10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
-
Upload
yusnita-tukeman -
Category
Documents
-
view
257 -
download
0
Transcript of 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
1/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 116
UNIT 7SISTEM PENTADBIRAN NEGARA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Memahami bagaimana sistem Pilihan Raya memainkan peranan penting dalam
memupuk semangat demokrasi di Malaysia.2. Menjelaskan badan-badan utama yang terlibat dalam sistem pentadbiran negara iaitueksekutif, perundangan dan kehakiman.
3. Membincangkan peranan yang dimainkan oleh setiap jentera-jentera tersebut.
PENGENALAN
Rajah 7.1 Bangunan Parlimen
Sebagai seorang warganegara Malaysia, tahukah anda fungsi bangunan di atas?
Adakah anda sedar bahawa bangunan Parlimen merupakan bangunan terpenting negara?
Untuk maklumat di sinilah pentadbiran negara ini dilaksanakan melalui dua dewan iaitu Dewan
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
2/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 117
Negara dan Dewan Rakyat. Justeru unit ini akan membincang bagaimana negara ini ditadbir
dan diperintah. Melalui sistem pemerintahan demokrasi moden, kerajaan sesebuah negara
lazimnya terdiri daripada tiga badan pemerintah iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Setiap badan pemerintah ini memainkan peranan penting dan spesifik. Badan eksekutif ialah
badan pelaksana, sementara badan perundangan bahagian penggubal undang-undang dan
badan kehakiman ialah badan penegak, pengadil dan pentafsir undang-undang demi keadilan.
ISI KANDUNGAN
BADAN PENTADBIRAN NEGARA
Badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman saling mengimbangi antara satu
sama lain. Berdasarkan teori pembahagian kuasa dan semak serta imbang, kewujudan ketiga-
tiga badan ini, mengikut John Locke, (1996) adalah disengajakan untuk :-
i- Menghalang kuasa mutlak pemerintah berpusat hanya pada satu-satu badan.ii- Menjaga supaya kuasa tidak disalahguna oleh sesuatu badan bagi kepentingan yang
sempit, bagaimanapun darjah kedaulatan dan kebebasan badan-badan ini berbezasedikit berdasarkan corak sistem politik yang diamalkan oleh sesebuah negara.
Di Malaysia, Kerajaan Persekutuan terdiri daripada tiga badan utama iaitu badan
eksekutif (badan pemerintah), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judisiari).
Dari segi teorinya, kuasa ketiga-tiga badan ini tidak bertindan dan masing-masing mempunyai
peranannya yang tersendiri. Ini bermakna tidak ada campurtangan antara satu badan dengan
badan yang lain. Ini adalah untuk memastikan keneutralan atau objektiviti setiap badan
tersebut. Setiap badan tidak boleh mempengaruhi keputusan atau tindakan yang dibuat oleh
badan-badan yang lain. Konsep ini dikenali sebagai pengkhususan kuasa atau pengasingan
kuasa.
Namun di Malaysia, walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud tetapi pada
hakikatnya pengasingan kuasa tersebut sukar dilaksanakan sepenuhnya memandangkan
setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
TIGA KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
1. Badan Pemerintah (Eksekutif)
Pembahagian kuasa eksekutif dibuat dengan berpandukan kaedah pembahagian kuasa
perundangan. Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan hanya bertumpu kepada Senarai
Persekutuan, manakala bidang kuasa Kerajaan Negeri terkandung dalam Senarai Negeri dan
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
3/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 118
Senarai Bersama. Perkara 94, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa perkara
yang membolehkan kuasa eksekutif kerajaan Persekutuan diperluas meliputi perkara-perkara
dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Ini boleh dilakukan bagi maksud-maksud tertentu,
iaitu:-
i- Mengumpulkan perangkaan.ii- Menjalankan kajian dan penyiasatan.iii- Menyediakan kemudahan pendidikan, bantuan teknikal dan nasihat.iv- Menjalankan pemeriksaan keatas mana-mana jabatan negeri dengan tujuan untuk
membuat laporan kepada kerajaan persekutuan.
Badan pemerintah (eksekutif) sama ada diperingkat Persekutuan atau Negeri
mempunyai bidang kuasa memerintah. Ia bertanggungjawab menjalankan urusan-urusan
pemerintahan dan pentadbiran dan tidak melibatkan diri dalam urusan dan hal ehwalkehakiman atau perundangan. Badan ini mempunyai penjawat-penjawat yang tertentu di kedua-
dua peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Mereka berperanan melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan
Perundangn sama ada oleh Parlimen (di peringkat Persekutuan) atau Dewan Undangan negeri
(di peringkat Negeri). Badan eksekutif diperingkat Persekutuan dikenali sebagai Jemaah
Menteri (Kabinet) manakala di peringkat Negeri dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri.
2. Badan Perundangan (Legislatif)
Pembahagian kuasa perundangan dibuat melalui peruntukan dalam perlembagaan. Perkara 73,
Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang
bagi seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian, manakala bagi Dewan Undangan Negeri
boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau sebahagian negeri itu sahaja.
Badan Perundangan (Legislatif) pula berfungsi menggubal, meminda dan meluluskan
undang-undang. Undang-undang atau peraturan-peraturan inilah yang dijadikan panduan bagi
pihak eksekutif di peringkat Persekutuan dan peringkat negeri untuk mentadbir danmenguruskan pemerintahan negara. Oleh itu terdapat 2 tahap perundangan. Di peringkat
Persekutuan, Badan perundangan terletak di Parlimen manakala di peringkat Negeri terletak di
Dewan Undangan Negeri.
Sungguhpun dari segi teori pengasingan kuasa tidak terdapat pertindihan kuasa atau
kepentingan antara badan-badan utama ini, namun dalam kontek Malaysia terdapat sedikit
kelainan. Kelainan ini termaktub dalam perlembagaan Persekutuan yang mengizinkan badan
pemerintah (Eksekutif) iaitu Jemaah Menteri/Kabinet bagi menggubal, meminda dan
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
4/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 119
meluluskan undang-undang diatas nama Parlimen untuk dikuatkuasa oleh menteri atau pihak
berkuasa yang lain (penjawat eksekutif).
Ini bermakna kuasa menggubal undang-undang menurut Perlembagaan telahdiamanahkan dan diwakilkan kepada badan pemerintah (eksekutif). Amalan sedemikian
dinamakan undang-undang perwakilan (delegated legislation). Keadaan yang sama juga
berlaku pada peringkat negeri iaitu di bawah bidang kuasa yang diberikan, Dewan Undangan
Negeri pula diberi kuasa menggubal undang-undang. Namun begitu, undang-undang yang siap
digubal oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dikuatkuasakan sehingga
Yang di-Pertuan Agong bagi peringkat Persekutuan dan oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri
bagi peringkat negeri bagi satu tempoh yang tertentu.
3. Badan Kehakiman (Judisiari)
Kehakiman merupakan satu daripada tiga badan terpenting dalam struktur pemerintahan
Malaysia. Badan kehakiman bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman.
Badan kehakiman juga berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada
sebarang pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan. Bagi menjamin pihak
Eksekutif tidak menyalahgunakan kuasa dengan menggubal undang-undang sesuka hati maka
adalah menjadi tanggungjawab bagi badan Kehakiman mengawasi supaya undang-undang
tersebut tidak bertentangan dengan Peruntukan dalam Bahagian 6, Bab 1 Perlembagaan
Persekutuan.
Dengan kata lain, badan kehakiman boleh memutuskan bahawa sesuatu undang-
undang itu tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan sekiranya ia melewati batasan-batasan
kuasa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Peranan utama badan kehakiman dalam
hal ini ialah bertindak sebagai satu intitusi yang menjaga keluhuran Perlembagaan dan
memelihara keseimbangan kuasa antara badan eksekutif dan badan perundangan demi
mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap rakyat.
Peranan kedua terpenting badan ini ialah menjaga keadilan. Ia mengadili semua
kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam Persekutuan dan menjatuhkan hukuman yang
setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Menyelesaikan perselisihan antara kedua-dua
pihak sama ada antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, antara Kerajaan Negeridengan Kerajaan Negeri, antara orang awam dengan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan
Negeri atau mahupun sesama orang awam sendiri. Dalam menjalankan tugas mendaulatkan
undang-undang negara, Badan Kehakiman bertindak secara objektif. Pengadilan dan hukuman
yang diputuskan oleh badan ini tidak mengira atau dipengaruhi oleh status, darjat, bangsa,
agama atau keturunan seseorang.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
5/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 120
Rajah 7.1: Doktrin pengasingan kuasa
Nyatakan bidang kuasa pentadbiran negara berikut:
a) Badan Pemerintah (Eksekutif)________________________________________________________________________________________________________________
b) Badan Perundangan (Legislatif)________________________________________________________________________________________________________________
c) Badan Kehakiman (Judisary)________________________________________________________________________________________________________________
BADAN PEMERINTAH (EKSEKUTIF)
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen ialah badan perundangan bagi Malaysia, badan ini mengandungi tiga komponen, iaitu
Yang di-Pertuan Agong dan dua buah majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Segala
undang-undang yang telah diluluskan oleh badan perundangan diperingkat persekutuan mesti
melalui ketiga-tiga komponen diatas. Jawatatan Yang di- Pertuan Agong telah diwujudkan oleh
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Baginda merupakan lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Yang Di-Pertuan Aong
adalah Ketua Negara dan Raja Berperlembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang telah
diberikan kepada baginda oleh Perlembagaan. Isteri Yang di-Pertuan Agong di gelar Raja
Permaisuri Agong dan mempunyai keutamaan selepas yang di-Pertuan Agong. Dalam konteks
badan pemerintah, Yang di-Pertuan Agong pada teorinya diberikan kuasa eksekutif oleh
Perlembagaan Negara tetapi kuasa eksekutif sebenarnya di jalankan oleh Jemaah
Menteri/Kabinet dan Kakitangan Perkhidmatan Awam.
Badan
Badan Badan
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
6/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 121
Gambar 7.1 : Senarai Yang di-Pertuan Agung Yang Memerintah Malaysia dan yang
terkini Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhun Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
dari Terengganu yang mula memegang tapuk pemerintahan pada 2006
Sebagai ketua negara juga baginda perlu akur kepada Perlembagaan, baginda
mengatasi semua orang dalam Malaysia dan tidak boleh didakwa atas apa jua perbicaraan
dalam mana-mana mahkamah atas tugas-tugas rasmi baginda sebagai Ketua Eksekutif.
Namun baginda hanya boleh didakwa di dalam Mahkamah Khas yang di peruntukan di bawah
Bahagian XV. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong melakukan sesuatu kesalahan semasamenjalankan tugas rasmi pihak yang terkilan boleh mendakwa dengan menamakan Kerajaan
Persekutuan sebagai defendan. Ini bermakna bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai
imuniti (kekebalan) yang mutlak disisi undang-undang. Ini menunjukkan bahawa sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen memelihara keadilan dan setiap warganegara adalah
tertakluk kepada undang-undang.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
7/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 122
Tahukah anda bagaimana pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat?
Perkara 32, Fasal 1, Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong
ialah Ketua Negara. Yang di-Pertuan Agong dipilih dikalangan 9 orang Raja Melayu oleh MajlisRaja-Raja mengikut giliran negeri masing-masing. berasaskan kepada aturan yang terkandung
dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Raja yang pertama dalam senarai pemilihan
ialah Raja yang paling kanan selepas Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan mendapat
sokongan daripada sekurang-kurangnya 5 orang raja.
Yang di-Pertuan Agong akan memegang kuasa tersebut selama 5 tahun kecuali
sekiranya baginda meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatan ataupun baginda
dilucutkan daripada jawatan tersebut. Walau bagaimanapun Yang Dipertua Negeri Sabah,
Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka adalah tidak berkelayakan untuk terlibat sewaktu proses
membuat pemilihan dilakukan.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa-kuasa tertentu kepada
baginda sebagai ketua badan eksekutif, dalam hal ini Yang di-Pertuan Agong memainkan 3
peranan utama iaitu:-
i- Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-Pertuan Agongbertindak sebagai kuasa eksekutif. ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atasnama baginda.
ii- Perkara 40 (2) a, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicarabaginda untuk melantik Perdana Menteri tetapi baginda dikehendaki mengikutkebiasaan peraturan demokrasi berparlimen. Peruntukan budi bicara tersebutmerangkumi melantik Perdana Menteri, mempersetujui atau tidak mempersetujuipembubaran Parlimen dan meminta diadakan satu Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
iii- Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada baginda untuk melantikJemaah Menteri. Tugas Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini perlu mengikut susunaniaitu dimulakan dengan perlantikan Perdana Menteri diikuti oleh Jemaah Menterisamaada daripada anggota Dewan Negara atau daripada anggota Dewan Rakyat atasnasihat Perdana Menteri seperti yang di peruntukkan dalam Perkara 43 (2) b.
Kesimpulannya, Yang di-Pertuan Agong merupakan satu institusi yang terpelihara disisi
Perlembagaan Persekutuan. Namun terdapat beberapa prosedur dan perkara yang perlu diikuti
oleh baginda dalam melaksanakan tugas tugas eksekutif ini supaya tidak bertentangan dengan
kepentingan-kepentingan pentadbiran.demi menjamin keharmonian pejalanan sistempemerintahan negara.
Kabinet
Selepas pilihanraya 1955, sebuah kerajaan baru dibentuk dimana Parti Perikatan yang telah
memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerajaan Parti Perikatan telah
melantik Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Ketua Menteri dan seiring dengan itu
lahirlah sebuah Kabinet moden pra-merdeka. Sebelum dikenali sebagai Kabinet, badan ini di
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
8/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 123
kenali sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan yang menjadi pesasihat kepada
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri yang pertama
dan Kabinet yang dibentuk ialah kabinet yang pertama ditubuhkan. Sistem Kabinet ini
berlanjutan sehinggalah ke hari ini.
Siapakah Anggota Kabinet dan bagaimanakah dia dilantik?
Perkara 43 Fasal 2 (a) menyebut sebelum dilantik anggota-anggota Kabinet, Perlembagaan
menghendaki Yang Di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri mengetuai Kabinet berkenaan.
Menurut Perkara 43 Fasal 1, dan perkara 43 Fasal 2 (b) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Kabinet dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menasihati
baginda menjalankan tugasnya atas nama Perdana Menteri. Perkara 43 (a) menyebut saraanbagi Kabinet ditetapkan oleh Parlimen.
Kabinet di bentuk oleh parti yang mendapat kedudukan majoriti dalam Parlimen. Badan
ini diketuai oleh Perdana Menteri serta ahli-ahli lain yang yang terdiri daripada menteri.
Kebanyakan ahli ahli nya yang terdiri daripada ahli Dewan Rakyat walaupun mungkin juga
terdapat Ahli Dewan Negara yang dilantik. Mereka yang dilantik menjadi ahli Kabinet biasanya
berlandaskan kepada status politik dan merupakan menteri-menteri yang memegang beberapa
portfolio tertentu. Bilangannya tidak begitu besar untuk melancarkan perbincangan yang
berkesan. Dalam konteks pemerintahan demokrasi, ahli-ahli Kabinet inilah yang membentuk
kerajaan yang memerintah. Oleh itu Kabinet merupakan badan yang bertanggungjawab
menjalankan kuasa eksekutif tertinggi yang di pegang oleh Yang di-Pertuan Agong.
Jika anda ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan barisan kabinet negara, anda
bolehlah melayari laman web http://www.kabinet.jpm.my/index.html bagi mengenali mereka.
Perdana Menteri
Perkara 43 (3) perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong
dikehendaki melantik seorang Perdana Menteri yang menang dalam pilihanraya umum dan
biasanya menjadi ketua parti pemerintah untuk mengetuai kabinet. Perdana Menteri ini juga
hendaklah di pilih berdasarkan daripada kalangan ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan
majoriti ahli-ahli dewan.
Menurut Perkara 43 (4), Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa
seseorang Perdana Menteri boleh mengetuai Kabinet ini selagi ia mendapat kepercayaan
sebilangan besar Ahli- ahli dewan Rakyat melainkan atas permintaan Yang Di-Pertuan Agong
membubarkan Parlimen. Sekiranya gagal mendapat sokongan ahli-ahli Kabinet Perdana
Menteri terpaksa melepaskan jawatan.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
9/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 124
Perkara 43 (7), pula memperuntukkan walaupun seorang warganegara yang mendapat
taraf kewarganegaraan secara masukan ataupun secara pendaftaran di bawah Perkara 17,
Perlembagaan Persekutuan tidak boleh di lantik sebagai Perdana Menteri.
Perdana Menteri juga bertindak sebagai pengerusi dalam mesyuarat Kabinet yang di
adakan seminggu sekali iaitu pada setiap hari Rabu. Selain daripada itu Perdana Menteri
bertindak sebagai Ketua Pentadbir (Kerajaan) Utama Negara. Perdana Menteri juga merupakan
pegawai diplomatik utama negara. Ini dilakukan melalui hubungan persahabatan dan hubungan
perdagangan dengan negara-negara luar.
Menteri
Lazimnya semua menteri adalah ahli Kabinet walaupun perkara ini adalah tidak dinyatakandalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 43 (2) b, Perlembagaan Persekutuan,
anggota-anggota Kabinet merupakan menteri-menteri yang dilantik dikalangan anggota Dewan
Rakyat atau Dewan Negara.
Menurut Perkara 43 (5), tempoh memegang jawatan bagi anggota-angota Kabinet
bergantung kepada selama mana ia diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri. Namun begitu seseorang menteri itu boleh meletakkan jawatan secara
sukarela atas sebab-sebab tertentu.
Menurut Perkara 43 (6), Perlembagaan Persekutuan, pula menyataka seseorang
anggota Kabinet hendaklah mengangkat sumpah jawatan iaitu sumpah taat setia dan sumpahrahsia sebelum dibenarkan menjalankan tugas-tugasnya. Peruntukan potfolio (kementerian)
bagi menteri-menteri yang dibuat oleh Perdana Menteri adalah atas dasar kesesuaian tertentu
dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong . Timbalan Perdana Menteri juga di lantik oleh Yang di-
Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri bagi membantu Perdana Menteri.
Seseorang anggota Kabinet biasanya akan mengetuai satu portfolio (kementerian),
namun begitu ada juga menteri yang memegang lebih dari satu portfolio. Seseorang menteri
yang dilantik memegang sesuatu portfolio bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas yang
diberikan kepadanya mengikut Akta Tugas-Tugas Menteri. Selain portfolio yang khusus,
terdapat juga anggota-anggota kabinet yang dilantik tanpa portfolio. Mereka dikenali sebagai
Menteri Tidak Berportfolio yang tugas mereka membantu Perdana Menteri menjalankan tugas-tugas yang tertentu. Kini jawatan Menteri Tidak Berpotfolio tidak dipakai lagi kerana sebaliknya
digantikan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Peranan Kabinet
Peranan utama Kabinet termasuk Perdana Menteri adalah bagi memastikan dasar kerajaan dan
memberikan arahan untuk dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
10/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 125
Persekutuan dan di peringkat negeri selain bertindak memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan
Agong. Dengan ini Kabinet merupakan satu badan dalam jentera pentadbiran yang dikenali
sebagai badan pemerintah (eksekutif) yang berperanan untuk menasihati Yang di-Pertuan
Agong dalam menjalankan tugas-tugas baginda dan menjalankan tugas-tugas sebenar bagi
pihak baginda.
Bagi melaksanakan peranan ini, anggota-anggota Kabinet akan mengadakan mesyuarat
dari semasa ke semasa untuk membuat sesuatu dasar, membincangkan hal-hal seperti
perlaksanaan dasar yang telah diputuskan atau membincangkan masalah-masalah semasa
yang dihadapi oleh kerajaan. Mesyuarat Kabinet merupakan perbincangan yang penting dan
tertutup. Urusan ini membolehkan setiap menteri mengetahui perkembangan sesuatu dasar
yang dilaksanakan supaya follow up dan follow throughtboleh dipergiatkan lagi oleh menteri-
menteri dan kementerian yang dipertanggungjawabkan.
Oleh itu, dalam mesyuarat ini seseorang menteri akan memberi taklimat kepada Kabinet
tentang rancangan-rancangan dan laporan perlaksanaan sesuatu dasar didalam
kementeriannya. Dalam mesyuarat ini juga, segala pandangan anggota anggota Kabinet yang
lain akan dikemukakan. Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hendaklah disokong oleh
semua Menteri. Jika rancangan yang dibincangkan dalam mesyuarat itu dipersetujui maka
akan dibentangkan pula dalam Parlimen. Kabinet juga berhak menubuhkan Jawatan Kuasa
Khas Kabinet jika perlu bagi mengkaji sesuatu dasar atau yang memerlukan kajian mendalam.
Oleh sebab Kabinet terdiri daripada Ahli Parlimen, maka Kabinet hendaklah
bertanggungjawab kepada Parlimen dan menjadi tanggungjawab mereka untuk
mempertahankan tindakan yang diambil oleh kerajaan di Parlimen. Dalam konteks demokrasi
berparlimen ahli-ahli Kabinet bertanggungjawab diatas segala keputusan yang dibuat oleh
Kabinet. Dalam perjalanan sistem kabinet, peranan menteri-menteri adalah penting
memandangkan seseorang menteri merupakan pembawa usul atau rang undang-undang
kerajaan. dalam hal ini seseorang menteri itu merujuk kepada jabatan-jabatan kerajaan yang
terlibat sebelum rang undang-undang itu diusulkan di Parlimen.
Sebagai satu mesyuarat yang penting perkara-perkara yang dibincangkan adalah rahsia
dan perlu dicatatkan. Ini dilakukan oleh Setiausaha Kabinet iaitu Ketua Setiausaha Negara.
Sebagai seorang kakitangan awam ia jiga merupakan penasihat utama kepada Kabinet
mengenai perkara-perkara berkaitan dengan hal ehwal perkhidmatan sahaja. Seterusnya bagi
melaksanakan tugas-tugas Kabinet seorang Setiausaha Parlimen telah dilantik oleh PerdanaMenteri sendiri melalui perkara 43 (b) 1, Perlembagaan Persekutuan. Tugas Setiausaha
Parlimen ialah untuk membantu menteri dan timbalan menteri. bagi membantu Perdana Menteri
menjalankan tugasnya, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 43
(membenarkan Perdana Menteri melantik seorang Setiausaha Politik) yang tidak semestinya
daripada kalangan mana-mana ahli Parlimen.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
11/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 126
Kementerian/Jabatan/ Perbadanan Awam
Tugas-tugas menteri akan dikendalikan oleh sebuah badan yang akan dikenali sebagai
kementerian. Kementerian merupakan jentera tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan.
Selain daripada kementerian, Jabatan dan Perbadanan Awam memainkan peranan penting
melaksanakan tugas-tugas pemerintahan awam.
Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja ditubuhkan pada tahun 1948, Majlis Raja-Raja ini terdiri dari semua Raja
Melayu dan Yang Dipertua Negeri. Tugas-tugas Majlis Raja-Raja antaranya seperti berikut :
i- memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agongii- Menimbangkan perkara-perkara berkaitan dengan dasar negara seperti perubahan-
perubahan tentang dasar-dasar Imegresen dan apa jua perkara yang difikirkan perlu.iii- Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau
agama meliputi seluruh Persekutuan.iv- mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang atau perlantikan
menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau perundingandengannya.
Dalam proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
hanya raja-raja berhak mengundi. Semasa Majlis Raja-Raja membincangkan perkara berkaitandengan dasar negara, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri manakala Raja-
Raja dan Yang Dipertua Negeri di iringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing.
Dalam konteks ini, Majlis Raja-Raja merupakan satu landasan tertinggi dimana kerumitan
antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dapat diputuskan dengan mesra.
Ketua Audit Negara
Ketua Audit dilantik olehYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah
berunding dengan Majlis raja-Raja. Tugas utama Ketua Audit Negara ialah mengaudit dan
membuat laporan mengenai Akaun Persekutuan, Akaun Negeri, Akaun Pihak Berkuasa Awam
dan badan-badan lain yang mentadbir wang negara. Akaun-akaun berkenaan perlu diaudit
untuk memastikan bahawa perbelanjaan awam dibuat adalah bagi maksud-maksud yang
diluluskan oleh Parlimen dengan cara yang lengkap dan berkesan. Laporan Ketua Audit
dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang ditubuhkan dibawah
peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
12/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 127
Suruhanjaya
Perlembagaan Persekutuan juga mengadakan peruntukan bagi mewujudkan beberapa
suruhanjaya. Secara keseluruhannya terdapat 2 suruhanjaya iaitu berbentuk tetap dansementara. Perlembagaan memperuntukkan secara spesifik suruhanjaya pilihanraya dan
beberapa Suruhanjaya Perkhidmatan. Kesemua suruhanjaya yang termaktub dalam
Perlembagaan adalah berbentuk tetap. Terdapat juga Suruhanjaya-Suruhanjaya Khaas yang
ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk mengkaji sesuatu masalah atau sesuatu perkara atau
masalah. Suruhanjaya sebegini adalah bertaraf sementara sahaja. Biasanya ia tidak berfungsi
lagi dan ianya dibubarkan setelah suruhanjaya tersebut selesai membuat perakuan-perakuan
bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dikaji olehnya. Tujuan suruhanjaya ditubuhkan
sama-ada berbentuk tetap ataupun sementara adalah bertujuan untuk memastikan supaya
sesuatu badan itu dapat bergerak dan bertindak secara bebas bagi menjalankan tugas-tugas
mereka dengan objektif, adil dan saksama.
Senaraikan beberapa fungsi kabinet dalam parlimen.
a. ____________________________________________________
b. ____________________________________________________
c. ____________________________________________________
BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
Parlimen
Menurut Perkara 44 Bahagian 4 Perlembagaan Malaysia, kuasa perundangan di peringkat
perundangan Negara Malaysia terletak pada Parlimen. D. Roberston (1993), secara amnya
berpendapat bahawa Parlimen merupakan satu perundingan (sonsultative assembly) di mana
kuasa Perlembagaan diperlukan atau tidak diperlukan bagi tujuan untuk membuat undang-
undang rasmi Negara. Struktur Parlimen pula terbahagi kepada sama ada berbentuk :
i- Bikameral iaitu mempunyai dua buah House Of Common dan House Of Lorddi Englandatau House Of Representative dan House Of Senate di Amerika dewan seperti DewanRakyat dan Dewan Negara di Malaysia atau Syarikat.
ii- Unikameral iaitu mempunyai satu dewan sahaja.
Oleh itu di Malaysia, Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis
Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini bermakna Parlimen mempunyai kuasa
membuat undang-undang meliputi perkara-perkara seperti yang termaktub dalam Jadual
Kesembilan Perlembagaan. Parlimen ini akan terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
13/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 128
mesyuarat pertamanya selepas pilihanraya umum melainkan dibubarkan awal daripada itu.
Oleh itu, segala undang-undang yang dibuat melalui Parlimen perlukah diluluskan oleh ketiga-
tiga komponen dalam Parlimen.
Untuk maklumat lanjut bolehlah anda melayari di laman web di
http://www.parlimen.gov.my bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan Parlimen di
Malaysia.
Komponen-komponen Parlimen
Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Yang di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga komponen Parlimen dan baginda berada
di kemuncak badan Perundangan. Sungguhpun Yang di-Pertuan Agong merupakan badan
komponen Parlimen tetapi baginda tidak terlibat dalam menggubal undang-undang.
Penggubalan undang-undang sebenarnya terletak ditangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Negara. Sebaliknya tugas-tugas baginda adalah seperti yang diperuntukkan dalamPerkara 55
iaitu hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.
Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa istemewa untuk memberhentikan atau
membubarkan Parlimen. Ringkasnya tugas baginda ialah:-
i- Memanggil mesyuarat Parlimen.
ii- Menamatkan penggal Parlimen.iii- Membubarkan Parlimen.
Yang di-Pertuan Agong tidak perlu menghadiri persidangan Parlimen tetapi baginda
boleh bertitah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen juga memberi ucapan dalam mana-
mana majlis Parlimen atau dalam kedua-dua majlis Parlimen bersama. Lazimnya, ini dilakukan
pada awal tahun. Ini membawa makna Yang di-Pertuan Agong tidak mempengerusikan Dewan
Rakyat dan Dewan Negara tetapi hanya menyampaikan titah sahaja.
Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan satu majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan
mendapatkan pembelaan melalui wakil mereka. Dewan Rakyat berperanan untuk menggubal
dan membahaskan undang-undang. Dewan Rakyat merupakan komponen yang penting dalam
Parlimen kerana ia adalah dewan yang dianggotai oleh wakil rakyat yang memenangi kerusi
dalam pilihanraya umum dan ini melambangkan demokrasi. Jumlah keanggotaan dalam
Dewan Rakyat boleh diubah melalui pindaan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.
Kini, Dewan Rakyat dianggotai oleh 219 orang ahli yang telah dipilih oleh rakyat melalui
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
14/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 129
pilihanraya umum setiap lima tahun. Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya. Pemilihan
ahli-ahli dilakukan setiap lima tahun sekali.
Fungsi Dewan Rakyat adalah untuk menggubal undang-undang dan membincangkanperkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara. Menurut Perkara 55
Fasal 1, Dewan Rakyat hendaklah dipanggil bersidang dari semasa ke semasa oleh Yang di-
Pertuan Agong. Dewan Rakyat tidak boleh dibiarkan tanpa bersidang dalam tempoh enam
bulan dari tarikh persidangan akhir pada penggal yang lalu hingga persidangan yang pertama
padsa penggal yang baru. Perkara 63 menyebut perjalanan persidangan, isu-isu yang
dibincangkan atau undi-undi dalam Dewan Rakyat tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana
mahkamah kecuali seseorang anggota Dewan Rakyat itu menganjurkan kedudukan Yang di-
Pertuan Agong dan Raja-Raja dihapuskan.
Perkara 47, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa syarat kelayakan
untuk dilantik sebagai anggota Dewan Rakyat ialah:-
a. Warganegara Malaysiab. Bermastautin di Malaysiac. Berusia tidak kurang daripada 21 tahun.
Anggota-anggota Dewan Rakyat juga boleh hilang kelayakan sebagai anggota dewan. Sebab-
sebabnya adalah menurut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan:-
a. Tidak sempurna akalb. Muflis dan tidak dilepaskan oleh mahkamah
c. Memegang apa-apa jawatan lain yang berpendapatand. Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam masa yang telah ditetapkan
apabila dilantik sebagai ejen pilihanraya.e. Disabitkan dengan hukuman penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM
2000.00f. Mendapat kewarganegaraan Negara lain.g. Menggunakan hak-hak kewarganegaraan lainh. Mengaku taat setia kepada Negara lain.
Walaubagaimanapun terdapat syarat tambahan yang menyebabkan seseorang itu hilang
kelayakan sebagai anggota Dewan Rakyat iaitu:
- Perkara 48(6), menyebut bahawa juka seseorang anggota Dewan Rakyat meletak
jawatan, dia hilang kelayakan untuk menjadi anggota Dewan Rakyat selama tempoh lima
tahun bermula dri tempoh perletakan jawatannya.
- Perkara 49, memperuntukkan anggota dewan Rakyat tidak boleh menjadi anggota Dewan
Negara dalam masa yang sama kerana Perlembagaan melarang dua keanggotaan.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
15/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 130
- Perkara 51, pula membenarkan seseorang anggota Dewan Rakyat meletakkan jawatan
dengan mengutus surat kepada Yang Dipertu Dewan Rakyat.
- Perkara 52(1), memperuntukkan juga bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat mestihadir ke persidangan Dewan Rakyat. Jika dia tidak hadir pada setiap persidangan Dewan
Rakyat selama enam bulan dan tidak ada kebenaran, kerusi yang diwakilinya diistiharkan
sebagai kosong.
- Perkara 59(1), seterusnya menyebut bahawa anggota dewan Rakyat dikehendaki
mengangkat sumpat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, jika gagal berbuat demikian
dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan yang pertama Dewan Rakyat selepas
beliau dipilih maka kerusinya diistiharkan kosong.
Dewan Rakyat diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh dua Timbalan
Yang Dipertua dan seorang setiausaha. Menurut perkara 57, Perlembagaan Persekutuan, YangDipertua dan Timbalan Yang Dipertua perlu dilantik dikalangan ahli-ahli anggota Dewan Rakyat.
Namun Perkara 57 Fasal 1(a), memperuntukkan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh
juga dilantik bukan dari kalangan ahli dewan Rakyat dengan syarat dia hendaklah mengangkat
sumpat dan mengaku taat setia seperti seorang anggota Dewan Rakyat. Menurut Perkara 57
fasal 4, jika seorang anggota Dewan Undangan Negeri di lantik sebagai Yang Dipertua Dewan
Rakyat, dia hendaklah meletak jawatan daripada Dewan Undangan Negeri.
Menurut Perkara 56 Fasal 5, kelayakan memegang jawatan Yang Dipertua Dewan
Rakyat boleh hilang apabila ia menjadi ahli lembaga pengarah atau ahli lembaga pengurusan,
pegawai atau pekerja atau terlibat dalam sesuatu urusan pertubuhan atau badan sama ada
diperbadankan atau tidak dalam apa-pa-apa pengurusan pengusahaan perdagangan,perindustrian atau lain-lain pengusahaan sama ada mendapat pendapatan ataupun tidak
mendapat pendapatan atau faedah daripadanya.
Menurut Perkara 57 Fasal 5, Yang Dipertua Dewan Rakyat dibenarkan melibatkan diri
atau memegang jawatan dalam pertubuhan atau badan kebajikan atau sukarela yang memberi
faedah kepada masyarakat dengan syarat tidak mendapat saraan, hadiah, keuntungan atau
faedah daripada pertubuhan tersebut. Saraan untuk Yang Dipertua dan Timbalan Yang
Dipertua Dewan Rakyat ditentukan oleh Parlimen dan diambil daripada Kumpulan Wang Yang
Disatukan menurut Perkara 58.
Persidangan Parlimen
Parlimen akan bersidang apabila di panggil oleh yang di-Pertuan Agong dan penangguhannya
tidak boleh dibiarkan berlanjutan enam bulan berselang antara mesyuarat akhir bagi sesuatu
penggal tertentu dengan mesyuarat yang pertama bagi penggal yang berikutnya. Parlimen akan
kekal untuk selama lima tahun dari tarikh mesyuarat yang pertama dan apabila genap lima
tahun.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
16/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 131
Selepas itu, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya melainkan jika dibubarkan oleh
Yang di-Pertuan Agong sebelum cukup tempoh. Setelah Parlimen dibubarkan maka pilihanraya
umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran bagi Semenanjung
Malaysia dan 90 hari bagi negeri Sabah dan Sarawak. Parlimen hendaklah dipanggil bersidang
tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.
Semua mesyuarat Parlimen disusun dalam satu kalender mesyuarat yang dipanggil
Takwim Parlimen. Kalender ini akan dibahagikan kepada lima penggal mengambil masa selama
hampir satu tahun. Parlimen tidak mengadakan mesyuarat disepanjang penggal tetapi
mengadakan mesyuarat antara tiga atau empat kali dalam satu-satu penggal yang tertentu.
Biasanya tiap-tiap mesyuarat mengambil masa dua minggu bagi Dewan Rakyat dan satu
minggu bagi Dewan Negara kecuali Mesyuarat Belanjawan yang mengambil masa lima atau
enam minggu atau lebih.
Apabila Parlimen mengadakan mesyuarat maka mesyuarat itu dipanggil persidangan.
Titah ucapan Yang di-Pertuan Agong akan dibuat semasa mesyuarat yang pertama Parlimen
bagi setiap tahun. Titah ucapan di raja ini meliputi dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan
dalam tahun berkenaan. Semua ahli Parlimen boleh membahaskan isi atau kandungan ucapan
tersebut. Mesyuarat Belanjawan Negara pula mengambilmasa kira-kira enam minggu untuk
berlansung dan diadakan pada akhir setiap tahu iaitu pada bulan Oktober.
Dalam mesyuarat ini Menteri Kewangan akan membuat ucapan belanjawan yang
antara lain akan merangkumi anggaran dan jangkaan perbelanjaan bagi tahun hadapan atau
tahun baru. Semasa Mesyuarat Belanjawan, ahli-ahli Parlimen boleh mengemukakan soalan-
soalan mengenai dasar-dasar kewangan. Ketika itu, Rang Undang-Undang Perbekalan
Kerajaan bagi tahun baru adalah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut melalui satu usul.
Setelah diluluskan oleh Parlimen dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong maka
perbelanjaan tersebut menjadi sah di sisi undang-undang.
Tiap-tiap dewan mempunyai peraturan mesyuarat masing-masing yang mesti dipatuhi
oleh ahli-ahli dewan. Persetujuan sebulat suara diambil menurut suara terbanyak ahli yang
hadir untuk mengubdi. Ahli yang tidak hadir tidak boleh mengundi. Yang Dipertua Dewan
biasanya tidak mengundi namun apabila berlaku bilangan yang menyokong dan tidak
menyokong sama banyak maka Yang Dipertua Dewan bolehlah memberi undi pemutus. Jika
Yang dipertua Dewan itu bukan daripada ahli dewan maka ia tidak boleh mengundi.
Proses Penggubalan Undang-Undang di Parlimen
Bagi menjamin kelancaran perlaksanaan undang-undang di seluruh persekutuan, proses
membuat undang-undang dibuat dengan teliti. Parlimen membuat undang-undang mengikut
cara dan peraturan tertentu seperti yang telah ditetapkan dalam Bab 5 Acara Perundangan,
Perlembagaan Persekutuan.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
17/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 132
Pada peringkat awalnya, menteri atau sesebuah kementerian perlu merangka dasar-
dasar yang berkaitan dengan sesuatu Rang Undang-Undang yang hendak dibentangkan di
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dalam membuat rangka dasar dan Rang Undang-Undang,
menteri atau kementerian berkenaan perlu berunding dengan Jabatan Peguam Negara,
Perbendaharaan atau kementerian-kementerian lain yang ada kaitan dengan Rang Undang-
Undang tersebut.
Setelah mendapat persetujuan semua pihak yang berkaitan, draf Rang undang-Undang
perlu disediakan. Biasanya draf ini disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. Draf Rang
Undang-Undang ini akan dikemukakan kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan badan
tersebut. Setelah diluluskan oleh kabinet, notis pemberitahuan akan dihantar oleh menteri
berkenaan kepada kedua-dua majlis Parlimen. Rang Undang-Undang ini kemudiannya akan
dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara untuk diedarkan kepada semua ahli Dewan Negara
dan Dewan Rakyat.
Seterusnya, pembentangan Rang Undang-Undang kepada Dewan Rakyat dan Dewan
Negara bagi mendapatkan kelulusan kedua-dua Majlis Parlimen tersebut. Dalam Dewan Rakyat
dan Dewan Negara, Rang Undang-Undang itu akan dibaca mengikut peringkat seperti Bacaan
Kali Pertama, Bacaan Kali Kedua dan Bacaan Kali Ketiga sebelum diluluskan.
Bacaan Kali Pertama
Dalam Bacaan Kali Pertama di Dewan Rakyat, menteri berkenaan akan mengemukakan Rang
Undang-undang itu kepada semua ahli Dewan Rakyat. Setiausaha Dewan Rakyat akanmembacakan tajuk ringkas Rang Undang-Undang berkenaan. Seterusnya menteri berkenaan
akan memberitahu Dewan Rakyat masa untuk Bacaan Kali Kedua dan Bacaan kali Ketiga.
Pada kebiasaannya, bacaan-bacaan ini akan dibuat dalam mesyuarat yang sama.
Bacaan Kali Kedua
Bacaan Kali Kedua adalah peringkat yang sangat penting kerana diperingkat ini Rang Undang-
Undang itu akan dibahaskan secara mendalam oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dengan
menimbangkan semua aspek kebaikan, keburukan, kesan dan pengruhnya terhadap rakyat danNegara. Menteri berkenaan bertanggungjawab untuk memberi jawapan dan penjelasan kepada
sebarang soalan dan kemuskilan yang dikemukakan oleh ahli-ahli dewan. Selepas itu, Rang
Undang-Undang tersebut akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa.
Peringkat Jawatankuasa
Di peringkat ini penelitian secara terperinci kearah semua fasal mengikut urutan akan dilakukan.
Jawatankuasa ini berhak membuat pindaan kepada Rang Undang-undang tersebut juka perlu.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
18/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 133
Bacaan Kali Ketiga
Dalam peringkat Bacaan Kali Ketiga, Rang Undang-Undang tersebut akan dikemukakan
semula oleh menteri berkenaan di Dewan Rakyat unrtuk mendapatkan kelulusan. Setelah
mendapat kelulusan daripada Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang itu akan dibawa ke Dewan
Negara untuk dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan.
Di Dewan Negara, Rang Undang-undang yang telah diluluskan di dewan Rakyat juga
akan dibacakan untuk kali pertama, kedua dan ketiga dan kemudiannya diluluskan. Setelah
mendapat kelulusan kedua-dua Majlis Parlimen, rang Undang-Undang itu hendaklah
dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuan baginda dan diperkenankanmenjadi undang-undang. Biasanya undang-undang itu dikuatkuasakan apabila diwartakan,
tetapi kadang kala penguatkuasaannya ditentukan dalam undang-undang itu sendiri.
Dari segi teknikalnya, proses ini menunjukkan bahawa undang-undang Negara Malaysia
tidak digubal dengan sewenag-wenangnya oleh pembuat undang-undang iaitu Ahli-Ahli Majlis
Parlimen. Sungguhpun kuasa menahan mana-mana Rang undang-Undang sudah dikurangkan
melalui Pindaan Perlembagaan tetapi Yang di-Pertuan Agong masih lagi mempunyai kuasa
menitahkah Parlimen menimbangkan semula mana-mana bahagian dalam rang Undang-
Undang itu.
Baginda bertindak sebagai badan peringkat agar memastikan undang-undang yangbakal dikuatkuasakan itu tidak cacat dimana-mana bahagian. Ketelitian proses membuat
undang-undang itu bertujuan memastikn supya penguatkuasaan undang-undang itu nanti oleh
badan pelaksana tidak merugikan atau menekan mana-mana pihak tetapi sebaliknya menjaga
kepentingan rakyat dan negara di bawah pemerintah bemokrasi berprlimen.
Nyatakan 5 sebab anggota Dewan Rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota dewan.
1. ___________________________________2. ___________________________________3. ___________________________________4. ___________________________________5. ___________________________________
BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)
Kehakiman merupakan satu daripada tiga badan penting dalam struktur pemerintahan di
Malaysia. Badan kehakiman bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
19/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 134
Badan kehakiman juga berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada
sebarang pencabulan oleh orang perseorangan.
Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kuasa membicarakn, menyelesaikanpertikaian dan menghukum pesalah terletak didalam kuasa badan kehakiman yang
dilaksanakan oleh pihak mahkamah. Bagi membolehkan mahkamah berfungsi secara bebas,
terdapat beberapa peruntukan dalam perlembagaan yang menjamin kebebasan mahkamah
supaya tidak dikawal oleh badan perundangan atau eksekutif. Kuasa kehakiman di Malaysia
terletak pada dua buah mahkamah tinggi dan beberapa mahkamah rendah. Kedua-dua
mahkamah itu ialah Mahkamah Tinggi Malaya bagi Semenanjung Malaysia dan Mahkamah
Tinggi Borneo di Sabah dan Sarawak. Kedua-dua Mahkamah Tinggi ini mempunyai kedudukan
yang setaraf.
Mahkamah mempunyai bidang kuasa yang besar dalam bidang perundangan dan
eksekutif iaitu :
i- Kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang.ii- Kuasa mengistiharkan sesuatu undang-undang persekutuan dan undang-undang
negeri tidak sah dan bataliii- kuasa mengistiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah dan batal disisi
undang- undang.
Menurut pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada tahun 1988, kuasa
kehakiman tidak lagi berada secara eksklusif kepada pihak mahkamah. Sebaliknya, kuasa
mahkamah tertakluk kepada peruntukan dalam undang-undang persekutuan. Kuasa untuk
menempatkan atau mahkamah bagi perbicaraan sesuatu kes kini terletak kepada Peguam
Negara. Sebelum pindaan ini, kuasa bagi memindahkan tempat bagi perbicaraan sesuatu kes
berada pada pihak mahkamah sendiri. Walaubagaimanapun, kuasa mentafsir sesuatu undang-
undang masih terletak pada pihak mahkamah.
Sepanjang menjalankan tugas mereka, para hakim tertakluk kepada Kod Etika Hakim
yang diperkenalkan pada tahun 1994. Perkara (3A), Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara, Presiden
Mahkamah Rayuan dan hakim-Hakim Mahkamah Tinggi setelah berunding dengan Perdana
Menteri menetapkan bahawa :
i- Hakim-hakim dikehendaki mematuhi satu Kod Etika Hakim yang ditetapkan sepanjangtempoh perkhidmatan mereka.
ii- Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam mana-mana kod etika ini boleh menjadialasan untuk seseorang hakim itu dipecat daripada jawatannya.
Antara perkara yang disebut dalam Kod Etika Hakim 1994 ialah seseorang hakim tidak
boleh melakukan perkara-perkara berikut:-
i- Kurang cekap atau kurang berusaha serta membelakangi tugas-tugas bidangkehakiman.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
20/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 135
ii- Berkelakuan tidak jujur sehinggakan mencemar badan kehakiman.iii- Melengah-lengahkan kes tanpa alasan yang munasabah.iv- Tidak mematuhi apa-apa arahan statutori.
v- Tidak hadir kemahkamah pada waktu pejabat tanpa apa-apa alasan atau kebenarandaripada Ketua Hakim Negara atau presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besarmengikut mana-mana yang berkenaan.
vi- Seseorang hakim perlu mengistiharkan secara bertulis segala harta miliknya kepadaKetua Hakim Negara.
Perlantikan Hakim
Ketua Hakim Negara merupakan ketua badan kehakiman di Malaysia. Ketua Hakim Negara,
Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi serta hakim-hakim lain
bagi Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas
nasihat Perdana Menteri. Sebelum memberi nasihat tentang perlantikan seseorang hakim,
Perdana Menteri perlu meminta pandangan Ketua Hakim Negara. Begitu juga perlantikan
seseorang Hakim Besar, Perdana Menteri perlu berunding dengan Hakim-Hakim Besar yang
sedia ada. Sekiranya perlantikan itu bagi Mahkamah Tinggi Borneo, Perdana Menteri perlu
meminta pandangan daripada Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara juga melantik Pesuruhjaya-
pesuruhjaya Kehakiman sepenuh masa atau sambilan yang mempunyai kuasa yang sama
seperti Hakim Mahkamah Tinggi. Ini bertujuan untuk meringankan bebab kuasa Mahkamah
Tinggi. Hakim-hakim akan memegang jawatannya sehingga mencapai umur persaraan 65
tahun, tempoh ini boleh dilanjutkan tetapi tidak melebihi 6 bulan selepas seseorang hakim itu
mencapai umur 65 tahun. Walau bagaimanapun sebelum mencapai umur tersebut, seseorang
hakim boleh meletakkan jawatannaya secara sukarela.
Seseorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatannya, kecuali atas perakuan sebuah
tribunal yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tribunal itu diketuai oleh Ketua Hakim
Negara dan dianggotai oleh sekurang-kurangnya lima orang hakim atau bekas Hakim Malaysia
atau negara-negara Komanwel yang akan menjalankan siasatan atau membuat laporan serta
saranan tentang perlucutan jawatan itu.
Apakah perkara yang menyebabkan perlucutan jawatan seseorang hakim boleh dilakukan?
Perlucutan seseorang hakim boleh dilakukan atas sebab-sebab berikut:
i- Berkelakuan tidak baik dan tidak berupaya.ii- Atas alasan kelemahan tubuh badan atau otak.iii- Melanggar Kod Etika Hakim, 1994.iv- Apa-apa sebab lain yang menjejaskan mereka untuk menjalankan tugas-tugas
dengan sempurna.
Prosedur ini memperihalkan bahawa perlucutan jawatan hakim tidak boleh dilakukan
dengan mudah. sebaliknya, sama ada tindakan itu boleh diambil atau tidak bergantung kepada
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
21/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 136
laporan dan perakuan yang dibuat oleh sesebuah tribunal yang dianggotai oleh hakim-hakim
atau bekas-bekas hakim.
Hieraki Mahkamah-Mahkamah
Badan Kehakiman memberi kuasa mahkamah kepada dua. Yang pertama ialah Mahkamah
Atas dan yang kedua ialah Mahkamah Rendah. Mahkamah atas adalah Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Persekutuan. Menurut Pindaan Perlembagaan Persekutuan tahun 1984, Mahkamah
Persekutuan dijadikan sebagai Mahkamah Agung Malaysia. Ia merupakan badan perantara
kehakiman terkemuncak atau yang terakhir dinegara ini apabila rujukan rayuan-rayuan daripada
Mahkamah Persekutuan kepada Privy Council tidak diuruskan lagi.
Dalam pada itu, perlu disebutkan bahawa Jawatankuasa Kehakiman adalah badan yangterakhir memberi pertimbangan atau nasihat segala rayuan yang ditujukan oleh mahkamah
Agung daripada Yang di-Pertuan Agong. Jawatankuasa ini tidak membuat keputusan akan
tetapi hanya memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, Seri Paduka mestilah
melaksanakan nasihat Jawatankuasa Kehakiman itu.
Mahkamah Rendah pula terdiri daripada Balai Penghulu, Mahkamah Juvanil, Mahkamah
Majistret dan Mahkamah Sesyen. Di Sabah dan Sarawak pula ada Mahkamah Majistret Satu
dan Dua, Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Bumiputera Residen. Pindaan Perlembagaan
yang penting telah berlaku pada tahun 1963 terutamanya dari segi susunan struktur
mahkamah-mahkamah tinggi. Susunan baru hieraki mahkamah-mahkamah di Malaysia selepas
terbentuknya Persekutuan baru Malaysia itu dapat dikatakan hampir menyerupai susunansistem mahkamah di India.
Sistem ini mewujudkan sebuah mahkamah bernama Mahkamah Persekutuan dan
mempunyai bidang kuasa diseluruh Persekutuan Malaysia. Ada tiga Mahkamah Tinggi, iaitu
sebuah di Semenanjung, sebuah di Borneo (Sabah dan Sarawak) dan sebuah lagi di
Singapura. Mahkamah tinggi di Singapura hanya wujud sejak 16 September 1963 sehinggalah
Singapura tersingkir daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.
Berdasarkan huraian diatas, maka dapatlah dirumuskan bahawa yang berada dipuncak
susunan hieraki mahkamah mahkamah di negara ini ialah Yang di-Pertuan Agong, yang
merupakan Jawatan-kuasa Kehakiman Majlis Privy. Kemudian barulah muncul MahkamahAgong yang menduduki tahap kedua yang dipimpin oleh Ketua Hakim Negara. Di bawahnya
ada dua Mahkamah Tinggi, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo yang
masing-masing dipimpin oleh Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Borneo.
Mahkamah Agong mahupun Mahkamah Tinggi masing-masing mempunyai hakim yang
tersendiri yang dikenali sebagai Hakim Mahkamah Agung dan Hakim Mahkamah Tinggi.
Kesemuanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah
berunding dengan Majlis Raja Raja Malaysia. Tangga teratas dalam hieraki mahkamah Rendah
di Semenanjung ialah Mahkamah Seksyen.Mahkamah ini dipimpin oleh Yang di-Pertuan Kanan
Mahkamah Sesyen atau ada juga Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
22/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 137
Mahkamah Majistret wujud baik di Semenanjung mahupun di Sabah atau Sarawak yang
terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah majestret Kelas 1 dan Mahkamah Majestret
kelas II. Di Semenanjung pula ada Mahkamah atau Balai Penghulu, yang menduduki tempat
terkebawah dalam susunan hieraki mahkamah-mahkamah di negara ini.
Jadual 7.2: Hieraki Mahkamah-Mahkamah Di Malaysia
AMALAN DEMOKRASI DAN PELAKSANAAN PILIHAN RAYA
Malaysia mula melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen selepas mencapaikemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sistem ini kemudiannya diperkenalkan di Sabah danSarawak apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Sistem pemerintahan inimemberi peluang kepada rakyat untuk menentukan pemimpin negara atau tampukpemerintahan, iaitu corak kerajaan yang bergantung pada persetujuan ramai. Sehubungandengan itu, slogan kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat telah digunapakai dalamsistem pemerintahan Malaysia bagi menunjukkan bahawa suara rakyat adalah amat pentingdalam sistem pentadbiran negara.
Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang
dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan iniadalah dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Antara prinsip utama dalam sistempemerintahan demokrasi berparlimen ialah raja berperlembagaan, ketua negeri, parlimen,pilihanraya dan corak pemerintahan. Selain itu, ciri-cirinya yang lain ialah keluhuranperlembagaan, kepentingan perlembagaan dan pindaan perlembagaan. Melalui ciri tersebut,ternyata bahawa perlembagaan adalah suatu yang penting dalam memastikan kelancaranpentadbiran negara.
Pilihanraya
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Borneo
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret Kelas 1
Mahkamah Tuntutan Kecil
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret Kelas 1
Mahkamah Tuntutan Kecil
Sabah dan SarawakSemenanjung
MalaysiaMahkamah
Atasan
Mahkamah
Rendah
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
23/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 138
Pentadbiran Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana rakyat akanmenentukan ahli parti politik yang bakal membentuk kerajaan dan mentadbir negara melaluipilihan raya umum. Pilihan raya bermaksud proses memilih wakil rakyat untuk memerintah
sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. Rakyat akan memilih wakil rakyat Parlimenuntuk memerintah negara dan juga wakil rakyat Dewan Undangan Negeri untuk memerintahnegeri. Proses pilihan raya ini dilakukan secara sulit dengan prosedur yang telus dan teratur.Pihak yang bertanggungjawab untuk memelihara, menyelia, dan mengekalkan prosesdemokrasi negara adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Antara peranan SuruhanjayaPilihan Raya (SPR) ialah menguruskan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar namapemilih. Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab untuk menentukansempadan pilihan raya Parlimen dan Negeri iaitu kajian persempadanan dijalankan dalamtempoh tidak kurang 8 tahun selepas tarikh akhir persempadanan sebelumnya. Mendaftarkancalon-calon yang bertanding dan menerima dan menyelidik rayuan tentang pilihan raya untukmemastikan kelancaran perjalanan pilihan raya juga merupakan salah satu tanggungjawabSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini banyak
membantu melancarkan perjalanan proses pilihan raya di mana pilihan raya merupakan sebuahproses yang rumit.
Pilihan raya bermula apabila parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong selepassemua pendaftaran dan semakan nama pengundi dilakukan. Selepas itu, penetapan tarikhpilihan raya umum dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Hari penamaan calonditetapkan di mana bakal-bakal calon perlu mengisi borang-borang tertentu dan diserahkankepada Pegawai Pengurus. Kempen pilihan raya akan bermula selepas penamaan calon. Iniadalah bertujuan untuk memancing undi dan calon-calon perlulah mematuhi etika pilihan rayaagar suasana aman dan tenteram. Apabila tiba hari pengundian, rakyat yang telah berdaftarakan keluar mengundi. Setiap calon dibenarkan mendirikan pondok di luar sempadan bertujuanuntuk membantu pemilih menyemak nombor siri dalam daftar pemilih. Seterusnya ialah proses
pengiraan undi. Proses ini dilakukan di tempat mengundi atau berkelompok di tempat yangtelah ditetapkan oleh Pegawai Pengurus. Selepas pengiraan undi, penyata pengiraan undidibawa kepada Pegawai Pengurus di tempat penjumlahan undi. Akhirnya, setelahmenjumlahkan semua keputusan dari tempat mengundi, keputusan pilihan raya akandiumumkan oleh Pegawai Pengurusan mengikut kawasan pilihan raya. Pemenang akan dikenalpasti melalui undi yang terbanyak. Parti yang menang majoriti akan membentuk sebuahkerajaan.
Dalam masa 20 hari selepas pengumuman, keputusan pilihan raya boleh dipertikaikandi Mahkamah Tinggi. Tetapi memerlukan alasan yang kukuh seperti berlaku kes penyogokan,tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya dan calon atau ejen hilangkelayakan serta berlakunya penipuan ataupun ugutan sepanjang pilihan raya dijalankan. Jikahakim pilihan raya memutuskan pilihan raya tersebut tidak sah, maka Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) akan mengadakan sekali lagi pilihan raya baru bagi bahagian berkenaan.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
24/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 139
Rajah 7.2 : Perjalanan Proses Pilihanraya
RUMUSAN
Jelaslah bahawa perkongsian kuasa melalui konsep pengasingan kuasa yang terdiri dari tiga
badan utama dalam kerajaan telah berjaya melicinkan pentadbiran negara. Perlembagaan
Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa kuasa dijalankan oleh 3 badan perundangan,
eksekutif dan kehakiman. Walaupun ketiga-tiga badan ini mempunyai dan menjalankan kuasa
Tetap tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR
Penamaan calon
Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding
Pelancaran kempen pilihan raya
Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR
Pemberian kertas undi yang ada lambang parti calon yang bakal dipilih kepada
pengundi di tempat pengundian
Pembuangan undi. Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi danmemasukkan kertas tersebut dalam eti undi.
Pengiraan undi
Pengumuman keputusan oleh Pegawai pilihan raya
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
25/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 140
yang berlainan namun prinsip hormat-menghormati dan masing-masing tidak campurtangan
secara langsung dalam bidang kuasa pihak lain turut mengukuhkan pemerintahan negara.
Perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan danperlaksanaannya adalah pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang
diwakili oleh ketiga-tiga badan tersebut dan keseluruh jentera pentadbiran kerajaan hingga ke
kampung telah menjalinkan satu jalinan kompleks sehingga mampu mewujudkan dan
mempertahankan sebuah negara yang demokratik.
Ini berlaku kerana pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri
dan Kerajaan Tempatan mengikut syarat-syarat yang diizinkan juga menunjukkan tidak berlaku
monopoli kuasa. Sebaliknya perlaksanaannya dalam pelbagai peringkat sama ada politik
ataupun pemerintahan mahupun jentera pentadbiran secara langsung memperkukuhkan lagi
semangat perpaduan.
Akhir sekali, adalah tidak lengkap sekiranya aspek demokrasi dan pilihanraya tidak
dibincangkan. Pilihanraya dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat yang akan mengisi
kekosongan di Dewan Rakyat yang akhirnya menjalankan kehendak-kehendak rakyat melalui
wakil-wakil rakyat yang dipilih.
KATA KUNCI
1. Eksekutif 7. Dewan Negara
2. Kehakiman 8. Dewan Rakyat
3. Perundangan 9. Parlimen
4. Demokratik 10. Kerajaan Persekutuan
5. Mahkamah 11. Kerajaan Negeri
6. Kabinet 12.Demokrasi
LATIHAN
1. Jelaskan fungsi tiga badan utama iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman dalampentadbiran negara.
2. Jelaskan konsep Doktorin Pengasingan Kuasa di Malaysia.
3. Bagaimanakah Mahkamah dapat memainkan peranan dalam bidang pentadbiran danperundangan? Sila berikan contoh yang sesuai.
4. Apakah persamaan dan perbezaan antara ahli Dewan Rakyat dan ahlu Dewan Negara?
5. Jelaskan maksud semangat kolektif dalam Jemaah Menteri dan kepentingannya.
6. Bincangkan aspek kelayakan seseorang ahli dewan rakyat.
-
8/6/2019 10 - Hns2013 - Unit 7 Sistem ran Negara
26/26
S i s t e m P e n t a d b i r a n N e g a r a | 141
7. Terangkan proses-proses dalam perjalanan sesuatu Pilihanraya di Malaysia.
8. Bagaimanakah Pilihanraya kita boleh katakan sebagai satu bentuk demokrasi. Jelaskan.
RUJUKAN
Abdul Aziz Bari (2002) Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan
Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Abdullah Sanusi Ahmad (1987). Kerajaan, Pentadbiran dan Rakyat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP).
Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A.Jawan (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: UniversitiPutra Malaysia (UPM).
Kassim Tukiman (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia (UTM).
Tengku Anuar Tengku (1997).Asas-asas Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: al-Azim Sdn.
Bhd.