08 isi-pelajaran-bmm3110
-
Upload
nissahana92 -
Category
Documents
-
view
141 -
download
1
Transcript of 08 isi-pelajaran-bmm3110
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PRAKTIKUM FASA 1 :
Lokasi Sekolah : SJK(C) Tempoh : 31 Mac – 24 April 2014 Jarak : (IPG )
|| Tinggal hari lagi bakal menjadi guru praktikum . Semoga dipermudhkan segalanya . Amin ||
#mendalamibahasamandarin#bukupersediaanRPH#ohrumahsewa
TAJUK 1 Sintaksis
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:
• Struktur binaan ayat
• Pembahagian subjek dan predikat;
• Ayat dasar dan ayat terbitan ;
• Susunan dalam ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh
perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu
klausa dan frasa.
Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas
yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan
frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek
dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama,
1
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN),
frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan
perkataan, frasa. klausa, ialah satu ayat.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat,
binaan subjek dan predikat
2. Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan
struktur subjek dan predikat dalam ayat.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
=> Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat
=> Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi
sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain.
=> Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu
ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi.
=> Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran,
penyusunan semula dan peluasan.
Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan
mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.
2
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
1.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan
binaannya. Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat
serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat.
1.1 Definisi Ayat (Sintaksis)
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk
daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi
intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006).
Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008).
Contoh binaan ayat:
Subjek Predikat(1). Ali (FN) peniaga (FN)(2). Pemburu itu (FN) melontar lembing (FK)(3). Bajunya (FN) cantik sekali (FA)(4). Rumah itu (FN) di tepi sawah (FS)
1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat
Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau
beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang
diterangkan.Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan
menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Contoh:
Subjek Predikat(5). Amin
(6). Abang kandungku
(7). Pegawai kastam itu
guru besar di sekolah baru itu.
sedang berehat di bilik sebelah.
amat cekap.
3
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat
dan meletakkan subjek di belakang.
Subjek Predikat(8). Guru besar di sekolah baru itu
(9). Sedang berehat di bilik sebelah
(10). Amat cekap
Amin.
abang kandungku.
pegawai kastam itu.
1.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat
dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi
pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).
Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat
dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.
Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan
semula atau peluasan.
Contoh :
Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan)
(11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar.
(12) Ah Meng berlari (FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas.
(13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar.
(14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama.
(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.
AKTIVITI
(i). Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan.
4
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
LATIHAN
(i). Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru
bahasa.
(ii). Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu
BAHAN BACAAN
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
5
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TAJUK 2 Sintaksis: • Urutan Kata, Perpindahan Ayat• Ragam Ayat, Jenis Ayat
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
• Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu;
• Ragam ayat , jenis ayat
• Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu
Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang
terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan
dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. (Marzukhi Nyak Abdullah,1997).
Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat
berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau
susunan songsang. Selain itu, konsep ragam ayat, jenis ayat serta aspek
tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini.
6
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa
dalam binaan ayat.
2. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat.
KERANGKA TAJUK
2.0 KANDUNGAN ISI
Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang
konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat, ragam
ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain. Aspek-aspek tatabahasa yang
menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi
kajian bahasa.
7
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
2.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat
Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan
ayat. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata sama ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi
nama. (Lutfi Abas ,1975).
Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu
ayat. Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti
berikut:
(1). Ramli sangat pandai bermain skuasy.
(2). Maniam itu baik sungguh.
(3). Kek lapis itu enak sekali.
Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang
jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Kedudukan sesuatu
perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam
sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al
2008). Sebagai contoh, perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah:
a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin)
Paulus = Paul
Mariam =Mary
vidit = melihat
Dalam hubungan tersebut, akhiran –us dan –am menentukan kata nama
subjek dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi
persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut.
Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah
makna asal daripada bahasa Latin tersebut.
b) Min aina anta ? (bahasa Arab)
Min = daripada / dari
aina = mana
8
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
anta = kamu (lelaki)
Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan
makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu
yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana?
Oleh itu ,perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa
yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan
digunakan.
2.2 Ragam Ayat
Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan
perkataan lain, ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-
pola yang tertentu.
Seterusnya, kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah
satu unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat
terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang
mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan
subjek terbitan sebagai judul.
Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat
frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.
Contoh:
(4) Amar menendang bola itu. (ayat aktif)
(5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif)
(6) Saya menendang bola itu. (ayat aktif)
(7) Bola itu saya tendang. (ayat pasif)
(8) Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat)
9
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
2.2.1 Ayat aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek
asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif
transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang
mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa
komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah
ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh
objek sebagai penyambut.
Contoh :
a) Ayat Aktif Transitif
Subjek PredikatKata Kerja Transitif Objek
(9). Pekerja
(10). Budin
(11). Air mata
membaiki
membeli
membasahi
jalan itu.
buah durian.
pipinya.b) Ayat Aktif Tak Transitif
Subjek PredikatKata Kerja Tak Transitif Objek
(12). Kanak-kanak
(13). Ombak
(14). Diana
sedang mandi
memutih
menangis
di kolam itu.
di pantai Damai.
sepanjang malam.
2.2.2 Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang
mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang
diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis
iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
10
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Subjek Kata Kerja
Pasif
Oleh + Frasa
Nama
Keterangan
(15). Kereta itu
(16).Semak samun
sudah dibeli
dibersihkan
oleh Amin
oleh pekerja
minggu lepas
setiap bulan.
ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua
Keterangan
(17). Kereta itu
(18). Kuih itu
sudah saya bersihkan
belum awak makan
pagi tadi.
lagi.
iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa
Nama(19). Rusa itu
(20). Budak itu
kena
kena
tembak
kejar
oleh pemburu.
oleh anjing.
3. Jenis Ayat
Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis;
i) Ayat penyata
ii) Ayat tanya
iii) Ayat perintah
iv) Ayat seruan
a) Ayat Penyata
11
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata
mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.
Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.
Contoh:
(21). Saya sudah memiliki kereta baru.
(22). Dunia ini penuh dengan dugaan.
(23). Dia pandai mengawal emosinya.
b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan
berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh
wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.
c) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata
ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.
d) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti
marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi,
wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan
lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira,
duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.
AKTIVITI
12
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
1. Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-
contoh yang sesuai.
LATIHAN
1. 2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah
Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
13
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TAJUK 3 Frasa Nama Bahasa Melayu
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
• Konsep Frasa Nama;
• Binaan Frasa Nama bahasa Melayu;
Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama
yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka
sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.
Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan
sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa
yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat.
Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek
dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama,
manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN),
frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
14
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan definisi frasa nama dan;
2. menjelaskan binaan frasa nama.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
3.0 KANDUNGAN ISI
15
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian
tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Seterusnya,
perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa
Melayu.
3.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu
Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al. (2008) ialah konstituen atau unsur
yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur
intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang
yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah
frasa nama.
Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat
dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar,
1986)
Contoh :
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama (1). Emak
(2). Emak Wan Seng
(3). Putrajaya
(4). Bandar Putrajaya
peniaga.
peniaga sayur.
bandar selamat.
bandar selamat.
Struktur Frasa Nama (inti + inti)
Frasa Nama
PredikatInti Inti
(5). Ibu bapa saling bantu-membantu.(6). Keluar masuk untuk pekerja sahaja.
16
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Struktur Frasa Nama (inti + penerang)
Frasa Nama
PredikatInti Penerang
(7). Atlet
(8). Pelajar
(9). Pegawai
(10). Anak
(11). Kucing
paralimpik
semester akhir
Jabatan Haiwan
yang soleh itu
jinak itu
meraih pingat emas.
menduduki ujian.
memberi ceramah.
baik akhlaknya.
menggigit makanan.3.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah
Hassan et.al, 2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa
digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati
merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk
daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang
binaan frasa nama bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini
menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan frasa nama. (Abdullah
Hassan,1983).
Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut:
Binaan Frasa
Nama
Penerang Inti Penerang
Inti + Penerang
Nama
Penerang nama
keturunan
askar
Suku bangsa
British.
Jawa.
Penerang nama
jenis
kucing
bunga
parsi.
mawar.
Penerang nama
kegunaan
serbuk
minyak
kari
pelincir
17
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Penerang nama
penyambut
pemutar
penjaga
skru
pintu
Penerang nama kelamin
pelakon
guru
lelaki.
wanita.
Penerang nama tempat
pinggiranpantai
Binaan Frasa
Nama
Penerang
(Penentu
Hadapan)
Inti
(Bilangan+penjodo
h bilangan)
Penerang
(Inti)
tiga orang gurulima buah keretatujuh dulang nasi minyak.
Penerang
(Penentu
belakang)
Inti Penerang
orang
rumah
itu
iniPenerang kata
kerja
mesin
bilik
kira
menungguPenerang kata
adjektif
pengemis
kereta
muda
antikPenerang frasa
sendi nama
baju
banglo
di jemuran
di desa.Penerang
bilangan ordinal
tempat
tingkat
kedua
ketiga
Inti + inti
Inti + inti
dengan maksud
sama erti
tubuh
bukit
badan
bukau
Inti + inti
dengan maksud
berlawanan
tuan
atas
hidup
puan
bawah
mati
18
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
AKTIVITI
1. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama.
LATIHAN
1. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau
rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, atau akhbar tempatan.
2. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat?
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Asmah Hj.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
19
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu• Peraturan D-M• Kekecualian Hukum D-M• Bilangan dan Panggilan
4.0 Konstituen Frasa Nama
Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-
aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus
tatabahasa bahasa Melayu :
• Peraturan D-M (Hukum D-M)
• Kekecualian Hukum D-M
• Bilangan dan panggilan
4.1 Peraturan D – M (Hukum D - M)
Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan
menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan
unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan
merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.
Contoh :
Frasa NamaDiterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang)Askar
Budak
Pemain
Penarik
Penghantar
Pensyarah
Pakar
Melayu
lelaki
boling
beca
surat
wanita
psikologi
20
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Doktor veterinar
Contoh-contoh lain:
- sos cili (bukan cili sos)
- Restoran Ali ( bukan Ali Restoran)
- Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim)
- pisang goreng (bukan goreng pisang)
- kentang goreng ( bukan goreng kentang)
- cakera padat (bukan padat cakera/compact disc)
- sup kambing ( bukan kambing sup)
- nasi goreng (bukan goreng nasi)
4.2 Kekecualian Hukum D - M
Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai
merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara
mantap dalam masyarakat pengguna bahasa. Hal yang demikian berlaku
disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem
bahasa lain bagi bahasa sendiri , seperti sesetengan penguna bahasa Melayu
yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur
berbahasa. Lama-kelamaan, keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah
satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam
konteks hukum D - M.
Selain itu, kekecualian hukum D - M juga wujud akibat kebiasaan dalam
penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan.
Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya
dalam masyarakat pengguna bahasa.
21
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Contoh:
Penerang (M) Diterangkan (D)Perdana
Ibu
Naib
Ketua
Timbalan
Naib
Pembantu
Menteri
Pejabat
Presiden
Hakim
Perdana Menteri
Presiden
Penyelaras
Namun, hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri
pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya.
Contoh penggunaan dalam ayat:
(12). Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman.
(13). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman.
(14). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari.
(15). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria.
(16). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali.
(17). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian.
(18). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian.
22
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
4.3 Bilangan dan Panggilan
Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh
wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini,
bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda
kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa.
Contoh :
lima ekor kuda
segolongan kecil peneroka
kelima-lima pendekar silat
sekumpulan penyelidik
segelintir pengundi
sejumlah wang
sebilangan besar pekerja
Contoh ayat:
(19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir.
(20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu.
(21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan.
(22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas.
(23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ.
(24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan.
(25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.
Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan
berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993);
i. Kata bilangan tentu
ii.Kata bilangan tak tentu
iii.Kata bilangan himpunan
iv.Kata bilangan pisahan
v.Kata bilangan pecahan; dan
23
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
vi.Kata bilangan tingkatan
Kata Bilangan Tentu
Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan
khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau
huruf abjad.
Contoh:
satu = 1 empat = IV
dua = 2 sepuluh = X
Contoh ayat:
(26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam.
(27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet
Malaysia.
(28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian.
(29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing.
(30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih .
Kata Bilangan Tak Tentu
Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus .
Contoh:
Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok.
Contoh ayat:
(31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman.
(32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung.
(33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.
Kata Bilangan Himpunan
Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau
terkumpul.
Contoh:
24
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelima-
lima, kesemua.
Contoh ayat:
(34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara.
(35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan.
(36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat.
Kata Bilangan Pisahan
Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses
memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini
juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang
terasing.
Contoh:
masing-masing, setiap, tiap-tiap
Contoh ayat:
(37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan
sukan.
(38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah.
(39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan.
Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian
daripada jumlah keseluruhannya.
Contoh:
setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian
Contoh ayat:
(40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali.
(41). Sabar itu adalah separuh daripada iman.
(42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir.
Kata Bilangan Tingkatan
25
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung
makna taraf tingkatan bilangan.
contoh:
pertama, kedua, ketiga , keseribu.
contoh ayat:
(43). Gerai pertama menjadi perhatian pembeli.
(44). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut.
(45). Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas.
4.4 Panggilan / Kata Panggilan
Sementara itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama
yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata
panggilan seperti Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim
digunakan sebelum kata nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang
digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan
ataupun penentuan identiti secara lebih khusus.
Contoh:
Datuk Maharaja Lela Profesor Ungku Aziz
Datuk Sagor Tunku Kamalia
Haji Abdul Rahman Limbong Syed Zain Barakbah
Tuan Adam Sharifah Mona Alsagoff
Puan Mastura Chong Tan Sri Malik Kamal
Contoh ayat :
(46). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di
Perak.
(47).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung
pengurusan haji di Malaysia.
(48). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan.
26
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
AKTIVITI
1. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M.
LATIHAN
1. Apakah maksud hukum D-M?
2. Tulis semula ayat- ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D- M.
a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal.
b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market.
c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan.
d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari.
e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo.
f) Lain masa, anda boleh bayar bil awal.
g) Sport rim kereta itu milik Romli.
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Hashim Hj.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
27
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu• Binaan Frasa Kerja• Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek• Binaan Frasa Kerja Dengan Objek
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
• Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja
• Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek
Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa kerja
yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi
salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula
didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi
tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan
klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat.
Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat
dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa
adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
• Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1.1)
28
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
• Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1.6)
KERANGKA TAJUK-TAJUK
5.0 KANDUNGAN ISI
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian
tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa kerja
dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam
susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat.
5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu
Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri
daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat
dalam susunan ayat biasa.
29
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau
beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja
wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.
Contoh :
AyatSubjek Predikat Frasa Kerja(1). Emak
(2). Emak Ahmad
(3). Pemuzik itu
(4). P.Ramlee
menjemur kain.
menjual sayur di pasar.
meniup saksofon.
mencipta lagu itu.
5.2 Binaan Frasa Kerja
Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai
penyambut. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak
memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya.
5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan
penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.
Contoh :
(5). Faisal tidur lena.
(6). Budak nakal itu terjatuh lagi.
(7). Dia selalu bergaduh.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata
kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau
tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata
kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.
Contoh:
30
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
(8). Faisal tidur lena di bilik tidur.
(9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.
(10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.
Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan
penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak
transitif (tanpa objek)
Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi
untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
5.3 Frasa Kerja Dengan Objek
Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja
transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata
kerja yang memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama
sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Contoh:
Frasa KerjaKata Kerja Transitif PenyambutMenaikkan benderamenganyam tikarmembaiki radio
Contoh ayat lengkap:
(11). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan.
(12). Ibu menganyam tikar setiap hari.
(13). Mahmud membaiki radio yang telah rosak.
Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat (11), (12) dan
(13), frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur
keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan
frasa sendi nama.
31
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna
bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku
dalam proses membina sesuatu ayat.
Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19).
(15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu.
(16).Halijah menggenggam erat tangan suaminya.
(17).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba.
(18). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring.
(19). Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan.
Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif.
Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24)
(20). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama
(21). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat.
(22). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba.
(23). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang.
(24). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.
Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah
objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.
32
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
AKTIVITI
1. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek
LATIHAN
1. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau
rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, atau akhbar tempatan.
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
33
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu • Frasa Kerja dengan Kata Bantu• Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen• Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
• frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan
unsur keterangan dalam frasa kerja.
Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam
predikat. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata
dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang
komprehensif. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. Terdapat
dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Dalam
perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan
kata bantu dalam predikat. Selain itu, aspek penggunaan ayat komplemen dan
unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa
Melayu.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
• Menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat
komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1.1)
34
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
KERANGKA TAJUK-TAJUK
6.0 Kandungan Isi
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian
tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Frasa
kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam
susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat.
6.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata
kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam
susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek
merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, ini atau masa hadapan.
Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek.
35
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa, diberikan contoh ayat
berkaitan.
Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah , telah ,pernah)
(1). Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas.
(2). Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah.
(3). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.
Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan
belum)
(4). Wan Malini akan memetik bunga di taman.
(5). Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota.
Kata BantuKata Bantu Aspek Kata Bantu RagamMemerihalkan masa lampau, kini, atau masa hadapan.
Contoh :
telah, sudah, sedang, masih, akan, belum
Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.
Contoh:
hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat
6.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam
Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang
aspek perasaan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu
aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.
Contoh ayat:
(6). Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur.
(7). Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara.
(8). Dia harus pulang ke kampung segera.
(9). Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar.
(10). Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh.
(11). Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru.
6.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen
36
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh
menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa
utama bagi binaan sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa
kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen.
Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata
kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga dan untuk. Apabila keadaan
sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk
Contoh :
(i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen
(12). Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu
untuk kesihatan minda.
(13). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan
komando.
(14). Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat
sampai ke destinasi.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (12) , (13) dan (14) menunjukkan kata
kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat
komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk.
(ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen
(15). Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan.
(16). Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung.
(17). Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.
Dalam ayat (15), (16), dan (17), frasa kerja tak transitif telah menerima ayat
komplemen. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak
transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk.
6.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang
memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur
–unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur
37
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh
terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang
pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas
tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur
binaan dalam satu-satu frasa.
Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan
dapat dibahagikan kepada lapan jenis:
(i) Keterangan tempat atau arah
(ii) Keterangan waktu
(iii) Keterangan cara
(iv) Keterangan tujuan atau harapan
(v) Keterangan alat
(vi) Keterangan penyertaan
(vii) Keterangan hal
(viii) Keterangan bagai
Huraian:
(i) Keterangan tempat atau arah
Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya
peristiwa. Penggunaan kata sendi nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas
terdapat dalam unsur keterangan ini.
Contoh:
(18) Dia belajar di universiti.
(19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah.
(20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan.
(21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar.
(ii) Keterangan waktu
Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu
• bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu
pada, dalam , sejak dan hingga
• bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas,
Contoh :
38
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
(22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam.
(23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam.
(24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam.
(iii) Keterangan cara
• Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif.
• Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang
mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang
menerima kata pembenda –nya.
Contoh :
(25) Air sungai mengalir deras.
(25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya.
(26) Azman berlari pantas.
(26) (a) Azman berlari dengan pantasnya.
(27) Menteri berjalan megah.
(27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya.
(iv) Keterangan tujuan atau harapan
• Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu
perbuatan atau kejadian.
• Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi.
Contoh :
(28) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.
(29) Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.
(30) Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar.
(v) Keterangan alat
• Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang
digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang
digunakan ialah dengan.
Contoh:
(31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api
39
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
(32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau.
(33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki.
(vi) Keterangan penyertaan
• Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau
melibatkan diri.
• Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
(34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya.
(35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa
surau.
(36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya.
(vii) Keterangan hal
• keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan
• kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap.
Contoh:
(37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu.
(38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu.
(39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut.
(viii) Keterangan bagai
• Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama.
• Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak.
Contoh :
(40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi .
(41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung .
(42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang.
(43) Hidungnya mancung bak seludang.
6.5 Kesimpulan
40
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima
unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya.
Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar
dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap.
AKTIVITI
1. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa
kerja.
LATIHAN
1. Berdasarkan perkataan di bawah, bina ayat yang menggunakan
predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek.
i. melagukan ii. bertolak iii. memancing iv. berupaya
v. mengalami vi. bersedia vii. memutuskan viii. berjumpa
ix. memikirkan x. mendirikan
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
41
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu- Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif- Penguat
- Kata Bantu dalam Frasa Adjektif
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
• Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif• Penguat• Kata bantu dalam frasa adjektif
Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri
daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata
adjektif sebagai kata intinya. Hal yang demikian membuktikan bahawa
kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam
pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur
keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja
disebut sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif yang hadir selepas kata
nama disebut sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat
pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa, kata penguat dan
kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif
akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini.
42
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
• Menjelaskan definisi frasa adjektif. (1.1)
• Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu. (1.2)
KERANGKA TAJUK-TAJUK
7.0 Kandungan Isi
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian
tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa
adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan
43
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan
ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.
7.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur
intinya. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau
beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat
sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian
dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian
dalam frasa adjektif.
Contoh :
(1) . Wak Samad sudah terlalu tua
Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh
predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat, [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina
daripada unsur-unsur berikut :
[kata bantu + penguat + kata adjektif]
Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di
bawah:
Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguatsudah
-
belum
masih
-
terlalu
sangat
-
terlalu
amat
tua
prihatin
masak
awal
baik
-
-
benar
-
-
Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat
hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada
44
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
di belakang atau di belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-
ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.
7.1.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan
Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang
menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.
Contoh:
(2) . Salim sangat rajin.
(3) . Guru pelatih itu cergas
(4) . Dia kelihatan ceria.
(5) . Penglihatannya kabur.
(6) . Tanamannya subur.
7.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan
Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa
adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat
Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut:
(i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna)
contoh :
letih lesu
cantik molek
lemak manis
penat lelah
(i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan)
contoh:
jatuh bangun
hidup mati
baik buruk
susah senang
pahit maung
45
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
7.2 Penguat
• Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-
jenisnya. Terdapat tiga jenis penguat:
(i) Penguat hadapan
(ii) Penguat belakang
(iii) Penguat bebas
• Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.
Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling.
Contoh:
(7) . Rumahnya terlalu besar.
(8) . Lukisan itu paling cantik.
• Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata
adjektif seperti sekali, benar, nian
(9) . Pakaian puteri itu cantik sekali.
(10) . Kereta lembu itu lambat benar.
(11) . Taman Bunga di istana itu indah nian.
• Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh
hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan
sungguh.
(12) . Kubah masjid itu amat besar.
(13) . Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh.
Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam
binaan frasa adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-
ayat berikut:
(14). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar .
(15). Perangai anaknya terlalu amat sopan.
46
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
7.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif
Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata
bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif
jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah, belum, masih, harus berdasarkan
kesesuaian konteks ayat.
Contoh:
(16). Anaknya sudah besar.
(17). Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur.
(18). Pekerja yang berkualiti harus cekap.
Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat,
misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh
masih muda, sungguh telah pandai
Contoh:
(19). Kedudukan khemah itu masih amat jauh.
(20). Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat.
(21). Pekerja baru itu belum sangat cekap.
(22). Anak sulungnya itu sungguh masih muda.
(23). Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai.
AKTIVITI
1. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif.
47
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
LATIHAN
1. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah.
SAJAK : SEBUAH PERSOALAN
Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu?yang hanya semalam belajar bertatihdan jatuh kembali, di bumi Gaza ini,
jatuh bangunnya,letih lesunya,penat lelahnya dihiasi air matanya berderaitangisnya mohon belas kasihansedu-sedannya tanda kesedihanwajahnya pucat, hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas.
Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis,bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhanakautidur berselimutkan langit gelapimpianmu sangat suram.
Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimuhingga kau mudah keliru antara langkah, injak, sepak, dan pijaklantaran amarah yang membakar hatilantas kau tegar menyusun langkah pantas,untuk memijak sesiapa juadengan mata yang merah menyinga,menampar muka mendabik dadalangkahmu pantas sungguh,hingga akhirnya
48
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
kau terpijak kakimu sendiridan jatuh tersungkur menyembah bumi.
Oleh:ESA ALHAJJohor Bahru.
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
49
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu• Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
• Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Frasa Adjektif Bahasa Melayu
• Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
• Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang
besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan
konteks kata-kata adjektif tertentu dalam binaan frasa dan ayat. Hal yang
demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata
adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi
sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam
predikat.
Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada
boleh hadir selepas subjek sebagai predikat, boleh hadir selepas kata kerja
sebagai keterangan dan, boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang.
Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan
dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen.
Selain itu, unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh
ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk.
50
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
• Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu.(1.2)
• Menghuraikan ayat komplemen.(1.2)
KERANGKA TAJUK-TAJUK
8.0 Kandungan Isi
51
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian
tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa
serta ayat komplemen. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada
satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai
kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai
predikat.
8.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur
intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses
melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada
satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan
kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang
demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan
dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.
Contoh :
8.1.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat
Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam
hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.
Contoh:
(1) . Stadium itu sudah usang.
Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh
predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat, [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina
daripada unsur-unsur berikut :
[kata bantu + kata adjektif]
Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut:
(1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek]
52
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses
penyongsangan.
Contoh-contoh lain:
(2). Kulitnya putih bersih. (susunan biasa)
(2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek]
(3). Warna bola itu merah tua. (susunan biasa )
(3) (a) Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek]
8.1.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan
Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai
keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang
memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.
Contoh:
Subjek Predikat
(4). Amira
(5). Pelajar itu
(6). Air sungai itu
(7). Pemuzik
(8). Kucing itu
Frasa Kerja Keterangan
(Frasa Adjektif)berenang
berpidato
mengalir
beraksi
berlari
sangat pantas.
lancar sekali.
deras sekali.
hebat sekali.
laju.
8.1.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama
Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya
ialah sebagai penerang kepada kata nama.
Frasa NamaKata Nama Kata Adjektif
kereta
warna
baju
besar
merah
kelabu
53
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
madu
pangkat
kain
benang
kelapa
pinang
kitab
asli
tinggi
licin
kasar
muda
masak
tebal
8.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti
oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat tersebut akan menjadi ayat
komplemen.
Contoh:
(9). Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan
sokongan padu.
(10). Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat
emas dalam acara boling.
(11). Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah
sementara.
(12). Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.
AKTIVITI
1. Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat.
LATIHAN
1. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini.
54
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Subjek
PredikatFrasa Kerja Keterangan
(Frasa Adjektif)
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
55
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TAJUK 9Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu
• Binaan Frasa Sendi Nama• Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat• Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Frasa Sendi Nama
• Binaan Frasa Sendi Nama
• Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
• Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum
Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang
utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu
kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. Ini membuktikan bahawa
kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama
sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa
Nama + Frasa Sendi Nama).
Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum
frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Dalam
perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan
dengan susunan frasa dalam ayat . Selain itu, unsur predikat frasa sendi nama
juga akan dibincangkan dalam bab ini.
56
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1.1)
Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat.(1.6)
KERANGKA TAJUK-TAJUK
9.0 Kandungan Isi
57
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian
tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa
sendi nama dalam ayat. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu terdiri
daripada beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif
sebagai unsur binaan frasanya.
9.1 Binaan Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang
boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. Frasa
sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan
satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.
(Nik Safiah Karim et.al,2008)
Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh
kata nama. (Abdullah Hassan et.al 2006).
Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari,
daripada ,kepada , pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang,
sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu
sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek.
Contoh :
9.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama
dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi
nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama.
Contoh:
Frasa Sendi NamaKata Sendi Nama Frasa Namadi
ke
dari
daripada
gimnasium
sekolah
pusat tuisyen
aluminium
58
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
kepada
untuk
dengan
sejak
tentang
sampai
bagi
Tuan Jana Khatib
ibu
kemewahan
semalam
klorofil
siang
ayah
9.1.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama
Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu
unsur kata nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir
tanpa kata nama arah.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa NamaKata Nama Arah Frasa Nama
(i) di
(i) di
(ii) ke
(ii) ke
(iii) dari
(iii) dari
dalam
-
dalam
-
belakang
-
takungan
takungan
kolam
kolam
pentas
pentas
9.1.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)
Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa
nama dan keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh
digugurkan mengikut kesesuaian ayat.
Frasa Sendi NamaKata Sendi Nama Frasa Nama
KeteranganKata Nama Arah Frasa Nama
(i) di
di
(ii) ke
atas
-
luar
pentas
pentas
garisan
pada saat itu.
-
dengan bergaya
59
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
ke
(iii) dari
dari
-
bawah
-
garisan
rumah
rumah
-
dengan kayu
-
9.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam
sesetengah ayat lain, frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.
9.2.1 Predikat Frasa sendi Nama
Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek.
Contoh:
(1). Ahmad ke sekolah setiap hari.
(2). Kolam ikan di tepi taman.
(3). Yushiro dari bandar raya Tokyo.
(4). Kerusi itu daripada kayu jati.
(5). Hadiah ini untuk ibu Zarina.
(6). Bahaman daripada keluarga seni.
9.2.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama.
Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud
predikat frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini
boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan
rumus tatabahasa.
Contoh:
(i) Keterangan bagi frasa kerja
Contoh:
(7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan
bandingan)
(8) Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa)
(9) Marini berehat di tepi pantai.(keterangan tempat)
60
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
(10).Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal)
(11).Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan)
(12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan)
(13).Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara)
(ii) Keterangan bagi frasa adjektif
Contoh :
(14) John segak seperti model. (keterangan bandingan)
(15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal)
(16) Dia rabun pada waktu malam. (keterangan masa)
(17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan)
(iii) Keterangan bagi frasa nama
Contoh:
(18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat)
(19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal)
(20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan)
(21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan sumber)
(22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan
pembuat)
9.3 Penggunaan Kata Sendi Nama
Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur
kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan
menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi.
Contoh:
(23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.
(24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya?
(25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam.
(26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria.
61
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Dalam ayat (23), frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan
secara pilihan unsur kedua.
Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah:
(27) Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan.
(28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya?
(29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam.
(30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria.
Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi
sebagai kata bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan ’akan’.
Contoh :
(31) Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek)
(32) Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi)
Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh
penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu
situasi. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan
fungsinya dalam ayat. Pada asasnya, frasa sendi boleh berfungsi sebagai
predikat dan keterangan dalam ayat.
AKTIVITI
(Aktiviti kumpulan)
1. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama.
62
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
LATIHAN
(Aktiviti individu)
1. Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan
jadual di bawah.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama
KeteranganKata Nama Arah Frasa Nama
63
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
64
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TAJUK
10
Ayat Bahasa Melayu• Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan• Ayat Dasar• Ayat Tunggal
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
• Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan• Ayat Dasar• Ayat Tunggal
Ayat Bahasa Melayu
Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan
kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim
et.al. 2008).
Ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa ,dan perkataan.
Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa, frasa dan
perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat.
Selain itu, ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada
ayat penyata. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya,
perintah dan seruan dan sebagainya.
Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola ayat dasar, ayat
tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa,
frasa, dan perkataan dalam ayat .
65
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
• Menjelaskan definisi klausa, frasa, ayat dasar dan ayat tunggal (1.1)
• Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal.(1.6)
KERANGKA TAJUK-TAJUK
10.0 Kandungan Isi
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian
tentang konsep ayat, klausa, frasa dan perkataan. Perbincangan juga akan
berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal.
10.1 Ayat
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan
yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta
mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).
66
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat terdiri daripada perkataaan-
perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu.
Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap
mempunyai makna yang lengkap. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi
sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek menyebut
sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Predikat pula
menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu
menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya.
Contoh :
(1). Sekolah di tepi laut.
Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok
perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam
kumpulan perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan tentang subjek
ayat.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut.
(2) Rumah langsir biru.
Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam
ayat tersebut. Sementara, langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua
ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah
besar tersebut.
10.2 Klausa
Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan
predikat , yang menjadi konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008)
Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu:
(i) Klausa bebas
(ii) Klausa tak bebas
Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang
maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila
diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat
dalam ayat (Abdullah Hassan et.al 2006).
67
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Contoh :
klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas)
klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas)
Ayat sempurna:
klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.
Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama.
Berdasarkan contoh :
Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.
[klausa bebas] [ klausa tak bebas]
[klausa utama]
Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang
mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang
sempurna.
10.3 Frasa
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang
berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim,
et.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih
(Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang
sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat,
frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.
Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal
sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa.
Frasabaju
sehelai baju
baju kurung
sehelai baju kurungFrasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di
dalam almari. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas
menjadi sehelai baju, baju kurung, sehelai baju kurung, dan sebagainya.
68
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke
dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung.
10.4 Perkataan
Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk
bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et.al ,
2008)
Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang, kereta adalah perkataan
yang mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan
tertentu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, kata
hubung, kata tugas dan sebagainya.
Contoh:
kata nama: pelajar, ayah, Seremban, taman
kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang
Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan
kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor, daripada besi
10.5 Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-
ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa.
Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau
inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat.
Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu:
Pola 1 : FN + FN
Pola 2 : FN + FK
Pola 3 : FN + FA
Pola 4 : FN + FS
Pola Subjek PredikatPola 1 (FN + FN) Harun pesilat amatur.Pola 2 (FN + FK) Jurulatih sedang berehat.Pola 3 (FN + FA) Marlina sungguh pandai
69
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Pola 4 ( FN + FS) Muzium di Pusat Islam.Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun, binaan-
binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa.
Contoh:
Pola Subjek PredikatPola 1 (FN + FN) Harun pesilat amatur negara.Pola 2 (FN + FK) Jurulatih sedang berehat di bilikPola 3 (FN + FA) Adik Marlina sungguh pandai Pola 4 ( FN + FS) Muzium warisan di Pusat Islam Kuala
Lumpur.
10.6 Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.
Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu
subjek dan satu predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar.
Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun,
yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri
daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara,
ayat dasar terdiri daripada ayat penyata.
Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai
konstituen satu subjek dan satu predikat.
Contoh:
Subjek Predikat(1). Bapa saudara Ali
(2) Peninju itu
(3) Darwis
(4) Wahab
pensyarah.
sangat tangkas.
membaca kitab jawi.
ke kedai runcit. Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan
seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.
Contoh:
(5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini.
(b) Ke pasar raya Mariam hari ini.
(6) (a) Baju itu di dalam almari.
70
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
(b) Di dalam almari baju itu.
(7) (a) Kuih itu dimakannya.
(b) Dimakannya kuih itu.
(8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya.
(b) Ditebangnya pokok kayu itu.
Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut, jelas didapati bahawa subjek dan
predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan
keutamaan penutur bahasa. Jelas, proses sedemikian menggambarkan sifat
bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus
tatabahasa.
AKTIVITI
1. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif
LATIHAN
1. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal.
2. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
71
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
72