1.0 PENDIDIKAN ABAB KE -21 2.0 GURU ABAB KE- 21 3.0 PELAJAR ABAD KE-21 4.0 KEMAHIRAN ABAB 21 5.0 WEB...

48
1.0 PENDIDIKAN ABAB KE -21 Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia Yang telah Iilhamkan oleh Y.A.B hgTun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia di Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 beliau menyatakan, membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana penting bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia kearah pencapaian matlamat pembangunan Negara. Pendidikan bertaraf dunia atau world class akan menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib, 1997 ). Ini adalah antara kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia. Tepat pada masanya,Wawasan 2020 dan Pendidikan bertaraf dunia berada di dalam lingkungan abad ke-21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan yang bersungguh sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian – Webster Online world class is definedas being of the highest calibre in the world . Pada pendapat saya bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima diperingkat antara bangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunka sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis,iaitu: i. Pembangunan tenaga manusia 1

description

1.0 PENDIDIKAN ABAB KE -21 2.0 GURU ABAB KE- 21 3.0 PELAJAR ABAD KE-21 4.0 KEMAHIRAN ABAB 21 5.0 WEB 2.O, 3.0, DAN 4.0 6.0 TEORI 7.0 RUMUSAN RUJUKAN

Transcript of 1.0 PENDIDIKAN ABAB KE -21 2.0 GURU ABAB KE- 21 3.0 PELAJAR ABAD KE-21 4.0 KEMAHIRAN ABAB 21 5.0 WEB...

1.0 PENDIDIKAN ABAB KE -21

Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia Yang telah Iilhamkan oleh Y.A.B 

hgTun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia di Sidang

Kemuncak  Pendidikan 2004 beliau menyatakan, membangunkan Sistem Pendidikan

Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya. Pendidikan Bertaraf Dunia

merupakan wahana penting bagi mencapai hasrat  wawasan 2020 ialah mahu 

menjadikan masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat  maju perlu

bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Agen

perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di

dalam pembangunan sumber manusia kearah pencapaian matlamat  pembangunan

Negara. Pendidikan bertaraf dunia atau world class akan menentukan kejayaan

perubahan insan. ( Mohd Najib, 1997 ). Ini adalah antara kata-kata

terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia.

Tepat pada masanya,Wawasan 2020 dan Pendidikan bertaraf dunia berada di

dalam lingkungan abad ke-21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita

kerajaan yang bersungguh sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian – Webster

Online world class is definedas being of the highest calibre in the world . Pada

pendapat saya bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau

yang setaraf  dengannya di dunia. Ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan

pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti,

standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima diperingkat

antara bangsa atau dunia. Dilihat dari  perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf

Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam

membangunka sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan

dinamis,iaitu:

i. Pembangunan tenaga manusia

ii. Kepesatan pertumbuha ekonomi

iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

iv. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

 

Pada abad ke-21,  penanaman dan pengembangan pengetahuan adalah inti dari

kehidupan modern. Ini bererti bahwa pendidikan pada dasarnya penting dan

terletak di pusat perkembangan setiap masyarakat. Peningkatan proses dan

1

metode yang terlibat di dalamnya juga akan memiliki efek trickle down signifikan

pada bagaimana lanjutan masyarakat dan berapa banyak potensi yang

diaktualisasikan. Pada akhirnya, hal ini tergantung pada seberapa baik individu

yang menjalani sistem pendidikan yang dikembangkan. Penyempurnaan bakat

mereka, perolehan keterampilan dan mengasah holistik orang adalah

keunggulan dari sebuah masyarakat yang maju. Hal ini juga dapat dikatakan

bahwa peradaban besar dan kebudayaan dari masa lalu sama-sama prihatin

dengan yang sama. 

Pada abad ke-21 cara baru dan lebih ampuh mendidik anggota

masyarakat yang sedang dicari oleh pendidik dan lembaga pendidikan. Sebuah

metode yang layak dapat rekayasa sosial. Ini memiliki aspek biasa menanggapi

perilaku manusia dan kecenderungan sehingga individu akan terdorong untuk

melakukan tindakan atau mengejar tujuan yang belum tentu mereka tapi

mungkin baik bagi mereka. Hal ini terjadi ketika siswa brilian tidak ingin

melakukan jalan yang akan memaksimalkan potensi-nya ini dapat dimanfaatkan

untuk membujuk orang tersebut sebaliknya. Memang, ini adalah suatu bentuk

manipulasi, tetapi dalam banyak cara pendidikan secara umum adalah sifat yang

sama. 

Landasan rekayasa sosial adalah bahwa ia menggunakan cukup banyak

wawasan tentang perilaku, manusia, jiwa dan kecenderungan untuk individu

secara langsung untuk melaksanakan kegiatan tertentu atau menghibur pikiran

tertentu. Kedua yang mungkin untuk suatu tujuan yang hanya diketahui orang

menggunakan metodologi tetapi bukan  subjek. Selanjutnya, dalam pikiran yang

sama ia termotivasi oleh kepentingan pribadi, tetapi tidak diketahui kepadanya

bahwa ini adalah juga konsisten dengan kepentingan yang lain. Hal ini dapat

merupakan inti dari metode pengajaran yang rumit. Tingkat aplikasi untuk set

teknik yang tak terbatas. Namun, pada umumnya, akan potensial karena akan

mempengaruhi siswa pada tingkat kesadaran mereka sendiri. 

Hal ini penting mengingat budaya saat ini dan  lingkungan

sosial mahasiswa direndam  Mereka ada di alam  dengan gangguan penuh dan

kekuatan yang bersaing untuk mendapatkan perhatian dan keterlibatan

mereka. Metode eksternal jelas menanamkan di dalamnya pengetahuan dan

membuat mereka belajar dengan cara yang sama tidak lagi mencapai ukuran

keberhasilan yang sama seperti di masa lalu. Pendidikan modern perlu untuk

menanggapi perubahan dalam status quo. Respon yang terletak dengan

2

rekayasa sosial. Dengan langsung menekan ke dalam kesadaran siswa dan

memotivasi dia untuk belajar hal tertentu atau mengejar pengetahuan spesifik,

gangguan eksternal yang dinegasikan. Hal ini menyiratkan bahwa ia bisa belajar

lebih banyak dan menjadi lebih terdidik. Gangguan masih ada, namun daya tarik

mereka diencerkan dan minat siswa secara implisit diarahkan ke sarana yang

lebih konstruktif dan pendidikan. Ini menguraikan tempat dan nilai dari rekayasa

sosial dalam pendidikan modern.

2.0 GURU ABAB KE- 21

Profesion perguruan bukan satu profesion yang statik dan tidak

menjanjikan peluang kenaikan pangkat. Kementerian Pelajaran Malaysia

mengadakan pelbagai intensif untuk membantu meningkatkan profesionalisme

perguruan melalui perlaksanaan guru Cemerlang. Sebagai seorang guru, kita

seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang

mulia oleh masyarakat. Guru merupakan seorang yang mengajar di sekolah dan

mempunyai pemikiran yang matang dari segi ilmu dan juga perwatakan. Guru

abad ke-21 pula perlu mempunyai ciri iaitu kaya dengan maklumat termasuklah

ilmu sains dan teknologi maklumat. Seorang guru abad 21 juga perlu ada

kekuatan minda dengan kreatif dan proaktif. Seseorang guru perlu mempunyai

hati yang luhur dan harmoni terutama apabila mengawal keadaan di dalam

kelas. Semangat jati diri, jaya diri, keusahawaan dan ketrampilan perlu dimiliki

oleh seseorang guru abad 21. Ini kerana pada masa kini pelajar lebih cerdik dan

bijak pandai daripada guru disebabkan mereka mendapat pengetahuan luar iaitu

tuisyen. Pada masa sekarang guru bukan sahaja sebagai guru tetapi sebagai ahli

usahawan untuk mendapat pendapatan yang lebih dan berdaya saing antara

sesame sendiri. Dalam membimbing anak bangsa pada masa sekarang apa yang

penting diri seorang guru ialah semangat jati diri yang kental.

Para pendidik dan guru-guru perlulah dilengkapkan dengan pelbagai ciri-

ciri yang menunjukkan seorang guru yang boleh mmbangunkan modal insan

yang berguna suatu hari nanti. Seorang guru perlu menguasai subjek atau

kandungan kurikulum apabila disoal atau ditanya oleh pelajar. Selain itu

seseorang guru itu mesti memahami perkembangan pelajar-pelajar dan

menyayangi mereka. Guru perlu mempunyai pelbagai kaedah dan teknik yang

boleh digunakan dalam suasana yang berbeza dan pelajar yang berbeza. Guru

3

abad 21 perlu mempunyai imaginasi yang tinggi yang membolehkannya

memberikan pelbagai jenis contoh yang mampu membantu para pelajarnya

memahami sesuatu perkara dengan cepat dan mudah. Selain itu mereka juga

perlu mempunyai kecerdasan yang tinggi yang membolehkannya memahami

serta mengajar sesuatu dari sudut pandangna yang luas.

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan mengembleng peluang

untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan

teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan

teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan

harian. Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda

untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai

modal intektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan

pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketrampilan

mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan

kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of

learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya

memberi ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan

keperluan negara, perkembangan semasa, dan kemajuan sejagat.

Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan dasar

pembangunan negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan

sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba

boleh, dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan

daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan

masyarakat saintifik, teknologi dan progresif yang inovatif dan berpandangan

jauh ke hadapan. Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban

dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan.

Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat

mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

Pendidik yang professional dapat menangani pengajaran dan

pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak

dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi

gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan

dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri "hi-tech", dengan

pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka

konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan

4

masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara

formal mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha

menwujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang

berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri,

memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik,

berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan

amalan hidup yang cemerlang.

Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda

untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai

modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan

pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan

yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah

mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-

kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran

teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai

keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan

generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang

bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini, serta

berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

Perkembangan dunia dari aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi

seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan

untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang

berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan,

semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia,

dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh

menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

3.0 PELAJAR ABAD KE-21

Pelajar generasi abad ke-21 telah menjadi lebih professional dan amat

memahami tugasan mereka sebagai pelajar. Kaedah pembelajaran tidak lagi

tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama tetapi pelajar seharusnya

mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Dalam pembangunan sebuah

5

negara yang maju, masyarakat Malaysia memerlukan kesediaan diri yang kukuh

dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sebagai sebuah negara maju,

pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap bidang

memerlukan sepenuh perhatian. Ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang

sebagai jurutera, doktor, arkitek, saintis, usahawan, peguam, ahli fikir dan

sebagainya amat diperlukan. Kesemua golongan ini secara bersepadu

menggembleng fikiran, tenaga dan usaha untuk membangun Malaysia menjadi

sebuah negara maju.

Pelajar merupakan nadi utama sesebuah negara sebagai generasi yang

akan meneruskan pentadbiran negara pada masa akan datang. Oleh yang

demikian, pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjadikan

pendidikan di Malaysia setaraf dengan pendidikan antarabangsa. Bagi

mencapai status tersebut, pelajar abad ke-21 haruslah bersifat kreatif dan

berinovasi dalam membentuk masyarakat yang disegani. Ini selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menjurus kepada meningkatkan

kreativiti dan inovasi, budaya ilmu, membudayakan sains dan teknologi,

pembelajaran sepanjang hayat, menyediakan sistem pendidikan yang lebih

cekap, berkesan dan bertaraf yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia,

menjadikan Malaysia pusat sebagai kecemerlangan pendidikan, serta

meningkatkan martabat pendidikan di Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Pelajar abad ke-21 perlu celik IT sebagai persediaan dalam menghadapi

ledakan globalisasi. Penguasaan ilmu teknologi maklumat boleh membantu

pelajar dalam meningkatkan ilmu kendiri. Pembelajaran masa kini tidak lagi

tertumpu pada maklumat guru semata-mata tetapi pelajar sendiri perlu

berusaha mencari maklumat tambahan sebagai pengetahuan yang boleh

diakses daripada laman web. Dalam keghairahan dunia abad ke 21 menikmati

kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan komunikasi, bidang pendidikan terus

berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang disebabkan oleh perlakuan-

perlakuan negatif pelajar masa kini. Kesan daripada ledakan globalisasi dunia

serta pendedahan ICT, khususnya internet kepada para pelajar sama ada di

sekolah, rumah atau di siber-siber telah meletakkan pelajar ke dalam dunia

tanpa sempadan. Era penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh

menjadi topik perbualan yang sering diperkatakan. Belum sempat kita

merealisasikan impian melahirkan generasi yang mampu mencerna dan mengisi

6

keperluan cabaran Negara, sebahagian besar remaja kita telah jelas kelihatan

tenggelam dalam arus perkembangan era teknologi ini.

Penggunaan telefon bimbit pelajar abad ke-21. Isu telefon bimbit kini

boleh dibawa ke sekolah oleh para pelajar. Isu ini kemungkinan besar akan

membawa kebaikan diri kepada pelajar kerana penggunaan telefon bimbit

seperti iPad yang boleh mengakses internet akan memudahkan pembelajaran

pelajar. Masalahnya adalah ia memudahkan pelajar melayari laman-laman web

lucah yang boleh merosakkan minda pelajar abad ke-21. Timbalan Menteri

Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dalam Utusan Malaysia (16. 07. 2012) telah

mengumumkan bahawa pelajar akan dibenarkan untuk membawa telefon bimbit

dan IT gajet ke sekolah mulai tahun 2013 selepas undang-undang dan peraturan-

peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 dipinda. Tujuan ini adalah perubahan

yang perlu dibuat untuk menggalakkan pendidik dan pelajar untuk

menggunakan teknologi maklumat di abad ke-21. Ini selaras dengan langkah

untuk melaksanakan pengajaran maya dan program pembelajaran Kementerian

Pelajaran “1Bestari” di seluruh negara.

Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, pelajar seharusnya

perlu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dalam

meningkatkan lagi pengetahuan. Kemahiran 3M ini sangat perlu agar pelajar

abad ke-21 tidak tercicir dalam arus pendidikan yang semakin mencabar.

Hakikatnya, ramai lagi pelajar pada abad ini masih tertinggal dengan kemahiran

3M terutamanya pelajar di luar bandar dan pendalaman. Masalah ini perlu

diambil perhatian oleh kementerian dalam mempertingkatkan usaha melahirkan

generasi pada masa akan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara.

Menurut Abdul Rasid Jamain dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu

(2011), Pelbagai usaha telah dan akan dijalankan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah

bagi merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi

Awalan Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS),

dan Program Bimbingan Membaca dan Menulis (PROBIM). Melalui program yang

dirancang diharapkan dapat membantu serta memenuhi keperluan murid-murid

ini. Program pemulihan merupakan satu pendekatan bagi mengatasi murid-

murid yang mengalami kelemahan kemahiran yang tertentu. Perhatian guru

yang serius dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat membantu

mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk

7

bersaing dengan rakan mereka yang cerdas. Sesetengah sekolah mampu

melaksanakannya tetapi masih terdapat sekolah yang bergelut dengan soal asas

pembelajaran, iaitu kemahiran murid untuk membaca, menulis, mengira (3M)

masih pada peringkat yang mendukacitakan. Soalnya bagaimana isu sebegini

masih wujud sedangkan pengisian kemerdekaan telah berlaku selama 55 tahun.

Adakah isu kaedah pengajaran guru atau isu kesediaan murid untuk belajar

hanya bergantung semata-mata kepada persekitaran.

Generasi abad ke-21 bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik

tetapi kokurikulum serta daya kepimpinan. Ini kerana syarat baru yang

diumumkan oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini yang menetapkan tujuh

kriteria utama sebagai syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Tujuh syarat itu merangkumi kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan

persatuan, pasukan pakaian seragam, aktiviti bukan anjuran sekolah,

pencapaian istimewa pelajar dan keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR). Syarat ini mengubah paradigma lama pemilihan pelajar

ke SBP yang selama ini hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik

pelajar.

Kriteria yang ditetapkan ini jika dikaji merupakan satu kesinambungan

kepada syarat sama yang diguna pakai dalam memilih lepasan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk melanjutkan

pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). Dengan adanya kriteria-kriteria

pemilihan ini, pelajar tidak secara langsung akan bergiat aktif dalam aktiviti-

aktiviti kokurikulumnya bukan sahaja di peringkat sekolah rendah tetapi juga

diteruskan di peringkat menengah.

Ini sedikit sebanyak melatih pelajar sejak di peringkat awal lagi, seawal

umur sepuluh tahun untuk mula memikirkan bahawa mereka ke sekolah bukan

semata-mata untuk menimba ilmu, tetapi juga belajar bermasyarakat. Kriteria

ini juga mengajar mereka menyedari ilmu bukan sahaja terkandung dalam buku

dan kurikulum sekolah, tetapi juga boleh digarap melalui aktiviti-aktiviti sosial

yang lain.

Kriteria kepimpinan, kelab dan persatuan umpamanya di samping

mengasah bakat kepimpinan pelajar, turut membiasakan diri pelajar dengan

kemahiran-kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dan bersosial. Begitu juga

dengan aktiviti-aktiviti lain seperti sukan dan permainan yang dapat membentuk

pelajar yang sihat dan cergas. Dalam menggalakkan pelajar untuk bergiat aktif

dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum ini, guru di sekolah harus memainkan peranan

8

menyuntik unsur-unsur sihat ke dalam diri pelajar. Dalam konteks ini, peranan

guru menunjukkan arah tuju yang betul kepada pelajar sangat penting supaya

pelajar sedar penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti sampingan selain

akademik itu bukan semata-mata untuk mengejar ganjaran mendapat tempat di

asrama.

Falsafah murni untuk pembentukan insan yang seimbang sesuai dengan

FPN perlu diberi penekanan utama. Di samping itu, ciri-ciri murni yang ditanam

sejak di peringkat sekolah rendah ini juga diharap dapat menghasilkan generasi

pelajar masa hadapan yang mampu meletakkan asas rasional dalam setiap

tindakan dan keputusan yang bakal diambil. Harapan kita, generasi abad baru

ini juga akan lebih matang serta tidak mudah dipengaruhi dan tidak semata-

mata menurut emosi serta menggunakan ruang-ruang di jalanan untuk

menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.

Kesimpulannya, pelajar abad ke-21 dalam pendidikan masa kini adalah

seharusnya mempunyai kemahiran-kemahiran dalam bidang teknologi maklumat

yang mampu bersaing dengan arus permodenan pendidikan negara. Pelajar

haruslah meningkatkan kreativiti dan inovasi selaras dengan matlamat

pendidikan yang membentuk modal insan yang seimbang dari segi kerohanian,

sosial, intelek dan jasmani. Kemahiran membaca, mengira dan menulis adalah

perkara yang perlu ada dalam diri pelajar pada abad ke-21 ini kerana ia

merupakan asas ilmu dalam pendidikan. Kecemerlangan dalam bidang

akademik dan kokurikulum serta daya kepimpinan perlu ada ditanam dalam diri

pelajar masa kini menghasilkan generasi pelajar masa hadapan yang mampu

meletakkan asas rasional dalam setiap tindakan dan keputusan yang bakal

diambil.

4.0 KEMAHIRAN ABAB 21

Masyarakat kita mengalami transformasi yang sangat cepat dan ia telah

memberi impak kepada proses pembelajaran generasi moden. Dunia pendidikan

juga terpaksa bertranformasi. Guru sangat memainkan peranan yang sangat

penting dalam transformasi ini. Kompetensi pedagogi dan keterampilan

memindahkan pengetahuan mengalami perubahan yang menyeluruh. Misalnya

guru-guru yang dituntut untuk mampu menyampaikan topik pelajaran dalam

bentuk animasi, filem, video, games, multimedia yang interaktif, menarik dan

berkualiti. Membentuk atau menghasilkan buku-buku latihan dan teks yang

9

menarik dan mudah difahami, sama seperti mana buku teks pendidikan Islam

sendiri dimuatkan dalam web yang boleh menambahkan pengetahuan pelajar

melalui akses internet. Guru juga dicadangkan dan digalakkan supaya

membentuk atau menjadikan kandungan pembelajaran dalam bentuk-bentuk

elektronik (e-book) yang dapat diakses oleh pelajar secara online selama 24 jam.

Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut

menjadi semakin penting kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi ini selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang

sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan.

Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah

tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan

kreatif dan inovatif. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan

kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di

dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan

generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan

kegagalan. Kajian yang berkaitan perlu dijalankan bagi membantu guru-guru

yang terlibat dalam bidang teknik dan vokasional terutamanya meningkatkan

kemahiran abad ke-21 bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang berubah

mengikut kitaran aplikasi teknologi abad ke 21.

Golongan cendekiawan menjelaskan tentang kemahiran abad ke-21

sebagai kemahiran yang sangat penting diterapkan dalam diri pelajar di era

ekonomi digital semata-mata untuk memenuhi tuntutan perubahan pesat yang

berlaku. Kemahiran ini sangat penting bagi melahirkan pelajar dan pekerja yang

memenuhi kehendak industri. Anjakan paradigma perlu segera dilaksanakan

dalam sistem pendidikan bagi memastikan kemahiran tersebut dikuasai oleh

pendidik agar ia boleh disampaikan dengan lebih menyeluruh dan berterusan

kepada pelajar. Oleh yang demikian, sistem pendidikan perlu memahami dan

menghayati kemahiran abad ke-21 untuk diaplikasikan ke dalam konteks

akademik secara menyeluruh. Antara ciri-ciri pelajar abad ke-21 ialah:

a. Kemahiran berfikiran kritikal

b. Kemahiran menyelesaikan masalah

10

c. Kemahiran berkomunikasi

d. Kemahiran berkolaborasi

e. Kemahiran kehidupan dan kerjaya

f. Kemahiran belajar dan inovasi

g. Kemahiran dalam media, teknologi maklumat dan komunikasi

h. Kemahiran menguasai subjek teras di sekolah

Dalam konteks kajian International Society for Technology in Education (ISTE,

2007) telah membangunkan satu piawaian iaitu National Educational Technology

Standards for Students (NETS.S) agar lebih fokus kepada kemahiran dan

kepakaran menggunakan teknologi masa kini demi memenuhi tuntutan

pembelajaran abad ke-21 yang mengharapkan pelajar menggunakan media

digital untuk berkomunikasi, berinteraksi, berkolaborasi serta berkongsi

maklumat bersama rakan-rakan dengan menggunakan pelbagai media digital.

Namun, secara keseluruhannya kemahiran abad ke-21 merangkumi kesemua

kemahiran berikut seperti

a. Literasi Era Digital

b. Komunikasi Efektif

c. Pemikiran Berdaya Cipta

d. Produktiviti Tinggi

e. Kemahiran Kognitif

f. Kemahiran Adaptasi

g. Kemahiran Interpersonal

h. Kemahiran Sikap, Nilai dan Amalan Kerja

i. Kemahiran Teras

Dapat dilihat disini bahawa penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat

merupakan diantara kemahiran abad ke-21 perlu digarap dikalangan pelajar

demi memenuhi tuntutan masa depan. Namun, guru memainkan peranan

penting dalam menggarap kemahiran ini dalam diri pelajar. Oleh itu, guru perlu

menguasai sepenuhnya kemahiran ini terlebih dahulu sebelum pelajar.

Salah satu sistem pembelajaran yang mengaplikasikan kemudahan teknologi

masa kini adalah seperti ‘streaming video’ . Sistem pembelajaran ‘streaming

11

video’ adalah salah satu medium utama dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dan sebagai alternatif, idea baru bagi memastikan guru dan

pelajar menjana kemahiran abad ke-21. Penggunaan ‘streaming video’ dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai kebaikan yang tersendiri iaitu:

a. Menggalakkan penglibatan secara aktif, kolaboratif dan interaktif (LTSN

Generic Centre, 2003).

b. Lebih berpusatkan pelajar dimana pelajar aktif dan memainkan peranan

penting dalam pembelajaran mereka (Koran, 2002). Pelajar mampu

mengawal pembelajaran mereka dan belajar berdasarkan tahap

kebolehan mereka sendiri (LTSN Generic Center, 2003).

c. Memudahkan guru dan pelajar mengakses, tanpa memilih masa, hala

tuju serta kandungan pembelajaran mereka secara sendiri (Rahimi,

Zawawi & Wan Nordin, 2005; LTSN Generic Centre, 2003).

d. Guru dan pelajar turut memperoleh manfaat dengan mengulang semula

topik pelajaran yang kompleks agar dapat difahami (Michelich, 2002;

Reed, 2003).

e. Penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan

secara sistematik bagi guru dan pelajar agar dapat dijadikan rujukan

dimasa hadapan kelak (LTSN Generic Center, 2003).

f. Guru dapat menghasilkan dan merancang bahan pengajaran dan

pembelajaran secara profesional dengan menyelitkan ciri-ciri multimedia

seiring dengan zaman teknologi masa kini agar dapat melahirkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik (Garrison,

2001; LTSN Generic Centre, 2003).

g. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara terus dan

dapat dilihat dengan jelas melalui tayangan (Schmerbeck, 2000; Weiser,

2002).

h. Mengurangkan bebanan guru dengan penjimatan masa dan tenaga

dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan cepat

kerana bahan boleh didapati secara atas talian (Rahimi, Zawawi & Wan

Nordin, 2005).

i. Menarik perhatian pelajar kerana memaparkan isi kandungan

Pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan rangkaian internet juga

dikenali sebagai E-pembelajaran. E-pembelajaran adalah sangat berbeza

12

dengan pembelajaran secara tradisional. Ini kerana kelebihan dalam

membolehkan pengulangan topik yang tidak difahami oleh pelajar dapat

dijalankan dengan lebih mudah dengan penggunaan E-pembelajaran. Bahan

rujukan juga boleh dirujuk secara berterusan. Maka, ia secara tidak langsung

meringankan beban guru dalam proses pengajaran. Penggunaan animasi yang

menarik dan jelas memberikan kefahaman kepada pelajar dalam masa yang

singkat serta boleh diulang tayang bagi tujuan memantapkan pemahaman

pelajar. Cognitivist percaya bahawa penggunaan multimedia tambahan boleh

membantu untuk membaiki dan meningkatkan proses pembelajaran dikalangan

pelajar kerana mereka melihat sesuatu konsep menerusi tindakan atau

perbuatan.

Untuk tujuan mementapkan lagi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasi pada

abad ke 21 ini khususnya dalam bidang pendidikan, pihak Bahagian Teknologi

Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan

beberapa sistem dalam pendidikan yang berorientasikan teknologi maklumat.

Antaranya ialah:

1. Pengenalan kepada E-Bahan dan pembinaan modul P&P dalam

pembelajaran aktif.

Pembangunan e-Bahan dalam menghasilkan bahan P&P adalah mengikut

perkem-bangan teknologi terkini. Ianya memenuhi keperluan pendidikan sebagai

bahan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui perspektif

baru dengan cara menggabung jalin penggunaan teknologi ICT dan ‘multimedia’

seperti audio, video, grafik, ilustrasi dan animasi.

2. Pengenalan kepada Learning Content Development System (LCDS)

atau Sistem Pembangunan Kandungan Pembelajaran.

Learning Content Development System (LCDS) atau Sistem Pembangunan

Kandungan Pembelajaran ialah alat yang membolehkan anda mencipta bahan

kursus interaktif berkualiti tinggi dalam talian. Sistem ini boleh dimuat turun

secara percuma dari Microsoft. Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih

dikenali sebagai Learning Man-agement System (LMS) merupakan sebuah

aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti P&P di sekolah. LMS yang sedang

dilaksanakan ini merupakan satu projek kerjasama antara Kementerian Pelajaran

Malaysia dan MAMPU. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data

13

maklumat sekolah. Sistem ini mengandungi pangkalan data yang mengambil

kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM),

Educational Management Informa-tion System (EMIS), Sistem Salahlaku dan

Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS).

3. Literasi Maklumat

Literasi Maklumat ialah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari

maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan

memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat

tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk

mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan

penyelesaian masalah secara efektif.

4. Pengurusan Maklumat Digital

Pengurusan Maklumat Digital merangkumi keupayaan mengenal pasti, mencari,

memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui

teknologi digital. Perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber

Pendidikan di Internet menyukarkan carian dan penilaian Sumber Pendidikan

yang berkualiti dan sesuai dengan murid. Pengurusan maklumat perlu

dilaksanakan secara cekap dan berkesan.

5. Aplikasi WEB 2.0

Web 2.0 ialah aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat,

penyertaan, saling boleh-kendali dan reka bentuk berpusatkan pengguna.

Aplikasi Web 2.0 membolehkan pengguna berinteraksi dan bekerjasama dengan

satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta kandungan yang

dihasilkan pengguna dalam komuniti maya. Antara aplikasi Web 2.0 ialah laman

rangkaian sosial, blog, wiki, dan perkongsian video.

6. EduwebTV

EduwebTV ialah saluran TV Pendidikan yang boleh diakses melalui Internet

melalui http://eduwebtv.com/. EduwebTV mempunyai empat saluran iaitu Berita,

Rancangan Khas, Kurikulum dan Pan-duan. Mereka yang berdaftar sebagai ahli

(guru & ahli biasa) boleh mengakses playlist dan membuat senarai pendek

(shortlist) bahan yang diperlukan.

14

5.0 WEB 2.O, 3.0, DAN 4.0

5.1 web 2.0

Perkembangan teknologi web adalah seiring dengan perkembangan teknologi

lain. Sejak Internet diperkenalkan, perkembangan teknologi web mula

berkembang dalam pelbagai bidang. Teknologi yang agak terbaru dalam

perkembangan web ini adalah web 2.0 di mana ia telah diperkenalkan pada

tahun 2004. Web 2.0 adalah tren baru di dalam teknologi WWW(World Wide

Web). Kewujudan Web 2.0 merupakan ekoran daripada kepantasan anjakan

paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya

menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Tetapi, dengan

kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain

menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan

sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan

berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang

dan lokasi. Dunia kini menjadi semakin sempit kerana komunikasi boleh berlaku

di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan dengan sesiapa pun tanpa sebarang

halangan. Rentetan itu perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan

negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun

hanya secara maya.

Web 2.0 adalah istilah umum yang berkaitan dengan aplikasi web yang

memudahkan perkongsian maklumat interaktif melalui jaringan media internet.

Laman Web 2.0 ini dapat memberi peluang dan kebebasan kepada penggunanya

untuk bebas untuk berinteraksi atau berkerjasama antara satu sama lain dalam

komuniti maya. Ini berbeza dengan aplikasi web 1.0 pengguna yang hanya

terbatas melihat kandungan yang yang diciptakan untuk mereka. Contoh

aplikasi Web 2.0 termasuk laman web rangkaian social seperti facebook, twitter,

youtube, edmodo, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman

perkongsian grafik serta banya lagi.

Penggunaan aplikasi Web 2.0 seperti rangkaian sosial semakin popular

bukan sahaja di kalangan generasi muda malahan di kalangan korporat.

Penggunaannya semakin mendapat sambutan di seluruh dunia. Facebook,

Friendster, MySpace dan Twitter merupakan laman web rangkaian sosial yang

aktif di Malaysia. Tidak dinafikan setiap laman web tersebut mempunyai

15

keistimewaannya tersediri dan saling bersaing antara satu sama lain dalam

menambat hati pengguna internet. Ini dibuktikan dengan statistik yang diperoleh

dari sumber Alexa dan Google Ad Planner, laman rangkaian sosial Facebook

telah dikunjungi oleh kira-kira 6.2 juta pengguna Internet di Malaysia dan kira-

kira 4.2 juta pula mengunjungi laman Friendster. Rangkaian sosial interaktif

MySpace pula dikunjungi oleh 2.1 juta pengguna Internet di Malaysia manakala

Twitter menerima kira-kira 750,000 pengunjung. Selain itu, aplikasi Web 2.0

yang lain seperti Youtube juga sering digunakan oleh remaja pada masa kini

untuk mendapatkan video-video yang dikongsikan oleh pengguna dari seluruh

dunia.

5.1.1 Sejarah Web 2.0

Web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan

naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc.

Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai

makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data

serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga

digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi

dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform

untuk menjana, menggunakan semula kandungan dan sebagainya.

5.1.2 Definisi Web 2.0

Menurut Tim Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan

pengganti atau satu inovasi kepada web 1.0. Hal ini adalah kerana ia merupakan

satu jaringan piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. Perbezaan antara web

1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna.

Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan

fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka

seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung

menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi

pemilik kepada web 2.0 tersebut.

Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan

pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek

web 2.0 adalah didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran

daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di

antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik

16

video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan dicipta dengan mudah

dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan

pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana menghadkan

lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju

atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses

maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang

mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang

mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan

rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan

mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi.

5.1.3 Ciri-ciri Web 2.0

Menurut Tim O’Reilly (2005), terdapat beberapa ciri yang menggambarkan

web 2.0. Antaranya adalah Web sebagai platform. Platform di sini membawa

maksud tempat sesuatu aplikasi dijalankan. Contoh platform yang terkenal

adalah Windows, di mana ada aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe

Photoshop. Menggunakan internet sebagai platform bererti aplikasi-aplikasi

tersebut dijalankan lansung di atas internet dan bukan di atas satu sistem

operasi tertentu. Contohnya adalah Google, yang mana boleh diakses melalui

mana-mana sistem operasi. Kelebihannya ialah aplikasi-aplikasi web 2.0 ini tidak

lagi terbatas penggunaannya kepada satu sistem operasi sahaja. Malah kita

tidak perlu untuk memasukkan apa-apa sistem untuk menggunakannya.

Gabungan maklumat dan pengetahuan. Aplikasi web 2.0 memanfaatkan

kepandaian dan maklumat dari banyak pihak secara kolektif. Hasilnya ialah satu

medan pengetahuan yang sangat besar hasil daripada gabungan pengetahuan

pelbagai pihak. Contoh yang dapat kita lihat adalah Wikipedia. Wikipedia adalah

ensiklopedia atas talian (online) yang membolehkan semua orang untuk

membuat dan mengedit artikel yang dipaparkan. Hasilnya adalah sebuah

ensiklopedia atas talian besar yang sangat lengkap artikelnya. Contoh yang lain

adalah del.icio.us, di mana semua orang akan memaparkan link-link menarik

yang mereka temui di internet. Melaluinya kita dapat melihat pelbagai bahan

yang menarik hasil gabungan ribuan orang. Jaringan pengetahuan ini ibarat sel-

sel otak yang saling terkait antara satu sama lain di dalam otak kita.

Kekuatan web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi internet disokong

oleh asas data yang kuat dan unik. Contohnya seperti aplikasi carian web

17

Google, yang mana kekuatannya terletak pada pengumpulan dan pengurusan

data bagi laman-laman web di internet. Amazon.com juga adalah salah satu

contoh yang boleh kita lihat. Laman web ini memiliki data buku yang bukan

hanya lengkap, tetapi juga lengkap dengan aplikasi seperti review, kadar

pengguna, link ke buku-buku lain dan sebagainya.

Kitaran kemaskini perisian.Tidak seperti aplikasi Windows yang

dikemaskini atau dinaik taraf setiap dua atau tiga tahun sekali misalnya

Microsoft Office versi 97,2000, XP, dan seterusnya, aplikasi web 2.0 seringkali

dikemaskini. Contohnya Google, seringkali dikemaskini data dan programnya

tanpa perlu menunggu waktu-waktu yang tertentu.

Model aturcara yang mudah. Aplikasi web 2.0 menggunakan teknik-

teknik model aturcara yang mudah seperti AJAX dan RSS. Ini membolehkan

orang lain untuk mengguna semula layanan suatu aplikasi web 2.0 membentuk

layanan baru. Contohnya adalah Google Maps, yang mana dengan mudahnya

dapat digunakan oleh orang lain untuk membentuk layanan baru. Hasilnya

adalah seperti HousingMaps yang menggabungkan layanan Google Maps dengan

Craigslist. Layanan seperti ini yang menggabungkan layanan dari aplikasi-

aplikasi lain dikenali dengan istilah mashup.

Integrasi perisian melalui pelbagai alat (Devices). Aplikasi web 2.0 mampu

berintegrasi melalui pelbagai alat. Ianya bukan hanya terbatas kepada platform

komputer sahaja. Contohnya adalah iTunes dan TiVo. iTunes dari Apple dapat

berintegrasi dari server Internet (dalam bentuk muzik online), ke komputer

pengguna (dalam bentuk program iTunes), hinggalah ke mobile device (dalam

bentuk iPad).

Rich user experiences. Aplikasi web 2.0 mempunyai antara muka

pengguna yang hebat walaupun hanya beroperasi di dalam browser. Teknologi

seperti AJAX membolehkan aplikasi seperti Internet mempunyai waktu gerak

balas (response) yang cepat. Contohnya seperti Yahoo Mail dan Gmail, aplikasi

email ini memiliki antara muka pengguna yang hebat. Dengan menambah

pelbagai aplikasi di dalam email seperti IM (Intstant Messaging), pengguna dapat

berinteraksi melaluinya.

Aplikasi web 2.0 tidak semestinya mempunyai kesemua ciri-ciri yang

dinyatakan di atas. Namun semakin banyak sesuatu aplikasi itu mempunyai ciri-

ciri tersebut maka makin hebat aplikasi web 2.0 itu. Walaupun banyak contoh

18

yang diberikan adalah dari Google tetapi masih banyak aplikasi web 2.0 yang

lain. Google kini mendapat tempat antara yang teratas dalam aplikasi web 2.0.

Pada September 2008, Google telah menghasilkan versi beta bagi web browser

iaitu Google Chrome. Google Chrome dihasilkan untuk memperbaiki tahap

kelajuan, keselamatan dan kestabilan browser. Menurut Net Application, pada

Februari 2010 Google Chrome telah mendapat tempat ketiga bagi penggunaan

web browser yang paling tinggi.

5.1.4 Aplikasi Web 2.0 dalam Pendidikan

Pada masa kini web 2.0 menjadi aplikasi utama yang digunakan dalam

pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Ramai golongan professional

dan para penyelidik telah menyarankan pelbagai perubahan dilakukan dalam

pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sumber teknologi multimedia.

Fenomena ini merangkumi pelbagai peringkat persekolahan dan institusi

setempat, nasional, serantau dan juga antarabangsa. Ini kerana, penggunaan

aplikasi web 2.0 dapat merentasi cabaran pendidik dalam menjalankan

tanggungjawab melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang produktif

efektif dan berkesan, serta menarik dan bertenaga.

Selaras dengan usaha melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam ilmu

ICT, kerajaan telah melancarkan Projek Multimedia Super Corridor (MSC) untuk

memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat khasnya dalam sector

pendidikan. Disamping itu juga, pengisytiharan Sekolah Bestari yang berasaskan

ICT merupakan satu usaha murni kerajaan dalam membudayakan penggunaan

ICT dalam pembelajaran. Jika dahulu banyak kelemahan yang wujud apabila

proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan hanya bergantung kepada

buku sepenuhnya. Lantaran itu, pembelajaran berkomputer menggunakan

internet atau e-pembelajarn telah berjaya memberikan satu penyelesaian bagi

kelemahan-kelemahan yang wujud dalam pembelajaran tradisional dahulu (Nur

Azlina, 2004).

Antara aplikasi teknologi maklumat yang digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah pengunaan laman web melalui Worl Wide Web (www),

kewujudan laman web pendidikan tempatan seperti Portal Pendidikan Utusan,

MySchool Net, Cikgu.Net dan sebagainya tumbuh bagaikan cendawan.

Perkembangan positif ini secara tidak langsung memberi ransangan kepada

19

pelajar dan guru untuk menggunakan internet khususnya laman web di dalam

pengajaran dan pembelajaran. Ini disokong oleh Siti Hajar (2006) yang

berpendapat memang sudah tidak dinafikan lagi bahawa laman web mempunyai

potensi untuk bertindak sebagai satu medium yang boleh digunakan untuk

merevolusikan cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di institut

pengajian tinggi. Kehadiran aplikasi Web 2.0 ini juga dilihat sebagai revolusi

untuk menyebarkan maklumat secara meluas khusunya dalam bidang

pendidikan.

Kesimpulannya ialah aplikasi web 2.0 bukanlah merupakan perkara baru

dalam dunia internet. Jika sebelum ini masyarakat hanya menggunakan web

untuk mencari maklumat semata-mata, tetapi dengan kewujudan web 2.0 ,

komunikasi dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi

begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari

web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti

mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Di

samping itu juga, aplikasi Web 2.0 merupakan persekitaran yang sempurna bagi

para pendidik. Penggunaan Web 2.0 ini membantu mengubah landskap abad ke-

21 dalam bidang pendidikan. Ia membentuk pendekatan pelajar untuk belajar,

pendekatan pengajar untuk mengajar dan bagaimana pendidik berinteraksi

dengan pelajar.

5.2 Pengenalan Perkembangan Web

Menjelang abad ke 21, negara semakin berdepan dengan cabaran dunia

tanpa sempadan. Ini adalah kerana kesan ledakan teknologi maklumat dan

inovasi yang banyak menyumbang ke arah pembaharuan dalam sistem

komunikasi. Di samping itu juga, Teras Pertama daripada Rancangan Malaysia

Ke-9 - Bab 5 menyatakan bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

merupakan salah satu industri penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Ini berikutan dengan pertumbuhan sektor ICT yang pesat dan peranannya

merangsang perkembangan industri-industri lain di Malaysia. Implikasi daripada

perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ini telah

mengakibatkan perubahan mendadak yang memberi kesan kepada negara-

negara membangun seperti Malaysia. Pembaharuan ini telah memberi peluang

kepada masyarakatnya untuk mendapatkan maklumat di mana-mana dan

berkongsi minat seperti berita,aktiviti kebudayaan,pengetahuan saintifik dan

20

mempelajari cara interaktif untuk berkomunikasi melalui kemudahan yang

disediakan. Ini jelas menunjukkan bahawa aplikasi penggunaan ICT telah

mengalami perubahan yang drastic dibandingkan dengan capaian ICT sebelum

abad ke 21.

5.2.1 Era Perkembangan Web

5.2.1 Era web 1.0

Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2000. Ia merupakan generasi

pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang

bersifat satu arah. Maksudnya ialah pengunjung hanya boleh melihat isinya

kandungannya tanpa dapat memberi komen atau sebarang pandangan. Ini

kerana maklumat dan data tersebut merupakan hak asasi yang berada ditangan

pengarangnya.

5.2.2 Era web 2.0

Menjelang 2001 ICT semakin berkembang dengan wujudnya

pengaplikasian era web 2.0 Ianya merupakan perkembangan terkini teknologi

selepas web 1.0. Pada web 2.0 isi kandungan maklumat dan data tidak hanya

dipegang oleh pentadbir web sepenuhnya, tetapi pengunjung boleh

mengendalikan dengan mewujudkan komunikasi dua hala. Misalnya pengunjung

web tersebut dapat memberi komen,berkomunikasi antara satu sama

lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Antara contoh yang jelas dan popular

mengenai web2.0 adalah youtube, facebook, skype,forum online dan banyak

lagi yang mewujudkan komunikasi dua hala.

5.2.3 Era web 3.0

Syarat dan konsep yang paling penting dan perlu ada dalam web 3.0 ialah

bercirikan semantic web. Semantic Web adalah laman web yang dilengkapi

struktur komputer yang boleh berfikir. John Markoff (2006) telah menyebut

tentang sebuah konsep web masa depan yang merupakan arah perkembangan

teknologi web yang akan melangkaui generasi web 2.0, iaitu web generasi dan

teknologi baru Web 3.0. Konsep Web 3.0 adalah smart internet experience, atau

mudah disebut intelligent internet experience. Nova Spivack yang pakar dan

pioneer dalam bidang semantic web juga berpendapat, perkembangan web 3.0

akan terus beredar pada tahun 2010-2030. Menurut beliau ianya adalah salah

21

satu komponen atau syarat paling penting dari konsep 3.0 adalah semantic web.

Ciri-ciri khas web 3.0 meliputi:

1.Tranformation: Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu

2. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi media

3. Network Computing: Perisian adalah sebagai model-model bisnes, service

laman web yang berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja sama

secara harmoni, pengedaran komputer,pengskalaan komputer, dan

pelebarluasan komputer.

4. Open Technologies: Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam

platform open source/percuma

5. Open Identity and Open ID: seluruh informasi adalah bebas

6. The interligent Web: Sebagai Semantic Web technologies termasuk

RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan statement-

based datastores.

7. Distributed Database: Database disalurkan dalam WWD (world Wide

Database)

8. Aplikasi bersifat pintar dan bijak

Jadi jika keseluruhan diatas dapat dilaksanakan dan dihasilkan barulah akan

wujud semantic web. Ringkasannya disini ialah keseluruhannya hanyalah

sebuah istilah untuk konsep dan cara bekerja dari manusia kepada informasi di

dalam jaringan. Ianya bukanlah teknologi bernama 1.0, 2.0 atau 3.0. Web 1.0

membicarakan komunikasi satu hala. Web 2.0 membicarakan komunikasi dua

hala dan web 3.0 adalah membicarakan mengenai semantic web: iaitu web

cerdas yang boleh memahami keperluan pengguna berdasarkan sejarah

aktivitinya di jaringan.

6.0 TEORI

22

6.1 KOSTRUKTIVISME

Pengenalan

Pelbagai pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh

pengetahuan. Sebelum datangnya teori konstruktivisme, banyak teori telah

wujud tentang teori pembelajaran antaranya teori behaviorist yang dipelopori

oleh psikologist seperti Skinner, Pavlov, dan Thorndike. Teori ini merupakan teori

yang pertama wujud teori pembelajaran kognitif yang dipelopori oleh Piaget.

Kedua-dua teori tersebut telah melahirkan atau wujudnya satu lagi teori yang

merujuk kepada pandangan tentang cara manusia belajar iaitu teori

konstruktivisme. Menurut teori konstruktivisme menyatakan bahawa

pengetahuan dibina sendiri secara aktif oleh individu secara berfikir. Dalam

pembelajaran umpamanya, pelajar akan menyesuaikan sebarang maklumat baru

dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru

dalam mindanya.

6.1.1 Tokoh Teori Konstruktivisme

Terdapat dua tokoh penting yang mempelopori teori asas konstruktivisme ini

iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget

dikenali sebagai konstruktivisme psikologi/individu/ kognitif, manakala teori yang

dipelopori oleh Lev Vygotskyn ialah konstruktivisme sosial.

JEAN PIAGET (1896-1980) LEV VYGOTSKY (1896-

1934)

23

Piaget merupakan salah seorang tokoh yang terkenal dengan teori

perkembangan kognitif dan bagaimana manusia membina pengetahuan.

Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku

secara berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut

peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif.

Struktur asas dalam organisasi mental ini dinamakan skema. Justeru,

pengetahuan sedia ada yang menjadi asas tingkah laku ialah skema.

Pengetahuan dibina apabila maklumat baru diserap masuk atau

disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Proses adaptasi

merujuk kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam

struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dengan

persekitaran. Ini dinamakan EQUILIBRASI.

Teori perkembangan kognitif Vygotsy pula merupakan asas kepada teori

konstruktivisme. Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak

berkembang sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan

orang lain. Jadi teori konstruktivisme sosial ini berperanan utama dalam

pembelajaran dalam konteks sosio-budaya.

Dalam konteks sosial, individu berkongsi dan saling membina

pengetahuan baru. Penglibatan dengan orang lain memberi peluang kepada

pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri.

6.1.2 Konsep Konstruktivisme Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh

dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna.

Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-

masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru

tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah

ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan

mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan

menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang

diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah

mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif

terhadap persekitaran mereka.

Antara contoh pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teori

konstruktivisme adalah berlaku apabila guru yang mengajar subjek-subjek

24

tertentu akan membuat beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang.

Guru memberi arahan kepada pelajar untuk mencari jawapan sendiri untuk

soalan yang diberikan oleh guru berdasarkan bahan bantu mengajar seperti

buku teks, buku rujukan dan sebagainya. Guru hanya akan menjadi fasalitator

atau pembimbing kepada murid untuk membina jawapan yang diberikan. Ini

bermakna, pelajar terbabit mencari jawapan berdasarkan kepada pengetahuan

sendiri tanpa bantuan daripada guru.

Berikut adalah pendekatan konstruktivisme yang mempunyai beberapa konsep

umum iaitu;

Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah

ada.

Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri

pengetahuan mereka.

Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri

melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu

dengan pembelajaran terbaru.

Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan

dirinya secara aktif dengan cara membandingkan informasi baru dengan

pemahamannya yang sudah ada.

Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang

utama. Faktor ini berlaku apabila seorang pelajar menyadari gagasan-

gagasannya tidak konsisten atau sesuai dengan pengetahuan ilmiah.

Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan

pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.

6.1.3 Ciri-ciri Konstruktivisme

Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar

membina makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya. Juga makna

yang dibina itu bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Justeru itu,

bagi membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru-guru perlu

mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman

berdasarkan pengetahuan sedia ada ini. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa

pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan

25

aktif pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan

sedia ada mengenai konsep yang dipelajari ( Bodner, 1986 dalam Zuraida Ismail,

Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ).

26

Berikut adalah beberapa ciri-ciri pembelajaran yang terdapat dalam satu modul

yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia;

a) Guru perlu menggalakkan pelajar supaya berdialog dengan sesama

mereka mahupun dengan guru. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan

pelajar satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Guru akan

meminta pelajar memberi respon kepada persoalan yang ditanya. Pelajar

adalah digalakkan untuk berbincang sesama mereka dalam memberikan

idea masing-masing. Ini menunjukkan bahawa dalam pendekatan

konstruktivisme, penglibatan pelajar adalah secara aktif dan bukan

sekadar menjadi pemerhati dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari.

b) Guru dan pelajar perlu menganggap proses pembelajaran adalah sama

penting dengan hasil pembelajaran. Ciri ini bermaksud dalam pendekatan

konstruktivisme, proses pengajaran dan pembelajaran itu senndiri amat

penting kepada pelajar kerana pada waktu inilah pelajar akan berusaha

untuk mencari penyelesaian kepada masalah serta membantu mereka

berfikir secara kreatif dan kritis.

c) Pendekatan konstruktivisme ini menyokong pembelajaran secara koperatif

(kumpulan ).

Jika diperhatikan ciri-ciri dengan teliti, pendekatan konstruktivisme dan

pembelajaran koperatif tidak mempunyai perbezaan ketara. Dalam

pembelajaran secara koperatif, pelajar akan bekerjsama dalam kumpulan

kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran secara

berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar

bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama.

d) Guru menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar.

Guru tidak perlu memandang rendah kepada usaha pelajar mereka

walaupun sekiranya apa yang dilakukan oleh pelajar tidak menepati

kehendak mereka. Ini akan membuatkan pelajar merasakan usaha mereka

dihargai dan akan sentiasa bersemangat untuk mencuba lagi di lain hari.

27

6.2 TEORI BEHAVIORISME

6.2.1 Implikasi Teori Behaviorisme Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran.

1. Guru hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik. 

Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas.

Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai.

2. Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah

pengajaran. 

Objektif hendaklah khusus. 

Satu objektif bagi satu langkah kecil.

3. Buat analisis tugasan. 

Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah- langkah kecil.

4. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat. 

Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran. 

Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur maju.

Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepadaa

langkah seterusnya.

5. Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai. 

Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah-laku. 

Peneguhan berkala selepas tingkah- laku dikuasai.

Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah.

Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah berubah.

6. Aplikasi hukukm kesediaan. 

Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. 

Sediakan situasi yang merangsangkan. 

Cungkil rasa ingin tahu/ motivasi pelajar.

28

7. Aplikasi hukum latihan. 

Banyakkan pengulangan dan latih tubi. 

Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai.

8. Aplikasi hukum kesan/ akibat. 

Adakan aktiviti pengukuhan. 

Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai. 

Amalkan teknik hukuman dan ganjaran.

9. Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra. 

Amalan rutin belajar. 

Amalan rutin keceriaan. 

Peraturan bilik darjah yang positif. 

Amalan dinamika kumpulan. 

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif. 

6.2.2 Teori Pembelajaran Tingkahlaku (Behaviorisme) dan Penggunaan

Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu.

Mengikut teori behaviurisme, bahasa dikuasai melalui proses

pengulangan, iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa

sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin. Kecekapan akan dikuasai jika kita

sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut rangsangan dan gerak balas.

Fahaman alternatif, malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviurisme.

Teori ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih

berpengaruh hari ini. Behaviurisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia

(idea classical conditioning melalui “dog-salivation-experiment”nya iaitu

membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan

Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen

awal golongan pengikut behaviurisme menggunakan binatang (Skinner misalnya

menggunakan burung merpati dan tikus putih) yang memfokus kepada

perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan (stimuli) tertentu.

Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk

kepada proses kognitif.

29

Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada

pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat

sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat

sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada

sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman

atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada

tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak

(pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.

Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah

(termasuk tingkah laku guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta

keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Bahan Bantu Mengajar ialah

segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya

dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat

mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut

peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman

langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman

dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem

dan sebagainya.

Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam,

kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang

digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat,

mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat

dialami oleh murid-murid.

Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada

tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar.

Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua

iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah

Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada

dua iaitu “ software” dan “ hardware”

Ngui Kuen Sang (1981: 35 )

“ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun

pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan

30

BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang

melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.”

Atan Long ( 1982: 174 )

“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh

disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta,

atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat

penyampaiannya dinamakan BBM.”

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)

“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang

mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang

berfaedah bagi mengembangkansikap ilmiah dan sikap sosial,

kemantapan emosi dan daya penghargaan.”

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM

boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

i. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronikseperti filem

pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video,

radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset,

televisyen, internet dan sebagainya.

ii. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik – seperti

suara, gambar, carta, model,surat khabar, papan hitam, papan

putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan

sebagainya.

iii. Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek,

pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya

bertindak membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah

bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif

31

dan menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan oleh Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. (di

dalam Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997 : 293):

The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher

using it."

Mutu bahan bantu mengajar (BBM) juga diambil kira dalam pembinaan

dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan

bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat.

Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas

(bunyi dan rupa – sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar )

kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus

mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati

secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli

belah, pihak swasta dan sebagainya.

Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran

tingkahlaku (Behaviorisme) , terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu

pengajaran . Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan

pengajaran topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi

boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas .

Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer ,pada

permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik perhatian

dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian

seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk

menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam

kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan

penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas

mengenai perkakasan sistem komputer . Guru perlu memberitahu pelajar

tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti

pengajaran dan pembelajaran . Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa

tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan

kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu , sebelum memulakan sesuatu

proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang

pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum

ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu

melalui beberapa soalan , suara guru haruslah jelas dan berintonasi , susunan

32

idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang

relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid projektor . Guru juga

harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-

rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru

haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau

memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari .

Sebagai contoh , guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk

mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk

perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu.

Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada

pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat

sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat

sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada

sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman

atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada

tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak

(pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.

Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan

sepenuhnya seperti rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput,

sarung kaki lama, batu-batan, kulit-kulit siput, surat khabar lama, buah getah,

guli, lidi, batang ice cream, tudung botol,kotak rokok, ranting kayu, daun-daun

kering dan sebagainya. Daripada bahan terbuang ini guru-guru dahulu berjaya

mencipta berbagai-bagai BBM yang menarik, lasak, pelbagai guna dan tahan

lama seperti alat-alat matematik, kad-kad huruf atau perkataan, pen, model-

model bangunan dan sebagainya.

Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru

ini bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga

kebolehan dan minat muridnya. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera murid

seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag,1976 “ seseorang individu dalam

suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran,

teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran… suasana

pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah

penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang

direka untuk pembelajaran.”

33

Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana

kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau

merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan BBM dan tidak

mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. BBM

sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati

fungsinya.

Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis,

supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid

dan masa yang diperuntukkan. BBM seharusnya bersabit dengan tujuan

pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha

menyediakannya adalah sia-sia sahaja.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip umum yang perlu

dititikberatkan juga bagi membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan

pengajaran mereka. Antara prinsip-prinsip umum pemilihan bahan pengajaran

ialah:

i. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif

pengajaran. Seboleh-bolehnya sebelum guru memilih bahan

pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu menentukan objektif

pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih

dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan

sewenang-wenangnya.

ii. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan

pelajaran. Ketiga-tiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. Bahan

pengajaran yang baik tidak hanya menekankan kepada aspek bahasa

dan penggunaannya sahaja, malah perlu mengambil kira

perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan

pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses pembelajaran

sekarang lebih cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented),

guru perlu lebih peka terhadap situasi pelajar dan bukan hanya

mementingkan aspek pengajaran semata-mata.

iii. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif.

Guru perlu mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak

disampaikan kepada para pelajar dan kepentingan mereka

34

mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan,

aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan

yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan

memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.

iv. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan

negara ialah untuk melahirkan individu yang berpengetahuan selaras

dengan konsep Melayu Islam Beraja. Tujuannya adalah untuk

melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri.

v. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih

perlulah mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Guru

tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas

tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung kepada

sesuatu yang baru.

vi. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah

terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar.

Contohnya, bahan-bahan pengajaran yang senang kepada yang lebih

susah, bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan

yang seumpamanya.

6.2.3 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 :

65) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

i. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

ii. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

iii. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

iv. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti

sendiri di kalangan pelajar

v. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih

mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM

seperti berikut:

35

i. memberi rangsangan dan minat murid-muird.

ii. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan

pembelajaran mereka lebih kekal.

iii. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan

mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid

lebih mendalam dan beragam.

iv. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan

perkembangan perbendaharaan kata.

7.0 RUMUSAN

Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran

kepada anak didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik

digunakan oleh guru dalam memenuhi keperluan ini. Antara wadah yang dikenal

pasti ialah penggunaan bahan Bantu mengajar (BBM). Penggunaan BBM adalah

penting kerana ada tempatnya penggunaan BBM moden sekarang tidak dapat

mengambil alih semua tugas guru. BBM tradisi seperti penggunaan bahan

maujud, bahan asli di sekeliling murid perlu digunakan bersama dengan BBM

moden masa kini, ini pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang

lebih menarik lagi. Sikap guru masa kini meninggalkan penggunaan BBM lama

dengan merasakan bahawa penggunaan BBM moden boleh memenuhi segala-

galanya adalah meleset sama sekali.

Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana salah satu syarat

untuk menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang

baik seperti di dalam seni lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dan

sebagainya. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi

dan jawi perlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik,

kemas, menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti

tulisan pada kad-kad imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung,

carta-carta dan sebagainya. Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi –

pantun, syair, gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan

mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa mengharapkan

pujian atau penghargaan dari orang lain.

36

“ Kembali ke Asas” adalah perlu dan sesuai dengan cadangan

pelopornya John Dewey (1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang

sentiasa berubah (cycle) dari tahap ke tahap mengikut masa, keperluan,

kehendak masyarakat danberbagai fenomena di sekelilingnya.

Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk

pengajaran bahasa khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya.

Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu

guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi

para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik

minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu

memastikan kesemua bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi

matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan

pembelajaran.

RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan

Teknik. ……..Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamain. (2011). PERMASALAHAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN

MENULIS BAHASA MELAYU MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DI

LUAR BANDAR (The Problems Pertaining To Reading And Writing Skills In

Malay Language Among Rural Primary School Children. Jurnal Pendidikan

Bahasa Melayu 1 (Malay Language Education Journal (MyLEJ)

Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. (2006). Ekspektasi Guru dan

Pelajar …….Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bahasa

Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Asmah bt. Hj. Ahmad. ( 1989 ). Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor.

37

Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Dr. Jamil Ahmad , Norlia Goolamally. (……). Pentadbiran dan Pengurusan Sistem

Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti . Universiti

Kebangsaan Malaysia dan Open University Malaysia.

Ee Ah Meng. (1989). Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih. http://e-

pendidikan.net/guruinternet.html.

http://eprints.uthm.edu.my/2572/1/

Pengajaran_dan_Pembelajaran_berasaskan_streaming_video.pdf

http://hairilhazlan.com/2009/apa-itu-web-1-0-2-0-dan-web-3-0/

http://www.malaysia.gov.my/BM/RELEVANT%20TOPICS/INDUSTRYINMALAYSIA/

BUSINESS/ICT.

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan).Subang Jaya: ……

Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd.

Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid. (1988).  Alat Bantu Mengajar

Dalam. …….Pengajaran Bahasa.  Siri Pendidikan Longman, Selangor,

Longman Malaysia Snd. …….Bhd.

Nur Fadzilah Bt. Othman (UTM) .(2010). KAJIAN TAHAP PENGGUNAAN APLIKASI

WEB 2.0 DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM

DI MALAYSIA

Perguruan, Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. Bhd. Petaling Jaya” Addison

Wesley Logman Sdn. Bhd.

Rahil Mahyuddin, Jami’ah Mohamad, Kasnani Ab. Karim. (2000).Psikologi

Pendidikan

Sharifah Alawiah Alsagoff. (1987). Sosiologi Pendidikan. Siri Maktab.

Utusan Malaysia, (July 16, 2012).

Yahya Othman. (2007). Bahan Bantu Mengajar Memperkukuh Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaMalaysia.

38

Zalina Yahaya. (1999) . Membentuk generasi matang abad ke-21.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=1999&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm#ixzz2D

V9jRvTL

39