34 Tips Pelajar Cemerlang
-
Upload
ya-ali-baba -
Category
Documents
-
view
296 -
download
8
Transcript of 34 Tips Pelajar Cemerlang
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
1/35
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
2/35
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada
potensi diri sendiri untuk boleh menempah
kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini
akan memberi suntikan semangat dalamanpada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
3/35
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik
iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah
sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan
semangat anda sendiri. Jangan meramalkankekalahan sebelum mula berperang. Kalau
anda tidak mencuba maka kekalahan
sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum
cuba belum tahu.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
4/35
Pelajar yang cemerlang mempunyai
kesedaran dan kesediaan untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang
menjadi harapan agama, bangsa, negara,keluarga dan masyarakat pada masa akan
datang. Maruah keluarga, masyarakat dan
negara pada masa akan datang bergantung
pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang
cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat
ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah
pasti akan berusaha lebih gigih agar
matlamat tersebut tercapai.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
5/35
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan
sepenuhnya kepada pelajaran semasa
mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap
main-main sambil belajar adalah sikappelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang
suka bermain-main dalam kelas semasa guru
mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi
orang yang dipermainkan oleh golongan
'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah
lebih malang kalau suatu hari nanti mereka
dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar
seperti mereka sendiri.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
6/35
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan
awal apabila akan menghadapi peperiksaan
tidak kira sama ada ujian bulanan,
peperiksaan penggal atau peperiksaan yangsebenarnya. Persediaan awal akan
membezakan pelajar yang berjaya dengan
yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah
mengadakan ulangkaji, berbincang dengan
rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti
buku-buku model jawapan dan sebagainya
lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan
peperiksaan
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
7/35
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiapsedia untuk menghadapi sebarang bentukujian atau peperiksaan yang bakal diadakanoleh pihak sekolah (ujian bulanan,
peperiksaan penggal) atau oleh pihakkementerian (peperiksaan yang sebenarnya).Pelajar yang berjaya ialah pelajar yangsanggup dan mampu menghadapi peperiksaan
bila-bila masa sahaja. Bersediakah andaandainya peperiksaan diadakan esok? Pelajarcemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau andapeminat 'The Rock' anda akan berkata 'Justbring it on..!'
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
8/35
Pelajar yang cemerlang menyediakankeperluan peralatan belajar yang mencukupiseperti buku-buku rujukan, buku latihan,alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan
sebagainya lagi. Semangat sahaja tidakmencukupi untuk mencapai kejayaan.Kelengkapan yang tidak cukup akanmenyusahkan pembelajaran dan mungkin
memanaskan hati anda atau melemahkansemangat untuk terus belajar. Cubabayangkan, anda ingin basuh tangan selepasmakan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa'bengang'?
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
9/35
Pelajar yang cemerlang menepati waktu
belajar yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah seperti datang ke sekolah dalam
waktu yang ditetapkan dan pulang hanyasetelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar
menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila
sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa
pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk
mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
10/35
Pelajar yang cemerlang mendapatkan
bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang
lain apabila gagal mengikuti kelas di atas
sebab-sebab tertentu. Misalnya apabilapelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas,
pelajar perlulah mendapatkan bantuan
kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
pelajaran, atau mendapatkan penerangan
guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
11/35
Pelajar yang cemerlang sentiasa
menghormati guru sama ada semasa guru
sedang mengajar di dalam kelas atau
sewaktu berada di luar kelas. Guru adalahsumber ilmu. Oleh itu sentiasalah
menghormati guru yang memberikan kita
ilmu.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
12/35
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab
dengan guru untuk memahami pelajaran yang
telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang
terkenal bernama Socrates pernah berkata'carilah ilmu pengetahuan dengan cara
bersoal-jawab'.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
13/35
Pelajar yang cemerlang sering memberi
pandangan dan pendapat dalam proses
pembelajaran. Ini kerana dengan cara
memberikan pandangan, rakan-rakan pelajardan pelajar sendiri akan semakin memahami
pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat
melatih dan mengasah daya ketajaman
pemikiran pelajar.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
14/35
Pelajar yang cemerlang sering berbincang
dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang
telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam
kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan
atau dalam kumpulan studi. Perbincangan
akan memantapkan lagi kefahaman terhadap
sesuatu pelajaran.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
15/35
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan
yang telah diberi oleh guru sama ada kerja
dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh
yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar
yang berjaya adalah pelajar yang sering
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
mereka.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
16/35
Pelajar yang cemerlang mengadakan
kumpulan perbincangan (study group)
bersama rakan-rakan yang mempunyai visi
dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam
peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan
studi yang akhirnya menjadi kumpulan
bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin
dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya
suka temberang.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
17/35
Pelajar yang cemerlang menjadikan
perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang
lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk
dikunjungi dan mendapatkan buku-buku
untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung
ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang
sangat sesuai untuk anda mentelaah
pelajaran.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
18/35
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar
atau majalah-majalah akademik untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu
am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan
gossip atau artis.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
19/35
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan
televisyen yang sesuai untuk mendapatkan
pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan,
Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah
rencana pengetahuan (seperti 'Discovery')
dan berita semasa.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
20/35
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian danpeperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuatdalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikansebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar jugaperlu menganggapkan ujian dan peperiksaan
yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaanyang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagaldalam peperiksaan yang sebenar. Melakukanpeperiksaan kendiri samalah seperti masuk keklinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit'
anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu,pandai-pandailah cari ubatnya.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
21/35
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual
waktu untuk merancang pembelajaran
pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru
atau abang-abang yang berpengalaman untuk
mendapatkan corak jadual yang sesuai dan
efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
22/35
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-
ceramah motivasi yang diadakan untuk
melahirkan semangat dan keyakinan diri.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
23/35
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-
seminar peperiksaan yang diadakan bagi
memahami teknik-teknik menjawab soalan
peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang
dikendalikan oleh orang yang pakar dalam
bidang masing-masing. Selain daripada
pengalaman, anda juga mungkin menerima
pelbagai tips dan petua berguna.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
24/35
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku
rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan
persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk
mendapatkan senarai buku-buku rujukan
pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat
pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its
cover." Buku yang kelihatan cantik menawan
tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih
memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
25/35
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas
tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman
dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
26/35
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatanke pameran-pameran buku yang diadakan.Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku
dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumberilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahianda. Kalau anda masuk ke kedai minyakwangi, keharumannya akan terlekat juga.Kalau anda masuk ke kandang najis...(fikirlah sendiri)
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
27/35
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai
aktiviti sekolah secara aktif dalam
kokurikulum. Badan yang cergas akan
menghasilkan otak yang sihat. Otak yang
sihat pula akan melahirkan pemikiran yang
lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan
pemikiran yang lembab.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
28/35
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapicabaran luaran yang hebat yang sering cubamengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran ataucuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar.Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah
hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan sukamelepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukanperkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuankekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan
dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailahmembawa diri.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
29/35
Pelajar yang cemerlang menjaga
keselamatan diri dengan mengelakkan
sebarang bentuk bahaya yang dapat
mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya,
jangan bermain dengan api, elektrik atau
mercun. Bayangkanlah jika pelajar
kehilangan jari tangan kanan dalam
kemalangan.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
30/35
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan
tubuh badan dengan cara menghindari
sebarang bentuk penyakit. Makan makanan
yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau
'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang
kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah
tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang
malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
31/35
Pelajar yang cemerlang menjaga dan
mengawal pemakanan dengan memakan
makanan yang seimbang. Ini akan menjamin
kesihatan badan yang baik dan otak yang
dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis
makanan yang sesuai untuk minda dan
kesihatan tubuh badan.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
32/35
Pelajar yang cemerlang tidak segan untukmenimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalampeperiksaan. Jadikan abang-abang dan
kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagaimodel atau contoh pelajar cemerlang.Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin merekadalam menghadapi peperiksaan. Pengalamanmereka yang telah berjaya itu sungguhberharga untuk pelajar yang bakalmenghadapi peperiksaan.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
33/35
Pelajar yang cemerlang menjaga
sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan
sembahyang lima waktu seperti mana yang
telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar
bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat
agama masing-masing.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
34/35
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan
mengharapkan pertolongan daripada Tuhan.
Aspek kerohanian ini juga sama penting
dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
-
7/31/2019 34 Tips Pelajar Cemerlang
35/35
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada
Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila
menghadapi kegagalan, berusahalah lagi
dengan menjadikan kegagalan itu sebagai
iktibar dan panduan untuk lebih berjaya.
Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai
pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang
lebih cemerlang