Post on 28-Apr-2019
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
TAHAP PENGLIBATAN PEKERJA-PEKERJA KILANG DALAM PROGRAM RAKAN MUDA SEKTOR INDUSTRI
ANUAR BIN HAJI AHMAD
FPP 2001 16
TAHAP PENGLIBATAN PEKERJA-PEKERJA KILANG DALAM PROGRAM RAKAN MUDA SEKTOR INDUSTRI
ANUAR BIN HAJJ AHMAD
MASTER SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
2001
TAHAP PENGLIBATAN PEKERJA-PEKERJA KILANG DALAM PROGRAM RAKAN MUDA SEKTOR INDUSTRI
Oleb
ANUAR BIN HAJI AHMAD
Kertas projek ini dikemukakan sebagai memenubi sebabagian daripada keperluan ijazab Master Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Mei 2001
Dedikasi buat:
/steri tercinta yang te/ah berkorban dan merestui perja/anan Inl
Nur Rashidiah Haltin
Putri-putri tersayang NurSuzaini NurSuhada
Nur Syafiqah NurSyahira
/bu dan ayah yang sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini Hjh Sharifah Jabar Hj. Ahmad Hi Sidik
Jasa dan pengorbananmu tetap disanjung dan dikenang
Abstrak Kertas Projek yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk mendapatkan Ijazah Master Sains.
ABSTRAK
TAHAP PENGLIBATAN PEKERJA-PEKERJA KILANG DALAM PROGRAM RAKAN MUDA SEKTOR INDUSTRI
Oleh
ANUAR BIN HAJI AHMAD
April 2001
Penyelia Prof. Madya Dr. Hj. Turiman b. Suandi
Fakulti Pengajian Pendidikan
Kajian ini dijalankan bagi menentukan tahap penglibatan pekerja-pekerja
kilang dalam Program Rakan Muda sektor industri di Kawasan Perindustrian
Sungai Way. Objektif khusus kajian ini ialah 1) menentukan tahap penglibatan
pekerja-pekerja kilang dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian
terhadap aktiviti Program Rakan Muda yang disertai 2) mengenalpasti tahap
faktor pengetahuan pekerja-pekerja kilang terhadap pendedahan kepada sumber
maklumat dan penyampaian maklumat oleh agensi pelaksana 3) mengenalpasti
tahap faktor tanggapan pekerja-pekerja kilang terhadap konsep pembangunan,
matlamat dan strategi dan faedah terhadap penglibatan mereka dalam Program
Rakan Muda 4) mengenalpasti tahap faktor sikap pekerja-pekerja kilang terhadap
agensi pelaksana dan (5) menentukan hubungan antara tahap penglibatan pekerja-
pekerja kilang sebagai angkubah bersandar dengan beberapa angkubah tak
bersandar iaitu faktor demografi, faktor pengetahuan, tanggapan serta sikap
ii
terhadap Program Rakan Muda. Kaedah kajian ialah melalui temubual dengan
menggunakan borang soal selidik yang telah diuji. Seramai 135 responden telah
dipilih secara rawak mudah bagi mendapatkan hasil kajian ini. Data dianalisis
dengan komputer menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS).
Kajian ini mendapati tahap penglibatan pekerja-pekerja kilang dalam
Program Rakan Muda sektor industri 73.3% berada di peringkat rendah. Faktor
lain yang berada di tahap rendah ialah faktor pengetahuan sebanyak 100%, faktor
tanggapan sebanyak 59.3% dan faktor sikap sebanyak 5 1. 1 %. Penemuan kajian
ini juga menunjukkan faktor penglibatan sebagai angkubah bersandar mempunyai
hubungan korelasi yang signifikan dengan faktor-faktor angkubah tak bersandar
iaitu faktor demografi umur, faktor pengetahuan, faktor tanggapan dan faktor
sikap pada aras signifikan 0.05. Hubungan antara faktor demografi umur dengan
faktor penglibatan adalah positif tetapi rendah dengan nilai r=0.26. Sementara itu
hubungan antara faktor pengetahuan dan faktor tanggapan adalah positif dan
tinggi dengan masing-masing mempunyai nilai r=0.79. Bagi faktor sikap dengan
faktor penglibatan pula adalah didapati positif dan sederhana dengan nilai r=0.57.
Sebagai agensi pelaksana Kementerian Belia dan Sukan Malaysia perlu
meningkatkan tahap pengetahuan, tanggapan serta sikap pekerja-pekerja dalam
Program Rakan Muda sektor industri. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan
pembaziran peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan bagi membiayai aktiviti
aktiviti program malah bagi melahirkan generasi belia yang berwawasan.
iii
Abstract of research project submitted to Department of Professional Development and Continuing Education, Faculty of
. Educational Studies,
University Putra Malaysia in partial fulfilment of the reqUIrements for the degree of Master of Science (Human Resource Development)
ABSTRACT
THE FACTORY WORKERS' LEVEL OF PARTICIPATION IN THE RAKAN MUDA PROGRAMME IN THE INDUSTRIAL SECTOR
By
ANUAR BIN HAJI AHMAD
April 2001
Supervisor Assoc. Prof. Dr. Hj. Turiman b. Suandi
Faculty Educational Studies
This research is conducted in order to determine the level of participation
by the factory workers in the Rakan Muda Programme, specifically those from the
Sungai Way Industrial Area. The objectives of this research are 1) To determine
the level of participation by the Factory Workers in the planning, implementation
and evaluation towards the Rakan Muda activities they participated in 2) to
identify the factory workers' knowledge factor towards being exposed to
information technology and information deliverance by the implementation
agency 3) to identify the factory workers perception factor towards the
development concept, aims, strategies and rewards for the participation in the
Rakan Muda Programme 4) to identify the factory workers' attitude towards the
implementation agency and, 5) to identify the relationship between the level of
workers participation factor as the fixed entity with several non-fixed entities such
as the demography, knowledge, perception and attitude towards the Rakan Muda
Programme. The method of research is through interviews by using a research
iv
questionnaire that was tested. A total 135 respondents was picked randomly to be
interviewed and answer questionnaires for this research. The data was analyzed by
using SPSS.
This research revealed that the participation of the factor workers in the
Rakan Muda Program from the Industrial Sector is in the low level with 73.3 %.
Others factors that were considered low are the Education Factor -100%,
Perception Factor-59.3% and Attitude Factor-51. 1%. These findings had also
shown us that the participation factor as the fixed entity has a correlation with the
un-fixed entities such as demography, age, education, perception that was at a
significant 0.05. The relationship between the demographic factor and the age
factor is positive but low with a value of r=0.26. However, the relationship
between the education factor and the perception factor is positive and high, with
each of them has a value of r=0.79. Where else the relationship between the
attitude factor and the participation factor is also positive but with a fair value of
FO.57.
The Ministry of Youth and Sports as the implementation agency should
improve the Industrial workers' level of knowledge, perception and attitude in the
Rakan Muda Programmme. This may help utilizing the allocation provided by the
government to fund the programme activities with wastages and to produce a
generation of youth with a vision for the future.
v
PENGHARGAAN
Assalamualaikum,
Alhamdullilah saya merapatkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana
dengan limpah kurniaNya kajian ini dapat disempurnakan.
Di ruangan ini saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Hj. Turiman b. Suandi selaku penyelia
yang telah banyak memberi bimbangan, sokongan dan keyakinan diri kepada saya
dalam menyempurnakan penulisan kertas projek ini. Juga tidak ketinggalan
kepada Dr. Shamsudin b. Ahmad selaku pemeriks� yang telah melengkapkan lagi
kemantapan hasil kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua
pensyarah di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti
Pengajian Pendidikan yang telah mencurahkan kepakaran mereka sepanjang saya
mengikuti program pengajian ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada
pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia terutama En. Mohd. Sharil b.
Abdullah dan En. Bakar b. Idris yang telah memberi kerjasama kepada saya
dalam mendapatkan bahan penulisan dan juga responden kajian.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Universiti Putra
Malaysia yang telah memberi saya peluang untuk mengikuti program Master
Sains (Pembangunan Sumber Manusia ) ini khasnya kepada Pendaftar dan semua
staf Jabatan Sumber Manusia.
Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan seperjuangan terdekat Ismail
Samad, Muhd. Sharil Bakri, Mohd. Sopian Mohd. Zin dan Nik Hasnaa Nik
Mahmud dan juga kepada Nurul Azura Hashim dan Roshamimah Hj. Zainal dan
semua pihak yang terlibat dalam perjalanan ini.
vi
Kepada emak dan abah Hjh. Sharifah Jabar dan Hj. Ahmad Hj. Sidik yang
turut mendoakan agar anakmu ini beIjaya dikumiakan segulung ijazah lagi.
Akhir sekali kepada isteri tercinta Nur Rashidiah Halim serta putri-putri
tersayang, Nur Suzaini, Nur Suhada, Nur Syafiqah dan Nur Syahira yang telah
sarna-sarna berkorban dalarn membantu diri ini meniti kejayaan.
Semoga diberkati dan dirahmati Allah segala usaha ikhlas dan murni. ini.
Amin ...
vii
Kertas projek bertajuk "Tahap Penglibatan Peketja-peketja Kilang Dalam Program Rakan Muda Sektor Industri" yang disediakan oleh Anuar bin Haji Ahmad memenuhi sebahagian daripada syarat mendapatkan Ijazah Masters Sains (pembangunan Sumber Manusia) di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia .
. �-""".:-:": .. � .. "':': ....................... . ...... .
BIN SUANDI Ph.D. Prof. M ya Timbalan DekanlPensyarah J abatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Penyelia)
Tarikh: '26/510 I
. ........... . ....................... .....
SHAMSUDIN BIN AHMAD Ph.D. Pensyarah Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa)
VIii
Kertas Projek ini telah dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan diterima bagi memenuhi sebahagian syarat Ijazah Master Sains (pembangunan Sumber Manusia)
. . . .. . . . . .. . . . . . . . . . .. . . . . . .. . . . . . . . . .. ... . . . . .. . .. . .. . . . . . . . ..
OTHMAN BIN DATO' HJ. MOHAMED, Ph.D. Prof. Madya Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
Tarikh:
ix
PERAKUAN
Saya mengakui dan mengesabkan bahawa bahan ilmiah ini ialah hasil karya dan usaha saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah saya ambil dari sumber tertentu yang telah dijelaskan
ANUAR BIN HAJI AHMAD GS04468
Tarikh: '2 raj O� 1),00 J
x
KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT
ABSTRAK 11
ABSTRACT IV
PENGHARGAAN VI
KELULUSAN V1l1
PERAKUAN X
KANDUNGAN Xl
SENARAIJADUAL XVI
SENARAI RAJAH xix
BAB
I PENDAHULUAN 1
Pengenalan 1
Program Rakan Muda Sektor Industri 3
Objektif 4
Strategi Pelaksanaan 4
Kumpulan Sasaran 5
Jenis Aktiviti 5
Latar Belakang Masalah 7
Penyataan Masalah 8
Persoalan Kajian 10
Obj ektif Kajian 12
ObjektifKhusus 13
Kepentingan Kajian 13
Batasan Kajian 14
Definisi istilah 15
Xl
II SOROTAN LITERA TUR
Teori Penglibatan
Teori McClelland
Teori Psikologi Pergerakan Masyarakat
Teori Mobilisasi Sumber
Teori Motivasi Maslow
Pengertian Konsep Penglibatan
Kepentingan Penglibatan dalam Kontek Pelaksanaan Program
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penglibatan
Faktor Demografi
Faktor Pengetahuan
Faktor Tanggapan
Faktor Sikap
III METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kerangka Konseptual Kajian
Populasi
Persampelan
Peralatan Kajian dan Pengukuran Data
Kaedah Pengukuran Angkubah
Angkubah Bersandar
Angkubah Tak Bersandar
Validiti dan Reliabiliti
Analisis Data
IV HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Latar Belakang Responden
Umur dan J awatan
xu
1 8
1 8
1 8
1 9
20
2 1
22
25
27
28
29
30
32
35
3 5
36
40
40
4 1
42
42
46
5 1
52
5 5
55
55
Jantina 57
Status Perkahwinan 57
Taraf Pendidikan 58
Tahap Penglibatan Responden terhadap Program Rakan 59 Muda
Bilangan dan Kekerapan Penyertaan 59
Kehadiran di Perbincangan Pelaksanaan 60 Program Rakan Muda
Penglibatan dalam Perancangan Program Rakan 61 Muda
Penglibatan dalam Aktiviti Serta Faedah yang 64 diperolehi
Penglibatan dalam Penilaian Aktiviti Program 66 RakanMuda
Kekerapan Membuat Penilaian Terhadap 67 Aktiviti Program Rakan Muda
Tahap Penglibatan Responden 69
Faktor Pengetahuan 70
Pendedahan Responden kepada Sumber 70 Maklumat - Lagu Program Rakan Muda
Kekerapan Mendapat Maklumat Mengenai 71 Program Rakan Muda
Kekerapan Menonton dan Membaca Media 72 Cetak dan Elektronik
Tahap Pengetahuan Responden Mengenai 73 Program Rakan Muda Melalui Sumber Media Cetak dan Elektronik
Usaha Penyediaan bagi Penyampaian Maklumat 74
Kekerapan Usaha Penyampaian Maklumat oleh 75 Agensi Pelaksana
Usaha yang Membantu Agensi dalam 76 Penyampaian Maklumat
Tahap Pengetahuan Responden Terhadap 77 Program Rakan Muda
Faktor Tanggapan 78
Kefahaman Responden Terhadap Konsep 78 Pembangunan Program Rakan Muda
xiii
Tanggapan Responden Terhadap Matlamat dan 81 Strategi Perlaksanaan Program Rakan Muda
Tahap Tanggapan Responden Terhadap 82 Matlamat dan Strategi Pelaksanaan Program RakanMuda
Tanggapan Responden Terhadap Kaedah 83 Penglibatan Dalam Program Rakan Muda
Tahap Tanggapan Responden Terhadap Faedah 85 Penglibatan dalam Program Rakan Muda
Tahap Keseluruhan Responden Terhadap 86 Tanggapan Program Rakan Muda
Faktor Sikap Responden Terhadap Pegawai Pelaksana 87
Tahap Sikap Responden Terhadap Pegawai 88 Pelaksana
Analisis Hubungan Korelasi antara Faktor Penglibatan 89 Responden dengan Umur, Faktor Pengetahuan, Faktor Tanggapan dan Faktor Sikap
Analisis Skor Min dan ANOV A Sehala Perbandingan 91 Tahap Penglibatan Responden Mengikut Umur
Analisis LSD Perbandingan Tahap Penglibatan 92 Responden Mengikut Umur
Analisis Skor Min dan ANOV A Sehala Perbandingan 93 Tahap Penglibatan Responden Mengikut Status Perkahwinan
Analisis LSD Perbandingan Tahap Penglibatan 94 Mengikut Status Perkahwinan
Analisis Skor Min dan ANOV A Sehala Perbandingan 96 Tahap Penglibatan Responden Mengikut Taraf Pendidikan
Analisis LSD Perbandingan Tahap Penglibatan 97 Responden Mengikut Taraf Pendidikan
Analisis Skor Min dan ANOV A Sehala Perbandingan 98 Tahap Perbandingan Responden Mengikut Jawatan Sekarang
Analisis LSD Perbandingan Tahap Penglibatan 100 Responden Mengikut J awatan Sekarang
Ujian-t Perbandingan Tahap penglibatan Mengikut 101 Jantina
XIV
V RINGKASAN, KESIMPULAN, IMPLlKASI DAN 103 CADANGAN Ringkasan Kajian
Hasil Kajian
103
105
Tahap Penglibatan Responden Terhadap 105 Program Rakan Muda
Tahap Pengetahuan Responden Terhadap 106 Program Rakan Muda
Tanggapan Responden Terhadap Program Rakan 107 Muda
Tahap Sikap Responden Terhadap Pegawai 1 08 Pelaksana
Hubungan antara Angkubah Bersandar dengan 108 Angkubah Tak Bersandar
Kesimpulan dan Implikasi
Tahap Penglibatan
Faktor Pengetahuan
Faktor Tanggapan
Faktor Sikap Terhadap Pegawai Pelaksana
109
109
1 10
1 12
1 1 3
Hubungan antara Angkubah Bersandar dengan 1 14 Angkubah Tak Bersandar
Cadangan Kajian Masa Hadapan 1 1 5
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
1 1 7
12 1
A Instrumentasi Kajian 121
xv
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
1 . Peruntukan Kementerian Belia dan Sukan Tahun 7 1999
2. Peruntukan Program Rakan Muda Tahun 1 994-2000 8
3 . Projek-projek Program Rakan Muda Tahun 1 999 8
4. Peruntukan Program Rakan Muda Tahun 2000 9
5 . Nilai Alpha Koefisien bagi Angkubah Kajian yang 52 Diuji
6. Taburan Peruntukan Responden Mengikut Jawatan 56 dan Tahap Umur
7. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 57 Mengikut Jantina
8. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 58 Mengikut Status Perkahwinan
9. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 5 9 Mengikut Taraf Pendidikan
10. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 60 Mengikut Kekerapan Menyertai Program Rakan Muda
1 1 . Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 6 1 Mengikut Pemah Hadir Perjumpaan Formal dan Tidak Formal
12. Taburan Peratusan dan Min Responden Mengikut 63 Bidang Perancangan-Kekerapan Hadir dan Kekerapan menyumbang
13 . Taburan Peratusan dan Min Responden Mengikut 65 Penglibatan dalam Aktiviti dan Faedah Penyertaan
14. Taburan Peratusan Responden Mengikut Pemah 67 Membuat Penilaian dan Kekerapan Membuat Laporan Tentang Masalah
15 . Min Taburan Peratusan Responden Mengikut 68 Kekerapan Membuat Penilaian bagi Aktiviti Program Rakan Muda
16 . Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 69 Mengikut Tahap Penglibatan
1 7. Taburan Peratusan Responden Mengikut Pemah 70 Mendengar Lagu Program Rakan Muda
xvi
18. Min Kekerapan Mendapat Penerangan Program 71 Rakan Muda
19. Min Kekerapan Menonton dan Membaca Media 73 Cetak dan Elektronik
20. Min Tahap Pengetahuan Mengenai Program Rakan 74 Muda Menerusi Sumber Media Cetak dan Elektronik
21. Taburan Peratusan Responden Mengikut Us aha 75 Penyampaian Maklumat oleh Agensi Pelaksana
22. Min Kekerapan Usaha Penyampaian Maklumat oleh 76 Agensi Pelaksana
23 . Min Us aha Penyampaian Maklumat oleh Agensi 77 Pelaksana
24. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 78 Mengikut Tahap Pengetahuan
25. Min Kefahaman Terhadap Konsep Pembangunan 79 Program Rakan Muda
26. Taburan Bilangan dan Peratusan Respondan 80 Mengikut Tahap Kefahaman
27. Min Tanggapan Responden Terhadap Matlamat dan 8 1 Strategi Pelaksanaan Program Rakan Muda
28. Taburan Bilangan dan Peratus Responden Mengikut 83 Tahap Tanggapan Terhadap Matlamat dan Strategi Program Rakan Muda
29. Min Tanggapan Responden Terhadap Faedah 84 Penglibatan dalam Program Rakan Muda
30. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 85 Mengikut Tahap Tanggapan Terhadap Faedah Program Rakan Muda
3 1. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 87 Mengikut Tahap Tanggapan Keseluruhan
32. Min Sikap Responden Terhadap Pegawai Agensi 88 Pelaksana
33 . Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 89 mengikut Tahap Sikap Terhadap Agensi Pelaksana
34. Analisis Hubungan Korelasi antara Faktor 9 1 Penglibatan Responden dengan Umur, Faktor Pengetahuan, Faktor Tanggapan dan Faktor Sikap
35 . Analisis Skor Min dan ANOV A Sehala 92 Perbandingan dengan Tahap Penglibatan Responden Mengikut Umur
xvii
36. Analisis LSD Perbandingan Tahap Penglibatan 93 Responden Mengikut Umur
37. Analisis Skor Min dan ANaVA Sehala 94
Perbandingan Tahap penglibatan Responden Mengikut Status Perkahwinan
38. Analisis LSD Perbandingan Tahap Penglibatan 95
Responden Mengikut Status Perkahwinan
39. Analisis Skor Min dan ANaVA Sehala 96
Perbandingan Tahap Penglibatan Responden Mengikut Tahap Pendidikan
40. Analisis LSD Perbandingan Tahap Penglibatan 98
Responden Mengikut TarafPendidikan
41. Analisis Skor Min dan ANaVA Sehala 99
Perbandingan Tahap Penglibatan Responden Mengikut Jawatan Sekarang
42. Analisis LSD Perbandingan Tahap Penglibatan 101
Responden Mengikut J awatan Sekarang
43. Analisis Ujian-t Perbandingan Tahap Penglibatan 102
Mengikut J antina
xviii
BAB I
PENDAHULUAN
Pengenalan
Program Rakan Muda telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 29hb. Oktober 1994.
Program ini adalah suatu program bagi membangunkan generasi muda secara
terancang ke arah menzahirkan potensi tertinggi mereka dalam bidang sosial dan
ekonomi, sebagai usaha mengisi matlamat wawasan 2020 negara. Ia merupakan
sebuah program Pembangunan Sosial khusus untuk generasi muda yang
menggabungkan aktiviti Pembangunan Minda, Kecergasan Fizikal dan
Pembangunan Rohani secara bersepadu, bagi melahirkan warga dewasa yang
bertanggungjawab, bebas dari pengaruh dan perlakuan negatif serta budaya
menyumbang secara produktif kepada negara. Program ini menarik minat generasi
muda kerana pendekatannya diasaskan kepada sembilan (9) Gaya Hidup dan satu
(1) Gerakan Perkaderan yang digubal bagi memenuhi citarasa golongan muda.
Pendekatan pelaksanaan pula dibentuk bagi membolehkan semua pihak
mengambil bahagian dalam menjayakan program ini.
Pada tahun 1995 hampir 1.5 juta orang belia telah mendaftar untuk
menyertai aktiviti dan dari j umlah itu, 1.39 juta orang telah berpeluang
mengikutinya melalui 14,800 aktiviti yang dilaksanakan seluruh negara. Sej umlah
2
63 badan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan serta 610 buah NGO
peringkat negeri dan daerah telah terlibat melaksanakan program. Jumlah ini telah
meningkat menjadi 2.94 juta pada 1999 dan 3.3 juta pada 2000 dengan 36,000
aktiviti yang telah dirancangkan.
Semenjak dilancarkan Program Rakan Muda telah melalui 4 fasa iaitu fasa
pembangunan, fasa pengenalan, fasa pemantapan dan fasa pengembangan. Fasa
Pembangunan yang berakhir pada 31hb. Disember 1995 merupakan fasa perisian
program dengan lebih menjurus kepada kandungan program serta sistem
pelaksanaan yang lebih berkesan dengan menfokuskan tumpuan kepada masalah
sosial remaja. Fasa kedua iaitu Fasa Pengenalan yang berakhir pada 31hb.
Disember 1996. Di bawah fasa ini ia menampilkan satu kesedaran dan minat
generasi muda mengenai peluang menyertai aktiviti yang ditawarkan di bawah
pelbagai gaya hidup. Fasa Pemantapan pula yang telah dilaksanakan bermula
Januari 1997 dan berakhir pada 31hb. Disember 2000. Di bawah fasa ini
pelaksanaan program disusun semula di mana pelaksanaannya difokuskan
mengikut sektor bagi meningkatkan liputan pelaksanaan dan keberkesanan
pembudayaan gaya hidup di samping memberi penglibatan yang lebih luas
kepada Program Rakan Muda.
Sementara itu Fasa Pengembangan pula telah pun dimulakan pada Ihb.
Januari 2001 hingga 31hb. Disember 2005. Bagi tempoh tersebut Program Rakan
Muda dijangka akan dikembangkan sehingga menjadi satu institusi sosial dengan
memperlengkapkan kemudahan infrastruktur Rakan Muda di seluruh negara
3
dengan pelaksanaan program sepenuhnya oleh masyarakat dengan penyesuaian
mengikut keperluan semasa dengan mamperkenalkan aktiviti-aktiviti baru yang
bersesuaian dengan kehendak generasi muda di samping mengwujudkan Program
Rakan Muda Antarabangsa.
Program Rakan Muda Sektor Industri
Program Rakan Muda Sektor Industri mula diperkenalkan pada tahun 1997
bersama-sama dengan sektor lain iaitu sektor Institusi Pengajian Tinggi (IPT),
Agensi Awam, Pusat Membeli Belah, Swasta, Perumahan, Pertubuhan Bukan
Kerajaan dan Sektor Kemajuan Tanah. Aktiviti Program Rakan Muda yang
dilaksanakan dengan pelbagai sektor adalah berkonsepkan "Perkongsian Bijak" ini
adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda di pelbagai sektor sehingga
ke akar umbi bagi menyertai Program Rakan Muda melalui Sembilan Gaya Hidup
yang ditawarkan.
Program Rakan Muda sektor industri yang diperkenalkan di bawah Fasa
III iaitu Fasa Pemantapan 1997-2000 merupakan program yang telah disusun
semula pendekatannya. Dalam fasa ini ia difokuskan bagi meningkatkan liputan
pelaksanaan program dan keberkesanan pembudayaan Gaya Hidup. Di samping
itu ia memberi peluang penglibatan yang lebih luas kepada masyarakat dan juga
penglibatan sektor swasta yang akan mempertingkatkan sokongan masyarakat
kepada Program Rakan Muda. Sektor Industri juga adalah satu sektor yang
mempunyai premis, persekitaran dan keperluan yang sesuai untuk pelaksanaan