lompat Kuadran
5m
5m
iv) Stesen 4 – Lentik Belakang
Rasional penyelidik memodifikasikan latihan litar ini kepada empat stesen adalah kerana
program latihan litar ini disediakan khas untuk murid-murid sekolah rendah. Kemampuan
murid harus diambil kira berdasarkan usia dan tahap murid dalam melakukan sesuatu
aktiviti.
Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen, di mana untuk memudahkan
pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar mengikut urutan yang ditetapkan.
Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihan ataupun satu litar setelah menghabiskan
satu pusingan latihan. Bilangan satu set latihan yang diperlukan adalah bergantung kepada
keperluan dan kemampuan individu.
Mengikut Anthony A. Annarmo pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian fizikal
(conditioning) di mana prinsip lebihan bebanan diamalkan kepada otot dan sistem respirasi
dalam tempoh masa yang dihadkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam latihan litar
ialah:
Faktor Masa
Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalam masa
satu atau 30 saat dengan mengambil 50% daripada dosej dan digunakan dalam latihan.
Latihan akan dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan hingga ke stesen akhir tanpa
rehat.
Faktor Ulangan
Latihan litar dibuat secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiap aktiviti
ditetapkan.
Stesen-Stesen dalam Latihan Litar Ubahsuai
Berikut adalah 4 stesen dan kesannya terhadap otot-otot yang terlibat.
Jadual 1.0 : Kemahiran yang terlibat dalam stesen latihan litar
Stesen Aktiviti Kesan Kemahiran
Komponen
Kecergasan
Otot Yang
Terlibat
1 Lari ulang alik 10m Membina
ketangkasan dan
kelajuan pergerakan
Gastrocnemius
Hamstring,
Quadriceps
Ketangkasan,
kelajuan
2 Bangkit tubi Kekuatan abdomen
perut
Rectus abdominis Membina
kekuatan
abdomen
3 Lompat kuadran Daya tahan otot
abdomen
Gastrocnemius
Hamstring
Quadriceps
Kekuatan otot
kaki
4 Lentik belakang Kelenturan Latissimus dorsi Membina
kelenturan
Pengelolaan Latihan Litar
Stesen 1 : Lari ulang alik 10m
Aktiviti:
1. Pelaku berdiri di garisan permulaan dalam keadaan bersedia untuk berlari.
2. Apabila wisel dibunyikan, pelaku akan berlari dalam jarak 10 meter dari A ke B
dan dari B ke A.
3. Pelaku yang sampai ke garisan A dikira sebagai satu ulangan lengkap.
Otot yang terlibat:
1. Gastrocnemius
2. Hamstring
3. Quardriceps
Stesen 2 : Bangkit tubi
Aktiviti:
1. Pelaku dalam keadaan baring dan pasangan pelaku menahan kaki pelaku.
2. Apabila wisel dibunyikan, pelaku melakukan bangkit tubi dalam masa 30 saat
semaksimum yang mungkin.
Otot yang terlibat:
1. Rectus abdominis
Stesen 3 : Lompat Kuadran
Aktiviti:
1. Pelaku berdiri di hadapan petak lompat kuadran yang telah disediakan dalam
keadaan bersedia.
2. Apabila wisel dibunyikan, pelaku akan melakukan lompatan selama 30 saat
untuk mendapatkan dosej maksimum.
Otot yang terlibat:
1. Gastrocnemius
2. Hamstring
3. Quardriceps
Stesen 4 : Lentik belakang
Aktiviti:
1. Pelaku dalam keadaan meniarap dan berada dalam keadaan sedia untuk
melakukan lentik belakang.
2. Apabila wisel dibunyikan, pelaku akan melakukan lentik belakang selama 30 saat
untuk mencari dosej maksimum.
Otot yang terlibat:
1. Gastrocnemius
2. Hamstring
3. Quardriceps
Tempoh Pelaksanaan Latihan Litar
Latihan litar ini akan dilaksanakan selama 3 sesi bagi tempoh 4 minggu (3 set dalam
1 sesi).
Jadual 2.0 : Hari dan ulangan set dalam litar bagi tempoh 4 minggu
Minggu
Ulangan
Sesi
Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3
M1
Set 1
Set 2
Set 3
M2
Set 1
Set 2
Set 3
M3
Set 1
Set 2
Set 3
M4
Set 1
Set 2
Set 3
Prosedur latihan litar ubahsuai
1. Peserta perlu memanaskan badan sekurang-kurangnya 10-15 minit dengan kadar
denyutan nadi seminit
2. Peserta dalam keadaan berpasangan, bersedia dan setiap pasangan bermula dari
stesen yang berlainan.
3. Bagi setiap aktiviti, cara perlakuan mesti didemonstrasikan terlebih dahulu dan
stesen taklimat atau penerangan.
4. Peserta melakukan latihan litar untuk setiap stesen secara pusingan jam
5. Setiap pasangan seorang akan bertindak sebagai pencatat masa atau skor dalam
tempoh ulangan ditentukan.
6. Setelah setiap peserta menamatkan semua aktiviti bolehlah mendapatkan dosej
maksima bagi setiap aktiviti iaitu 50% daripada keupayaan minimum.
Contohnya dalam tempoh 30 saat, peserta “A” dapat melakukan lentik belakang
sebanyak 10 kali. Oleh itu dosej latihannya bagi 50% ialah 5 kali.
7. Setelah memperolehi dosej latihan, peserta hendaklah melakukan litarnya
sebanyak satu pusingan tanpa rehat untuk tujuan mencari masa dasarnya.
8. Berdasarkan masa dasar yang diperolehi, peserta akan dapat menetapkan masa
sasaran iaitu 2/3 dari masa dasar atau berdasarkan peratus dari masa dasar.
9. Setiap peserta akan melakukan 3 set latihan litar berdasarkan masa sasaran yang
telah ditetapkan.
10. Setiap sesi latihan litar akan diberikan masa rehat sebanyak 1 minit sebelum
melakukan sesi yang kedua dan sesi yang ketiga.
11. Selepas tamat latihan, peserta hendaklah melakukan aktiviti menyejukkan
badan.
Jadual 3.0 : Pelaksanaan prosedur latihan litar ubasuai
LATIHAN LITAR
PROSEDUR
1
Semua murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu : (Kumpulan A & B)
• Kumpulan A – melakukan aktiviti
• Kumpulan B – membantu dan merekodkan keputusan semasa
2
Setiap pasangan murid bergerak dari stesen yang berlainan
3
Murid bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain mengikut arah pusingan jam.
4
Wisel dibunyikan untuk memulakan aktiviti dan menamatkan setiap aktiviti di setiap stesen.
5
Aktiviti di setiap stesen dilakukan dengan usaha maksimum selama 30 saat.
6
Masa rehat antara aktiviti di stesen-stesen ialah selama 1 minit.
7
Rekodkan bilangan ulangan bagi setiap aktiviti dalam borang skor yang disediakan.
8
Setelah tamat satu set latihan litar, murid hendaklah bertukar peranan.
Masa aktiviti setiap stesen 30 saat
Dosej latihan 50% daripda dosej maksimum
Masa rehat antara stesen 1 minit
Set 3 set
Masa rehat antara set 3 minit
Reka Bentuk Kajian
Rekabentuk kajian merupakan satu rangka kerja untuk mendapatkan satu kesimpulan
atau jawapan terhadap satu persoalan (Yin, 1994). Dengan adanya rekabentuk kajian,
pengkaji akan dibimbing sepanjang proses pengumpulan maklumat, menganalisis dan
menterjemahkan pemerhatian yang telah dijalankan. Oleh kerana pengkaji ingin
mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai tajuk yang akan dikaji, maka kajian
ini memilih rekabentuk penyelidikan secara kuantitatif.
Rajah 4.0 : Peringkat Kajian Tindakan
Berdasarkan peringkat kajian tindakan di atas, didapati terdapa
dalam menjayakan kajian yang dijalankan. Pada peringkat tinjauan, masalah
dihadapi di sekolah perlu dikenal pasti dan cuba diselesaikan untuk meningkatkan prestasi.
Masalah yang didapati ialah tahap ketangkasan bola jari
Tahap 2 masih kurang memuaskan dan lemah. Seterusnya, kajian ini cuba merancangkan
jalan penyelesaian atau tindakan dengan menggunakan latihan litar yang telah diubahsuai
bagi meningkatkan ketangkasan murid.
Dalam peringkat
mendapatkan maklum balas bagi mencapai matlamat yang ditentukan sebelum itu. Akhirnya,
renungan atau membuat refleksi kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada
dan tertumpu kepada penyelesaian masalah dalam bilik darjah (Shahabuddin Hashim, et.al.
2003:205).
Kajian ini merupakan kajian
kuantitatif. Reka bentuk kajian
penyelidik melihat keberkesanan latihan litar dalam meningkatkan tahap kecergasan pemain
bola jaring. Reka bentuk kajian ekperimental melibatkan pengumpulan maklumat secara
sistematik iaitu penyelidik membuat tinjauan sejauh manakah ketangkasan perempuan Tahap
2 dengan menggunakan ujian Illinois.
Peringkat 1 : Tinjauan
Peringkat Kajian Tindakan
Berdasarkan peringkat kajian tindakan di atas, didapati terdapat empat peringkat asas
dalam menjayakan kajian yang dijalankan. Pada peringkat tinjauan, masalah
dihadapi di sekolah perlu dikenal pasti dan cuba diselesaikan untuk meningkatkan prestasi.
Masalah yang didapati ialah tahap ketangkasan bola jaring di kalangan murid perempuan
Tahap 2 masih kurang memuaskan dan lemah. Seterusnya, kajian ini cuba merancangkan
jalan penyelesaian atau tindakan dengan menggunakan latihan litar yang telah diubahsuai
bagi meningkatkan ketangkasan murid.
Dalam peringkat ketiga, apa yang dirancang atau dikaji akan dilaksanakan untuk
mendapatkan maklum balas bagi mencapai matlamat yang ditentukan sebelum itu. Akhirnya,
renungan atau membuat refleksi kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada
ada penyelesaian masalah dalam bilik darjah (Shahabuddin Hashim, et.al.
Kajian ini merupakan kajian kuasi eksperimental yang menggunakan kaedah
kuantitatif. Reka bentuk kajian kuasi eksperimental ini dipilih untuk membolehkan
keberkesanan latihan litar dalam meningkatkan tahap kecergasan pemain
Reka bentuk kajian ekperimental melibatkan pengumpulan maklumat secara
sistematik iaitu penyelidik membuat tinjauan sejauh manakah ketangkasan perempuan Tahap
gunakan ujian Illinois.
Peringkat 2: Perancangan
Peringkat 3: Pelaksanaan
t empat peringkat asas
dalam menjayakan kajian yang dijalankan. Pada peringkat tinjauan, masalah-masalah yang
dihadapi di sekolah perlu dikenal pasti dan cuba diselesaikan untuk meningkatkan prestasi.
ng di kalangan murid perempuan
Tahap 2 masih kurang memuaskan dan lemah. Seterusnya, kajian ini cuba merancangkan
jalan penyelesaian atau tindakan dengan menggunakan latihan litar yang telah diubahsuai
ketiga, apa yang dirancang atau dikaji akan dilaksanakan untuk
mendapatkan maklum balas bagi mencapai matlamat yang ditentukan sebelum itu. Akhirnya,
renungan atau membuat refleksi kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada
ada penyelesaian masalah dalam bilik darjah (Shahabuddin Hashim, et.al.
eksperimental yang menggunakan kaedah
untuk membolehkan
keberkesanan latihan litar dalam meningkatkan tahap kecergasan pemain
Reka bentuk kajian ekperimental melibatkan pengumpulan maklumat secara
sistematik iaitu penyelidik membuat tinjauan sejauh manakah ketangkasan perempuan Tahap
Peringkat 4: Renungan/ Refleksi
Kaedah kuantitatif merupakan satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan
pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numeric
(Ary, Jacobs & Razavieh, 2002:12). Kaedah ini digunakan untuk memahami dan
menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi.
Kaedah Kuantitatif
Kaedah kuantitatif pula digunakan sekiranya persoalan kajian memerlukan
penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik (Sabitha Marican, 2005). Kajian ini selalu
diperlihatkan dalam bentuk perkiraan yang merangkumi nombor dan formula-formula yang
tertentu. Pada kebiasaannya, hasil kajian sesebuah penyelidikan kuantitatif adalah dalam
bentuk jadual, gambarajah dan perkiraan statistik.
Menurut Chua Y.P. (2006), kaedah kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan
ketepatan. Melalui kaedah ini, variabel-variabel dalam suatu fenomena di bawah kajian
dioperasikan sebelum diukur. Pengukuran data dalam penyelidikan kuantitatif
mengutamakan kesahan dan kebolehpercayaan. Ianya dilakukan untuk menguji teori,
membina fakta dan menyatakan perhubungan antara variabel-variabel dalam fenomena
dalam kajian.
Kaedah kuantitaif akan dilaksanakan dengan ujian Illinois menggunakan borang
skor. Borang skor ujian Illinois akan diedarkan kepada seramai 30 murid perempuan Tahap
2. Dalam berpasangan murid akan mencatatkan borang skor tersebut dengan bimbingan dan
arahan daripada penyelidik kajian.
Instrumen Kajian
Instrumen menentukan jenis data yang diperolehi dan ini mempengaruhi jenis
analisis penyelidik. Penyelidik boleh menggunakan instrumen yang telah sedia ada yang
telah dibina oleh orang lain atau membina instrumennya sendiri. Dalam usaha menjalankan
kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti masalah kajian dan mendapatkan pelbagai
maklumat berkaitan kajian. Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah Ujian
Illionois. Sebelum menjalankan ujian Illinois, penyelidik telah melakukan ujian rintis
terlebih dahulu untuk mendapatkan kebolehpercayaan ujian Illinois yang bakal dijalankan .
Kajian ini telah dilaksanakan dengan melakukan ujian pra dan pasca.
Ujian Rintis
Menurut William Wiessma (2000), kebolehpercayaan instrumen ialah suatu
nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Ketekalan bermaksud
apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang
masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama
atau hampir sama. Howard Wainer & Henry I. Braun (1988).
Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan (preliminary trial) sebelum item-item
daripada ujian sebenar dikenakan pada subjek sebenar. Menurut Walter R. Borg & Meredith
Damien Gall (1979), tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk mendapatkan ketelusan data
daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu. Tujuan lain adalah untuk menilai
ketekalan reliability item.
Menurut Baumgartner (1989) bilangan subjek antara 30 hingga 50 orang sudah
memadai untuk menguji kebolehpercayaan sesuatu ujian. Kenyataan ini juga disokong oleh
Morrow dan Jackson (1993) yang melaporkan bahawa bilangan minimum untuk kajian
kebolehpercayaan ialah seramai 30 orang.
Sebelum menjalankan ujian Illinois terhadap subjek sebenar (n=30), penyelidik telah
melakukan ujian rintis terhadap 30 orang murid perempuan Tahap 2 untuk mendapatkan
pekali kebolehpercayaan ujian Illinois yang akan dijalankan. Sebelum ujian Illinois
dijalankan, penyelidik telah memberi penerangan terlebih dahulu tentang prosedur ujian
yang telah dilakukan kepada murid. Sebanyak 2 percubaan akan dibuat dan masa akan
dicatatkan dalam borang skor. Penyelidik telah menggunakan kaedah uji dan ulang uji
korelasi Pearson untuk mengukur kebolehpercayaan di antara masa(s) cubaan 1 dan masa(s)
cubaan 2 ujian Illinois yang telah dilaksanakan.
Jadual 4.0 : Keputusan Korelasi Pearson Cubaan 1 dan Cubaan 2 Ujian Illinois
Nilai pekali korelasi di antara skor masa (s) cubaan 1 dan masa (s) masa cubaan 2
ujian Illinois ialah 0.92 (very good realiability). Ini bermakna ujian Illinois mempunyai
pekali kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan untuk menjalankan ujian terhadap
subjek sebenar.
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Terdapat dua jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian digunakan untuk
membandingkan pretasi murid sebelun dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi
dijalankan.
Oleh itu dalam konteks kajian yang dijalankan untuk mengetahui peratus murid yang
mengalami masalah dalam ketangkasan, pengkaji telah memberikan ujian Pra (rujuk
lampiran II) terlebih dahulu kepada sampel. Kemudian, setelah mengetahui junlah kekerapan
masalah tersebut, guru akan menjalankan latihan litar yang telah diubahsuaikan untuk
mengatasinya. Untuk mengetahui sama ada latihan litar tersebut berjaya atau tidak, pengkaji
Correlations
C1 C2
C1 Pearson Correlation 1 .921**
Sig. (2-tailed)
.000
N 30 30
C2 Pearson Correlation .921** 1
Sig. (2-tailed) .000
N 30 30
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
akan membuat ujian pasca (rujuk lampiran III ). Keputusan ujian pasca tersebut akan
menentukan sama ada objektif kajian tercapai atau tidak.
Kerangka Konseptual Kajian
Rajah 5.0 : Kerangka konseptual kajian
Kajian ini telah pun dibina untuk mempertingkatkan tahap ketangkasan bola jaring
murid perempuan Tahap 2 dengan menggunakan latihan litar yang telah diubahsuai oleh
penyelidik untuk mempertingkatkan lagi ketangkasan murid. Instrumen untuk kajian ini
adalah ujian Illinois.
Kesimpulan
Kesimpulannya, bab ini telah menerangkan tentang metodologi kajian yang
digunakan. Maklumat mengenai tindakan yang dijalankan, iaitu proses kajian, reka bentuk
kajian, populasi dan persampelan kajian, instrumen kajian serta prosedur pengumpulan data.
Dengan penerangan di atas, pengkaji berharap dapat memberikan maklumat yang jelas
tentang bagaimana proses kajian dijalankan sehingga mendapat data yang diharapkan.
Ujian Pra Ujian Pasca
Rawatan Latihan litar
Ujian Illinois Ujian Illinois
Analisis dan Interpretasi Data
Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik menganalisis data berdasarkan persoalan kajian dan
tindakan yang telah dijalankan oleh penyelidik. Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah
kaedah kuantitatif. Sampel dan populasi kajian terdiri daripada murid-murid atlit perempuan
Tahap 2 dalam sukan bola jaring.
Tindakan ini akan melihat keberkesanan latihan litar yang telah diubahsuaikan
dalam mempertingkatkan tahap ketangkasan bola jaring di kalangan murid perempuan Tahap
2. Dalam kajian ini, insturmen yang digunakan ialah ujian Illinois.
Data-data kajian
Dalam kajian ini, penyelidik akan mendapatkan data-data dalam bentuk skor mentah
terhadap 30 orang subjek mengikut prosedur yang telah ditetapkan dengan ujian Illinois.
Skor mentah yang diperolehi daripada ujian Illinois akan diberi penganugerahan skor
mengikut norma skor ujian Illinois. (Davis et al. 2000).
Jadual 5.0 : Norma Skor Bagi Ujian Illinois
Norma Skor Bagi Ujian Illinois (saat)
Skor Lelaki Perempuan
Cemerlang < 15.2 < 17.0
Terbaik 16.1-15.2 17.9-17.0
Baik 18.1-16.2 21.7-18.0
Sederhana 18.3-18.2 23.0-21.8
Lemah >18.3 >23.0
Persoalan 1
i. Adakah latihan litar dapat meningkatkan ketangkasan bola jaring
murid Tahap 2?
Jadual 6.0 : Keputusan analisis ujian t sampel berpasangan bagi ujian pra dan pasca
Paired Samples Statistics
Mean N Std. Deviation Std. Error Mean
Pair 1 UJIAN PRA 21.0167 30 1.14081 .20828
UJIAN PASCA 17.9167 30 1.07546 .19635
Analisis ujian t sampel berpasangan digunakan bagi membandingkan skor min ujian
pra dan ujian pasca. Keputusan menunjukkan skor min bagi ujian pra (M = 21.02, SD = 1.14.
Manakala skor min bagi ujian pasca pula (M = 17.92, SD = 1.08). Ini menunjukkan bahawa
keputusan skor min bagi ujian pasca lebih rendah (lebih pantas) secara signifikan berbanding
dengan skor min ujian pra (M = 21.02, SD = 1.14), t, (29) = 18.78, p = 0.000
Paired Samples Test
Paired Differences
t df
Sig. (2-
tailed) Mean
Std.
Deviation
Std. Error
Mean
95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower Upper
Pair
1
UJIAN PRA -
UJIAN PASCA
3.1000
0
.90401 .16505 2.76244 3.43756 18.782 29 .000
Kesimpulan
Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara
min (M) ujian pra dan min (M) ujian pasca. Berdasarkan dapatan tersebut maka latihan litar
telah meningkatkan ketangkasan atlit.
Persoalan 2
ii. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara murid umur 10, 11, dan
12 tahun ?
Demografi umur responden
Jadual 7.0 : Demografi respoden dari segi umur
iii.
iv. v.
vi.
vii.
viii.
D
Dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam jadual 6.0 menunjukkan
seramai 30 respoden terlibat dalam kajian ini. Dari segi aspek umur, seramai 9 orang
atau 28.1% responden dalam lingkungan umur 10 tahun, 13 orang atau 40.6%
responden yang berumur 11 tahun serta 8 orang atau 25.0% responden yang berumur
12 tahun. Jadual ini menunjukkan bahawa responden yang berumur 11 tahun lebih
ramai berbanding daripada respoden yang berumur 10 tahun dan 12 tahun.
UMUR
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 10 TAHUN 9 28.1 30.0 30.0
11 TAHUN 13 40.6 43.3 73.3
12 TAHUN 8 25.0 26.7 100.0
Total 30 93.8 100.0
Missing System 2 6.3
Total 32 100.0
Graf 1.0 : Taburan kekerapan umur responden
Analisis perbezaan umur
Ujian Anova sehala dijalankan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap ketangkasan murid di antara umur 10-12 tahun melalui ujian pra.
Descriptives
UJIAN PRA
N Mean
Std.
Deviation
Std.
Error
95% Confidence Interval
for Mean
Minimu
m
Maximu
m
Lower
Bound
Upper
Bound
10
TAHUN
9 21.5000 .70711 .23570 20.9565 22.0435 20.00 22.00
11
TAHUN
13 20.9231 1.22213 .33896 20.1846 21.6616 18.00 23.00
12
TAHUN
8 20.6250 1.32961 .47009 19.5134 21.7366 18.50 22.00
Total 30 21.0167 1.14081 .20828 20.5907 21.4427 18.00 23.00
Jadual 8.0: Analisis Ujian Post Hoc Anova Sehala
ANOVA
UJIAN PRA
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups 3.444 2 1.722 1.355 .275
Within Groups 34.298 27 1.270
Total 37.742 29
Melalui Jadual 8.0, descriptive memberi maklumat mengenai skor min ujian pra dan
sisihan piwai bagi murid yang berumur 10 tahun, 11 tahun dan 12 tahun.
Dapatan analisis bagi ujian pra, skor min dan sisihan piawai murid yang berumur 10
tahun (M = 21.50, SD = .71), murid yang berumur 11 tahun (M = 20.92, SD = 1.22) dan
murid yang berumur 12 tahun (M = 20.63, SD = 1.14).
Kesimpulan
Ujian Anova Sehala dijalankan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap ketangkasan murid di antara umur 10, 11 dan 12 tahun. Analisis
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p <0.05, F(2, 30) =1.36, p=
0.28. Perbandingan Post Hoc menggunakan ujian Tukey tidak menunjukkan sebarang
perbezaan skor min ujian pra yang signifikan di antara umur 10 tahun (M= 21.50, SD= 0.71),
umur 11 tahun (M= 20.92, SD= 1.22) dan umur 12 tahun (M= 20.63, SD=1.33).
Persoalan 3
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan
pasca?
Jadual 9.0 : Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pra
Ujian Pra murid Tahap 2 bagi ujian Illinois
SKOR UJIAN PRA
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid BAIK 19 59.4 63.3 63.3
SEDERHANA 11 34.4 36.7 100.0
Total 30 93.8 100.0
Missing System 2 6.3
Total 32 100.0
Jadual 9.0 menunjukkan keputusan bagi ujian pra Ujian Illinois bagi murid
perempuan Tahap 2. Dapatan kajian menunjukkan seramai 19 orang atau 59.4% mendapat
skor baik, 11 orang atau 34.4% murid mendapat skor sederhana dalam ujian Illinois.
Graf 2.0 : Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pra
Jadual 10.0: Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pra.
Berdasarkan Jadual 10.0, min bagi ujian pra bagi murid yang berumur 10 tahun,
min = 3.56 dan sisihan piawai adalah 0.53. Bagi murid yang berumur 11 tahun, min = 3.23
Descriptives
SKOR UJIAN PRA
N Mean Std. Deviation
10 TAHUN 9 3.5556 .52705
11 TAHUN 13 3.2308 .43853
12 TAHUN 8 3.3750 .51755
Total 30 3.3667 .49013
Model Fixed Effects .48705
Random Effects
dan sisihan piawai adalah 0.44, manakala bagi murid yang berumur 12 tahun, min= 3.37
dan sisihan piawai adalah 0.52.
Graf 3.0: Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pra.
Ujian Pasca murid Tahap 2 bagi ujian Illinois
Jadual 11.0 : Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pasca
SKOR UJIAN PASCA
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid CEMERLANG 3 9.4 10.0 10.0
TERBAIK 7 21.9 23.3 33.3
BAIK 20 62.5 66.7 100.0
Total 30 93.8 100.0
Missing System 2 6.3
Total 32 100.0
Jadual 11.0 menunjukkan keputusan bagi ujian pasca Ujian Illinois bagi murid
perempuan Tahap 2. Dapatan kajian menunjukkan seramai 3 orang atau 9.4% mendapat
skor cemerlang, 7 orang atau 21.9% murid mendapat skor terbaik, dan 20 orang atau 62.5%
murid mendapat skor baik dalam ujian Illinois.
Graf 4.0 : Taburan skor ujian Illinois semasa ujian pasca
Jadual 12.0: Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pasca
Berdasarkan Jadual 13.0, min bagi ujian pasca bagi murid yang berumur 10 tahun,
min = 2.89 dan sisihan piawai adalah 0 .33. Bagi murid yang berumur 11 tahun, min = 2.54
Descriptives
SKOR UJIAN PASCA
N Mean Std. Deviation
10 TAHUN 9 2.8889 .33333
11 TAHUN 13 2.5385 .66023
12 TAHUN 8 2.2500 .88641
Total 30 2.5667 .67891
dan sisihan piawai adalah 0.66. Manakala bagi murid yang berumur 12 tahun, min= 2.57
dan sisihan piawai adalah 0.68.
Graf 5.0: Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pasca
Kesimpulan
Graf 6.0 : Taburan skor ujian pra dan ujian pasca
Kesimpulannya, terdapat peningkatan di antara ujian pra dan ujian pasca. Semasa
ujian pra seramai 19 orang mendapat skor baik, 11 orang murid mendapat skor sederhana
sebelum rawatan dijalankan,
Setelah menjalani latihan litar, dapatan ujian pasca menunjukkan seramai 3 orang
mendapat skor cemerlang, 7 orang murid mendapat skor terbaik, dan 20 orang murid
mendapat skor baik selepas rawatan dijalankan. Ini menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan tahap ketangkasan murid-murid Tahap 2 selepas melalui rawatan latihan litar
selama 4 minggu.
11
1920
67
3
0
5
10
15
20
25
pra pasca
kurang baik sederhana baik cemerlang
Keputusan ujian pra dan pasca ujian Illinois
Dapatan
Pengenalan
Dalam bab ini, dapatan kajian akan dianalisis merujuk kepada persoalan-persoalan
kajian tindakan yang telah dibuat bagi menjawab samaada persoalan yang dibuat dapat
diterima ataupun tidak. Data-data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian
stastistik.
Persoalan 1
i. Adakah latihan litar dapat meningkatkan ketangkasan bola jaring
murid Tahap 2?
Merujuk Jadual 6.0 yang telah diperolehi pada bahagian sebelum ini, telah
menunjukkan bahawa latihan litar dapat meningkatkan ketangkasan pemain bola
jaring. Dapatan keputusan menunjukkan skor min bagi ujian pra (M = 21.02, SD =
1.14. Manakala skor min bagi ujian pasca pula (M = 17.92, SD = 1.08). Ini
menunjukkan bahawa keputusan skor min bagi ujian pasca lebih rendah (lebih
pantas) secara signifikan berbanding dengan skor min ujian pra (M = 21.02, SD =
1.14), t, (29) = 18.78, p = 0.000.
Kenyataan ini disokong oleh Cissik J.M(2004), bahawa latihan litar mampu
meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu dan latihan litar merupakan satu
latihan yang sesuai diadakan dalam program latihan untuk meningkatkan
ketangkasan. Menurut Brown (2005), program latihan yang khusus mampu
meningkatkan aspek yang khusus dengan lebih baik dan lebih memberangsangkan.
Persoalan 2
ii. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara murid umur 10, 11, dan
12 tahun ?
Merujuk Jadual 8.0 yang telah diperolehi pada bahagian sebelum ini, telah
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ketangkasan bagi umur 10, 11 dan 12
tahun. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p
<0.05, F(2, 30) =1.36, p= 0.28. Perbandingan Post Hoc menggunakan ujian Tukey
tidak menunjukkan sebarang perbezaan skor min ujian pra yang signifikan di antara
umur 10 tahun (M= 21.50, SD= 0.71), umur 11 tahun (M= 20.92, SD= 1.22) dan
umur 12 tahun (M= 20.63, SD=1.33).
Persoalan 3
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan
pasca?
Merujuk Rajah 11.0, yang telah diperolehi pada bahagian sebelum ini, telah
dibuktikan bahawa terdapat peningkatan di antara ujian pra dan ujian pasca iaitu pada ujian
pra seramai 19 orang mendapat skor baik, 11 orang murid mendapat skor sederhana.
Manakala , dapatan ujian pasca menunjukkan seramai 3 orang mendapat skor cemerlang, 7
orang murid mendapat skor terbaik, dan 20 orang murid mendapat skor baik selepas rawatan
dijalankan. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan terhadap keputusan pra-pasca.
Kenyataan ini disokong Froelicher (1999) menyatakan bahawa jangkamasa
yang sesuai untuk meningkatkan tahap kecergasan secara efisen adalah empat hingga
lapan minggu. Ini disokong oleh Cissik (2004) menyatakan bahawa keupayaan
seseorang individu ini bergantung kepada masa program latihan dan kekerapan
latihan diadakan.
Kesimpulan
Hasil mendapati terdapat peningkatan tahap ketangkasan subjek selepas mengikuti
program latihan yang disediakan oleh penyelidik.. Kajian dijalankan terhadap tahap
ketangkasan subjek sebelum dan selepas program latihan dengan menggunakan ujian pra dan
ujian pasca yang dijalankan selama empat minggu. Hasil mendapati terdapat peningkatan
tahap ketangkasan subjek selepas mengikuti program latihan yang disediakan.
Rumusan
Kajian yang dijalankan merupakan satu perintis bagi mengenalpasti tahap
ketangkasan murid dengan menggunakan instrumen ujian ketangkasan Illinois. Instrumen ini
belum pernah dilakukan di sekolah tersebut. Kajian mempunyai sedikit kelemahan
terutamanya dari segi persampelan. Ini kerana jumlah persampelan mempengaruhi hasil dan
dapatan kajian ini. Semakin besar jumlah sampel maka keputusan yang diperolehi akan lebih
baik berbanding dengan jumlah persampelan yang kecil. Hasil kajian menunjukkan bahawa
tahap ketangkasan boleh ditingkatkan melalui program latihan yang dijalankan selama empat
minggu. Program latihan yang dirancang dengan rapi dan khusus mampu mempertingkatkan
aspek-aspek kecergasan sekiranya latihan berdasarkan prinsip-prinsip latihan yang dirancang
mengukur dan menguji kompenan kecergasan dengan lebih spesifik. Analisis yang
diperolehi menunjukkan bahawa terdapat peningkatan terhadap tahap ketangkasan murid.
Cadangan Kajian Seterusnya
Kajian yang dijalankan mungkin terdapat kekurangan dan kelemahan yang perlu ada
usaha penambahbaikan.Bagi mendapatkan hasil dapatan yang lebih mantap,di sini
dicadangkan beberapa kajian lanjut untuk memperbaiki kualiti hasil kajian,antaranya:
a. Responden kajian ini hanya dipilih daripada satu sekolah sahaja. Untuk
kajian pada masa hadapan, pemilihan sampel seharusnya melibatkan
populasi yang besar yang meliputi beberapa buah sekolah bagi melihat
dengan jelas perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca pada masa akan
datang.
b. Fokus kajian juga boleh dikhususkan dan difokuskan kepada hanya satu isu
sahaja.
c. Dalam kajian lanjutan, pengkaji boleh mengunakan kaedah pemerhatian
dan temubual secara langsung ke atas murid-murid dalam keadaan sebenar
ketika mereka menjalankan latihan amali dan kelas Pendidikan Jasmani.
d. Latihan litar yang digunakan harus dibahagikan kepada kumpulan fizikal.
e. Latihan litar juga boleh digunakan untuk melatih kemahiran dalam bola
jaring dengan memasukkan kemahiran bola jaring ke dalam stesen-stesen
tersebut.
f. Bilangan stesen yang digunakan hanya 4 sahaja. Stesen perlu
diperbanyakkan lagi dan masa sasaran perlu dicari semula.
Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan peningkatan tahap ketangkasan pemain bola jaring
dipengaruhi kuat oleh latihan litar yang telah diubahsuaikan oleh pengkaji. Adalah menjadi
harapan semoga hasil dapatan daripada kajian ini dapat memberi sumbangan kepada semua
pihak yang terlibat khususnya kepada guru-guru Pendidikan Jasmani dalam mengenal pasti
masalah-masalah yang dihadapi dalam mengendalikan latihan-latihan yang sesuai terhadap
murid untuk meningkatkan kompenan kecergasan.
Rujukan
Fox, E. L. (1981). Sport Physiological . Philadelphia : W.B. Saunders Company
Cissik, J. (2004). Sport Speed and Agility Training . Monterey, CA : Coaches Choice
Publications.
Froelicher, L.(1999). Children & Sports Training: How Your Future Champions
Should Exercise to be Healthy, Fit, and Happy. Island Pond: Stadion Publishing Co.
Johnson B.L, (1986). Practical Measurements for Evaluation In PhysicalEducation.
Louisiana: Burgess Publishing.
Newberry M..D. (2006). Bishop / Physical Therapy in Sport. ( 7th ed) Champaign.:
Human Kinetics.
Obermann H. (2000). Element of Fitness, Squash: The Skills of The Game.
Champaign.: Human Kinetics.
Sale D. G (1999). Neural Adaptation is Strength and Power Training. Champaign, IL:
Human Kinetics Publisher, Inc.
Scoot D. (2000). Boxing: the Complete Guide to Training and Fitness. NY: Berkley
Publishing.
Thomas K. (2001). Science of Sports Training. (2nd ed.) Island pant, Vt: Stadion
Publishing Company.
Marshall. C. & Rossman, G.B (1995). Designing Qualitative Research (2nd ed.)
[Mereka penyelidikan kualitatif (edisi kedua)]. CA : Sage Publication. Inc.
Azizi Yahaya. Sharin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon. Abdul Rahim Hamdan.
2009. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan : Teori, analisis Dan Interpretasi
Data. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abd. Razak Habib (2006). HBEF 2503 Kaedah Kajian Dalam Penyelidikan. Kuala
Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.
Chua Yan Piau (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1 : Kaedah
Penyelidikan. Selangor Darul Ehsan : McGraw Hill Education.
David Lim Chong Lim (2006). HBEF 2503 Kaedah Kajian Dalam Pendidikan : Asas
Kajian. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.
Prof Madya Dr. Abdul Rashid Johar. (2006). Kaedah Kuantitatif. Selangor Darul
Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjung Malim, Perak.
Quantum Books
Barry L.Johnson, Jack K. Nelson. (1969). Practical Measurements For Evaluation In
Physical Education. United States of America. Burgess Publishing.
Gambetta, H. (2005). Fitness Exercise in Sport. London : Harcourt Brace Jovanovich,
Inc.
Gates, D. P., and R. P. Sheffield. (1940). Tests of Change of Direction as
Measurement of Different Kinds of Motor Ability in Boy of the 7th, 8th, and
9th Grades. Research Quarterly 11:136-147.
Harman, et al. (2000). Administration, Scoring and Interpertation of Selected Test.
(2nd ed.) MI: Sportivny Press.
Mohd. Hafzal Izam Bin Hashim (2007). Kesan Tahap ketangkasan terhadap Atlet
Bola Tampar. Ijazah Sarjana Muda,Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Siti Rohaizat Binti Abdul Wahab (2004). Kejadian Terhadap Tahap Ketangkasan
Pemain-Pemain Bola Sepak Pasukan Johor (PBNJ), Sebelum Dan Selepas
Mengikuti Program Latihan Fizikal. IjazahSarjana Muda, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
SW Bludell, RB Shepherd, CM Dean, RD Adams. (2002). Functional Strenghth
Training in Cerebral Palsy : A Pilot Study of a Group Circuit Training Class For
Children Aged 4-8 years. Faculty of Health Sciences, University of Sydney.
Christoph Anrich. (2009). Circuit Training for ages 10-14. German Youth National
Team.
Michael G.Miller, Jeremy J. Herniman, Mark D. Ricard, Christopher C. Cheatham,
Timothy J.Michael. (2006). The Effects Of A 6-Week Plyometric Training Program
On Agility. University of Texas- Arlington, USA.
Rusedawatty Binti Osman. (2008). Somatotaip Dan Tahap Ketangkasan Mengikut
Kumpulan Posisi Atlet Bola Jaring Peringkat Universiti . Universiti Teknologi
Malaysia.
Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim, Mariana Bt Abd Manan. (2008). Kajian Terhadap
Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri. Universiti Teknologi
Malaysia.
Andrew E Kilding, Ruth Wagenaar, Johm B Cronin, Micheal R McGuigan, Grant
Schofield. (2009). Design and Assessment of School- Based Circuit Training
Programme for The Promotion of Physical Activity, Fitness and Movement
Competency. Institute of Sport and Recreation Research New Zealand, AUT
University.
Hawkins J. M. (2001) Dwibahasa Oxford Fajar. Shah Alam: Fajar Bakti Ltd.13
Longman, (1998). Active Study of English. Petaling Jaya: Longman Group Ltd.1
Lampiran I : Surat Permohonan kebenaran menjalankan kajian kepada pihak sekolah
Guru Besar,
SK Abang Ali, Sibu
96000, Sibu
Sarawak 2 Ogos 2011
Tuan,
Permohonan Menjalankan Penyelidikan di SK Abang Ali, Sibu
Saya Liliana Wong King Hung (880424-52-5416) memaklumkan bahawa saya ingin
melakukan penyelidikan di sekolah tuan sepanjang tempoh praktikum saya di sekolah ini.
2. Penyelidikan ini dilakukan untuk memenuhi kehendak subjek PJM3119 iaitu
Penyelidikan dalam Pendidikan yang mengkehendaki saya untuk membuat penyelidikan
berkenaan isu dan masalah yang telah ditentukan.
3. Sepanjang tempoh tersebut juga saya memerlukan beberapa orang murid-murid dari
sekolah pihak tuan untuk dijadikan sampel dalam penyelidikan saya.
4. Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.
Sekian.
Yang Benar,
……………………
(Liliana Wong King Hung)
Guru Pelatih PISMP PJ,
Internship 2011
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintagor
BORANG SKOR UJIAN KETANGKASAN
Nama :……………………………………………
Umur : ……………………………………………
Ujian Ketangkasan (Ujian Illinios)
Cubaan pertama :…………………................(saat)
Cubaan kedua:…………………………………(saat)
Norma Skor Bagi Ketangkasan (saat)
Skor Lelaki Perempuan
Cemerlang < 15.2 < 17.0
Baik 16.1-15.2 17.9-17.0
Sederhana 18.1-16.2 21.7-18.0
Kurang Baik 18.3-18.2 23.0-21.8
Lemah >18.3 >23.0
√√√√ Ujian Pra
Ujian Pasca
Lampiran II
BORANG SKOR UJIAN KETANGKASAN
Nama :……………………………………………
Umur : ……………………………………………
Ujian Ketangkasan (Ujian Illinios)
Cubaan pertama :…………………................(saat)
Cubaan kedua:…………………………………(saat)
Norma Skor Bagi Ketangkasan (saat)
Skor Lelaki Perempuan
Cemerlang < 15.2 < 17.0
Baik 16.1-15.2 17.9-17.0
Sederhana 18.1-16.2 21.7-18.0
Kurang Baik 18.3-18.2 23.0-21.8
Lemah >18.3 >23.0
√√√√
Ujian Pra
Ujian Pasca
Lampiran III
BORANG LATIHAN LITAR M1-M2
NAMA :___________________
UMUR :___________________
Masa Dasar 3 set :__________________________
Masa Sasaran :__________________________
Bil
Aktiviti
Dos
Maksima
Dos
Latihan
(50%)
Set
Minggu 1
Minggu 2
1 Lari ulang alik 10m Tarikh
2 Bangkit tubi Set 1
3 Lompat Kuadran Set 2
4 Lentik Belakang Set 3
Lampiran IV
BORANG LATIHAN LITAR M3-M4
NAMA :___________________
UMUR :___________________
Masa Dasar 3 set :__________________________
Masa Sasaran :__________________________
Bil
Aktiviti
Dos
Maksima
Dos
Latihan
(50%)
Set
Minggu 3
Minggu 4
1 Lari ulang alik 10m Tarikh
2 Bangkit tubi Set 1
3 Lompat Kuadran Set 2
4 Lentik Belakang Set 3
Lampiran V