03 kebaikan minum air putih

9
KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH - MINERAL Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih. 1. Menguruskan badan Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet.Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. 2. Meningkatkan kesuburan Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. 3. Melancarkan sistem pencernaan

description

KELAB DIET ATKINS MALAYSIA

Transcript of 03 kebaikan minum air putih

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH -

MINERAL

Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang

kebaikan minum air putih.

1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet.Air putih tidak

mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu

mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan

Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta

hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan

sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit

malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser

malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi

kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan

berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga

sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh.Kita mungkin dapat bertahan bila

tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak

minum air.Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi

tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung.Bahkan pada

saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan

penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit,

namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh.Ini kerana air dapat

membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta

melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di kenali air masak atau

air kosong.Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga bileh

menyebabkan keracunan air dengan cepat.Keracunan air terjadi apabila air

mengurangkan tahap ‘sodium’ di dalam saluran darah dan menyebabkan

ketidakseimbangan air dalam otak.

SEBAB PERLU MINUM AIR MASAK

Air tidak dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling penting di atas

muka bumi.Ia merupakan tunjang kepada kehidupan dan tidak keterlaluan

jika kita menyebut, “jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”. Ia juga

merupakan faktor utama mengapa bumi terpilih di antara planet-planet

yang lain sebagai kediaman mutlak untuk semua jenis hidupan,

memandangkan bumi adalah antara planet yang terlembab dan kaya

dengan air. 70.9% permukaan bumi adalah air.

Sejarah juga telah menunjukkan, terbentuknya tamadun-tamadun besar

adalah disebabkan oleh air.Wujudnya tamadun Mesapotamia adalah

disebabkan wujudnya Sungai Tigris, manakala hidupnya tamadun Mesir

kuno adalah disebabkan hidupnya Sungai Nil yang sentiasa mengalir

sepanjang tahun tanpa henti.Ia merupakan asas keperluan nombor satu

manusia! Kita mungkin boleh hidup selama sebulan tanpa makanan, tetapi

tanpa air, kita mungkin akan mati tak sampai seminggu!

Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100%

manfaat daripadanya.Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan

bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis

minuman yang manis-manis.Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak

lebih asli seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga

seperti air. Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah

memanggilnya “Air Kosong”.

* Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong

dengan secukupnya >>>>>>>

1. 60% badan manusia adalah air

Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air

amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten

sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air

juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang

terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air

kencing).

2. Sifar Kalori

Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia

langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

3. Sumber Alkaline termurah

Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan,

makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic.

Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan

meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

4. Memantapkan metabolisma

Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi

sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan

tenaga.

5. Pelarut nutrien

Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air

sebagai pelarut.Air juga merupakan medium utama yang membawa

semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang

memerlukan.

6. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American

Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih

daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal

dunia akibat serangan jantung.

7. Mengurangkan risiko kanser

Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan

mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan

risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk

mengurangkan risiko kanser payudara.

8. Melembutkan kulit secara semulajadi

Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah.Ini

tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak

dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

9. Mencegah keletihan dan pening kepala

Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat

letih atau pening kepala.Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air

dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa

seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening

kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan

ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa

kali?”

Kredit by

Verra Febrina Adrie

Kelab Diet Atkins Malaysia(KDA)