20130628 Surat Mohon Panel SJ
-
Upload
putera-ieezz -
Category
Documents
-
view
543 -
download
2
description
Transcript of 20130628 Surat Mohon Panel SJ
Kepada :
SINAR JERNIH SDN. BHD.41G, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya,Selangor
(U/P: Pengurus Besar)
Ybhg. Tuan/Dato’/Tan Sri,
Per : PERMOHONAN MELANTIK POLIKLINIK ALLIANZE SEBAGAI KLINIK PANEL
Dengan segala hormat dan takzimnya mohon Ybhg. Tuan/Dato’/Tan Sri merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa saya Dr. Azmi Bin Hj. Abdul Khan, pegawai perubatan di Poliklinik Allianze ingin memohon kepada Ybhg.Tuan/Dato’/Tan Sri mempertimbangkan permohonan melantik Poliklinik Allianze sebagai klinik panel.
3. Untuk makluman pihak Ybhg.Tuan/Dato’/Tan Sri, Poliklinik Allianze ini telah beroperasi kepada umum pada awal Jun 2013. Antara beberapa perkhidmatan yang disediakan di Poliklinik Allianze ;
i) Rawatan Pesakit Luarii) Rawatan Perubataniii) Pemeriksaan Kesihataniv) Prosidur Rawatan Minor
4. Poliklinik Allianze ini juga sedang mempergiat dalam usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan. Pihak Poliklinik sentiasa mengalu-alukan kedatangan Ybhg. Tuan/Dato’/Tan Sri untuk melawat Poliklinik Allianze pada bila-bila masa di alamat ;
POLIKLINIK ALLIANZENo. 16, Ground Floor, Persiaran Seksyen 4/8, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas,Pulau Pinang.
5. Segala perhatian dan pertimbangan daripada pihak Ybhg. Tuan/Dato’/Tan Sri di dalam perkara ini teramat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
DR. AZMI HJ. ABDUL KHANKetua Unit Perkhidmatan KesihatanAllianze University College of Medical Sciences
Tel : 04-578 0292 Fax : 04-578 0291Email : [email protected]
No. Rujukan : AUCMS/POLI/SJ/13(1)Tarikh : 28 Jun 2013
BORANG MAKLUM BALAS
Saya .......................................................................... berminat / tidak berminat
untuk melantik Poliklinik Allianze sebagai Klinik Panel.
Nama : ..........................................................
Jawatan : ..........................................................
Cop Syarikat : ..........................................................
* Mohon pihak Ybhg.Tuan/Dato’/Tan Sri mengisi Borang Maklum Balas yang disediakan untuk tindakan susulan pihak Poliklinik Allianze.