1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan...
Transcript of 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan...
PERPUSTAKAAN UMS
1111111111111 1400017745
0017745
s <-tOJ.-. """2---
Kamaruzaman Haji Ampon ib Canselor
Universiti Malaysia Sabah
~ z "" ~ <~ ::.2 ;)
~s «: ~
Kandungan Tonggak Pertama: Integriti . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4
Tonggak Kedua: Menghormati .. .. . .... . .. . .. .. .. .. .... . . 6
Tonggak Ketiga: Kebebasan Akademik .... .. .. ... . .. .. 8
Tonggak Keempat: Profesionalisme ..... ....... .. .. ..... 10
Tonggak Kelima: Meritokrasi .. . ... ... .. .. .... .... ........ 12
Tonggak Keenam: Tanggungjawab Sosial ... .. .... . .. . 13
Tonggak Ketujuh: Kreatif & Innovatif .... . .. .. . .. .... . .. 14
Tonggak Kelapan: Pengantarabangsaan ... .. .. ... .... . 16
Lapan Tonggak Nilai Jati Diri Warga UMS .... .. . .. .. .. .. 19
l
]atiDiri TinggiKeArah
UMS Cemerlang 000017745 .-t.tt017 t+261/w
Bismillahi Rahmanir Rahim
Terima Kasih Pengerusi Maj/is,
Datuk-Datuk I Datin-Datin I Profesor-Profesor I Tuan-tuan I puan-puan dan saudara-saudari yang saya muliakan ...
Assa/amualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Watallah kerana dengan limpah
kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk menyempurnakan
penganugerahan kepada kakitangan UMS yang cemerlang berkat usaha dan
komitmen mereka yang tinggi dalam membantu UMS mencapai kecemerlangan.
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kakitangan
UMS yang bakal menerima anugerah kakitangan cemerlang pada pagi ini bagi
perkhidmatan tahun 2007. Namun, ini tidak bermakna kecemerlangan hanya pada
tahun 2007 sahaja, malah kecemerlangan secara berterusan perlu diwarisi sepanjang
tempoh perkhidmatan. Sementara, kepada kakitangan yang belum menerima
anugerah perkhidmatan cemerlang, JANGAN PUTUS ASA... dan jangan pula
menganggap bahawa tahun 2007 sebagai pengakhiran penganugerahan
kecemerlangan. Perkhidmatan saudara/saudari yang cemerlang akan dihargai dan
diiktiraf menerusi pemilihan secara meritokrasi secara berterusan.
2
JatiDiri Ti11ggiKeArah
UMS Cemerlang
Datuk-Datuk/Datin-Datin/Profesor-Profesor/Tuan-tuan/puan-puan dan saudara-saudari yang saya muliakan ...
Menjelang tahun 2020 Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan sekurang-kurangnya
enam (6) universiti mencapai prestasi untuk diklasifikasikan sebagai universiti penyelidikan.
Sehubungan ini dan seperti yang termaktub dalam visi dan misi, UMS bertekad mencapai
kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan
antarabangsa menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, khidmat
masyarakat dan keseimbangan pengkhususan ilmu serta keperibadian pelajarnya untuk
menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi
pembangunan masyarakat dan negara.
UMS perlu mengambil peluang daripada perubahan ekonomi dunia yang berasaskan
pengetahuan ini untuk melakukan transformasi. Untuk mencapai tahap kecemerlangan ini,
seluruh warga UMS perlu memiliki ciri-ciri insan yang berkualiti.
Dalam meniti ciri-ciri ini, saya ingin mengetengahkan LAPAN (8) TONGGAK nilai jati diri.
Adalah diharapkan penerapan LAPAN TONGGAKjati diri ini akan menjamin kelangsungan dan
kecemerlangan bagi memartabat dan merealisasikan visi dan misi UMS di samping memacu
ke arah Universiti Penyelidikan.
3
fa ti Diri Tiuggi Ke A rah
UMS Cemerlang
TONGGAK PERTAMA: INTEGRITI
Integriti membawa erti keutuhan yang menjurus ke arah perwatakan seseorang yang baik
dari semua aspek. Dalam hal ini, integriti yang dimaksudkan hendaklah mencakupi ciri-ciri
berikut:
1) Individu yang berpegang teguh dan mengotakan janji
Mengotakan janji merupakan sifat yang dituntut dalam melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan. Seseorang yang berpegang teguh dan mengotakan janji
sedar akan tanggungjawabnya kepada diri sendiri, masyarakat mahupun negara
dengan penuh kasih sayang dan iltizam. Dalam pada itu, kakitangan UMS yang
memiliki nilai-nilai moral yang tinggi mempunyai sifatjati diri yang merangkumi sifat keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan berpegang teguh kepada prinsip etika, mempunyai keberanian moral untuk menegakkan
kebenaran dan bekerja dengan ikhlas tan pa kepentingan peribadi.
2) Beretika dan berpegang kuat pada kebenaran dan keadilan
Etika secara khususnya menjurus kepada 'character', ataupun perwatakan dan
keperibadian. Etika merupakan satu landasan untuk mengawal tingkahlaku yang
membolehkan masyarakat mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari
masa ke semasa. Seseorang individu hendaklah beretika dalam apa jua tindak tanduk
yang dilakukannya. Keberkesanan prinsip beretika terletak pada individu itu sendiri.
Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat
mencapai tahap etika yang dikehendaki. Setiap amalan, tindakan dan perilaku
hendaklah berasaskan kebenaran dan keadilan yang saksama dan sama rata
4
Jati Diri Tinggi Ke A rah
UMS Cemerlang
berdasarkan undang-undang, peraturan, keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat. Dengan adanya sifat-sifat ini, kakitangan UMS akan sentiasa jujur dalam melaksanakan tanggungjawab, bercakap benar dan menepati janji, cermat dan berhemat dalam membuat keputusan, bertindak berasaskan profesionalisme dan patuh serta setia dalam melaksanakan tugas. Kakitangan perlu mengikut landasan yang betul dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Tuan-tuan dan puanpuan perlu membuat penilaian secara objektif dan profesional, menerima pandangan dan bersedia membuat pertimbangan semula a pa bi la mendapat maklumat dan fakta yang lebih lengkap dan tepat. Selain itu, kakitangan UMS perlu bersikap kritis dan analitis dalam membuat pertimbangan menggunakan kaedah yang betul dan menghargai hak dan keperluan setiap individu dan kumpulan serta bertindak dengan penuh bertimbang rasa.
3) Tidak berkompromi dengan tindakan yang tidak profesional
Kakitangan UMS perlu mengelakkan sebarang bentuk kerjasama yang menyalahi kuasa dan aktiviti yang bertentangan dengan kedudukan seperti rasuah, dan penipuan. Penelitian perlu dilakukan dengan mendapatkan maklumat yang lengkap mengikut lunas undang-undang dan peraturan serta keutamaan dan fakta yang tepat sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Seseorang individu juga perlu membuat penilaian secara objektif dan profesional, di samping menerima pandangan dan bersedia membuat pertimbangan semula agar tindakan yang sewajarnya dapat diam bi I.
5
--1
JatiDiri TinggiKeArah
UMS Cemerlang
4) Tidak membelakangkan dan menjatuhkan nama dan maruah universiti
Kakitangan UMS dituntut untuk menjaga nama baik universiti. Hal-hal yang boleh
menjatuhkan maruah universiti sebagai institusi pengajian tinggi hendaklah
dielakkan. Ketidak profesionalisme dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan
kakitangan universiti, hanya akan mendatangkan keburukan kepada universiti sekali
gus menjatuhkan nama dan maruah universiti itu sendiri. Oleh itu, dalam apa jua
tindakan, kakitangan UMS tidak seharusnya membelakangkan nama universiti kerana
identiti yang kita tampilkan di hadapan umum sama ada baik atau tidak, akan
melambangkan identiti universiti.
TONGGAK KEDUA: MENGHORMATI
Rasa hormat menghormati akan hanya dapat dipamerkan apabila wujudnya nilai percaya
pada harga dirinya sendiri dan pihak lain. Sikap ini menunjukkan bahawa kita memahami dan
menghargai orang lain.
1) Sifat menghormati antara satu dengan yang lain
Menunjukkan sikap hormat kepada orang lain dengan bersikap terbuka dan responsif
kepada perubahan idea, pengetahuan dan kemahiran baru serta sanggup menerima
teguran atau kritikan membina daripada mereka yang lebih berilmu. Mengiktiraf,
menerima secara muktamad dan tidak mempertikaikan sebarang pandangan atau
keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan universiti atau oleh Ketua Pengarah
sebagai ketua organisasi.
6
_J
JatiDiri TinggiKeArah
--- UMS Cemerlang --------------------------;
2) Memahami dan mengiktiraf individu lain
Warga UMS harus menanamkan sikap menerima pandangan pendapat orang lain serta bersedia membuat pertimbangan semula apabila mendapat maklumat dan fakta yang lebih lengkap dan tepat. Bersikap terbuka dalam memberi dan menerima buah fikiran dan pendapat serta yakin dalam menegakkan kebenaran dengan melaksanakan keputusan muktamad yang dibuat oleh pihak yang lebih berwibawa walaupun bertentangan dengan pendapat peribadi.
3) Melayani individu secara adil dan saksama
Membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang, peraturan, keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat. Seim bang dalam pembawaan diri, adil kepada diri sendiri serta adil terhadap ketua, orang bawahan dan rakan sekerja.
4) Memelihara maruah individu tanpa batasan
Sentiasa menjaga hak dan maruah orang lain dengan tidak memalukannya di hadapan orang ramai sekiranya berlakunya perselisihan faham. Selain itu, warga UMS tidak mengabaikan hak dan keperluan setiap individu dan kumpulan serta bertindak dengan penuh bertimbang rasa tanpa mengambil mengira perbezaan dan batasan individu daripada segi bangsa, agama, jantina atau jawatan yang dipegang.
7
/a ti Diri Tinggi Ke A rah
,____ _______ UMS Cemerlang -----------------------__ ____,
5) Muhasabah ("self-criticism") diri untuk memperbaiki sikap dan tindakan
Kakitangan UMS yang bermuhasabah diri sentiasa memperbaiki sikap, sanggup
melaksanakan kerja dengan tekun dan menyempurnakannya ke tahap yang terbaik.
Mereka ini juga mempunyai dorongan yang tinggi untuk sentiasa meningkatkan
prestasi dan bersedia menerima nasihat atau teguran, sentiasa berdedikasi dan
bersedia menerima tugas dan tanggungjawab. Komited dan tekun melaksanakan
tugas ke tahap yang terbaik, berusaha meningkatkan kualiti, hasil kerja, menimbah
ilmu pengetahuan dan kemahiran.
TONGGAK KETIGA: KEBEBASAN AKADEMIK
Kebebasan akademik merupakan kebebasan yang dimiliki oleh anggota akademik untuk
melaksanakan kegiatan yang berkait dengan pendidikan dan pengembangan ilmu
pengetahuan dan teknologi secara bertanggungjawab dan kendiri.
1) Menggalakkan penjanaan dan penyebaran ilmu sejagat
Kebebasan akademik dalam kalangan ahli intelektual kakitangan akademik akan
menggalakkan mereka mencetuskan idea-idea atau penemuan-penemuan ilmu baru
yang memacu kepada pembangunan dan pembaharuan universiti. Penjanaan ilmu
ilmu baru tersebut akan dikaji dan dapatan kajiannya akan disebarkan untuk
kepentingan masyarakat sama ada tempatan mahupun luar negara.
8
Jati Diri Tinggi Ke A rah
1--------- UMS Cemerlang -------------------------
2) Mengambilkira kepelbagaian pendapat daripada individu yang berbeza
Dalam menyokong kebebasan berakademik, kita tidak seharusnya menghalang orang lain mengemukan pendapat dan pandangannya sendiri. Dalam hal ini, individu atau masyarakat perlu berfikiran terbuka dengan mengambil kira kepelbagaian pendapat serta pandangan individu lain. Perkara ini amat penting untuk mempertimbangkan semula pendapat-pendapat yang wajar diterima kerana melalui pelbagai pendapat inilah akan melahirkan idea-idea yang bijak dan bernas.
3) Tidak berselindung di sebalik kegiatan akademik
Kebebasan akademik dalam kalangan penggiat akademik perlu digunakan sebaik mungkin demi untuk kepentingan diri, masyarakat dan sejagat. Adalah melanggar etika profesionalisme seseorang penggiat akademik menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk tujuan-tujuan yang menyalahi undang-undang dan peraturan seperti rasuah, penipuan dan perkara-perkara yang tidak bermoral. Kebebasan akademik harus selari dengan nilai tanggungjawab yang beretika.
4) Memanfaatkan kebebasan akademikdan nilai-nilai keintelektualan
Kebebasan akademik dalam kalangan penggiat akademik juga perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan nilai-nilai keintelektual seperti berani menyuarakan pendapat, berkongsi ilmu pengetahuan, tekun, berusaha memperbaiki diri, berfikiran telus dan terbuka serta berani menegakkan kebenaran untuk kepentingan universiti, masyarakatdan negara.
9
JatiDiri TinggiKeArah
UMS Cemerlang
5) Menjiwai ilmu dengan pen uh kesungguhan dan penghayatan
Penggiat akademik bukan sahaja perlu menyebarkan ilmu yang ada di dada mereka
tetapi perlu juga menjiwai ilmu tersebut dengan penuh penghayatan kerana tanpa
penjiwaan dan penghayatan, sesuatu ilmu tersebut tidak bermakna. Penjiwaan ilmu
amat penting terutamanya untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan
menarik perhatian sejagat sekali gus meletakkan universiti ke arah memacu universiti
penyelidikan.
TONGGAK KEEMPAT: PROFESIONALISME
Pembentukan masyarakat yang benar-benar maju bukan sahaja perlu berasaskan kepada
kedudukan ekonomi yang berdaya maju dan berdaya saing, tetapi juga kepada minda,
budaya, nilai dan amalan profesionalisme perlu diperkukuh sejajar dengan perkembangan
ekonomi negara.
1) Berbangga dengan pencapaian dan berusaha meningkatkan kepakaran
Kita perlu berbangga terhadap pencapaian dan usaha yang telah kita sumbangkan
dalam profesion kita walaupun kejayaan tersebut tidak sebesar mana. Apa yang
penting, seseorang individu perlu meningkatkan ilmu dan kepakarannya seiring
dengan peningkatan tahap profesionalisme secara berterusan tanpa mengharap
sangat insentif dari pihak universiti.
2) Komited dalam organisasi
Warga UMS yang komited dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan sentiasa
bertanggungjawab terhadap kerja, atau tugas yang diamanahkan dengan baik.
10
JatiDiri TinggiKeArah
1-------- UMS Cemerlang -------------------------
Seseorang yang komited juga sentiasa berusaha dengan tekun untuk melaksanakan
tugas yang telah diamanahkan dengan menyempurnakannya tanpa sebarang
keluhan.
3) Bersikap positif terhadap kritikan untuk meningkatkan prestasi diri
Pekerja yang bersikap positif sanggup melaksanakan kerja lebih daripada yang
diharapkan serta tekun menyempurnakannya ke tahap yang terbaik. Mereka ini juga
mempunyai dorongan yang tinggi untuk sentiasa meningkatkan prestasi dan bersedia
menerima nasihat atau teguran. Bersikap terbuka dan responsif kepada perubahan
idea, pengetahuan dan kemahiran baru serta sanggup menerima dan memberi
teguran atau kritikan yang membina.
4) Menghayati etika profesionalisme
Kakitangan UMS dituntut untuk menghayati etika profesionalisme dalam
profesionnya. Nilai ini merujuk kepada pelaksanaan peranan dan fungsi sebagaimana
yang ditetapkan, peningkatan kemampuan diri dan bersikap bertanggungjawab
terhadap amanah yang diberikan. Dengan kepekaan terhadap etika profesionalisme
ini, setiap amalan, tindakan dan perilaku adalah berdasarkan kebenaran undang
undang dan peraturan.
5) Mengiktiraf pencapaian dan sumbangan individu
Penghargaan dan pengiktirafan merupakan keperluan yang paling tinggi yang perlu
dipenuhi. Dalam konteks UMS, pengiktirafan yang sewajarnya perlu diberi kepada
individu yang menjalankan tugasnya dengan cemerlang, tekun dan berusaha agar
individu tersebut dapat memotivasikan dirfnya ke tahap yang lebih tinggi.
11
Jati Diri Ti11ggi KeArah
_ UMS Cemerlang -------------------------i
6) Kepentingan keadilan dan kesaksamaan mengatasi kepentingan peribadi
Keadilan dan kesaksamaan amat penting dalam menghadapi masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Melalui sikap adil, kita perlu memberi peluang yang saksama kepada pembangunan diri dan orang lain dalam memacu kemajuan kerjaya. Selain itu, warga UMS perlu seimbang dalam pembawaan diri, adil kepada diri sendiri serta adil terhadap ketua, orang bawahan dan rakan sekerja.
TONGGAK KELIMA: MERITOKRASI
Meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan yang berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya berasaskan kekayaan atau status sosialnya. Ramai yang memberi imej negatifterhadap meritokrasi, namun masih ramaijuga yang percaya dengan kebaikan sistem ini di dalam masyarakat. Sistem ini adalah lebih adil dan produktif, berbanding sistem yang mengamalkan status sosial.
1) Pelantikan, kenaikan pangkat dan pemilihan anugerah cemerlang berdasarkan merit
Sistem meritokrasi yang digunakan dalam perlantikan, pemilihan dan kenaikan pangkat dan pemilihan anugerah cemerlang yang berdasarkan kepada merit telah digunakan di semua institut pengajian tinggi. Hal ini bermakna, kenai,kan pangkat seseorang individu bergantung kepada jumlah merit yang terkumpul. Manakala merit seseorang bergantung kepada sikap komited dan usahanya dalam melakukan tugas yang diamanahkan.
12
/a ti Diri Tinggi Ke A rah
,___ _______ UMS Cemerlang --- - - --
2) Penilaian prestasi pelajar berdasarkan pencapaian akademik dan kokurikulum
Melalui sistem meritokrasi yang dilaksanakan di negara ini, pelajar yang melanjutkan
pelajaran ke institut pengajian tinggi bergantung kepada pencapaian akademik,
kemahiran dan aktiviti kokurikulum. Hal ini bermakna tiada lagi kuota untuk pelajar
pelajar tertentu dan mereka yang ingin memasuki universiti perlu bersaing secara adil
tan pa mengira bangsa, agama dan latar belakang.
TONGGAK KEENAM: TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Tanggungjawab Sosial atau Social Responsibility merupakan suatu tonggak yang
menekankan peri pentingnya organisasi khususnya universiti memiliki suatu tanggungjawab
terhadap pelajar, kakitangan, pegawai, dan komuniti dalam segala aspek pengurusan
universiti.
1) Bersama memberi sumbangan terhadap pembangunan negara
Sudah menjadi peranan dan tanggungjawab universiti untuk memberi sumbangan
kepada pembangunan negara. Semua kakitangan universiti sama ada pensyarah
atau pegawai perlu berganding bahu dan bekerjasama dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka terutamanya dalam aspek penyelidikan dan pembangunan di
universiti. Melalui bidang ini, kita dapat meningkatkan penyelidikan dan inovasi
kebangsaan dengan pelbagai penemuan ilmu yang bersifat komersial.
13
Jati Diri Ti11ggi Ke A rah
_ UMS Cemerlang
2) Menyertai aktiviti khidmat masyarakat
Nilai ini dapat dilakukan dengan mewujudkan perhubungan sosial dan komunikasi terbuka serta tolong-menolong melalui program bakti siswa yang boleh dimanfaatkan bersama dengan komuniti. Universiti perlu menyokong kakitangan dan pelajar dalam usaha mereka untuk menawarkan perkhidmatan sukarela dengan menyertai program amal yang menyokong individu dan komuniti terutamanya dalam bidang pendidikan dan kualiti kehidupan bagi mereka yang kurang bernasib baik.
3) Memanfaatkan kepakaran untuk penambahbaikan masyarakat dan negara
Tenaga profesional di universiti diperlukan untuk penambahbaikan masyarakat dan negara. Hasil atau dapatan penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan di universiti akan dikongsi bersama dengan masyarakat dan negara. Dalam setiap kajian yang dilakukan diharapkan akan membawa kepada penyelesaian pernyataan masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
TONGGAKKETUJUH: KREATIF&INNOVATIF
Tonggak ini menjelaskan cara individu, sekelompok manusia atau sesebuah organisasi memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikan daya kreativiti dan pembaharuan dalam usahanya untuk membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah, menerbitkan idea dan menghasilkan sesuatu inovasi. Tonggak kreatif amat penting dalam dunia pendidikan untuk melahirkan sebuah citra masyarakat yang kreatif dan negara inovatif.
14
Jati Diri Tinggi Ke A rah
UMS Cemerlang
1) Bergiat secara aktif untuk peningkatan universiti
Penyertaan dan penglibatan setiap individu atau kakitangan di sesebuah universiti
amat diharapkan supaya semua kakitangan tidak lupa tanggungjawab masing
masing dan dapat menyumbang sesuatu kepada pembangunan dan inovasi
universiti. Kegiatan aktif ini boleh dilihat dalam penglibatan menghasilkan buku,
jurnal, menganjurkan program sejagat, membuat penyelidikan yang berkualiti dan
sebagainya.
2) Berkeupayaan melangkaui sempadan ilmu menjana penemuan baru
Penyelidikan dan pembangunan menjadi satu kewajipan kepada universiti untuk
menjana penemuan-penemuan ilmu baru yang kreatif dan inovatif sama ada dalam
bidang reka cipta, sains, sains gunaan, sosial ataupun teknologi. Kelebihan daripada
sifat kreatif yang melekat pada seseorang individu atau sesebuah universiti adalah
kemampuan mereka untuk melihat peluang dalam masalah-masalah yang muncul
dalam kalangan masyarakat, seterusnya mampu mencipta sesuatu yang baru.
Setiap universiti berlumba-lumba untuk menghasilkan R&D yang dapat memberi
sumbangan yang besar kepada negara kerana aktiviti R&D yang cemerlang bersifat
komersial sekali gus dapat menaikkan nama universiti sebagai universiti penyelidikan
dan diiktiraf di peringkat tempatan dan global.
3) Menggalakkan idea baru dan sanggup berubah dan menerima perubahan untuk penambahbaikan
Sesebuah universiti hendaklah menggunakan kepakaran kakitangannya dalam
mencetuskan idea baru secara berterusan. Penemuan idea baru ini amat penting
15
J ati Diri Tinggi Ke A rah
UMS Cemerlang
kepada peningkatan intelektual dan inovasi universiti agar berdaya saing dengan
universiti tempatan lain. Idea yang bersifat komersial akan menyumbang kepada
pembangunan universiti sekali gus dapat meningkatkan ekonomi negara. Setiap
individu warga UMS yang ingin memacu ke arah kejayaan berterusan harus
menghadapi perubahan dan penambahbaikan untuk kebaikan UMS itu sendiri. Tanpa
perubahan dan penambahbaikan, sudah tentu kita akan kekal di takuk lama dan
ketinggalan dalam pelbagai aspek sama ada dari segi maklumat, strategi, teknologi, dan lain-lain.
TONGGAKKELAPAN:PENGANTARABANGSAAN
1) Menggalakkan kajian dan penyelidikan di peringkatglobal
UMS perlu menggunakan kepakaran penyelidiknya sebaik mungkin dalam bidang
penyelidikan untuk menghasilkan dapatan yang boleh dimanfaatkan di peringkat
antarabangsa. Hal ini perlu ditekankan oleh UMS untuk menaikkan mutu dan kualiti
penyelidikan dan pembangunan R&D negara agar mampu bersaing di peringkat
antarabangsa dengan menghasilkan penemuan ilmu baru yang memberi manfaat
kepada masyarakat dunia.
2) Menjalin kerjasama penyelidikan serantau
Tidak dapat dinafikan, penyelidikan di luar negara lebih berjaya, bermutu dan
berkualiti dari semua aspek berbanding penyelidikan tempatan. Oleh hal yang
demikian, kerjasama serantau penting dijalin terutamanya dalam bidang
penyelidikan. Hal ini kerana, dengan adanya kerjasama serantau kita dapat belajar
dan berkongsi pengetahuan, kewangan, kemajuan teknologi dan infrastruktur dan
kepakaran mereka dalam mengendalikan bidang penyelidikan.
16
T ati Diri Tinggi Ke A rah
UMS Cemerlang
3) Mempromosi kecemerlangan universiti di peringkat global
Unit pengurusan penerbitan universiti mempunyai tanggungjawab penting untuk
mempromosi dan menghebahkan kecemerlangan universiti di peringkat
antarabangsa. Adalah menjadi perkara penting menghebahkan kecemerlangan
universiti melalui penerbitan artikel, jurnal, buku, atau melalui laman web universiti.
Hal ini perlu dilakukan untuk menarik perhatian dan mendapatkan hubungan
kerjasama dari luar negara dalam pelbagai aspek berkaitan pendidikan.
Datuk-Datuk/Datin-Datin/Profesor-Profesor/Tuan-tuan/puan-puan dan saudara-saudari yang saya mu/iakan ...
Saya sedar bahawa untuk menyematkan semua ciri ini bukanlah satu perkara yang mudah.
Saranan saya ini bukannya bermula daripada para pelajar, sebaliknya bertitik tolak daripada
tenaga kakitangan pentadbiran dan akademik itu sendiri. Ketam tidak akan mengajar
anaknya berjalan lurus, begitu juga dengan kakitangan dan tenaga pengajar tidak akan
dapat menyumbangkan perkhidmatan dan memberikan ilmu yang mantap kepada para
pelajar, sekiranya mereka sendiri mempunyai perkhidmatan dan pemikiran yang terhad dan
cetek sifatnya. Pangkat dan jawatan tidak akan memberi kekebalan kepada mereka yang
tidak terdedah dan mempunyai ilmu yang mencukupi. Kita mengkhianati keyakinan dan
kepercayaan yang diberikan oleh pelajar sekiranya ilmu yang kita berikan tidak berbaloi.
Kepincangan ini perlu kita perbaiki terlebih dahulu dengan secepat mungkin tanpa prajudis.
Saya kira saranan ini bukanlah sesuatu yang mustahil atau di luar kapasiti dan
keupayaan para warga UMS. Bukankah UMS ini sebuah pusat pengajian tinggi yang mampu
mengasuh dan mengasah minda? Tugas untuk memperkasa dan memantap minda adalah
satu tanggungjawab yang besar dan bukannya sesuatu yang remeh dan dipandang ringan.
Para pelajar yang bertuah menyambung pengajian mereka di UMS bukan sekadar mengejar
17
Jati Diri Ti11ggi Ke A rah
UMS Cemerlang
segulung ijazah diakhir pengajian mereka, malah setiap pelajar yang hadir di sini dahagakan ilmu dan kemahiran untuk menghadapi apa jua cabaran apabila mereka meninggalkan institusi pengajian tinggi kelak.
Kita tidak dapat nafikan bahawa ada antara ibu bapa yang sanggup berhutang dan bergadai harta untuk menentukan anak-anak mereka boleh menyambung pengajian mereka ke UMS. Ada juga para pelajar yang sanggup menanggung hutang walaupun mereka belum menyara hidup masing-masing. Ada antara mereka yang perlu mula membayar beban hutang walaupun mereka belum lagi mendapat pekerjaan. Keadaan ini tidak dapat dielakkan, ini realiti ! ! !
Datuk-Datuk/Datin-Datin/Profesor-Profesor/Tuan-tuan/Puan-puan dan Saudara-saudari yang saya muliakan ...
Semua ini bergantung kepada pengorbanan kita yang tidak pernah mengenal erti jemu untuk memberi perkhidmatan, mendidik, mengasuh, membuka minda mereka untuk menanam bibit-bibit keinsafan seterusnya membolehkan mereka menjiwai bidang atau pengkhususan yang diceburi.
Di sini sekali lagi saya ingin menekan dan menyarankan agar setiap kakitangan UMS harus mempunyai kesedaran dan keinsafan, keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, pendek kata kita mesti memiliki INTEGRITI yang tinggi. Adalah penting untuk kita mampu memperbaiki diri sendiri demi mempertingkatkan jati diri terlebih dahulu sebelum kita berupaya membantu dan memperbaiki diri orang lain.
Sekian Teri ma Kasih Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ....
18
L.,
, Q
j cr.
0 s: