4laporan Pengerusi Persatuan Dinamikal Explore

4
LAPORAN PENGERUSI AKTIVITI KABALLRAN Pada 1 Oktober 2014 yang lalu, PISMP semester 6 Pemulihan A telah mengadakan satu aktiviti persatuan Dinamikal Explore yang bertempat di Taman Tema Darulaman Park, Jitra, Kedah. Program ini melibatkan seramai 17 orang peserta dan diiringi oleh seorang orang pensyarah iaitu Encik Musaidi Bin Mustafa selaku pensyarah pembimbing. Sebelum Aktiviti Pada peringkat awal, saya dan rakan sekelas telah mengadakan satu mesyuarat untuk memilih ahli jawatankuasa tertinggi dan juga mewujudkan beberapa biro bertujuan untuk melicinkan perjalanan aktiviti persatuan pada kali ini. Hasil daripada mesyuarat tersebut, saya telah dilantik sebagai pengerusi hasil undian rakan sekelas. Pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi juga turut dibuat seperti pelantikan naib pengerusi, setiausaha, naib setiausaha dan bandahari. Selain itu, kami juga telah memilih beberapa orang individu untuk mengetuai beberapa biro yang telah diwujudkan seperti biro protokol, biro makanan, biro perhubungan dan biro dokumentasi. Kami juga telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bertujuan untuk memilih aktiviti dan lokasi yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti yang berbentuk outdoor. Tambahan itu, dengan mengadakan perbincangan sebegini mampu menyelesaikan masalah yang mungkin timbul sepanjang program itu berlangsung. Selain itu, kami juga turut menyertai sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Musaidi Bin Mustafa tentang perkara-perkara yang

description

yes

Transcript of 4laporan Pengerusi Persatuan Dinamikal Explore

Page 1: 4laporan Pengerusi Persatuan Dinamikal Explore

LAPORAN PENGERUSI AKTIVITI KABALLRAN

Pada 1 Oktober 2014 yang lalu, PISMP semester 6 Pemulihan A telah mengadakan

satu aktiviti persatuan Dinamikal Explore yang bertempat di Taman Tema

Darulaman Park, Jitra, Kedah. Program ini melibatkan seramai 17 orang peserta dan

diiringi oleh seorang orang pensyarah iaitu Encik Musaidi Bin Mustafa selaku

pensyarah pembimbing.

Sebelum Aktiviti

Pada peringkat awal, saya dan rakan sekelas telah mengadakan satu mesyuarat

untuk memilih ahli jawatankuasa tertinggi dan juga mewujudkan beberapa biro

bertujuan untuk melicinkan perjalanan aktiviti persatuan pada kali ini. Hasil daripada

mesyuarat tersebut, saya telah dilantik sebagai pengerusi hasil undian rakan

sekelas. Pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi juga turut dibuat seperti pelantikan

naib pengerusi, setiausaha, naib setiausaha dan bandahari. Selain itu, kami juga

telah memilih beberapa orang individu untuk mengetuai beberapa biro yang telah

diwujudkan seperti biro protokol, biro makanan, biro perhubungan dan biro

dokumentasi. Kami juga telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bertujuan untuk

memilih aktiviti dan lokasi yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti yang

berbentuk outdoor. Tambahan itu, dengan mengadakan perbincangan sebegini

mampu menyelesaikan masalah yang mungkin timbul sepanjang program itu

berlangsung. Selain itu, kami juga turut menyertai sesi taklimat yang disampaikan

oleh Encik Musaidi Bin Mustafa tentang perkara-perkara yang perlu dilaksanakan

sebelum, semasa, dan selepas program tersebut dijalankan.

Semasa Aktiviti

Kami bertolak ke Taman Tema Darulaman Park, Jitra, Kedah seawal jam 7 pagi dari

IPG kampus Perlis. Perjalanan kami mengambil masa selama satu jam dan kami

selamat tiba di destinasi pada jam 8.00 pagi. Setibanya kami di sana, kami disambut

mesra oleh Puan Nurul Shuhada yang bertugas sebagai individu yang

bertanggunjawab dalam hubungan antara pihak luar bagi menggunakan taman

tersebut. Kemudian, kami diberi taklimat ringkas tentang peraturan penggunaan

taman tersebut. Seterusnya, sebelum aktiviti pertama iaitu aktiviti kayak, biro yang

Page 2: 4laporan Pengerusi Persatuan Dinamikal Explore

dilantik untuk memberi sedikit keterangan mengenai sejarah, cara-cara penggunaan

serta beberapa aspek keselamatan yang perlu di ambil kira diberi penekanan.

Seterusnnya, aktiviti kedua pula adalah aktiviti permainan paintball. Taklimat

mengenai pengendalian senapang angin, keselamatan, peraturan permainan,

pakaian keselamatan dan sebagainya turut diberikan. Aktiviti ini merupakan aktiviti

baharu bagi kami dan pelbagai soalan telah di ajukan kepada instruktur bagi

memperjelaskan lagi cara permainan tersebut. Setelah selesai sesi taklimat kami

diberi peluang untuk membentuk kumpulan dan merancang strategi sendiri mengikut

kumpulan bagi menghadapi pihak lawan semasa berada di dalam tapak

pentempuran. Setelah selesai aktiviti permainan paintball, kami berhenti rehat

seketika kemudian meneruskan aktiviti yang ketiga iaitu aktiviti memancing.

Sebelum aktiviti dilaksanakan, penerangan mengenai cara-cara penggunaan jorang,

umpan dan sebagainya diberikan. Sebelum bertolak pulang, kami juga turut

mengambil gambar kenang-kenangan di sekitar Taman Tema Darulaman Park.

Selepas Aktiviti

Dalam proses terakhir, kami ditugaskan untuk menulis refleksi indvidu bagi menilai

semula pengalaman yang telah kami lalui dan perkembangan kendiri yang telah

berjaya kami perolehi. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada rakan-

rakan saya yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan aktiviti Persatuan

Dinamikal Explore pada kali ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ingin saya

sampaikan kepada pensyarah penasihat kami iaitu Encik Musaidi Bin Mustafa di

atas sokongan dan bimbingan beliau. Akhirnya, ucapan terima kasih yang tidak

terhingga juga ingin saya tujukan kepada pihak pengurusan Taman Tema

Darulaman Park, Jitra Kedah kerana sudi menerima kami untuk menjalankan aktiviti

bagi Persatuan Dinamikal Explore IPG Perlis pada kali ini.

Page 3: 4laporan Pengerusi Persatuan Dinamikal Explore

Disediakan oleh,

___________________

Mohd Kamil Bin Deroni,

Pengerusi Aktiviti Kaballran