145345728 Huraikan Peranan Anda Sebagai Pendidik Untuk Merealisasikan Hala Tuju Dan Menangani...

download 145345728 Huraikan Peranan Anda Sebagai Pendidik Untuk Merealisasikan Hala Tuju Dan Menangani Cabaran Pendidikan Islam Pada Masa Depan

of 3

Transcript of 145345728 Huraikan Peranan Anda Sebagai Pendidik Untuk Merealisasikan Hala Tuju Dan Menangani...

  • 8/13/2019 145345728 Huraikan Peranan Anda Sebagai Pendidik Untuk Merealisasikan Hala Tuju Dan Menangani Cabaran Pe

    1/3

  • 8/13/2019 145345728 Huraikan Peranan Anda Sebagai Pendidik Untuk Merealisasikan Hala Tuju Dan Menangani Cabaran Pe

    2/3

    ilmu atau kemahiran yang terkebelakang berbanding murid-muridnya termasuk

    pengetahuan menggunakan teknologi. Tidak dapat tidak seorang muallim perlu

    mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat disebabkan setiap waktu akan

    terdapat ilmu-ilmu baru yang perlu diketahui dan dikuasai.

    Bagaimana sekiranya guru (muallim) tersebut ditanyai soalan dan ia tidak

    mengetahui jawapannya (hal ini adalah lazim disebabkan manusia adalah makhluk

    lemah dan pelupa)? Apakah yang harus dilakukannya? Murid lebih menghormati

    guru yang mengakui kelemahan diri dibanding dengan guru yang menipu. Oleh itu,

    guru perlu mengakui tidak mengetahui tetapi akan cuba mendapatkan jawapannya

    untuk dimaklumkan kepada murid pada waktu yang lain. Elakkan daripada merapu

    untuk mengelak daripada memberikan jawapan yang betul dan tepat.

    Muaddib

    Penekanan kepada pembentukan tingkahlaku berdisiplin menjadi salah satu

    matlamat dalam pendidikan agar murid yang mendapat didikan tersebut akan dapat

    mengelakkan dirinya daripada terjerumus dengan gejala maksiat atau

    penyelewengan dan rasuah ketika menjalani kehidupan seharian. Rasuah menjadi

    salah satu musuh utama dalam negara dan dilakukan oleh sebahagian rakyat yang

    beragama Islam. Gambaran ini seolah-olah menunjukkan kegagalan peranan guru

    sebagai seorang muaddib.

    Rassulullah saw diutus untuk membentuk akhlak yang mulia dan institusi pendidikan

    yang ada pada hari ini merupakan institusi yang seharusnya meneruskan peranan

    pembentukan akhlak yang mulia ini. Para ustaz dan ustazah (guru khusus mata

    pelajaran Pendidikan Islam) seharusnya menyedari bahawa pemindahan ilmu dari

    seorang pendidik kepada murid sebenarnya tidak mencukupi sekiranya peranan

    membentuk tingkahlaku mahmudah tidak diberikan penekanan.

    Seorang Muaddib merupakan individu guru yang menjalankan peranannya untuk

    membentuk nilai-nilai tingkahlaku (behavior), nilai afektif serta nilai kognitif murid

    untuk dijadikan amalan dalam hidup mereka. Dari perspektif nilai tingkahlaku,

    seorang muaddib perlu membentuk muridnya agar bertingkahlaku mulia, beradab,

    berakhlak, berdisiplin, berpekerti mulia dan berintegriti. Dari perspektif nilai afektif

    pula, murid perlu dibentuk agar mempunyai nilai kasih sayang, menghargai

    keindahan, tidak merusakkan, melakukan kerja dengan sebaik mungkin (dengan

    mengambil kira nilai seni, ketahanan dan sebagainya). Seorang muaddib jugabertanggungjawab untuk membentuk pemikiran murid yang bernas, tidak berfikiran

  • 8/13/2019 145345728 Huraikan Peranan Anda Sebagai Pendidik Untuk Merealisasikan Hala Tuju Dan Menangani Cabaran Pe

    3/3

    yang boleh merusakkan diri, masyarakat, harta atau alam. Ketiga-tiga komponen

    tingkahlaku, afektif dan kognitif perlu dibentuk secara serentak. Contohnya, murid

    dibimbing untuk melaksanakan ibadat solat dengan sopan, teratur dan dengan

    pemikiran yang tertumpu hanya kepada Allah. Pembentukan nilai benar ini

    diharapkan dapat melahirkan murid yang benar-benar dapat merealisasikankehidupan yang dapat mencegah daripada fahsya' dan mungkar dan bukan yang

    solat tetapi mengamalkan perlakuan yang dilarang.

    Penekanan seorang muaddib juga perlu dilihat dalam peranannya membentuk murid

    atau anak didik yang meahami dan mengamalkan hidup berkawan, berjiran dan

    bermasyarakat melibatkan kemahiran berhubungan dan berkomunikasi, saling

    membantu dan bekerjasama ke arah kebaikan dan memahami serta menghormati

    orang lain.