6_Dari Segregasi Ke Integrasi
-
Upload
zana-aza-seiyuu -
Category
Documents
-
view
103 -
download
12
description
Transcript of 6_Dari Segregasi Ke Integrasi
BAB 6
DARI SEGREGASI KE INTEGRASI
PENGENALAN
6.1 Dari Pengasingan ke Penyatuan
6.2 Cabaran Memupuk Integrasi di Malaysia
6.3 Peranan Kerajaan
6.4 Peranan Masyarakat
6.5
Peranan NGO
Hasil Pembelajaran • Menganalisis kepentingan
program perpaduan dan integrasi nasional demi kestabilan dan kesejahteraan sosial di Malaysia
• Mengenalpasti peranan-peranan yang dimainkan oleh kerajaan melalui dasar-dasar ke arah integrasi
• Mengenalpasti peranan masyarakat dan NGO ke arah integrasi dan perpaduan di Malaysia.
• Menganalisis integrasi menurut perspektif Islam
DARI PENGASINGAN KE PENYATUAN
3
Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara
Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan sistem penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing
Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik
Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan
Mereka dipupuk menerusi integrasi politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan dan di peringkat wilayah
CABARAN MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA
4
Prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan etnosentrisme boleh mencetuskan perpecahan dalam masyarakat
Konflik antara kumpulan masyarakat, kedudukan lokasi kelas, taraf pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya hidup yang sesetengahnya membatasi peluang mobiliti sosial mereka untuk keluar daripada golongan miskin juga menyebabkan perpecahan
Konflik boleh berlaku disebabkan oleh kerumitan menanggung kos hidup yang terus meningkat, perkhidmatan awam yang kurang memuaskan, pengangguran, kemiskinan, keterpinggiran dan ketidaksamarataan dalam masyarakat, gejala sosial yang berleluasa dan wujudnya banyak kumpulan samseng
Konflik juga terjadi disebabkan oleh perbezaan budaya dan agama
PLAN DAN STRATEGI INTEGRASI
5
Usaha mengukuhkan hubungan etnik secara holistik amat mencabar kerana gagasan yang retorik dan simbolik semata-mata hanya meghasilkan impak yang kurang berkesan
Pelbagai usaha telah diambil untuk mengukuhkan lagi hubungan sosial pelbagai etnik di negara ini serta membina masyarakat yang lebih adil dari segi struktur sosial dan ekonomi
Oleh yang demikian, strategi integrasi perlu dilaksanakan semua pihak iaitu kerajaan, masyarakat dan NGO bersesuaian dengan peranan yang diperlukan
STRATEGI KE ARAH INTEGRASI
6
PERANAN KERAJAAN
RUKUN NEGARA
WAWASAN 2020
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN
INTEGRASI NASIONAL
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
GAGASAN 1MALAYSIA DASAR-DASAR
PEMBANGUNAN NEGARA
PLKN
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)
7
1 Julai 1969, di bawah perintah MAGERAN (Majlis Gerakan Negara), Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di Malaysia yang rapuh ekoran peristiwa 13 Mei 1969
Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara ditubuhkan pada 23 Feb 1971
Penubuhan JPNIN bermatlamat memupuk kesefahaman dan semangat muhibbah melalui jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti nasional
Antara strategi perpaduan ialah melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005 – 2010
Antara program utama JPNIN ialah Rukun Tetangga, Skim Ronda Sukarela, Tabika Perpaduan, Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara
1. STRATEGI PERSEFAHAMAN POLITIK Kerajaan sebagai framework bagi segala bidang politik Langkah yag diambil hendaklah berasaskan perlembagaan
2. STRATEGI KESEIMBANGAN EKONOMI Pembangunan taraf sosio-ekonomi Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum Galakan kepada sektor swasta dalam mengimbangkan
ekonomi
3. STRATEGI SISTEM PENDIDIKAN Alat membina jatidiri nasional Galakan satu sistem pendidikan seragam Kurikulum memberi tumpuan kepada pembelajaran sejarah
negara
PELAN TINDAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL 2005 - 2010
4. STRATEGI PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN Salah satu unsur utama dalam kebudayaan kebangsaan Agar semua kaum berkomunikasi dengan baik
5. STRATEGI KEPERCAYAAN AGAMA Rakyat bebas menganut dan mengamal agama masing-
masing Pengembangan sesuatu agama tertakluk kepada
perlembagaan
6. STRATEGI KEBUDAYAAN Usaha melahirkan kebudayaan nasional Tertakluk kepada dasar kebudayaan kebangsaan Kebudayaan kesukuan masih boleh diamalkan
PELAN TINDAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL 2005 - 2010
7. STRATEGI KESELAMATAN Perpaduan yang terbentuk hendaklah dijaga Terbahagi kepada 2 aspek: Pencegahan dan pemulihan
8. STRATEGI PEMBANGUNAN KAWASAN Aspek perpaduan diambil kira sebelum sesuatu kawasan
dibangunkan Aktiviti yang memberi peluang kepada perpaduan
hendaklah diperbanyakkan
9. STRATEGI PENGGUNAAN TENAGA MANUSIA Pemilihan berdasarkan kelayakan dan keadilan Penerapan unsur perpaduan dalam akiviti yang dijalankan Interaksi antara kaum hendaklah digalakkan
PELAN TINDAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL 2005 - 2010
10. STRATEGI MEDIA MASSA Penyebaran maklumat mengenai perpaduan Pengamalan etika kewartawanan Akta Cetak dan Mesin Cetak dan Akta Hasutan
11. STRATEGI KESUKANAN Menaikkan semangat patriotisme Menyediakan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan
interaksi sosial Bukan sekadar yang menyertainya tetapi juga bagi yang menonton
12. STRATEGI INTEGRASI WILAYAH Terutama antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak Penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan dan
pengangkutan Penumpuan juga diberikan kepada interaksi antara kawasan
PELAN TINDAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL 2005 - 2010
RUKUN NEGARA 12
Dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh MAGERAN berdasarkan pindaan Draf Rukun Negara yang terbentuk melalui Majlis Perundangan Negara (MPN)
Rukun Negara sebagai ideologi nasional Malaysia merupakan panduan untuk merencana program dan dasar negara
Objektif: Mencapai perpaduan erat dalam kalangan masyarakat Memelihara cara hidup demokratik Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran
dinikmati bersama secara adil dan saksama Membentuk masyarakat secara liberal terutama
terhadap kebudayaan masing-masing Membina masyarakat progresif dgn sains dan teknologi
RUKUN NEGARA 13
Rukun Negara digunakan sebagai instrumen mengatasi garis pemisah antara etnik dalam membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan
Rukun Negara menjadi peraturan dan norma hidup kepada masyarakat di Malaysia dan pematuhan kepadanya dapat mewujudkan perpaduan antara etnik di negara ini
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
14 Dasar Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan melalui Akta
Pelajaran 1961 merupakan dasar ke arah mewujudkan masyarakat yang harmonis
Falsafah Pendidikan Kebangsaan "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA
KEPERCAYAAN DAN
KEPATUHAN KEPADA TUHAN
PENDIDIKAN
BERSEPADU
NILAI-NILAI
MURNI
KURIKULUM DAN
SUKATAN PELAJARAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
INSAN YANG BAIK
Percaya dan Patuh Kepada Tuhan
Berilmu, Berpengetahuan, berketerampilan
Bertangungjawab
Berakhlak Mulia
Berbakti dan Menyumbang
Kepada Negara dan Masyarakat
Saksiah yang seimbang dan
Sepadu
INTELEK
ROHANI
JASMANI
EMOSI
ILMU DAN KEMAHIRA
N
BAHASA
HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA PENGOPERASIAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGRA HASIL
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
16 Antara program utama yang dilaksana melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan: Sekolah Wawasan
Bertujuan menyediakan satu ruang sosial bagi pelajar dari pelbagai kumpulan etnik berinteraksi seterusnya menjalin hubungan yang harmonis
RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) Kerjasama antara sekolah pelbagai aliran dalam semua program
pelajar dan guru bagi meningkatkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar
Matapelajaran Elektif Tamil dan Mandarin Penawaran matapelajaran Tamil dan Mandarin di sekolah aliran
kebangsaan sebagai bahasa kedua sebagai pemangkin proses interaksi dan integrasi antara kaum
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
17 (samb...)
Pelan Pembangunan Pendidikan Pelan yang bertujuan mewujudkan masyarakat yang saksama
melalui peningkatan taraf hidup serta mengurangkan jurang sosio ekonomi antara etnik dan kawasan
Program Bantuan Pelajar Program-program lain seperti Rancangan Makanan Tambahan,
Program Susu Sekolah, Skim Baucer Tuisyen, Skim Pinjaman Buku Teks, dll.
KRONOLOGI DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
18 Sebelum 1950 : Dasar Kolonial British 1950 : Laporan Barnes 1956 : Penyata Razak 1957 : Ordinan Pelajaran 1960 : Laporan Rahman Talib 1961 : Akta Pelajaran 1974 : Laporan Kabinet
1. Menyatukan sistem pendidikan bagi memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan
2. Menyatukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum melalui sistem pendidikan yang tidak membebankan kewangan negara
3. Meluaskan dan mengubahsuai rancangan-rancangan pelajaran dan latihan dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, bermotivasi, berdisiplin dan terlatih bagi memenuhi keperluan ekonomi negara
4. Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, bersatupadu, berdisiplin, berakhlak, seimbang, harmonis dan bersama-sama membina kesejahteraan diri yang dapat memberi sumbangan kepada keperluan negara
5. Memperbaiki kemudahan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
MATLAMAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
20
1. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;
2. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; 5. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya
dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
21 7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baharu ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
22 9. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik
melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;
10. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
11. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; 12. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
13. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
23 Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi
sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk,
mewujud dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
24 Prinsip (Teras Dasar Kebudayaan Kebangsaan):
1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh
diterima 3. Islam adalah unsur penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan Objektif:
1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan
2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan
3. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
WAWASAN 2020 25
Diperkenalkan pada 28 Februari 1991 Menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara ialah Menjadikan Malaysia sebuah negara industri Pembentukan negara Malaysia yang maju menjelang 2020
Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan masyarakat yang : _ Bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama _ Liberal dan bertolak ansur _ Mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang jauh ke
hadapan _ Penyayang dan budaya menyayangi _ Adil dalam bidang ekonomi _ Mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan
berdaya tahan
1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah
3. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika
CABARAN WAWASAN 2020
5. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan
6. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan
kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh
7. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
8. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental
CABARAN WAWASAN 2020
GAGASAN 1MALAYSIA 28
1Mal
aysi
a • Diperkenalkan pada 2009 dengan slogan “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
• Merupakan pendekatan baharu bagi menempa sebuah zaman baharu demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakn prestasi berpaksikan keutamaan rakyat
• Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia ialah integriti, kebolehan dan kesaksamaan
• Matlamat 1Malaysia adalah mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian etnik dalam masyarakat Malaysia
• 1Malaysia merupakan wadah bagi pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membantu negara ke arah mencapai Wawasan 2020
PRINSIP PENERIMAAN Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia
mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia
PRINSIP KENEGARAAN Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan
negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu
PRINSIP KEADILAN SOSIAL Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau
agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting
3 PRINSIP TERAS 1MALAYSIA
Penerapan Nilai-Nilai Murni Hormat menghormati Menghormati kaum lain termasuklah tidak mengeluarkan
kata-kata kesat yang menyinggung mereka Rendah hati Mengakui setiap kaum itu mempunyai keunikan dan
keistimewaan tersendiri Kesederhanaan Bersederhana terutama dalam isu-isu berbangkit supaya tidak
berlaku perselisihan Bersopan santun Menjaga adab sopan dan tingkah laku dalam pergaulan demi
menjaga hubungan baik
PENDEKATAN GAGASAN 1MALAYSIA
Nilai-Nilai 1 Malaysia Budaya kecemerlangan Kejayaan masyarakat dan negara bergantung kepada kecemerlangan Ketepatan dalam berurusan sangat penting
Ketabahan Tabah dan semangat juang tinggi bagi menghadapi cabaran dan
dugaan Kelemahan dan sikap mudah mengalah perlu diperbaiki
Rendah hati Tawadhu’ Tidak perlu menunjuk-nunjuk kebolehan secara tidak digemari orang
lain Penerimaan Menerima dengan kerelaan Menerima kewujudan pihak lain
PENDEKATAN GAGASAN 1MALAYSIA
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
DASAR EKONOMI BARU
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
DASAR WAWASAN NEGARA
•Bermatlamat mencapai perpaduan negara dengan: Memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dan wilayah Mempertingkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan
•Bermatlamat mencapai pembanguan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil •Mewujudkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera •Digerakkan atas landasan kukuh membentuk pembangunan seimbang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan
•Penerusan dasar ke arah Wawasan 2020 •Mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur •Meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi Malaysia
PLKN 33
PLKN bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri
bermatlamatkan membina dan mengukuhkan
semangat patriotisme dalam kalangan generasi
muda, menyatukan golongan muda daripada
pelbagai kaum dan menyediakan mereka bagi
menghadapi cabaran daripada dalam dan luar
negara
Program kursus latihan yang mula dilaksanakan sejak tahun 2004
Setiap tahun 18% daripada remaja berumur 18 tahun pada tahun latihan dipilih untuk menyertai PLKN
Objektik PLKN adalah menanam semangat patriotisme dan cintakan negara, mempertingkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasonal, membentuk perwatakan positif melalui nilai-nilai murni, menanam semangat kesukarelaan
STRATEGI KE ARAH INTEGRASI
34
PERANAN MASYARAKAT
RUKUN TETANGGA
SKIM RONDAAN SUKARELA
RUMAH TERBUKA
DIFUSI BUDAYA
RUKUN TETANGGA 35
• Diperkenalkan pada 1975 • Bermatlamat memelihara, meningkat dan
mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
• Rukun Tetangga membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing
• Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti
• Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan pelbagai aktiviti di dalam komuniti mereka
Rukun Tetangga
SKIM RONDAAN SUKARELA
Skim Rondaan Sukarela adalah satu cabang di dalam Rukun Tetangga
Skim Rondaan Sukarela dijalankan sebagai salah satu langkah untuk menjaga keselamatan dalam kawasan Rukun Tetangga di samping membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah
Skim Rondaan Sukarela mengesan dan melapor isu-isu perhubungan kaum dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik
RUMAH TERBUKA 37
Rumah Terbuka di Malaysia bermaksud
sesuatu perayaan agama disambut oleh penganut pelbagai agama dengan
tujuan memupuk persefahaman dalam
kalangan rakyat Malaysia
Rumah terbuka tidaklah bertujuan mengembangkan agama kepada penganut agama lain
Amalan rumah terbuka memberi kefahaman kepada rakyat bukan Islam tentang nilai hidup ajaran Islam yang menganjurkan sifat berbaik-baik sesama manusia
Amalan rumah terbuka ini sesuatu yang unik bagi Malaysia, telah mendorong dan menyumbang kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara kita
DIFUSI BUDAYA 38
Difusi budaya bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu kepada seorang individu lain, atau daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat lain
Difusi penyerapan budaya kebiasaannya berlaku secara sukarela yang tidak disedari
Difusi budaya boleh berlaku melalui perdagangan, unsur kesenian dan keagamaan
Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem
STRATEGI KE ARAH INTEGRASI
39
PERANAN NGO
RAKAN COP
ABIM
ALIRAN
MAJLIS BELIA
MALAYSIA
NGO LAIN
RAKAN COP 40
Rak
an C
op • Dilancarkan pada 9 Ogos 2004 oleh polis
Kuala Lumpur • Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat
Kawalan Polis (CCC) yang beroperasi 24 jam (hotline, SMS, MMS, e-mail, dan website)
• Rakan Cop adalah bersifat ‘Community Oriented Policing’ dan ‘Smart Partnership’
• Rakan Cop membolehkan polis dan masyarakat saling menggembeleng tenaga dengan lebih berkesan memerangi jenayah dan apa jua masalah keselamatan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili pergerakan belia Islam di Malaysia
Ditubuhkan pada 1971 Cita-cita utama ABIM ialah menyumbang secara proaktif
pembinaan masyarakat Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan
ABIM sedia mendokong dan memperjuangkan usaha-usaha Mewujudkan perpaduan ummah Memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum dalam rangka
membina integrasi nasional, membina rupa budaya bangsa yang sihat
ABIM
SUHAKAM 42
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia(Suhakam) ditubuhkan pada
tahun 1999 melalui Akta Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia 1999.
Hak Asasi Manusia seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia termasuklah :
• Hak untuk bersuara • Hak untuk bergerak • Hak untuk berhimpun
Antara fungsi SUHAKAM:
• untuk mempromosikan kesedaran dan memberikan pendidikan yang berkaitan dengan hak asasi manusia
• untuk menasihat dan membantu Kerajaan dalam merumuskan undang-undang dan prosedur dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil
• untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berhubung dengan perjanjian dan dokumen antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia
• untuk menyiasat aduan tentang pelanggaran hak asasi manusia
ALIRAN 43
ALI
RA
N • Aliran Kesedaran Negara (Aliran) adalah gerakan
pembaharuan multi-etnik yang pertama di Malaysia yang memperjuangkan keadilan, kebebasan, dan perpaduan
• Pendekatan Aliran dipandu oleh nilai-nilai spiritual yang universal, dan fokus pada membina kebersamaan hakiki dengan menjunjung tinggi martabat manusia dan mempromosikan keadilan sosial bagi seluruh Malaysia
• Aliran adalah suatu gerakan yang bebas dan autonomi, serta tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan atau persatuan masyarakat awam
• Aliran mengamalkan konsep bekerjasama secara aktif dengan kumpulan lain mengenai isu-isu tertentu dengan tujuan khusus
MAJLIS BELIA MALAYSIA
- Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bergerak sebagai badan induk menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini - Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 - Diiktiraf sebagai majlis belia peringkat kebangsaan bagi negara ini
- Tujuan utama MBM ialah: - Mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam pergerakan belia -Mengemukakan pendapat kepada kerajaan, badan-badan berkanuan atau badan-badan yang lain mengenai perkara berkaitan belia - Menggalakkan penghormatan antarabangsa, persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan belia
INTEGRASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Integrasi menurut Islam bukan hanya dalam kalangan masyarakat Islam bahkan dalam kalangan masyarakat bukan Islam
Islam menyarankan supaya kita menjalin hubungan baik dengan cara bertolak ansur, saling menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain
Integrasi hanya akan berjaya sekiranya semua masyarakat bekerjasama serta memberi komitmen yang jitu
“dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), …” (Ali Imran: 103) “dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” (Ali Imran:105)
“dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfal:46) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, …” (Al-Hujurat: 13)
INTEGRASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (Dalil al-Quran)
“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang, tolong menolong dan kemesraan sesama mereka adalah umpama satu badan di mana apabila satu anggota sakit, maka anggota lain pun turut mengalami kesakitan hingga tidak dapat tidur dan demam” (Riwayat Bukhari) “Hubungan orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain.” (Riwayat Muslim)
“Tidak beriman seseorang kamu dengan iman yang sempurna sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” (Riwayat Muslim)
“Sesiapa yang menyakiti orang zimmi (non- muslim dalam negara Islam) maka sesungguhnya dia menyakiti aku dan sesiapa yang menyakiti aku maka dia menyakiti Allah. ” (Riwayat al-Tabrani)
INTEGRASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (Dalil Hadis)
Ibn Khaldun (Kitab al-Muqaddimah) • Perpaduan dan asabiyyah (ikatan sosial
atau kesetiakawanan) mempunyai pertalian rapat
• Ia berperanan menyatupadukan pelbagai kaum dan bangsa serta membentuk kekuatan membina peradaban
• Masyarakat yang mempunyai ikatan asabiyyah yang kuat berupaya membina kekuatan dan jati diri
• Ikatan asabiyyah bukan bermakna cauvinisme dan rasisme yang amat ditegah oleh Islam. Sebaliknya ia menekan aspek persaudaraan, setia kawan dan saling membantu dalam hal kebaikan seperti tuntutan Islam
Jamaluddin al-Afghani • Dalam artikelnya (al-Wihdah
al-Islamiyyah): Umat Islam perlu bersatu dan bekerjasama menghadapi kolonial barat
• Kejayaan umat Islam yang lalu antaranya disebabkan semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan mereka
Abu A’la al-Maududi Konsep perpaduan ummah dan Islam sebagai cara hidup perlu benar-benar difahami. Al-Quran dan Sunnah dipatuhi dan dilaksanakan 100%
INTEGRASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (Pandangan Sarjana)
Al-Qurtubi Umat Islam adalah bersaudara. Oleh itu perlu memelihara perpaduan dalam hubungan persaudaraan yang mampu melahirkan perasaan muhibbah dalam suasana murni dan aman damai Nik Mustapha Hj Nik Hassan Islam sebagai agama yang sesuai dengan kejadian manusia meletakkan 3 asas penting dalam mencari formula integrasi negara: 1. Asas kebenaran 2. Nilai keadilan 3. Bertolak ansur dan bekerjasama
INTEGRASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (Pandangan Sarjana)
ASAS-ASAS INTEGRASI ISLAM
1. Ketaqwaan kepada Allah SWT
2. Bersumberkan al-Quran dan Hadis
3. Matlamat mencari keredhaan Allah
KEPENTINGAN INTEGRASI DALAM ISLAM
1. Keperluan hidup bermasyarakat
2. Asas pembangunan ummah
3. Menggerunkan musuh Islam
4. Berfikiran positif – bersedia dan saling bantu membantu
5. Meningkatkan syiar Islam
6. Tanda kesempurnaan akidah
7. Mencontohi Rasulullah
8. Memastikan hak-hak sosioekonomi dipenuhi dengan adil
KESAN PENGABAIAN INTEGRASI
1. Ditindas dan dijajah oleh musuh
2. Mencemarkan imej Islam
3. Mendatangkan kemurkaan Allah
4. Menghilangkan rahmat Allah
5. Mengurangkan kesempurnaan iman
6. Hilang kehebatan ummah
7. Umat Islam akan mundur dan memberi kesan negatif kepada pembangunan umat dan negara
LANGKAH-LANGKAH MENGINTEGRASIKAN UMMAH
1. Kembali kepada ajaran Islam
2. Membina kefahaman
3. Pendidikan 4. Persekitaran yang
baik 5. Menjauhi punca
persengketaan
6. Menghargai nilai perpaduan
7. Mempraktikkan amalan syura
8. Mengukuhkan hubungan ulama dan umara (pemerintah)
• Jelaskan TIGA (3) tanggungjawab masyarakat dalam memastikan perpaduan etnik sentiasa terpelihara • Bincangkan TIGA (3) strategi mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia • Bincangkan TIGA (3) pendekatan integrasi etnik yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk merealisasi agenda perpaduan negara • Buktikan TIGA (3) kejayaan sistem pendidikan dalam mengintegrasikan etnik di Malaysia • Huraikan EMPAT (4) peranan Rukun Negara untuk memupuk perpaduan nasional • EMPAT (4) strategi bagi menangani integrasi antara kaum di Malaysia
Pengukuhan
MAKLUMAT TAMBAHAN
LAPORAN BARNES 1950
Cadangan laporan L. J. Barnes ini ialah: Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika
terdapat 15 0rang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka
Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu
Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu)
LAPORAN FEN-WU 1951
Laporan Fen-Wu 1951 diadakan sebagai reaksi tidak puashati masyarakat Cina terhadap laporan Barnes 1950. Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu-Negara China) dan Profesor Dr. Wu The Yao yang bekerja dengan PBB
Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina
Pandangan dan kajian laporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952
Sekolah vernakular iaitu sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dengan menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina serta bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan
Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir
LAPORAN RAZAK 1956
Laporan ini disediakan untuk sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah, selain daripada Sekolah Melayu dan Inggeris pada peringkat sekolah menengah
Medium pengantaraan di sekolah yang menggunakan bahasa Melayu dirujuk sebagai sekolah ‘kebangsaan’ dan sekolah yang lain disebut sebagai sekolah ‘jenis kebangsaan’
Semua sekolah yang dibiayai oleh kerajaan telah menggunakan kurikulum kebangsaan yang biasa tanpa mengira jenis sekolah
Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Permulaan kurikulum yang berorientasikan Malaya Konsep sistem satu penilaian untuk semua Pengiktirafan secara objektif pada akhirnya telah menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama
ORDINAN PELAJARAN 1957
Dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik
Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan
Antara perkara utama yang diambilkira ialah sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960
Laporan Rahman Talib telah diperkenalkan dan digabungkan di dalam Akta Pelajaran 1961 Penekanan kepada pendidikan asas iaitu 3M – Membaca,
Menulis dan Mengira Penekanan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan
unsur-unsur disiplin yang dikehendaki Penekanan kepada kurikulum Malaya Pendidikan menengah asas mempunyai dua aliran iaitu
akademik dan vokasional Peluang untuk meneruskan pelajaran daripada umur 9 tahun
sehingga 11 tahun Memudahkan prosedur pengurusan pendidikan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan
AKTA PELAJARAN 1961
Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat daripada Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis
kebangsaan Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga
umur 15 tahun Murid naik darjah secara automatik Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-
kurangnya 15 orang Pendidikan akhlak dititikberatkan
LAPORAN KABINET 1974
Perubahan aspek pendidikan yang dibuat dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974: Mengkaji sistem pendidikan dan keperluan sumber
manusia Penekanan aspek membaca, menulis dan mengira Kenaikan darjah secara automatik Sekolah vokasional ditekankan Pelaksanaan KBSR dan KBSM