35296251 Konsep Pergerakan Asas

download 35296251 Konsep Pergerakan Asas

If you can't read please download the document

description

pergerakan asas

Transcript of 35296251 Konsep Pergerakan Asas

KONSEP PERGERAKAN ASAS.

DEFINISI

Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak ( movement ) yang dilakukan oleh seseorang itu

akan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut.

Pergerakan Asas pula bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan

pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan

kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.

Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan berger ak untuk

belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.

Pergerakan asas terdir i daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan

lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek

yang ber ikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik.

Konsep Pergerakan Asas.

Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu :

1. Kesedaran ruang.

2. Kesedaran tubuh badan.

3. Beban .

4. Ruang.

I.

Kesedaran ruang

Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan ekstensi.

- Lokasi ruang diri dan ruang am.

- Arah ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan belakang )

- Laluan lur us , melengkung , zig zag.

- Ekstensi ( besar kecil ) , ( jauh dekat )

Kesedaran r uang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia juga dapat mengesan

tempat pergerakan, arah pergerakan dan dar i mana datangnya gerakan.

1

II.

Kesedaran Tubuh Badan.

Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah :

- Gerak laku asas tubuh.

- Aktiviti gerak laku anggota anggota tubuh.

- Aktiviti serta bentuk bentuk tubuh badan.

Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian tubuh badan memfokuskan

fungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta membimbing dan

memikul berta badan.

III.

Beban

Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. Ia juga menitikberatkan akan

kekuatan. Antaranya.

- Masa : cepat lambat.

- Daya : kuat r ingan.

- Aliran : bebas terikat.

IV.

Perhubungan.

Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh;

1. Objek : atas bawah, dekat jauh, keliling sisi, bertemu berpisah.

2. Manusia. Memimpin ikat, solo, berpasangan dan berkumpulan.

2

JENIS JENIS PERGERAKAN ASAS.

Pergerakan asas terbahagi kepada 2 kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.

1.

Pergerakan Kreatif

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan -

gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi

aktivti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesakan masalah dan

melahirkan perasaan masing- masing ( expression functional ).

PERASAAN

PERGERAKAN

KREATIF

MUZIK

KREATIVITI

CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF

Pendekatan pergerakan kreatif digunakan didalam pergerakan asas Bagi mempertingkatkan

potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya dalam menginterpretasi idea,

perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secar a simbolik. Pengalaman per gerakan kreatif

dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

3

2.

Pergerakan gimnastik

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan pr estasi pergerakan yang ber ulang-ulang,

malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran

kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Konsep asas gimnastik terbahagi

kepada tiga iaitu kelenturan, imbangan dan koordinasi. Ketiga-tiga konsep ter sebut

memainkan peranan penting dalam melahirkan ahli gimnastik. Dalam erti kata lain,

ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal seseorang individu yang

ingin menceburkan dir i dalam sukan gimnastik.

I.

Konsep Imbangan

Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata

di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai cir i-cir i kesepaduan

unsur-unsur estetik yang menar ik. Imbangan juga boleh difahami sebagai

kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam

keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan

ialah seper ti, aksi-aksi ber jalan, ber lari, melompat, mengguling, meloncat serta

meluncur yang merupakan antar a lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh

lain ialah berjalan sambil menjengket di atas gar isan lurus dan juga ber jalan di

atas bangku gimnastik

.

II.

Konsep Kelenturan ( flexibility )

Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak

dengan sepenuhnya. Contoh ialah membongkok badan ke hadapan. Menurut

Safrit & Wood (1995) , kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan

sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi.

Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah

pergerakan untuk meluruskan. Contoh bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut

pada kegiatan gerak jalan.

Gerakan ayunan ke depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan ke belakang

disebut (retro) fleksi / ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut

4

hiperekstensi. Manakala menurut Johnson & Nelson (1986), kebolehan anggota

dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada

bahagian artikulasi dan penyambung otot.

III.

Konsep Koordinasi

Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan

antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem

dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat ber fungsi secara

bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar atau

pundi kacang yang mana memer lukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badan

untuk melambung dan menyambut bola tersebut. Koordinasi badan terdir i

dar ipada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf.

Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koor dinasi saraf serta dikawal oleh

hormon dan kelenjar endokr in. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang

mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai

kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia

membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita.

Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokr in utama iaitu pituitari, tiroid, adrenal,

pankreas, ovar i dan juga testis. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan

mencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan

dar i pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap kencing manis. Dengan

ini, secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti.

5

KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS

Di dalam pergerakan asas terdapat 3 kemahiran iaitu;

1. Kemahiran Lokomotor.

2. Kemahiran Bukan Lokomotor.

3. Kemahiran Manipulasi Alatan.

A.

Kemahiran Lokomotor.

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dar i satu tempat ke tempat yang lain.

Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

Konsep Pergerakan Lokomotor

Pergerakan lokomotor berkaitan dengan ger akan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor

digunakan dalam per sembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan

itu. Ter dapat pelbagai cara perger akan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini

melibatkan ar ah, aliran, haluan dan masa.

ARAH

Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

HALUAN

Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus,

bengkang bengkok, zig zag dan lain- lain

MASA

Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam

keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal

6

Bentuk Pergerakan Lokomotor

BERJALAN

Di antara aktiviti ber jalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah

seperti berikut:

1. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan

2. Ber jalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan

3. Ber jalan dengan melakonkan gaya gegasi ber jalan

4. Ber jalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan

5. Ber jalan dengan melakunkan gaya meredah semak

6. Ber jalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan

7. Ber jalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan

8. Ber jalan dengan melakunkan gaya patung ber jalan

9. Ber jalan naik tangga

BERLARI

Di antara aktiviti ber lari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah

seperti berikut:

1. Ber lari setempat dengan ayunan tangan yang lurus

2. Ber lari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi.

3. Ber lari pantas dan beransur -ansur pelahan

4. Ber lari dan berhenti apabila syar at di berikan dan berhenti apabila isyarat

di berikan dan berlar i semula

5. Ber lari kehadapan serta ber undur kesisi

6. Ber lari mengikut seorang ketua

7. Ber lari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan ar ahan

8. Ber lari mengikut arah zig zag

9. Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

7

MELOMPAT

Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah

seperti berikut:

1. Melompat seperti rusa melompat pagar

2. Melompat tali atau garisan di atas lantai

3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari par as lantai

4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan

5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat

6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat

7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat

8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat

9. Melompat sambil mengubah ar ah lompatan

MELOMPAT KETINGTING

Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan

jasmani ialah seperti berikut:

1. Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat

kiraan

2. Melompat ketingting dan pusing badan kekir i dan kekanan

3. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekir i-kekanan

mengikut isyar at

4. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak

MERANGKAK

Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah

seperti berikut:

1. Merangkak melalui pelbagai halangan

2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah

3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat

4. Merangkak melalui tali

8

B.

Kemahiran Bukan Lokomotor.

Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke

tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di er tikan sebagai keupayaan

mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi

penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor membantu kita menjaga

dan menjadikan bentuk badan yang menarik badan seharusnya berada dalam keadaan

fleksibel dan seimbang. Gerakan dalam aktiviti ini perlulah di buat dalam keadaan tenang

dan kurang tekanan.

Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor

DUDUK

Di antara aktiviti ber jalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani

ialah seperti ber ikut:

1. Duduk dalam keadaan ber sila

2. Duduk dalam keadaan melunjur

3. Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan

4. Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit

5. Duduk dalam keadaan kaki keatas dengan gaya mengayuh basikal

6. Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki

7. Duduk melutut

8. Duduk mendekam

9

BERDIRI

Di antara aktiviti berdiri yang selalu di lakukan oleh gur u pendidikan jasmani

ialah seperti ber ikut:

1. Ber dir i lurus

2. Ber dir i dengan membongkok ke hadapan

3. Ber dir i sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya

dengan kaki kanan

4. Ber dir i dengan memusing pada par as pinggang

5. Ber dir i dengan mengilas ke kir i dan ke kanan

6. Ber dir i dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan

seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut

kiri

7. Ber dir i membongkok sambil jar i tangan menyentuh jar i kaki

8. Ber dir i dengan memusing tangan ke kiri dan ke kanan

C.

Kemahiran Manipulasi Alatan

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar

untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang

pelbagai. Pembelajar an manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi

kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan r elang getah.

Konsep Kemahiran Manipulasi Alatan

Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan

dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.Kemahiran manipulasi alat

hendaklah di bina di per ingkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini

memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal,mengawasi atau menangani

sesuatu.objek.

Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina

10

dar ipada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan

kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat

Kemahiran manipulasi alat yang diajar di per ingkat pra dan sekolah rendah ialah:

MEMBALING DAN MELAMBUNG

Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan

jasmani ialah seperti berikut:

1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula

2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula

3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula

4. Meler etkan bola kedinding dan menahan semula

MENYAMBUT

Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah

seperti berikut:

1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula

2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula

3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula

4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan

5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

MEMUKUL

Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani

ialah seperti ber ikut:

1. Memukul alatan dengan tangan

2. Memukul alatan dengan gengaman

3. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran

4. Melambung belon keudara dan kemudian memukul

11

RUJUKAN.

Buku :

Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan di Sekolah Rendah.

Bahan rujukan elektronik :

1. Laman web

a. Pendidikan Pergerakan,

http://pjhyperx.blogspot.com/2009/04/pendidikan-

pergerakan.html

( 21 April 2009 ), Tar ikh Akses : 26 Julai 2010.

b. Gerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor,

http://www.scribd.com/doc/29040681/Gerakan-Lokomotor-Bukan-Lokomotor

(

27 Mac 2010 ), Tarikh Akses : 27 Julai 2010.

c. Pergerakan Kreatif ,

http://www.scribd.com/doc/14100138/PERGERAKAN-

KREATIF

( 4 September 2009 ). Tarikh Akses : 27 Julai 2010.

d. Konsep Pergerakan Asas,

http://www.scribd.com/doc/12394711/Konsep-

Pergerakan-Asas

( 14 Febuar i 2009 ). Tarikh Akses : 28 Julai 2010.

12