51024703 Kerja Kursus Geografi PMR 2011
-
Upload
syafiqa-fozi -
Category
Documents
-
view
382 -
download
2
Transcript of 51024703 Kerja Kursus Geografi PMR 2011
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
TAJUK KAJIANTAJUK KAJIAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI
KAMPUNG PINTU GANG DAN
PERBANDINGANNYA DENGAN NEGARA
THAILAND
1
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
ISI KANDUNGANISI KANDUNGAN
Isi kandungan Muka suratTajuk Kajian 1
Isi Kandungan 2
Penghargaan 3
Pendahuluan 4
Objektif Kajian 5
Kawasan Kajian 6
Kaedah Kajian 11
Dapatan Kajian 12
Rumusan 21
Lampiran 22
Rujukan 29
2
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
PENGHARGAANPENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengungkapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t.
kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus
ini dengan sempurnanya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Jengka 21 , Tuan Haji Basri bin Osman yang telah memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini dengan jayanya. Selain itu, terima
kasih juga diucapkan kepada guru Geografi saya, Puan Rohani kerana sentiasa memberi
dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini.
Di samping itu, ucapan terima kasih ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya,
Uthman bin Affan dan Khazinatul Asrar binti Ahmad yang telah memberi banyak
perhatian dan bantuan kewangan kepada saya. Tidak ketinggalan, ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan saya yang sentiasa memberi kerjasama dan galakan agar saya dapat
menghasilkan kerja yang sempurna.
Saya juga berterima kasih kepada responden-responden yang telah memberi
maklumat yang saya perlukan secukupnya. Tanpa informasi daripada mereka, tidak
mungkin saya dapat menyiapkan folio ini dengan baik.
3
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
PENDAHULUANPENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk kajian bertemakan pencemaran alam sekitar. Tajuk
kajian saya ialah ‘Pencemaran Alam Sekitar di Kampung Pintu Gang dan
Perbandingannya dengan Negara Thailand’. Saya memilih kampung ini kerana tempat
kediaman nenek saya terletak di kampung ini. Saya juga memilih kampung ini kerana
pada hari cuti saya akan pulang ke sini. Saya juga menjalankan kajian ini bagi memenuhi
keperluan Kerja Kursus Geografi PMR Tingkatan 3 Tahun 2011.
Saya telah mengambil masa selama 8 minggu untuk menjalankan kajian dan
menulis laporan secara lengkap. Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti
kepelbagaian pencemaran alam sekitar yang terjadi di kampong ini. Saya berharap agar
kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat kepada saya dan seluruh penduduk
kampung ini.
4
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
OBJEKTIF KAJIANOBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian saya di Kampung Pintu Gang adalah untuk :
• Mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar.
• Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar.
• Mengenal pasti punca pencemaran alam sekitar.
• Mengenal pasti kesan pencemaran alam sekitar.
• Mengenal pasti langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
Saya berbangga kerana dapat berada di Kampung Pintu Gang dalam keadaan yang
selamat dan aman.
5
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
KAWASAN KAJIANKAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya bertempat di Kampung Pintu Gang, Kota Bharu, Kelantan
Darul Naim.
Kampung Pintu Gang terletak di barat daya Bandar Kota Bharu, Kelantan.
Jaraknya lebih kurang tujuh kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kampung ini terdiri
daripada lebih 100 buah rumah. Bentuk muka bumi di sini bertanah pamah. Saya memilih
kampung ini sebagai kawasan kajian kerana tempat kediaman nenek saya berada di
kampung ini.
Kawasan Kampung Pintu Gang mempunyai banyak kemudahan awam seperti
klinik desa, masjid, telefon awam dan stesen minyak. Jaringan pengangkutan di sini
sentiasa berada dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan. Di kampung ini juga
terdapat sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai pusat pendidikan bagi anak-anak
yang menetap di sini.
6
Peta daerah Kota Bharu
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
Peta Kajian :
1. Peta daerah
7
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
2. Peta bentuk muka bumi Negara Thailand.
Peta Negara Thailand
8
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
3. (a) Peta kawasan kajian (Kampung Pintu Gang)
Peta kawasan Kampung Pintu Gang
9
U
Lorong Pak Nor Belut
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
(b) Peta kawasan kajian (Kampung Pintu Gang)
10
PETUNJUK:
Petempatan Jalan raya
Masjid Tanah perkuburan
Premis perniagaan Sekolah rendah
Klinik desa Sekolah menengah
Stesen minyak 0 1 2 1cm mewakili 1km
U
Perumahan Kota Murni
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
KAEDAH KAJIANKAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam mendapatkan maklumat dan data
yang saya perlukan untuk kajian ini. Antara kaedah kajian yang saya gunakan adalah :
1. Kaedah pemerhatian
Saya telah memerhatikan kawasan persekitaran di Kampung Pintu Gang dalam jarak
kurang daripada lima kilometer dari tempat kediaman saya dan mengenal pasti
pencemaran yang berlaku di kampung ini.
2. Kaedah temu bual
Saya telah menemu bual sebanyak tiga orang penduduk di Kampung Pintu Gang.
Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat tentang pencemaran alam sekitar
yang berlaku di kampung ini dan kesannya kepada kegiatan masyarakat di kampung
ini.
3. Kaedah rujukan
Dalam proses mengumpul maklumat, saya telah merujuk buku dan risalah di
perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam untuk menambahkan maklumat tentang
punca berlakunya pencemaran alam sekitar di kampung ini.
11
Peta Kampung Pintu Gang
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
DAPATAN KAJIANDAPATAN KAJIAN
8.2 Konsep Pencemaran Alam Sekitar.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-
bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya
keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat
adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran
adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-
sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau
mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-
organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan
kepada pelbagai bentuk pencemaran alam.
Jadi, tidak mustahillah kalau semua tempat mungkin mengalami pencemaran
walaupun sedikit. Dari kajian ini, saya berasa bersyukur kerana walaupun Kampung
Pintu Gang juga mengalami pencemaran, saya tetap boleh bermain di sini dengan
gembira.
12
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar.
Secara umumnya, pencemaran yang berlaku di kawasan Kampung Pintu Gang
dapat dikategorikan dan dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya termasuklah
pencemaran sungai, pencemaran bunyi, pencemaran udara . Namun, pencemaran yang
nampak ketara ialah pencemaran bunyi.
Negara Thailand pula mengalami masalah yang kritikal berkaitan pencemaran air
yang berlaku di negara tersebut. Seperti mana yang kita sedia maklum, sungai-sungai di
Thailand sangat banyak fungsinya bagi penduduk Thailand, contohnya di Sungai Chao
Phraya. Justeru itu, masalah pencemaran air di negara tersebut berada di tahap yang
membimbangkan.
Saya berasa bangga kerana dapat menetap di Kampung Pintu Gang kerana bentuk
muka bumi di sini sangat sesuai dan selamat untuk saya diami.
8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar.
Seperti yang telah disebutkan dalam dapatan kajian saya sebelum ini, Kampung
Pintu Gang mengalami pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran sungai.
Setelah disoal selidik, ternyata pencemaran udara di kampung ini berlaku disebabkan
oleh kenderaan yang melalui jalan raya di sepanjang Kampung Pintu Gang. Pencemaran
udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau
membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini
13
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen
Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida , bau-bauan) ataupun apa-apa campuran
bahan-bahan ini. Jumlah kenderaan yang melalui kampung ini meningkat hampir 2 kali
ganda sejak tahun lepas. Bilangan kenderaan ini bertambah terutamanya pada waktu pagi
dan petang. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang
dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan penduduk kampung. Manakala punca
berlakunya pencemaran sungai adalah berpunca daripada pembuangan bahan-bahan
buangan seperti sampah, minyak dan najis secara tidak terkawal oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Seterusnya, Kampung Pintu Gang juga turut mengalami pencemaran
bunyi yang datang daripada bunyi bising kenderaan yang kerap kali menggunakan jalan
di Kampung Pintu Gang memandangkan jalan ini menghubungkan antara Pasar Borong
Wakaf Che Yeh dan Bandar Kota Bharu. Kedua-dua tempat ini memang seringkali
menjadi tumpuan penduduk Kelantan, jadi tidak hairanlah banyak kenderaan
menggunakan kemudahan jalan raya di sini.
Negara Thailand pula banyak dikaitkan dengan pencemaran air yang berpunca
daripada sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak
memerlukan kos pelupusan. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan
keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam
sekitar. Pengusaha kilang umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan mengambil
jalan mudah, membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya
terhadap persekitaran. Sungai Chao Phraya merupakan sungai yang terpenting di
Thailand. Sungai ini turut digelar pasar terapung. Di sekitarnya terdapat banyak rumah
14
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
dan bangunan. Jadi, disebabkan terlalu ramai pedagang di pasar ini yang membuang sisa
buangan dari barang dagangan mereka ke dalam sungai, maka tercemarlah Sungai Chao
Phraya.
8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar.
Sebelum ini telah ditulis tentang punca berlakunya pencemaran alam sekitar di
kawasan kajian dan negara perbandingan. Jadi, setiap tindakan yang dilakukan oleh
manusia pasti memberi kesan terhadap alam sekitar. Di Kampung Pintu Gang, salah satu
kesan yang dapat dilihat secara jelas ialah perubahan landskap. Menurut keterangan
daripada salah seorang responden yang telah ditemu bual oleh saya, sebelum kampung ini
mengalami pembangunan seperti sekarang, kampung ini memang dipenuhi dengan
tumbuh-tumbuhan menghijau. Kampung Pintu Gang ketika terpelihara daripada sebarang
pencemaran. Namun, apabila kampung ini menjadi satu lokasi petempatan, jalan-jalan
bertar telah dibina sebagai laluan utama penduduk. Banyak pokok-pokok ditebang untuk
didirikan bangunan-bangunan seperti sekolah, klinik, kilang batik dan pasaraya. Stesen
minyak Petronas turut dibina di sini. Rentetan daripada ini, kampung ini selalu menjadi
tumpuan pemandu-pemandu kenderaan yang akhirnya memberi kesan negatif kepada
penduduk kampung. Pada waktu malam, penduduk-penduduk diganggu oleh bunyi bising
daripada motor-motor yang digunakan oleh remaja untuk berlumba haram. Selain itu,
masyarakat di sini juga tidak lagi dapat menikmati keindahan sungai kampung ini.
Pencemaran udara pula telah membuatkan para penduduk mengalami pelbagai penyakit
seperti batuk kering dan selsema.
15
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
Negara Thailand pula mempunyai bilangan penduduk yang banyak. Kadar
pembinaan pembangunan di sana agak pesat dan menyebabkan Sungai Chao Phraya yang
menjadi tumpuan umum berubah warna menjadi keruh kehitam-hitaman. Air yang
tercemar oleh pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik dari kilang-kilang, dan
minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan hidupan akuatik
seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati. Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan,
bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis
burung atau unggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan
terancam. Sungai Chao Phraya adalah sumber air utama di Thailand. Oleh itu,
pencemaran sungai ini akan menjurus kepada air yang tercemar dan tidak boleh diminum.
Sejurus selepas saya mengetahui kegiatan manusia memberi kesan yang besar
terhadap alam sekitar, saya berasa bertanggungjawab untuk sentiasa memastikan alam
sekitar di Kampung Pintu Gang sentiasa terpelihara. Air merupakan salah satu keperluan
asas yang penting dalam kehidupan. Apabila air tercemar, kehidupan kita akan dilanda
pelbagai masalah dan kualiti hidup kita akan terjejas. Hakikat ini harus disedari oleh
setiap anggota masyarakat. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memikul tanggungjawab
memantau dan mengelakkan pencemaran sungai daripada berlaku.
8.5 Langkah Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar.
Hasil daripada kajian ini, pelbagai pengetahuan yang saya peroleh tentang bentuk
muka bumi di Kampung Pintu Gang. Kajian ini juga telah menanam sikap prihatin dalam
diri saya terhadap alam sekitar. Jadi, pada pendapat saya, langkah-langkah segera perlu
16
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
diambil oleh pelbagai pihak bagi mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam
sekitar. Memandangkan Kampung Pintu Gang sering menjadi tumpuan pengguna-
pengguna jalan raya, jadi adalah wajar jika saya mencadangkan supaya pihak kerajaan
membina jalan raya alternatif yang jauh daripada kawasan petempatan penduduk.
Langkah ini akan menyelesaikan masalah gangguan psikologi yang berlaku kepada
penduduk kesan daripada pencemaran bunyi. Selain itu, pihak Majlis Perbandaran Kota
Bharu mungkin perlu meletakkan bilangan tong sampah yang lebih banyak di kawasan
kampung ini bagi mengelakkan sampah dibuang merata-rata tempat seperti di dalam
sungai. Seterusnya, masyarakat seharusnya selalu bekerjasama dalam menjaga kebersihan
sungai kampung yang tercinta. Mereka perlu diberi kesedaran tentang kepentingan sungai
dalam kehidupan kita. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah
dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang
perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada
penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa
sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan
pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera
dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.
Bagi Negara Thailand, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi
moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan
adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas,
kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Hal ini akan mengurangkan kadar
17
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
pembuangan sisa buangan ke dalam Sungai Chao Phraya. Ini sudah tentu dapat
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak
sempurna. Di samping itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada
bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh
dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti
hampas kelapa sawit boleh
digunakan untuk menghasilkan metana.
Saya memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan hasil daripada kajian ini. Saya juga
dapat merasakan diri saya telah disemai dengan nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan prihatin terhadap kesukaran penduduk yang
mengalami bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir. Kajian ini turut menerapkan
semangat patriotisme yang tinggi menggunung dalam diri saya terhadap Negara Malaysia
dan kampung tercinta saya, Kampung Pintu Gang.
18
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
8.6 Bahan Grafik
KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG PINTU GANG
Kesan Pencemaran Alam Sekitar Peratus (%)
Memberi gangguan psikologi 30Mencacatkan pemandangan 15Penyakit batuk dan selsema 15Lain-lain 40
19
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM
SEKITAR DI KAMPUNG PINTU GANG
20
Penggunaan Teknologi
Moden
Menggunakan petrol tanpa plumbum
Memberi kesedaran
tentang kepentingan
sungai
Membina jalan raya alternatif
Langkah Mengurangkan Pencemaran
Alam Sekitar di Kampung Pintu
Gang
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
RUMUSANRUMUSAN
Hasil daripada kajian ini, saya dapat mengetahui jenis pencemaran alam sekitar
yang terjadi di Kampung Pintu Gang dan juga Negara Thailand serta punca-puncanya
bagi kedua-dua tempat ini. Selain itu, saya juga dapat mempelajari kesan pencemaran
alam sekitar kepada manusia bagi kedua-dua kawasan tersebut.
Di samping itu, kajian ini dapat memaklumkan saya tentang seribu satu langkah-
langkah yang boleh diambil oleh setiap pihak dalam memastikan pencemaran alam
sekitar dapat dikurangkan.
Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat memberikan perhatian yang
lebih mendalam terhadap alam sekitar kerana alam merupakan anugerah Tuhan yang
besar kepada manusia untuk dipelihara. Kajian ini juga telah menerapkan sikap
tanggungjawab dan prihatin ke dalam diri saya serta menanamkan semangat patriotisme
tinggi terhadap negara Malaysia tercinta.
21
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
LAMPIRANLAMPIRAN1. Surat Kebenaran Ibu Bapa
Uthman bin Affan,Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 13,26400 Bandar Jengka,Pahang.
Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21,26400 Bandar Jengka,Pahang Darul Makmur 15 MAC 2011
Tuan,
KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN GEOGRAFI
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya selaku bapa kepada kepada anak saya yang bernama Umar Al-Farouq bin Uthman kelas 3B mengizinkan anak saya melaksanakan kajian tersebut bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus Geografi PMR Tingkatan 3 Tahun 2011.
3. Saya juga berjanji akan memberikan bantuan dan sokongan yang sepenuhnya sepanjang anak saya menjalankan kajian ini.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
___________________
(UTHMAN BIN AFFAN)
Penjaga.
22
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
2. Surat Kebenaran Sekolah
23
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
3. Surat Pengesahan Diri Murid
24
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
4. Surat Makluman kepada Ibu Bapa
25
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21,26400 Bandar Jengka,Pahang Darul Makmur
Borang Temu Bual
1. Nama : Che Sarimah binti Che Ya.
2. Jantina : Lelaki
Perempuan
3. Umur : 72 tahun.
4. Kaum : Melayu
Cina
India
5. Jenis pekerjaan : Pertanian
Perkilangan
Perniagaan
Perkhidmatan
Lain-lain
6. Sudah berapa tahunkah anda tinggal di Kampung Pintu Gang?50 tahun lebih.
7. Apakah komen anda terhadap Kampung Pintu Gang?Saya rasa bersyukur kerana kemajuan di sini Alhamdulillah dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
26
/
/
/
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21,26400 Bandar Jengka,Pahang Darul Makmur
Borang Temu Bual
1. Nama : Mohd Radzi bin Ab Rahman.
2. Jantina : Lelaki
Perempuan
3. Umur : 40 tahun.
4. Kaum : Melayu
Cina
India
5. Jenis pekerjaan : Pertanian
Perkilangan
Perniagaan
Perkhidmatan
Lain-lain
6. Sudah berapa tahunkah anda tinggal di Kampung Pintu Gang?23 tahun.
7. Apakah komen anda terhadap Kampung Pintu Gang?Banjir di sini memang kerap berlaku tetapi tidaklah seteruk banjir di tempat-tempat lain. Jadi, saya rasa gembira dapat menetap di sini.
27
/
/
/
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21,26400 Bandar Jengka,Pahang Darul Makmur
Borang Temu Bual
1. Nama : Mohd Nor bin Muda.
2. Jantina : Lelaki
Perempuan
3. Umur : 52 tahun.
4. Kaum : Melayu
Cina
India
5. Jenis pekerjaan : Pertanian
Perkilangan
Perniagaan
Perkhidmatan
Lain-lain
6. Sudah berapa tahunkah anda tinggal di Kampung Pintu Gang?Lebih kurang 15 tahun.
7. Apakah komen anda terhadap Kampung Pintu Gang?Saya berasa sungguh bertuah menjadi anak watan Kampung Pintu Gang kerana penduduk di sini bekerjasama dan tidaklah mementingkan diri sendiri sahaja.
28
/
/
/
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
RUJUKANRUJUKAN• Buku Rujukan
1. Fokus 2U Geografi PMR.
Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Darmindar Singh.
2006.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
• Orang Sumber
1. Che Sarimah binti Che Ya
72 tahun.
No. 172, Kampung Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
2. Mohd Radzi bin Ab Rahman.
40 tahun.
No. 231, Kampung Pintu Gang, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
3. Mohd Nor bin Muda.
52 tahun.
Lot 881, Lorong Pak Nor Belut, Kampung Pintu Gang, 15100 Kota Bharu,
Kelantan.
• Internet
1. http://www.geographia.com/malaysia.html
2. http://www.wikipedia.com/thailand
3. http://www.wisatathailand.com/mapofthailand
4. http://www.googlemap.com/kotabharu_kelantan
29
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21
• Buku teks
1. Geografi Tingkatan 1.
Chong Mui Sen, Dr. Azizan bin Hj. Abu Samah.
2002.
Sasbadi Sdn. Bhd.
2. Geografi Tingkatan 3.
Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh Lim.
2004.
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
30