2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
Transcript of 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 1/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
151 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km
Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
Oleh
Salmi bte Haji Lilek
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
IPTAR.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menguji tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar
PPISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Julai 2007 IPTAR. Seramai 18 orang peseta
kajian terlibat dalam kajian ini. Responden menjalankan ujian larian 2.4 km semasa
ujian pra dan dalam enam minggu mereka menjalankan tempoh rawatan dengan
melakukan senaman dan latihan. Selepas itu ujian pos dilakukan untuk melihat
perbezaannya. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecergasan daya tahan
kardiovaskular pelajar lelaki lebih cergas berbanding pelajarperempuan untuk kedua-
dua ujian pra dan pos. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan daya
tahan kardiovaskular antara ujian pra dan ujian pos (T=10.0, p< .01). Bagaimanapun
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan daya tahan
kardiovaskular mengikut jantina dalam ujian pra(U = 29.0, p>.05) dan ujian pos (U =
84.0, p>.05). Perbezaan juga tidak signifikan dalam tahap kecergasan daya tahankardiovaskular mengikut kategori umur dalam ujian ujian pra(U = 33.5, p> .05) dan
ujian pos (U = 27.0, p > .05). Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan
kepada jurulatih lain untuk menjalankan ujian kecergasan terhadap pelajarnya.
PENGENALAN
Daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu komponen kecergasan
fizikal berasaskan kesihatan yang bertujuan untuk menguji daya
ketahanan fizikal seseorang individu dalam jangkamasa yang panjang.
Daya tahan kardiovaskular diterjemahkan sebagai keupayaan sistem
peredaran darah dan sistem jantung membekalkan oksigen kepada
individu agar dapat melakukan aktiviti yang berterusan. Faria (1970)
menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah berkadaran dengan
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 2/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
152 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
ketinggian intensiti latihan yang dilakukan oleh individu, iaitu semakin
tinggi tahap latihan yang dilakukan semakin tinggi tahap kecergasannya.
Bagi mencapai tahap kecergasan ini, setiap individu perlu melaksanakan
aktiviti-aktiviti fizikal mengikut kemampuan dan kaedah masing-masing.
Mereka yang mempunyai tahap kecergasan tinggi khususnya kecergasan
kardiovaskular akan terhindar dari pelbagai masalah. Misalnya penyakit-
penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan lain-lain lagi.
Menurut Jackson dan Pollock (1973), melalui aktiviti-aktiviti kecergasanini, individu dapat mengatasi masalah kesihatan yang berkaitan dengan
ketegangan mental, gangguan fikiran, sakit jantung, tekanan darah tinggi,
sakit otot dan sakit belakang.
Selaras dengan penjelasan tafsiran tersebut, Sharkey (1990) menyatakan
bahawa kecergasan fizikal merupakan aspek-aspek yang berkait dengan prestasi jantung, peparu dan otot-otot badan. Selain itu, disebabkan
kecergasan fizikal melibatkan perlakuan manusia pastinya ia
mempengaruhi kualiti minda seperti kesedaran minda dan kestabilan
emosi. Kualiti perspektif kesihatan ini harus dimiliki oleh seseorang ahli
sukan termasuklah pemain bola sepak (Beck, 1991; Hazeldine, 1992).
Walaupun perkembangan fizikal dipengaruhi oleh umur, jantina, tabiatsenaman dan amalan pemakanan, kecergasan yang optimum tidak
mungkin dicapai kecuali dengan aktiviti fizikal yang efisien (Heyward,
1997).
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 3/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
153 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
PERNYATAAN MASALAH
Seseorang individu yang cergas bukan sahaja dilihat dari bebas dari
sebarang penyakit, malahan dilihat juga dari aspek kecergasan fizikalmereka. Tahap kecergasan guru pelatih sering kali diukur setiap semester,
namun ianya jarang digunakan sebagai panduan untuk membentuk norma
kecergasan. Jurulatih sering kali menggunakan norma yang sedia ada
yang dikeluarkan oleh Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan
Kecergasan Malaysia melalui Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan
(UKJK).
Guru pelatih juga perlu mengekalkan tahap kecergasan mereka pada
tahap optima agar dapat memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di institut perguruan. Mereka juga memerlukan tahap
kecergasan yang tinggi juga kerana perjuangan untuk menumpukan
perhatian semasa di bilik kuliah agak panjang. Sebelum ini belum adanorma yang khusus untuk menguji tahap kecergasan guru pelatih di
IPTAR. Hanya norma yang terkandung dalam modul yang dikeluarkan
oleh Bahagian Pendidikan Guru digunakan oleh pensyarah-pensyarah
Pendidikan Jasmani untuk menguji tahap kecergasan daya tahan
kardiovaskular pelajar-pelajar IPTAR. Kajian ini diharap dapat
membentuk satu norma khas untuk dijadikan panduan kepada pensyarahPJ di IPTAR untuk mengkatogerikan guru pelatih mereka samada kurang
cergas, sederhana dan cergas.
Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan
fizikal. Ia merupakan satu proses berterusan melalui aktiviti fizikal dan
jasmani yang dimajukan untuk mempertingkatkan tahap kesihatan
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 4/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
154 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
individu di samping membantu memperkayakan aspek psikomotor,
kognitif, efektif dan sosial (Yusof Ismail, 2000). Objektif dan matlamat
PJ cukup baik dan berkesan dan guru pelatih seharusnya mengambil pelbagai inisiatif dan keratif agar pelaksanaan kuliah PJ berjalan dengan
lancar dan licin.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk :
1.
Mengenalpasti tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR semasa ujian pra 2.4
km dilakukan.
2. Mengenalpasti tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular
pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR semasa ujian pos 2.4
km dilakukan.
3. Mengenalpasti perbezaan dalam tahap kecergasan daya tahan
kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP IPTAR bagi ujian
pra dan ujian pos 2.4km
4. Mengenalpasti perbezaan tahap kecergasan daya tahan
kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan
Jasmani IPTAR mengikut jantina.
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 5/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
155 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
5. Mengenalpasti perbezaan tahap kecergasan daya tahan
kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan
Jasmani IPTAR mengikut umur.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam
kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa
ujian pra 2.4km ?
2. Apakah tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam
kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa
ujian pos 2.4km?
3. Apakah perbezaan dalam tahap Kecergasan Daya Tahan
Kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan
Jasmani IPTAR bagi ujian pra dan ujian pos 2.4km ?
4. Apakah perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular
dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR
mengikut jantina?
5. Apakah perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular
dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR
mengikut umur ?
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 6/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
156 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk eksperimen, iaitu semua guru pelatih pengkhususan
Pendidikan Jasmani yang menjalani kursus perguruan di InstitutPendidikan Guru Malaysia, Kampus Tun Abdul Razak. Guru-guru
pelatih akan diuji tahap kecergasan mereka berdasarkan Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan. Dalam ujian ini aspek yang akan diuji
ialah daya tahan kardiovaskular. Ujian-ujian daya tahan kardiovaskular
ini diubahsuai dari kajian Cooper (1970). Daya tahan kardiovaskular
ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja yang beterusan dalamtempoh masa yang agak lama tanpa berasa penat. Keupayaan ini menjadi
ukuran kecekapan sistem jantung dan sistem peredaran darah untuk
membekalkan oksigen yang cukup untuk keperluan bekerja dengan lebih
lama dan cekap (Wee Eng Hoe, 1997). Di dalam penyelidikan tahap
kecergasan. Di dalam kajian ini penyelidik menggunakan ujian larian 2.4
km.
PENGELOLAAN UJIAN
Sebelum ujian dijalankan semua guru pelatih telahpun mengikuti kuliah-
kuliah Pendidikan Jasmani yang diadakan dua minggu sekali. Persediaan
ini perlu dilaksanakan seawal mungkin untuk penyesuaian fizikal dan
fisiologi. Semasa ujian amali dijalankan, guru pelatih dikehendaki berlari
pada intensiti yang telah ditetapkan. Ujian dilakukan dua kali iaitu pada
minggu kelapan dan pada minggu kelima belas iaitu 6 minggu selepas
ujian kali pertama. Menurut Blessing (1995), peningkatan tahap
kecergasan dan kemahiran akan berlaku selepas enam hingga lapan
minggu menjalani sesi-sesi latihan. Peningkatan ini merangkumi
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 7/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
157 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
penguasaan kemahiran, teknik, takik termasuk juga aspek psikologi dan
stamina yan berlaku ke atas seserang individu ataupun atlit.
INSTRUMEN KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik menggunakan Ujian Larian 2.4
km untuk menguji dan menilai tahap daya tahan kardiovaskular guru-
guru pelatih yang menjadi sampel dalam kajian ini. Di samping itu,
penyelidik juga menggunakan jam randik, trek yang sesuai untuk
jarak larian sejauh 2.4 km dan seterusnya borang-borang ujian untuk
mencatat data.
SAMPEL KAJIAN
Di dalam kajian ini, sampel terdiri daripada 18 orang guru pelatih yang
mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan
Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak. Sampel terdiri daripada 8
perempuan dan 10 lelaki yang berumur antara 18 hingga 21 tahun.
ANALISIS DATA
Data-data yang diperolehi adalah dalam bentuk skor mentah mengikut
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam UKJK. Tahap
kecergasan mengikut norma Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan yang
mengkelaskan seperti dalam Jadual 1.
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 8/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
158 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Jadual 1 : Norma Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)
Catatan Masa (min) Jantina Tahap Kecergasan
< 10 Lelaki Sangat Cergas
< 12 Perempuan Sangat Cergas
10.01-12.00 Lelaki Cergas
12.01-14.00 Perempuan Cergas
12.01 – 14.00 Lelaki Sederhana
14.00 – 16.00 Perempuan Sederhana
14.01 – 16.00 Lelaki Kurang Cergas
16.01 – 18.00 Perempuan Kurang Cergas
> 16.01 Lelaki Sangat Kurang Cergas
> 18.01 Perempuan Sangat Kurang Cergas
_____________________________________________________
Panduan penganugerahan ini juga adalah berdasarkan kepada catatan
masa yang diambil selepas subjek selesai melakukan larian 2.4 km iaitu
melakukan larian sebanyak enam pusingan dalam trek 400 meter. Jadual
1 dan Jadual 2 di bawah menunjukkan Penganugerahan yang diberi
dengan catatan masa yang diperolehi.
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan menjelaskan tentang dapatan kajian bagi menjawab
beberapa persoalan kajian dalam penyelidikan ini. Data-data telah
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 9/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
159 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
dianalisis menggunakan SPSS versi 16.0 untuk mencari min ujian pra dan
ujian pos bagi melihat perbezaannya.
Demografi Responden
Jadual 2 menunjukkan demografi responden dari segi jantina, umur dan
berat.
Jadual 2: Demografi responden
__________________________________________________________ Faktor Kategori Bilangan Peratus (%)
Jantina Lelaki 10 55.6
Perempuan 8 44.4
Umur 18-19 tahun 10 55.6
20-21 tahun 8 44.4
Berat 40-55 kg 8 44.4
56-70 kg 6 33.3
≥ 71 kg 4 22.3
___________________________________________________________
Dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 menunjukkan
seramai 18 responden terlibat dalam kajian ini. Dari segi jantina seramai
10 orang atau 55.6% responden lelaki manakala 8 orang atau 44.4%
adalah perempuan. Ini menunjukkan responden lelaki lebih ramai sedikit
daripada perempuan. Bagi umur pula seramai 10 orang atau 55.6% juga
adalah responden yang berumur antara 18-19 tahun sementara selebihnya
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 10/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
160 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
berumur antara 20-21 tahun seramai 8 orang atau 44.4%. Manakala dari
segi berat pula, seramai 8 orang atau 44.4% seberat 40-55 kg, ini diikuti
oleh responden seberat 56-70 kg seramai 6 orang atau 33.3% danselebihnya seberat lebih 71 kg seramai 4 orang atau 22.3%. Rajah 3.1
jelas menunjukkan perbezaan responden dari segi jantina, umur dan
berat.
Rajah 3.1 : Demografi responden dari segi jantina, umur dan berat
Tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan
pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa ujian pra
2.4km
Jadual 3a dan Jadual 3b menunjukkan keputusan ujian pra larian 2.4 km
berkaitan dengan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam
kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di Institut Perguruan Tun
Abdul Razak, Kota Samarahan. Dapatan kajian menunjukkan seramai 4
daripada 10 pelajar yang cergas atau hanya 40% sahaja. Sementara
masing-masing seorang atau 10% sederhana dan kurang cergas, manakala
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 11/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
161 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
4 pelajar atau 40% juga berada dalam keadaan sangat kurang cergas
sewaktu ujian pra dilakukan. Bagi pelajar perempuan pula, daripada
lapan pelajar hanya seorang atau 11% sahaja yang cergas, ini diikutiseramai 3 orang atau 33% sederhana, dan masing-masing 2 orang atau
22% menunjukkan tahap kecergasan yang kurang cergas dan sangat tidak
cergas.
Berdasarkan norma larian 2.4 km ini, tahap daya tahan kardiovaskular
bagi pelajar lelaki adalah min = 14.89 iaitu berada dalam tahap kurangcergas, manakala pelajar perempuan min = 16.48 tahap sangat kurang
cerdas. Ini menunjukkan bahawa tahap kecergasan pelajar lelaki lebih
baik berbanding pelajar perempuan sewaktu ujian pra dilakukan seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 3a, Jadual 3b, Jadual 3c dan Rajah 3.2.
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 12/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
162 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Jadual 3a : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pra
untuk peserta lelaki
Bil Nama Responden Catatan(min)
Tahap Kecergasan
1. Terrence Juah 13.02 Sederhana
2. Sadit Limbai 11.56 Cergas
3. Zainalabidin 10.53 Cergas
4. Muhammad Hafiz 11.02 Cergas
5. Muhammad Muhaz 21.23 Sangat KurangCergas
6. Aluintina Jamit 17.24 Sangat Kurang
Cergas
7. Clerence Nicholas 15.40 Kurang Cergas
8. Michael Beti 18.20 Sangat Kurang
Cergas
9. Muaz Abd. Rahman 19.17 Sangat Kurang
Cergas
10. Alexzanda Ngu 11.56 Cergas
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 13/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
163 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Jadual 3b : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pra
untuk peserta perempuan
Bil Nama Responden Catatan
(min)
Tahap Kecergasan
1. Ellis Benard 13.44 Cergas
2. Kristine Inschie 15.15 Sederhana
3. Angelina Andrew 14.10 Sederhana
4. Aemas George 19.52 Sangat KurangCergas
5. Fairuz Nor Azwin 21.21 Sangat Kurang
Cergas
6. Rita Jimbon 15.42 Sederhana
7. Mimi Johna 16.50 Kurang Cergas
8. Cecelia Cindy 16.50 Kurang Cergas
Jadual 3c: Min dan Sisihan Piawai tahap kecergasan pelajar lelaki dan
permpuan semasa ujian pra
Jantina N Min Sisihan Piawai
Lelaki 10 14.89 3.87
Perempuan 8 16.48 2.66
Keseluruhan 18 15.60 3.39
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 14/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
164 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
14.89
16.48
14
14.5
15
15.5
16
16.5
Lelaki
Min
Rajah 3.2 : Min tahap kecergasan pelajar PPISMP, IPTAR semasa
ujian pra
Tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan
pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa ujian pos
2.4km
Jadual 4a dan Jadual 4b menunjukkan keputusan ujian pos larian 2.4 km
berkaitan dengan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam
kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di Institut Perguruan Tun
Abdul Razak, Kota Samarahan. Dapatan kajian menunjukkan seramai 5
daripada 10 atau 50% pelajar yang cergas iaitu meningkat 10% daripada
ujian pra. Ini diikuti seramai 2 orang atau 20% pelajar kurang cergas
sementara selebihnya iaitu 3 orang atau 30% berada dalam keadaan
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 15/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
165 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
sangat kurang cergas. Bagi pelajar perempuan pula, daripada lapan
pelajar hanya seorang atau 11% sahaja yang cergas, ini diikuti seramai 6
orang atau 66.7% sederhana iaitu meningkat sebanyak 33.3% berbandingujian pra, dan hanya seorang orang atau 11% menunjukkan tahap
kecergasan yang kurang cergas.
Jadual 4a : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pos
untuk peserta lelaki
Bil Nama Responden Catatan
(min)
Tahap
Kecergasan
1. Terrence Juah 11.20 Cergas
2. Sadit Limbai 11.17 Cergas
3. Zainalabidin 10.45 Cergas
4. Muhammad Hafiz 20.03 Sangat Kurang
Cergas
5. Muhammad Muhaz 10.21 Cergas
6. Alvintino Jamit 15.09 Kurang Cergas
7. Clerence Nicholas 15.27 Kurang Cergas
8. Michael Beti 16.07 Sangat Kurang
Cergas
9. Muaz Abd. Rahman 18.36 Sangat Kurang
Cergas
10. Alexzanda Ngu 10.59 Cergas
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 16/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
166 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Jadual 4b : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pos
untuk peserta perempuan
Jadual 4c: Min dan Sisihan Piawai tahap kecergasan pelajar lelaki dan permpuan semasa ujian pos
Jantina N Min Sisihan Piawai
Lelaki 10 13.84 3.60
Perempuan 8 15.02 1.41
Keseluruhan 18 14.36 2.83
Bil. Nama Responden Catatan
(min)
Tahap Kecergasan
1. Ellis Benard 14.50 Sederhana
2. Kristine Inchie 14.32 Sederhana
3. Angelina Andrew 13.35 Cergas
4. Aemas George 15.25 Sederhana
5. Fairuz Nor Azwin 18.11 Kurang Cergas
6. Rita Jimbon 15.09 Sederhana
7. Mimi Johna 14.23 Sederhana
8. Cecelia Cindy 15.27 Sederhana
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 17/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
167 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
13.84
15.02
13.2
13.4
13.6
13.8
14
14.2
14.4
14.6
14.8
15
15.2
Lelaki Perempuan
Min
Rajah 3.3 : Min tahap kecergasan pelajar PPISMP, IPTAR semasa ujian
pos
Perbezaan dalam tahap Kecergasan Daya Tahan Kardiovaskular
dalam kalangan pelajar PPISMP IPTAR bagi ujian pra dan ujianpost 2.4km
Jadual 5 menunjukkan perbezaan tahap kecergasan daya tahan
kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP IPTAR antara ujian pra
dan ujian pos. Ujian bukan Parametrik Wilcoxon T digunakan sebab
bilangan peserta kajian hanya 18 orang. Dapatan kajian seperti dalam
Jadual 3.4 menunjukkan terdapar perbezaan yang signifikan (T=10.0. p
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 18/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
168 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
<.01) antara ujian pra dengan ujian pos. Keseluruhan pelajar
menunjukkan berlakunya peningkatan larian 2.4 km semasa ujian pos
dilakukan. Ini bermakna tahap kecergasan pelajar meningkat selepastempoh rawatan selama enam minggu. Perubahan dan perbezaan ini
berlaku jelas menunjukkan bahawa latihan yang dilakukan dapat juga
meningkatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar. Ini
selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Johnson dan Nelson (1986)
yang menyatakan latihan yang dijalankan selama enam hingga lapan
minggu akan dapat meningkatkan tahap kecergasan seseorang indivivuatau atlit-atlit. Nisbah tersebut dicadangkan agar tahap kemajuan
kecergasan dibuat dari hari ke hari, kuasa dari minggu ke minggu,
kelajuan dari bulan ke bulan dan daya tahan dari tahun ke tahun.
Peningkatan yang dramatik dalam jangkamasa pendek perlu dilihat
sebagai keputusan langsung kemajuan latihan harian. Pada tahun 1960-
an, empat hingga enam sesi latihan seminggu adalah memadai untuk atlit
elit, tetapi pada hari ini tidak mencukupi. Atlit bertaraf antarabangsa
perlu merancang dua atau tiga sesi latihan sehari. Ini akan meningkatkan
potensi fisiologi dan psikologi yang tentu akan meningkatkan
pencapaian. Namun peningkatan dalam bilangan sesi latihan perlu
mengambil kira kapasiti individu dan keperluan untuk latihan berbeza
intensiti. Justeru itu, dapat diperjelaskan bahawa perubahan akan berlaku
terhadap tahap kecergasan dan kemahiran pemain dalam sesi latihan yang
dijalankan selama beberapa hari. Ujian pos yang dijalankan selepas sesi
latihan dalam jangkamasa enam hingga lapan minggu akan memberi
perubahan terhadap fungsi fisiologi dan psikologi pemain tersebut.
Perbezaan dari segi tahap pencapaian berlaku selepas sesi latihan
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 19/23
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 20/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
170 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Untuk melihat perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular
antara pelajar lelaki dan perempuan untuk ujian pra dan ujian pos, ujian
bukan parametrik Mann Whitney U digunakan. Keputusan ujian iniseperti yang digambarkan dalam Jadual 6 tidak terdapat perbezaan yang
signifikan mengikut jantina untuk kedua-dua ujian pra (U = 29.0, p > .05)
dan ujian post ( U = 84.0, p > .05 ).
Jadual 6 : Perbezaan tahap kecergasan semasa Ujian Pra dan Ujian Pos
Larian 2.4 km mengikut Jantina
Ujian Jantina N Min SP U p
Pra Lelaki 10 14.89 3.87 29.0 .328
Perempuan 8 16.48 2.66
Pos Lelaki 10 13.84 3.60 84.0 .594
Permpuan 8 15.02 1.41
Perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam
kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani mengikut kategori
umur bagi ujian pra dan ujian pos
Jadual 7 menunjukkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam
kalangan pelajar PPISMP IPTAR Pendidikan Jasmani mengikut katogeri
umur bagi ujian pra dan ujian pos. Dapatan kajian ujian pra menunjukkan
min = 15.78, SP = 3.65 bagi pelajar yang berumur 18 – 19 tahun,
manakala min = 15.23, SP = 3.10 bagi kategori umur 20 – 21 tahun.
Dalam ujian pos, min dan sisihan piawai bagi pelajar dalam kategori
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 21/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
171 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
umur 18-19 tahun ialah masing-masing 14.85 dan 3.07. Bagi kategori
umur 20-21 tahun min ialah 13.40 dan sisihan piawai ialah 2.23.
Dapatan dari kedua-dua ujian pra dan pos menunjukkan pelajar dari
kategori umur 20-21 tahun mempunyai catatan masa yang lebih baik dari
kategori umur 18-19 tahun. Gambaran ini menunjukkan pelajar dari
kategori umur 20-21 tahun adalah lebih cergas dari umur 18-19 tahun.
Walaupun mengikut teori Bompa (1994), faktor usia mempengaruhi
tahap kecergasan seseorang individu atau atlit, tetapi dalam kajian ini julat dalam kategori umur antara 18-19 tahun dan 20 – 21 tahun adalah
terlalu kecil, berkemungkinan teori Bompa sukar untuk diperlihatkan.
Untuk melihat perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular
antara pelajar dari kategori umur 18-19 tahun dan 20 -21 tahun untuk
ujian pra dan ujian pos, ujian bukan parametrik Mann Whitney U
digunakan. Keputusan ujian ini seperti yang digambarkan dalam Jadual 7
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut kategori
umur untuk kedua-dua ujian pra (U = 33.5, p > .05) dan ujian pos ( U =
27.0, p > .05 ).
Jadual 7 : Perbezaan tahap kecergasan semasa Ujian Pra dan Ujian Pos
Larian 2.4 km mengikut kategori umur
Ujian Umur N Min SP U p
Pra 18 -19 thn 12 15.78 3.65 33.5 .815
20 -21 thn 6 15.23 3.10
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 22/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
172 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Pos 18 -19 thn 12 14.85 3.07 27.0 .399
20 -21 thn 6 13.40 2.23
KESIMPULAN
Kajian yang dijalankan ini merupakan satu perintis bagi mengenalpasti
tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar PPISMP Pendidikan
Jasmani IPTAR memandangkan program ini merupakan generasi
pertama yang mengikuti kursus tersebut di IPTAR. Dapatan kajian nanti
diharap dapat dijadikan panduan dan rujukan pensyarah Pendidikan
Jasmani yang lain untuk menjalankan ujian larian 2.4 km di samping
menjalankan ujian-ujian kecergasan yang lain seperti ujian kelajuan,
ketangkasan, koordinasi, kelenturan dan seumpamanya. Pada
keseluruhannya, kajian ini masih lagi mempunyai sedikit kelemahan
terutamanya dari aspek persampelan dan metadologi kajian. Adalah
dicadangkan agar diperbanyakkan sampel agar dapat dilihat dengan jelas
perbezaan antara ujian pra dan ujian pos.
RUJUKAN
Beck, M. 1991. Soccer Fit Tranning & Health For Soccer Players.
Blessing. (1995). Advanced studies in physical education and sport .
Ontario, Canada :Thompson Pub., Co
7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK
http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 23/23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan
Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
Bompa , T.O. (1994). Theory and methodology of traning : The key to
athletic performance. Iowa : Kendal/hunt Pub. Co.
Cooper K.H. (1970). The New Aerobics. New York: Bantam
Faria I.E. (1970). Cardivaskular Response to Exercise as Influenced
by Tranning Various Intensities. Research Quarterly 41.
Hazeldine, R. (1992). Fitness For Sports. Marlborough, Wilthsire: The
Crowood Press Ltd.
Heyward, V.H. (1997). Advanced Fitness Assesment and Exercise
Prescription Champaign. Human Kinetics Books
Jackson & Pollock (1973). Generalize Equating for Predicting Body
Density of Men. British Journal of Nutrition, 40, 497-504.
Johnson, B.L., & Nelson. J.K. (1986). Practical Measuring For
Evaluation in Physical Education Ed. ke-4. Louisiansa State
University: Burgess.
Wee Eng Hoe (1997). Kecergasan: Satu Pandangan Hidup Sihat . Fajar Bakti. Shah Alam, Selangor.
Yusuf Ismail (2000). Personaliti, Motivasi Pencapaian Dan Motivasi
Sukan Di kalangan Atlit Universitu. Laporan Akhir Projek
Penyelidikan 75-85. Januari-Disember 1994.
Sharkey, B.J.(1990) Physiology of fitness. Campaign,IL:Human
Kenetics, 66-78, 331-335