206677342-tesis-pengakap

21
1.0 BAHAN LETUPAN 1.1 DEFINISI BAHAN LETUPAN Bahan letupan adalah sejenis bahan yang dari segi kimia atau tenaga tidak stabil dan menghasilkan pengembangan mengejut dan diikuti dengan penghasilan haba dan perubahan besar tekanan (dan biasanya juga kilatan dan/atau bunyi kuat) setelah dimulakan; keadaan ini dikenali sebagai letupan. Cas letupan pula merupakan ukuran kuantiti bahan letupan. ( sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahan_letupan) Letupan boleh berlaku disebabkan oleh dua sumber :- i. debu boleh bakar (flammable dust), dan ii. cecair dan gas boleh bakar (flammable liquid and gas). (Sumber rujukan: http://www.oocities.org/collegepark/center/230/KebakaranKimia.html ) 1.2 KEPENTINGAN PENGETAHUAN TENTANG BAHAYA BAHAN LETUPAN DALAM PENGAKAP PENGAKAP KANAK-KANAK Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu kumpulan organisasi yang melibatkan ahli pengakap yang berusia di antara 7 hingga 12 tahun. Pengakap Kanak-kanak merupakan ahli pengakap yang masih menuntut di sekolah rendah. Sebagai seorang ahli 1

description

PENGAKAP

Transcript of 206677342-tesis-pengakap

1.0 BAHAN LETUPAN

1.1 DEFINISI BAHAN LETUPANBahan letupanadalah sejenis bahan yang dari segikimiaatau tenaga tidak stabil dan menghasilkan pengembangan mengejut dan diikuti dengan penghasilan haba dan perubahan besar tekanan (dan biasanya juga kilatan dan/atau bunyi kuat) setelah dimulakan; keadaan ini dikenali sebagailetupan.Cas letupanpula merupakan ukuran kuantiti bahan letupan.(sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahan_letupan)Letupan boleh berlaku disebabkan oleh dua sumber :-i. debu boleh bakar (flammable dust), danii. cecair dan gas boleh bakar (flammable liquid and gas).(Sumber rujukan: http://www.oocities.org/collegepark/center/230/KebakaranKimia.html)1.2 KEPENTINGAN PENGETAHUAN TENTANG BAHAYA BAHAN LETUPAN DALAM PENGAKAP

PENGAKAP KANAK-KANAKPengakap Kanak-kanak merupakan salah satu kumpulan organisasi yang melibatkan ahli pengakap yang berusia di antara 7 hingga 12 tahun. Pengakap Kanak-kanak merupakan ahli pengakap yang masih menuntut di sekolah rendah. Sebagai seorang ahli pengakap kanak-kanak, terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dipelajari untuk mendapatkan lencana-lencana kemajuan diri di dalam pergerakan berpengakapan. Kemahiran-kemahiran ini bukan sahaja penting kepada perkembangan diri dan mental seorang murid sekolah rendah, bahkan ianya juga penting dalam mendidik mereka sebagai seorang yang berdikari dan bertanggungjawab.Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak dihasilkan oleh Persatuan Pengakap Malaysia untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Pengakap Kanak-kanak ini akan dianugerahkan dengan lencana-lencana tertentu untuk membuktikan bahawa mereka telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya.LENCANA KEAHLIAN

Gambar 1 : lencana keahlian

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapatkan Lencana Keahlian, seseorang ahli Pengakap Kanak-kanak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa dia faham dan mengerti makna-makna tiap-tiap satunya :1. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

2. Prinsip Rukunegara.

3. Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap.

4. Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan.

5. Laung Agung.

LENCANA WAJIB

Gambar 2: lencana ahli penunggang basikal

Gambar 3: lencana ahli renang

Setelah mendapatkan Lencana Keahlian, (bagi faedah keselamatan dirinya) Pengakap Kanak-kanak itu wajib mendapat SALAH SATU dari Lencana Wajib di iaitu: 1. Lencana ahli penunggang basikal2. Lencana ahli renangKedua-dua lencana ini boleh dianggap sebagai lambang asas keselamatan ahli PKK. Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kanan baju pegakap.

LENCANA KERIS GANGSA

Gambar 4: lencana keris gangsa

Setelah berjaya mendapatkan lencana keahlian dan lencana wajib, pengakap kanak-kanak boleh mengambil ujian untuk mendapatkan lencana keris gangsa. Antara aspek-aspek yang diuji semasa ujian tersebut adalah : 1. Kesetian2. Kesihatan dan keselamatan3. Kecekapan4. Penyertan5. PerkhidmatanKESETIAAN: 1. Negaraku & Lagu Negeri2. Bendera Malaysia & Negeri3. Lambang sejagat Pengakap & cogankata Pengakap kanak-kanak4. Rukunegara5. Mengenali orang kenamaan6. Persetiaan & undang-undang Pengakap7. Hormat, isyarat dan salam pengakap8. Nama kuasa penganjur / pemimpin9. Sejarah kumpulan pengakap kanak-kanak di sekolahnya10. Mengetahui agama-agama di Malaysia11. Nilai-nilai beribadat

KESIHATAN DAN KESELAMATAN:1. Kesihatan & kebersihan badan - gigi, kuku, rambut, kaki, tangan & sistem pernafasan2. Bilik mandi & tandas, tempat sampah, kebersihan sumber minuman & keracunan makanan3. Memakai kasut / selipar / jagaan4. Bahaya menelan pil / gula-gula5. Bahaya bermain mata pisau6. Mengenali penyakit kulit yang berjangkit7. Bahaya bermain bahan letupan8. Mendapat bantuan pertolongan9. Peraturan lalulintas10. Sebab utama kemalangan jalanraya11. Peti pertolongan cemas

KECEKAPAN:1. Asas perbarisan2. Mengetahui kemahiran asas untuk permainan permainan pasukan sepertia) Bola Sepakb) Bola Jaringc) Bola Tampar3. Memanjat tali4. Mengguna dan menjaga pisau kecil5. Mengetahui kawasan sendiri6. Mengetahui pakaian seragam pengakap7. Isyarat-isyarat pengakap8. Simpulan mengikat tali kasut Simpul Buku Sila & Simpul bungkusan

PENYERTAAN:1. Mengetahui cara perkumuhan kepada manusia, tumbuhan & haiwan Aktiviti (Sudahkan 2 sahaja)a) Menanam pokok bunga di pasub) Menyubur pokokc) membuat batasd) Membantu / memlihara pokok2. Cara-cara memelihara haiwan3. Membaca buku memelihara binatang / haiwan4. Menjadi ahli perpustakaan5. Membuat rekaan6. Menyembah drama / lakonan & tarian7. Berlakon8. Menempatkan koleksi9. Membuat buku akau simpanan

PERKHIDMATAN:1. Membantu ibubapa di rumah2. Melawat ke rumah orang tua, kanak-kanak dan lain-lain3. Bercerita melalui lisan / lukisan4. Memainkan peranan melaksanakan undang-undang sampah di sekolah5. Khidmat kemasyarakatan6. Buku Log khidmat sukarela

Bahaya bahan letupan terdapat dalam aspek penilaian berkenaan kesihatan dan keselamatan. Pengakap kanak- kanak diminta untuk menerangkan tiga kesan bermain bahan letupan seperti mercun, meriam buloh, bunga api dan sebagainya.

1.3 CONTOH-CONTOH BAHAN LETUPAN

1. MERCUN DAN BUNGA API

Gambar 5: pelbagai jenis mercun dan bunga api

Mercunialah sejenis perkakasletupankecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat; apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar. Mercun, sertabunga apikini dipercayai berasal dariChina.

Mercun secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun cuti perayaan, seperti Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, Deepavali, Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan oleh masyarakat Vietnam semasa pesta Tet terutamanya pada tengah malam Giao Thua (Malam Tahun Baru). Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Sepanjang perayaan musim bunga pada tahun 2006, mercun dan bunga api sejumlah AS$ 124 juta telah dinyalakan di Tanah Besar China.

Secara umumnya, semua mercun diklasifikasikan sebagai bahan letupan berkuasa rendah. Oleh itu, terdapat beberapa negara yang mengharamkan pembakaran mercun kerana beberapa sebab, antaranya pencemaran bunyi, risiko kecederaan serta risiko kebakaran.

Di Malaysia, pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial.(sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mercun)

2. Meriam buloh

Gambar 6 : meriam buloh

Meriam buloh ialah sejenis meriam yang diperbuat daripada buloh. Meriam buloh biasanya dimainkan oleh kaum Melayu pada musim perayaan Aidilfitri. Buloh senang didapati di kawasan kampung. Oleh sebab itu, selain menjadikan buloh sebagai pelita, mereka juga menjadikan buloh sebagai meriam buloh. Bahan letupan yang digunakan ialah sejenis bahan kimia yang dipanggil karbait. Nama saintifik bagi bahan tersebut ialah Kalsium karbida Orang dulu-dulu biasanya menggunakan Kalsium karbida untuk menghidupkan pelita. Penggunaan bahan ini lebih jimat daripada meggunakan pelita minyak tanah. Selain itu, ia juga digunakan utk cepatkan proses kemasakan buah seperti pisang, ciku, jambu, pelam dan lain. Kalau dibiarkan terdedah kepada udara, lama-kelamaan akan menjadi debu. Kalau terkena air, Kalsium karbida akan mendidih dan panas kalau dipegang.(sumber rujukan: http://qalish.com/2011/10/kesan-kalsium-karbida-ke-atas-kemasakan-buah.html)

Ganbar 7 : Kalsium karbida

1.4 BAHAYA BERMAIN MERCUN, BUNGA API DAN MERIAM BULOH

Sejak kebelakangan ini, ada saja berita mengenai kecederaan atau kes yang berlaku disebabkan mercun. Ada yang cedera parah, putus jari, tangan hancur dan banyak lagi. Antara mangsa main mercun ini, bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga mereka yang sudah dewasa. Pelik juga dengan sikap segelintir manusia, sudah terang lagi bersuluh bermain mercun merbahaya, tetapi masih juga berdegil untuk bermain mercun. Mungkin selama ini mereka tidak pernah tercedera semasa bermain mercun tapi perlu ingat malang tidak berbau. bermain mercun ini bukan seperti bermain bolasepak, kalau tersilap satu langkah sahaja akibatnya boleh membawa padah.Bermain mercun boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri dan juga orang lain. Keceraan boleh berlaku pada tahap yang kritikal sehingga boleh menyebabkan kecacatan kepada anggota badan. Hal ini dibuktikan melalui siri-siri kemalangan yang disebabkan bermain mercun. Ada yang kudung jari, putus tangan, buta mata dan sebagainya. Gelombang yang dihasilkan oleh letupan mercun sangat kuat dan akan menyebabkan kecederaan kepada sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan letupan mercun tersebut. Disamping kecederaan serius, mercun juga boleh mengakibatkan kematian. Selain itu, bunyi mercun yang kuat dan nyaring juga menyumbang kepada pencemaran bunyi. Tidak semua orang suka mendengar bunyi letupan mercun. Terutama bagi golongan yang sudah berumur. Mereka menganggap bunyi mercun sebagai pengganggu kepada suasana yang tenang dan damai. Bagi bayi yang baru lahir pula, bunyi mercun yang kuat akan mengganggu mereka. Hal ini boleh menyebabkan mereka sukar untuk tidur pada waktu malam.Letupan mercun dan bunga api juga boleh menjadi punca kebakaran terutamannya letupan bunga api roket. Bunga api roket adalah sejenis bunga api yang meletup di udara. Jika kelongsong bunga api terbalik atau terjatuh semasa bunga api dicucuh, letupan mungkin berlaku pada kawasan yang tidak sepatutnya seperti di diwasan berhapiran rumah. Percikan bunga api tersebut boleh menyebabkan rumah tersebut terbakar.Bermain meriam buloh merupakan satu acara wajib bagi kanak-kanak yang berada di kawasan kampung sebelum mercun diperkenalkan. Namun begitu, mercun buloh juga masih dimainkan oleh golongan kanak-kanak pada masa kini terutama kanak-kanak yang berada di kampung dan sukar atau tidak mampu untuk membeli mercun. Hal ini kerana bermain meriam buloh tidak memerlukan kos yang tinggi kerana bahan-bahan untuk membuat mercun buloh boleh didapati daripada sumber semula jadi iaitu buloh. Bermain meriam buloh boleh menyebabkan kecederaan kerana letupan yang kuat boleh menyebabkan buloh pecah. Serpihan-serpihan buloh yang pecah itulah yang menyebabkan kecederaan kepada si pemain. Risiko untuk mendapat kecederaan adalah sangat tinggi kerana pemain berada dalam jarak yang dekat dengan meriam buloh. Gambar 8 : kesan-kesan bermain mercun

1.5 KESAN BAHAN KIMIA DALAM MERCUNBahaya bahan kimia yang lain dalam mercun ditunjukkan dalam Jadual 1:Jadual 1. Lain-lain Bahan Kimia dalam Mercun dan Bahayanya kepada Kesihatan

Bahan KimiaPendedahanTanda-tanda dan Simptom

Campuran karbonhidu dan penyerapan melalui kulitrengsa kulit, kerosakan hati dan buah pinggang, sistem jantung dan darah

Kuprum oksidahidurengsa saluran pernafasan, demam `asap logam', selesema, rengsa kulit

Asid pikrikhidu dan penyerapan melalui kulitgatal kulit, kerosakan hati dan buah pinggang

Strontiumtermakanmuntah, sakit perut, najis berdarah, gangguan darah

(Sumber rujukan:Utusan Malaysia, Sabtu, 24 Februari, 1996)

REFLEKSI SIVANASWARI A/P KARUPPIAH (RBT 3 SJKT)

Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, banyak yang saya telah pelajari. Banyak cabaran yang terpaksa saya hadapi namun itu semua mengajar saya menjadi seorang pemimpin Pengakap yang berwibawa. Individu-individu yang menjadi tunjang kepada kejayaan tugasan ini ialah pensyarah-pensyarah pembimbing yang telah banyak membantu dan member tunjuk ajar.Saya telah ditugaskan untuk membuat tugasan tentang bahaya bahan letupan. Antara halangan atau dugaan yang saya hadapi sepanjang proses melaksanakan tugasan ini ialah berkaitan sumber rujukan yang terhad. Saya hanya mencari sumber daripada internet di mana tidak semua sumber tidak boleh dipercayai. Sumber buku di perpustakaan kampus ini adalah terhad, oleh itu sukar bagi saya untuk membuat rujukan. Berpandukan sumber internet, saya meneliti maklumat yang diperolehi dan membuat perbandingan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai laman sesawang. Tugasan ini telah mengajar saya nilai kesabaran. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan kemahiran mencari dan mentafsir maklumat untuk dijadikan isi dalam kajian ini. Maka, saya memperuntukkan masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan ini. Kesabaran yang tinggi diperlukan semasa mengolah isi-isi penting yang akan dimuatkan dalam kajian ini Selain itu, melalui tugasan ini juga, saya belajar tentang nilai kerjasama. Saya rasa amat bertuah kerana kebanyakan kawan-kawan saya turut membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Mereka sentiasa memberi pandangan dan idea-idea yang bernas. Apabila saya menghadapi sebarang masalah, saya akan berbincang dengan mereka tentang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang berlaku.Melalui tugasan ini, banyak ilmu yang bermanfaat telah saya perolehi. Antaranya ialah ilmu tentang kepengakapan dan peringkat-peringkat lencana Pengakap Kanak-kanak. Selain itu, saya juga mendapat banyak ilmu tentang bahaya bahan letupan.Kesimpulannya, tugasan ini sememangnya membantu saya dalam pelbagai aspek. Segala ilmu yang saya pelajari semasa menyiapkan tugasan ini akan saya gunakan sebaik mungkin. Sebagai pemimpin Pengakap, saya akan mencurahkan segala ilmu yang telah saya pelajari kepada anak murid saya kelak.

RUJUKAN

bahaya main mercun. (2010, ogos 26). Retrieved februari 1, 2014, from adik adik ku.blogspot: http://adik2ku.blogspot.com/2010/08/bahaya-main-mercun.htmlIbrahim, D. M. (1996, februari 24). kesan bahan kimia dalam racun. Retrieved februari 3, 2014, from National Poison Centre Universiti sains malaysia: http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=35lencana keris gangsa. (2009, ogos 17). Retrieved februari 2, 2014, from http://pengakapsksl.blogspot.com/2009/08/nota-lencana-keris-gangsa-rukunegara.htmlpemasangan lencana keris gangsa. (2013, september 8). Retrieved januari 30, 2014, from http://scoutjempol.blogspot.com/2013/09/pemasangan-lencana-keris-gangsa-pkk_8.htmlskim lencana Pengakap Kanak-kanak. (2012, april 30). Retrieved februari 1, 2014, from http://pengakapttdiwpkl.blogspot.com/2012/04/skim-lencana-pengakap-kanak-kanak.html

16