10. Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2010
07 Pendapatan Dan Perbelanjaan
-
Upload
pinjaman-peribadi -
Category
Documents
-
view
100 -
download
1
description
Transcript of 07 Pendapatan Dan Perbelanjaan
-
62
PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
Pendapatan bertambah
Purata pendapatan isi rumah semua etnik meningkat . . .
Agihan pendapatan bandar semakin saksama
Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata semua kumpulan
pendapatan meningkat
Kenaikan harga barangan???
Indeks Harga Pengguna (IHP) luar bandar lebih tinggi
Inflasi di negara lain tinggi sekitar 2007-2008
Profil kemiskinan
Insiden kemiskinan menurun 5.7 peratus kepada 3.8 peratus
Miskin dan miskin tegar
Miskin Bandar dan Luar Bandar
Miskin di kalangan etnik menunjukkan pengurangan
Miskin di kalangan etnik lebih tinggi di luar bandar
Miskin di kalangan Orang Asli
Basmi kemiskinan
-
63
Pendapatan dan Perbelanjaan
Pendapatan bertambah
Secara keseluruhan, terdapat peningkatan ketara dalam pendapatan
kasar bulanan isi rumah purata bagi negeri di Malaysia bagi tahun 1989,
2002 dan 2007. Walaupun Pekali Gini bagi tahun tersebut menunjukkan
adanya agihan pendapatan yang tidak saksama namun ianya semakin
berkurangan.
Jadual 6.1 : Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata dan Pekali Gini,
mengikut negeri, Malaysia, 1989, 2002 dan 2007
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
Negeri RM Pekali Gini
1989 2002 2007 1989 2002 2007
Johor 1,220 2,963 3,457 0.381 0.408 0.368
Kedah 860 1,966 2,408 0.428 0.426 0.392
Kelantan 726 1,674 2,143 0.407 0.444 0.368
Melaka 1,190 2.650 3,421 0.396 0.386 0.380
Negeri Sembilan 1,162 2,739 3,336 0.366 0.401 0.385
Pahang 1,092 1,991 2,995 0.350 0.404 0.380
Perak 1,067 2,153 2,545 0.421 0.417 0.399
Perlis 852 2,006 2,541 0.377 0.437 0.454
Pulau Pinang 1,375 3,496 4,004 0.406 0.435 0.411
Sabah 1,358 2,406 2,866 0.459 0.465 0.450
Sarawak 1,199 2,515 3,349 0.441 0.445 0.442
Selangor 1,790 4,406 5,580 0.444 0.423 0.418
Terengganu 905 1,837 2,463 0.459 0.424 0.399
W.P. Kuala
Lumpur
2,102 4,930 5,322 0.428 0.448 0.446
Pekali Gini
Pekali Gini ialah ukuran pemusatan
pendapatan. Nilai Pekali Gini berada
antara 0 dan 1 di mana nilai
0 menunjukkan agihan pendapatan
yang saksama manakala nilai
1 menunjukkan agihan pendapatan
yang paling tidak saksama.
-
64
0
1,000
2,000
3,000
4,000
5,000
6,000
RM
1989
2002
2007
Carta 6.1: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata, mengikut negeri,
Malaysia, 1989, 2002 dan 2007
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
Purata pendapatan isi rumah semua etnik meningkat
Pendapatan isi rumah purata bagi semua kumpulan etnik didapati
meningkat dari tahun 2004 ke tahun 2009 dengan kadar pertumbuhan
purata 4.4 peratus. Semua kumpulan etnik juga mencatat peningkatan
Pekali Gini kecuali kumpulan etnik lain-lain. Ketidaksaksamaan atau jurang
pendapatan di kalangan Bumiputera adalah tertinggi berbanding
dengan etnik Cina dan India.
Jadual 6.2: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata dan Pekali Gini
mengikut kumpulan etnik dan strata, Malaysia, 2004 dan 2009
Pendapatan Isi
Rumah Purata
(RM)
Kadar Pertumbuhan
Tahunan
Purata (%)
Pekali Gini
2004 2009 2004-2009 2004 2009
Malaysia 3,249 4,025 4.4 0.462 0.441
Bumiputera 2,711 3,624 6.0 0.452 0.440
Cina 4,437 5,011 2.5 0.446 0.425
India 3,456 3,999 3.0 0.425 0.424
Lain-lain 2,312 3,640 9.5 0.462 0.495
Bandar 3,956 4,705 3.5 0.444 0.423
Luar Bandar 1,875 2,545 6.3 0.397 0.407
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
-
65
Agihan pendapatan bandar semakin saksama
Pekali Gini bagi Malaysia juga didapati meningkat daripada
0.462 kepada tahun 2004 kepada 0.441 pada tahun 2009 yang
menggambarkan agihan pendapatan yang semakin saksama. Walau
bagaimana pun, bagi luar bandar, Pekali Gini telah menurun daripada
0.397 (2004) kepada 0.407 (2009) yang menunjukkan agihan pendapatan
tidak saksama atau jurang pendapatan di kalangan isi rumah luar bandar
yang masih lebar.
Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata semua kumpulan
pendapatan meningkat
Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi semua kumpulan
pendapatan didapati meningkat dalam tempoh 1992 hingga 2007.
Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan 40 peratus
terendah secara keseluruhannya telah meningkat daripada RM535 (1992)
kepada RM865 (1999) dan RM1,345 (2007). Bagi kumpulan 40 peratus
pertengahan pula, pendapatan bulanan isi rumah secara keseluruhannya
(Malaysia) telah meningkat daripada RM1,392 (1992) kepada RM2,204
(1999) dan RM3,282 (2007) manakala bagi 20 peratus tertinggi meningkat
daripada RM4,022 (1992) kepada RM6,268 (1999) dan RM9,173 (2007).
Jadual 6.3: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi
rumah 20 peratus tertinggi, mengikut etnik, Malaysia, 1992,
1999 dan 2007
Etnik 1992 1999 2007
Bumiputera 3,100 4,855 7,666
Cina 5,348 8,470 11,878
India 3,743 6,456 9,119
Lain-lain 12,210 3,242 10,830
MALAYSIA 4,022 6,268 9,173
Jadual 6.4: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi
rumah 40 peratus pertengahan mengikut etnik, Malaysia,
1992, 1999 dan 2007
Etnik 1992 1999 2007
Bumiputera 1,093 1,810 2,863
Cina 1,973 3,168 4,389
India 1,458 2,460 3,393
Lain-lain 4,655 1,204 2,459
MALAYSIA 1,392 2,204 3,282
-
66
0
2
4
6
8
10
12
14
Bumiputera Cina India Lain-lain
RM ('000)
1992 1999 2007
Jadual 6.5: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan
isi rumah 40 peratus terendah mengikut etnik, Malaysia, 1992,
1999 dan 2007
Etnik 1992 1999 2007
Bumiputera 449 742 1,194
Cina 842 1,271 1,805
India 662 1,092 1,545
Lain-lain 609 616 1,025
MALAYSIA 535 865 1,345
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
Bagi tempoh 1992-2007, pendapatan kasar bulanan isi rumah purata
semua kumpulan etnik bagi semua kumpulan pendapatan juga telah
meningkat. Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi
rumah 20 peratus tertinggi, 40 peratus pertengahan dan 40 peratus
terendah mengikut strata juga telah meningkat bagi tempoh yang sama.
Carta 6.2: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi
rumah 20 peratus tertinggi mengikut etnik, Malaysia, 1992, 1999
dan 2007
-
67
0
1
2
3
4
5
Bumiputera Cina India Lain-lain
RM ('000)
1992 1999 2007
0
5
10
15
20
Bumiputera Cina India Lain-lain
RM ('00)
1992 1999 2007
Carta 6.3: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi
rumah 40 peratus pertengahan mengikut etnik, Malaysia,
1992, 1999 dan 2007
Carta 6.4: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi
rumah 40 peratus terendah mengikut etnik, Malaysia, 1992,
1999 dan 2007
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
Tempat kediaman pelbagai kumpulan pendapatan
Rumah flat Rumah teres dua tingkat Rumah ciri mewah
-
68
0
2
4
6
8
10
12
1992 1999 2007
RM ('000)
Bandar Luar Bandar Jumlah
0
1
2
3
4
5
1992 1999 2007
RM ('000)
Bandar Luar Bandar Jumlah
Jenis kenderaan pelbagai kumpulan pendapatan
Carta 6.5: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi
rumah 20 peratus tertinggi mengikut strata, Malaysia, tahun
1992, 1999 dan 2007
Carta 6.6: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi
rumah 40 peratus pertengahan mengikut strata, Malaysia,
tahun 1992, 1999 dan 2007
-
69
0
5
10
15
20
1992 1999 2007
RM ('00)
Bandar Luar Bandar Jumlah
Carta 6.7: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi
rumah 40 peratus terendah mengikut strata, Malaysia, tahun
1992, 1999 dan 2007
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
Jadual 6.6: Senarai 15 individu terkaya di Malaysia, 2009
Nama
Nilai harta (USD
billion) Bidang
1 Robert Kuok 9.0 Pelbagai
2 Ananda Krishnan 7.0 Telekomunikasi
3 Lee Shin Cheng 3.2 Minyak Kelapa Sawit
4 Lee Kim Hua 2.5 Perjudian
5 Teh Hong Piow 2.4 Perbankan
6 Quek Leng Chan 2.3 Pelbagai
7 Yeoh Tiong Lay 1.8 Pelbagai
8 Syed Mokhtar AlBukhary 1.1 Pelbagai
9 Tiong Hiew King 1.0 Pembalakan
Nilai harta
(USD juta)
10 Vincent Tan 750 Pelbagai
11 Azman Hashim 470 Kewangan
12 William H.J.Cheng 390 Runcit
13 G.Gnanalingam 260 Pelabuhan
14 Lim Kok Thay 225 Perjudian
15 Anthony Fernandes 220 Penerbangan
Sumber: Forbes 2009
-
70
Kenaikan harga barangan???
Harga ikan pun dah melambung naik Harga asas untuk penyediaan makanan
naik
Harga minyak kenderaan naik lagi Sewa tempat kediaman pun meningkat
Akhirnya apa yang dapat diisi dalam troli ini?
-
71
Harga bahan api telah dinaikkan pada 5 Jun 2008 mengakibatkan
peningkatan kadar inflasi yang agak tinggi pada tahun 2008. Kenaikan
harga bahan api mempunyai kesan rantaian terhadap kos
pengangkutan dan seterusnya kenaikan harga barangan mentah,
barangan dan perkhidmatan. Kesannya harga barangan dan
perkhidmatan menjadi lebih mahal.
Carta 6.7: Indeks Harga Pengguna (2005=100) mengikut kawasan,
Malaysia, 2005-2009
Perubahan tahunan (%)
Kawasan 2005 2006 2007 2008 2009*
Malaysia 3.0 3.6 2.0 5.4 1.3
Semenanjung
Malaysia
3.1 3.5 2.0 5.4 1.2
Sarawak 2.2 4.0 1.7 6.0 0.9
Sabah 2.9 3.7 2.1 6.0 2.8
Nota: * Januari hingga Ogos 2009
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Dari RM seliter Kepada RM seliter
Petrol 1.92 2.70
Diesel 1.58 2.58
Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia mengukur
perubahan peratus kos pembelian mengikut masa bagi
bakul tetap barangan dan perkhidmatan yang
mewakili corak purata pembelian oleh sekumpulan
penduduk pada sesuatu tempoh masa yang ditetapkan.
Inflasi adalah peningkatan berterusan harga umum
barangan dan perkhidmatan diukur dengan perubahan
dalam Indeks Harga Pengguna (IHP).
-
72
Carta 6.8: Indeks Harga Pengguna (2005=100) mengikut kawasan,
Malaysia, 2005-2009
0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0
2005
2006
2007
2008
2009*
% perubahan tahunan
Sabah Sarawak Semenanjung Malaysia MALAYSIA
Nota: * Januari hingga Ogos 2009
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Indeks Harga Pengguna (IHP) luar bandar lebih tinggi
Umumnya, IHP adalah lebih tinggi di kawasan luar bandar berbanding
bandar. Harga barangan keperluan di kawasan bandar jauh berbeza jika
dibandingkan dengan kawasan luar bandar. Selalunya penduduk
di bandar menikmati barangan dengan harga yang kompetitif kerana
sistem pengedaran yang lebih cekap dan teratur manakala di luar
bandar agak ketinggalan kerana sistem pengedaran yang berlapis
sebelum sampai kepada peruncit. Peruncit kecil di luar bandar terpaksa
membayar kos pengangkutan yang agak tinggi kepada pembekal yang
menghantar barangan keperluan ke tempat mereka. Kos penghantaran
itu pula dimasukkan kepada harga barangan keperluan harian yang
akan membebankan pengguna.
-
73
Jadual 6.8: Indeks Harga Pengguna mengikut strata, 2005=100, Malaysia,
2006-2009
Perubahan tahunan (%)
Strata 2006 2007 2008 2009*
Malaysia 3.6 2.0 5.4 1.3
Bandar 3.5 2.0 2.3 1.1
Luar bandar 3.9 1.8 5.9 1.5
Nota: * Januari hingga Ogos 2009
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Tiga kumpulan utama IHP berwajaran tinggi adalah Makanan dan
Minuman Bukan Alkohol, Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain
dan Pengangkutan. Wajaran (2005=100) bagi ketiga-tiga kumpulan
di atas adalah masing-masing 31.4, 21.4 dan 15.9. Ketiga-tiga indeks
kumpulan utama ini telah menyumbang kepada kenaikan keseluruhan
IHP dari tahun ke tahun.
Carta 6.9: Indeks Harga Pengguna (2005=100) mengikut tiga kumpulan utama, Malaysia, 2003-2009
2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009
Makanan & minuman
bukan alkohol94.4 96.4 100.0 103.4 106.5 115.9 120.7
Perumahan, air, elektrik,
gas, & bahan api lain97.9 98.8 100.0 101.5 102.8 104.4 105.9
Pengangkutan 93.4 94.1 100.0 111.0 113.6 123.6 112.0
0.0
20.0
40.0
60.0
80.0
100.0
120.0
140.0
IHP
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
-
74
-2
-1
0
1
2
3
4
5
2004 2005 2006 2007 2008 2009*
% p
ert
umb
uha
n ta
huna
n
Tahun
Jerman Jepun United Kingdom** Amerika Syarikat
-4
-2
0
2
4
6
8
2004 2005 2006 2007 2008 2009*
% p
ert
um
bu
ha
n t
ah
un
an
Tahun
Hong Kong Singapura Korea Taiwan
Inflasi di negara lain tinggi sekitar 2007-2008
Hampir semua negara telah menghadapi inflasi yang tinggi di sekitar
2007 dan 2008, tidak kira sama ada negara itu negara maju, membangun
atau miskin. Ketika itu dunia menghadapi tekanan global di mana harga
barangan telah meningkat dengan mendadak. Kenaikan harga minyak
dunia menyebabkan harga barangan keperluan turut meningkat. Ini
telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi yang perlahan
sekaligus menyebabkan statistik pengangguran dan kemiskinan
meningkat. Pada penghujung tahun 2008 pula, dunia dikejutkan dengan
krisis kewangan di Amerika Syarikat. Krisis tersebut telah menggugat
pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang juga memberi kesan
kepada ekonomi negara lain yang bergantung dengan ekonomi Amerika
Syarikat.
Carta 6.10: Indeks Harga Pengguna (% pertumbuhan tahunan), negara
terpilih, 2004-2009
Negara maju
Negara membangun
-
75
0
5
10
15
20
25
2004 2005 2006 2007 2008 2009*
% p
ert
um
bu
ha
n t
ah
un
an
Tahun
Brunei Darussalam Indonesia Malaysia***
Filipina Thailand Vietnam
Negara ASEAN Terpilih
Nota: * ramalan
** berdasarkan Eurostatss Harmonised Index of Consumer Prices
*** Bank Negara Malaysia Annual Report 2008 Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan World Economic Outlook, April 2009.
Profil kemiskinan
Insiden kemiskinan menurun 5.7 kepada 3.8 peratus
Bagi tempoh 2004-2009, insiden kemiskinan secara amnya didapati
berkurangan selaras dengan peningkatan purata pendapatan isi rumah.
Kadar pertumbuhan tahunan purata pendapatan isi rumah ialah
4.4 peratus. Insiden kemiskinan pula telah menurun dari 5.7 peratus
kepada 3.8 peratus.
-
76
Jadual 6.9: Pendapatan isi rumah kasar bulanan purata dan insiden
kemiskinan mengikut negeri, Malaysia, 2004 dan 2009
Pendapatan
Isi Rumah
Purata (RM)
Kadar
Pertumbuhan
Tahunan Purata (%)
Insiden
Kemiskinan
(%)
2004 2009 2004 - 2009 2004 2009
Malaysia 3,249 4,025 4.4 5.7 3.8
Johor 3,076 3,835 4.5 2.0 1.3
Kedah 2,126 2,667 4.6 7.0 5.3
Kelantan 1,829 2,536 6.8 10.6 4.8
Melaka 2,792 4,184 8.4 1.8 0.5
N. Sembilan 2,886 3,540 4.2 1.4 0.7
Pahang 2,410 3,279 6.4 4.0 2.1
Perak 2,207 2,809 4.9 4.9 3.5
Perlis 2,046 2,617 5.0 6.3 6.0
Pulau Pinang 3,531 4,407 4.5 0.3 1.2
Sabah 2,395 3,102 5.3 24.2 19.7
Sarawak 2,725 3,581 5.6 7.5 5.3
Selangor 5,157 5,962 2.9 1.0 0.7
Terengganu 1,984 3,017 8.7 15.4 4.0
W.P. Kuala
Lumpur
5,011 5,488 1.8 1.5 0.7
W.P. Labuan 4,054 4,407 1.7 2.7 4.3
W.P.
Putrajaya
- 6,747 - - -
Semenanjung
Malaysia
3,387 4,162 4.2 3.6 2.0
Sabah dan
Labuan
2,487 3,144 4.8 23.0 19.2
Sarawak 2,725 3,581 5.6 7.5 5.3
Sumber: Rancangan Malaysia Kesepuluh
-
77
Miskin dan miskin tegar..
Secara keseluruhannya, insiden kemiskinan Malaysia telah menurun
daripada 8.5 (1999) kepada 3.6 (2007) dan insiden kemiskinan tegar
daripada 1.9 (1999) kepada 0.7 (2007). Lima (5) negeri yang insiden
kemiskinan melebihi insiden nasional pada tahun 2007 adalah
Sabah/W.P. Labuan (16.0), Kelantan (7.2), Perlis (7.0), Terengganu
(6.5) dan Sarawak (4.2). Manakala negeri yang insiden miskin tegar
melebihi insiden miskin tegar Malaysia 0.7 (2007) adalah Sabah (3.7),
Kelantan (1.5), Perlis (1.4), Terengganu (0.8) dan Perak serta Sarawak
masing-masing 0.7.
Rumah orang miskin
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
PGK terdiri daripada dua komponen iaitu PGK Makanan dan PGK
Bukan Makanan. PGK ditentukan secara berasingan bagi setiap isi
rumah dalam Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah mengikut saiz isi
rumah, komposisi demografi dan lokasi (negeri dan strata). Oleh itu
setiap isi rumah mempunyai nilai PGKnya sendiri berdasarkan kepada
ciri-ciri demografi sesebuah isi rumah. Sesebuah isi rumah dianggap
miskin jika pendapatan bulanan isi rumah tersebut kurang daripada
PGKnya, bermakna isi rumah tersebut kekurangan sumber bagi
memenuhi keperluan asas setiap ahlinya. Manakala isi rumah
dianggap sebagai miskin tegar sekiranya pendapatan bulanan isi
rumah tersebut kurang daripada PGK Makanan.
-
78
Jadual 6.10: Insiden Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar mengikut negeri,
Malaysia, 1999-2007
Miskin Miskin Tegar
1999 2002 2004 2007 1999 2002 2004 2007
MALAYSIA 8.5 6.0 5.7 3.6 1.9 1.0 1.2 0.7
Johor 3.1 2.5 2.0 1.5 0.3 0.1 0.3 0.2
Kedah 14.2 9.7 7.0 3.1 3.0 2.0 1.3 0.3
Kelantan 25.2 17.8 10.6 7.2 6.1 3.4 1.3 1.5
Melaka 2.9 1.8 1.8 1.8 1.0 0.0 0.2 0.2
Negeri
Sembilan 4.1 2.6 1.4 1.3 0.4 0.2 0.2 0.1
Pahang 9.8 9.4 4.0 1.7 1.2 1.1 1.0 0.4
Pulau
Pinang 0.7 1.2 0.3 1.4 0.1 0.1 - 0.1
Perak 6.8 6.2 4.9 3.4 1.2 1.0 1.1 0.7
Perlis 13.6 8.9 6.3 7.0 1.6 0.9 1.7 1.4
Selangor 1.9 1.1 1.0 0.7 0.2 0.2 0.04 0.1
Terengganu 22.7 14.9 15.4 6.5 5.1 2.2 4.4 0.8
Sabah dan
W.P.
Labuan
23.4 16.0 23.0 16.0 7.1 4.0 6.5 3.7
Sarawak 10.9 11.3 7.5 4.2 3.0 1.8 1.1 0.7
W.P. Kuala
Lumpur 0.4 0.5 1.5 1.5 - - 0.2 0.1
Sumber : Unit Perancang Ekonomi
-
79
0.0
5.0
10.0
15.0
20.0
25.0
30.0
Insiden kemiskinan
1999 2002 2004 2007
Carta 6.11: Insiden kemiskinan mengikut negeri, Malaysia, 1999-2007
Carta 6.12: Insiden kemiskinan tegar mengikut negeri, Malaysia,
1999-2007
0.0
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
Insiden kemiskinan tegar
1999 2002 2004 2007
Sumber : Unit Perancang Ekonomi
-
80
Miskin Bandar dan Luar Bandar
Kemiskinan di luar bandar turut membayangi kemiskinan di bandar.
Kumpulan miskin dari luar bandar berhijrah ke bandar untuk mencari
kehidupan yang lebih selesa. Realitinya tekanan hidup di bandar seperti
kos sara hidup dan pengangkutan serta harga barangan dan
perkhidmatan yang meningkat telah menyumbang kepada peningkatan
insiden kemiskinan di bandar. Namun demikian, insiden miskin dan miskin
tegar di bandar adalah lebih rendah berbanding di luar bandar.
Kawasan setinggan di bandar Miskin di luar bandar
Jadual 6.11: Peratus isi rumah miskin dan miskin tegar mengikut strata,
Malaysia, 1997 hingga 2009
1997 1999 2002 2004 2007 2008 2009(p)
Kemiskinan:
Malaysia 6.1 8.5 6.0 5.7 3.6 3.8 3.8
Luar bandar 10.9 14.8 13.5 11.9 7.1 7.7 8.4
Bandar 2.1 3.3 2.3 2.5 2.0 2.0 1.7
Kemiskinan tegar:
Malaysia 1.4 1.9 1.0 1.2 0.7 0.8 0.7 Luar bandar 2.5 3.6 2.6 2.9 1.4 1.8 1.8
Bandar 0.4 0.5 0.3 0.4 0.3 0.3 0.2 Nota: berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah
(p) Berdasarkan data unjuran
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
-
81
Peratus isi rumah miskin telah berkurangan iaitu 2.1 peratus di bandar dan
10.9 peratus di luar bandar pada tahun 1997, 1.7 peratus di bandar dan
8.4 peratus di luar bandar pada tahun 2009. Demikian juga dengan
peratus isi rumah miskin tegar, juga mengalami penurunan daripada
0.4 peratus di bandar dan 2.5 peratus di luar bandar pada tahun 1997
kepada 0.2 peratus di bandar dan 1.8 peratus di luar bandar pada tahun
2009. Peratus isi rumah miskin dan miskin tegar meningkat sedikit dalam
tahun 1999, antaranya kesan dari krisis kewangan 1997-1998. Secara
keseluruhannya, kemiskinan telah berkurangan dari tahun ke tahun selaras
dengan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran sifar kemiskinan tegar
dan mengurangkan kemiskinan relatif menjelang hujung tahun 2010.
Miskin di kalangan etnik menunjukkan pengurangan
Secara keseluruhannya, insiden miskin dan miskin tegar menunjukkan
pengurangan bagi tempoh 1999 hingga 2007. Bagi tiga kumpulan etnik
utama (Bumiputera, Cina dan India), Bumiputera mencatatkan insiden
miskin dan miskin tegar tertinggi diikuti dengan etnik India dan Cina.
Jadual 6.12: Insiden kemiskinan mengikut etnik, Malaysia, 1999-2007
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
Miskin di kalangan etnik lebih tinggi di luar bandar
Insiden miskin dan miskin tegar di luar bandar bagi tiga kumpulan etnik
utama iaitu Bumiputera, Cina dan India adalah lebih tinggi dari di bandar.
Kumpulan etnik Bumiputera mengalami insiden miskin dan miskin tegar
tertinggi bagi kedua-dua strata, diikuti dengan kumpulan etnik India dan
kumpulan etnik Cina. Kekurangan kemahiran dan pencapaian
pendidikan yang lebih rendah adalah antara faktor yang dikaitkan
dengan kemiskinan di kalangan semua kumpulan etnik.
Miskin Miskin Tegar
1999 2002 2004 2007 1999 2002 2004 2007
Malaysia 8.5 6.0 5.7 3.6 1.9 1.0 1.2 0.7
Etnik
Bumiputera 12.3 9.0 8.3 5.1 2.9 1.6 1.9 1.0
Cina 1.2 1.0 0.6 0.6 0.2 0.1 0.0 0.1
India 3.4 2.7 2.9 2.5 0.3 0.3 0.3 0.3
Lain-lain 25.5 8.5 6.9 9.8 5.9 0.8 1.2 1.4
-
82
Jadual 6.13: Insiden kemiskinan dan kemiskinan tegar mengikut kumpulan
etnik dan strata, Malaysia, 1999 dan 2004
1999 2004
Bumiputera Cina India Bumiputera Cina India
Kemiskinan Tegar 2.9 0.2 0.3 1.9 0.1 0.3
Bandar 0.7 0.1 0.2 0.7 neg1 0.2
Luar bandar 4.4 0.4 0.5 3.3 0.3 0.5
Kemiskinan
keseluruhan
12.4 1.2 3.5 8.3 0.6 2.9
Bandar 5.1 0.8 2.4 4.1 0.4 2.4
Luar bandar 17.5 2.7 5.8 13.4 2.3 5.4
Jurang Kemiskinan 3.3 0.2 0.7 2.1 0.1 0.6
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
Nota:
neg1 = kurang daripada 0.05 peratus
Miskin di kalangan Orang Asli
Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan usaha telah diambil untuk
meningkatkan kualiti hidup di kalangan Orang Asli melalui program
sosio-ekonomi termasuk penyediaan pendidikan dan latihan kemahiran,
kemudahan infrastruktur dan bekalan air dan elektrik.
Rumah Orang Asli miskin
-
83
Mengikut bancian Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA) tahun
2006, bilangan Orang Asli pada tahun tersebut ialah 141,230 orang. Dari
segi taburan penempatan masyarakat Orang Asli, 36.9 peratus tinggal
di kawasan pedalaman, 62.4 peratus di kawasan pinggir dan 0.7 peratus
di kawasan bandar.
Jadual 6.14: Jumlah Penduduk Orang Asli mengikut negeri dan kaum
utama, Malaysia, 2004
Negeri Negrito Senoi Melayu
Asli Jumlah
Pahang 1,360 22,586 31,788 55,734
Perak 2,133 45,092 720 47,945
Kedah 232 - - 232
Selangor - 3,758 10,403 14,161
Kelantan 9,918 - - 9,918
Terengganu 28 653 - 681
Negeri Sembilan - 37 8,211 8,248
Melaka - 23 1,385 1,408
Johor - 3 11,393 11,396
Jumlah 4,851 80,972 63,900 149,723 Sumber: JHEOA
Rancangan Malaysia Kesepuluh telah mengenal pasti bahawa 50 peratus
daripada 29,990 isi rumah Orang Asli berada di bawah garis kemiskinan.
Daripada mereka ini sejumlah 5,700 isi rumah (19%) adalah miskin tegar.
Pelbagai program dirancang dan dijalankan untuk mengeluarkan
masyarakat Orang Asli dari kemiskinan, seperti peruntukan kepada JHEOA
dalam tahun 2008.
-
84
Jadual 6.15: Program pembangunan Orang Asli, Malaysia, 2008
Program Aktiviti utama Peruntukan
(RM) 000
Program
Penempatan
Tersusun
1 Rancangan Pengumpulan
Semula (RPS)
14,444
2 Penyusunan Semula
Kampung (PSK)
8,793
3 Bencana Alam 4,000
4 Rancangan Kampung
Baru (RKB)
1,100
5 Pembangunan Tanah FELCRA - 9105
hektar
RISDA - 14,999
hektar
Program
Pembangunan
Ekonomi
1 Pembangunan Ekonomi
Negeri
2,660
2 Projek Pengembangan
Kursus
9,000
3 Bimbingan Usahawan 380
4 Pembangunan Tanah
Fasa 11 Negeri
5,750
5 Pembinaan Ruang Niaga 320
6 Pelancongan Desa 400
Program
Pembangunan
Sosial
1 Program Perumahan
Rakyat Termiskin
47,400
2 Perumahan Ketua
Masyarakat
140
3 Infrastruktur dan
Kemudahan Awam
3,392
4 Kesihatan dan Perubatan 470
5 Pembangunan Keluarga
dan Masyarakat
500
6 Kemudahan Pentadbiran
JHEOA
350
7 Program Pembangunan
Minda
1,588
Sumber: JHEOA
-
85
Program penempatan tersusun kampung Orang Asli
Basmi kemiskinan
Agensi Peneraju Membasmi Kemiskinan
Bandar Luar Bandar
Kementerian Perumahan
& Kerajaan Tempatan
(KPKT)
Kementerian Kemajuan
Luar Bandar & Wilayah
(KKLW),
Kementerian Pertanian &
Industri Asas Tani (MOA),
dan
Kementerian
Pembangunan Wanita,
Keluarga & Masyarakat
(KPWKM)
Agensi Lain
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA),
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA),
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA),
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah
Persekutuan (FELCRA Berhad),
Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan
Unit Perancang Ekonomi Negeri berkaitan.
-
86
Jadual 6.16: Peruntukan pembangunan bagi Program Pembasmian
Kemiskinan, Malaysia, 2006-2010
Peruntukan
Program (RM juta)
Pembasmian Kemiskinan 4,465.3
Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat 340.8
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar 50.0
Skim Penanaman Semula Getah dan Kelapa
Sawit
1,047.8
Pemulihan dan Penyatuan Tanah 1,004.3
Pembangunan Wilayah 510.9
Pembangunan Semula Kampung Tradisional dan
Baru
235.0
Pembangunan Orang Asli 361.8
Pembangunan Keusahawanan Tani 414.7
Pembangunan Tanah Pribumi dan Adat 100.0
Program Lain 400.0
Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010
Projek tanaman sayuran menggunakan Projek tanaman semula pokok getah
teknologi fertigasi oleh usahawan tani (Skim Penanaman Semula Getah)
(Pembangunan Keusahawanan Tani)
Rumah kos rendah untuk membasmi Kursus literasi komputer dan ICT bagi
kemiskinan di bandar belia-belia dari keluarga miskin tegar
(Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat)