Kar"nival Hari Keluarga Media UMS bersama anak-anakyatim meriah
1) Hari Keluarga Jabatan 2013
Transcript of 1) Hari Keluarga Jabatan 2013
1
HARI KELUARGA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR 2013
‘KELUARGA BAHAGIA, WARGA CERIA’
I Oleh : Muhamad Aizuddin bin Safiaai, Timbalan Pengerusi KSKR JPBD Selangor I
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Selangor (JPBD Negeri Selangor) telah
menganjurkan Hari Keluarga 2013 pada 23hb.
Februari 2013, bertempat di Taman Botani Negara
Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Negeri Selangor bersama Kelab
Sukan Kebajikan Rekreasi (KSKR) JPBDSel.
Seramai 278 orang telah hadir bersama keluarga
bagi memeriahkan sambutan hari keluarga JPBD
kali ini. KSKR selaku pengelola program telah
membahagikan lapisan pegawai Jabatan kepada
tiga kumpulan bagi memberi persaingan sengit
dalam setiap acara yang dipertandingkan, iaitu
kumpulan Kuning dengan penjenamaan Panthera
Pardus, kumpulan Biru sinonim dengan gelaran
Killer Shark dan kumpulan Merah dengan
perjuangan Mighty Phoenix.
Hari Keluarga JPBD Negeri Selangor yang bertemakan ‘Keluarga Bahagia, Warga Ceria’
diadakan bertujuan untuk mewujudkan satu platform semangat muhibbah dan setia
kawan antara warga kerja Jabatan dan ahli keluarga. Ia selaras dengan Pelan Integriti
Nasional dan Pelan Integriti Jabatan di mana salah satu objektifnya adalah pembangunan
keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia. Matlamatnya adalah
untuk menekankan pentingnya keluarga dalam kehidupan sehari-hari dan merapatkan
lagi hubungan sesama anggota keluarga.
2
Sambutan Hari Keluarga ini
telah dirasmikan oleh
Tn. Hj. Mohd Zaki bin Ibrahim,
Pengarah JPBD Negeri
Selangor telah menekankan
bahawa pentingnya semangat
kekeluargaan, kekitaan dan
keakraban di kalangan warga
kerja JPBD Negeri Selangor
kerana secara tidak langsung
ianya dapat melahirkan sikap
prihatin, saling hormat-
menghormati, bertolak ansur,
amanah serta telus di dalam menjalankan tugas seharian. Selain itu, sambutan hari
keluarga ini pada kali ini turut meraikan kecemerlangan anak-anak lapisan pegawai yang
telah berjaya di dalam peperiksaan yang telah diduduki pada tahun 2012.
3
Program yang bermula
seawal jam 7.00 pagi dan
berakhir jam 2.00 petang
telah berjalan dengan
penuh meriah dan santai.
Acara pembukaan hari
keluarga dimulakan
dengan aktiviti senam
aerobik yang diketuai oleh
adik Mohd Shazlee Bin Hj
Mohd Nasir, memberikan
satu senaman pemanas
badan sebelum memulakan aktiviti sukan yang lain. Aktiviti selanjutnya diteruskan
dengan bacaan doa oleh En. Rosly B. Ahmad dan sarapan pagi.
Bermula jam 9.00 pagi, acara sukaneka bermula bagi kategori kanak-kanak, iaitu rebut
gula-gula, sukan kitar semula, isi air dalam botol dengan span dan pertandingan
mewarna. Kemeriahan terpancar di setiap wajah keluarga yang hadir pabila melihat gaya
yang dipersembahkan oleh anak-anak kecil dalam acara sukaneka yang disertai.
4
Setelah selesai acara kanak-kanak, jam 10.30 pagi bermulanya acara sukaneka bagi
kategori dewasa. Antara acara sukaneka yang disediakan adalah orang tamak, bomba
kampung, cincin gergasi, terompah gergasi, gaun sakti, jalan atas batu-bata, tarik upih
dan kerusi berirama. Semua acara yang dipertandingkan mendapat persaingan sengit
dari setiap kumpulan. Walaupun terdapat ahli keluarga yang cedera, namun semangat
berpasukan tidak mematahkan semangat untuk memenangi acara yang dipertandingkan
.
5
Sukaneka kali ini turut menyediakan aktiviti kepada kategori VIP iaitu boling kelapa.
Acara ini telah dimenangi oleh Tn. Hj. Mohd Zaki Bin Ibrahim yang mewakili kumpulan
Kuning, Panthera Pardus.
Penyampaian hadiah merupakan acara kemuncak kepada sambutan Hari Keluarga JPBD
Negeri Selangor 2013. Hadiah yang disediakan merupakan peralatan tulis bagi kategori
kanak-kanak dan hamper bagi kategori dewasa. Tidak ketinggalan, kemeriahan Hari
Keluarga kali ini, pihak pengelola telah menyediakan siri cabutan nombor bertuah yang
diberikan kepada semua lapisan pegawai.
Sambutan Hari Keluarga JPBD Negeri Selangor 2013 telah diakhiri dengan ucapan
penutup oleh En. Saifuddin Bin Marsuk, Pengerusi KSKR JPBD Selangor. Beliau
mengharapkan semoga sambutan hari keluarga ini dapat merapatkan lagi ikatan ukhwah
antara warga JPBD Negeri Selangor dan keluarga masing-masing dan adalah menjadi
harapan agar sambutan seumpama ini dapat dianjurkan pada tahun akan datang.