6.1 Fokus Kajian

download 6.1 Fokus Kajian

of 10

description

qq

Transcript of 6.1 Fokus Kajian

2.0 FOKUS KAJIAN2.1 Isu / Masalah KajianDaripada sesi pengajaran dan pembelajaran lepas, pengkaji dapat mengenal pasti beberapa masalah semasa mengajar topik Gigi dalam kelas tahun tiga. Antaranya adalah:i. murid-murid kurang berminat untuk belajar mata pelajaran Sains.ii. kebanyakkan murid-murid tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya dan tidak melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.iii. murid-murid mengalami kesukaran dalam memahami struktur, jenis gigi dan fungsinya.Daripada beberapa masalah yang dikenal pasti, pengkaji telah memberi fokus kepada masalah yang ketiga kerana objektif sesuatu pengajaran hanya tercapai apabila murid-murid memahami konsep yang diajar. Isu ini perlu diberi keutamaan untuk diselesaikan dengan segera kerana ketidakfahaman sesuatu konsep Sains yang dihadapi oleh murid-murid berprestasi sederhana dan rendah akan menjejaskan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sains.

Masalah pertama dan kedua turut diberi perhatian dalam setiap waktu pengajaran. Kedua-dua masalah ini dapat diatasi dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid-murid seperti permainan mencantumkan gambar gigi, aktiviti kotak muzik ajaib dan tayangan video-video yang menarik dan releven dengan

19

tajuk gigi seperti tayangan video Mr. Bean yang merawat giginya dalam setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Semua masalah ini perlu diselesaikan dengan segera kerana hal ini dapat menjejaskan prestasi mereka dalam matapelajaran sains.2.1.1Fokus KajianSepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, banyak masalah salah laku dan masalah pembelajaran yang diperhatikan melalui tindak tanduk murid-murid. Antaranya ialah murid-murid suka bertepuk tangan tanpa sebarang tujuan, bersembang dan membuat bising, sentiasa mengambil peralatan rakan-rakan ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung, bosan, kurang berminat dan tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Banyak masalah yang telah dikenal pasti sepanjang pengkaji mengajar topik Gigi, tetapi beberapa masalah yang paling ketara dipilih dan dijadikan sebagai fokus kajian ini. Masalah tersebut ialah murid-murid mengalami kesukaran dalam memahami struktur, jenis gigi dan fungsinya. Hal ini adalah kerana pengajaran secara kuliah seperti memberi nota edaran, Power Point yang biasa dan kurang menarik tidak membantu dan kurang berkesan untuk melibatkan diri murid-murid dalam sesi pengajaran. Tambahan pula, ia juga tidak membantu murid-murid dalam meningkatkan kefahaman mereka tentang struktur, jenis dan fungsi gigi. Masalah ketidakfaham akan pelajaran yang dipelajari menyebabkan mereka tidak dapat menguasai sesuatu topik dengan jelas dan sempurna mengakibatkan mereka mudah mengalami kebosanan dengan pengajaran yang disampaikan. Masalah ini hanya dapat diperhatikan semasa matapelajaran sains. Walaupun pengajaran sains lebih bertumpu kepada pembelajaran inkuiri seperti aktiviti amali, namun penyampaian teori dan konsep menjadi asas kepada sesuatu tajuk yang dipelajari. Penguasaan teori dan konsep oleh murid-murid menjadi satu perkara yang amat penting untuk guru menilai tahap kefahaman murid-murid tehadap sesuatu sesi pengajaran yang disampaikan. Apabila soalan ditujukan kepada murid-murid, mereka merebut mengangkat tangan tetapi tidak dapat menjawabnya dengan tepat.Tambahan pula, ketidakupayaan murid-murid untuk menjawab soalan Ujian 1 yang diberikan kepada murid-murid jelas menunjukkan mereka tidak menguasai konsep gigi yang diajar. Selain itu, apabila ujian dikendalikan mereka menunjukkan mimik muka kurang faham dan keliru. Seterusnya, ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung mereka turut menunjukkan mimik muka yang sama sebagai tanda mereka keliru dan tidak faham. Sehubungan dengan itu, pengkaji berpendapat bahawa masalah ini perlu diambil tindakan yang sewajarnya dengan segera agar ia tidak menjejaskan prestasi murid-murid. Oleh sebab itu, sebagai langkah mengatasi masalah ini, pengkaji telah bercadang untuk menggunakan kaedah gambar bersiri bagi topik Gigi. Melalui kaedah gambar bersiri, guru akan menunjukkan gambar-gambar gigi secara peringkat demi peringkat. Murid-murid akan melihat gambar tersebut dan mengingati urutan gambar yang diaturkan satu demi satu. Selepas itu, murid-murid akan diberi beberapa bahagian gigi secara berasingan dan diarahkan untuk mengaturkannya menjadi satu gigi yang sempurna serta melabelkannya. Pengkaji juga menggunakan gambar yang berwarna-warni dan slaid untuk meningkatkan minat serta tumpuan murid-murid.Penggunaan kaedah ini adalah untuk membantu murid-murid Tahun Tiga membina kefahaman tentang struktur, jenis dan fungsi gigi. Pengkaji berharap penggunaan kaedah gambar bersiri dapat membantu golongan guru untuk menyampaikan struktur, jenis dan fungsi gigi dengan jelas dalam pengajaran dan pembelajaran sains Tahun Tiga. Kaedah ini turut menjadi pemangkin untuk memastikan murid-murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang. Sehubungan dengan itu, kajian ini berfokuskan kepada penggunaan kaedah gambar bersiri untuk membantu murid-murid Tahun Tiga memahami struktur, jenis dan fungsi gigi bagi matapelajaran sains.2.1.2Tinjauan dan Analisis MasalahTinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang masalah yang dikenal pasti dan juga sebagai bukti masalah tersebut berjaya dikenal pasti dalam kalangan murid-murid Tahun Tiga. Antara alat kajian yang telah digunakan untuk membuat tinjauan masalah ialah ujian dan temu bual bersama murid-murid.a) UjianUjian diberikan kepada 36 orang murid dalam kelas Tahun Tiga untuk mengesan sejauh manakah kefahaman mereka dalam tajuk Gigi. Enam soalan disediakan pada kertas ujian tersebut. Soalan yang diberikan mengandungi gambar dan jawapan padanan. Murid-murid dikehendaki memadankan gambar gigi kepada label yang tepat dan menentukan fungsi setiap gigi dengan betul. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan ini adalah 15 minit.Selepas murid-murid menjawab soalan yang diberikan, penyelidik mengumpulnya dan menyemak kertas jawapan mereka serta memberi skor kepada setiap murid. Kertas ujian yang sama diberikan sebanyak dua kali kepada kumpulan murid yang sama pada hari yang berbeza. Tujuan kertas ujian yang sama digunakan adalah untuk memastikan ketidakupayaan murid-murid untuk menjawab soalan tersebut adalah benar sekali. Hal ini dapat membuktikan bahawa murid-murid tersebut benar-benar menghadapi masalah yang telah dikenalpasti. Selain itu, kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian turut dapat dipertingkatkan dengan cara ini.Jadual 2 menunjukkan markah murid Tahun Tiga dalam ujian yang dikendalikan sebanyak dua kali bagi membuktikan kewujudan masalah dalam kalangan murid-murid dalam memahami struktur, jenis dan fungsi gigi.Jadual 2Keputusan pencapaian ujian murid-murid Tahun TigaMarkahGredBilangan Murid

Ujian 1Ujian 2

5-6A21

4B32

3C57

2D2021

0-1E65

Daripada skor yang diperolehi dalam Ujian 1, seramai dua orang murid telah mendapat gred A, tiga orang murid mendapat gred B manakala lima orang murid-murid mendapat gred C. Murid yang mendapat gred D adalah paling banyak iaitu seramai 20 orang. Terdapat juga murid yang mendapat gred E iaitu sebanyak enam orang. Bagi Ujian 2 pula, seorang murid mendapat gred A dan dua orang murid mendapat gred B. Tambahan pula, tujuh orang murid mendapat gred C. Bagi Ujian 2 juga murid yang mendapat gred D adalah paling tinggi iaitu 21 orang. Lima orang murid mendapat gred E dalam Ujian 2. Pemerhatian terhadap pola penulisan jawapan oleh murid-murid yang mendapat C dan D dalam ketiga-tiga ujian yang dilaksanakan membuktikan bahawa murid-murid tidak faham akan struktur, jenis dan fungsi gigi.Berdasarkan ujian yang dilaksanakan, keputusan murid-murid yang mendapat skor C dan D menjelaskan bahawa ramai yang memadankan gambar gigi dengan fungsi gigi yang salah. Hal ini demikian kerana mereka tidak memahami bentuk gigi manusia dengan fungsinya. Terdapat beberapa murid yang mendapat betul bagi beberapa padanan kerana mereka meneka jawapannya. Selain itu, terdapat segelintir murid-murid yang mengetahui struktur, jenis dan fungsi gigi dengan betul tetapi mereka masih mempunyai kekeliruan dalam memadankan padanan yang tepat mengikut struktur dan fungsinya.b) Temu BualTemu bual telah diadakan bersama tiga orang murid untuk mengetahui kefahaman mereka tentang topik Gigi. Tiga orang murid yang dipilih adalah daripada kategori murid yang mendapat gred C dan D dalam ujian yang dijalankan oleh pengkaji. Temu bual telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu cubaan 1 dan cubaan 2. Temu bual cubaan 1 dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan bentuk temu bual separa berstruktur. Ini bermakna pengkaji telah menyoal beberapa soalan yang dicatat awal dan beberapa soalan secara spontan.Temu bual cubaan 2 dilaksanakan dalam bentuk berstruktur. Temu bual ini diadakan bersama tiga orang murid yang sama. Empat set soalan yang sama disediakan sebelum temu bual diadakan. Soalan-soalan tersebut ditujukan kepada murid-murid tersebut. Hasilnya dicatat dan dianalisis kemudian. Tujuan temu bual diadakan sebanyak dua kali dengan mengulang soalan-soalan yang sama pada hari yang berlainan adalah untuk memastikan masalah yang dikenal pasti dalam kalangan murid-murid Tahun Tiga sebenarnya wujud. Tindakan ini juga dapat meningkatkan kebolehpercayaan data yang diperoleh tentang kefahaman murid-murid bagi topik Gigi. Hasil temu bual ditranskripsikan supaya kandungannya dapat dianalisis dalam bentuk naratif. Jadual 3 menunjukkan hasil temu bual guru dengan murid-murid Tahun Tiga bagi cubaan 1.Jadual 3Hasil temu bual guru dengan murid (Cubaan 1)MuridTemu bualRefleksi guru

AS:J:S:J:S:

J:

S:

J:S:

J:

S:

J:Berapa jenis gigi yang manusia ada?20 cikguMengapa anda kata 20?Pasal saya ada 20 gigi cikgu.Apakah nama gigi yang bahagian atasnya tajam?Ah! Semua gigi tajam la cikgu. Tengok sini (sambil tunjukkan giginya)Adakah semua gigi tajam? Cuba sentuh gigi anda.Eh, dua gigi je tajam cikgu.Gigi apakah yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?Gigi yang belakang cikgu. Nama saya tak tahu.Bagaimanakah rupa gigi yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?Kotak cikgu.

Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid ini tidak tahu bilangan jenis gigi dan bentuk gigi manusia. Dia juga tidak mengenali fungsi gigi mengikut bentuknya. Dia cuba untuk meneka jawapan tanpa berfikir.

BS:J:S:

J:S:

J:

S:

J:Berapa jenis gigi yang manusia ada?Tiga jenis cikguApakah nama gigi yang bahagian atasnya tajam?Hmm... gigi...gigi... (sambil berfikir)Gigi apakah yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?Gigi depan cikgu. Nama tak tau cikgu. (suara berkurangan)Bagaimanakah rupa gigi yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?Saya ingat leper cikgu. Tengok gigi Saya (sambil menunjukkan gigi hadapan)

Pengkaji dapat mengetahui bahawa dia dapat mengenal pasti jenis gigi tetapi tidak dapat memberitahu nama gigi dengan betul.

CS:J:S:J:S:

J:S:J:

S:

J:

S:

J:Berapa jenis gigi yang manusia ada?2 cikgu. Gigi hadapan gigi belakang.Betulke ini?Betul cikgu. Saya ada baca kat buku.Apakah nama gigi yang bahagian atasnya tajam?Gigi singa. Ha ha ha (sambil ketawa)Mengapa anda kata begitu?Cikgu tengok dua gigi ini (sambil menunjukkan gigi taring) tajam macam gigi singaGigi apakah yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?Gigi ini cikgu (sambil menunjukkan gigi kacip).Bagaimanakah rupa gigi yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?(Sambil menyentuh gigi kacip) Lengkung cikgu.

Murid ini tidak mengenali bilangan jenis gigi dan nama gigi manusia. Murid ini salah memahami konsep yang dia pelajari di buku. Dua gigi yang dia memberitahu ialah gigi susu dan gigi kekal. Murid ini juga tidak dapat memberitahu bentuk gigi dengan tepat mengikut fungsinya.

Jadual 4 menunjukkan hasil temu bual guru dengan murid-murid Tahun Tiga bagi cubaan 2.Jadual 4Hasil temu bual guru dengan murid (Cubaan 2)MuridTemu bualRefleksi guru

AS:J:S:

J:S:

J:

S:

J:

Berapa jenis gigi yang manusia ada?20 cikguApakah nama gigi yang bahagian atasnya tajam?Gigi tajam cikgu. Saya pun ada.Gigi apakah yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?Gigi yang ada kat dalam, belakang cikgu.Bagaimanakah rupa gigi yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?Hmm...Tajam cikgu baru boleh gigit makanan dengan senang.Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid ini masih lagi keliru akan bilangan jenis-jenis gigi dan tidak tahu bentuk gigi manusia. Dia juga tidak mengenali fungsi gigi mengikut bentuknya.

BS:J:S:

J:S:

J:

S:

J:Berapa jenis gigi yang manusia ada?Tiga jenis cikguApakah nama gigi yang bahagian atasnya tajam?Gigi taring ke cikgu? (sambil berfikir)Gigi apakah yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?Gigi ini cikgu (sambil menunjukkan gigi seri).Bagaimanakah rupa gigi yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?Lengkung cikgu. Semalam ibu saya tunjuk kat TV.

Pengkaji dapat mengetahui bahawa dia dapat mengenal pasti jenis gigi tetapi tidak pasti dengan jawapannya.

CS:J:

S:

J:S:

J:S:

J:Berapa jenis gigi yang manusia ada?Haiyoo. Berapa kali nak cakap cikgu. 2je.Apakah nama gigi yang bahagian atasnya tajam?Gigi singa cikgu.Gigi apakah yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?Gigi yang leper kat belakang cikgu.Bagaimanakah rupa gigi yang kita gunakan untuk mengunyah makanan?Lengkung dan berlubang kecil

Murid ini tidak dapat menyatakan bilangan jenis gigi dan nama gigi manusia dan tidak dapat memberitahu bentuk gigi dengan tepat mengikut fungsinya.

Melalui hasil temu bual yang dijalankan sebanyak dua kali, pengkaji dapat mengetahui bahawa murid-murid mengalami kesukaran untuk menyatakan jenis-jenis gigi dan nama gigi dengan tepat. Selain itu, mereka juga keliru akan bentuk gigi dengan fungsinya. Mereka sentiasa memadankan jenis gigi dengan fungsi gigi yang salah. Hal ini terbukti apabila ketig-tiga murid memberi jawapan yang hampir sama walaupun soalan yang sama ditujukan sebanyak dua kali pada waktu yang berbeza. Maka, terbuktilah bahawa murid-murid tidak faham akan struktur, jenis dan fungsi gigi dengan tepat.