2018-2019TAIWAN -...
Transcript of 2018-2019TAIWAN -...
Muka surat ini boleh digunakan sebagai penanda buku
Diterbitkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri,
Republik China (Taiwan)GPN: 1010600997 / MOFA- Melayu
Gambar kulit depan: Bangunan Taipei 101 (Huang Chung-hsin)
Harga: NT$70 US$2
Sepintas LaluTAIWAN
2018-2019
GPN: 1010701990
NAS2一般刊物\外交部\2018馬來文COVER. 一彩 CMYB 晃 2018馬來文COVER. 一彩.indd 1 2018/11/2 下午3:27
Diterbitkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri,
Republik China (Taiwan)
Sepintas LaluTAIWAN
2018-2019
Nama rasmi Republik China (Taiwan)
Bendera Kebangsaan
Bunga Kebangsaan Bunga plum
Keluasan (Taiwan dan pulau-pulau di sekitarnya)
36,197 kilometer persegi
Jumlah Penduduk 23.57 juta (2017)
Keetnikan
Lebih daripada 95% Cina Han (termasuk Holo, Hakka dan kumpulan lain yang berasal dari China), 2% penduduk asli Melayu-Polinesia, 2% pendatang baharu, terutamanya dari China dan Asia Tenggara
MAKLUMAT PENTING TAIWAN
Tasik Sun Moon (Dengan ihsan Zheng Qi-an, Biro Pelancongan)
Kerajaan Demokrasi berbilang parti
Presiden Tsai Ing-wen
Ibu kota Bandar raya Taipei
Perbandaran khas
Bandar raya Taipei, Bandar raya Taipei Baharu, Bandar raya Taoyuan, Bandar raya Taichung, Bandar raya Tainan, Bandar raya Kaohsiung
Mata wang negaraDolar Taiwan Baharu(NT$ atau TWD)
BahasaMandarin (Cina),Holo (Taiwan), Hakka,bahasa Austronesia
Agama utamaBuddha, Taoism, I-Kuan Tao,agama masyarakat Cina,Kristian, Islam
Diterbit oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri,Republik China (Taiwan) No. 2, Ketagalan Blvd., Taipei 10048, Taiwan, ROChttp://www.mofa.gov.tw
Dicetak oleh Choice Development, Inc.9F, 288 , Sec. 6, Civic Blvd.,Taipei 11087 ,Taiwan R.O.C.
Editor: Lester Liyen Yang, May Tseng, Jim Hwang, Ciaran Madden, John Scott MarchantEditor Penyumbang: Meg Chang, Keira Chiang, Oscar Chung, Pat Gao, Kelly Her, Wendy KuoPereka Grafik dan Reka Bentuk: Lin Hsin-chieh
Pengedar: Taiwan Panorama MagazineNo. 2, Tianjin Street Taipei 10051, Taiwan, ROCTel: (+886-2) 2392-2256http://www.taiwan-panorama.com
Nombor kad katalog: MOFA-EN-BO-107-003-I-1GPN: 1010701386ISBN: 978-986-05-6699-4Edisi pertama, C415 September 2018Dicetak di TaiwanHarga: NT$70 US$2
Hak cipta terpelihara. Pengulangan cetak buku ini, sebahagian atau keseluruhan,tanpa kebenaran bertulis daripada pemegang hak cipta adalah dilarang.Agensi untuk dihubungi: Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Republik China (Taiwan)Tel: (+886-2) 3356-8198
2018-2019 Sepintas Lalu Taiwan
C15 Dis. 2018
MOFA-MA-BO-107-014-I-11010701990978-986-05-7448-7
Kinmen
Penghu
m300020001000
500250
500
Taiwan
KepulauanDiaoyutai
PulauHijau
PulauOrkid
Taipei
Taipei BaharuTaoyuan
Taichung
Tainan
Kaohsiung
SelatTaiwan
Laut
Matsu
ChinaTaiwan
Filipina
Kepulauan Nansha(Kepulauan Spratly)
Kepulauan Shisha (Kepulauan Paracel) Kepulauan Chungsha
Kepulauan Tungsha (Kepulauan Pratas)
Malaysia
VietnamLaut China Selatan
KANDUNGAN2018-2019TAIWANSepintas Lalu
ALAMIAH TAIWAN 2
PENDUDUK 8
SEJARAH 14
SISTEM POLITIK 24
HAL EHWAL LUAR NEGERI 32
HUBUNGAN RENTAS SELAT 42
EKONOMI 48
SAINS DAN TEKNOLOGI 58
PENDIDIKAN 66
KEBUDAYAAN 70
MEDIA MASSA 74
MELAWAT KE TAIWAN 78
Salji menyelubungi puncak Gunung Jade, atau Yushan di pertengahan Taiwan. (Dengan
ihsan Chen Fang-yi, Biro Pelancongan) 3
Republik China (Taiwan) terletak di kawasan
Pasifik Barat, iaitu di antara Jepun dan
Filipina. Bidang kuasanya meluas sehingga
ke Kepulauan Penghu, Kinmen dan Matsu
dan beberapa pulau kecil lain. Keluasan
Taiwan dan pulau-pulau di sekitarnya
adalah kira-kira 36,197 kilometer persegi.
ALAMIAH TAIWAN
Gunung Jade di Taiwan merupakan gunung tertinggi di Asia Timur.
Kira-kira 20 peratus daripada tanah negara ini diwartakan sebagai kawasan terlindung.
FAKTA PENTING:
4
Dengan saiz lebih kurang sebesar Belanda tetapi bilangan
penduduk berjumlah kira-kira 23 juta, Taiwan mempunyai
lebih ramai penduduknya daripada tiga perempat negara
di dunia. Keindahan semula jadi di Taiwan sungguh
mempesonakan. Kebanyakan puncak gunung melebihi
3,000 meter, termasuk gunung tertinggi di Asia Timur,
Gunung Jade (Yushan) dan kaki gunung berhutan
meliputi lebih daripada separuh kawasannya. Terdapat
juga gunung berapi, dataran tinggi, dataran pinggir laut
dan lembangan dalam pulau ini. Kepulauan Diaoyutai
yang terletak di timur laut Taiwan dan beberapa pulau di
MAKLUMAT PENTING
kilometer persegi
36,197Keluasan tanah394
Kepanjangan Taiwan
kilometer
Gunung Jade (3,952 meter)
Puncak tertinggi
7,966Tanah pertanian
kilometer persegi
22°C
Suhupurata
18°CJanuari
29°CJulai
KelebaranTaiwan
144kilometer
ALAMIAH TAIWAN 5
Laut China Selatan termasuk Kepulauan Tungsha (Pratas),
Nansha (Spratly), Shisha (Paracel) serta Chungsha (Tebing
Macclesfield) juga merupakan sebahagian daripada
wilayah ROC.
Taiwan yang terletak di laluan arus lautan panas di timur
benua Asia diberkati dengan zon iklim yang beraneka
dari zon tropika hingga ke zon sederhana. Kepelbagaian
iklim berserta tanah yang subur dan taburan hujan yang
tinggi menjadikannya syurga pertanian kerana hampir-
hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran boleh
ditanam di sini. Ia juga menjadikan pulau ini sebuah taman
rekreasi. Pada musim sejuk, hujan salji dapat disaksikan
di lereng Gunung Hehuan di wilayah Nantou. Aktiviti
menyelam di sekitar terumbu karang sepanjang hujung
bahagian selatan pulau tersebut dapat dijalankan dengan
hanya menyusuri 200 kilometer ke wilayah Pingtung yang
nyaman udaranya.
Pulau-pulau yang lebih kecil pula mempunyai ciri-ciri
semula jadi yang unik masing-masing, seperti turus basalt
di Kepulauan Penghu dan mata air panas marin sepanjang
pantai Pulau Hijau dan Pulau Guishan.
Flora dan Fauna
Spektrum zon iklim tropika hingga sederhana di Taiwan
dan topografinya yang berbagai-bagai menyumbang
kepada kekayaan flora dan fauna di pulau ini. Lebih
kurang 120 spesies mamalia, 670 spesies burung, 141
6
spesies reptilia, 65 spesies amfibia, 400 spesies rama-
rama dan 3,100 spesies ikan didapati mendiami di Taiwan.
Tumbuh-tumbuhan di pulau ini pula terdiri daripada 674
spesies paku-pakis, 4,596 spesies angiosperma dan 34
spesies gimnosperma. Bagi melindungi ekosistem yang
menjadi habitat bagi tumbuh-tumbuhan dan haiwan,
kerajaan telah merizabkan kira-kira 20 peratus daripada
kawasan tanah negara sebagai kawasan terlindung, iaitu
sembilan taman negara dan satu taman semula jadi
negara, 22 rizab semula jadi untuk ekosistem khas, enam
kawasan hutan simpan, 20 kawasan perlindungan hidupan
liar dan 37 habitat utama hidupan liar.
Antara spesies fauna Taiwan paling terkenal ialah ikan
salmon tengah daratan Formosan. Ikan ini dipercayai
terperangkap di dalam air gunung yang dingin di
Ikan salmon tengah daratan Formosan, salah satu spesies asli yang paling dikenali dalam negara, boleh dijumpai di dalam air
gunung yang dingin di pertengahan Taiwan. (Dengan ihsan Taman Negara Shei-Pa)
ALAMIAH TAIWAN 7
pertengahan Taiwan semasa Zaman Ais terakhir apabila
paras laut jatuh secara mendadak, menyebabkannya
tidak dapat berenang semula ke kawasan air tawar atau
air masin. Demi melindungi spesies terancam ini, Pusat
Perlindungan Ikan Salmon Tengah Daratan Formosan telah
dibina di hulu Sungai Dajia di Taman Negara Shei-Pa.
Lautan Selatan Penghu
Dongsha(Tungsha) AtolKinmen
Kenting
Yushan
Taroko
Shei-pa
Taijiang
Yangmingshan
TAMAN-TAMAN NEGARA
Pelajar dari Sekolah Rendah Yehliu
menghadiri kelas renang di pantai utara Taiwan.
(Chuang Kung-ju)
9
Taiwan mungkin digambarkan sebagai
negara yang didominasi oleh masyarakat
Cina Han, apabila lebih daripada 95
peratus populasinya mendakwa mereka
berasal dari keturunan Han, namun warisan
masyarakat tersebut adalah lebih kompleks
16 suku kaum peribumi secara rasminya diiktiraf di Taiwan.
Negara ini menjadi tempat tinggal bagi hampir 500,000 orang pendatang baharu, kebanyakannya berasal dari China dan Asia Tenggara.
FAKTA PENTING:
PENDUDUK
10
sebenarnya. Kehadiran pendatang Cina bergelombang-
gelombang melibatkan pelbagai kelompok kecil dengan
bahasa dan adat yang berbeza bermula pada abad ke-17.
Walau bagaimanapun, kini di Taiwan, perbezaan antara
masyarakat semakin kabur berikutan perkahwinan campur
dan penggunaan bahasa Cina secara meluas. Kini, Taiwan
bukan sahaja menjadi wadah tumpuan bagi kelompok
kecil masyarakat Han, malah suku kaum peribumi Melayu-
Polinesia dan pendatang dari seluruh pelosok dunia.
Sebagai contoh, beberapa tahun ini, ramai pendatang
baharu datang dari China dan Asia Tenggara ke Taiwan,
kebanyakannya melalui perkahwinan. Kini, bilangan
pendatang baharu hampir mencecah 500,000 orang.
Warisan budaya di Taiwan semakin dihargai apabila 16
kelompok kecil yang bertutur bahasa Austronesia telah
diiktiraf secara rasmi. Kelompok ini membentuk sedikit
lebih daripada 2 peratus jumlah penduduk. Organisasi
awam dan swasta sedang berusaha untuk menggiatkan
bahasa dan budaya mereka semula, seperti yang
ditunjukkan dalam pelancaran Televisyen Peribumi Taiwan
dan kelulusan Akta Asas Suku Kaum Peribumi.
Penumpuan dan arus saling tindak kemanusiaan di Taiwan
telah membantu dalam perubahan masyarakat yang lebih
terbuka dan memandang ke hadapan. Masyarakat Taiwan
kini telah menyepadukan pelbagai unsur tamadun dari
seluruh dunia dalam cara yang tersendiri dan harmoni.
PENDUDUK 11
Jumlah Penduduk:
Struktur populasi : Keetnikan :
0-14 tahun: 13.12% 15-64 tahun: 73.02%65 dan ke atas: 13.86%
Cina Han: 95.5%Suku kaum peribumi: 2.4%Pendatang baharu: 2.1%
(2017)23,571,227
MAKLUMAT PENTING
Kadar kelahiran kasar (2017): 8.23 (setiap 1,000 orang)
Kadar kematian kasar (2017): 7.27 (setiap 1, 000 orang)
Jangka hayat (2016): 80 tahun
Lelaki: Perempuan:
76.81tahun
83.42tahun
12
• Menganjurkan persidangan hal ehwal negara untuk membincangkan masalah berkaitan dengan sistem pencen utama
• Memenuhi dua keperluan utama, iaitu keperluan asas untuk semua warga tua dan skim pencen yang mengekalkan keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan
• Menepati strategi berikut: melakukan perubahan secara berperingkat, memperkemas sistem yang terlalu rumit, meningkatkan kelayakan umur pencen secara wajar dan beralih kepada nisbah penggantian pendapatan yang munasabah secara beransur-ansur
Jagaan Komuniti 3 Dalam 1
Pencen Yang Mampan
• Menggalakkan perkhidmatan jagaan kanak-kanak di kemudahan awam dan kemudahan tanpa untung
• Menyediakan perkhidmatan jagaan tempoh panjang berasaskan komuniti bagi golongan warga tua dan kurang upaya
• Mewujudkan peluang pekerjaan dan menggalakkan ekonomi setempat melalui pembangunan perkhidmatan jagaan dan perubatan setempat
LIMA IKRAR KESTABILAN SOSIAL OLEH PRESIDEN TSAI ING-WEN
PENDUDUK 13
• Mengguna pakai peraturan keselamatan makanan yang lebih ketat selaras dengan piawaian antarabangsa, seperti ISO 22000 dan Analisis Punca Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal
• Menyediakan sistem pengesanan yang komprehensif untuk produk pertanian
• Menambah baik prosedur pertanian dan pemprosesan makanan
• Mengendalikan atau membina 200,000 unit rumah sewa masyarakat dalam tempoh lapan tahun
• Memastikan unit perumahan sosial baharu sesuai untuk warga tua dan golongan kurang upaya
• Menggalakkan pengubahsuaian rumah dan komuniti sedia ada demi kemudahan penduduk warga tua
• Mengutamakan program antidadah dan antipenipuan serta berusaha meningkatkan keselamatan wanita dan kanak-kanak
• Membasmi jenayah terancang dan penggunaan senjata api secara haram
• Menyediakan mekanisme pertukaran maklumat transnasional bagi membantu pihak penguatkuasa undang-undang dalam dan luar negeri
Keselamatan Awam
Tempat Tinggal Yang Selesa
Keselamatan Makanan
Arca-arca batu Tokong Sanxia Zushi di Bandar raya Taipei Baharu menonjolkan
kekayaan tradisi kesenian dan agama di Taiwan.
(Huang Chung-hsin) 15
ROC bermula di China pada tahun 1912.
Waktu tersebut, Taiwan berada di bawah
pemerintahan penjajah Jepun berikutan
Perjanjian Shimonoseki 1895 yang
menyebabkan Taiwan diserahkan kepada
Orang Belanda dan Sepanyol telah membina penempatan di Taiwan pada awal abad ke-17.
Kira-kira 1.2 juta orang telah berpindah dari China ke Taiwan bersama dengan kerajaan Republik China (Taiwan) pada lewat 1940-an dan awal 1950-an.
FAKTA PENTING:
SEJARAH
16
Jepun oleh kerajaan Qing. Kerajaan ROC mula menjalankan
kuasanya ke atas Taiwan pada 1945 selepas Jepun
menyerah kalah pada akhir Perang Dunia Kedua.
Kerajaan ROC berpindah ke Taiwan pada 1949 berikutan
Perang Saudara dengan Parti Komunis China. Sejak itu,
ROC terus menjalankan kuasanya di pulau utama Taiwan
dan beberapa pulau di sekitarnya, menyebabkan Taiwan
dan China berada di bawah pemerintahan kerajaan
yang berbeza. Pihak berkuasa di Beijing tidak pernah
melaksanakan pemerintahan ke atas Taiwan atau pulau-
pulau lain yang kini ditadbir oleh ROC.
Garis Masa Sejarah
Garis masa berikut memberikan tumpuan kepada sejarah
Taiwan yang direkodkan sejak kira-kira 400 tahun yang
lalu, walaupun ia telah menjadi tempat tinggal suku kaum
Melayu-Polinesia selama beribu-ribu tahun lamanya.
1500-an Dipercayai bahawa pelayar-pelayar Eropah yang melaluiTaiwan merekodkan nama pulau ini sebagai Ilha Formosa,atau pulau indah.Taiwan terus dikunjungi oleh kumpulan kecil pedagang China, nelayan dan lanun.
1624 Syarikat Hindia Timur Belanda menubuhkan pangkalan di barat daya Taiwan dan mengupah buruh orang Cina untuk bekerja di sawah padi dan ladang tebu.
17SEJARAH
1626 Pengembara Sepanyol menubuhkan pangkalan di utaraTaiwan, tetapi diusir oleh orang Belanda pada 1642.
1662 Pengikut setia Ming di bawah pimpinan Zheng Chenggong, atau Koxinga yang melarikan diri daripadapenaklukan Manchuria oleh dinasti Ming (1368–1644) telah menghalau orang Belanda dari Taiwan dan menubuhkan kuasa mereka di pulau tersebut.
1683 Tentera dinasti Qing (1644–1912) menguasai kawasan pantai barat dan pantai utara Taiwan.
1885 Taiwan diisytiharkan sebagai wilayah Empayar Qing.
1895 Berikutan kekalahan dalam Perang Sino-Jepun Pertama (1894-1895), kerajaan Qing menandatangani Perjanjian Shimonoseki, yang membenarkan Jepun memerintah Taiwan sehingga 1945.
19111912
Revolusioner China menggulingkan Empayar Qing dan menubuhkan ROC.
1943 Semasa Perang Dunia Kedua, pemimpin ROC, ChiangKai-shek bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat,Franklin Roosevelt dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill 1943 di Kaherah. Selepas mencapaipersetujuan dalam persidangan itu, Perisytiharan Kaherah diumumkan, menyatakan bahawa “...Formosa[Taiwan] dan Pescadores [Kepulauan Penghu] hendaklahdipulangkan semula kepada Republik China...”
18
1945 ROC, United Kingdom dan Amerika Syarikat bersama-sama mengeluarkan Perisytiharan Potsdamuntuk menggesa Jepun menyerah kalah tanpa syaratdan menunaikan janji dalam Perisytiharan Kaherah.Selepas Perang Dunia Kedua, wakil kerajaan ROC menerima penyerahan kalah tentera Jepun di Taiwan. Chen Yi selaku Ketua Eksekutif wilayah Taiwan menghantar satu memorandum kepada gabenor jeneral Jepun yang mewakili Taiwan, menyatakan bahawa “Sebagai Ketua Eksekutif wilayah Taiwan, ROC, ...saya mengambil alih semua kemudahan wilayah sah, rakyat, pentadbiran, politik, ekonomi dan kebudayaan serta aset-aset Taiwan (termasuk Kepulauan Penghu).”
1947 Perlembagaan ROC diisytiharkan pada 1 Januari dandijadualkan untuk berkuat kuasa pada 25 Disember. Pada bulan Mac dan berikutnya, tentera ROC yang dihantar dari China telah berjaya menewaskan pemberontakan besar-besaran oleh penduduk Taiwan yang dicetuskan akibat Insiden 28 Februari.
1948 Apabila perang saudara besar-besaran berlaku di China antara kerajaan ROC pimpinan Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China, Peruntukan Sementara Semasa Tempoh Mobilisasi Negara Dalam Penewasan Pemberontakan Komunis digubal,mengatasi Perlembagaan ROC dan memperluas kuasa presiden dengan begitu ketara.
19SEJARAH
1949 Kerajaan ROC berpusat di Taiwan, diikuti oleh 1.2 juta rakyat China.Pada 25 Oktober, dalam Perang Kuningtou di Kinmen, angkatan tentera ROC telah menewaskan komunis di pantai barat laut pulau tersebut.Undang-undang tentera diisytiharkan di Taiwan dan terus berkuat kuasa sehingga 1987.
1952 Perjanjian Keamanan ditandatangani antara ROC denganJepun di Taipei Guest House, menandakan penamatan perang antara dua pihak secara rasmi. Di bawah Fasal 2 dalam Perjanjian San Francisco 1951, Jepun telah melepaskan semua hak milik, gelaran dan tuntutan ke atas Formosa (Taiwan), Pescadores (Kepulauan Penghu), Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel. Semua perjanjian, amalan dan persetujuan sebelum Disember 9 1941 antara China dan Jepun menjadi tidak sah dan telah dibatalkan akibat perang tersebut.
1954 Perjanjian Pertahanan Bersama ROC-AS ditandatangani di Washington D.C.
1958 23 Ogos menandakan permulaan pertempuran meriam antara garison ROC di Pulau Kinmen dengan tentera China yang berterusan selama lebih daripada 40 hari.
1966 Zon Pemprosesan Eksport yang pertama diwujudkan di Kaohsiung, bahagian selatan Taiwan. Kewujudan zon tersebut menggerakkan Taiwan menjadi negara maju, menetapkan paradigma untuk diikuti oleh negara lain.
20
1968 Sistem pendidikan wajib sembilan tahun dilancarkan ketika kurang daripada sembilan negara di seluruh dunia mempunyai sistem pendidikan wajib sepanjang atau melebihi tempoh ini.
1971 ROC menarik diri daripada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.
1979 Aktivis-aktivis demokrasi yang mengadakan demonstrasi di bandar raya Kaohsiung diberkas dan dipenjarakan berikutan peristiwa yang kemudiannya dikenali sebagai Insiden Kaohsiung, yang akhirnya membawa kepada penubuhan dan pembangunan Parti Progresif Demokratik (DPP) pada 1986.
1987 Undang-undang tentera, berkuat kuasa sejak 1949, yang menamatkan dan melarang pembentukan parti politik dan penerbitan berita baharu telah dibatalkan. Proses demokrasi terus bergerak dengan aktif.
Pertukaran antara rakyat dua rentas selat bermula.
1991 Peruntukan Sementara Semasa Tempoh Mobilisasi Negara Dalam Penewasan Pemberontakan Komunisdihapuskan. Dari tahun ini sehingga 2005, Perlembagaan ROC telah melalui tujuh kali pindaan.ROC menjadi ahli Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.
1992 Wakil-wakil yang diberikan kuasa oleh kerajaan dari seberang Selat Taiwan berjumpa buat kali pertama di Hong Kong, dan berjaya mencapai persefahaman selepas komunikasi dan rundingan.
21SEJARAH
1995 Program Insurans Kesihatan bermula.
1996 ROC mengadakan pilihan raya presiden yang pertama, diakhiri dengan Lee Teng-hui daripada KMT dan calon pasangannya, Lien Chan menang sebanyak 54 peratus.
2000 Chen Shui-bian dan Annette Lu Hsiu-lien daripada DPP dilantik sebagai presiden dan naib presiden, menamatkan pemerintahan parti KMT selama lebih daripada 50 tahun dan menandakan pemindahan kuasa eksekutif kerajaan ROC di Taiwan untuk kali pertama antara parti-parti politik.
2002 ROC menjadi ahli Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
2003 Yuan (Dewan) Perundangan meluluskan Akta Referendumyang membekalkan asas undang-undang kepada rakyatuntuk mengundi secara langsung tentang isu melibatkankepentingan setempat atau negara.
2004 Referendum negara yang pertama diadakan sempena pilihan raya presiden ketiga, diakhiri dengan Chen dan Lu dilantik semula selepas kemenangan majoriti kecil.
2005 Yuan (Dewan) Perundangan meluluskan suatu pakej pindaan berperlembagaan dengan mengurangkan separuh kerusi dalam dewan, iaitu daripada 225 kepada 113 kerusi dan memperkenalkan sistem “satu daerah, dua undi” untuk pilihan raya perundangan.
2008 Ma Ying-jeou dan Vincent C. Siew daripada KMT telah dilantik sebagai presiden dan naib presiden ROC, selepas menang sebanyak 58 peratus dan menandakan pemindahan kuasa eksekutif kerajaan ROC di Taiwan antara parti-parti politik untuk kali kedua.
22
2009 Taiwan menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia sebagai pemerhati, menandakan penyertaan kali pertamanya dalam aktiviti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak penarikan diri pada 1971.Presiden Ma menandatangani surat pengesahan bagi Perjanjian Antarabangsa Hak-hak Sivil dan Politik serta Perjanjian Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Budaya.
2010 ROC menandatangani Perjanjian Rangka Kerja bagi Kerjasama Ekonomi Rentas Selat dengan China untuk memulihkan hubungan ekonomi dan perdagangan merentasi Selat Taiwan.
2011 Ulang tahun ke-100 tahun ROC disambut di Taiwan.
2012 Penyandang jawatan presiden Ma Ying-jeou dan calon pasangan baharunya Wu Den-yih, wakil daripada KMT,telah memenangi pilihan raya presiden dan naib presiden sebanyak 51.6 peratus.
2013 Taiwan menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi bersama New Zealand dan perjanjian perkongsian ekonomi dengan Singapura.Taiwan menghadiri Perhimpunan Persatuan PenerbanganAwam Antarabangsa sesi ke-38 sebagai tetamu presiden majlis.
2014 Menteri Majlis Hal Ehwal Tanah Besar China, Wang Yu-chi mengadakan pertemuan rasmi dengan pengarah Pejabat Hal Ehwal Taiwan di China, Zang Zhijun di Nanjing pada bulan Februari, menandakan hubungan rasmi pertama antara ketua agensi kerajaan masing-masing yang bertanggungjawab atas hubungan rentas selat.
23SEJARAH
11,130 calon dilantik di seluruh negara bagi sembilan kategori wakil kerajaan tempatan dalam pilihan raya tempatan “sembilan dalam satu”.
2015 Presiden Ma dan pemimpin China, Xi Jinping bertemu di Singapura pada bulan November, menandakan pertemuan pemimpin peringkat atas yang pertama antara dua pihak selepas 66 tahun. Taiwan menandatangani Persetujuan Fasiltasi Perdagangan WTO dan menghantar instrumen penerimaan kepada organisasi tersebut.
2016 Pengerusi DPP, Tsai Ing-wen dan Akedemi Chen Chien-jen dipilih sebagai presiden dan naib presiden ROC.DPP menguasai majoriti dalam Parlimen untuk kali pertama setelah berjaya memenangi 68 kerusi daripada 113 kerusi.Presiden Tsai Ing-wen memohon maaf secara rasmi bagi pihak kerajaan terhadap orang asli negara tersebut atas kesengsaraan dan ketidakadilan yang dihadapi sepanjang abad.
2017 Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa Kod Sivil yang menghalang perkahwinan sama jantina telah melanggar Perlembagaan, menjadikan Taiwan negara pertama di Asia yang meluluskan perkahwinan sama jantina.Akta Pembangunan Bahasa Bumiputera digubal untuk memulihara dan mempromosikan 16 jenis bahasa ibunda suku orang asli yang diiktirafkan secara rasmi.Taiwan menjadi tuan rumah bagi Universiade Musim Panas Taiwan 2017.Formosat-5, satelit pemerhatian Bumi resolusi ultratinggipertama buatan negara sendiri, telah dilancarkan.
Bangunan Ibu Pejabat Presiden
yang ditubuhkan pada 1919 menjadi tanda tempat utama di bandar raya Taipei dan struktur sejarah bertaraf
kebangsaan. (Huang Chung-hsin) 25
Perlembagaan ROC yang diisytiharkan pada1 Januari 1947 tidak memulakan fungsinya seperti yang dirancangkan sebagai asas kepada pemerintahan demokrasi dan kedaulatan undang-undang, sehinggalah selepas 1987 apabila undang-undang tentera dibatalkan di Taiwan. Sejak itu,
SISTEMPOLITIK
Presiden dan naib presiden ROC dipilih secara langsung empat tahun sekali.
Dalam pilihan raya parlimen Taiwan, setiap pengundi membuang satu undi untuk daerahnya dan satu undi lagi untuk kerusi umum.
FAKTA PENTING:
26
Perlembagaan telah melalui tujuh kali pindaan, iaitu pada1991, 1992, 1994, 1997, 1999, 2000 dan 2005 supaya lebih relevan dengan keadaan semasa negara.
Salah satu akibat penting daripada pindaan ini adalah bahawa sejak 1991, kerajaan ROC telah mengakui bahawa kuasanya hanya boleh dijalankan ke atas kawasan yang berada di bawah kawalannya. Oleh itu, presiden ROC dan ahli dewan undangan dipilih oleh dan bertanggungjawab kepada penduduk di kawasan tersebut sahaja.
Selaras dengan pindaan perlembagaan yang diisytiharkan pada Jun 2005, bilangan kerusi Dewan Undangan Yuan (parlimen) telah dikurangkan menjadi separuh, iaitu daripada 225 kepada 113 kerusi sahaja, dan tempoh bagiahli dewan undangan telah ditambah daripada tiga tahunkepada empat tahun. Di bawah sistem pilihan raya ahli dewanundangan yang baharu, setiap daerah pilihan raya memilih hanya satu kerusi. Setiap pengundi membuang dua undi – satu untuk daerah dan satu lagi untuk kerusi umum. Kuasa untuk mengesahkan pindaan berperlembagaan kini dilaksanakan oleh rakyat ROC melalui referendum.
Peringkat KerajaanKerajaan pusat terdiri daripada jawatan presiden dan lima cabang utama, atau yuan (dewan). Kerajaan tempatan padamasa ini terdiri daripada enam perbandaran khas, 13 wilayah dan tiga perbandaran berautonomi dengan status hierarki yang sama dengan wilayah. Sejak 2014, semua ketua dan wakil kerajaan tempatan secara umumnya
27SISTEM POLITIK
dipilih secara serentak di bandar dan wilayah di seluruh Taiwan setiap empat tahun.
Perbandaran khas ialah entiti pentadbiran peringkat atasanyang termasuk di bawah bidang kuasa langsung kerajaan pusat. Status ini memberikannya akses kepada lebih banyakpendanaan dan peluang menubuhkan agensi tambahan dan mengambil lebih ramai kakitangan awam. Enam perbandaran khas tersebut, mengikut bilangan penduduk, ialah New Taipei, Kaohsiung, Taichung, Taipei, Taoyuan dan Kota Tainan.
Jawatan Presiden dan Jawatan Perdana MenteriPresiden dan naib presiden dipilih secara langsung, berkhidmat selama satu penggal bagi tempoh empat tahun dan boleh dipilih semula untuk satu penggal lagi. Presiden ialah ketua negara dan panglima tertinggi angkatan tentera, mewakili negara dalam hubungan luar negeri, dan diberi kuasa untuk melantik ketua bagi empat cabang kerajaan, termasuk perdana menteri, yang mengetuai Dewan Eksekutif (Kabinet) dan mesti melapor diri secara tetap kepada Dewan Undangan (Badan Perundangan). Ketua kementerian, suruhanjaya dan agensi di bawah Dewan Eksekutif dilantik oleh perdana menteri dan membentuk Majlis Dewan Eksekutif, yang biasanya dirujuk sebagai Kabinet. Bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran, Dewan Eksekutif sedang disusun semula untuk mengurangkan bilangan organisasi peringkat Kabinet daripada 37 kepada 29.
28
Taiwan Kebudayaan• Memperkukuhkan sistem tadbir urus kebudayaan• Meningkatkan ekonomi kebudayaan termasuk
pengeluaran filem, televisyen dan kandungan muzik• Membina infrastruktur sokongan untuk penciptaan seni• Meningkatkan pemeliharaan budaya dan sejarah• Melindungi budaya Hakka, bumiputera dan imigran baharu
Pulau Silikon Hijau• Menggalakkan tenaga boleh diperbaharui untuk
mencapai tanah nuklear bebas• Membangunkan teknologi penyimpanan tenaga dan industri hijau• Mempercepat pembinaan grid pintar• Mempelopori pemuliharaan dan pengurusan tenaga
Negara Digital Pintar• Memperbaiki infrastruktur jalur lebar digital dan mudah alih• Membina persekitaran kawal selia yang mesra• Memupuk bakat lintas sektor untuk pembangunan AI• Menyokong penyelidikan digital dan menjalankan ujian teknologi
kewangan
Masyarakat Yang Adil• Menggubal reformasi pencen dan peralihan keadilan• Mempertahankan hak buruh, meningkatkan keselamatan pekerja
dan menaikkan gaji minimum• Mempertingkatkan kesamaan jantina dan melaksanakan hak
perkahwinan sama jantina• Merangsangkan pembangunan perumahan masyarakat dan
pembaharuan bandar• Mempromosikan sistem anti-wang haram yang baharu
Tanah Air Yang Ceria• Mencegah perdagangan dadah haram dan fraud
rentas sempadan• Menambah bantuan pemeliharaan kanak-kanak dan pengekalan
bakat• Melaksanakan Pelan Jagaan Jangka Panjang 2.0 yang dilancarkan
pada 2017• Memastikan kelestarian dalam penggunaan tanah• Mempromosikan pembangunan serantau yang seimbang
PELAN PEMBANGUNAN KEBANGSAAN 2018LIMA OBJEKTIF UNTUK TAIWAN
Sumber: Majlis Pembangunan Negara
29SISTEM POLITIK
Selepas penyusunan semula yang bermula pada awal 2012, Dewan Eksekutif akan terdiri daripada 14 kementerian, lapan majlis, tiga agensi bebas dan empat organisasi lain. Di bawah Perlembagaan ROC, pelantikan perdana menteri oleh presiden dan pelantikan menteri oleh perdana menteri tidak tertakluk pada pengesahan dewan perundangan.
Pelantikan presiden dalam kalangan ahli Dewan Kawalan dan Dewan Pemeriksaan, serta hakim bagi Dewan Kehakiman,mesti disahkan oleh Dewan Perundangan. Ahli Dewan Perundangan akan melantik Ketua Dewan, atau speaker dalam kalangan mereka yang setaraf.
Parti PolitikDengan peranan utama yang telah ditetapkan kepada jawatan presiden dalam fungsi keseluruhan kerajaan ROC, istilah “parti pemerintah” merujuk kepada parti politik yangmenduduki Pejabat Presiden. Parti Kuomintang (KMT) memegang jawatan presiden di Taiwan sepanjang lebih daripada lima dekad sebelum Parti Progresif Demokratik (DPP) memenangi pilihan raya presiden pada 2000 dan 2004. KMT berjaya merebut kuasa semula pada 2008 dan 2012. Kemudian DPP memenangi pilihan raya presiden pada 2016, menandakan peralihan kuasa kali ketiga sejak pendemokrasian dilaksanakan di negara ini.
Dalam pilihan raya parlimen Januari 2016, DPP berjayamemenangi 60 peratus kerusi Parlimen (Badan Perundangan),manakala KMT hanya mendapat 31 peratus kerusi. Parti utama lain yang berada dalam Parlimen termasuk New Power Party (NPP) dan People First Party (PFP).
30
KAWASAN PENTADBIRAN TEMPATAN
Bandar Raya Taipei (ibu kota)
Wilayah Changhua
Bandar Raya Tainan
Bandar Raya Kaohsiung
Bandar Raya Taichung Wilayah Miaoli
Bandar Raya HsinchuWilayah Hsinchu
Bandar Raya New TaipeiBandar Raya Taoyuan
Wilayah Penghu
6 Perbandaran khas
3 Perbandaran berautonomi
13 Wilayah
LIMA CABANG KERAJAAN PUSAT
Dewan Eksekutif
Dewan Pemeriksaan
Dewan Kehakiman
Dewan Kawalan
Dewan Undangan
31SISTEM POLITIK
Wilayah Kinmen
Bandar Raya Keelung
Wilayah Yilan
Wilayah HualienWilayah NantouWilayah YunlinBandar Raya Chiayi Wilayah Chiayi
Wilayah Pingtung
Wilayah Taitung
Wilayah Lienchiang
Merangka dan melaksanakan dasar
Menguruskan sistem perkhidmatan awam
Mengawasi sistem mahkamah negara
Mencabar dan mencela pegawai, mengaudit agensi-agensi kerajaan
Mengkaji semula dan menggubal undang-undang, mengadakan sidang dengar tentang usul dasar, menyemak bil belanjawan dan operasi kerajaan
Presiden Tsai Ing-wen
(kiri) dan Raja Mswati III bertemu di
Istana Diraja Lozitha pada 17 April 2018 di Kingdom of
Eswatini. Sepanjang empat hari beliau melawat ke negara tersebut
sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara Afrika, hari keputeraan Raja ke-
50 dan ulang tahun perjanjian bilateral ke-50. (Dengan ihsan Pejabat Presiden) 33
ROC merupakan sebuah negara berdaulat dan bebas yang mempunyai pertahanan negara sendiri dan mengendalikan hal ehwalluarnya sendiri. Seperti yang ditetapkan
HAL EHWAL LUAR NEGERI
FAKTA PENTING:Lebih daripada 160 negara dan wilayah memberikan kemudahan tanpa visa, visa pendaratan atau e-visa kepada pemegang pasport Republik China (Taiwan).
Taiwan merupakan satu-satunya negara yang termasuk dalam Program Penepian Visa AS tetapi tidak mempunyai hubungan diplomatik secara rasmi dengan Amerika Syarikat.
34
dalam Perlembagaan ROC, negara ini mempunyai matlamat untuk “memupuk semangat kejiranan yang baik dengan negara lain, menghormati perjanjian dan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu ... menggalakkan kerjasama antarabangsa, melindungi keadilan antarabangsa dan memastikan keamanan dunia.” Matlamat utama dasar luar negeri bagi negara ini adalah untuk memastikan wujudnya persekitaran yang memberangsangkan demi usaha pemuliharaan dan pembangunan jangka panjang negara.
Kerajaan komited terhadap pendekatan diplomasi yang mantap, yang bertujuan untuk meningkatkan bantuan bersama demi faedah bersama. Dasar ini juga ditakrifkan sebagai bermatlamat kukuh dan bertujuan untuk membina hubungan yang teguh dengan sekutu diplomatik dan negara-negara yang berkongsi nilai kebebasan serta demokrasi bersama. Di bawah pendekatan ini, tumpuan kerja diplomatik negara beralih dari penyediaan bantuan sehala kepada dialog dua hala, dengan projek kerjasama dua hala yang mengambil kira pembangunan industridan pasaran kedua-dua pihak.
Di bawah Dasar Baharu Pandang Ke Selatan oleh PresidenTsai Ing-wen, Taiwan juga berusaha memperluas pertukarandengan 10 ahli negara dalam ASEAN, enam negara AsiaSelatan, Australia dan New Zealand mengenai kerjasama ekonomi dan perdagangan, penanaman bakat, perkongsiansumber dan wilayah pautan. Matlamat jangka panjang mereka adalah untuk mewujudkan suatu jenis kerjasama baharu berdasarkan faedah bersama.
35HAL EHWAL LUAR NEGERI
ROC kini mempunyai hubungan diplomatik dengan 17 negaradan hubungan rapat dengan banyak negara lain. Dari 7hingga 15 Januari 2017, Presiden Tsai telah melawat ke 4sekutu diplomatik ROC di Pertengahan Amerika: El Salvador,Guatemala, Honduras dan Nicaragua. Dalam lawatan tersebut, beliau dijemput untuk menghadiri majlis perasmianPresiden Nicaraguan Daniel Ortega, dan juga mengadakan pertemuan dan dialog dua hala dengan kesemua pemimpinnegara disebut di atas. Dari 28 Oktober hingga 4 November2017, Presiden Tsai melawat tiga sekutu diplomatik di Pasifik: Kepulauan Marshall, Kepulauan Solomon dan Tuvalu. Semasa lawatan ini, beliau menubuhkan perjanjian untuk pertukaran lebih banyak dengan negara-negara ini dan melawat beberapa projek kerjasama yang disokong oleh Taiwan yang merangkumi isu perubahan iklim, pencegahan penyakit dan tenaga boleh diperbaharui.
POLISI BAHARU PANDANG KE SELATAN
Kerjasama ekonomi dan perdagangan
Pemupukan bakat Perkongsian sumber
Perhubungan antara wilayah
36
Penyertaan Tahap AntarabangsaTaiwan menjadi ahli tetap dalam 37 organisasi antara kerajaan (IGO) dan badan subsidiarinya, termasuk Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Bank PembangunanAsia (ADB) dan Bank Ekonomi dan Integrasi Sentral Amerika (CABEI). Taiwan juga memiliki status pemerhati atau status lain dalam 21 IGOs dan badan subdidiarinya, termasuk Bank Pembangunan antara Amerika (IADB), Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD) serta jawatankuasa dalam Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Taiwan akan menegakkan kedaulatan negara, maruahdan mempertingkat kebajian rakyat, terlibat dalam komunitiantarabangsa secara pragmatik dan menyumbang sebarang kemungkinan dan menyokong penyertaan Taiwan dalam agensi tertentu dan mekanisme Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang berkuasa dalam kebajikan masyarakat atau pembangunan negara seperti WHO, ICAO, dan Persidangan Rangka Kerja PBB Tentang Perubahan Iklim. Jepun, A.S., negara-negara Eropah dan negara-negara lain telah menyuarakan sokongan untuk penyertaan Taiwan dalam U.N. agensi dan mekanisme khusus seperti ICAO dan UNFCCC.
Setakat 21 Februari 2018, 167 negara dan wilayah telah memberikan kemudahan tanpa visa, visa pendaratan atau e-visa kepada pemegang pasport ROC (Taiwan). Taiwan juga telah menandatangani perjanjian bercuti sambil bekerja dengan 15 negara.
37HAL EHWAL LUAR NEGERI
Hubungan KuatYang ketaranya, antara 38 negara yang dimasukkan dalamProgram Penepian Visa AS, Taiwan merupakan satu-satunyanegara yang tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Sebaliknya, ini menunjukkan hubungan rapat antara kedua-dua pihak. Akta Hubungan Taiwan yang diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat pada1979 terus membekalkan asas yang kukuh bagi kerjasama Taiwan-A.S. tanpa wujudnya hubungan diplomatik rasmi.Dalam Strategi Keselamatan Nasional baharu yang dilancarkan oleh Presiden A.S., Donald J. Trump pada 18 Disember 2017, A.S. mengesahkan komitmennya untuk membekalkan senjata pertahanan kepada Taiwan di bawah TRA.
ROC dan Holy See menjalin hubungan diplomatik jangka panjang dan mantap, dan juga komitmen bersama merujukkepada kebebasan beragama dan bantuan kemanusiaan. Sejajar dengan nilai universal seperti keamanan, kebebasan,demokrasi dan berkenaan dengan hak kemanusiaan, Taiwan akan terus menjadi rakan kongsi kepada Holy See dan negara lain demi menyebarkan kasih sayang, kebajikan dan keamanan dunia.
Demikian juga dengan perkongsian nilai umum seperti demokrasi, kebebasan dan perundangan, Taiwan dan Kesatuan Eropah (EU) termasuk negara-negara lain diEropah telah memperluas kerjasama yang kukuh dalambeberapa bidang seperti ekonomi, teknologi, silang budaya dan sebagainya. Contohnya, perikatan ekonomi dan perdagangan antara Taiwan dan negara-negara Eropah
38
adalah stabil dan erat. EU merupakan rakan dagang Taiwan yang kelima terbesar dan sumber pelaburan asing terbesar, dengan jumlah pelaburan terkumpul mencapai AS$61.52 bilion sehingga 2017.
Pada 10 April 2013, Taiwan menandatangani perjanjian perikanan dengan Jepun selepas 17 kali rundingan sejak 1996, dan meluaskan kawasan menangkap ikan bagi kapal nelayan Taiwan dalam perairan yang mengelilingi Pulau Diaoyutai di Laut China Timur. Hubungan kukuh antara duapihak ditegaskan oleh penamaan semula pejabat perwakilanJepun di Taiwan dari Persatuan Pertukaran, Jepun ke Persatuan Pertukaran Jepun-Taiwan pada Januari 2017, serta dari Persatuan Perhubungan Asia Timur ke Persatuan Hubungan Taiwan-Jepun pada Mei 2017.
Taiwan dan Jepun mengadakan mesyuarat tahunan kedua mengenai hal ehwal maritim di bandar raya Taipei pada 20 Disember 2017. Dirasmikan mengikut mekanisme dialog kerjasama marin yang ditubuhkan pada tahun 2016, forum tersebut menerokai peluang kerjasama dalam pelbagai bidang seperti perikanan dan penyelidikan saintifik, dan disimpulkan dengan menandatangani memorandum persefahaman mengenai operasi pencarian dan penyelamatan.
Pada bulan November 2015, Taiwan dan Filipina menandatangani Perjanjian Mengenai Fasilitasi Kerjasama Penguatkuasaan Undang-Undang dalam Perikanan untuk melindungi keselamatan nelayan kedua-dua pihak.
39HAL EHWAL LUAR NEGERI
Pada 19 Julai 2016, Presiden Tsai mengeluarkan empat prinsip dan lima tindakan berkaitan isu Laut China Selatan. Empat prinsip adalah: pertama, pertikaian di Laut China Selatan harus diselesaikan dengan aman mengikut undang-undang antarabangsa dan undang-undang laut, termasuk U.N. Konvensi mengenai Hukum Laut. Kedua, Taiwan harus dimasukkan dalam mekanisme pelbagai hala yang bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian. Ketiga, negara-negara yang bersangkutan memiliki kewajiban untuk melindungi kebebasan navigasi dan overflight dirantau ini. Terakhir, pertikaian perlu diselesaikan dengan mengenepikan perbezaan dan mempromosikan pembangunan bersama. Melalui rundingan yang dijalankanberasaskan kesaksamaan, Taiwan bersedia untuk bekerjasama dengan semua negara yang terlibat untuk memajukan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan,dan bersama-sama memelihara dan membangun sumber daya di rantau ini. Lima tindakan termasuk melindungi hakmemancing negara, mengambil bahagian dalam konsultasipelbagai hala, menggalakkan kerjasama saintifik, memperkuat tindak balas kemanusiaan dan mengasuh pakar dalam undang-undang laut.
Kerajaan sedang berusaha untuk mengubah Pulau Taipingdi Kepulauan Nansha (Spratly) menjadi pangkalan bantuandan bekalan kemanusiaan di Laut China Selatan. Sejakmemikul tanggungjawab pada tahun 2000 untuk mengekalkan kehadiran kerajaan di Pulau Taiping serta Kepulauan Dongsha (Pratas), Pentadbiran Pengawal Pantai telah menjalankan 75 bantuan bencana dan misi bantuan kemanusiaan serta membantu 105 individu dari dalam
40
Seorang doktor dari Hospital Kristian Changhua di pertenghan Taiwan sedang merawat pesakit
semasa misi perubatan ke Nepal. (Dengan ihsan CCH)
dan luar negara. CGA komited dalam memperdalam kerjasama dengan rakan-rakannya dari negara-negara jiran sejajar dengan dasar kerajaan untuk bekerja dengan semua pihak yang berkaitan untuk memajukan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.
Dengan keluasan 0.51 kilometer persegi, Pulau Taiping dapat mengekalkan kediaman manusia dan kehidupan ekonomi sendiri. Ia juga memenuhi kriteria pulau seperti yang ditakrifkan dalam Perkara 121 Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut, yang memberikan hak
41HAL EHWAL LUAR NEGERI
penuh ROC yang berkaitan dengan perairan wilayah, zonbersebelahan, zon ekonomi eksklusif 200 mil laut dan benua rak di bawah UNCLOS.
Kerjasama Menang-MenangSebagai model warganegara dalam masyarakat global, Taiwan akan terus mempromosikan bantuan kemanusiaan dan kawalan penyakit di samping mengambil bahagian secara aktif dalam usaha antarabangsa untuk menangani perubahan iklim, keganasan dan jenayah transnasional. Pada masa hadapan, Taiwan akan membina perkongsian yang berkekalan dengan negara-negara bersekutu dan suka berfikiran dengan memupuk interaksi kerajaan, pelaburan perniagaan dan pertukaran orang-orang, dan bekerjasama dengan para sahabatnya di seluruh dunia untuk menegakkan dan mempromosikan nilai sejagat kedamaian, kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.
Perubahan dalam masyarakat, liberalisasi ekonomi dan transformasi demokratik di Taiwan telah mewujudkan persekitaran subur untuk sektor swasta, dan organisasi bukan kerajaan (NGO) telah mula berkembang. Masyarakat sivil hari ini memainkan peranan utama dalam memastikan tadbir urus yang baik dan membolehkan Taiwan untuk melaksanakan kuasa lembut di arena antarabangsa. Badan-badan Bukan Kerajaan telah meningkatkan profil Taiwan dengan melibatkan diri dalam pelbagai projek kerjasama antarabangsa yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Yayasan Pertukaran Selat yang berpusat
di bandar raya Taipei memudahkan komunikasi
dan rundingan rentas selat. (Chin Hung-hao) 43
HUBUNGAN RENTAS SELAT
Sejak kerajaan ditempatkan semula di
Taiwan pada 1949, ia telah menjalankan
kuasanya ke atas Taiwan, Kepulauan Penghu,
Kepulauan Kinmen, Kepulauan Matsu dan
beberapa buah pulau yang lebih kecil,
Pada Disember 1987, Taiwan menarik balik larangan berkunjung ke China bagi mereka yang mempunyai saudara rapat di sana.
Pelepasan sekatan penuh terhadap pelancong Taiwan untuk mengunjungi China berkuatkuasa pada Disember 2008 selepas adanya penerbangan terus.
FAKTA PENTING:
44
manakala China berada di bawah kawalan pihak berkuasa
di Beijing. Bermula dengan perkembangan pesat proses
demokrasi di Taiwan pada akhir 1980-an, banyak sekatan
berkaitan dengan pertukaran sivil dengan China telah ditarik
balik. Kini, Taiwan merupakan salah satu pelabur terbesar
di China. Pada tahun 2017, jumlah nilai perdagangan dua
hala rentas selat adalah sebanyak AS$139 bilion. Pada
tahun yang sama, pelancong dari China yang berkunjung
ke Taiwan adalah seramai 2.7 juta, berbanding dengan
329,204 pada tahun 2008.
PERDAGANGAN RENTAS SELAT
Eksport Import Jumlah
AS$ 139 billion
AS$ 4.54 billion
AS$ 91.15 billion
2001
1999
1997
2005
2007
2009
2003
2011
2013
2017
2015
Sumber: Pentadbiran Kastam, Kementerian Kewangan
HUBUNGAN RENTAS SELAT 45
Pada Jun 2008, rundingan berinstitusi antara Yayasan
Pertukaran Selat separa rasmi dari Taiwan dan Persatuan
Hubungan Rentas Selat Taiwan dari China diadakan
semula selepas terhenti selama 10 tahun. Sehingga Ogos
2015, 11 rundingan telah diadakan secara bergilir-gilir di
dua belah selat sebelum terhasilnya 23 perjanjian rasmi
dan dua kesepakatan. Antara persetujuan terpenting
termasuk Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi
Rentas Selat (ECFA) yang ditandatangani pada Jun 2010,
bertujuan untuk memulihkan hubungan perdagangan dan
ekonomi antara Taiwan dengan China.
Kedamaian dan KestabilanDemi menggalakkan reformasi domestik secara menyeluruh,
Taiwan memerlukan persekitaran luaran yang aman dan
stabil, terutamanya tentang hubungan dengan China. Sejak
Presiden Tsai Ing-wen memegang jawatan pada 20 Mei 2016,
beliau telah berusaha membina hubungan rentas selat yang
konsisten, boleh ramal dan kukuh berlandaskan asas realiti
dan politik yang sedia ada.
Pendirian kerajaan teguh dalam usaha mempertahankan
status quo rentas selat. Ini adalah janji Taiwan kepada
rantau ini dan seluruh dunia. Keamanan, kemakmuran dan
pembangunan di Asia adalah tanggungjawab bersama
setiap negara dalam rantau ini. Oleh itu, isu rentas selat
dihubungkan dengan keamanan serantau. Taiwan
akan menunaikan tanggungjawabnya untuk menjaga
46
keselamatan serantau dengan terus memperluas muhibah
dan mengekalkan hubungan rentas selat yang stabil,
konsisten dan boleh ramal.
Pada 1992, dua institusi yang mewakili setiap belah selat,
iaitu Yayasan Pertukaran Selat dari Taiwan dan Persatuan
Hubungan Rentas Selat Taiwan dari China telah mencapai
beberapa perakuan dan persefahaman bersama. Ini
merupakan hasil semangat persefahaman bersama dan
sikap politik untuk mencari kesamaan dan mengetepikan
perbezaan. Kerajaan menghormati fakta sejarah ini.
Sejak 1992; interaksi dan perundingan merentasi selat
sepanjang 20 tahun telah membolehkan dan menunjukkan
hasil bahawa kedua-dua pihak mesti menghargai dan
mengekalkan secara keseluruhannya. Berdasarkan hakikat
dan asas politik ini, perkembangan yang mantap dan
aman antara hubungan rentas selat seharusnya terus
digalakkan.
Pendekatan KonsistenKerajaan akan terus menggalakkan hubungan rentas
selat berdasarkan fakta sejarah selepas perundingan
pada tahun 1992, Perlembagaan ROC, Akta Mengawal
Hubungan Antara Rakyat di Taiwan dan Tanah Besar serta
hasrat rakyat Taiwan.
Tambahan pula, kerajaan menyeru pihak berkuasa di China
untuk menerima hakikat tentang kewujudan ROC dan
rakyat Taiwan mempunyai kepercayaan kukuh terhadap
sistem demokrasi. Kedua-dua pihak harus berbincang
secara aman secepat mungkin. Sebarang isu boleh
dimasukkan dalam perbincangan, asalkan perbincangan
tersebut adalah kondusif kepada perkembangan
keamanan rentas selat dan kebajikan rakyat. Kebijaksanaan
dan sifat bertolak ansur di samping sikap tenang mampu
menghasilkan kemenangan bagi kedua-dua pihak pada
masa yang akan datang.
HUBUNGAN RENTAS SELAT 47
PELAWAT DARI CHINA KE TAIWAN
201720162007
Sumber: Agensi Imigresen, Kementerian Dalam Negeri
0
Unit: Juta
Pelancong
2,695,721 kunjungan
4
3
2
1
Pengembara Korporat dan lain-lain
Firma semua bentuk dan saiz menyumbang kepada
kejayaan global industri pembuatan di Taiwan.
(Chuang Kung-ju) 49
Taiwan mempunyai kedudukan penting dalam ekonomi global. Taiwan mahir dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia selain menjadi pembekal barangan utama merentasi spektrum industri.
EKONOMI
Taiwan menjadi pengeksport ke-16 terbesar di dunia dalam barang dagangan pada 2017.
Di bawah Polisi Baharu Pandang Ke Selatan, Taiwan mendalamkan hubungan dengan 10 ahli negara dalam Persatuan Bangsa-bangsa Asia Tenggara, enam negara Asia Selatan, Australia dan New Zealand.
FAKTA PENTING:
50
PPP per kapita (oleh IMF)
AS$49,827
tempat ke-21di dunia
MAKLUMAT PENTING GDP 2017
KDNK62.9%
35.4% 1.7%
Perkhidmatan
Industri
Pertanian
Menurut Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Taiwan ialah pengeksport ke-16 terbesar dan pengimport ke-18terbesar barang dagangan pada 2017. Ia juga salah satupemegang terbesar rizab pertukaran asing setakat Disember2017. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Taiwan mencapai AS$24,337 pada 2017. Dari segi KDNK nominal pula, Taiwan mempunyai kedudukan yang hampir dengan Argentina dan Sweden, manakala KDNK per kapitaTaiwan yang diungkapkan sebagai pariti kuasa beli, didapatisama dengan KDNK per kapita Austria dan Denmark.
Pertumbuhan PerdaganganSelepas berjaya melepasi krisis kewangan global pada 2009, ekonomi berorentasi eksport di Taiwan menghadapi satu
Per kapita (nominal)
AS$24,337
tempat ke-35 di dunia
Nominal
AS$573 billion
tempat ke-22 di dunia
51EKONOMI
Pertanian
lagi ancaman pada tahun 2015, terutamanya disebabkan permintaan sedunia yang lemah terhadap produk elektrik dan juga harga minyak mentah yang merosot. Ekonomi Taiwan hanya berkembang sebanyak 0.81 peratus dan jumlah perdagangan keseluruhannya menurun sebanyak 13.2 peratus pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, situasi ini telah beransur pulih sejak 2016 dan statistik telah menunjukkan bahawa pada tahun 2017, eksport dan import keseluruhan Taiwan bertambah sebanyak 13.2 peratus dan 12.5 peratus masing-masing, manakala ekonominya berkembang sebanyak 2.86 peratus, lebih tinggi berbanding tahun 2016.
Kajian tahunan terhadap ekonomi dunia, termasuk yang dijalankan oleh Forum Ekonomi Dunia, Perisikan Risiko Persekitaran Perniagaan dan Unit Perisikan Ahli Ekonomi, telah meletakkan Taiwan antara negara teratas di dunia tahun demi tahun dari segi pertumbuhan dan pembangunan teknologi jangka panjang. Keputusan yang diumumkan pada 2017 turut tidak dikecualikan (lihat jadual “Kedudukan Kajian Global” muka surat 54-55).
Pada Julai 2013, untuk kali pertama Taiwan telah menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi dengan New Zealand, salah satu ahli Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi. Pada November tahun tersebut, pakatan ekonomi yang sama turut ditandatangani bersama Singapura, menjadi persetujuan pertama seumpamanya antara Taiwan dengan rakan perdagangan di Asia Tenggara. Kedua-dua perjanjian melampaui keperluan Pertubuhan Perdagangan Sedunia.
52
Sumber: Direktorat Jeneral Belanjawan, Perakaunan dan Statistik
KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI
20172013 2014 2015 2016
2.86%2.23%
3.92%
0.81%
1.5%
Taiwan juga telah menyiapkan penyelidikan dengan Indonesia dan India tentang kebolehlaksanaan perjanjian kerjasama ekonomi (ECA), dengan keputusannya diisytiharkan di Jakarta pada Disember 2012 dan di New Delhi pada September 2013. Perkembangan seperti ANZTEC, ASTEP dan ECA dijangka dapat memudahkan penyertaan negara ini dalam blok integrasi ekonomi serantau seperti Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Pendekatan PembangunanSejak Mei 2016, Taiwan telah mengguna pakai Model Baharu untuk Pembangunan Ekonomi yang bertujuan merangsang pertumbuhan negara dengan menggalakkan inovasi, meningkatkan peluang pekerjaan dan memastikan pengagihan manfaat ekonomi yang saksama. Di bawah model ini, Taiwan berusaha mengukuhkan hubungan
53EKONOMI
PENGESAN POLISI BAHARUPADANG KE SELATAN
15.61% 54.51%
Perlaburan dalam18 negara NSP
Perdagangan bersama 18 negara NSP
2017
2016
global dan serantaunya melalui inisiatif seperti Dasar Baharu Pandang Ke Selatan, yang bertujuan mempelbagaikan pasaran antarabangsa negara dengan meluaskan rangkaian dengan ahli ASEAN dan Asia Selatan, Australia serta New Zealand. Taiwan akan terus memantau perkembangan integrasi ekonomi serantau dan mencari peluang yang mungkin untuk penyertaan.
Demi meningkatkan daya saing global negara, Model Baharu bagi Pembangunan Ekonomi mengutamakan penggalakan program lima-tambah-dua industri inovatif utama. Ini merupakan lima sektor yang berkembang maju, antaranya bioteknologi dan farmaseutikal, teknologi hijau, pertahanan negara, jentera pintar dan yang berkaitan dengan Internet, dan juga dua konsep
54
KEDUDUKAN KAJIAN GLOBAL
Tajuk Kajian (Tarikh Penerbitan) Kedudukan Jumlah NegaraYang Terlibat Institut Yang Menjalakan Kajian
Papan Mata Daya Saing Sedunia (Mei 2018) 17 63 Institut Antarabangsa Pembangunan Pengurusan
Iklim pelaburan (Ogos 2018) 3 50 Perisikan Risiko Persekitaran Perniagaan
Indeks Kesediaan Berangkaian 2016(Julai 2016) 19 139 Forum Ekonomi Sedunia
Indeks Kebebasan Ekonomi (Februari 2018) 13 186 Heritage Foundation & The Wall Street Journal
Indeks Kemakmuran Legatum(November 2015) 21 142 Institut Legatum
Kemudahan Menjalankan Perniagaan(Oktober 2017) 15 190 Bank Dunia
Indeks Daya Saing Global 2017-2018(September 2017) 15 137 Forum Ekonomi Sedunia
utama: perkeliling ekonomi dan paradigma baharu untuk perkembangan pertanian. Ini juga merupakan pusat kepada pembangunan Lembah Silikon Asia di bandar raya Taoyuan, bahagian utara Taiwan.
Demi mencapai keperluan infrastruktur negara dalam tempoh 30 tahun yang akan datang, pihak kerajaan juga menggalakkan Program Pembangunan Insfrastruktur Forward-looking. Program ini melingkungi lapan elemen utama: perkembangan kereta api, infrastruktur digital, alam sekitar aquatik, keselamatan makanan, sumber hijau, pembangunan bandar-desa, meningkatkan kadar kelahiran dan kemudahan penjagaan kanak-kanak dan memupuk bakat dan peluang pekerjaan.
55EKONOMI
KEDUDUKAN KAJIAN GLOBAL
Tajuk Kajian (Tarikh Penerbitan) Kedudukan Jumlah NegaraYang Terlibat Institut Yang Menjalakan Kajian
Papan Mata Daya Saing Sedunia (Mei 2018) 17 63 Institut Antarabangsa Pembangunan Pengurusan
Iklim pelaburan (Ogos 2018) 3 50 Perisikan Risiko Persekitaran Perniagaan
Indeks Kesediaan Berangkaian 2016(Julai 2016) 19 139 Forum Ekonomi Sedunia
Indeks Kebebasan Ekonomi (Februari 2018) 13 186 Heritage Foundation & The Wall Street Journal
Indeks Kemakmuran Legatum(November 2015) 21 142 Institut Legatum
Kemudahan Menjalankan Perniagaan(Oktober 2017) 15 190 Bank Dunia
Indeks Daya Saing Global 2017-2018(September 2017) 15 137 Forum Ekonomi Sedunia
Melalui pendekatan ini, kerajaan menyasarkan untuk menaikkan kadar upah dan menggalakkan pembangunan wilayah. Sambil berusaha mewujudkan industri yang inovatif, kerajaan turut komited untuk melindungi alam sekitar. Berlandaskan hasrat ini, model ekonomi baharu berusaha untuk menyepadukan sepenuhnya penstrukturan semula industri, perancangan penggunaan tanah negara dan strategi pertumbuhan wilayah untuk menggalakkan pembangunan yang mampan di samping menggalakkan penggunaan sumber tenaga hijau.
56
Jumlah perdagangan: AS$576.9 billion
Imbangan perdagangan: AS$57.9 billion berlebihan
Amerika Syarikat 11.7%
Jepun 16.2%ASEAN 12%
Kesatuan Eropah 10%
China (termasuk Hong Kong) 19.9%
Lain-lain
Destinasi eksport utama:
PROFIL PERDAGANGAN DAN PELABURAN (2017)
Eksport: AS$317.4 billion
Import: AS$259.5 billion
ASEAN 18.5%China (termasuk Hong Kong) 41%
Lain-lain
Amerika Syarikat 11.6%Kesatuan Eropah 8.6%
Sumber import utama:
Jepun 6.6%
57EKONOMI
Pelaburan dalaman berdaftar: AS$7.7 billion
Lima destinasi utama
AS$915 million
AS$836 million
AS$5.9 billionWilayah British di Caribbean
AS$8.74 billionChina
AS$683 million
Samoa
Vietnam
Amerika Syarikat
Singapura
Lima sumber utama
Jepun
Belanda AS$1.89 billion
Wilayah British di Caribbean AS$1.71 billion
U.K.
AS$387 million
AS$640 million
AS$1.13 billion
Pelaburan luaran berdaftar: AS$20.31 billion
(Setakat Disember 2017)
Rizab pertukaran asing: AS$451.5 billion
PROFIL PERDAGANGAN DAN PELABURAN (2017)
Formosat-5 yang dilancarkan
ke orbit pada 25 Ogos 2017 merupakan satelit
pemerhati Bumi peleraian ultra tinggi yang dikendalikan oleh Pertubuhan Angkasa Negara.
(Dengan ihsan NSO) 59
Pada April 2014, Majlis Sains Negara,
sebuah agensi kerajaan yang
berdedikasi untuk meningkatkan tahap
perkembangan sains dan teknologi,
menyokong penyelidikan akademik
SAINSDANTEKNOLOGI
Taiwan adalah salah satu pengeluar utama bagi produk teknologi maklumat dan komunikasi di seluruh dunia.
Forum Ekonomi Dunia meletakkan Taiwan di tempat ke-15 daripada 137 ekonomi dalam Laporan Daya Saing Global yang diumumkan pada September 2017.
FAKTA PENTING:
60
dan mempromosikan tiga buah taman sains dalam
negara, telah dirombak serta dinamakan semula sebagai
Kementerian Sains dan Teknologi (MOST). Di samping
meneruskan usaha dan program inovatif Majlis Sains
Negara, dengan adanya struktur organisasi baharu MOST
menekankan penyelidikan akademik pada keperluan
industri memandangkan Taiwan bergantung pada inovasi
sains dan teknologi sebagai pemacu utama terhadap
pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara.
Kejayaan perusahaan teknologi tinggi di Taiwan sebahagian
besarnya berpunca daripada dana besar oleh kerajaan untuk
pembangunan sains gunaan. Dengan sokongan kerajaan,
PUSING GANTI FIRMA DALAM TIGA TAMAN SAINS UTAMA DI TAIWAN (2017)
Sumber: Kementerian Sains dan Teknologi
Taman Sains Pertengahan Taiwan AS$18.7 billion
Taman Sains Selatan Taiwan AS$29.2 billion
Taman Sains Hsinchu AS$33.9 billion
35.7 %
22.9 %
41.4 %
SAINS DAN TEKNOLOGI 61
PENGELUARAN NILAI & PENGEDARAN GLOBAL PRODUK & PERKHIDMATAN BUATAN TAIWAN (2016)
Pertama dalam dunia
KategoriNilai
Pengeluaran KuantitiSyer
Global
(AS$ million) (%)
Fabrikasi litar bersepadu custom 34,153 67.85
Ujian & pembungkusan litar bersepadu 12,548 48.5
Kain gentian kaca 720 millionmeter 31.6
Chlorella 863 tan 48.45
Kain fungsian 4,206 25.76
Basikal mewah 2,748,900 33.36
Peranti navigasi peribadi 1,026 51.7
Kedua dalam dunia
Substrat IC 2,390 24.2
Kerajang kuprum tembaga 1,030 22.9
Rekaan IC 19,613 18.78
Sel solar berasaskan silikon 9,664 MW 15.6
Peranti penolong (skuter elektrik dan kerusi roda)
162,000 unit 23
Papan litar bercetak 7,454 12.8
Sumber: Projek Perkhidmatan Perisikan Industri & Teknologi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
62
KEDUDUKAN KAJIAN GLOBAL
Topik Kajian (Tarikh Penerbitan) Kedudukan (kategori) Jumlah Negara Yang Terlibat Institut Yang Menjalankan Kajian
Laporan Daya Saing Global2017-2018 (September 2017)
25 (kesediaan teknologi) 11 (inovasi) 137 Forum Ekonomi Dunia
Daya Saing Dunia 2018(Mei 2018)
18 (infrastruktur teknologi) 63 Buku Tahunan Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa
Institut Penyelidikan Teknologi Perindustrian, Makmal
Penyelidikan Gunaan Negara dan Institut Industri Maklumat,
kesemuanya memainkan peranan penting dalam
memulihkan kebangkitan negara sebagai penjana teknologi
dengan menjalankan penyelidikan, membantu sektor swasta
dalam penyelidikan dan pembangunan serta menerokai
teknologi baharu.
Sokongan InovasiITRI telah memainkan peranan penting dalam penubuhan
beberapa syarikat yang meraih kedudukan penting dalam
pasaran global, termasuklah Taiwan Semiconductor
Manufacturing Co. dan United Microelectronics Corp.
yang merupakan syarikat membuat cip litar bersepadu
langganan yang terkemuka di dunia. Kehandalan inovatif
institut ini dapat dilihat melalui pencapaiannya dalam
tempoh 10 tahun yang lepas dengan memenangi 36
Anugerah 100 R&D, iaitu penghormatan berprestij yang
diberikan oleh Majalah R&D yang beribu pejabat di
Amerika Syarikat.
SAINS DAN TEKNOLOGI 63
III berusaha untuk merangsang daya saing global Taiwan
dengan membekalkan platform untuk transformasi
digital. Institut tersebut menjalankan penyelidikan dan
pembangunan terhadap produk teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) inovatif serta aplikasi. Ia juga memainkan
peranan penting dalam memajukan pembangunan ICT
di dalam sektor awam dan swasta dengan berkhidmat
sebagai badan pemikir yang berkaitan dengan
penggubalan dasar dan mempromosikan pemupukan
bakat. Terdapat lebih daripada 480,000 orang pakar yang
telah menjalani latihan III sepanjang 3 dekad yang lalu.
Setelah bertahun-bertahun sektor awam dan sektor swasta
menumpukan usaha pada pembangunan kepakaran
teknologi, taman sains Taiwan kini merupakan tapak bagi
syarikat yang terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam
bidang seperti ICT, nanoteknologi, bioteknologi, jentera jitu.
Topik Kajian (Tarikh Penerbitan) Kedudukan (kategori) Jumlah Negara Yang Terlibat Institut Yang Menjalankan Kajian
Laporan Daya Saing Global2017-2018 (September 2017)
25 (kesediaan teknologi) 11 (inovasi) 137 Forum Ekonomi Dunia
Daya Saing Dunia 2018(Mei 2018)
18 (infrastruktur teknologi) 63 Buku Tahunan Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa
64
Industri Bioteknologi dan Farmaseutikal• Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan
pembangunan firma di Taman Perisian Nangang Taipei, Taman Sains Bioperubatan Hsinchu, Taman Sains Pertengahan Taiwan dan Taman Sains Selatan Taiwan, semuanya disambungkan melalui sistem keretapi berkelajuan tinggi
• Menggunakan kefahaman struktur genetik di Taiwan, gaya hidup dan persekitaran hidup di Asia Timur untuk meningkatkan kedudukan negara dalam rantaian nilai bioperubatan dunia
• Meningkatkan usaha kerjasama dengan tiga pusat bioperubatan A.S. iaitu Boston, San Diego dan Kawasan Teluk San Francisco, serta negara-negara Eropah seperti Belgium, Belanda, Sweden dan Switzerland
Industri Jentera Pintar• Meningkatkan pembangunan alat mesin dan industri
jentera pintar di dalam dan di sekitar bandar raya Taichung dengan menyediakan bantuan dalam bidang seperti pengambilan bakat, penyelidikan dan pembangunan, pengambilan tanah dan pemasaran
• Meningkatkan inovasi supaya sektor-sektor penerbangan, kapal selam, ubat ketepatan dan Internet Untuk Segala mendapat manfaat daripada kemajuan teknologi jentera pintar
Industri Tenaga Hijau• Membina taman teknologi tenaga lestari di kawasan Shalun di bandar
raya Tainan
• Memudahkan penjimatan tenaga melalui penyelarasan antara pembekal peralatan, perniagaan ICT dan pembekal perkhidmatan tenaga
PROGRAM INOVASI LIMA-TAMBAH-DUA OLEH PRESIDEN TSAI ING-WEN
• Menggalakkan penjanaan elektrik menggunakan pelbagai sumber boleh diperbaharui, termasuk solar, angin, geoterma, biobahan api, gelombang dan pasang surut
• Memupuk penyimpanan tenaga yang cekap melalui promosi bateri litium, sel bahan api dan penggunaan kuasa hidrogen oleh syarikat-syarikat tempatan
• Membantu memupuk penciptaan perniagaan tempatan yang mengkhususkan diri dalam integrasi sistem tenaga hijau
(Ilustrasi oleh Cho Yi-ju dan Lin Hsin-chieh)
SAINS DAN TEKNOLOGI 65
Industri Pertahanan Negara• Memberi sokongan kepada kluster industri keselamatan
maklumat di Taipei (utara Taiwan), industri penerbangan di Taichung (pertengahan Taiwan) dan industri pembinaan kapal di Kaohsiung (selatan Taiwan)
• Melakukan pembelian berkaitan pertahanan yang mempunyai manfaat sosial dan ekonomi dalam bidang seperti peluang pekerjaan, inovasi teknologi dan pembangunan perniagaan tempatan
• Menggalakkan teknologi berkaitan pertahanan dengan aplikasi dalam sektor tentera dan sektor awam
Lembah Silikon Asia• Membangunkan bandar raya Taoyuan sebagai pusat
teknologi pintar untuk proses penyelidikan dan pembangunan
• Meningkatkan pertumbuhan firma yang terlibat dalam penghasilan teknologi Internet Untuk Segala
• Meningkatkan hubungan antara perniagaan dan syarikat tempatan di Lembah Silikon California dengan tumpuan kepada teknologi, modal dan bakat
• Membina pusat pertukaran bakat inovasi dan penyelidikan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan yang akan mengekalkan hubungan rapat dengan kemudahan yang sama di Lembah Silikon
Pertanian Baharu • Melindungi petani, memupuk pembangunan pertanian
dan memastikan kemampanan alam sekitar
• Melindungi keselamatan dan kualiti produk serta membina sistem pensijilan label yang boleh dipercayai selaras dengan piawaian antarabangsa
• Menjadikan industri menguntungkan dan mampan, mempelbagaikan saluran jualan dalam dan luar negeri serta meningkatkan nilai tambah industri pertanian
Ekonomi Pusingan• Membolehkan peredaran dan reutilisasi tenaga,
meningkatkan kecekapan sumber, mengurangkan pelepasan karbon dan memastikan tenaga sisa dan bahan kilang menjadi sumber input bagi kilang berdekatan
• Memastikan taman-taman industri baharu direka cipta mengikut konsep ekonomi pusingan
Kanak-kanak sedang
memanjat tali di taman permainan
Sekolah Rendah Hushan Bandar Raya Taipei.
(Chuang Kung-ju)
67
Pendidikan merupakan satu komponen penting
dalam penggubalan dasar dan mengambil
sebahagian besar dalam belanjawan kerajaan.
Dengan peningkatan penekanan dalam
pengajian tinggi, mereka yang berijazah dari
maktab teknik atau universiti merangkumi
45 peratus daripada populasi Taiwan yang
PENDIDIKAN
Taiwan melaksanakan sistem pendidikan wajib 12 tahun sejak 2014.
Terdapat 144 buah universiti dan kolej di Taiwan.
FAKTA PENTING:
68
berumur 15 tahun dan ke atas, iaitu 10 titik peratusan lebih tinggi
berbanding dekad lepas.
Bagi menawarkan tempoh pembelajaran asas yang lebih
panjang kepada golongan pelajar, Kementerian Pendidikan
telah mengumumkan pelan untuk melanjutkan pendidikan
wajib di Taiwan daripada 9 tahun ke 12 tahun sejak 2014.
Setiap tahun, dalam pertandingan seperti Olimpiad Sains
Antarabangsa, pelajar-pelajar dari Taiwan menang dengan
cemerlang dalam mata pelajaran biologi, kimia, sains bumi,
matematik dan fizik. Kepakaran tenaga kerja di Taiwan telah
banyak menyumbang dalam peningkatan kemakmuran
ekonomi dan kualiti kehidupan.
Pada tahun 2013, Kementerian Pendidikan mengambil alih
Majlis Hal Ehwal Sukan sebagai sebahagian daripada usaha
kerajaan untuk menggalakkan sukan untuk semua. Taipei
telah menjadi tuan rumah Universiade Musim Panas 2017,
salah satu pertandingan sukan terbesar di Taiwan.
BiasiswaBiasiswa kerajaan dan universiti disediakan untuk pelajar
antarabangsa. Sebagai contoh, Program Biasiswa Taiwan
menawarkan dana kepada pelajar yang berminat dalam
pengajian bahasa Cina dan juga sesiapa yang ingin
meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana muda atau
ijazah lanjutan dalam pelbagai bidang. Pemohon yang
berminat boleh menghubungi kedutaan dan pejabat
perwakilan ROC atau melayari laman web Kementerian
Pendidikan di: www.edu.tw.
69
Demi menggalakkan pelajar antarabangsa untuk belajar bahasa
Cina di Taiwan, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan
Biasiswa Pengayaan Huayu. Program ini membolehkan pelajar
asing untk menghadiri kursus bahasa Cina di pusat latihan
tertentu dalam negara, di samping meningkatkan kesedaran
antarabangsa dan kefahaman tentang budaya dan masyarakat
Taiwan.
Senarai maklumat dan pusat latihan Cina di universiti tentang
pembelajaran bahasa di Taiwan dapat dicari melalui laman
sesawang Kementerian Pendidikan, Study in Taiwan
(www.studyintaiwan.org) dan Pejabat Pendidikan Cina Global
(ogme.edu.tw).
MAKLUMAT PENTING
Kadar celik huruf (15 tahun atau lebih): 98.8% (2017)
Perbelanjaan kerajaan untuk pendidikan, sains dan kebudayaan: 20.2 peratus daripada belanjawan kerajaan pusat (2017)
Institusi pengajian tinggi: 157 (144 buah universiti dan kolej, 13 buah maktab rendah)
Pendaftaran pelajar di institusi pengajian tinggi:
(2017)
Program kedoktoran: 28,346 Program sarjana: 168,783
Jumlah:1.27 juta
PENDIDIKAN
Payung kertas minyak tradisional
dipamerkan di Dewan Budaya Hakka Taoyuan in utara bandar raya Taiwan.
(Chin Hung-hao)
71
Taiwan terkenal dengan percampuran
budaya tradisional dan moden yang
mempesonakan. Demi memperkenalkan
sejarah negara dan kepelbagaian budaya,
muzium-muzium seperti Muzium Istana
Negara, Muzium Taiwan dan Muzium
Sejarah telah didirikan di seluruh Taiwan.
KEBUDAYAAN
FAKTA PENTING:Taiwan menjadi pusat kepada industri muzik pop Cina.
Muzium Istana Negara di bandar raya Taipei memiliki salah satu koleksi artifak lama Cina yang terbesar di dunia.
72
Seni bina tradisionalnya merupakan satu lagi tarikan yang
bukan sahaja kelihatan dalam beberapa buah tokong di
Taiwan, tetapi juga pada banyak struktur lama yang dibina
semula dan digunakan sebagai pusat komuniti, kedai
kopi, stor dan tempat awam yang lain. Hakikatnya, banyak
aspek seni, kraf, dan amalan Cina tradisional dipelihara
dengan lebih baik di Taiwan berbanding tempat lain di
dunia. Misalnya, Taiwan adalah salah satu tempat yang
masih menggunakan aksara Cina tradisional, sementara
pertandingan kaligrafi selalunya mendapat sambutan
hangat.
Rukun tradisional agama Buddha, Konfusianisme dan
Taoisme masih dipraktikkan dari sambutan perayaan di
tokong dan kesusasteraan hingga ke seni visual dan seni
persembahan. Pelawat juga sempat mempelajari warisan
orang Hakka, Holo dan penduduk asli di negara ini. Taiwan
juga berkongsi kekayaan budayanya dengan seluruh dunia
melalui program seperti pusat sumber Akademi Taiwan.
Pada masa yang sama, bandar raya besar di Taiwan
merupakan metropolis maju yang menawarkan
pilihan hiburan dari siang hingga malam. Kewujudan
pelbagai kumpulan tarian moden dan arena muzik yang
meriah langsung tidak menghairankan kerana Taiwan
merupakan pusat bagi muzik pop Cina, atau dikenali
sebagai Mandopop dunia ini. Industri televisyen dan
filem tempatan mula bangkit semula beberapa tahun
ini, sementara ledakan sektor budaya dan kreatif dalam
73
negara jelas dilihat dalam kedai pereka fesyen, pasar raya
dan pameran yang bertambah banyak setiap tahun.
Daripada seni kesusasteraaan hingga perayaan masyarakat
dan suasana meriah di pasar malam, tradisi Taiwan
selalunya berkait rapat dengan kehidupan seharian,
lebih-lebih lagi dalam budaya berkembang pesat ini yang
membolehkan masa lampau membekalkan daya hidup
dan kedalaman kepada masa kini.
KEBUDAYAAN
Persembahan sempena Golden Melody Awards 2016 bagi Muzik dan Kesenian Tradisional
menekankan aspek agama orang kebanyakan.(Dengan ihsan Kementerian Kebudayaan)
Seorang pengunjung sedang
membaca-baca novel di kedai buku Thinkers ‘ Theatre
dan ruang persembahan di daerah Dadaocheng, bandar
raya Taipei. (Chin Hung-hao) 75
Kepelbagaian media di Taiwan dapat dilihat melalui saluran keluar yang terlalu banyak dan persaingan sengit dalam industri tersebut. Liputan akhbar negara tersebut beroperasi dalam salah satu persekitaran terbebas di seluruh Asia.
MEDIAMASSA
Taiwan menduduki peringkat pertama dalam kebebasan akhbar di seluruh Asia untuk enam tahun berturut-turut dalam Indeks Kebebsan Akhbar Dunia 2018 yang diumumkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan.
Pemilikan telefon pintar mencapai 89.48 peratus pada 2017.
FAKTA PENTING:
76
Sumber: Kementerian Kebudayaan dan Suruhanjaya Komunikasi Negara
21.03%
45.64%
89.85%
MAKLUMAT PENTING
KADAR PENEMBUSAN TELEVISYEN KABEL DIGITAL
171
5
115
988
15,754
65Stesen radio
Stesen televisyen
daratan
Satelit Pembekalpenyiaran
Syarikat penerbitan dan pengedaran
program televisyen dan radio
Syarikat penerbitan audio (cakera padat
dan lain-lain)
(290 saluran)
Operator televisyen
kabel
247Penerbitan
surat khabar
(2017 statistik)
99.08%
2012
2013
2015
2017
1,23932
Penerbit majalah
Agensiberita
77
Taiwan mencapai kedudukan tertinggi di seluruh Asia untuk enam tahun berturut-turut dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2018 yang dikeluarkan pada 25 April olehRSF yang berpangkalan di Perancis. Dalam kajian selidik antara 180 negara dan wilayah, Taiwan melonjak tiga anak tangga ke tempat 42, satu tempat di hadapan Korea Selatan,dengan Jepun, ke-67; Hong Kong, ke-70; Singapura, ke-151; dan China, ke-176. Norway, Sweden dan Belanda mengungguli indeks tersebut mengikut urutan.
Kebanyakan jenis media terlibat dalam peralihan industri ke bentuk pengedaran digital.
Percetakan majalah dan surat khabar, termasuk empat akhbar utama, semakin ketinggalan berbanding dengan pesaing-pesaing di Internet. Dengan menggunakan kekuatan Taiwan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, e-penerbitan sedang menyuntik semangat baharu dalam pembangunan dan industri penerbitan buku tempatan yang mengeluarkan 40, 401 tajuk buku baharu tahun lepas.
Pendigitalan televisyen kabel bukan sahaja menambah baik pengalaman visual penonton dengan ketara, malahmembuka peluang kepada perkhidmatan jalur lebar yanglebih inovatif dan berbagai-bagai. Dengan proses pendigitalanhampir sempurna, televisyen kabel kini menjadi platform penting untuk pelbagai aplikasi multimedia.
MEDIA MASSA
Dinding berhias pada
Perkampungan Tentera Pelangi di bandar
raya Taichung menarik perhatian pelawat dari dalam
dan luar negara. (Dengan ihsan kerajaan bandar raya Taichung) 79
Dengan gabungan budaya yang unik, pemandanganyang menakjubkan, kepelbagaian jenis masakan, kehidupan bandar yang menyeronokkan dan industri hospitaliti yang berkembang maju, Taiwan menjadi destinasi impian bagi pelbagai golongan pelancong. Warganegara dari 60 buah negara dan wilayah layak masuk tanpa visa selama 30 atau 90 hari.
MELAWAT KE TAIWAN
FAKTA PENTING:Warganegara dari 60 buah negara dan wilayah boleh memasuki Taiwan tanpa visa selama 30 atau 90 hari.
Taiwan mempunyai talian penting maklumat pelancongan pelbagai bahasa 24 jam (0800-011-765).
80
Selain landasan kereta api konvensional sepanjang kira-kira 1,100 kilometer, Taiwan mempunyai sistem rel berkelajuan tinggi sepanjang 350 kilometer di pantai barat. Tren berkelajuan tinggi ini membolehkan perjalanan antara Taipei dan Kaohsiung dalam masa 94 minit. Kedua-dua buah bandar raya ini dilengkapi sistem transit laju massa yang terkini.
Pameran Perdagangan AntarabangsaMajlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan telah menganjurkan pameran perdagangan sepanjang tahunyang merangkumi seluruh lingkungan industri. Lokasi utamanya termasuklah Dewan Pameran Pusat Dagangan Dunia Taipei No.1 dan No.3, Dewan Pameran Nangang dan Pusat Pameran Kaohsiung di bahagian selatan Taiwan.Untuk maklumat lanjut, sila layari www.taiwantradeshows.com.tw
Maklumat Umum untuk PelawatKerajaan menyelenggara banyak laman web dan talian penting untuk memberikan maklumat tentang perjalanan, kehidupan dan kerjaya di Taiwan kepada warga asing.
Laman web/ Talian penting Bahasa
Biro Pelancongan Taiwanwww.taiwan.net.tw
Inggeris, Perancis, Jerman, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Sepanyol,
Thai, Vietnam
Talian Penting Maklumat Perjalanan 0800-011-765 (24 jam) Mandarin, Inggeris, Jepun
Agensi Imigresenwww.immigration.gov.tw Mandarin, Inggeris
Talian Penting Maklumat UntukWarga Asing 0800-024-111
24 jam: Mandarin, Inggeris, Jepun9:00-17:00 pada hari bekerja: Indonesia, Khmer, Thai, Jepun
81
Dua tatalas, sampan tradisional yang dihasilkan oleh puak Tao asli Taiwan,
dinaikkan ke darat di Lanyu, atau Pulau Orkid. (Yeh Jui-tsung)
PESTA & ACARA UTAMA
* Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Biro Pelancongan di eng.taiwan.net.tw**Pesta Tanglung Taiwan diadakan di bandar raya atau
wilayah yang berlainan setiap tahun. Ia akan diadakan di Wilayah Pingtung pada tahun 2019.
Bulan Pesta/Acara*
Jan. Sambutan Tahun Baharu
Feb. Pameran Buku Antarabangsa Taipei
Mac Pesta Tanglung Langit Antarabangsa Pingxi
Pesta Bunga Api Sarang Lebah Yanshui, Tainan
Pesta Tanglung Taiwan**
April
Pesta Mazu Antarabangsa (ziarah keagamaan)
Pesta Bunga Hakka Tung
Pesta Bunga Api Lautan Penghu
Pesta Seni Arca Pasir Fulong
Mei Pesta Seni Muzik Musim Bunga
Jun Pesta Bot Naga Lugang
Aktiviti Berkayak Xiuguluan
Julai Pesta Belon Antarabangsa Taiwan
Pesta Muzik Rock Hohaiyan Gongliao
83
PESTA & ACARA UTAMA
Ogos Pameran Masakan Taiwan
Sep.
Pesta Renang Antarabangsa Tasik Sun Moon
Karnival Teluk Tercantik di Penghu
Okt.
Pesta Menunggang Basikal, Muzik dan Bunga Api Tasik Sun Moon
Kesenian Taipei(Pesta Kesenian Kontemporari Antarabangsa)
Pesta Kesenian Asia Muzium Istana Nasional
Pesta Kesenian Pengukiran Kayu Sanyi
Nov.
Eksposisi Flora Dunia Taichung
Pesta Keamanan Garam Kunshen Wangye (kebudayaan rakyat)
Taiwan Open of Surfing
Maraton Taroko Gorge
Maraton Merentas Laut Penghu 2018 - Pulau Gailardia
Pesta Burung Asia
Dis. Maraton Taipei
(diilustrasi oleh Cho Yi-ju)
84
Bahagian Utara TaiwanMuzium Istana Negara: www.npm.gov.twTaipei 101: www.taipei-101.com.twMuzium Seramik Yingge: www.ceramics.ntpc.gov.twDewan Peringatan Chiang Kai-shek: www.cksmh.gov.twTokong Lungshan: www.lungshan.org.twTaman Negara Yangmingshan: www.ymsnp.gov.twKawasan Permandangan Pantai Timur Utaradan Yilan: www.necoast-nsa.gov.twKawasan Pemandangan Pantai Utara danGuanyinshan: www.northguan-nsa.gov.tw
Bahagian Tengah TaiwanKawasan Pemandangan Tasik Sun Moon: www.sunmoonlake.gov.twKampung Kebudayaan Orang Asli Formosan: www.nine.com.twKawasan Pemandangan Tri-Mountain: www.trimt-nsa.gov.twInstitut Penyelidikan dan PembangunanBarangan Kraf Taiwan: www.ntcri.gov.twPerbandaran Lukang: www.lukang.gov.twMuzium Negara Sains Semula Jadi: www.nmns.edu.twTaman Negara Yushan (Gunung Jade): www.ysnp.gov.tw
TARIKAN UTAMA PELANCONG
Bahagian Timur TaiwanTaman Negara Taroko: www.taroko.gov.twKawasan Rekreasi Hutan Taiwan: recreation.forest.gov.twKawasan Pemandangan Pantai Timur: www.eastcoast-nsa.gov.twKawasan Pemandangan Lembah Rengkahan Timur: www.erv-nsa.gov.tw
Bahagian Selatan TaiwanTaman Negara Kenting: www.ktnp.gov.twKawasan Pemandangan Alishan: www.ali-nsa.netKawasan Pemandangan Siraya: www.siraya-nsa.gov.tw
Pulau-Pulau SekitarTaman Negara Kinmen: www.kmnp.gov.twKawasan Pemandangan Penghu: www.penghu-nsa.gov.twKawasan Pemandangan Matsu: www.matsu-nsa.gov.twPulau Hijau dan Pulau Orkid: tour.taitung.gov.tw
TARIKAN UTAMA PELANCONG
Taman Negara Taijiang (Jimmy Lin)
86
Mata WangDolar Taiwan Baharu (NT$ atau TWD)Kadar pertukaran: NT$31.05 setiap AS$1 (Ogos 2018)
Perbezaan MasaSemua wilayah berada dalam zon masa yang sama,UTC + 8 jam (tiada pelarasan bermusim)
Kad Kredit dan Cek KembaraKad kredit utama diterima secara meluas. Cek kembara boleh ditunaikan di bank pertukaran asing, hotel dan kedai berorientasikan pelancongan.
Pemberian TipPemberian tip bukan suatu budaya di Taiwan. Caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus biasanya dikenakan pada kadar bilik, hidangan di hotel dan restoran.
ElektrikAC 110 V / 60 Hz
Maklumat VisaBiro Hal Ehwal KonsulKementerian Hal Ehwal Luar NegeriTelefon: (+886-2) 2343-2888Laman: www.boca.gov.tw
Peraturan KastamPentadbiran KastamKementerian KewanganTelefon: (+886-2) 2550-5500 sambungan 2116Laman: web.customs.gov.tw