139880923 Laporan Big Semester 6
description
Transcript of 139880923 Laporan Big Semester 6
1 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
1. PENGENALAN PROGRAM
1.1. PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas
bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) bagi
memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan
di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan PISMP Pendidikan
Khas/ Bahasa Melayu Semester 6, melalui penyertaan dan penglibatan guru-guru
pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan
beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru dapat dipenuhi.
Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru
yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi asas
pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara
bangsa.
Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang
dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada
masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri
mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai
insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi
dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh
itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga
perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik
khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.
2 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
2. MATLAMAT PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa VI/ 2012 ini ialah bagi
memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan.
Program ini bertujuan bagi mendedahkan pelajar kepada guru dan lawatan
„benchmarking‟, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur
sekolah serta infrastruktur kurikulum di sekolah. Pelajar diharap dapat membina
pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan serta menghayati konsep
kerja sebagai satu ibadat dalam hidup berbakti.
3. OBJEKTIFPROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
Setelah tamat program ini, peserta diharapkan akan dapat mencapat objektif
berikut :
3.1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalahdan
situasi untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah
serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan
secara berterusan.
3.2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada
komuniti.
3.3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran
yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam
kepelbagaian budaya.
3.4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan.
3.5. Merancang, melaksanan, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara aktif dalam kumpulan.
3.6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani
dan sosial.
3 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
4. MATLAMAT BENGKEL GURU INOVATIF
Program ini diharap dapat membantu guru-guru pelatih memahami bentuk-
bentuk pengurusan cemerlang. Selain itu, program ini juga dapat membantu
guru-guru pelatih memahami dan menghayati kerja cemerlang dan dapat
diaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.
5. OBJEKTIFBENGKEL GURU INOVATIF
Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP
diharapkan dapat :
5.1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
5.2. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta memiliki
ketahanan fizikal dan mental yang teguh.
5.3. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang
pendidik.
5.4. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan
refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.
4 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
6. LAPORAN REFLEKTIF
LAPORAN PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KOROK LAMA, ALOR SETAR, KEDAH.
SEBELUM
Sebelum program tersebut dilaksanakan, terlebih dahulu kami berkumpul tiga
kumpulan yang dinaungi oleh Muhamad Asyraf Bin Muhamad Ludin bagi
mengadakan beberapa mesyuarat membincangkan masalah-masalah yang
dihadapi serta memikirkan jalan penyelesaian bagi setiap masalah tersebut. Ahli
jawatankuasa ditubuhkan yang mana melibatkan ketiga-tiga kumpulan
Pendidikan Khas PISMP Ambilan Januari 2010 ini.
SEMASA
Pada 14 Oktober 2012 yang lalu iaitu bersamaan dengan hari Ahad, seramai
61 orang pelatih guru daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
telah menjalankan Lawatan Penanda Aras bagi Guru Cemerlang di Sekolah
Kebangsaan Sungai Korok Lama, Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor
Setar, Kedah Darul Aman. Kami bertolak pada jam 7.30 pagi dan tiba di SK
Sungai Korok Lama pada jam 8.00 pagi. Kami disambut mesra oleh beberapa
orang guru Pendidikan Khas. Mereka begitu ramah dan juga bersopan santun.
Kami berasa sungguh bertuah kerana mereka sudi menerima kunjungan besar
daripada kami tiga kumpulan ini. Terdapat dua orang guru perempuan, dua orang
guru lelaki dan juga Pengerusi PKG Telok Kechai, Alor Setar, Kedah. Kemudian,
kami kedatangan kami dilau-alukan oleh Puan Norzaini selaku pengerusi majlis
bagi program inimalah kami dipersembahkan pula dengan persembahan
nyanyian nasyid oleh anak-anak khas yang disayangi iaitu lagu yang berjudul
“Umiku Sayang”. Kami berasa sangat teruja kerana apabila kami menghayati
lagu yang dipersembahkan tersebut, kami dapati liriknya begitu bermakna dan
kanak-kanak khas ini mempunyai bakat dalam nyanyian. Sebutan dan intonasi
nyanyian mereka sungguh baik dan tidak menunjukkan sedikit pun bahawa
mereka itu mempunyai kekurangan. Seramai 6 murid khas yang membuat
5 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
persembahan nyanyian bagi menyambut kedatangan kami ke sekolah tersebut.
Kemudian, kami disajikan dengan beberapa sedutan aktiviti Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama sepanjang tahun 2012. Sungguh
mengagumkan bahawa kanak-kanak khas ini telah pun menyeberangi ke
Kepulauan Borneo iaitu Negeri di Bawah Bayu, Negeri Sabah. Para waris juga
dijemput untuk memeriahkan lagi lawatan selama enam hari di sana. Pelbagai
aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012. Jangan sangkakan kanak-
kanak khas tidak boleh menjaga diri, malah mereka lebih bijak mengatur langkah
keselamatan kerana sikap mereka yang begitu takut dan risau akan persekitaran
baharu yang mereka belum fasih lagi. Antara aktiviti yang mereka telah jalankan
ialah berkebun, terapi boling, terapi berkuda, terapi renang, perkhemahan
pengakap, projek kemahiran memasak, Program Mutiara Kasih, Program
Permata Hati serta rekreasi sosial di Cameron Highlands.
Setelah selesai sedutan slaid persembahan yang dipersembahkan sebentar
tadi, Puan Norzaini menjemput Encik Mohamad Kasran selaku guru Kanan
Pendidikan Khas sekolah tersebut untuk memberikan ucapan aluan. Encik
Mohamad Kasran atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Mad telah
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami kerana sudi memilih sekolah
mereka sebagai tempat kami menjalankan program BIG pada semester ini.
Selain itu, beliau juga berasa terkejut kerana pada awalnya beliau hanya
dimaklumkan hanya satu kelas sahaja yang akan datang tetapi pada beberapa
hari sebelum program tersebut dijalankan, beliua dimaklumkan oleh pengerusi
program bahawa terdapat tiga kelas yang akan datang pada hari Ahad tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa perkara tersebut tidak
menjadi masalah bagi mereka kerana setiap masalah pasti mempunyai jalan
penyelesaian masing-masing.
Seterusnya ucapan daripada pengerusi program BIG pada kali ini iaitu
Muhamad Asyraf Bin Ludin telah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana sanggup menerima kedatangan kami yang ramai ini. Beliau
mengatakan bahawa kami ketahui sedikit sebanyak tentang selok belok sekolah
tersebut kerana setiausaha program BIG ini yang telah memperkenalkan sekolah
ini kepada kami. Sepanjang pemerhatian kami di sekolah ini, kami dapati
6 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Hal ini memandangkan
Pusat Kegiatan Guru (PKG) Telok Kechai berada di dalam kawasan sekolah
tersebut. Malah, sekolah ini juga telah beberapa kali telah melakarkan sejarah
yang mengharumkan nama sekolah dan warga sekolah itu sendiri. Memang tidak
di sangkal lagi bahawa dengan adanya kerjasama daripada pihak pentadbiran
sekolah dengan guru-guru sekolah mampu melahirkan anak-anak didik yang
berjaya dalam waktu yang terdekat atau pada masa hadapan. Terdapat banyak
keluarga yang menaruh harapan tinggi terhadap guru-guru di sekolah ini dengan
harapan anak-anak mereka dapat menimba ilmu sebanyak mungkin dan mampu
menjadi insan yang berguna kepada negara suatu hari nanti.
Setelah selesai Muhamad Asyraf memberikan ucapan, Puan Norzaini
menjemput Encik Noor Azhar Bin Ahmad iaitu guru cemerlang Pendidikan Khas
atau lebih khusus dalam bidang kokurikulum Pendidikan Khas bagi
menyampaikan slot ceramah bagi sesi pertama. Beliau menyediakan slot
ceramah yang berkaitan dengan “Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (teknik,
rutin, pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran). Kecemerlangan beliau terserlah dengan penyediaan salaid
perbentangan yang begitu lengkap dan sangat bermakna kepada pelatih-pelatih
guru. Beliau juga menceritakan perihal kejayaan yang telah membuka ruang atau
jalan kepadanya untuk menerima anugerah Guru Cemerlang. Antara kejayaan
yang beliau telah lakarkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini ialah melatih
murid-murid khas dalam sukan olahraga mewakili negeri Kedah. Antara murid-
murid khas yang dilatihnya ialah murid yang mengalami masalah Celebral Palsy.
Hal ini kerana menurut beliau, jika benar kanak-kanak istimewa ini mempunyai
bakat yang luar biasa, apa salahnya jika kita menggilap bakat tersebut hingga
dapat membantu kehidupan murid itu sendiri. Bagi murid khas yang bernama
Ismadi yang mewakili negeri Kedah bagi acara padang, lontar peluru mendapat
insentif sebanyak RM 80,000.00 dalam masa setahun. Namun, Encik Noor Azhar
berasa sedikit terkilan dengan sikap ahli Majlis Sukan Negara (MSN) yang
mengambil kesempatan ke atas kebolehan kanak-kanak ini. Namun begitu,
sebagai rakyat Malaysia, seharusnya akur dengan tindakan pihak atasan yang
lebih berkuasa daripada pihak bawahan.
7 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
Selain itu, Encik Noor Azhar juga menyatakan bahawa jika seseorang guru itu
ingin memastikan bahawa anak murid mereka dapat menerima serta mengingati
apa yang telah dipelajari seharusnya guru tersebut fleksibel dengan keadaan
murid. Guru boleh mengubah rancangan pengajaran pada hari tersebut jika
didapati murid-murid mengalami masalah di luar jangkaan. Hal ini kerana guru
mengajar murid-murid khas ini supaya mereka dapat mengurus diri sebagai
contoh, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti perkhemahan yang melibatkan
aktiviti murid untuk menyiang ikan, ayam serta sayur. Malahan, guru juga harus
melihat latar belakang murid itu bagaimana agar guru dapat mengatur
pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran yang tepat bagi setiap
orang murid. Penyediaan rancangan pengajaran individu (RPI) juga memainkan
peranan penting dalam memastikan perkembangan murid dari semasa ke
semasa. Selain itu, hubungan antara guru juga perlu akrab dan mantap supaya
dapat membina satu kumpulan yang kuat bagi mengadakan sesuatu aktiviti.
Sebagai contoh, program rekreasi awam ke Sabah banyak menelan
perbelanjaan namun dengan berkat usaha guru-guru mencari penaja akhirnya
murid-murid khas berjaya diterbangkan ke Sabah dan mengutip sebanyak
mungkin pengalaman sepanjang berada di sana enam hari, lima malam. Menurut
Encik Noor Azhar, pada tahun ini murid-murid khas daripada sekolah ini akan
mewakili negeri Kedah ke Kuantan bagi acara renang paralimpik. Walaupun
pihak media kurang memberi penekanan kepada sukan paralimpik tetapi sukan
ini mampu memberi saingan hebat kepada sukan normal di Malaysia ini kerana
kanak-kanak khas juga mempunyai semangat sukan yang jitu seperti kanak-
kanak normal yang lain. Encik Noor Azhar juga pernah menjadi jurulatih bagi
sukan Futsal pada tahun 2001 bagi kanak-kanak normal.
Setelah tamat sesi ceramah tentang “Amalan Pengajaran dan Pembelajaran”
oleh Encik Noor Azhar, Puan Norzaini pula berkongsi sedikit pengalaman
pengajarannya kepada kami. Beliau memberi rahsia untuk mengajar subjek
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan cepat dan berkesan kepada murid-
murid khas. Kami sangat teruja apabila mendengar pengalaman beliau dan kami
membuat catatan supaya kami dapat mempraktikkan cara tersebut pada masa
akan datang. Antara buku yang beliau gunakan untuk pengajaran Bahasa
Melayu ialah buku „Bacalah Sayang‟ manakala bagi pengajaran Bahasa Inggeris
8 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
pula ialah buku „Ladybird‟. Kemudian, Puan Norzaini menjemput kami menikmati
jamuan pagi yang telah disediakan di luar bilik mesyuarat PKG.
Setelah tamat 30 minit waktu rehat, kami masuk kembali ke dalam bilik
mesyuarat PKG bagi slot yang seterusnya. Slot yang seterusnya ialah lawatan ke
kelas. Kelas Pendidikan Khas ini dibahagikan kepada beberapa stesen
matapelajaran memandangkan dua blok bangunan telah diperuntukkan bagi
Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah ini. Antara stesen matapaelajaran
yang ada ialah stesen Bahasa Inggeris/Kemahiran Manipulatif, stesen
Pendidikan Islam/Sains, stesen Bahasa Melayu/Matematik dan stesen
Pengurusan Diri/Kemahiran Hidup/Tingkah Laku. Setiap stesen ini dibekalkan
dengan kemudahan televisyen dan pemancar LCD.
Setelah tamat sesi lawatan kelas, kami masuk semula ke dalam bilik
mesyuarat untuk slot yang terakhir. Slot ini memerlukan kami menemuramah
seorang murid Pendidikan Khas bagi mendapatkan maklumat yang tertera pada
kertas yang telah diedarkan sebentar tadi. Sesi temubual ini dijalankan secara
berpasangan. Setiap pasangan akan diberikan satu nama murid dan pasangan
tersebut haruslah mencari murid berkenaan. Sesi temubual ini diberi masa
selama 20 minit. Setelah selesai temubual murid tersebut, kami bergerak ke
dewan besar untuk aktiviti „music chair’ dan tiup warna atas kertas menggunakan
straw. Aktiviti ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama guru Pendidikan
Khas, Pensyarah dan staf Unit Gerko, Pelatih-pelatih guru dan murid-murid
Pendidikan Khas. Kemudian, sesi terakhir ialah upacara penyampaian
cenderahati daripada IPG Kampus Darulaman kepada pihak sekolah serta
daripada pihak sekolah kepada pelatih guru IPG Kampus Darulaman. Sebelum
program ini tamat, Guru Besar SK Sungai Korok Lama iaitu Puan Norlia telah
memberi ucapan sekaligus merasmikan upacara penutup program BIG siri 6 ini
dengan jayanya.
9 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
SELEPAS
Selepas program ini selesai, kami mengadakan mesyuarat post-mortem bagi
meneliti setiap masalah yang timbul sewaktu program dilaksanakan. Selain itu,
setiap AJK harus membentangkan hasilakan atau kerja yang telah mereka
laksanakan sebelum dan semasa program dijalankan. Kami juga dikehendaki
membuat laporan secara bertulis serta menyiapkan refleksi berkenaan program
ini dan menganalisis kelemahan, kekuatan dan berikan cadangan
penambahbaikan bagi setiap masalah yang timbul.
10 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
LAPORAN BENGKEL ‘INOVASI GURU’
BERTEMPAT DI IPG KAMPUS DARULAMAN, JITRA, KEDAH.
SEBELUM
Sebelum memulakan sesuatu program dilaksanakan, setiap pelajar harus
menghadiri perjumpaan kali pertama bagi memilih ahli jawatankuasa yang
bertanggungjawab mengurus serta mengagihkan tugas-tugas tertentu kepada anak-
anak buah masing-masing. Pengerusi bagi Bengkel Guru Inovatif kali ini ialah
Muhammad Nazrin Bin Sulaiman pelajar PISMP Matematik, naib pengerusi ialah
Fadilah Binti Mohd Puad pelajar PISMP Pemulihan Bahasa Melayu, setiausaha ialah
Maslianna Bte Mohd Zainol pelajar PISMP Pendidikan Jasmani, naib setiausaha
ialah Prem Sukcharean A/L Kim Chee pelajar PISMP Sains dan bendahari ialah Afaf
Hilyani Binti Munajar pelajar PISMP Pendidikan Islam. Mereka ialah AJK tertinggi
bagi Program Bengkel Guru Inovatif bagi BIG Siri 6 ini. Setiap pelajar PISMP
Semester 6 telah dikutip wang sebanyak RM 10.00 bagi menampung perbelanjaan
untuk makanan. Setiap pelajar yang dilantik sebagai AJK kecil harus menjalankan
tugas masing-masing agar dapat memastikan kelancaran program tersebut pada
hari pelaksanaannya.
SEMASA
Pada 17 Oktober 2012 yang lalu, semua pelajar PISMP Semester 6 Ambilan
Januari 2010 telah terlibat secara langsung dengan Program Bina Insan Guru iaitu
Bengkel Guru Inovatif“Inovasi Guru dalam Transformasi Pendidikan”.
Bengkel ini bermula pada jam 2.00 petang. Kami diminta untuk hadir ke
Dewan Za‟ba, IPG Kampus Darulaman pada jam 1.45 petang. Ketika kami hadir ke
dewan, penceramah jemputan sudahpun berada di dalam dewan. Hal ini
menunjukkan bahawa penceramah tersebut merupakan seorang yang sangat
komited terhadap tugas yang telah diberikan. Meor Fakrullah selaku pengacara
majlis bagi bengkel petang ini telah membuat ucapan selamat datang kepada beliau
dan membacakan sedikit sebanyak sejarah mengenai Tuan Haji Rodzli Bin Haji
11 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
Hashim. Kemudian, bacaan doa dinaungi oleh Muhammad Anwari. Setelah tamat
bacaan doa, Meor Fakrullah menjemput Tuan Haji Rodzli untuk memulakan seminar
ini dengan jayanya.
Tajuk seminar pada hari ini ialah „Inovasi Guru dalam Transformasi
Pendidikan”. Guru dan inovasi tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana bertepatan
dengan definisi inovasi yang bermaksud kaedah mencari jalan untuk menghasilkan
produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam
mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan
prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Transformasi
pula membawa maksud perubahan. Kedua-dua perkataan ini memainkan peranan
penting dalam sebuah kehidupan seseorang pendidik. Hal ini kerana bidang ini
sendiri yang memerlukan perubahan. Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh dan
membiarkan bidang pendidikan dalam takuk yang lama? Tepuk dada, tanya selera.
Tuan Haji Rodzli Bin Haji Hashim telah menyediakan slaid persembahan yang
sangat menarik dan memberi manfaat kepada setiap pelajar. Antara pengisian yang
telah beliau sampaikan pada petang tersebut ialah berkaitan dengan bagaimana
guru dapat menyediakan diri sebagai guru yang inovatif, persediaan kemahiran,
amslsn kreativiti dan inovasi P&P, pengalamian inovasi P&P serta strategi
meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Terdapat unsur-unsur kecindan dalam
penyampaia ceramah beliau pada petang tersebut. Jadinya, setiap pelajar tidak
berasa tertekan pada petang itu. Sesungguhnya, Tuan Haji Rodzli merupakan
seorang pendidik yang berjaya kerana beliau telah banyak mengarang buku ilmiah,
buku cerpen dan pelbagai bahan penulisan yang lain. Walaupun beliau mahir dalam
bidang Geografi tetapi ilmu beliau lebih menyeluruh kepada pelbagai aspek. Kami
juga didedahkan bagaimana untuk mengawal murid terutamanya murid-murid Tahap
Satu yang mana umur mereka sekitar tujuh hingga sembilan tahun. Oleh itu, guru
tersebut harus merendahkan cara komunikasi supaya boleh difahami oleh murid-
murid. Bukannya merendahkan mentaliti hingga murid-murid berjaya memanipulasi
guru, bahkan guru tersebut harus bijak memanipulasikan keadaan atau situasi.
12 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
Menurut Tuan Haji Rodzli, seseorang guru itu seharusnya membuat
persediaan pengetahuan mengenai teori pengajaran, pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran. Sememangnya keempat-empat perkara ini telah dipelajari
sepanjang pembelajaran di IPG Kampus Darulaman, tetapi beliau telah mengatakan
bahawa beliau sering menggunakan pendekatan realistik yang mana mementingkan
gambar dua dimensi (2D), bahan maujud (3D) atau ke lapangan. Murid-murid pasti
akan tertarik dengan pengajaran guru. Namun demikian, bagi memastikan lagi
bahawa murid-murid akan terus memberi tumpuan terhadap pengajaran kita, guru
harus bijak meyampaikan maklumat kepada murid-murid. Hal ini kerana yang akan
membezakan seseorang pendidik itu ialah gaya serta cara penyampaian maklumat
kepada murid-murid. Itulah yang dinamakan inovasi serta transformasi.
Tuan Haji Rodzli juga mengatakan bahawa aspek terpenting dalam P&P ialah
sebelum waktu P&P bermula. Hal ini kerana pelbagai tugas yang harus dilakukan
sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Antaranya ialah membeli barang atau
peralatan yang harus digunakan untuk memasak jika ingin jalankan pengajaran
masakan, alat pengiraan untuk subjek matematik dan pelbagai lagi. Oleh itu, guru
haru membuat persediaan sekurang-kurangnya sehari sebelum memulakan
pengajaran. Selain itu, Tuan Haji Rodzli juga menekankan perihal ketrampilan guru.
Antara perkara yang dikatakan ketrampilan guru ialah kecekapan ICT, menyediakan
bahan pengajaran, amalan kerja yang terancang dan dokumentasi kerja. Sejajar
dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mementingkan
penggunaan ICT dalam setiap pengajaran. ICT bermaksud (information and
communication technology) ataupun dikenali sebagai teknologi maklumat dan
komunikasi adalah teknologi yang dapat menjimatkan masa untuk mengambil,
memindahkan, menganalisis, menyimpan dan menyampaikan data menjadi sesuatu
maklumat. Maklumat pada asasnya bermaksud data yang mana dengan kehadiran
proses pembelajaran menjadikannya pengetahuan. Dengan kata lain proses
pembelajaran itu sendiri adalah proses mendapatkan, menggunakan dan
menjadikan maklumat itu pengetahuan. Kompetensi „Celik Maklumat‟, kesedaran
kepada keperluan kepada maklumat, keupayaan menganalisa maklumat dan menilai
kegunaannya, dan berupaya menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan
pengetahuan adalah penting bagi membolehkan proses di atas dilaksanakan.
13 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
Komunikasi adalah perbuatan berhubungan antara manusia dan budaya, tapi telah
melalui dimensi baru setelah dirangkaikan dengan terma „maklumat‟ dan „teknologi‟.
Teknologi pula bukanlah terhad kepada internet, rangkaian, CD-ROM, video,
TV dan segala yang nampak bersifat teknikal tetapi terma „teknologi maklumat‟ yang
merangkumi penggunaan internet dan rangkaian komunikasi. Bagi dunia pendidikan
„teknologi maklumat‟ boleh dibahagikan kepada dua iaitu;Teknologi komputer seperti
modul kursus berasaskan komputer, penilaian berkomputer, perisian pemprosesan
kata, grafik, lembaran kerja, pangkalan data dan persembahan;Perisian
telekomunikasi yang menawarkan pendidikan jarak jauh, penyebaran sumber dalam
pendidikan, e-mel, konferen video, papan buletin dan chatting. Seterusnya, jika ingin
menjadi guru yang cemerlang, guru tersebut harus mengaktifkan panitia dan
persatuan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah pertandingan kuiz, puisi,
mengarang, melukis, penerbitan panitia seperti buletin bulanan atau mingguan, bilik/
sudut/ koridor mata pelajaran serta program peningkatan prestasi.
Terdapat pelbagai cara untuk menjadi guru yang cemerlang. Pertamanya
ialah keyakinan. Sebagai seorang guru, seharus mempunyai keyakinan untuk
memberi,mengubah,membentuk, mengasuh serta mendidik pelajar mengikut apa
yang seperti yang di dasarkan oleh Pendidikan Semasa. Kedua, kesabaran.
Kesabaran adalah sifat terpenting dalam mendidik pelajar.Oleh kerana
perkembangan dan persekitaran pelajar yang pelbagai memungkinkan pelajar
membesar dengan pelbagai cara dan untuk satukan semua dalam institusi
pendidikan harusnya memiliki kesabaran yang mantap. Ketiga, penyayang.
Apabila menyebut tentang penyayang,tentukan kita tentang kasih dan
melindungi.Mengasihi mereka dengan perasaan sayang yang jujur dan ikhlas akan
dapat mendidik akal dan hati kita untuk memuliakan pelajar dan memimpin mereka
ke jalan yang dikhendaki. Keempat, memahami. Fleksibel dalam pengajaran,
dengan tujuan supaya pelajar merasa kesamarataan dalam mendapat perhatian.
Pelajar akan lebih terangsang sekiranya mereka merasakan guru dapat memahami
dan memenuhi kehendak mereka. Kelima ialah bijaksana.Guru yang bijak akan
dapat melontarkan idea yang dapat difahami oleh semua murid dalam
kelasnya.Pengalaman dan pembacaan selalunya dapat membantu guru bijak
menguruskan idea dalam bilik darjah. Keenam, berdedikasiMemandang sama
14 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
kepada pelajar dan tidak mengkastakan pelajar.pelajar miskin atau kaya, atau baik
atau nakal tidak di jurangkan sewaktu pengajaran di jalankan. Ketujuh ialah
pelindung. Guru yang baik dapat memberikan perlindungan emosi,penyemarakkan
potensi dan idea pelajar.Tak semua pelajar yang sentiasa positif dan berada dalam
keadaan yang stabil.Dalam situasi ini guru yang berkualiti dapat mamantau dan
menghilangkan emosi negatif agar pelajarnya merasa gembira dan ceria.
Seterusnya ialah kesungguhan. Kesungguhan dalam membantu pelajar tanpa
mengira waktu ,masa dan penatlelah.mendahulukan pelajar sewaktu waktu
persekolahan dan sentiasa mencari idea untuk membaiki prestasi pelajar
terutamanya kepada pelajar yang lemah. Selain itu, guru juga boleh membanggakan
pelajar.Memberi penghargaan kepada pelajar, sama ada dengan ucapan atau
material akan dapat membentuk sikap untuk maju di kalangan pelajar.meraka akan
berlumba-lumba dalam pelajaran atau kokurikulum untuk mendapat pujian dan
sokongan dari guru atau rakan. Tambahan pula, guru perlu cakna dan terkini.
Kecaknaan terhadap murid dalam pengajaran atau kehidupan semasa perlu untuk
guru kerana ini dapat memberikan input jangka panjang kepada pelajar dalam
membentuk cita-cita dan niat yang kuat.Guru yang berkualiti sentiasa dapat
memberikan contoh kebanggaan semasa supaya pelajar merasakan mereka juga
mampu untuk menjadi seperti yang dibanggakan masyarakat.
Sebelum menamatkan sesi ceramah pada petang itu, Tuan Haji Rodzli telah
menyediakan lima soalan yang harus kami bincangkan ketika sesi Perbentangan
Kumpulan. Kelima-lima soalan itu berkaitan dengan slaid perbentangan yang telah
beliau sampaikan sebentar tadi. Oleh itu, kami harus bergerak dalam kumpulan
masing-masing dan membuat perbincangan tentang salah satu soalan yang telah
ketua kumpulan cabutkan terlebih dahulu.
Kesimpulan yang Tuan Haji Rodzli simpulkan sebentar tadi, beliau
menegaskan bahawa setiap guru harus bersifat inovatif dalam pengajaran agar
15 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
murid-murid tidak akan berasa bosan dengan corak penyampaian ilmu guru. Seperti
beliau, beliau menggunakan pendekatan realistik yang mana melibatkan sedutan-
sedutan video dari cerita-cerita di televisyen. Hal ini kerana sedutan-sedutan video
inilah yang akan menarik minat serta mencuri tumpuan murid-murid terhadap
pengajaran seseorang guru.
SELEPAS
Selepas program ini selesai, kami mengadakan mesyuarat post-mortem bagi
meneliti setiap masalah yang timbul sewaktu program dilaksanakan. Selain itu,
setiap AJK harus membentangkan hasilakan atau kerja yang telah mereka
laksanakan sebelum dan semasa program dijalankan. Kami juga dikehendaki
membuat laporan secara bertulis serta menyiapkan refleksi berkenaan program ini
dan menganalisis kelemahan, kekuatan dan berikan cadangan penambahbaikan
bagi setiap masalah yang timbul.
7. REFLEKSI KENDIRI
16 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
REFLEKSI PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
Syukur Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan laporan ini dengan jayanya.
Tanpa hadrat dan inayah daripada-Nya, tidak mungkin saya berjaya menyiapkan
tugasan ini bertepatan dengan kehendak pensyarah pembimbing.
Menerusi laporan Program Penanda Aras Guru Cemerlang Bagi BIG
semester 6 ini yakni BIG yang terakhir bagi pelajar PISMP Ambilan Januari 2010,
saya dapati saya mengkaji dengan lebih mendalam mengenai pengurusan sekolah,
ciri-cri kepimpinan seorang guru harus ada, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur
dan infostruktur kurikulum sesebuah sekolah. Memandangkan kami telah memilih
Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama sebagai lawatan penanda aras bagi guru
cemerlang kali ini, kami berharap kami mendapat pelbagai maklumat mengenai guru
tersebut kerana kami mendengar khabar bahawa sekolah tersebut memang sebuah
sekolah yang cemerlang dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum.
Melalui lawatan ini, sedikit sebanyak saya memperoleh input-input yang
berguna untuk saya aplikasikan pada masa hadapan kelak. Malah, saya dapat
memantau sendiri bagaimana mereka melaksanakan segala perancangan yang
telah mereka draf pada tahun lepas. Perancangan yang rapi sangat diperlukan bagi
memastikan sesebuah institusi pengajian itu dapat bergerak dengan lancar serta
tanpa masalah. Selain itu, saya juga diperkenalkan dengan pelbagai program
kecemerlangan bagi memastikan kebajikan serta prestasi murid dapat dikekalkan.
Pelbagai nasihat serta kata-kata hikmah yang dibekalkan kepada kami sepanjang
lawatan kami ke sekolah tersebut. Saya sangat mengagumi Guru Cemerlang SK
Sungai Korok Lama iaitu Encik Noor Azhar Bin Ahmad kerana ketegasannya dalam
memberi arahan, idea yang bernas dalam mencadangkan sesuatu perkara, sentiasa
berfikir ke hadapan bagi memastikan kecemerlangan milik mereka bersama. Malah
beliau juga telah banyak menyumbang kecemerlangan dan dari hasil titik peluh
beliau, beliau dianugerahkan Anugerah Guru Cemerlang.
Saya sangat berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak
sekolah tersebut. Mereka sanggup menunggu kami di hadapan pintu bilik mesyuarat
PKG sekolah semata-mata ingin menjemput kami serta menyediakan juadah
sarapan pagi kepada kami kerana kami datang dari Jitra. Sesungguhnya mereka
17 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
menjaga kebajikan kami selain daripada menjaga kebajikan anak-anak murid
mereka. Saya juga tidak menjangka yang mereka akan menyediakan juadah pada
pagi tersebut kerana kami tidak dimaklumkan terlebih awal. Bak kata Puan Norzaini,
juadah itu hanya sebagai tanda terima kasih kerana sudi membuat Lawatan
Penanda Aras di sekolah mereka. Saya juga sangat kagum dengan pencapaian
yang sekolah tersebut capai sepanjang tahun. Saya akui bahawa saya pelajari juga
cara-cara untuk menguruskan sesebuah organisasi tetapi cara sebenar untuk
mengurus sebuah organisasi yang melibatkan waris, murid dan sebagainya, saya
masih terkial-kial. Walau bagaimanapun, saya yakin setiap sekolah mempunyai
agenda serta cara yang tersendiri untuk mengurus hal-hal mereka. Sebagai seorang
pelajar dan bakal guru, saya harus kumpulkan segala maklumat yang berkaitan
dengan sekolah, murid serta waris supaya saya sudah mempunyai bayangan
tentang langkah-langkah untuk saya ambil apabila mula melangkah ke alam
pekerjaan kelak.
Kini, saya berasa berbangga dan gembira kerana saya dapat memahami
kesemua perkara tersebut sepanjang proses analisis maklumat-maklumat untuk
dimuatkan dalam laporan serta refleksi ini. Hal ini kerana sebelum ini, saya hanya
didedahkan sedikit sahaja mengenai pengurusan bilik darjah dan sebagainya oleh
para pensyarah, tidak sedalam yang saya kaji baru-baru ini. Bagi pendapat saya,
sekiranya tidak ada program seumpama ini mungkin saya tidak akan menimba
pengetahuan bak mutiara ini dan saya mungkin tidak berpeluang untuk mengecapi
nikmat ilmu tersebut.
Adat menuntut ilmu di perantauan, saya sentiasa bergerak ke perpustakaan
IPG, berjumpa dengan pensyarah pembimbing serta melakukan sedikit sesi
perbincangan bersama-sama rakan sekelas mengenai perkara yang terdapat dalam
tugasan bagi menghasilkan tugasan yang berilmiah dan lengkap serta bermanfaat
untuk diri sendiri atau orang lain. Saya bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan
yang sanggup melayan pertanyaan saya yang bertubi-tubi mengenai cara
pengurusan, iklim serta budaya di sekolah dan pelbagai lagi. Hasilnya, saya dapat
melaksanakan proses pembikinan tugasan ini dengan lancar dan baik. Dengan
berbekalkan tunjuk ajar daripada mentor iaitu Encik Hasim Bin Saari telah memberi
tunjuk ajar serta bantuan terhadap proses pelaksanaan Program Lawatan Penanda
18 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
Aras ini. Encik Hasim Bin Saari sentiasa membimbing saya di samping menerapkan
nilai-nilai murni yang dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya.
Melalui tugasan ini saya dapat mengatur masa dengan lebih sistematik. Hal
ini kerana bagi saya bagi menghasilkan satu tugas yang boleh dianggap cemerlang,
ia memerlukan komitmen yang tinggi serta pengurusan masa yang cekap. Dengan
adanya perbincangan serta kolaborasi antara pensyarah dapat melatih saya supaya
lebih menghargai masa memandangkan terdapat pelbagai tugasan yang harus saya
selesaikan dalam masa yang sama. Namun demikian, saya dapat jua akhirnya untuk
mengatur masa dan saya berpuas hati dengan hasil tugasan saya.
Akhir kalam, saya akui bahawa setiap insan tidak sempurna namun ada
kelebihannya tersendiri yang memerlukan diri kita sendiri untuk terokainya, begitu
jua dengan hasil tugasan yang telah saya laksanakan. Bagi saya, saya telah
memberi sepenuh komitmen serta idea bagi melaksanakan tugasan ini. Tetapi setiap
orang mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza. Namun begitu, saya
berharap agar hasilan saya dapat memuaskan hati pensyarah di samping saya
memperoleh pelbagai faedah serta maklumat baharu melalui tugasan berasaskan
ilmiah ini. Maklumat sedemikian amat berguna bagi saya aplikasikan dalam alam
kehidupan saya kelak.
KELEMAHAN
Kelemahan yang saya dapat analisis daripada program ini ialah daripada segi
peruntukkan pengangkutan. Saya berasa agak terkilan sedikit kerana kumpulan
kami tidak dibekalkan pengangkutan bas ke SK Sungai Korok Lama, Alor Setar.
Kami bergerak dengan kenderaan masing-masing. Sebanyak 14 buah kereta
berkumpul terlebih dahulu di IPG Kampus Darulaman sebelum berkonvoi ke SK
Sungai Korok Lama. Namun begitu, ada sebuah kereta yang dipandu oleh
Kumpulan PK 2 yang mengalami sedikit kerosakan. Oleh itu, mereka serta beberapa
pelatih lelaki yang menolong mereka di tempat kejadian, tiba lewat ke sekolah.
Tetapi, kelewatan mereka tersebut telah dimaklumkan kepada pihak sekolah agar
pihak sekolah memahami masalah yang dihadapi oleh pelatih-pelatih guru tersebut.
Kelemahan yang seterusnya ialah berkaitan dengan pengurusan masa. Saya
berasa agak terkilan kerana masih ada rakan-rakan yang hadir lewat ke tempat yang
19 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
telah ditetapkan. Malah, pihak yang menjanjikan masa iaitu meminta semua pelatih
berkumpul di IPG Kampus Darulaman pada jam 7.00 pagi juga lewat hadir ke IPG.
Oleh itu, kami bergerak ke sekolah agak lewat dar masa yang dirancangkan. Setelah
tiba di sekolah, guru Pendidikan Khas menanyakan sebab kami lewat sampai ke
sana. Saya berasa agak malu dengan sikap-sikap sesetangah pelajar yang tidak
pandai menjaga nama baik institut. Malahan, air muka diri sendiri juga harus dijaga
supaya tiada persepsi negatif yang dilemparkan kepada kita. Namun begitu, hingga
semester lima masih ada yang belum berubah.
Kelemahan yang seterusnya saya lihat dari segi persekitaran sekolah yang
kami jalankan lawatan tersebut. Saya ingin menyatakan bahawa setiap stesen mata
pelajaran yang disediakan haruslah lebih menarik dan dapat menarik perhatian
murid-murid serta para pelawat, bukan hanya sediakan bahan bacaan semata-mata.
Malah, ada kawasan yang begitu kosong, kawasan taman permainan yang tidak
terjagaboleh mengakibatkan kemalangan di kalangan murid-murid dan pihak
sekolah tidak memanfaatkan sepenuhnya ruangan yang terdapat di dalam kawasan
sekolah.
Kelemahan yang terakhir pula ialah mengenai bangunan sekolah. Memang
saya tidak menyangkal bahawa sekolah ini terdapat banyak bangunan. Ada
bangunan lama dan baharu. Namun, apa yang saya perhatikan ialah ada bangunan
yang kelihatan sudah tidak cantik. Mungkin pihak sekolah tiada peruntukkan wang
bagi mengecat semula bangunan-bangunan. Ada juga bangunan yang tidak terjaga
dan kelihatan usang. Tiada sudut membaca di sekitar kawasan sekolah ini. Walhal,
sudut ini walaupun dipandang remeh, tetapi impak atau kesannya terhadap murid
sangat hebat. Dari sudut-sudut inilah yang akan memberi galakan kepada murid-
murid untuk membaca selain menyediakan perpustakaan.
CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN
20 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
Terdapat beberapa cadangan yang saya ingin cadangkan di sini. Cadangan
pertama, pihak atasan perlu mengambil langkah tegas dalam memberi arahan
kepada para pelajar supaya mereka lebih tepat pada masa bagi melancarkan semua
aktiviti. Hal ini kerana hanya beberapa orang yang lewat, semua pelajar harus
tunggu mereka dan pihak di sekolah pula harus tunggu ketibaan kami. Pelajar yang
datang lewat tidak mempunyai integriti dalam menunaikan sesuatu tanggungjawab.
Cadangan yang seterusnya mengenai pengangkutan. Pihak IPG Kampus
Darulaman seharusnya mengambil kira langkah keselamatan para pelajar sepanjang
perjalanan ke sesuatu tempat. Hal ini kerana ketika pergerakan kami beramai-ramai
ke SK Sungai Korok Lama, tiada pensyarah pengiring yang mengiring pergerakan
kami. Alhamdulillah perjalanan kami pada pagi tersebut selamat walaupun ada
sebuah kereta yang mengalami masalah dan semua pelajar berada dalam keadaan
yang selamat serta baik.
Cadangan yang seterusnya mengenai sekolah tersebut. Saya cadangkan
supaya pihak sekolah adakan sudut permainan bagi setiap stesen mata pelajaran
yang mereka sediakan. Hal ini kerana sepanjang pemerhatian saya, saya lihat
hanya bahan bacaan sahaja yang mereka sediakan. Memang saya akui bahawa
bacaan boleh menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid tetapi dengan
permainan, murid-murid boleh berfikir secara kreatif dan kritis. Perkembangan
kognitif murid-murid lebih tergerak kepada permainan dan keseronokan. Maka
dengan itu, murid-murid tidak akan menjadi bosan dengan bahan-bahan yang guru
sediakan.
Cadangan yang seterusnya mengenai guru cemerlang tersebut. Saya
cadangkan supaya Encik Noor Azhar berkongsi pengalaman beliau secara terperinci
21 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
mengenai pengajaran murid-murid khas. Hal ini kerana setiap pengalaman
seseorang tidak serupa. Ada yang lebih berpengalaman, ada yang kurang
berpengalaman. Seperti kami, guru pelatih Pendidikan Khas yang hanya baru
menjalani praktikum pada semester 5 dan 6 tidak mempunyai banyak pengalaman
lagi dalam bidang keguruan ini. Oleh itu, kami memerlukan cerita pengalaman
daripada guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam bidang Pendidikan Khas
ini supaya kami dapat membuat rujukan pada masa akan datang dan
mengaplikasikannya dalam P&P kelas.
REFLEKSI BENGKEL INOVASI GURU
22 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
Syukur Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan laporan ini dengan jayanya.
Tanpa hadrat dan inayah daripada-Nya, tidak mungkin saya berjaya menyiapkan
tugasan ini bertepatan dengan kehendak pensyarah pembimbing.
Menerusi Bengkel Inovasi Guru dalam Transformasi Pendidikan bagi
memenuhi piawaian BIG Semester 6 ini, saya dapati bahawa saya mendapat
pelbagai input yang berguna dan juga baharu. Saya lebih memahami apa yang
dimaksudkan dengan inovasi oleh guru. Sebelum ini, saya ada juga ketahui serba
sedikit pembaharuan yang sering dijalankan oleh guru-guru memandangkan kedua
ibu bapa saya ialah guru namun saya tidak dapat lagi membuat apa-apa
pembaharuan kerana saya masih belum memahaminya secara mendalam.
Setelah saya menganalisis semua maklumat yang saya dapat, saya muatkan
dalam laporan serta refleksi ini. Cara saya apabila saya mendapat sesuatu
maklumat yang baharu, saya suka mencatat maklumat tersebut supaya saya tidak
lupa akan maklumat-maklumat tersebut. Oleh itu, saya berasa laporan-laporan yang
saya hasilkan sangat berguna untuk saya aplikasikan setelah saya melangkah kea
lam pekerjaan. Bagi pendapat saya, sekiranya tidak ada program seumpama ini
mungkin saya tidak akan menimba pengetahuan bak mutiara ini dan saya mungkin
tidak berpeluang untuk mengecapi nikmat ilmu tersebut.
Melalui tugasan ini saya dapat mengatur masa dengan lebih sistematik. Hal
ini kerana bagi saya bagi menghasilkan satu tugas yang boleh dianggap cemerlang,
ia memerlukan komitmen yang tinggi serta pengurusan masa yang cekap. Walaupun
saya mempunyai pelbagai komitmen yang lain, namun demikian, saya dapat jua
akhirnya untuk mengatur masa dan saya berpuas hati dengan hasil tugasan saya.
Akhir kalam, saya akui bahawa setiap insan tidak sempurna namun ada
kelebihannya tersendiri yang memerlukan diri kita sendiri untuk terokainya, begitu
jua dengan hasil tugasan yang telah saya laksanakan. Bagi saya, saya telah
memberi sepenuh komitmen serta idea bagi melaksanakan tugasan ini. Tetapi setiap
orang mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza. Namun begitu, saya
berharap agar hasilan saya dapat memuaskan hati pensyarah di samping saya
memperoleh pelbagai faedah serta maklumat baharu melalui tugasan berasaskan
23 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
ilmiah ini. Maklumat sedemikian amat berguna bagi saya aplikasikan dalam alam
kehidupan saya kelak.
KEKUATAN
Antara kekuatan yang saya analisis daripada bengkel Guru Inovatif ini ialah dari segi
pengurusan. Saya berasa agak berpuas hati dengan pengurusan AJK tertinggi
kerana pihak penceramah datang awal, AJK pendaftaran tunggu di pintu utaman
dewan serta mengambil kedatangan para pelajar yang hadir. Brosur juga disediakan
kepada setiap orang dan saya berpuas hati kerana lokasi yang selesa dan kondusif
sesuai untuk mendengar ceramah ilmu di petang hari.
Kekuatan yang seterusnya ialah input-input yang menarik dan bermanfaat
mampu menarik minat para pelajar. Tuan Haji Rodzli tidak kedekut ilmu serta
pengalaman yang telah beliau alami.
Kekuatan yang seterusnya ialah dari aspek penyampaian maklumat oleh
Tuan Haji Rodzli. Cara penyampaiannya sangat menarik dan mengagumkan.
Walaupun beliau sudah menghampiri usia untuk bersara, namun semangat
keguruan dalam dirinya masih muda. Beliau telah mengarang pelbagai buku
terutama bagi subjek Geografi bagi Menengah Rendah, Menengah Atas dan juga
bagi pelajar STPM. Oleh kerana berkat usaha serta kerajinan beliau, beliau
dianugerah Anugerah Guru Cemerlang, Jurusan Sektor Awam Khas C (JUSA C).
Kegigihan beliau telah membuat saya bangga dan kagum dengan kejayaannya.
KELEMAHAN
Kelemahan yang saya dapat analisis daripada program ini ialah dari segi
pengurusan masa. Masih ada pelajar yang datang lambat bagi menghadiri program
tersebut. Para pelajar yang datang lambat ini sepatutnya diambil tindakan yang
sewajar agar mereka tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
24 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
Kelemahan yang seterusnya juga ialah mengenai pengurusan masa.
Sepatutnya kami mempunyai perbentangan kumpulan bagi soalan-soalan yang telah
dikemukakan tetapi oleh kerana kekangan masa, sesi perbentangan kumpulan tidak
dapat dijalankan kerana masa mencemburui kami. Memang saya akui, saya agak
terleka mendengar ceramah beliau kerana beliau menggunakan pendekatan realistik
seperti gambar, muzik, bunyi dan juga video-video tertentu. Oleh hal demikian, masa
untuk beliau menyampaikan ceramah terlajak hingga memakan masa sesi
perbentangan kumpulan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan yang saya ingin cadangkan ialah pihak atasan
iaitu pihak IPG Kampus Darulaman mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap
para pelajar yang hadir lambat ke tempat ceramah. Hal ini kerana tindakan mereka
ini seperti kebudak-budakan dan akan memalukan nama baik IPG Kampus
Darulaman. Seharusnya warga pelajar menjaga nama baik IPG dan menunjukkan
sikap yang baik terhadap pihak luar agar persepsi orang luar terhadap pelajar IPG
Kampus Darulaman tidak terpesong.
Cadangan yang terakhir pula ialah mengenai tanggungjawab masing-masing
dalam menjalankan tugas. Setiap pelajar perlu peka terhadap tugas masing-masing.
Seharusnya setiap tanggungjawab yang diberi galas bersama-sama dan bukannya
dijalankan seorang diri ataupun diberi kepada orang lain. Jika hanya mengharapkan
pujian semata-mata itu bermakna kita tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasan
tersebut. Sikap begini seharusnya tidak perlu ada di dalam diri seorang guru.
Kerjasama yang sangat diperlukan dalam menjalankan sesuatu program.
25 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115
LAMPIR
AN
26 BINA INSAN GURU SIRI 6 WAJ 3115