08(a) Isi Pelajaran_ Interaksi 1-5.doc
-
Upload
tong-xin-loh -
Category
Documents
-
view
254 -
download
6
Transcript of 08(a) Isi Pelajaran_ Interaksi 1-5.doc
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
TAJUK 1PENGENALAN TEORI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pengenalan:
Tajuk ini merangkumi teori pembelajaran, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berdasarkan kurikulum PSV KBSR.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
1. Membandingbeza pelbagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran PSV.
2. Menyediakan rancangan tahunan, semester dan harian pengajaran dan pembelajaran
PSV mengikut format ditetapkan.
3. Mengaplikasi pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran PSV
4. Mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran PSV melalui pengajaran mikro dan
makro
1.1 Teori Pengajaran dan Pembelajaran
Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan .
Ia juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi
panduan
untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru. Pada asasnya,
teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada behavioris, kognitif,
humanis, psiko-analitik dan kontrukstivisme.
1.1.1 Teori Behaviourisme
Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike
dan Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan
juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan
burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara
‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara
1
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau
sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh
diperhatikan, dikawal dan diramal.
1.1.2 Teori Kognitif
Teori Kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang
berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada
tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian
kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik
akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran
mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal,
kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini,
manusia memiliki struktur kognitif, di mana semasa proses pembelajaran, otak akan
menyusun segala maklumat di
dalam ingatan.
1.1.3 Teori Humanis
Teori Humanis berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi
dan perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara
belajar yang berbeza. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan
perkembangan emosi murid itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu
mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru
hendaklah mengambil kira kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi
mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
1.1.4 Teori Psiko-Analitik
Teori Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Pendekatan teori ini
berdasarkan kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses
psikologi yang tidak sedar (kita sendiri tidak sedar). Ia berkaitan dengan penggunaan
bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual. Terapi psiko-analitik
merangkumi teori perkembangan personaliti, falsafah sifat manusia(nature) dan
kaedah psikoterapi yang memfokus kepada faktor-faktor di luar kesedaran
2
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
(unconscious) yang mempengaruhi tingkah laku. Dalam konteks kemahiran seni kanak-
kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan hasil
karya mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi. Sehubungan dengan itu
penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi adalah sangat penting bagi
kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.
Menurut Freud, seni mampu meluahkan emosi seseorang. Beliau percaya bahawa seni
visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti
pemikiran bawah sedar manusia . Tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis
proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual
1.1.5 Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG
dan universiti.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh
dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid
perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing.
Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh
belajar bagi pihak murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu
skema aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses
renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud
secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia
bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka sendiri.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru
telah disesuai dan diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat mereka,
barulah sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa
pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman
sedia ada murid.
3
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
1.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
1.2.1 Pendekatan Proses dan Produk
Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah
mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih
tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian “proses” tertumpu kepada proses yang
digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu
diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini
penilaian “proses” ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru
menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV
berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja
amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat.
Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat memberi murid pengalaman dan
keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya
dalam kehidupan seharian.
Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian
yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak
memeranjatkan. Penilaian “produk’ tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat
dilaksanakan. Penilaian “produk” dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar
dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat
menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan
Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran
di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap
yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan
penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat
menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.
1.2.2 Pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE)
DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada
awal 1980an oleh ‘Getty Center For Art Education’ (dikenali sebagai Getty Education
Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada ‘J.Paul Getty Trust’ sebuah yayasan
swasta yang mendedikasikan sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan.
4
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
DBAE bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang
menggabungkan elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh;
Visual Thinking Strategies).
DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni
i. Produk Seni
Murid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara
tersendiri.
ii. Sejarah Seni
Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan
semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun
perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik,
kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.
iii. Kritikan Seni
Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat
penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi
seni.
iv. Estetika
Murid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu
hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah
serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta
membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.
Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara
beransur-ansur terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan
muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian
tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam
kelas Pendidikan Seni Visual.
Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ (VIS) dan ‘New Muzeum Model
(NMM), DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana
5
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
fokusnya kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran
pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta
penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum dan
bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam proses ini. DBAE
berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat
pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum yang lebih terarah.
1.2.3 Pendekatan Chapman
Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam
pelajaran seni iaitu:
(i) Pemerhatian
(ii) Penerokaan
(iii) Penghasilan (pembuatan)
(iv) Apresiasi dan perlanjutan
i. Pemerhatian yang aktif
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu
diberi kepada perkara berikut:
• pengetahuan sedia ada murid
• benda yang konkrit
• minat, kecenderongan dan latar belakang murid
• bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi
• mencetus idea dan imaginasi
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti
penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,
anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:
6
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
ii. Penerokaan
• aktiviti kecil mudah ringkas
• cuba mencuba, suaikenal dengan bahan
• penemuan oleh murid sendiri, uji menguji
• mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain
• bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
• aktif melibatkan pelbagai kecerdasan
• menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik
Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik
• tatacara, langkah dan proses membuat
• amalan tertib kerja
• keselamatan semasa bekerja
• penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil
iii Apresiasi
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti
Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang
dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian
perlu diberi kepada perkara berikut:
• aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan,
warna, ton, rupabentuk dan bentuk
• aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda
• aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik
• penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya
• perasaan, penghargaan dan refleksi diri
• penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.
7
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
PROSES APRESIASI SENI
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses
apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni,
berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
Jenis Tahap Penerangan
Menggambar
(description)
• Mengamati hasil seni dan
menggambarkan sifat-sifat tampak
seperti warna, garisan, bentuk, rupa,
jalinan dan elemen-elemen gubahan
iaitu prinsip dan struktur
Menganalisa
(analisis)
• Menganalisa perhubungan sifat-sifat
tampak seperti unsur-unsur seni,
prinsip dan struktur.
• Menganalisa kualiti ekspresif seperti
mood dan suasana.
• Menghuraikan stail sesuatu karya.
Tafsiran
(interpretation)
• Mencari makna-makna yang terdapat
pada sifat-sifat tampak seperti subjek,
simbol, unsur-unsur seni, prinsip,
struktur corak dan bahan.
• Mencari metafora-metafora
(ibarat/kiasan) dan analogi-analogi
(persamaan) untuk menjelaskan
makna tersebut.
Penilaian
(evaluation)
• Membuat penilaian berdasarkan
kepada kriteria yang bersesuaian
seperti keaslian, gubahan, teknik dan
fungsi.
• Menilai hasil seni berdasarkan kepada
pengertiannya (significance) dari segi
individu, sosial, keagamaan dan
kepercayaan, sejarah serta
keseniannya.
Jadual 1.1: Proses persepsi dan intelektual Feldman dan Smith
8
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama
ini dalam pelajaran seni iaitu:
(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan
Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses
penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu
menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah
guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai
pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.
1.2.4 Pendekatan PSV KBSR
Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:
Pemerhatian secara aktif
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Apresiasi seni visual secara mudah
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
Pemerhatian secara aktif:
Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci
Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual
Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia
Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke
arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:
Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan
Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni
visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.
9
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Apresiasi seni visual secara mudah:
Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual
dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi
Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:
Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud
dalam persekitaran dan kehidupan mereka
Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai
kebersihan dan kepekaan.
1.2.5 Pendekatan Pendidikan Seni John A. Michael
Pendidikan Seni Visual di sekolah memberikan tumpuan yang khusus dalam empat
bidang utama iaitu :-
Menggambar
Membuat Corak dan Rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan
Mengenal Kraf Tradisional.
Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan
pendekatan kemanusiaan. Ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan
masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan
mereka dari peringkat paling asas iaitu:
• Mengenali diri sendiri
• Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka
• Peka tentang perasaan
• Memiliki konsepsi diri
10
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita mengeksploitasi
kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara berkesan dalam meningkatkan
kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut
John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan
dalam Apresiasi Seni iaitu:
(a) Pendekatan secara logik
Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman
intelek semata-mata.Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan
munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.
(b) Pendekatan secara psikologi
Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada
perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada
penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan
dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.
Secara ini lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat
orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat
yang digunakan.
11
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
TAJUK 2STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Pengenalan:
Tajuk ini menerangkan konsep, teori, pelaksanaan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam empat bidang PSV KBSR iaitu Menggambar, Membuat Corak dan
Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:1. Mengaplikasi teori pengajaran dan pembelajaran PSV dalam empat bidang.2. Mengaplikasi pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam empat bidang.3. Membandingbeza pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran PSV.
2.1 Mengenal Konsep:
2.1.1 Kajian Masa Depan
Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar
lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini,
dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.
Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk
menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang
pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Sebagai
contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta
kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa
depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan
lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global. KMD lebih berciri saintifik kerana
dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.
12
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan(KMD)
Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baharu supaya
menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi
secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan
yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab. KMD yang dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran akan:
i. Membina generasi masa depan
KMD memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah, dan
peluang yang bakal dihadapi. Keadaan ini akan membolehkan mereka memandang
masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang
masa depan mereka.
Ii Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga
manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. Selain daripada itu, mereka
seharusnya berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal
timbul.
iii Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik
Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik.
iv Membawa anjakan paradigma
Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang
berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata ke arah budaya berfikir.
13
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Objektif Kajian Masa Depan
Berikut adalah objektif pelaksanaan KMD:
i Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal
masa depan
KMD boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat
membantu pelajar berfikir secara kreatif, terarah, analitis, dan reflektif tentang
keseluruhan hidup manusia dan proses meneroka alternatif dan pilihan.
ii Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan
KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan
kebaikan dunia dan membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam
menghadapi berbagai-bagai cabaran hidup.
iii Membina sikap dan nilai tentang masa depan
KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri, boleh
membuat pilihan berasaskan etika, dan nilai moral serta berupaya mempengaruhi
masa depan mereka.
iv Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan
KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati Wawasan 2020 dan
memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran, dan kaedah
dalam mengkaji masa depan.
v Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan
Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertangungjawab, tahu
membeza dan menilai, berketrampilan, dan mempunyai gambaran jelas tentang
masa depan.
14
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Strategi Kajian Masa Depan
Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan
daripada masa lalu sehingga ke masa kini dan meramalkan keadaan pada masa hadapan.
Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti
Pendidikan Moral, Pendidikan Alam Sekitar, dan Sejarah. Nilai murni seperti
bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
2.1.2 Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)
Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan, dan kebolehan
membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya.
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam
kajiannya Howard Gardner mendapati ‘seven ways of knowing, perceiving and
understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk
kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang
istimewa.Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta
mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan
sebagai:
• kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
• kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
• kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang
berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri
mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap
menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.
15
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Rajah 2.1: Perhubungan otak kiri dan kanan
Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai
Rajah 2.2: Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)
16
OTAK KIRI
• Bahasa• Formula Matematik• Logik• Nombor• Urutan• Linear• Analisis
OTAK
OTAK KANAN
• Bentuk dan corak• Ruang• Irama dan apresiasi muzik• Imej/gambar• Imaginasi• Berkhayal• Dimensi
KECERDASAN PELBAGAI
Verbal-Linguistik
Logik-Matematik
Visual-Ruang
Kinestetik
Muzik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalis
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Objektif Teori Kepelbagaian Kecerdasan(TKP)
TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan
yang relevan dalam pendidikan masa kini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee
Dickinson merumuskan definisiHoward Gardner sebagai:
a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
Tujuan Mengaplikasikan Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran
i. Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam
ii Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara
iii Mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baharu
dan berlainan
Ciri-Ciri Teori Kepelbagaian Kecerdasan
Rajah 2.3: Perhubungan otak kiri dan kanan
17
Individu mempunyai 8
Boleh dirangsang
Boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan
CIRI-CIRI
Tidak berkembang
Boleh dipindahkan kecerdasan interpersonal ke
linguistik
Tidak boleh dinilai berasingan
Satu atau dua kecerdasan berkembang sepenuhnya
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Jenis-Jenis Teori Kepelbagaian Kecerdasan
- Natural
- Verbal-linguistik
- Logik Matematik
- Visual-Ruang
- Kinestatik
- Muzik
- Interpersonal
- Intrapersonal
Contoh Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran
i Verbal-Linguistik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi
menggunakan bahasa lisan (pidato, ceramah, perbahasan), bacaan (buku, surat khabar,
majalah), dan penulisan (puisi, laporan, minit mesyuarat).
ii Logik-Matematik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran
kritis.
iii Visual-Ruang
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi peta minda, garis, visualisasi, warna, seni, metafora atau lain-lain borang
pengurusan grafik.
iv Kinestetik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi
pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti ‘hands-on’ (latihan amali, penyiasatan,
kajian luar).
18
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
v Muzik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi
penggunaan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi.
vi Interpersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
murid dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran korporatif dan kolaboratif atau
simulasi kumpulan, lawatan, amali, dan kerja lapangan.
vii Intrapersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi
pilihan kepada murid merangsang perasaan kendiri (menulis, jurnal, diari, membuat refleksi,
penilaian kendiri).
viii Naturalis
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
penggunaan flora dan fauna, awan, sungai, gunung (alam semula jadi) ke dalam bilik darjah
atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi, kembara visual, amali, dan kerja
lapangan.
Kepentingan Teori Kepelbagaian Kecerdasan
- petunjuk kepada potensi murid
- menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya
- membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan
- membangun bidang akademik dan ko kurikulum murid
- mempelbagaikan cara penilaian
- menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan
keperluan murid
- mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
- menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan
pembelajaran
19
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Bagaimana Melaksanakan TKP Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Terdapat lima model yang dicadangkan, guru boleh memilihnya berdasarkan kesesuaian
murid, bilik darjah, dan topik yang diajar iaitu;
SISIPAN Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam
pengajaran secara tidak langsung.
JARINGAN Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran PSV.
JALINAN Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran.
PERKONGSIAN Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata
pelajaran.
KESEPADUAN Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi
mata pelajaran yang berlainan.
2.1.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)
Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri.
Penggunaan TMK mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan
Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan. Penggunaan TMK juga mampu
menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam
komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media
secara manual dalam Pendidikan seni Visual.
Pendekatan TMK yang terbaik apabila digunakan secara bijak dan terancang mampu
meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual.
Perisian perlu sesuai mengikut keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidikan seni Visual
supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.
Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)
TMK dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu
sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada murid,
guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang
ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah
melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.
20
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Rasional Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- untuk menyediakan warga pendidik Seni Visual dalam menghadapi perkembangan
TMK masa kini dan akan datang.
- Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi salah
satu jurusan yang diminati serta kompetetif di IPT.
- Sebagai salah satu tarikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih
mudah, pantas dan berkesan.
Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diintegrasikan secara:
i Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial
Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih
komprehensif dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan tapak
pembelajaran. Aplikasi ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.
ii Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi
Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan, mencari,
dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat, dan tapak
pembelajaran. Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh mengawal dan
menentukan maklumat yang mereka terima melalui TMK. Hal ini berbeza dengan
pembelajaran tutorial; murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal oleh sistem.
iii Integrasi TMK sebagai alat aplikasi
TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan
pembelajaran.
iv Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi
TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi yang
berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi maklumat seperti
dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook, Blog dan lain-lain. Murid
boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis dan membuat perbandingan
dengan pengalaman dan maklumat yang mereka peroleh. Menerusi pembelajaran seperti,
murid dapat membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna, dan berkesan.
21
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Ciri-Ciri Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Penggunaan TMK adalah merentas kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mengandungi
bidang Penghasilan Seni Visual, Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Dalam mencari
maklumat ini TMK boleh digunakan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penghasilan Seni Sejarah dan Apresiasi
Visual Seni Visual
Penggunaan TMK
Rajah 2.4: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penggunaan TMK dalam Pendidikan Seni Visual boleh dibahagikan kepada 4 bahagian
utama;
2.1.4 Pembelajaran Kontekstual
Ia menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan aktiviti ‘hands on’
dan‘mind on’. Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda
berfikir apa yang akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang
didasarkan kepada sejarah. Mengikut Teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran
hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan
baru dengan
22
Kurikulum Pendidikan seni
Visual
Kurikulum Pendidikan seni
Visual
1Akriviti Penghasilan Seni Visual
1Akriviti Penghasilan Seni Visual
2
Penghasilan Seni digital
2
Penghasilan Seni digital
3Sejarah dan Apresiasi Seni (internet,sumber elektronik dan media lain)
3Sejarah dan Apresiasi Seni (internet,sumber elektronik dan media lain)
4
Pengurusan Bilik Seni
4
Pengurusan Bilik Seni
Peringkat Awal-dapatkan contoh unsur seni dan motif seperti jalinan, clip dan lain-lain daripada program cakera padat, scanner atau kamera digital.
Peringkat Pertengahan-proses eksperimentasi dan perkembangan idea menggunakan kemudahan dari menu dan tools sesuatu program untuk membuat gubahan seperti mewarna, copy,paste dll.
Peringkat awal/pertengahan- menggabungkan kedua-dua teknik/kemahiran manual dan ICT atau menumpukan kepada ICT sahaja.
Peringkat akhir-hasil kerja seni digital catan ataupun grafik mesti dicetak menggunakan pencetak.
E-mail dan laman web, CD dan E-book. Kemudahan komunikasi dan perolehan data dan maklumat berkaitan Seni Visual secara elektronik antara murid,guru dan sumber luar sama ada dalam negeri atau luar negeri.
Minit mesyuarat, perancangan pengajaran, program Seni Visual sepanjang tahun,rekod markah, data murid, stor/inventori terurus dengan baik.
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Rajah 2.5: Bahagian-bahagian Utama Penggunaan TMK Dalam PSV
2.1.4 Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini
disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal
dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan
pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan
kehidupan mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait
yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual
menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik
darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik
atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama
ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.
Ciri-Ciri Pembelajaran Kontekstual
• Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
dalam rangka minda.
• Maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
• Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.
Rajah 2.6: Hubungan Pembelajaran-Persekitaran Sekolah
23
Persekolahan
Pengalaman harian individu
Alam pekerjaan
Kehidupan masyarakat
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Perkara yang Boleh Dicapai Melalui Pembelajaran Kontekstual
Melalui pembelajaran kontekstual ini, murid boleh:
i Membina keyakinan diri
ii Memahami perhubungan antara teori dengan amalan
iii Membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan masalah
iv Memperoleh sokongan dan dorongan daripada ibu bapa kerana mereka terlibat
secara langsung dalam pembelajaran anak-anak mereka
v Membina asas yang kukuh untuk melahirkan tenaga mahir sebagai modal insan
generasi masa depan.
Proses Pembelajaran Kontekstual
Dalam pembelajaran kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui empat proses
iaitu proses motivasi, pemahaman, aplikasi, dan refleksi. Kemahiran melakukan latih amal
(praktikal) dan berfikir merupakan asas pembelajaran kontekstual. Kesimpulannya aktiviti
ini menjadi asas untuk murid sentiasa ingin tahu ketika berlakunya pengajaran dan
pembelajaran.
Kaedah Pembelajaran Kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual adalah seperti yang berikut:
24
Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baharu dengan pengalaman hidup
Belajar dalam konteks, penemuan, dan reka cipta
Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain
Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas, dan berkomunikasi
Menghubungkait
Mengalami
Mengaplikasi
Bekerjasama
MemindahkanBelajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Rajah 2.7: Kaedah Pembelajaran Kontekstual
Faedah Pembelajaran Kontekstual
Murid
Guru
Industri
Rajah 2.8: Hubungan Faedah Pembelajaran Kontekstual
Contoh Aktiviti: Hiasan Dalaman dan Landskap
Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan landskap, faedah-faedah yang diperolehi:
i) Murid
- Mengaitkan pembelajaran hiasan dalaman/landskap dengan pekerjaan atau kehidupan
harian.
- Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian, contoh
keselesaan/keindahan landskap.
- Memindahkan kemahiran (menghasilkan lukisan pelan atau perspektif)
- Meneroka dan mendapatkan bukti.
- Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
- Belajar secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.
ii) Guru
- Menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek
- Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.
- Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
iii) Industri
- Menerima tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal.
- Menggerakkan industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.
25
Faedah Pembelajaran Kontekstual
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
2.1.5 Pendekatan Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh
membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan
seronok untuk belajar sepanjang hayat.
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses
ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang
interaksi mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme
menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori
pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme.
Pembelajaran ini menggalakkan murid mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat
berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud
secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran mereka melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu
diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan
dan pengabstrakan. Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah
lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG
dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil
kira struktur kognitif yang sedia ada pada diri mereka. Apabila maklumat baru telah
disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka,
barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini
dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat
bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman
sedia ada murid. John Dewey mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
26
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Pendapat ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan
apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murid dengan
peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan
pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. Murid dibekalkan dengan
fakta-fakta dan diberi penekanan kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada
guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan
sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di
samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain
supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme ialah:
i Menggalakkan soalan/ idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai
panduan merancang.
ii Di sekolah menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan guru
iii Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
iv Menyokong pembelajaran secara koperatif
v Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar
vi Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baharu dengan
memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia yang sebenar
vii Menggalakkan proses inkuiri penemuan
viii Mengenal pasti perubahan sikap pelajar
27
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme
Kelebihan pembelajaran konstruktivisme yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar adalah
seperti yang berikut:
i Berfikir
Dalam proses membina pengetahuan baharu, pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, pengetahuan boleh dicapai melalui aktiviti
penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat,
memproses data, membuat interpretasi, dan membuat kesimpulan.
ii Faham
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea akan lebih jelas apabila mereka terlibat
secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baharu. Seseorang pelajar yang
memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baharu
dalam kehidupan dan situasi baharu.
iii Ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep
tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.
iv Yakin
Pelajar yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri
pemahaman mereka tentang sesuatu perkara. Hal ini menjadikan mereka lebih yakin
kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran serta menyelesaikan masalah dalam
situasi baharu.
v Kemahiran Sosial
Pelajar yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi
sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi
dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
vi Seronok
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar membina sendiri pengetahuan, konsep,
dan idea secara aktif. Hal ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin, dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran.
28
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme
Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme dapat ditunjukkan menerusi carta alir
berikut:
Rajah 2.9: Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme
29
PENEROKAANPelajar menghadapi situasi atau masalah
SOALAN DARIPADA PELAJARPelajar mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah
yang dihadapi
PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIKPelajar memilih satu daripada soalan atau sebarang masalah yang diajukan
dan menjalankan penyiasatan penuh
PENEROKAANPelajar mencari hubungan antara soalan-soalan dan sebarang masalah yang dijanakan dan membuat generalisasi, seterusnya pelajar mungkin
menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai atau disiasat
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
2.1.6 Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Ia dibahagikan kepada
dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan
bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan
menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai
satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa
langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses
mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBKK
secara kritis dan kreatif digunakan.
Proses berfikir memerlukan aspek yang berikut:
a) Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang sesuatu objek itu
b) Kemahiran- menyoal diri sendiri tentang sesuatu objek itu
c) sikap/Nilai- keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu objek itu.
Rajah 2.10: Proses Berfikir
30
Sikap/nilai
Kemahiran/kognitif
Pengetahuan
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Strategi penerapan pula perlu menggabungkan tiga pendekatan pengajaran dan
pembelajaran KBKK iaitu;
a) Mengajar cara berfikir
b) Mengajar untuk berfikir
c) Mengajar tentang berfikir
Rajah 2.11: Kemahiran Berfikir
31
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
2.1.7 Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang
dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut
kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan
tahap penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan
murid.
Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, diikuti
dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid
adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap
tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan
dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan
dengan usaha pemulihan.
Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri
a) Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan disusun mengikut hirarki atau unit
pembelajaran.
b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
mengembirakan.
c) Keupayaan dan pencapaian dinilai semasa aktiviti pembelajaran.
d) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
e) semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
f) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
g) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.
32
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Model Pembelajaran Masteri
Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan.
Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut;
Unit Pembelajaran 1
Rajah 2.12: Model Pembelajaran Masteri
2.2 Aplikasi strategi Ke Dalam empat Bidang Kegiatan:
2.2.1 Menggambar
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di
atas satu permukaan, mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi
warna serta menggambarkan gambaran mental yang jelas. Seterusnya, ilustrasi yang
digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Penggunaan huruf
diterangkan dalam bentuk grafik sementara representasi visual yang dihasilkan dalam
bentuk dua dimensi dan akhirnya gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu
kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.
33
Penentuan hasil pembelajaran
Tindakan susulan aktiviti
pemulihan
Penilaian
Tindakan susulan aktiviti
pengayaan
Pengajaran dan Pembelajaran
Murid sudah
menguasai
Murid sudah
menguasai
Unit Pembelajaran 2
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Kegiatan Menggambar
Terdapat berbagai-bagai jenis kegiatan atau teknik menggambar. Antaranya adalah seperti
berikut :-
Kegiatan Maksud
1. Lukisan
Jadual 2.1
Merujuk Kamus Oxford, ' The art of representing
by line, delineation without colour or with a single
colour ’ yang bermaksud lukisan ialah garisan yang
membentuk imej dengan menggunakan media kering.
Lukisan juga merupakan pengetahuan awal yang
dibuat untuk meluahkan perasaan yang berbentuk
imej dengan menggunakan media kering. Lukisan
adalah karya seni atau hasil seni yang dihasilkan atas
sesuatu permukaan.
Lukisan ialah garisan yang membentuk imej
dengan menggunakan titik, garisan dan ton, pada
sesuatu permukaan. Melalui proses ini pelukis dapat
menyampaikan mesej berbentuk visual (gambar)
tanpa menggunakan bahasa. Melalui lukisan pelukis
dapat melahirkan perasaan
Lukisan dihasilkan dengan menggunakan alatan
seperti pensel, pensel warna, pen, magic pen, maker
pen, kryon, soft pastel, charcoal, berus dan dakwat
serta pen teknikal.
Rumusan – Lukisan merupakan hasil kerja seni yang
dibuat dengan menggunakan media kering di atas
sesuatu permukaan bagi meluahkan perasaan yang
berbentuk imej.
34
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
2. Catan
Jadual 2.2
Proses melukis dengan menggunakan bahan
pewarna yang disapu ke atas sesuatu permukaan.
Alat dan media yang digunakan seperti cat atau
pewarna (cat air, cat minyak, fresko, arkrilik,
tempera,poster, cat emulsion, pelaka), kertas, kanvas,
air, minyak linsid , turpentin, plat pembancuh warna
dan sebagainya.
Catan juga sebagai latihan mengaplikasikan
pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti
kertas,kanvas, papan batu, simen, dinding, dan lain-
lain yang sesuai juga satu hasil kerja estetik dicipta
dengan mengaplikasikan warna basah ke atas
permukaan 2D.
Melalui catan, pelukis dapat meluahkan
perasaan,membuat komen sosial, merakam peristiwa
dan cerita. Catan dapat merakamkan gambar visual
sebenar.
3. Kolaj
Jadual 2.3
Cara menghasilkan karya dengan menggunakan
teknik tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti
pelbagai jenis kertas,bahan buatan manusia yang
bersesuaian dan bahan alam semulajadi ke atas
permukaan seperti kertas ,plastik atau papan secara
bebas dan boleh bertindih.
Satu komposisi artistik daripada imej atau gambar
yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan
daripada berbagai warna dan corak. Teknik tampal
menampal dalam menghasilkan karya seni dan
membuat gambar serta membuat rekaan.
35
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
4. Montaj
Jadual 2.4
Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada
suatu permukaan untuk menyampaikan mesej
pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam
sekitar dan sebagainya.
Montaj juga bermaksud satu hasil seni
mengandungi sebahagian daripada imej yang sedia
ada yang disusun supaya bercantum , bertindih,
diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Kini
montaj diaplikasikan dalam sesuatu rancangan
terutamanya di bahagian pengenalan sebelum
sesuatu program dijalankan. Dihasilkan mengunakan
slaid-slaid dalam Microsoft Powerpoint.
5. Cetakan
Jadual 2.5
Secara umum hasil seni yang sama/gambar
serupa dapat dihasilkan lebih dari satu. Menghasil
karya dengan mencetak, menggunakan sifat timbul
dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Cetakan
merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan
oleh pelukis pada permukaan plat atau blok, di mana
permukaan blok diukir atau diguris. Ia merupakan satu
proses menekan, blok, huruf atau gambar di atas
kertas, kain atau bahan-bahan lain.
Cetakan juga satu proses terapan blok,plat atau
skrin ke atas sesuatu permukaan. Hasil seni melalui
cetakan dapat dihasilkan mengikut beberapa edisi
yang dikehendaki.
36
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
6. Gosokan
Jadual 2.6
Gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau
corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain
dengan cara menggosokkan pensel di atas
permukaan yang hendak dipindahkan. Gosokan juga
dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat
mengmbangkan pemahamanan dalam penggunaan
jalinan dan ton.
Rumusan – Gosokan adalah satu proses hasil
kerja seni untuk merekodkan corak permukaan yang
berjalinan dengan menggunakan proses menggosok.
Hasil cetakan dibuat dengan menggosokkan kertas
menggunakan dakwat, pensel, kapur, arang ke atas
satu permukaan yang mempunyai jalinan.
7. Resis
Jadual 2.7
Suatu kaedah melukis cat air dengan sapuan
warna ke permukaan yang telah disapukan dengan
lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat
atau diwarnakan. Teknik ini menyebabkan kertas
yang diliputi lilin bertindak sebagai alat untuk
membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan
diwarnakan di permukaannya.
Teknik ini menyebabkan permukaan kertas yang
diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan hasilnya
terbentuk gubahan dalam keadaan warna asal.
8. Percikan Hasil percikan adalah titisan warna yang direnjis di
atas kertas untuk menghasilkan satu gubahan
terkawal, bahagian yang ditutup dan permukaannya
tiada terlekat dengan warna. Mengikut buku Glosari
Seni Lukis percikan membawa maksud corak-corak
tompok dan titik pada lukisan cat.
37
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Jadual 2.8
9. Mozek
Jadual 2.9
Mozek adalah susunan kepingan kertas yang
dipotong mengikut saiz yang sama dan disusun
bersebelahan seperti bentuk mozek. Satu reka bentuk
atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca,
kayu, marmar atau pecahan tembikar. Karya yang
dihasilkan secara menyusun dan menambah bahan-
bahan seperti kertas, plastik,kepingan jubin dan lain-
lain ke atas sesuatu permukaan secara
tersusun,bersebelahan dan tidak bertindih.
2.2.2 Membuat Corak dan Rekaan
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu
corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh
terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Motif ialah sama
ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif
flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya
tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.
Ilustrasi 2.1
38
Motif fauna bagi batik
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Ilustrasi 2.2 Ilustrasi 2.3
Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama
tertentu yang berunsur tradisi.
Ilustrasi 2.4
PENGHASILAN CORAK
Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:
i Corak Terancang – dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasil kan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan,
termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.
Ilustrasi 2.5Contoh corak terancang
39
Motif flora bagi batik Motif geometrikal
Corak pucuk rebung
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
ii Corak Tidak Terancang atau bebas - Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas
tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup,
mengayak, menggolek dan sebagainya.
Ilustrasi 2.6Contoh corak tidak terancang
Jadual 2.10 Teknik Mencorak
JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN
Berikut adalah jenis-jenis susunan dalam corak dan rekaan:
(a) Susunan Ulang Sekata - Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang
sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan
garisan grid sebagai panduan.
(b) Susunan Berselang Seli - Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang
lain atau diantara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu
menghasilkan corak yang menarik dan teratur.
(c) Susunan Batu-bata - Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama.
Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.
40
CORAK TERANCANG
1. Kolaj
2. Mozek
3. Capan
4. Stensil
5. Resis
CORAK TIDAK TERANCANG
1. Gurisan
2. Pualaman
3. Titisan
4. Resapan
5. Lipatan dan
celupan
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
(d) Susunan Bertimbal - Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam
posisi yang bertentangan.
AKTIVITI 1.4
(e) Susunan Bertindih - Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara
satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.
(f) Susunan Beralun - Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang
sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau
berbeza.
(g) Susunan Berpusat - Motif susunan berpusat, berpunca daripada satu titik tengah yang
dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segiempat, hexagon,
oktagon dan sebagainya.
Teknik Mozek
Susunan bahan yang ditampal di atas satu permukaan kertas secara sebelah – menyebelah
dan tidak bertindih – tindih. Susunan bahan yang ditampal perlu mengikut corak yang
dirancang.
Bahan untuk mozek
1. Mozek kertas
2. Mozek manik
3. Mozek labuci
4. Mozek bijirin
5. Mozek lidi
6. Mozek syiling
7. Mozek kertas ‘creep’
Alatan dan Bahan
1. Gunting
2. Kertas creep pelbagai warna
3. Gam
41
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Langkah-langkah aktiviti
42
Alatan dan bahan Gunting kertas ‘creep’ dalam bentuk segi empat tepat dengan saiz 3 cm.
Gentel kertas ‘creep’ untuk membuat bola – bola kecil.
Lukis garisan grid susunan corak yang dipilih – batu-bata.
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Gambar 2.1 Langkah-langkah Penghasilan
2.2.3 Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar
dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada
murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses
penghasilan seni.
Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti
seperti berikut:
43
Arca timbul Arca stabail Boneka
Arca asemblaj Model Topeng
Arca mobail Diorama Origami
Lukis lakaran motif pada susunan corak Tampal bola – bola kertas ‘creep’ secara sebelah – menyebelah mengikut motif dan warna yang sesuai
Hasil corak
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Jadual 2.11 Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan
ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PENGHASILAN
(a) Arca timbul
Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Peralatanyang Berkaitan
Contoh
Kepingankayu, ‘plasterof Paris’, batu,kayu, plastik,kertas lumat,‘papier-mache’dan tanah liat.Pahat, penukul,alat pengukir,pengikis, kikirpari, kertaspasir dan lain-lain.
Bentuk tiga dimensi tersembulkeluar dari permukaan dua dimensiyang rata atau dipahat keluar yangakhirnya menonjolkan objekke permukaan.Ia boleh di buat secara:
- Acuan- Tampalan- asemblaj- binaan
“Still Life With MusicalInstruments” oleh Jacques Lipchitz” (1891–1973)
Jadual 2.12 Arca Timbul
(b) Arca Assemblaj
Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Peralatan
yang Berkaitan
Contoh
Kayu, logam,batu, simen,bongkah-bongkah,‘spare-part’kenderaan,bahankutipan,besi dansebagainya.
Bahagian atau komponen yangberlainan yang dicantum danmenjadi satu kesatuan objek danmenjadi satu konsep bermakna.Teknik hasilan:
- Kimpalan- Binaan- cantuman skru/
paku, gam
“Bicycle Wheel” oleh MarcelDuchamp (1887–1968), Perancis.
Jadual 2.13 Arca Assemblaj
44
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
(c) Arca Mobail
Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Peralatan
yang Berkaitan
Contoh
Besi, dawai,kertas,tali-temali,kepinganlogam dankadbod.
Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atauberombak.
Teknik yang digunakan:- Kimpalan- Gam- Skru- ikatan
“Horizontal Spines” olehAlexander Calder, 1942
Jadual 2.14 Arca Mobail
(d) Arca Luakan
Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Peralatanyang Berkaitan
Contoh
Kertas tebal,loyang,gangsa,‘plywood’,zink, akarkayu,papan dansebagainya
Bentuk yang digubah untuktujuan membuat sesuatu objekkonkrit. Contohnya modelbuah-buahan.Teknik yang digunakan:
- Kayu- Plaster of Paris
“Woman’s head” oleh PabloPicasso, 1909
Jadual 2.15 Arca Luakan
2.2.4 Mengenal Kraf Tradisional
45
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Kraf Tradisional boleh didefnisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni
yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif
masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.
Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:
Jenis Kraf Contoh Kraf
Alat Domestik – merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Teknik-teknik untuk menghasilkan alat domestik di atas ialah teknik luakan, teknik asemble dan teknik ukir.
Alat Permainan - disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannyadimainkan untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.
Alat Pertahanan Diri - dipanggil senjata. Senjata adalah alat keperluan manusia di zaman purba. Senjata digunakan untuk memburu dan juga untuk mempertahankan diri.
Batik - merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain.
Seni Tekat - termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan caramenyulam benang ke atas kain dasar jenis baldu.
Tembikar - adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar.
46
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Seni Anyaman - merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.
Seni Ukiran Kayu - merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini.
Jadual 2.16 Jenis-jenis Kraf Tradisional
ALAT DAN BAHAN SENI TEKAT
Alat Bahan
Pemidang kayu
berkaki dan cuban.
Benang emas, benang putih, kain dasar baldu, kertas tebal,
gam dan rotan saga.
Jadual 2.17
2.25 Proses Menyulam
Proses Penerangan
Proses
penciptaanDimulakan dengan menyiapkan pemidang dengan meregang kain
putih, kemudian diikuti dengan menyediakan mempulur atau isi tekat
dari kertas atau rotan sega. Setelah persiapan ini selesai barulah
47
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
proses menyulam atau penciptaan tekat dimulakan.
Persiapan
pemidang
Penggunaan pemidang berkaki atau tidak, dimulakan dengan
meregangkan kain putih di atasnya. Bahagian pinggir atau tepi kain
putih yang berukuran panjang persegi dimasukkan batang pinang
yang telah dihaluskan. Cara ini dilakukan untuk membuat telinga kain.
Melalui bahagian ini, kain putih diikatkan ke bingkai pemidang.
Dengan cara ini kain menjadi tegang. Di atas kain putih ini kain baldu
sebagai dasar dilekatkan dengan menyembat kasar.
Membentuk
mempulur
Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias.
Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang telah dilekat
tindih (enam hingga lapan helai). Kemudian bentuk motif dipotong dan
diasingkan dari kepingan kertas. Potongan-potongan mempulur inilah
yang dilekat kan di atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam
benang emas dimulakan.
Menyulam
Benang emas dari cuban merentasi bahagian batang mempulur dari
titik A ke titik B. Di titik A benang emas akan ditindih dan diikat jahit
oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya.
Jarum yang sederhana matanya disesuaikan dengan lebar batang
mempulur.
Jadual 2.18
TAJUK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Pengenalan
Kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu merujuk kepada
satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam
jangka masa yang pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif
pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Hasil pembelajaran
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat;
1. Memahami kaedah pengajaran dan pembelajaran PSV.
48
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
2. Mengaplikasi pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PSV.
3. Mengaplikasi kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PSV melalui
pengajaran mikro dan makro.
3.1 Mengenal Konsep Kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
PSV
3.1.1 Kaedah
Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu.
Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang
sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang
pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif
pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Menurut Edward M.Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang
dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses
pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan
dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. Misalnya, didalam pendekatan daripada
spesifik kepada umum, iaitu pendekatan induktif, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri-
penemuan yang mengandungi lima prosedur yang tersusun seperti berikut:-
1. Prosedur Pertama : Mengenal pasti masalah
2. Prosedur Kedua : Merancang penyelesaian
3. Prosedur Ketiga : Mengumpul maklumat
4. Prosedur Keempat : Membuat tafsiran
5. Prosedur Kelima : Membuat kesimpulan
Di dalam sesuatu pendekatan pula, terdapat beberapa kaedah mengajar yang boleh
digunakan. Oleh itu, selain kaedah inkuiri penemuan, guru juga boleh menggunakan
kaedah Socrates, iaitu; Kaedah Induktif, Kaedah Penyiasatan, Kaedah Kerja Praktis,
Kaedah Dapatan dan sebagainya dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum.
3.1.2 Teknik
Menurut Edward M.Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat, atau
strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai
49
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
objektif pelajaran secara optimum. Di antara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan
oleh guru ialah; Teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan
hafalan, penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah,
pemudahcara, sumbangsaran, permainan dan sebagainya.
Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik
perhatian pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan minat serta rasa ingin tahu
seterusnya bagi mencapai objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari
itu.
Oleh itu, teknik mengajar yang dipilh haruslah berdasarkan kepada peringkat umur,
kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Contohnya, mengikut kajian Piaget, dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang
sesuai digunakan untuk menyampaikan konsep ialah bercerita dan permainan dengan
menggunakan pelbagai bahan konkrit.
Berikut adalah contoh antara teknik yang sesuai dengan aras kemahiran objektif pelajaran :-
Aras Kemahiran Teknik Mengajar
Pengetahuan Latih Tubi
Kefahaman Syarahan
Aplikasi Tunjukcara (Demonstrasi)
Analisis Penyoalan
Sintesis Perbincangan
Penilaian Sumbangsaran
Jadual 3.1: Perhubungan Aras Kemahiran Objektif Pengajaran dengan Teknik
Mengajar
3.2 Kaedah individu dan kumpulan dalam PSV
50
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Kaedah Individu
• Menumpukan perhatian kepada seorang individu atau murid.
• Berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan
lain.
• Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan
pencapaian serta kadar kepantasan murid.
• Murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.
• Dijalankan dalam dua matlamat mengikut tujuan dan objektifnya.
• Pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh individu-individu tertentu.
• Sesuai untuk pengajaran pemulihan
• Memperkaya pengalaman pembelajaran individu.
• Belajar tanpa bergantung pada bantu guru tetapi memerlukan bimbingan guru.
Sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji/memahami
objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini.
• Hubungan guru dan murid paling minima.
• Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai
kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing.
• Kaedah ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan
pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat
belajar dan cara mempelajarinya.
• media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip,
pita rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan.
• Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.
Kaedah Kumpulan
• Menurut Gibb (1969) ia didefinisikan, “beberapa orang individu yang mempunyai
tujuan yang sama, saling berhubungan dan bertukar‐tukar pendapat serta fikiran dan
bergantung di antara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti
untuk mencapai objektif mereka.”
• L.M.Smith (1969) pula menyatakan; “unit sosial yang terdiri daripada beberapa
individu yang berinteraksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai nilai yang sama
dan saling bergantung di antara mereka.
• Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru
kepada berpusatkan pelajar.
• Ianya bertujuan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran yang tertentu.
• mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka .
51
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
3.3 Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan kembara visual.
Simulasi
• Murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan.
• Melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan
kemudian melakonkannya tanpa sebarang skrip.
• Disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan
interaksi individu serta kumpulan.
• Dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar.
• Berkesan terutama melibatkan aktiviti komunikatif.
• Membolehkan murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa dalam situasi sosial
yang disediakan olok-olok oleh guru dalam bilik darjah.
• Murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenar terlebih dahulu
sebelum dapat berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut.
• Guru merancang aktiviti yang melibatkan murid berlatih untuk berinteraksi dalam
situasi sosial yang berlaku seharian di luar bilik darjah.
• Guru boleh memberi peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid dan
kemudian meminta mereka melakonkan peranan-peranan tersebut secara spontan.
• Murid mempunyai kebebasan untuk memilih sendiri bahasa yang hendak digunakan
dalam situasi yang diberi oleh guru.
• Murid juga diberi kebebasan untuk memperkembang watak yang diberi.
• Dirancang oleh guru dengan teliti.
• Menekankan perkara berikut;
- Sebelum : terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasinya.
- Sewaktu : murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus
tidak terkeluar daripada peranan mereka. Apabila tiba masa yang sesuai, guru
menamatkannya.
- Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid.
Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
52
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan
berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada
peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan
pembelajaran secara analitis.
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.
Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.
Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.
Digalakkan menggunakan prinsip 5W + 1H ( What? Why? Who? Where? When? +
How? )
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.
Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.
Projek
Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu.
Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah
dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.
Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek.
Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam
menghasilkan sesuatu projek.
Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan
aktiviti.
53
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada
pelajar.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi.
Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran.
Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan
jika dapat menyelesaikan projek.
Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.
Akses Kendiri
Seseorang pelajar belajar apa yang ia kehendaki pada kadar sendiri di sesuatu
tempat yang disediakan. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri.
Ciri-cirinya memerlukan tempat yang selesa, koleksi bahan bacaan dan rujukan,
setiap unit pelajaran dibahagikan kepada unit yang terkecil dan setiap unit disimpan
di dalam “folder” yang berasingan.
Setiap unit disertakan dengan arahan, latihan dan jawapan.
Penggunaan Pusat Akses Kendiri terbahagi kepada, Ikut Jadual dan Tanpa Jadual
Setiap pelajar mempunyai kad rekod kemajuan.
Peranan guru menentukan aras kecerdasan pelajar, mengenalkan konsep akses
kendiri, pemudahcara (bila perlu) dan memantau rekod pencapaian dan membuat
komen.
Kaedah yang boleh digunakan ialah seperti terarah kendiri, mesra pengguna,
Maklum balas semerta, masa kendiri, kadar kendiri dan bersendirian tanpa
pengawasan.
Kembara Visual
• Kembara visual ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati
apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar.
• Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar
sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.
• Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana
pengalaman secara langsung.
• Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa
kesan kepada pembelajaran.
• Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan
antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku.
54
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
• Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik
darjah dengan pembelajaran kandungan di sekolah.
• Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperimental dan lebih menyeronokkan kerana
perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.
• Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan
ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar.
• Garis panduan teknik membuat lawatan:
Sebelum
Persediaan - tentukan tempat, objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK, taklimat
lawatan.
-Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu.
Semasa
Perlaksanaan aktiviti – ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman
Selepas
Tindakan susulan - adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam lawatan
kesesuatu tempat itu. Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan /
perhimpunan sekolah. Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku skrap, koleksi
gambar, lukisan dan lain-lain.
3.4 Teknik soal jawab dan teknik memberi arahan.
Teknik soal jawab
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.
• Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk
yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
• Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya.
• Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping dapat menguji
dan menilai apa yang diajar.
55
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
• Untuk mengesan pengetahuan asas seni murid.
• Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
• Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang telah ditunjuk
ajar.
• Memberi masa untuk murid berfikir menjawab soalan.
-Contohnya, guru memberi ruang masa kepada murid ketika menjawab soalan
berkenaan beberapa warna harmoni yang terdapat dalam gambar tersebut
• Guru mengendalikan jawapan murid yang salah dengan baik. Misalnya, tidak
memarahi murid apabila soalan yang dijawab itu salah.
-Contohnya, “bagus kerana menjawab, tetapi jawapan yang lebih baik ialah
campuran warna primer akan menghasilkan warna sekunder.”
• Guru perlu mendorong murid untuk menjawab sesuatu soalan yang diberi.
Contohnya, guru membuat tunjuk cara untuk menghasilkan “topeng muka kartun
kegemaranku” terlebih dahulu. Kemudian bantu murid ketika melaksanakan tugasan
yang diberikan. Dorongan ini boleh dalam bentuk petunjuk-petunjuk yang dapat
membantu murid-murid melaksanakan tugas dengan lebih baik.
• Guru meminta murid menceritakan atau menjelaskan jawapan yang tidak jelas atau
tidak lengkap.
• Teknik soal jawab ini boleh dilaksanakan mengikut aras rendah kepada aras tinggi.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan laporan dari aspek perasaan, pendapat
atau kegemaran, mengubah bentuk maklumat seperti membuat perbandingan,
rumusan, dan menyusun semula nilai maklumat yang diberikan misalnya,
melaksanakan tugasan berdasarkan prosedur yang diberikan.
• Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
pelajar, dapat mengapresiasikan sesuatu karya estetik dengan lebih baik di samping
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
Teknik memberi arahan
• Guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA
dan AKHIR sesuatu aktiviti.
• Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan prose
yang dicadangkan oleh Gallahue (1995)
• Tujuan teknik ini;
- Mengawal penuh pengajaran
- Memilih aktiviti
- Menentukan bagaimana dan bila
- Mengawal tingkah laku
56
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
- Menilaikeputusan
- Menjimatkan masa untuk membuat percubaan
• Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran
yang digunakan.
• Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
• Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut
• Guru mengarahkan murid-murid mengeluarkan bahan dan alat.
• Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan. Murid-murid menjalankan aktviti
kolaj dalam kumpulan. Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua
kumpulan.
• Guru menunjukkan cara-cara menghasilkan hasil kerja.
• Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dengan segera diminta untuk bersedia
untuk aktiviti pembentangan.
• Guru meminta murid-murid lain memberi respon / komen tentang hasil rakan-rakan
mereka.
• Guru memberi bimbingan kepada murid-murid selepas membuat pembentangan.
3.5 Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik bercerita, teknik kawalan kelas,
menggunakan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran.
Teknik tunjuk cara
• Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur.
• Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk
menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.
• Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, gimnastik atau
proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.
57
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
• Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak
dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.
• Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah.
• Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu
eksperimen.
• Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
• Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
• Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru
kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.
• Tiga jenis tunjuk cara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.
• Untuk menghasilkan pembelajaran melalui tunjuk cara yang berkesan, guru
hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:
Sebelum demonstrasi
• Guru hendaklah mematuhi topik, objektif, dan kandungan tunjuk cara.
• Alatan dan bahan disediakan.
• Tempat demonstrasi hendaklah jelas dan mudah dilihat.
Semasa demonstrasi
• Guru hendaklah memandang ke arah pelajar semasa penerangan.
• Terangkan semula sekiranya ada yang tidak jelas.
Selepas demonstrasi
• Bincangkan dengan pelajar tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat
rumusan dengan tepat.
3.6 Teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P&P.
• Menurut Edward M. Antony;1963, kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan
pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Kaedah membentuk teknik seperti teknik bercerita (teknik penyampaian)
• Satu muslihat, strategi atau kemahiran digunakan guru dengan tujuan mencapai
objektif pelajaran secara optimum.
• Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru.
• Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum.
58
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
• Memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman.
• Mengakumulasikan maklumat untuk membentuk hukum.
• Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu.
• Pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-
contoh.
• Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif.
• Membentuk satu tatacara yang berkesan bagi mengajar kemahiran bahasa iaitu
memahami, menulis dan bertutur.
• Generalisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit.
• Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi.
• Contoh hendaklah bertepatan dengan isi pelajaran.
• Contoh mestilah betul supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang
lain.
• Cara mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
• Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan.
• Teknik ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut
memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.
.
TAJUK 4 PROSES PENGAJARAN MIKRO DAN PENGAJARAN MAKRO
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mikro dan Makro
Pengenalan
Pengajaran mikro dan makro biasa bagi semua guru kerana mereka pernah mengalaminya
semasa mengikuti kursus perguruan di universiti atau di institit pendidikan. Bakal guru,
59
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
mereka akan mengalaminya sebelum mereka keluar membuat latihan mengajar. Melalui
pengajaran mikro dan makro anda didedahkan dengan pengajaran seolah-olah di dalam
bilik darjah dan anda akan mengetahui kelemahankelemahan dan kekuatan-kekuatan anda
melalui komen yang dibuat oleh pensyarah atau pun rakan sekuliah anda. Di samping itu
anda berpeluang menonton hasil pengajaran anda melalui rakaman yang dibuat di bilik
mikro untuk anda sendiri menilai pengajaran anda dan mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan sendiri. Pengajaran mikro amat penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan
setiap bahagian pengajaran supaya dapat diperbaiki lebih awal.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
1. menjelaskan maksud pengajaran mikro dan makro;
2. menerapkan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik pengajaran di dalam
pengajaran mikro dan makro,
3. membuat pengajaran mikro dan makro
4. membuat refleksi.
4.1 Proses Pengajaran Mikro
Definisi Pengajaran Mikro:
Micro : kecil, terbatas, sempit
Teaching : pembelajaran
“Micro Teaching” bererti suatu pembelajaran yang segala aspeknya diperkecil atau
disederhanakan.
Tujuan Umum
Tujuan “micro teaching” adalah untuk meningkatkan berbagai keterampilan mengajar
sehingga calon guru mampu menciptakan proses pembelajaran yang nefektif, efisien, dan
menarik (pembelajaran yang mendidik)
Tujuan Khusus:
- Calon guru mampu menganalisis tingkah laku pembelajaran kawannya dan
dirinya sendiri
60
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
- Calon guru mampu melaksanakan berbagai jenis keterampilan dalam proses
pembelajaran
- Calon guru mampu mewujudkan situasi pembelajaran yang efektif, produktif,
dan efisien
- Calon guru mampu bertindak profesional
4.1.1 Fokus penguasaan kemahiran mengajar
4.1.2 Perancangan dan persediaan
i Perancangan:
a) Bidang kegiatanb) Aktivitic) Tajukd) Konsep dan isie) Pemeringkatan isif) Aras pembelajarang) Kesesuaian alat dan bahanh) Proseduri) Strategi pengajaran dan pembelajaran
ii) Persediaan:a) Objektif pengajaran gurub) Hasil pembelajaran-eksplisit
4.1.3 Perlaksanaan
4.1.4 Maklumbalas
4.1.5 Kemahiran-kemahiran pengajaran
CONTOH PENGAJARAN MIKRO:
Mata pelajaran : Pendidikan Seni VisualKelas : Tahun 4MTarikh : 27/08/ 2012Masa : 12.15 tgh – 12.45 tgh (30 minit)Bilangan murid : 42 orangBidang pelajaran : Membentuk dan membuat binaanTajuk : Membuat topi menggunakan teknik tampalan dan
guntingan kertas.
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A: Menguasai isi kandungan pelajaran
61
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
1. Mengetahui cara-cara untuk menghasilkan topi dengan teknik tampalan dan guntingan
kertas.
2. Menghasilkan topi yang menarik dan kreatif.
B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1. Menggunakan bahan untuk menghasilkan topi secara mudah.
2. Meningkatkan kawalan psikomotor murid dalan kegiatan menggunting, menampal.
C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Menghasilkan gubahan corak mudah daripada motif yang dihasilkan
2. Memupuk sikap kerja dengan cermat dan teliti
Konsep/ prinsip/ hukum /teori:
Menghasilkan topi dengan pelbagai cara: menggunting, menyusun dan menampal.
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Pensel 2B, gunting, kertas warna, manila kad, gam, benang.
Langkah keselamatan:
Berhati-hati semasa menggunakan benda-benda yang tajam seperti gunting.
Pengetahuan sedia ada:
1. Murid-murid pernah memakai topi.
2. Murid-murid biasa melihat topi dalam hari jadi kawan.
Fasa Hasil Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Strategi P&PAktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/Mencungkil idea(5 min)
Memperkenalkan topi kepada murid.
Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyanyikan lagu hari jadi.
Cungkil idea murid dengan menyuruh seorang murid ke depan mengeluarkan benda di dalam beg yang dibawa oleh guru.
Guru menyuruh murid
Murid menyanyikan lagu hari jadi dan menjawab soalan.
Murid yang dipanggil ke depan mengikut arahan guru.
Strategi/ Teknik:Penyoalan seluruh kelas menggunakan Ramal-Perhati-Terang.Menjalankan aktiviti simulasi.
Sumber pengajaran:Topi hari jadi
62
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
tersebut memakai topi tersebut.
Menstruktur/ Menstruktur semulaLangkah 1(5 min)
Penerangan tajuk, alat dan bahan.
Menerangkan tentang tajuk pelajaran.
Menunjukkan hasil kerja yang telah siap kepada murid.
Mengeluarkan alat dan bahan yang hendak digunakan sambil menerangkan fungsi alat dan bahan tersebut.
Memperingatkan murid-murid supaya menggunakan alat seperti gunting dengan cermat dan baik.
Murid mendengar dengan teliti tentang topi.
KBKK-mencirikan-menjana idea
Sikap saintifik dan nilai murni:-Berhati-hati
Sumber pengajaran:Alat : Pensel 2B, gunting, gam.Bahan : Kertas warna, benang, kad manila.
Langkah 2(5 min )
Langkah 1 – lukiskan satu bulatan besar di atas kad manila.
Langkah 2 – gunakan gunting untuk menggunting bulatan besar.
Langkah 3 – lipat bulatan besar menjadikan separuh bulatan, kemudian gunting.
Langkah 4 – lukiskan corak di atas separuh bulatan.
Langkah 5 – lipat separuh bulatan supaya ia menjadi kon.
Menerangkan teknik-teknik menghasilkan topi hari jadi berpandukan tayangan slaid.
Berpandukan langkah kerja, guru menerangkan sambil membuat demostrasi di depan kelas.
Menunjukkan hasil kerja yang siap kepada murid.
Memberi peluang kepada murid untuk menyoal.
Menyuruh beberapa orang murid menerangkan semula langkah membuat.
Memberi pujian dan pembetulan atas penerangan murid dan menerangkan semula langkah yang agak mengelirukan murid
Murid memberi perhatian, mendengar, memerhatian dan menyoal apabila kurang faham.
Strategi:Perbincangan kumpulan.
Sumber pengajaran:Tayangan slaid
Sikap saintifik dan nilai murni:-Berani mencuba-Beri prihatian
63
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Langkah 6 – gunting kertas warna untuk dijadikan hiasan di atas kon.
Aplikasi Idea(30 min)
Proses membuat Menyuruh murid duduk dalam kumpulan supaya mereka dapat saling membantu semasa menjalankan kerja.
Menyuruh ketua kumpulan tampil ke depan untuk mengambil kertas lukisan dan kertas tebal. Bagi murid lain pula mengeluarkan alat dan bahan yang dibawa.
Menyuruh murid memulakan kerja.
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar dari satu kumpulan ke kumpulan lain.
Murid bergerak masuk kumpulan masing-masing yang telah ditentukan oleh guru sebelum ini.
Ketua kumpulan tampil ke depan mengambil bahan dan murid lain keluarkan alat yang dibawa.
Murid memulakan kerja.
Strategi/Teknik:Aktiviti inkuiri dalam kumpulan
Sikap saintifik dan nilai murni: - - kerjasama-saling membantu
KBKK:-berfikir secara kreatif-menjana idea
Refleksi/Penutup( 10min)
Penilaian
Rumusan :Topi hari jadi
Mempamerkan hasil kerja yang baik dan juga yang kurang memuaskan.
Memberi peluang kepada murid untuk memberi komen.
Memberi ulasan ats hasil kerja mereka dan beri pengukuhan berdasarkan hasil kerja murid.
Membuat rumusan aktiviti hari ini.
Murid menghantar hasil kerja mereka yang sudah siap kepada ketua kumpulan.
Murid membuat perbandingan atas hasil kerja dan memberi ulasan.
Strategi:Penyoalan keseluruhan kelas
Sumber pengajaran:-hasil kerja murid
Sikap saintifik dan nilai murni: - - kebersihan-penghargaan
KBKK:
64
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
boleh dibuat sendiri dan dihantar kepada sesiapa sahaja dengan menggunakan kos yang rendah.
Menyuruh murid mengemaskan alat dan bahan.Memberi pesanan kepada murid untuk aktiviti minggu akan datang.
Murid membersihkan meja dan mengemaskan alat dan bahan.
Murid membuat catatan.
-membanding beza-menilai
Jadual 4.1 Contoh pengajaran Mikro
4.2 Proses Pengajaran Makro
4.2.1 Mengenalpasti bidang, jenis dan kandungan.
4.2.2 Menulis hasil pembelajaran mengikut aras, tahap dan latar belakang murid.
4.2.3 Merancang alat dan bahan untuk penghasilan.
4.2.4 Mereka bentuk bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.
4.2.5 Menggunakan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
4.2.6 Mereka bentuk set induksi, mereka bentuk langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran.
4.2.7 Mereka bentuk aktiviti pengayaan dan penambahbaikan.
4.2.8 Mereka bentuk aktiviti apresiasi dan refleksi.
4.2.9 Mereka bentuk penutup.
4.2.10Membuat maklumbalas, refleksi dan tindakan pembetulan.
CONTOH PENGAJARAN MAKRO
Rancangan Pengajaran Harian :Mata pelajaran : Pendidikan Seni VisualKelas : Tahun 2MTarikh : 30 Ogos 2012Masa : 12.15 tgh – 12.45 tgh (30 minit)Bilangan murid : 16 orangBidang pelajaran : Membuat Corak dan Rekaan
A Hasil pembelajaran: Mengambar (Aras 3)i) Menghasilkan Kad ucapan dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik gosokan setelah membuat pemerhatian.ii) Menyata dan mempamerkan hasil kerja.
65
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Objektif pem B Objektif Pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:i) Menghasilkan kad ucapan dengan menggunakan teknik gosokanii) Menguasai isi kandungan pelajaraniii) Mengetahui cara-cara untuk menghasilkan kad ucapan dengan teknik gosokan
iv) Menghasilkan kad ucapan yang menarik dan kreatif.
C Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir 1. Menggunakan bahan untuk menghasilkan kad ucapan secara mudah 2. Meningkatkan kawalan psikomotor murid dalan kegiatan menggunting, mengosok D Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Menghasilkan gubahan corak mudah daripada motif yang dihasilkan 2. Memupuk sikap kerja dengan cermat dan teliti
Konsep/ prinsip/ hukum /teori:
Menghasilkan kad ucapan dengan pelbagai cara: menggunting, menyusun dan mengosok.
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Krayon, gunting, kertas lukisan, kertas tebal.
Langkah berjaga-jaga: Berhati-hati semasa menggunakan benda-benda tajam seperti gunting.
Pengetahuan sedia ada:1. Murid-murid pernah melukis bentuk.2. Murid pernah melibat atau menghantar kad ucapan kepada ibubapa, guru dan kawan.3. Murid-murid pernah mendengar cerita Alladin.
Fasa Hasil Pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi P&P
Aktiviti Guru Aktiviti MuridPermulaan/Mencungkil idea(5 min)
Menyatakan teknik gosokan dengan menghasilkan kad ucapan yang cantik dan kreatif
Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan mempamerkan gambar Alladin dan bertanya.
-Ini siapa ?
-Alladin terjumpa apa benda?
-Bagaimanakah dia menyuruh keluar ?
Murid memerhatian gambar dan menjawab soalan.
Murid yang dipanggil ke depan mengikut arahan guru.
Strategi/ Teknik:Penyoalan seluruh kelas menggunakan kartun konsep.Menjalankan aktiviti simulasi.
Sumber pengajaran:Tayangan slide
66
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Cungkil idea murid dengan menyuruh seorang murid ke depan melakukan perbuatan Alladin.
Bolehkah kita menggosokkan untuk menghasilkan corak yang cantik ?
Menstruktur/ Menstruktur semulaLangkah 1(5 min)
Teknik gosokan ialah pemindahan reka bentuk demi sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan.
Kertas lukisan -menghasilkan kad ucapan.Kertas tebal –melukis bentuk.Gunting - mengguntingkan bentuk.Krayon –mewarnakan sekeliling stensil kertas.
Menerangkan teknik gosokan dan kepentingan kad ucapan.
Menunjukkan beberapa contoh kad ucapan.
Mengeluarkan alat dan bahan yang hendak digunakan sambil menerangkan fungsi alat dan bahan tersebut.
Memperingatkan murid-murid supaya menggunakan alat seperti gunting dengan cermat dan baik.
Murid mendengar dengan teliti arahan guru.
Strategi/Teknik:Aktiviti inkuiri dalam kumpulan
Sikap saintifik dan nilai murni:-Berhati-hati
Sumber pengajaran:Kertas tebal, kerstas lukisan,Gunting, krayon.
Langkah 2(5 min )
Langkah 1 – gunting beberapa bentuk daripada kertas tebal.
Langkah 2 – warnakan sekeliling stensil kertas dengan krayon.
Langkah 3 - Pegang bentuk di atas kertas lukisan dan gosokkan dengan jari mengarah ke luar.
Menerangkan teknik-teknik menghasilkan kad ucapan berpandukan tayangan slaid.
Berpandukan langkah kerja, guru menerangkan sambil membuat demostrasi di depan kelas.
Menunjukkan hasil kerja yang siap kepada murid.
Murid memberi perhatian, mendengar, memerhatian dan menyoal apabila kurang faham.
Strategi:. Perbincangan kumpulan
Sumber pengajaran:Tayangan slaid
Sikap saintifik dan nilai murni:-Berani mencuba-Beri prihatian
67
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Langkah 4 – ulangkan aktiviti dengan mendapatkan corak yang menarik secara tindah-tindih.
Langkah 5 – menulis perkataan di atas kad ucapan.
Memberi peluang kepada murid untuk menyoal.
Menyuruh beberapa orang murid untuk menerangkan semula langkah membuat.
Memberi pujian dan pembetulan atas penerangan murid dan juga menerangkan semula langkah yang agak mengelirukan murid.
Aplikasi Idea(30 min)
Proses membuat Menyuruh murid duduk dalam kumpulan supaya mereka dapat saling membantu semasa menjalankan kerja.
Menyuruh ketua kumpulan tampil ke depan untuk mengambil kertas lukisan dan kertas tebal. Bagi murid lain, mereka mengeluarkan alat dan bahan yang dibawa.
Menyuruh murid memulakan kerja.
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar dari satu kumpulan ke kumpulan lain.
Murid bergerak masuk kumpulan masing-masing yang telah ditentukan oleh guru sebelum ini.
Ketua kumpulan tampil ke depan mengambil bahan dan murid lain keluarkan alat yang dibawa.
Murid memulakan kerja.
Strategi/Teknik:Aktiviti inkuiri dalam kumpulan
Sikap saintifik dan nilai murni: - - kerjasama-saling membantu
KBKK:-berfikir secara kreatif-menjana idea
Refleksi/Penutup( 10min)
Penilaian Mempamerkan hasil kerja yang baik dan juga yang kurang memuaskan.
Murid menghantar hasil kerja mereka yang sudah siap
Strategi:Penyoalan keseluruhan kelas
68
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Rumusan :Kad ucapan boleh dibuat sendiri dan dihantar kepada sesiapa sahaja dengan menggunakan kos yang rendah.
Memberi peluang kepada murid untuk memberi komen.
Memberi ulasan atas hasil kerja mereka dan beri pengukuhan berdasarkan hasil kerja murid.
Membuat rumusan aktiviti hari ini.
Menyuruh murid mengemaskan alat dan bahan.
Memberi pesanan kepada murid untuk aktiviti minggu akan datang.
kepada ketua kumpulan.
Murid membuat perbandingan hasil kerja dan memberi ulasan.
Murid membersihkan meja dan mengemaskan alat dan bahan.
Murid membuat catatan.
Sumber pengajaran:-hasil kerja murid
Sikap saintifik dan nilai murni: - - kebersihan-penghargaan
KBKK:-membanding beza-menilai
Jadual 4.1 Contoh Pengajaran Makro
TAJUK 5PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN MENGAJAR, SUMBER
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengenalan:
Perancangan persediaan mengajar merupakan aktiviti yang meliputi pengajaran guru dan
pembelajaran murid, ataupun suatu tugasan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ahli
falsafah China berpendapat ia merupakan tugasan yang bertanggungjawab menyebarkan
budaya dan ilmu pengetahuan, melatih tenaga mahir dan menjelaskan keraguan. Ada juga
ahli pendidik berpendapat bahawa pengajaran adalah aktiviti menyampaikan bahan
pelajaran secara jelas dan menerangkannya dengan sempurna. Dalam konteks pendidikan
formal, pengajaran dihuraikan sebagai suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran
69
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan
menguasainya dengan berkesan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
1. menerapkan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik pengajaran di dalam
pengajaran mikro dan makro,
2. membuat pengajaran mikro dan makro
3. membuat refleksi.
5.1 Perancangan dan Persediaan Mengajar
5.1.1 Perancangan Tahunan dan Semester
CONTOH PERANCANGAN TAHUNAN
RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SENI VISUALTAHUN 1
MINGGU
BIDANG/TEMA/TAJUK
PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
CATATAN
1 MenggambarTema :Alam bendaTajuk :RumahAktiviti :Lukisan
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip
1.1 Persepsi Estetik :
Murid dapat mengenal, menamakan, dan
70
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
rekaan : garisan, rupa, warna, imbangan dan kepelbagaian) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.
memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan – lurus dan melengkung
1.1.1.2 Rupa – organik
1.1.1.3 Jalinan – tampak
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni – (bentuk, rupa, dan warna)
1.2 Aplikasi Seni :Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.1.2.1 Alat – palet, berus warna
1.1.2.2 Media – kertas lukisan, bahan semula jadi (flora) dan warna air atau warna poster atau tempera
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – capan (basah atas kering)
1.3 Ekspresi Kreatif: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
71
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
Jadual 5.1 Contoh Rancangan Tahunan
CONTOH PERANCANGAN SEMESTER
RANCANGAN PELAJARAN SEMESTER PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN DUA SEMESTER SATU.
Contoh Rancangan Semester
Sila Rujuk Lampiran 1
72
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
5.1.2 Aplikasi 5P dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV KBSR
Konsep 5P
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P? Konsep ini merupakan strategi pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan seni Visual. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya
bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu
dan tidak secara berasingan. Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan,
penilaian, pengayaan, dan pemulihan.
Rajah 1: Konsep 5P
Penggabungjalinan
Apakah yang anda faham tentang penggabungjalinan?
Penggabungjalinan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan
supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai
urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk
menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling
melengkapi. Dalam hal ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan.
Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:
73
5P5P
PenggabungjalinanPenggabungjalinan
PenyerapanPenyerapan
PengayaanPengayaan
Pemulihan
PenilaianPenilaian
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.
b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
Prinsip-prinsip penggabungjalinan
• Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
• Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
• Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
• Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.
Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk penggabungjalinan :
i. Penggabungjalinan Kemahiran
Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Pendidikan Seni Visual dalam Satu Mata Pelajaran
74
K1
K2K4
PSVK3
K1
K2K3
PSV
K1-Kemahiran MewarnaK2-Kemahiran MemotongK3-Kemahiran MenampalK4-Kemahiran MelukisPSV-Pendidikan Seni Visual
K1-Kemahiran PergerakanK2-Kemahiran MuzikK3-Kemahiran SeniPSV-Pendidikan Seni Visual
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Rajah 3: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran
ii. Penggabungjalinan Aktiviti
Anda boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut
keperluan dan kesesuaian. Untuk melaksanakan penggabungjalinan, anda perlu
merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.
Contoh:
a. Berceramah → mencatat isi
b. Bercerita → berbincang → menulis karangan
c. Membaca → mengesan isi → mengulas → menulis ulasan
iii. Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.
Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,
pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Antara bahan yang boleh digabungjalinkan itu
adalah seperti yang berikut:
Contoh:
1. Berita → ulasan
2. Iklan → surat permohonan → temu duga → surat jawapan.
Penggabungjalinkan bahan-bahan ini boleh dilakukan mengikut keperluan masa yang
diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan aktiviti yang bersesuaian.
Penyerapan
Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur
pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu contohnya unsur ilmu, nilai, dan
kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa
depan boleh diserapkan. Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek
utama, iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.
Tujuan Penyerapan.
75
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Aspek ini boleh membantu murid untuk :
a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui
aktiviti yang dijalankan
b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan
c. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati
d. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu
e. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif
f. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati
g. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata,
pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa
yang lain mengikut konteks
h. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk
perkembangan diri
i. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan
sebaya dan masyarakat
Unsur Penyerapan dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.
Terdapat lima unsur penyerapan, iaitu:
i. Ilmu Pengetahuan.
• Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam,
Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu
mata pelajaran untuk mata pelajaran lain.
• Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.
• Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.
• Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.
ii. Nilai murni.
Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara
terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah
melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.
Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara
terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh
dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan
dan kerja projek.
76
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik, berakhlak mulia ,
berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.
iii. Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual mengutamakan
pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk
melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa
dan negara.
iv. Peraturan sosio-budaya.
Peraturan sosio-budaya dalam Pendidikan Seni Visual meliputi proses, teknik dan
penghasilan karya seni masyarakat Malaysia. Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan
falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.
v. Kemahiran Bernilai Tambah.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual bagi
membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar pelajar.
Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan
pelbagai.
5.1.3 Rancangan Pengajaran Harian PSV KBSR dalam empat bidang
5.1.3.1 bidang kegiatan
5.1.3.2 jenis aktiviti
5.1.3.3 kemahiran dan hasil pembelajaran
5.1.3.4 pemilihan sumber
5.1.3.5 aktiviti induksi set
5.1.3.6 langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran
77
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
5.1.3.7 Penutup
5.1.3.8 Refleksi
5.2 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
5.2.1 Bahan Bantu Mengajar
5.2.2 Alat dan media penghasilan
5.2.3 Pemilihan dan penyediaan sumber
5.2.4 Penggunaan sumber bahan cetak dan elektronik
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSV KBSR DALAM BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN : 5 ANGGERIK
BIDANG : Membentuk dan Membuat Binaan
AKTIVITI : Membentuk Kereta
TAJUK : Kereta Idaman
MASA : 8.30 hingga 9.30 pagi
OBJEKTIF PENGAJARAN : Guru dapat mendedahkan teknik membentuk dan
membuat binaan daripada bahan-bahan terbuang.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran murid dapat:
- Membentuk dan membina sebuah model kereta dengan menggunakan bahan-bahan
buangan
- Menghias model kereta dengan menggunakan pelbagai bahan buangan
- Menghasilkan sebuah model kereta secara kreatif dan inovatif (pelbagai rupa dan
bentuk)
- Penerapan nilai dan kemahiran berfikir
78
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
KEPERLUAN
Alat - gunting
Bahan- bahan buangan (contoh: straw board/bod tebal, bekas pembungkusan, straw
minuman, dan gam)
Bahan Rujukan : Kad gambar
Objek maujud model-model kereta mainan
Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Maklumat Internet
PROSEDUR
1. Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian
Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
2. Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Guru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu
sambil menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawab
4. Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model
kereta dari bahan buangan
Apresiasi dan Kritikan
KBKK : Mereka cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitan
PENERAPAN NILAI : Ketekunan dan Ketelitian
BUTIRAN KEGIATAN HASIL PEMBELAJARANSTRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
79
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Aktiviti 1 (5 minit)
Guru mengedarkan kad gambar berkaitan dengan kenderaan pada masa dahulu
Guru mengendalikan sesi soal jawab
Apakah gambar yang terdapat pada kad yang kamu pegang?
Apakah pandangan anda tentang gambar tersebut?
Aras 1
Murid memerhati dan membuat analisa tentang gambar
Murid memberikan pandangan mereka tentang gambar berkenaan
Aras 2Murid memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan model kereta
Teori Kajian Masa DepanMenjangkaFungsi produk
Teori Kecerdasan PelagaiVerbal Linguistik
KBKK (Kreatif)Mereka ciptaMensintesis
Penerokaan
Aktiviti 2 (20 minit)Meneroka pelbagai bahan yang boleh digunakan. Kesan tindak balas bahan yang digunakan
Guru menunjukkan cara membuat model kereta
Murid mengetahui bahawa prinsip imbangan dan unsur ruang, bentuk dan warna penting dalam membuat model kereta
Membanding bezaMenilai – akibat penolakan angin. Kelajuan yang dihasilkan
KBKK (Kreatif)Menjana ideaMereka ciptaMenghubung kaitan
Aktivit 3 (25 minit)
Guru membimbing murid semasa menghasilkan model kereta
Memotong bentuk yang diinginkan
Menebuk tayar kereta
Mencantum bahan kereta
Menampal kertas warna
Murid membuat model kereta dengan
MemotongMenebukMencantumMenampal
KBKK (Kreatif)Mereka cipta inovatif
Nilai
Sesi Apresiasi dan Refleksi (10 minit)
Sesi ApresiasiMempamerkan hasil kerja
Murid mempamerkan pelbagai hasil kerja yang dibuat
KBKK – Kritis Membanding beza
80
PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR
Perlumbaan keretaMembuat refleksi bagaimana penghasilkan model kereta dilakukan
Murid dapat menilai keupaaan diri sendiri
Menganalisis
Teori Kecerdasan PelbagaiVerbal Linguistik
Jadual 5.3 Contoh Rancangan Harian PSV KBSR Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
Refleksi Guru:
Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid menunjukkan minat dan
kesungguhan dalam menghasilkan sebuah model kereta. Pelbagai model kereta telah dapat
dihasilkan. Murid telah berjaya membuat penerokaan bahan. Objekif tercapai dengan
jayanya.
81