5.14 penyesuaian fisiologi terhadap senaman
-
Upload
shareshare -
Category
Education
-
view
901 -
download
24
description
Transcript of 5.14 penyesuaian fisiologi terhadap senaman
SAINS
SUKAN
5.14 Penyesuaian
Fisiologi Terhadap
Senaman
Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia, sepertisistem pernafasan, sistem peredaran darahdan sistem otot.
Latihan menyebabkan peningkatan
permintaan dalam sistem kardiovaskular.
Permintaan oksigen dalam otot akan
meningkat dengan cepat dalam sistem
kardiovaskular.
Proses metabolik akan menjadi lebih cepat
dan banyak bahan buangan akan dihasilkan.
Kebanyakan nutrien akan digunakan dan suhu
badan akan meningkat.
Sistem kardiovaskular harus menggunakan
perubahan yangberlaku dan permintaan yang
meningkat dengan sebaiknya untuk
menjadikan sistem kardiovaskular berfungsi
dengan baik.
Penurunan Kadar Denyutan Nadi
Rehat
Kadar nadi adalah antara indikator terhadap tahapkecergasan seseorang.
Kadar nadi rehat yang rendah menggambarkanseseorang itu lebih cergas berbanding seseorangyang mempunyai kadar nadi rehat yang tinggi.
Perbezaan kadar nadi dapat dilihat sebelum dansesudah atlet menjalani latihan selama beberapatahun.
Pengurangan kadar nadi rehat menunjukkantahap kecergasan atlet yang menjalani latihanfizikal adalah bertambah baik.
Kadar degupan jantung pada waktu rehat
adalah purata 60 ke 80 degupan/minit bagi
golongan dewasa yang sihat.
Dalam keadaan duduk, individu pertengahan
umur mungkin mempunyai kadar degupan
jantung setinggi 100 degupan/minit.
Bagi atlet elit, kadar degupan jantung rehat
yang pernah direkodkan adalah serendah 28
ke 40 degupan/minit.
Kadar degupan jantung akan meningkat
walaupun sebelum sesuatu latihan dimulakan.
Ini dikatakan sebagai tindak balas jangkaan.
Ini berlaku kerana pengeluaran
neurotransmiter yang dipanggil epinefrin dan
norepinefrin yang juga dikenali sebagai
adrenalin dan noradrenalin.
Selepas pemulaan tindak balas jangkaan, kadardegupan jantung akan meningkat berdasarkankepada perkadaran langsung tahap latihan sehinggakadar degupan jantung yang maksimum dicapai.
Kadar degupan jantung maksima dapatdianggarkan menggunakan formula 220 - umur(Formula Karvonen).
Tetapi ini adalah hanya anggaran sahaja, dantidak semestinya tepat. Satu-satunya kaedahuntuk menentukan kadar maksimum degupanjantung adalah melakukan latihan dengan intensitiyang meningkat sehingga tahap mendatar padakadar degupan jantung diperolehi walaupun kadarlatihan meningkat.
Penyesuaian Fisiologi Terhadap
Otot
Sewaktu latihan yang melibatkan otot-otot
tertentu, mematuhi prinsip lebihan bebanan
progresif (progressive overload principle)
adalah sangat penting.
Prinsip latihan ini bertujuan agar bahagian otot
yang hendak ditingkatkan kekuatannya harus
diberi beban kerja di atas beban kerja yang
biasa dilakukan oleh otot tersebut;
Dalam suatu latihan otot, beban kerja
diberikan dalam bentuk masa yang harus
dilawan atau dipindahkan oleh gaya kontraksi
otot. (peningkatan kapasiti kerja)
Dengan memperhatikan intensiti beban
(resistance intensity) dan ulangan kontraksi
otot (repetitions), pembebanan terhadap otot
dapat diatur.
Seterusnya setelah otot tersebut menjadi lebihkuat maka beban yang diberikan harus lebihtinggi lagi untuk menghasilkan kemampuanyang lebih mencabar.
Dengan menerapkan program latihan yang menekankan prinsip ini, maka otot sentiasaakan memperoleh rangsangan yang memungkinkannya berubah, atau dengan kata lain mengalami kesan atau adaptasilatihan(peningkatan saiz/jisim otot, peningkatan kekuatan dan daya tahan otot).
Secara umum, peningkatan kekuatan otot
dapat dicapai dengan latihan beban besar
untuk kurang daripada enam kontraksi otot
(higher resistances (high intensity) and lower
repetitions);
Sedangkan daya tahan otot meningkat pada
latihan beban ringan untuk kontraksi otot lebih
daripada 20 kali (lower resistances and higher
repetitions).