Post on 14-Apr-2018
1
UCAPAN
YB DATO' SRI ROHANI ABDUL KARIM
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT
SEMPENA JELAJAH 1AZAM
DEWAN SUARAH SRI AMAN, SARAWAK
3 SEPTEMBER 2015
[SALUTASI]
Hadirin yang dihormati sekalian.
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Malaysia.
MUKADIMAH
1. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan
limpah rahmat dan kurnia-Nya kita dapat berhimpun pada hari yang
indah ini untuk bersama-sama menjayakan Jelajah 1AZAM
peringkat Parlimen Batang Lupar, Sarawak.
2. Terlebih dahulu, bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) saya ingin merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato’-Dato’ /
Datin-Datin dan tuan – puan kerana turut bersama-sama dengan
kita semua pada hari ini bagi merasmikan Jelajah 1AZAM yang
julung kali diadakan pada tahun ini. Tidak dilupakan agensi-agensi
Kerajaan dan rakan strategik Kementerian kerana sentiasa
menyokong usaha-usaha serta program-program yang dilaksanakan
oleh KPWKM semenjak dari mula Kementerian ditubuhkan sehingga
ke hari ini.
PENERIMA PROGRAM 1AZAM PARLIMEN BATANG LUPAR
Hadirin yang dihormati sekalian,
3
3. Kementerian amat komited dalam usaha untuk meningkatkan taraf
hidup isi rumah berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, pada
hari ini, Kementerian berbesar hati untuk menyerahkan pakej
bantuan peralatan perniagaan tahun 2015 bagi Program 1AZAM
kepada 267 orang peserta Program 1AZAM (AZAM Niaga &
Khidmat) di Parlimen Batang Lupar. Penyerahan barangan
peralatan Program 1AZAM (AZAM Niaga & Khidmat) hari ini
merupakan ‘kick start’ bagi 7 lokasi di seluruh Malaysia dalam usaha
Kerajaan meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah
melalui aktiviti keusahawanan.
PROGRAM 1AZAM
Hadirin yang saya hormati,
4. Program 1AZAM mula dilaksanakan pada tahun 2010 sebagai
usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan
kepada rakyat, dan sehingga Disember 2014, program ini telah
berjaya mengumpul penyertaan seramai 173,445 orang.
4
5. Terdapat lima (5) projek di bawah Program 1AZAM yang
dilaksanakan oleh beberapa kementerian yang lain seperti AZAM
Niaga & Khidmat, AZAM Kerja, AZAM Tani, dan AZAM Bandar.
6. Melalui Program 1AZAM (AZAM Niaga & Khidmat), pelbagai pakej
perniagaan telah ditawarkan kepada para peserta seperti pakej
perniagaan nasi lemak kukus, pakej pembuatan kuih, pakej jahitan
dan pakej minuman ice-blended.
7. Ini merupakan salah satu usaha Kerajaan di bawah inisiatif
Kebajikan Produktif di mana ia menggalakkan golongan isi rumah
berpendapatan rendah untuk berdikari tanpa selamanya
mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan.
PENGISIAN JELAJAH 1AZAM SRI AMAN
Hadirin yang saya hormati sekalian,
8. Program pada hari ini bertujuan untuk menyerahkan bantuan
peralatan 1AZAM kepada peserta yang telah lulus verifikasi serta
memberi pendedahan ilmu kepada masyarakat umum mengenai
dunia keusahawanan dan pengurusan kewangan oleh pakar
daripada agensi yang bertauliah. Di samping itu, jalinan kerjasama
5
di antara para peserta memberi peluang kepada rakyat setempat
dan peserta Program 1AZAM untuk bertukar – tukar idea dalam
mempromosikan produk masing-masing.
11. Saya dimaklumkan program pada hari ini turut mendapat kerjasama
daripada Kementerian Kebajikan Wanita dan Pembangunan
Keluarga (KKWPK) Sarawak, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dan
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
12. Selain ini, di program ini turut disediakan Pameran Suara Anda
Tanggungjawab Utama (SATU) dalam memberi pendedahan
kepada penduduk tempatan tentang servis dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh Kementerian seperti pendaftaran Orang Kurang
Upaya (SATU) dan pemeriksaan kesihatan.
INISIATIF PENAMBAHBAIKAN YANG TELAH DILAKSANAKAN
OLEH KPWKM DAN AGENSI
Hadirin yang saya hormati,
12. Beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan oleh KPWKM
dengan kerjasama yang padu oleh agensi persekutuan serta
negeri iaitu kita telah menambahbaik pemantauan dan penilaian
6
peserta Program 1AZAM selepas program dijalankan untuk
memastikan kemahiran dan bantuan yang diperoleh berjaya
melonjakkan tahap pendapatan mereka sebanyak RM 300 dalam
mana-mana tiga (3) bulan pada tahun yang sama sebagai penanda
aras kejayaan mereka.
13. Selain itu, suka saya ingin menasihati para peserta penerima
bantuan agar mematuhi semua syarat yang di tetapkan oleh
Kerajaan. Kita tidak mahu kesilapan segelintir penerima-penerima
bantuan sebelum ini, yang telah menyalahgunakan kemudahan
bantuan dengan menjual, menyewa, meminjamkan dan
memberikan kepada orang lain akan menjejaskan rantaian sistem
bantuan 1 AZAM dan pada masa yang sama ia juga akan
memberikan imej negatif kepada program-program bantuan
Kerajaan yang lain. Saya amat berharap agar semua penerima
bantuan dapat menjaga amanah ini dan menguruskan aktiviti
keusahawanan yang telah dijanjikan dengan penuh semangat
untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.
14. Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan juga dalam memberikan
maklumbalas kepada pegawai pemantau daripada KPWKM yang
melaksanakan pemeriksaan atau pengauditan berkala dari semasa
ke semasa amat saya hargai. Semua ini dilaksanakan demi untuk
7
memastikan bantuan Kerajaan benar-benar dimanfaatkan dan
mampu memberi impak positif kepada rakyat dan sebagai jaminan
Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat benar-benar telah
dilaksanakan sehingga ke peringkat akar umbi.
STATISTIK PENCAPAIAN PROGRAM 1AZAM
Hadirin yang saya hormati,
15. Satu lagi perkembangan yang membanggakan saya dan juga
Kementerian ialah seramai 173,445 orang peserta telah menyertai
Program 1AZAM di seluruh negara bagi tempoh Januari 2011
hingga Disember 2014. Daripada jumlah tersebut, 63% (atau
108,780 orang peserta) terdiri daripada golongan wanita
manakala bakinya (49,006 orang peserta) adalah peserta lelaki.
16. Program 1AZAM yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai
Kementerian dan agensi telah berjaya mencatatkan kejayaan
apabila seramai xxxxx ribu orang peserta Program 1AZAM
telah berjaya meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya
RM300 selama tiga bulan berturut-turut. Kementerian amat
berbangga dengan pencapaian ini dan berharap para peserta
dapat menggiatkan usaha untuk menambah pendapatan keluarga,
8
dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi
negara.
PENUTUP
Hadirin yang dihormati sekalian,
17. Akhir kata, KPWKM berharap bantuan yang diberikan pada hari ini
dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh peserta untuk menjalankan
perniagaan, sekali gus membantu mereka meningkatkan
pendapatan seisi keluarga. Jalinan kerjasama yang dijalankan
dengan pelbagai pihak diharapkan dapat melahirkan lebih ramai
usahawan berjaya terutamanya golongan wanita pada masa
hadapan. Sebelum mengakhiri ucapan saya petang ini, saya
sekali lagi merakamkan sekalung penghargaan serta ucapan
terima kasih kepada hadirin sekalian yang sudi hadir bagi
memeriahkan program Jelajah 1AZAM di Sri Aman ini. Semoga
sokongan dan komitmen hadirin sekalian dalam memastikan
usaha-usaha membantu golongan berpendapatan rendah
mengubah ke tahap yang lebih baik ini sentiasa berterusan.
9
18. Dengan lafaz Bismillah Hir Rahman Nir Rahim saya dengan ini
merasmikan Jelajah 1AZAM peringkat Parlimen Batang Lupar.
Sekian, terima kasih
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.