35-C-ewe Chung Mei -Kandungan Kajian
-
Upload
hakimisetapa1979 -
Category
Documents
-
view
42 -
download
0
description
Transcript of 35-C-ewe Chung Mei -Kandungan Kajian
1
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid terhadap ciri-
ciri tumbuhan tahun 3 . Antara miskonsepsi ciri-ciri tumbuhan adalah seperti berikut:
i) Semua tumbuhan yang menpunyai batang tidak berkayu menpunyai akar
serabut.
ii) Semua tumbuhan yang menpunyai batang berkayu menpunyai akar tunjang.
iii) pokok jagung, pokok tomato, pokok pisang mempunyai batang berkayu
kerana buahnya berat
iv) pokok pisang, pokok kelapa dan paku-pakis mempunyai daun urat jejala
kerana bentuknya besar.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
3B merupakan kelas yang diamanahkan oleh saya dalam mengajar subjek Dunia Sains
dan Teknologi di SJK (C)Puay Chai 2 di Bandar Utama, Petaling Jaya. Kelas ini
mempunyai 47 orang murid yang merupakan target saya dalam mengenal pasti masalah
bagi menjalankan kajian tindakan saya. Saya telah mengajar di SJK ( C) PUAY CHAI 2
selama 9 tahun, kelas yang saya mengajar Dunia Sains dan Teknologi ialah tahun 1
hingga tahun 3. Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik di sekolah saya,
saya memdapati topik yang paling susah dikuasai oleh murid tahun 3 ialah ciri-ciri
tumbuhan. Daripada pemerhatian saya terhadap murid 3B, saya mendapati sifat ingin
tahu mereka terhadap sains amat tinggi apabila mereka cuba memberi respon terhadap
setiap persoalan yang diajukan saya, dalam masa yang sama mereka selalu mengajukan
2
soalan untuk bertanya kepada saya. Semasa sesi soal jawab fasa pencetusan idea, saya
telah menemui banyak miskonsepsi murid, terutamanya dalam ciri-ciri tumbuhan.
Miskonsepsi ini ysng menyebabkan mereka mengalami masalah mengelas tumbuhan.
Masalah ini terjadi menunjukkan tahap pemerhatian dan pengetahuan sedia ada mereka
terhadap ciri-ciri tumbuhan berada di tahap yang lemah dan cetek. Kejadian ini
disebabkan kebanyakan murid ini tidak pernah lihat tumbuhan tersebut kerana mereka
tinggal di bandar. Apabila saya tunjukkan gambar tumbuhan, mereka tidak mengenali
nama tumbah serta tidak pernah melihat tumbuhan tersebut. Mereka menyebabkan
mereka mempunyai banyak miskonsepsi dalam ciri-ciri tumbuhan. Contohnya, mereka
berpendapat pokok keembung, sayur, bunga matahari mempunyai akar berserabut
kerana batang tumbuh-tumbuhan tersebut tidak berkayu dan lembut dan manakala pokok
jagung, pokok tomato, pokok pisang mempunyai batang berkayu kerana buahnya berat,
pokok lidah buaya tiada bunga kerana murid tidak nampak pokok lidah buaya berbunga.
Selain itu, mereka juga mempunyai tanggapan yang salah bahawa paku-pakis
mempunyai daun urat jejala, pokok nanas dan pokok buluh tidak boleh membiak melalui
anak pokok dan sebagainya. Selain itu, mereka juga tidak memahami bahawa pokok
padi dan pokok jagung membiak melalui bijih bernih. Walaupun saya telah
menayangkan gambar tumbuhan tersebut melalui internet dan bantuan TV eco-smart,
mereka tetap tidak dapat ingat tumbuh-tumbuhan tersebut kerana terlalu banyak.
Semasa menyuruh mereka membuat permerhatian terhadap pokok pisang, sebahagian
mereka menyatakan bahawa daun pokok pisang dan paku-pakis berjejala. Ini telah
membuktikan bahawa mereka lemah dalam kemahiran memerhati. Di samping itu,
mereka tidak minat dengan tumbuhan yang ditayangkan dan mempunyai ingatan yang
3
singkat untuk mengingati ciri-ciri tumbuhan tersebut. Setiap kali ujian pertengahan
tahun, didapati bahawa bahagian yang paling lemah ialah bahagian ciri-ciri tumbuhan.
Saya telah menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran saya dalam kelas
tetapi murid masih lemah dalam topik ini, saya telah memikirkan cara pennyelesaian
masalah ini dalam kajian tindakan ini. Saya merancang menggunakan meningkatkan
kemahiran memerhati dan mengelas dahulu bagi meningkatkan penguasaan ciri-ciri
tumubuhan.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Mendapatkan maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh murid khususnya dalam
kemahiran memerhati dan mengelas bagi melaksanakan pembelajaran sains dengan
memberikan penekanan terhadap penguasaan kemahiran proses sains.
Membantu murid untuk mengesan masalah kemahiran memerhati dan mengelas mereka
yang dapat membantu mereka dalam memahami ciri-ciri tumbuhan dan seterusnya
membantu dalam memahami kemahiran proses sains dalam pembelajaran penyiasatan
saintifik.
Kemahiran saintifik
Terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif sains yang telah
dikenalpasti untuk diperkembangkan dalam kalangan murid sekolah rendah melalui
Kurikulum Sains Sekolah Rendah.
4
Membuat Pemerhatian
Membuat pemerhatian ialah proses yang berkait rapat dalam mendapatkan suatu fakta
melalui penglihatan yang rapi dan teliti terhadap bagi menerangkan sesuatu peristiwa.
Kemahiran membuat pemerhatian ini juga menggunakan pengalaman lepas atau
pengetahuan sedia ada murid dalam menilai suatu peristiwa menggunakan kelima-lima
deria di dalam suatu aktiviti sains.
Kemahiran berfikir aras tinggi
Menurut Onosko dan Newmann (1994), dijelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi
(higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas dalam
menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila
seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk
menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
5
2.0 Fokus Ujian
2.1 Isu Kajian
Dari 22 April hingga 18 Sept 2015, saya telah melaksanakan kajian tindakan
ini bagi mengatasi masalah penguasaan ciri-ciri tumbuhan tahun 3. Apabila saya
mendapati bahawa pengajaran secara ekspositori tidak dapat membantu murid
mengatasi masalah miskonsepsi ciri-ciri tumbuhan murid dan tidak dapat
membantu murid mengingati ciri-ciri tumbuhan walaupun tayangan gambar
tumbuh yang menarik melalui ICT, saya telah memikirkan pelbagai cara untuk
mengatasi masalah ini. Pertama , membantu murid menguasai kemahiran
memerhati ( pemerhatian kualitatif) dengan menggunakan deria mata dan
sentuhan. Kedua, mereka cipta alat membantu mengajar membantu murid
mengelas tumbuhan.
2.1.1 Tinjauan Masalah
Murid-murid menpuanyai miskonsepsi terhadap ciri-ciri tumbuhan. contohnya
adalah seperti berikut:
i) Semua tumbuhan yang menpunyai batang tidak berkayu menpunyai akar
serabut.
ii) Semua tumbuhan yang menpunyai batang berkayu menpunyai akar
tunjang.
iii) pokok jagung, pokok tomato, pokok pisang mempunyai batang berkayu
kerana buahnya berat
6
iv) pokok pisang, pokok kelapa dan paku-pakis mempunyai daun urat jejala
kerana bentuknya besar.
i) Penggunaan ICT menayangkan gambar tumbuhan tidak dapat membantu
murid-murid mengingati ciri-ciri tumbuhan kerana terlalu banyak jenis
tumbuhan, dan murid tidak minat terhadap pengajaran secara ekspositori.
ii) Tahap penguasaaan murid di dalam Kemahiran Proses Sains Asas iaitu
kemahiran memerhati berada pada tahap yang lemah menyebabkan murid
tidak berupaya mengelas tumbuhan berdasarkan ciri-ciri tumbuhan. .
2.1.2 Analisis Tinjauan Masalah
Bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi, saya melakukan tinjauan awal
masalah melalui :
i) Semakan buku latihan
ii) Ujian diagnostik
iii) Peperiksaan Penggal 1
Rajah 1 Analisis keputusan peperiksaan penggal 1, topik yang murid paling lemah.
Soalan Peperiksaan Responden yang
Gagal menjawab dgn betul
Unit 4 Tumbuhan 58.5%
unit 3 Haiwan 22.8%
Unit 1 manusia 10%
unit 1kemahiran saintifik 8%
7
2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
Jadual 1 Miskonsepsi Murid
Nama Tumbuhan Miskonsepsi murid Jawapan yang betul
1) Pokok kelapa i) tidak berbunga ii) akar tunjang iii) daun urat jejala
i) berbunga ii) akar serabut iii) daun urat selari
2) Pokok
jagung
i) Tidak berbunga ii) Akar tunjang iii) Cara pembiakan-
anak pokok iv) Batang keras
berkayu
i) Berbunga ii) Akar serabut iii) Boleh membiak
melalui biji bernih iv) Batang lembut tidak
berkayu 3) Pokok pisang i) Tidak berbunga
ii) Tidak mempunyai bijih bernih
iii) Akar tunjang
i) berbunga ii) terdapat bijih bernih
tetapi tidak digunakan untuk membiak
iii) akar serabut 4) Pokok
keembung
i) Tidak ada buah ii) Akar serabut
i) Berbuah ii) Akar tunjang
5) Paku-pakis i) Daun urat jajala ii) Akar tunjang
i) Daun yrat selari ii) Akar serabut
6) Pokok padi i) Tidak berbuah ii) Tidak berbunga
i) Berbuah ii) berbunga
7) Buluh i) Batang berkayu ii) Tidak berbunga iii) Mempunyai bijih
bernih
i) Batang tidak berkayu ii) Berbunga iii) Mempunyai bijih
bernih 8) pokok lidah
buaya
i) tidak berbunga ii) tidak mempunyai
biji bernih
i) berbunga ii) berbiji bernih iii) menggunakan daun
untuk membiak 9) sayur i) tidak berbunga
ii) akar serabut i) berbunga ii) akar tunjang
10) Pokok nanas i) Cara membiak- tidak tahu
i) Cara membiak – Anak pokok
11) Lobak merah i) Akar serabut i) Akar tunjang 12) Pokok teratai i) Tidak berbiji
bernih i) Menpunyai bijih bernih
13) Bunga
matahari
i) Akar tunjang i) Akar serabut
14) Pokok selad
ai
i) tidak berbunga ii) tidak berbuah
i) berbunga ii) berbuah
8
Walaupun saya telah menayangkan gambar tumbuhan tersebut melalui internet dan
bantuan tv eco-smart, mereka tetap tidak dapat ingat tumbuh-tumbuhan tersebut kerana
terlalu banyak. Semasa menyuruh mereka membuat permerhatian terhadap pokok
pisang, sebahagian mereka menyatakan bahawa daun pokok pisang dan paku-pakis
berjejala. Ini telah membuktikan bahawa mereka lemah dalam kemahiran memerhati. Di
samping itu, mereka tidak minat dengan tumbuhan yang ditayangkan dan mempunyai
ingatan yang singkat untuk mengingati ciri-ciri tumbuhan tersebut. Setiap kali ujian
pertengahan tahun, didapati bahawa bahagian yang paling lemah ialah bahagian ciri-ciri
tumbuhan. Saya telah menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran saya
dalam kelas tetapi murid masih lemah dalam topik ini.
2.2 TINJAUAN LITERATUR DENGAN ISU KAJIAN
2.2. 1 Teori Berkaitan
Penguasaan Kemahiran Proses Sains adalah asas kepada perkembangan ilmu sains
dan perlu diterapkan dalam kalangan pelajar sekolah. Pembelajaran sains pelajar
sekolah amat dipengaruhi oleh penguasaan Kemahiran Proses Sains mereka (Awelani,
2002; Mohd Najib & Mohd Yusof, 1995; National Curriculum Council, 1989;
Needham & Hills, 1987; Padilla et al., 1980). Penguasaan atau pembelajaran
Kemahiran Proses Sains ini akan jadi terbantut sekiranya murid sendiri tidak
menguasai kemahiran ini. Ahli sains tidak menggunakan kaedah yang ber upa “step-
by-step” untuk menjalankan eksperimen mereka tetapi menggunakan beberapa cara
untuk menyelesaikan sesuatu masalahdalam kajian saintifik (Martin et al., 2009).
9
Kompilasi semua cara atau kemahiran yang berbezaini untuk menyelesaikan sesuatu
masalah secara saintifik dikenali sebagai Kemahiran ProsesSains yang sering
dikaitkan dengan inquiri sains (Chiappetta & Koballa, 2006).Pelbagai kemahiran
dikenalpasti sebagai Kemahiran Proses Sains dan bagi penyelidik pendidikan yang
berbeza, mereka mempunyai set Kemahiran Proses Sains yang berlainan. Friedl&
Koontz (2005) mencadangkan enam jenis kemahiran proses, iaitu memerhati,
membuatinferens, berkomunikasi, mengelas, mengukur dan mengeksperimen. Namun,
kebanyakan penyelidik berpendapat bahawa Kemahiran Proses Sains ini boleh
dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu Kemahiran Proses Sains Asas dan
Kemahiran Proses Sains Bersepadu(Abruscato, 2004; Chiappetta & Koballa, 2006;
Martin et al., 2009; Pusat PerkembanganKurikulum (PPK), 2002). Walau
bagaimanapun, berikut merupakan satu set kemahiran yang dipersetujui oleh semua
penyelidik yang dibandingkan sebagai Kemahiran Proses Sains iaitu memerhati,
mengelas, meramal, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferensi,
mentafsir maklumat, mengawal pembolehubah, menghipotesis, dan mendefinisi
secara operasi.
Kemahiran Memerhati adalah proses mengumpul maklumat tentang objek atau
fenomena dengan menggunakan sebahagian atau semua lima deria. Instrumen atau
alat boleh digunakan dalam membantu deria. Pengetahuan dan pengalaman lepas
memainkan peranan dalam membuat pemerhatian yang teliti.
Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga:
i) Pemerhatian kualitatif melibatkan deria sahaja. Pemerhatian ini
direkodkan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dilaksanakan.
10
Pemerhatian berdasarkan ke atas ciri-ciri dan sifat-sifat objek atau
fenomena seperti warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu atau suhu.
ii) Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih
tepat dengan menggunakan instrumen untuk mengukur atau menyukat.
iii) Pemerhatian perubahan pula memerhati perubahan yang berlaku khasnya
berkaitan dengan fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia.
Perubahan ini boleh diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif.
Kemahiran mengelas bermaksud mengasing dan mengumpulkan objek
atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria
tertentu seperti ciri, kualiti atau sifat sepunya. Penguasaan kemahiran ini
membolehkan murid menyusun sesuatu mengikut peraturan umum,
belajar sesuatu yang baru dengan mudah hanya dengan membandingkan
ciri-cirinya dengan pengelasan yang sedia ada dan menyedari bahawa
pelbagai cara boleh digunakan untuk mengelas sesuatu objek atau
peristiwa, menyedari bahawa pengelasan menjadikan kefahaman tentang
sesuatu lebih tersusun. Walaupun Internet sebagai sumber pengetahuan,
pengajaran sains masih perlu mementingkan “ hand – on” aktiviti dan
penguasaan kemahiran proses sains. Murid tidak dapat menerima dan
mengingati semua maklumat yang ditayangkan. Oleh itu, kajian ini
dijalankan untuk membukti kepentingan penguasaan kemahiran proses
sains dalam menguasai ciri-ciri tumbuhan.
11
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif kajian
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memerhati dan mengelas bagi
membantu murid mengatasi miskonsepsi ciri-ciri tumbuhan
Objek umum:
MENGATASI MISKONSEPSI CIRI-CIRI TUMUBUHAN MURID TAHUN 3
MELALUI PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN MENGELAS
MURID
Objektif Khusus
Selepas kajian ini selesai dilaksanakan, para pelajar diharap dapat mencapai objektif-
objektif berikut:
a) Meningkatkan penguasaan kemahiran membuat pemerhatian dan mengelas
murid
b) Mengatasi masalah miskonsepsi ciri-ciri tumbuhan
i) Bukan semua tumbuhan yang menpunyai batang tidak berkayu menpunyai
akar serabut.
ii) Bukan semua tumbuhan yang menpunyai batang berkayu menpunyai akar
tunjang.
12
iii) pokok jagung, pokok tomato, pokok pisang tidak mempunyai batang berkayu
walaupun buahnya berat
iv) pokok pisang, pokok kelapa dan paku-pakis mempunyai daun urat jejala
walaupun bentuknya besar.
v) Murid dapat mengelaskan tumbuhan berdasarkan ciri pengelasan yang
diberikan dengan betul
vi) Meningkatkan prestasi murid bagi mata pelajaran Sains terutamanya dalam
topik ciri-ciri tumbuhan tahun 3
3.2 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan-soalan kajian yang berikut:-
Adakah hand-on aktiviti – padankan puzzle tumbuhan dapat meningkatkan kemahiran
memerhati responden?
Adakah aktiviti pergulangan aktiviti mengelas dengan alat bantu mengajar ( mengelas
tumbuh berdasarkan ciri dengan menggunakan gambar-gambar tumbuhan yang laminate
dan“blue tape”) di kalangan murid dapat memudahkan murid mengingati ciri-ciri
tumbuhan?
Adakah murid dapat menguasai ciri-ciri tumbuhan dengan meningkatkan kemahiran
memerhati dan mengelas murid?.
4.0 Kumpulan Sasaran
47 Pelajar kelas 3B
13
5.0 Tindakan Yang Dijalankan
5.1.1 Perancangan
● Pengkaji telah mengenal pasti miskonsepsi murid daripada lembaran kerja
dan peperiksaan penggal 1.
● Menyediakan rancangan mengajar baru dan alat bantu mengajar untuk
mengatasi miskonsepsi responden.
● Memberi ujian diagnostik sebelum memulakan aktiviti pengajaran.
●Menjalankan aktiviti pengajaran
●Memberi ujian pencapaian
5.1.2 Tindakan
● Pengkaji memberi ujian diagnostic sebelum aktiviti pengajaran baru. (1 Julai
2015)
● pengkaji memulakan aktiviti pengajaran baru. (2 Julai 2015)
Set Induksi : Responden menyentuh tumbuhan dengan mata yang ditutup dan meneka
tumbuhan yang disentuh. (meningkatkan kemahiran memerhati)
14
Langkah Pertama: memadankan dan melengkapkan puzzle tumbuhan, menamakan
tumbuhan, menamakan bahagian tumbuhan ( Meningkatkan kemahiran memerhati)
1) Memadankan
Puzzle
2)
3) Menampal
4) Meneka
nama
tumbuhan
4)menampal
bahagian
tumbuhan
5)Melabelkan nama
tumbuhan di belakang
kertas
6) Melabelkan bahag ian
tumbuhan
7) selesai, dan
teruskan dengan
tumbuhan yang
lain.
Rajah 2 Langkah pertama
Langkah Kedua: Mengelas tumbuhan dengan alat bantu mengajar ( gambar tumbuhan
yang delaminate dan blue tack” . Aktiviti ini diulang, setiap responden bergilir-gilir
untuk mengelas tumbuhan dalam kumpulan masing-masing. Responden lain bersama-
sama membetulkan kesilapan apabila responden yang mengelas membuat kesilapan.
15
Langkah Ketiga : Setiap resposden membuat peta minda (mengelas tumbuhan) dalam
buku catatan sendiri. ( kerja rumah)
Rajah 3 Resposden membuat peta minda (mengelas tumbuhan) dalam buku catatan
sendiri.
Langkah keempat: Menjalankan ujian pencapaian pada keesokan hari..
5.2.3 Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan sepanjang penyelidikan tindakan ini. Selepas membuat
pemerhatian, saya menghasilkan catatan refleksi pengajaran harian saya. Kandungan
catatan refleksi pengajaran harian merangkumi aktiviti yang dijalankan, huraian reaksi
dan tingkah laku responden kajian, refleksi kendiri dan cadangan penambahbaikan bagi
pengajaran seterusnya.
16
5.2.4 Refleksi
Setelah menyelesaikan tugasan ini seharusnya kita faham bahawa murid
mempunyai miskonsepsi tertentu terhadap idea-idea sains. Miskonsepsi ini jika kita
abaikan akan mengakibatkan murid menghadapi konflik idea atau penerangan mengenai
sesuatu perkara. Justeru adalah wajar bagi kita untuk memahami masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid terutama berkaitan miskonsepsi mereka.
Miskonsepsi ini boleh kita kesan sama ada melalui pemerhatian, jawapan yang
diberikan oleh murid atau temubual yang dirancang. Kenapa kita perlu mengenalpasti
miskonsepsi murid? Ini kerana jika kita tahu idea murid atau kerangka alternative murid
terhadap sesuatu perkara, kita boleh merancang aktiviti atau pendekatan yang
bersesuaian untuk menangani masalah tersebut.
Miskonsepsi juga sebenarnya membantu kita membuat refleksi terhadap
Pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Miskonsepsi menunjukkan murid belum
faham tentang perkara yang telah diterangkan atau diperkenalkan dalam sesi
pembelajaran yang lepas. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
memperbetulkan miskonsepsi yang timbul akibat pembelajaran yang mungkin dirancang
kurang sesuai dengan faktor kesediaan murid.
Miskonsepsi juga boleh berlaku kepada guru. Fakta ini seharusnya membuatkan
kita agar sentiasa waspada dengan fakta-fakta yang disampaikan agar ianya tidak
menyimpang dari idea sebenar perkara tersebut.Pengaruh guru ke atas murid amat besar.
Walaupun maklumat yang disampaikan tidak tepat namun ianya akan dianggap betul.
17
Maka miskonsepsi yang lebih rumit akan berlaku malah akan lebih berakar umbi kerana
yang menyampaikannya adalah seorang guru.
Pengetahuan mengenai bagaimana miskonsepsi berlaku boleh membantu kita
untuk menanganinya dari peringkat awal lagi. Kerangka idea seorang kanak-kanak
adalah bersifat cetek kerana wujud dari permerhatian dan pengalaman mereka. Maka
kalau miskonsepsi ditangani dari awal ianya adalah lebih mudah untuk ditangani
bernbanding jika seseorang itu telah lebih berumur. Melalui aktiviti yang dijalankan
miskonsepsi murid terhadap tumbuhan dapat diatasi.
18
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA/ PENGANALISAN DATA
6.1 Instrumen Pengumpulan Data
6.1.1 Ujian
Ujian diagnostik = 50 soalan Ujian pencapaian = 50 soalan
6.1.2 Pemerhatian
● catatan refleksi pengajaran –pemerhatian sendiri ( 2 Julai 2015)
●borang pemerhatian rakan kolaborasi
6.1.3 Temubual
Guru memilih 5 orang responden untuk ditemubual.
●Apakah perasaan semasa melakukan aktiviti ?
●Bahagian (deria) manakah yang paling banyak digunakan untuk melengkapkan
puzzle?
●Kawan-kawan sama kumpulan ada bekerjasama memadankan dan melabelkan
bahagian tumbuhan?
● Tumbuhan yang manakah yang anda paling suka? Boleh nyatakan bahagian-bahagian
tumbuhan tersebut?
19
● Boleh bagi tahu tumbuhan yang manakah yang paling susah anda mengingati ciri-ciri
bahagian tumbuhan?
● Tumbuhan yang manakah anda ada tanggapan yang salah sebelum menjalankan
aktiviti dan menyedari kesilapan tersebut?
6.1.4 Soal Selidik
BORANG SOAL SELIDIK SELEPAS AKTIVITI PENGAJARAN
(LAMPIRAN A)
6.2 Cara Menganalisis Data
6.2.1 Ujian
i) menggunakan carta bar dan carta garis
ii) pengiraan peratusan
6.2.2 Pemerhatian
Untuk menganalisis data, pengkaji menggunakan dua kaedah. Iaitu kaedah menganalisis
kandungan dan kaedah menganalisis kuantitatf. Kedua-dua kaedah ini digunakan untuk
mengkaji dan menyusun maklumat yang dikumpul. Analisis kandungan dibuat dengan
menandakan perkara yang dianggap penting dalam catatan refleksi pengajaran harian
dan borang pemerhatian rakan kolaborasi.
20
6.2.3 Temubual
Temubual adalah satu instrumen dalam pengumpulan data yang akan pengkaji lakukan.
Pada pandangan pengkaji, kaedah temubual merupakan kaedah yang terbaik dalam
pengumpulan data kerana ia melibatkan interaksi secara bersemuka dengan informal.
Pengkaji melaksanakan temubual terhadap respondan sebelum dan selepas kaedah
kajian diaplikasikan bagi mengkaji pencapaian murid semasa menjawab soalan
pemerhatian. Temubual dijalankan secara tertutup tanpa kehadiran murid-murid yang
lain dan juga guru yang tidak terlibat.
6.2.6 Soal Selidik
Respons murid terhadap sebelum dan selepas proses penyelidikan tindakan dalam
bentuk angka dan peratusan.
6.2.5 Analisis Dokumen
Triangulasi Metod
Menggunakan kaedah mengumpul data yang berlainan ke atas objek kajian yang sama
(triangulasi antara kaedah – between methods , untuk menguji kesahan).Contohnya,
mengumpul maklumat mengenai aspek yang sama melalui temu bual, pemerhatian dan
borang soal selidik.
21
Triangulasi Sumber
Mendapat maklumat dan pandangan daripada sumber-sumber informasi yang berlainan.
Contohnya, mendapat pandangan pelajar, guru sebaya, pemerhatian sendiri, pihak
pentadbir,buku rekod guru dan lain-lain lagi.
22
7.0 KEPUTUSAN KAJIAN
7.1 Ujian
Ujian diagnostik = 50soalan Ujian pencapaian = 50 soalan
Bilangan responden = 47 orang
Bilangan soalan yang betul X 100%
Jumlah soalan
Jadual 2 Keputusan Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian
E
Gagal
D
54 %-40%
C
69%-55%
B
84%-70%
A
100%-
85%
Ujian
diagnostik
(Bilangan
Murid)
4 12 22 7 2
Ujian
Pencapaian
(Bilangan
Murid)
0 0 4 19 24
23
Rajah 4 Carta keputusan ujian diagnostic dan pencapaian
Jadual 3 Peningkatan Pencapaian Responden
Markah min ujian diagnostik 56.9%
Markah min ujian pencapaian 82.9%
Peningkatan 26%
0
5
10
15
20
25
30
E D C B A
Ujian Pencapaian
Ujian Diagnostik
24
7.2 Pemerhatian
Jadual 4 Catatan Refleksi Pengajaran Harian Saya
Catatan Refleksi pengajaran Harian
Tarikh : 2 Julai 2015
Bilangan murid: 47
Tajuk: Ciri-ciri fizikal tumbuhan
Pemerhatian:
-Murid kelihatan seronok dan mencabar apabila cuba meneka tumbuhan
dengan menyentuh pada bahagian fizikal tumbuhan pada set induksi
pengajaran
- Dalam langkah pertama, memadankan puzzle,lepas itu menamakan dan
melabelkan bahagian tumbuhan, mencabar murid, murid minat, aktif dan
gembira untuk mencari jawapan sendiri melalui buku rujukan dan internet.
Murid memerhati setiap gambar dengan teliti
- Langkah kedua, murid mengelas tumbuhan dalam kumpulanmenggunakan
gambar tumbuhan yang telah delaminate dan “blue tape”, murid mudah
menukar jawapan apabila kesilapan dibuat, setiap murid dapat bergilir-gilir
mengelas tumbuhan, setiap murid terlibat.
25
7.3 Soal Selidik
Respons murid terhadap sebelum dan selepas proses penyelidikan tindakan dalam
bentuk angka dan peratusan.
Jadual 5 Soal Selidik Miskonsepsi ( salah tanggapan ) dalam Topik
Tumbuhan Tahun 3
Sebelum guru menjalankan aktiviti pengajaran
No Item Respon
Ya Tidak
1 Semua tumbuhan yang menpunyai
batang tidak berkayu menpunyai
akar serabut.
42
(89.3%)
5
(10.6%)
2 Semua tumbuhan yang menpunyai
batang berkayu
menpunyai akar tunjang
44
(93.6%)
3
(6.3%)
3 pokok jagung, pokok tomato,
pokok pisang mempunyai
batang berkayu kerana buahnya
berat
39
(82.9%)
8
(17%)
4 pokok pisang, pokok kelapa dan
paku-pakis mempunyai daun urat
jejala kerana bentuknya besar.
26
(55.3%)
21
(44.6%)
26
Jadual 6 Soal Selidik Selepas Aktiviti Pengajaran
ITEM Ya Tidak
1) Aktiviti pengajaran yang dijalankan pada 2 Julai 2015
dapat membantu anda memahami ciri-ciri tumbuhan.
47
(100%)
0
(0%)
2) Aktiviti ini menarik minat untuk belajar 47
(100%)
0
(0%)
3) Aktiviti ini dapat membantu anda menguasai kemahiran
memerhati
47
(100%)
0
(0%)
4) Aktiviti ini dapat membantu anda menguasai kemahiran
mengelas
47
(100%)
0
(0%)
5) Aktiviti yang dijalankan membantu anda mengingati ciri-
ciri tumbuhan
46
(97.8%)
1
(2.1%)
6) Adakah anda harap aktiviti kumpulan selalu digunakan
dalam pengajaran dan pengajaran
47
(100%)
0
(0%)
Purata peratusan 99.63% 0.35%
27
Jadual 7 Keputusan Soal Selidik Aktiviti yang paling berkesan dan disukai
oleh respondens
ICT ( Power Point dan
internet research)
“Hand-on” aktiviti
Bilangan responden 2
(4.3 %)
45
(95.7%)
Sebab yang diberi Bosan Mengutamakan
kemahiran saintifik,
seronok, lebih mudah
difahami dan dingati,
seronok, minat
28
7.4 Dokumen Analisis
Daripada hasil analisis, didapati bahawa markah min murid-murid bagi ujian pencapaian
telah meningkat sebanyak 26 peratus berbanding dengan markah min ujian diagnostik.
Data soal selidik juga menunjukkan sebanyak 99.63 peratus responden yang menyedari
miskonsepsi mereka dan suka dan minat akan cara mengajar guru. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa pengajaran secara ekspositori tidak dapat membantu murid
mengatasi masalah miskonsepsi ciri-ciri tumbuhan responden dan tidak dapat membantu
responden mengingati ciri-ciri tumbuhan walaupun tayangan gambar tumbuh yang
menarik melalui ICT. Kaedah “ hand-on” dapat membantu murid menguasai kemahiran
memerhati ( pemerhatian kualitatif) dan rekaan baru alat bantu mengajar dapat
membantu murid menguasai kemahiran mengelas tumbuhan. Justeru dengan
penguasaian kedua-dua kemahiran memerhati dan mengelas masalah miskonsepsi
terhadap ciri-ciri tumbuhan dapat diatasi.
29
8.0 Rumusan
8.1 Rumusan Dapatan
Dalam pengajaran sains, aktiviti “hand on” adalah lebih penting daripada penggunaan
ICT (power point dan internet), ia lebih memudahkan murid memahami konsep dan
dapat membetulkan miskonsepsi. Alat bantu mengajar yang creative dan boleh diguna
semula amat penting untuk membantu murid memahami konsep. Kemahiran saintifik
hanya dapat dikuasai melalui “hand-on” aktiviti. Pengetahuan yang ditemui mudah
diingati jika dibandingkan dengan penggunaan ICT.
8.2 Refleksi
Setiap masalah ada cara penyelesaian masalahnya. Model ekspositori sering digunakan
di sekolah untuk menyebarkan maklumat, menerangkan teori dan sebagainya kerana ia
menjimatkan masa. Malahan, Model Ekspositori tidak menggalakkan kemahiran berfikir
aras tinggi dan tidak dapat mengatasi miskonsepsi murid.
Salah satu masalah besar yang sukar diatasi dalam pengajaran konsep
sainsadalah memisahkan atau mengubah pandangan ataupun pegangan asal pelajar pada
satukonsep kepada penjelasan yang dapat diterima oleh komuniti sains.Cara-cara yang
boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah miskonsepsi:1. Guru perlu
menggalakkan murid menjalankan penyiasatan ke atas fenomena-fenomena sains
yang menarik. Dunlop (1999) mencadangkan agar guru memberikan bukti bahawa
konsep asasyang dikemukakan oleh saintis pada masa kini lebih tepat untuk
menerangkansesuatu fenomena semula jadi. Hal ini membolehkan murid
menghubungkanfenomena, idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka.
30
Selain itu guru juga perlu mengubah peranannya daripada ‘penyampai
maklumat’kepada penyelidik dan pemudah cara. Sebagai penyelidik guru perlu
mengenal pastipengetahuan sedia ada murid manakala sebagai pemudah cara
guru perlumembimbing agar murid dapat mempelajari sesuatu dengan
bermakna (BahagianPendidikan Guru 1995)
Cara penyampaian isi pengajaran dan pembelajaran oleh guru perlu mantap.Guru perlu
mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran sehingga kanak-kanak tidak
bosan dan senang dengan pembelajaran.Guru perlu menjelaskan kegunaan konsep dalam
kehidupan seharian, terutama dalam konteks kehidupan kanak-kanak.Guru perlu
berinteraksi secara akrab dengan kanak-kanak untuk menjadikan kanak-kanak suka
belajar.Guru menunjukkan pada kanak-kanak bahawa sesungguhnya kanak-kanak suka
belajar.Guru perlu bersabar dlam menghadapi kanak-kanak terutama yang memiliki
kemampuan yang kurang dalam pembelajaran. Murid-murid berupaya menjalankan
inkuiri apabila mereka diberi kesempatanpembelajaran hands on, bahan yang
sesuai untuk dimanipulasikan, masalah yangmengagumkan , bantuan dan
bimbingan,kebebasan yang mencukupi untuk merekamembandingkan idea-idea
serta membentuk penemuan pembelajaran dirinya sendiri.Berfikir untuk memperoleh
pengetahuan baru atau penyelesaian masalahmerupakan ciri utama bagi semua
kaedah inkuiri. Apabila murid berjaya memperolehfakta,konsep,prinsip,atau
penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapaisuatu
penemuan.Inkuiri sebagai suatu proses dapat meningkatkan
pembelajaransains,proses sains dan sikap terhadap sains.Pendekatan pengajaran dan
pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagaikaedah pengajaran dan
31
pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,lawatan dan kajian
masa depan.Dalam kurikulum cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk
mencapaiobjektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam
bentuk aktivitipembelajaran.Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai
cadangan aktiviti pembelajaranjika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
pelbagai dapat meningkatkan minatmurid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak
menarik akan membosankan pelajar. Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan
di kalangan pelajar. Kaedah dan aktiviti yang yang berbeza perlu dirancang untuk
murid-murid yang berbeza kecerdasan.Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang,
verbal linguistik, muzik dan irama, logikalmatematik, kinestatik, perhubungan antara
individu, perhubungan dengan diri sendiri,perhubungan antara insan dengan
penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.
9.0 CADANGAN SETERUSNYA
Mengadakan Lawatan ke Taman botani
Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui
lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, payabakau
dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan
dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti
dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan
tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan.
32
Rujukan
Abruscato, J. (2004). Teaching children science: Discovery methods for the
elementary and middle grades (2nd ed.). Boston: Pearson Education. ASE-
Nuffield (2010). The language of measurement: Terminology used in
school science investigation. UK: The Association for Science Education
(ASE).
Awelani, M.R. (2002). A study of the application of science process skills in
secondary schools in the free states province. Unpublished doctoral thesis,
University of Pretoria.
Chiappetta, E.L. & Koballa, T.R. (2006). Science instruction in the middle and
secondary schools: Developing fundamental knowledge and skills for
teaching (6th ed.). NJ: Pearson Prentice-Hall.
Curriculum Development Centre (2002). Secondary School Integrated Curriculum
for Physics Form 5. Kuala Lumpur: Ministry of Education of Malaysia.
Friedl, A.E. & Koontz, T.Y. (2005). Teaching science to children: An
inquiry approach (6th ed.). New York: McGraw-Hill.
Hanizah Misbah & Shaharom Noordin (2008). Tahap kefahaman kemahiran
komunikasi dan mengeksperimen di kalangan pelajar tahun dua pendidikan
fizik merentas program pengajian. [The level of understanding of the
communication and experimenting skills among second year Physics
education undergraduates across study courses]. Seminar Kebangsaan
Pendidikan Sains dan Matematik. 11-12 October, Skudai, Johor.
Martin, R., Sexton, C. & Franklin, T. (2009). Teaching science for all children:
Inquiry methods for instructing understanding (4th ed.). Boston: Pearson Education.
Mohd Isa Khalid (2001). Kemahiran proses sains di kalangan guru pelatih
Diploma Pendidikan Maktab Perguruan: Satu kajian awal [Science process
skills among practical teachers: A preliminary study]. Unpublished diploma
33
dissertation, Perlis Teaching Training College.
Mohd Najib Abd Ghafar & Mohd Yusuf Arshad (1995). Peningkatan kemahiran
saintifik melalui interaksi di bilik darjah [Improving the scientific skills
through interactive classroom]. Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru Ke-
0, 18-19 December, Skudai, Johor.
National Curriculum Council (1989). National science education standards.
Washington, DC: The National Academic Press.
Needham, R. & Hills, J. (1987). Pupils and paradigms: A review of literature
related to concept development in adolescent science students. Journal of
Studies in Science Education, 5, 61-84.
Noor Hayati Husin (2003). Mengkaji tahap kemahiran pelajar tingkatan lima di
sekitar Batu Pahat dalam membuat inferens dan membina hipotesis
[Investigating the level of mastery of Form 5 students in Batu Pahat in
making inferences and hypotheses] . Unpubl ished undergraduate
dissertation, Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Athirah Tahir (2010). Mengkaji tahap penguasaan kemahiran proses sains di
k a l a n ga n p e l a j a r t a h u n d u a a l i r a n s a i n s , Fa k u l t i P e n d i d i k a n ,
UTM.[Invetigating the level of mastery of science process skills among
second year science undergraduates of Faculty of Education, UTM].
Unpublished undergraduate dissertation, Universiti Teknologi Malaysia.
Ong Eng Tek, Wong Yew Tuang, Sopia Md Yassin, Sadiah Baharom, & Asmayati
Yahaya. (2011).The Development and Validation of an Encompassing
Malaysian-Based Science Process Skills Testfor Secondary Schools.Journal
of Science and Mathematics Education in Southeast Asia, 34(2), 203-236.
Ong Eng Tek, Wong Yew Tuang, Sopia Md Yassin, Sadiah Baharom, Asmayati
Yahaya, & Zahid MdSaid. (2011).The Development and Validation of
Malaysian-Based Basic and Integrated ScienceProcess Skills (MB-BISP).
34
Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
Ong Eng Tek, Wong Yew Tuang, Sopia Md Yassin, Sadiah Baharom, Asmayati
Yahaya, & Zahid MdSaid. (2011).Inventori Kemahiran Proses Sains Asas
dan Bersepadu Berkonsepkan Malaysia: Edisi Guru.Tanjung Malim:
Penerbit UPSI.
Padilla, M., Cronin, L. & Twiest, M. (1980). The development and validation of
the test of basic process skills. National Association of Research in Science
Teaching. 1517 February, French Lick, IN.
Phang, F.A. (2010). Implikasi pemansuhan PPSMI terhadap pengajaran dan
pembelajaran di IPTA [The implications of the repeal of PPSMI towards
the teaching and learning in public higher education institutions]. Buletin
Persatuan Pendidikan Sains dan Matemat ik Johor, 19(1) , 75-83.
Sharifah Maimunah Syed Zin & Lewin, K.M. (1993). Insights into science
education: Planning and policies in Malaysia. Paris: UNESCO.
Tan, M.T. & Chin, T.P. (2001). Satu tinjauan awal konsepsi kemahiran proses
sains di kalangan guru sains PKPG 14 minggu di Maktab Perguruan Batu
Lintang [A survey on the early conception of the science process skills
among PKPG science teachers for 14 weeks at Batu Lintang Teacher
Training College]. Unit Sains Jabatan Kajian Sains Maktab Perguruan Batu
Lintang.
35
LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK SELEPAS AKTIVITI PENGAJARAN KAJIAN
MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI MURID DALAM TOPIK 4
“TUMBUHAN”
Borang soalan selidik dierdarkan dan disi oleh responden tahun 3B di sekolah SJK (C) PUAY CHAI 2.
Tujuan kajian selidik dijalankan adalah untuk miskonsepsi yang dihadapi oleh responden,dalam topik tumbuhan. Borang soal selidik ini mengandungi 4 bahagian ( A, B dan C). Justeru, sukacita rsponden dipohon untuk melengkapkan semua butiran seperti yang tertera. Semua maklumat adalah untuk kajian ini sahaja.
A) MAKLUMAT DERMOGRAFI
Sila tandakan ( √ ) di petak berkenaan.
I) Jantina
a. Lelaki b. Perempuan
IV) Kelas : ________________
B) Miskonsepsi ( salah tanggapan ) dalam Topik Tumbuhan Tahun 3
Sebelum guru menjalankan aktiviti pengajaran pada 2 Julai 2015 adakah anda menpunyai salah tanggapan seperti berikut:
YA TIDAK
1) Semua tumbuhan yang menpunyai batang tidak berkayu
menpunyai akar serabut. ( ) ( )
2) Semua tumbuhan yang menpunyai batang berkayu
menpunyai akar tunjang ( ) ( )
3) pokok jagung, pokok tomato, pokok pisang mempunyai
batang berkayu kerana buahnya berat ( ) ( )
4) pokok pisang, pokok kelapa dan paku-pakis mempunyai
daun urat jejala kerana bentuknya besar. ( ) ( )
36
Tandakan ( √ )
ITEM Ya Tidak
7) Aktiviti pengajaran yang dijalankan pada 2 Julai 2015 dapat membantu anda memahami ciri-ciri tumbuhan.
8) Aktiviti ini menarik minat untuk belajar
9) Aktiviti ini dapat membantu anda menguasai kemahiran memerhati
10) Aktiviti ini dapat membantu anda menguasai kemahiran mengelas
11) Aktiviti yang dijalankan membantu anda mengingati ciri-ciri tumbuhan
12) Adakah anda harap aktiviti kumpulan selalu digunakan dalam pengajaran dan pengajaran
C)
1) Apakah aktiviti yang paling anda suka dalam pengajaran dan pembelajaran ini? Mengapa?
…………………………………………………………………….
2) Anda lebih suka “ hand-on” aktiviti atau aktiviti pengajaran melalui ICT? Mengapa?
…………………………………………………………………………….
37
Rajah 5 Aktiviti Kumpulan ( Ciri-ciri Pokok Jagung)
38
Rajah 6 Aktiviti Kumpulan ( Ciri-ciri Pokok Kelapa)
39
Rajah 7 Aktiviti Kumpulan ( Ciri-ciri Pokok Lidah Buaya)
40
Rajah 8 Aktiviti Kumpulan ( Ciri-ciri Sayur Sawi)
41
Rajah 9 Aktiviti Kumpulan ( Ciri-ciri Bunga Matahari)