50765107-Tokoh-Tokoh-Cina.doc

21
Confucius Confucius Nama Leluhur (姓) Kong (子) (Pinyin: Zǐ) Nama Keluarga (姓) Kong (子) (Pinyin: Kǒng) Nama Berian (姓) Qiu (子) (Pinyin: Qiū) Nama Zi (姓) Zhongni (子子) (Pinyin: Zhòngní) Gelaran Anumerta (姓) Pendeta Kong 子子,子子子) (Pinyin: Kǒngzǐ, Kǒngfūzǐ;) Pendeta Terunggul

Transcript of 50765107-Tokoh-Tokoh-Cina.doc

ConfuciusConfucius

Nama Leluhur ()Kong () (Pinyin: Z)

Nama Keluarga ()Kong () (Pinyin: Kng)

Nama Berian ()Qiu () (Pinyin: Qi)

Nama Zi ()Zhongni ()(Pinyin: Zhngn)

Gelaran Anumerta()Pendeta Kong,)(Pinyin: Kngz, Kngfz;)Pendeta Terunggul Purba()(Pinyin:Zhshng Xinsh)

Wade-GilesK'ung-tzu, K'ung Fu-tzu

Ajaran konfucianisme telah dibawa oleh Confucius. Nama sebenar beliau ialah Kung Chiu/Kung Fu Tze. Kung sebagai nama keluarga dan Chiu/Fu Tze ialah nama beliau. Confucius juga lebih dikenali sebagai Tuan Kung. Beliau dilahirkan pada sekitar tahun 551 S.M. oleh ibunya iaitu Chiang Sai di negeri Lu iaitu di wilayah Shantung pada hari ini. Confucius meninggal dunia pada tahun 479 S.M. Beliau berasal daripada keluarga bangsawan tradisional. Nenek moyangnya berketurunan daripada keluarga bangsawan dari negeri Shung. Namun demikian, keadaan huru hara dan peperangan semasa akhir dinasti Chou Barat telah menyebabkan keluarga beliau menjadi miskin. Nasib Confucius bertambah malang apabila ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia tiga tahun. Ibunya menjadi orang penting dalam hidupnya, membesarkannya, dan beliau terpaksa menghadapi kehidupan yang susah. Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka.

Minat Confucius terhadap ilmu pengetahuan mulai kelihatan ketika beliau berusia 15 tahun. Namun, peluang orang biasa untuk mendapatkan pendidikan amat sukar kerana pendidikan menjadi hak golongan bangsawan dan keluarga diraja. Walau bagaimanapun, Confucius merupakan seorang yang rajin dan tidak kenal erti putus asa lalu beliau mencari jalan untuk mendapatkan pendidikan. Pengalaman hidupnya yang pahit itu membuatnya peka terhadap penderitaan rakyat kecil. Ia sangat prihatin dengan keadaan sekitarnya yang dianggapnya telah rosak dan menyedihkan. Keprihatinannya inilah mendorong semangat Konfucius melakukan perubahan dan pembaharuan,yaitu dengan mendidik murid-murid yang kelak dapat dipersiapkan terlibat dalam pemerintahan.Peluang beliau nampaknya cerah apabila beliau telah bekerja dengan golongan bangsawan. Dari situ, beliau telah dapat mengenal sistem kerajaan Cina kuno dan dapat memasuki istana raja. Beliau berkahwin ketika berusia 19 tahun dengan Chikuan. Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Li dan dua orang anak perempuan. Jawatan pertama yang disandang beliau ialah penjaga gudang dan selepas itu dinaikkan pangkat sebagai Pesuruhjaya Taman dan Herba.Nasib Confucius seterusnya bertambah baik apabila beliau dilantik sebagai ketua polis di Jabatan Kehakiman Negeri Lu. Namun beliau telah meletak jawatan itu dan menjalankan usaha mengembangkan idea-idea beliau kepada masyarakat Cina. Kebolehan beliau menjadi pengajar terbukti dengan bakat yang ada dalam bidang kesenian. Beliau dianggap seorang yang mempunyai bakat yang pelbagai dalam bidang tersebut. Dengan latar belakang beliau itu, maka ramai keluarga bangsawan telah tertarik dengan idea-idea yang dibawanya dan telah menghantar anak mereka berguru dengan Confucius. Beliau dikatakan sebagai guru persendirian pertama di China. Idea-idea yang diutarakannya telah dapat menarik kira-kira 300 pengikut. Selama 13 tahun beliau telah mengembara ke seluruh pelosok China untuk mencari pemimpin-pemimpin yang ingin mengikut nasihat dan idea-ideanya. Namun usaha beliau sering menemui kegagalan. Beliau hanya diterima oleh pemerintah negara Chi. Setelah beliau meninggal dunia, ajaran beliau mulai mendapat tempat di kalangan penduduk China dan juga pemerintah China hingga kini. Penerimaan ajaran beliau itu hasil daripada penyebaran yang dibuat oleh anak muridnye ke serata China. Pada hari ini, bukan setakat penduduk di China yang mengiktiraf idea beliau tetapi telah tersebar dan mendapat sambutan penduduk di Jepun, Korea, Vietnam dan masyarakat Cina di Asia Tenggara. Hari-hari terakhir dalam kehidupannya banyak dihabiskan untuk mengumpul dan menyusun buku-buku ajarannya.

Ajaran ajaran yang disebarkan oleh Confucius kepada masyarakat telah disusun di menjadi teks-teks klasik yang lebih dikenali sebagai Five Books and Five Classics. Lima karya klasik yang dikumpulkan oleh Confucius itu adalah seperti yang berikut:

i. Book of Changes (Yi)

- merupakan sebuah karya tentang ramalan

ii. Book of History (Shu)

- sebuah koleksi rekod, ucapan, dan kertas kerajaan yang bertarikh kira-kira 2000 Tahun S.M.iii. Book of Poetry (Shi)

- sebuah koleksi puisi berjumlah 305 dan lagu-lagu rakyat yang bertarikh dari

abad ke-11S.M. hingga abad ke-6 S.M.

iv. Book of Rites (Li)

- sebuah buku catatan tentang peraturan upacara istiadat di tempat awan dan Peribadi yang banyak diambil semasa dinasti Chou

v. Spring and Autumn Annals (Chunqiu)

- suatu urutan peristiwa yang berlaku di negeri Lu dari tahun 722 hingga tahun 464.Berdasarkan karya inilah era Musim Bunga dan Musim Luruh mendapat nama.

Selain lima karya Confucius itu, terdapat karya lain yang berkaitan dengan ajaran Konfusianisme yang merupakan karangan yang dikumpul dan disusun oleh pengikut beliau :i. The Great Learning (Daxue)

- kata kata Confucius tentang falsafah politik moral untuk pemimpin

ii. The Doctorine of The Mean (Zhangyong)

- sebuah lagi karya yang dikumpul oleh pengikutnya tentang keadaan semula jadi manusia dan hubungan antara manusia dan syurga

iii. The Analects (Lunyu)

- perbualan antara Confucius dengan anak muridnya

iv. The Book of Mencius (Mengzi)

- sebuah tulisan salah seorang pengikut Confucius iaitu Mencius berkaitan dengan

peraturan kerajaan, pemerintah yang baik, nota tentang keadaan semula jadi manusia dan sebagainya.

Ajaran yang dibawa oleh Confucius bukannya ajaran agama kerana penekanan beliau lebih kepada soal kehidupan social manusia. Beliau juga tidak mengkaji tentang soal kematian. Secara umumnya, ajaran Confucius menekankan tentang kualiti peribadi manusia seperti kesopanan, jujur, menghormati kebaikan, keamanan, menghormati, berbudi pekerti yang tinggi dan bertanggungjawab. Oleh itu, pada tumpuannya adalah tentang soal moral dan pernah suatu ketika beliau menyatakan bahawa pegawai kerajaan harus dipilih mengikut kebolehan dan sifat moral yang tinggi dan bukannya pemilihan berdasarkan warisan seperti keluarga bangsawan. Perkara inilah yang diajarkan kepada pengikutnya dan sebagai guru, beliau cuba menjelaskan kepada pengikutnya tentang warisan budaya kuno. Oleh sebab itu, Confucius cuba mendekati pengikutnya berhubung dengan adat dan istiadat serta norma lama untuk dihayati dan diteruskan oleh pengikutnya.Beliau berpendapat bahawa masyarakat Cina harus mengamalkan ajaran lama yang telah diturunkan dari Zaman Keemasan China. Dengan mengamalkan semua amalan lama, maka sifat manusia akan dapat ditamadunkan dan member suatu tatacara dalam kehidupan bermasyarakat. Berkenaan dengan perkara itu, Confucius dengan rendah hati menyatakan bahawa beliau bukannya pencipta dan beliau sendiri banyak kekurangan. Oleh itu, sebagai seorang penyalur, maka beliau hanyalah seorang guru.Dalam ajarannya, Confucius menekankan peri pentingnya mengamalkan nilai dan moral yang baik terutamanya dalam soal kemanusiaan (jen/ren) dan mempunyai perasaan kasih sayang sesama manusia. Perkataan jen menjadi asas penting dalam ajarannya dan disebut 100 kali di dalam Analects. Konsep ini amat penting bagi diterapkan ke dalam hubungan kemasyarakatan di China bagi mencapai keharmonian dan kelancaran pentadbiran kerajaan. Konsep ini boleh diaplikasikan kepada sesebuah masyarakat seperti xiao menanamkan perasaan sayang kepada ibu bapa. Bagi mempraktikan konsep jen, maka pengikut Confucius juga disarankan mengamalkan konsep Chung dan Shu. Kedua-dua konsep ini menjadi konsep yang saling melengkapi antara satu sama lain. Chung bererti buat sesuatu kepada orang lain yang kamu suka untuk kamu sendiri dan Shu pula bererti jangan buat sesuatu kepada orang lain yang kamu tidak suka buat untuk diri kamu sendiri.Confucius juga menggesa masyarakat Cina supaya menekankan kepentingan seseorang itu berpegang pada nama mereka. Nama boleh membantu perjalanan masyarakat dengan lebih sempurna dan teratur. Oleh itu, seseorang raja harus bertindak sebagai raja, para menteri bertindak sebagai menteri, bapa sebagai seorang bapa dan anak sebagai seorang anak. Setiap nama mempunyai suatu tanggungjawab dan tugasnya tersendiri. Manakala sesebuah negara pula disaranakan ditadbir secara moral dan bukannya menggunakan undang-undang ataupun kekuasaaan. Oleh itu, pemerintah hendaklah mempunyai sifat moral yang tinggi untuk dicontohi oleh rakyatnya. Confucius berpendapat bahawa jika seseorang pemerintah meletakkan soal moral sebagai soal paling penting, maka rakyatnya akan mengikut jejaknya dan secara tidak langsung undang-undang yang keras tidak diperlukan. Beliau menambah lagi bahawa pemerintah umpama angin yang bertiup dan rakyatnya umpama rumput. Jika angin bertiup, makan rumput akan tunduk, dan perumpamaan ini boleh menjadi contoh sesuai dalam pemerintahan sesebuah negara. Dengan itu, beliau menjelaskan kaedah terbaik untuk memerintah bukannya menerusi penguatkuasaaan undang-undang tetapi menanamkan nilai-nilai moral menerusi pendidikan kepada rakyat.Dalam sesebuah masyarakat atau negara, beliau menyarankan supaya diwujudkan suatu ikatan yang kuat dalam masyarakat. Ikatan ini akan membantu mengawal hubungan manusia di semua peringkat atau seluruh masyarakat. Oleh itu, hubungan yang lebih erat adalah umpama sesebuah keluarga harus dijalankan. Dalam sesebuah keluarga misalnya, ketaatan anak kepada ibu bapa atau orang lebih tua dipentingkan. Dengan itu, wujud tiga hubungan yang penting dalam sesebuah keluarga seperti anak kepada bapa, adik kepada abang dan isteri kepada suami. Namun hubungan ini bukannya hubungan sehala, tetapi lebih merupakan hubungan dua hala antara kedua-dua pihak. Pihak yang lebih tua mempunyai tanggungjawab dan menjaga orang bawahnya (anak, isteri atau sebagainya), manakala golongan bawah harus mentaati dan menurut perintah. Keadaan serupa juga harus ada dalam hubungan di sesebuah negara kerana perkara itu boleh mengelakkan tindakan jahat pemerintah (seperti menindas, bergaduh, berperang) terhadap rakyat. Melalui hubungan ini boleh membantu mengeratkan hubungan sesama manusia dengan rakyat mentaati pemerintah dan pemerintah pula akan menjalankan tugasnya dengan baik. Dengan kata lain, Confucius menambah dua lagi hubungan penting dalam susunan masyarakat iaitu hubungan rakyat dengan pemerintah dan hubungan sesama kawan yang diibaratkan sebagai hubungan adik-beradik. Namun, biasanya hubungan antara kawan lebih merupakan hubungan yang sama taraf kecuali terdapat perbezaan umur.Kesan Pengaruh Confucius Kepada MasyarakatSecara umumnya pengaruh Confucius dalam kehidupan mesyarakat cina amatlah penting. Walaupun pada awal hayat Confucius, beliau gagal mempengaruhi banyak kerajaan, namun setelah beliau meninggal dunia barulah ajarannya mula menampakkan pengaruh dalam pemikiran masyarakat Cina. Ajaran Confucius telah melahirkan sistem peperiksaan yang wujudnya birokrasi dalam pentadbiran China. Pada hari ini, masyarakat Cina masih mengamalkan ajaran falsafah.Satu lagi kesan ketara ajaran Confucius ialah secara beransur-ansur ajarannnya menjadi ajaran agama. Confucius mula dipuja sebagai seorang tokoh yang unggul. Zaman Dinasti Han memulakan upacara korban di depan makam Confucius. Selepas itu, taraf Confucius dinaikkan kepada Yang Dipertian Ni, Yang Maha Sempurna dan Maha Terkenal. Kuil-kuil juga telah dibina untuk menjalankan upacara pemujaan Confucius. Secara keseluruhannya, usaha Confucius itu tidak sia-sia dan pengaruhnya bukan sahaja menjadikan Confucius sebagai satu aliran falsafah utama masyarakat Cina tetapi telah menjadi sebahagian daripada ajaran agama masyarakat Cina.Salah seorang anak murid Confucius yang paling terkenal ialah Mencius ataupun Meng Ko. Beliau juga dikenali sebagai Tuan Meng. Beliau dilahirkan pada tahun 371 S.M. dan meninggal dunia pada tahun 289 S.M. Sebagai pengikut Confucius, Mencius juga cuba menasihati pemerintah agar menjalankan pemerintahan yang bijaksana. Beliau menyatakan bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik seperti air yang menitis. Oleh itu, jika menentang sifat semula jadi maka akan timbul kejahatan. Beliau juga menyarankan agar manusia mengembalikan institusi lama (Dinasti Chou Barat) untuk menyelesaikan masalah di China pada masa itu. Beliau berpendapat baha semua orang boleh men jadi Yao ataupun Shun (raja lagenda yang bijaksana pada zaman kuno). Manakala perbuatan jahat adalah kerana manusia tidak menuruti sifat asalnya dan bukan disebabkan bakat semula jadinya. Oleh itu manusia perlu dididik untuk mengembalikan kosep hsin (xin) iaitu pemikiran atau hati. Ini kerana pemikiran atau hati akan menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat baik. Selain mengembangkan ajaran Confucius, Mencius juga mempertahankan ajaran Confucius daripada kritikan ahli falsafah yang lain. Beliau meninggal dunia pada tahun 289 S.M. dan mewariskan karya tentang ajaran beliau dalam buku yang dikenali sebagai Mencius.Selepas beliau mati, peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu (Sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan satu taman yang cantik dan dinamakan Taman Kong.Walaupun Confucius telah mati tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China. Kitab yang disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah Lunyu (Inggeris:Analects), dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta ajarannya yang semakin hilang.

Tokong Confucius yang pertama di Malaysia terletak di sebuah sekolah yang bernama Confucius Chung Hwa School di Pulau Pinang.Sekolah ini diasaskan oleh Duta Besar Dinasti Qing ke kawasan jajahan selat British pada awal kurun ke-20. Pada masa itu, orang orang TIONG HUA di Pulau Pinang akan membawa anak-anak mereka ke tokong untuk memberi penghormatan kepada Confucius sebelum memulakan persekolahan awal mereka.Di Melaka, sebuah bangunan yang dinamakan Bangunan Confucius juga didirikan untuk memperingati jasa Confucius dan para pengikutnya yang handal dalam bidang akademik. Setiap tahun, istiadat diadakan untuk memberi penghormatan kepada Confucius pada hari jadi Confucius iaitu pada 27 haribulan 8 Kalendar Cina (28 September 551 BCE).

Lao Tzu, Laozu

Laozu meninggalkan negeri Chu dengan kerbaunya.

Nama ()Li Er ()(Pinyin: L r )

Wade-Giles()Lao Tzu

Ejaan lainLao Tse, Laotse,Lau Tze, Laotze

Nama Zi ()(nama selepas berkahwinatau mencapai 20 tahun)Boyang () atau Dan (Pinyin: B Yng) (Pinyin: Dn)

Gelaran Anumerta(selepas kematian); (Pinyin: Loz)

Satu lagi ajaran yang berpengaruh dalam kehidupan masyrakat Cina ialah Taoisme. Aliran falsafah ini disebarkan oleh Lao Tzu. Namum, latar belakang beliau tidak banyak diketahui. Beliau dilahirkan pada tahun 604 S.M. di sebuah kampung yang dipanggil Juren dalam negeri Chu. Beliau juga dikatakan pernah bekerja di negeri Chou. Apabila kerajaan Chou mulai merosot, Lau Tzu mengambil keputusan untuk mengembara ke barat. Namun, semasa hendak menyeberangi sempadan, beliau telah ditahan oleh pengawal yang tidak membenarkan beliau menyeberangi sempadan kecuali beliau boleh menurunkan ilmunya dalam tulisan. Oleh itu, dalam tempoh dua hingga tiga minggu beliau telah menulis tentang ilmunya dalam sebuah karya yang berjudul Tao Te Ching (buku tentang Jalan dan Kebaikan). Buku ini mengandungi 80 bab pendek dengan kira-kira 5000 perkataan Cina. Setelah selesai menulis buku tersebut, beliau telah menyerahkan kepada pengawal sempada dan beliau telah dibenarkan pergi ke barat. Menurut sumber-sumber tradisi, beliau dipercayai bersifat kekal dan tidak mati. Namun, sumber tradisi yang lain menyatakan beliau mati pada usia tua dan dikebumikan di China.

Secara umumnya Taoisme merujuk the way things do what they do. Oleh itu, ada cara untuk memasak, cara berperang, cara bertani, cara mengikat tali kasut, cara sesuatu pemikiran dan tindakan yang mempengaruhi dunia dan lain-lain. Tao merupakan asas kemunculan sesuatu benda. Selepas Tao, timbul perbezaan antara semua benda di dunia ini. Keadaan ini seolah-olah menunjukkan bahawa Tao mendahului tuhan ataupun sama dengannya.Kejadian daripada Tao dilihat suatu kejadian yang spontan tanpa wujud objektif atau tujuan tertentu. Benda-benda yang wujud dalam alam semesta ini berdasarkan prinsip ini. Oleh itu, Tao dilihat mencapai sesuatu tanpa usaha ataupun perjuangan. Begitu juga dengan manusia yang datang dari Tao, maka perbuatan dan tindakan manusia haru bertindak spontan atau dengan kata lain, bersifat semula jadi.Ajaran Taoisme menekankan konsep wu-wei iaitu konsep yang merujuk tidak buat apa-apa. Perkara ini bukan bermakna tidak bertindak atau tidak membuat sesuatu tetapi menyerahkan kepada alam semulajadi untuk menyusun keadaan. Oleh itu, beliau menyarankan semua perkara dibuat secara sendirian mengikut kesesuainnya sendiri. Usaha untuk memperbaiki keadaan akan menimbulkan kerugian dan ketidakharmonian pada alam semula jadi. Jika perkara ini diaplikasikan dalam pemerintahan, maka pemerintahan seharusnya diminimumkan. Sementara itu, pemerintahan yang menjalankan penaklukan menggunakan senjata adalah ditentang.

Berkaitan dengan usaha kembali kepada keharmonian alam semula jadi, maka beliau menekankan tentang pembentukan perwatakan manusia. Menurut Lao Tzu, dunia manusia adalah sesuatu yang buruk. Beliau berpendapat bahawa kejadian negatif seperti kecurian, pembunuhan, rompakan dan peperangan berpunca daripada tindak-tanduk manusia mengejar sesuatu yang tidak dapat mereka peroleh. Secara tidak langsung, ajaran ini menekankan bahawa keamanan dan keharmonian akan tercapai jika manusia tidak mengikut hawa nafsunya untuk mencari atau mengejar kebendaan. Dengan itu juga, manusia juga tidak memerlukan undang-undang dan perundangan untuk mengawal kegiatan manusia. Lao Tzu tidak bersetuju bahawa kerajaan yang baik harus dicontohi oleh rakyat, dan perkara ini hanya teori semata-mata. Realitinya, China adalah sebuah negara yang besar dan luas, maka mustahil semua rakyat akan mencontohi pemerintah. Yang lebih penting ialah bagaimana semua rakyat dapat mengawal hawa nafsunya dan kembali kepada aturan alam semula jadi bagi mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Bagi beliau, kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang kurang memerintah.Pada zaman dinasti Han, ajaran Taoisme terbahagi kepada dua bahagian iaitu ajaran falsafah dan aliran agama. Pada abad kelima Masihi, ajaran Taoisme mula berkembang sebagai satu agama yang kebanyakkannya mengambil ciri-ciri agama Buddha Mahayana. Ajaran Taoisme ini cuba memberi kepuasan kepada penganutnya yang tidak mencapai kepuasan dalam ajaran Confucius. Pada lewat abad kedua Sebelum Masihi, agama Taoisme telah digerakkan oleh pergerakan Tianshi dao (Cara Tuan Syurga) diketuai oleh Zhang Daoling. Pertubuhan agama Tao ini bergerak aktif di bahagian barat daya China. Sebagai suatu agama, Taoisme mempunyai tuhan-tuhan tersendiri seperti Maharaja Jed. Manakala Maharaja Gunung Timur sebagai penjaga kepada balasan baik dan balasan buruk. Ajaran agama Taoisme menjadi amalan kebanyakkan persatuan sulit China. Walaupon ajaran ini cuba dihalang, namun tetap diamalkan oleh penduduk China. Malah ajaran ini diamalkan bersama-sama ajaran Confucius. Satu lagi keistimewaaan ajaran ini ialah ajarannya telah membawa kepada beberapa gerak langkah jasmani seperti Taichi Chuan, Chi Kung (Qi Gong) dan meditasi. Dengan kata lain, Taoisme bukan sahaja satu falsafah tetapi berkembang sebagai agama, kerajaan, kesenian, perubatan mahupun dalam aspek masakan.

Lambang TaoismeLambang yang sering dikaitkan dengan ajaran Laozi ialah lambang "ying-yang" ("ying" bermaksud "feminin", dan "yang" bermaksud "maskulin"). Ia membayangkan kebenaran bahawa dunia ini adalah dunia dualisme, iaitu segala fenomena dalam dunia ini mempunyai dua keterlaluan. Misalnya, jika tiadanya besar, tidak akan ada kecil; jika tiadanya kiri, tidak akan ada kanan, dan sebagainya. Oleh itu, lambang ini mempunyai dua bahagian yang sama besar, separuh putih dan separuh hitam. Garis di tengah adalah melengkung dan bukannya lulus. Ini bermakna bahawa kesemua fenomena di dalam dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa berubah-ubah. Sewaktu hitam berkembang, putih berundur, dan sebaliknya. Oleh itu, seseorang harus tidak menentangi sifat alam semesta seakan-akan ia sentiasa sama sahaja. Sebaliknya, dia harus berundur pada tempoh sebegini, dan menunggu untuk "putih" memulih. Ini adalah salah satu daripada tafsiran konsep "wei-wu-wei".

Ia dicipta oleh penganut-penganut Taoisme untuk menggambarkan konsep ajaran Laozi. Bagaimanapun, apa yang digelarkan Taoisme di Malaysia dan banyak tempat yang lain bukannya ajaran Lao Tzu yang sebenarnya. Sebenarnya, Gautama Buddha dan Lao Tzu tidak berniat mengagamakan ajaran mereka. Apa yang digelarkan Taoisme sebenarnya adalah adat resam dan budaya orang Cina yang telah meminjam sebahagian kecil sahaja daripada ajaran Lao Tzu serta, kekadangnya, ajaran Buddha.

RUJUKAN BUKU

1. Suffian Mansor, (2003). Tamadun China. Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Ahmad Zaki Abd Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Daros, (2009).

Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Oxford Fajar 3. Azizah Othman, (1998). Tamadun Asia.4. Choon Lean Keow, (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia.

Kumpulan Budiman Sdn Bhd INTERNET

- http://ms.wikipedia.org/wiki/Konfusianisme (Dilayari pada 1/2/2011)- http://ahmadsamantho.wordpress.com/2009/10/23/kon-fu-tze-atau-konfucius/ (Dilayari pada 1/2/2011)

- http://ms.wikipedia.org/wiki/Confucius (Dilayari pada 1/2/2011)

- http://ms.wikipedia.org/wiki/Taoisme (Dilayari pada 2/2/2011)

- http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Taoisme (Dilayari pada 2/2/2011)

- http://it411x34.tripod.com/sumbangan_tamadun.htm (Dilayari pada 2/2/2011)