Post on 21-May-2015
Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah
Mohd Fazri bin Rahim910427-06-5667PISMP BM1 SEM 3
Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
PENGENALAN TOPIK 1 TOPIK 2 TOPIK 3 TOPIK 4
PERIBAHASA• Mengikut Za’ba, peribahasa ialah susunan cakap yang pendek,
yang telah melekat di mulut orang ramai sejak zaman-berzaman.
• Peribahasa merupakan sebahagian daripada khazanah sastera orang Melayu, yang tergolong dalam sastera lisan.
• Peribahasa tidak diketahui penciptanya, kerana dalam masyarakat lampau individu tidak dipentingkan dan sesebuah karya menjadi hak milik kekal masyarakat itu sendiri.
• Mengikut Za’ba, penerbitan ungkapan sesuatu peribahasa adalah asalnya dari individu atau sekumpulan manusia.
• Bentuknya ringkas, tepat dengan maksud yang hendak dicapai dan mengandungi kebenaran, terbit daripada pengalaman sendiri atau yang telah diperhatikan berlaku pada orang lain.
• Kemudian, apabila bentuk itu digemari orang lain, mereka pula menggunakannya berulang-ulang dan tersebar kepada orang lain.
• Akhirnya, ia menjadi terkenal dan diwarisi secara turun-temurun.
• Contoh peribahasa Melayu adalah seperti berikut:1. Bidalan 5. Kiasan2. Pepatah 6. Kata Hikmat3. Perbilangan 7. Simpulan Bahasa4. Perumpamaan
Simpulan
Bahasa
OBJEKTIF
AKTIVITI
CIRI-CIRI
RUMUSAN
PENGENALAN
JENIS-JENIS
Pengenalan• Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri
daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut.
• Misalnya, kaki ayam, yang bererti ”tidak berkasut” dan panjang tangan yang bererti ’suka mencuri’.
• Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
• Simpulan bahasa adalah gabungan dua perkataan biasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka.
SIMPULAN BAHASA
Pengenalan• Menurut Za'ba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan
berdasarkan empat perkara iaitu:
(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur. (Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.)
(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya. (Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.)
(c) Daripada kepercayaan orang ramai (Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya).
(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.)
SIMPULAN BAHASA
OBJEKTIF• Simpulan bahasa digunakan bagi menggantikan sesuatu
perkataan yang kasar, bertujuan untuk menegur tetapi dalam erti kata yang halus.
• Antara tujuan penggunaan simpulan bahasa ialah, ia sinonim yang memperkaya gaya tulisan. Contohnya "anak tunggal" untuk menggantikan seorang anak, "iri hati" untuk dengki dan "berat tulang" untuk si malas.
• Simpulan bahasa membungai gaya penulisan. Contoh: "bunting padi", "cupak hanyut", dan "bunga bangsa".
SIMPULAN BAHASA
OBJEKTIF• Simpulan bahasa merumuskan konsep yang rumit seperti "Cina
buta“
• Sebagai contoh, penggunaan simpulan bahasa ”Cina buta” memberi gambaran mengenai seorang lelaki yang ingin merujuk kembali kepada isteri yang telah diceraikannya dengan talak tiga.
• Untuk kembali kepada isterinya semula, beliau perlu mencari suami kepada bekas isterinya terlebih dahulu sebelum mendapatkan isterinya balik.
• Sesungguhnya tujuan utama simpulan bahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala.
SIMPULAN BAHASA
CIRI-CIRI1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.
Contohnya: anak buah, buah tangan, dan lipas kudung. (Anak, buah, dan lipas ialah kata nama am)
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya: ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga.
(Ajak, buat, dan pasang ialah kata kerja)
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya: besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati.
(Besar, bodoh, dan kecil ialah kata adjektif)
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya: Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk.
(Semua ini sebagai kata nama khas)
SIMPULAN BAHASA
CIRI-CIRI5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan.
Contohnya: air pinang, batu buyung, dan makan bulan. (Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu)
6. Simpulan Bahasa yang berkaitan dengan tubuh badanContohnya: Gigi air, Hati batu, kecil hati, dan anak mata. Lihat contoh, hati batu bermakna seseorang yang degil dan tidak mahu mendengar kata.
7. Simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan.Contohnya: Saudara anjing, akal kancil, ajak-ajak ayam, biawak hidup, buaya darat, darah ikan dan sebagainya. Lihat contoh, akal kancil menggambarkan seseorang yang sangat pandai.
SIMPULAN BAHASA
JENIS-JENIS1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
Contohnya: ada angin(a) mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.(b)sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya: Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu. muka talam, muka tebal, dan muka tembok.
3. Adat istiadat seperti ”Anak emas” yang bermaksud anak yang disayangi ibubapa melebihi anak-anak yang lain.
SIMPULAN BAHASA
JENIS-JENIS4. Simpulan bahasa yang memaparkan kelakuan dan perangai seseorang
seperti ”Berat tulang” iaitu orang yang pemalas.
5. Simpulan bahasa jenis aktiviti pula menunjukkan aktiviti ataupun rancangan seseorang. Contohnya ”Makan angin” yang bermaksud seseorang yang ingin melancong ke luar negara.
6. Simpulan bahasa jenis kebolehan pula digunakan bagi menunjukkan kepandaian dan ketidakpandaian seseorang. Contohnya, ”Ayam tambatan” bagi mengambarkan seseorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
7. Budaya hidup seperti cara hidup yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat seperti ”Ajak-ajak ayam” yang bermaksud seseorang yang tidak ikhlas memperlawa orang lain.
SIMPULAN BAHASA
AKTIVITIBerikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.
SIMPULAN BAHASA
Semak jawapan
JAWAPAN SIMPULAN BAHASA
Berat Tulang
AKTIVITIBerikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.
SIMPULAN BAHASA
Semak jawapan
JAWAPAN SIMPULAN BAHASA
Mulut Tempayan
AKTIVITIBerikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.
SIMPULAN BAHASA
Semak jawapan
Jawapan SIMPULAN BAHASA
Panjang Tangan
RUMUSAN• Simpulan Bahasa hanya terdiri daripada dua patah perkataan
sahaja dan perkataan-perkataan tersebut ia dapat membawa makna yang lain dari makna asalnya apabila digabungkan.
• Perkataan-perkataan tersebut merupakan benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia ketika itu hasil dari perbuatan manusia sendiri.
• Simpulan bahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya melayu.
• Keindahan simpulan bahasa merupakan cara sesuatu simpulan bahasa itu digunakan, yang membina minda.
SIMPULAN BAHASA
RUMUSAN• Tetapi pada masa kini, pelbagai simpulan bahasa dicipta yang
memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak simpulan bahasa seperti robot.
• Simpulan bahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan simpulan bahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan simpulan bahasa masing-masing.
• Selain itu, simpulan bahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
SIMPULAN BAHASA
Bidalan
OBJEKTIF
PENILAIAN
CONTOH
RUMUSAN
PENGENALAN
AKTIVITI
PENGENALAN• Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah
‘melekat di mulut orang ramai'.
• Kamus Dewan edisi keempat (2007), bidalan merupakan kata-kata yang sering kali disebut dan yang mengandungi nasihat, peringatan dan sebagainya.
• Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu sejak dahulu lagi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu ketika dalulu.
• Bidalan juga merupakan susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu.
BIDALAN
PENGENALAN• Menurut Abdullah Hassan, bidalan ialah pepatah atau
peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.
• Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti hendaklah, jangan, biar, lebih baik, harus dan usah.
• Menurut Muhammad Said (1992) pula dalam bukunya mengatakan bidalan itu cakapan terus dan kiasan bercampur, kadang-kadang cakapan itu berlapis.
• Jelas, bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.
BIDALAN
OBJEKTIF• Bidalan digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat,
mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.
• Bidalan juga mempunyai peranan yang sama sebagaimana puisi-puisi warisan Melayu yang lain baik dalam bahasa rasmi mahupun dalam kehidupan seharian mereka seperti untuk menegur, menyindir secara halus atau mengkritik.
• Selain itu, bidalan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.
BIDALAN
OBJEKTIF• Dalam masyrakat Melayu hari ini bidalan terus berperanan
sebagai alat sindiran dan teguran yang amat praktikal dalam konteks mengkritik dan menegur dengan redha yang halus.
• Bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat diharapkan dapat menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.
BIDALAN
CONTOH-CONTOH
1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitMaksud: kerja yang dimulakan hendaklah diselesaikan.
2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluhMaksud: Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.
3. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan didugaMaksud: Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.
BIDALAN
CONTOH-CONTOH4. Besar periuk, besarlah keraknya
Maksud: semakin besar pendapatan, semakin besar perbelanjaannya.
5. Biar tersengat, jangan tertiarap Maksud: lebih baik menanggung sedikit kesusahan daripada terus menderita.
6. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan didugaMaksud: merujuk orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.
BIDALAN
AKTIVITI
1. Bertemu buku dengan ________.
2. Ada _______ ada semut.
3. Ada udang ________ batu.
4. Baik _____ resmi padi, jangan bawa resmi _______.
5. Belum duduk sudah ________.
BIDALAN
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
JAWAPAN
JAWAPAN
1. Bertemu buku dengan ruas.
2. Ada gula ada semut.
3. Ada udang disebalik batu.
4. Baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang.
5. Belum duduk sudah belunjur.
BIDALAN
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
PENILAIAN
1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
2. Alah bisa tegal biasa.
3. Bumi mana tidak ditimpa hujan.
4. Biar genting jangan putus.
5. Biar lambat asalkan selamat.
BIDALAN
Berikan maksud bidalan di bawah.
JAWAPAN
JAWAPAN1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
jangan disangka orang yang pendiam itu atau tenang tidak berbahaya.
2. Alah bisa tegal biasapekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan.
3. Bumi mana tidak ditimpa hujansetiap orang tentu pernah melakukan kesalahan.
4. Biar genting jangan putuslebih baik rugi kecil, jangan rugi besar.
5. Biar lambat asalkan selamat membuat sesuatu kerja dengan berhati - hati
BIDALAN
RUMUSAN
Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu dan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.
Bidalan ialah cakapan terus dan kiasan bercampur dan lebih kerap digunakan kerana mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran.
Bidalan ialah kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.
BIDALAN
RUMUSAN Bidalan juga menunjukkan betapa orang Melayu begitu
kreatif untuk menyampaikan sesuatu misalnya nasihat, kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati dan perasaan jiwa mereka.
Bidalan harus diketahui oleh masyarakat kini agar tidak pupus ditelan zaman.
Langkah memasukkan bidalan dalam pembelajaran merupakan langkah yang cukup baik untuk terus menghidupkan peribahasa Melayu.
BIDALAN
PERUMPAMAAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
UNSUR-UNSUR
RUMUSAN
PENGENALAN
CONTOH
PENGENALAN Perumpamaan juga mengambarkan kebijaksanaan masyrakat
terdahulu kerana bahasa dan penggunaan kata yang digunakan begitu halus dan sopan bagi membuat perbandingan dengan sesuatu perkara.
Perumpamaan merupakan sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan perkara yang berada di sekeliling kita.
Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana, seperti, umpama, bak dan sebagainya sebagai kunci permulaan.
Oleh sebab itu, masyarakat dapat membezakan antara perumpamaan dengan penggunaan kata peribahasa Melayu yang lain.
PERUMPAMAAN
PENGENALAN Perumpamaan merupakan satu gambaran yang menunjukkan
bahawa masyarakat melayu terdahulu memiliki satu ketajaman minda dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yang tinggi.
Hal ini adalah kerana, setiap perumpamaan yang dibuat pasti akan mempunyai hubung-kaitnya dengan alam sekeliling.
Contohnya perumpamaan itik tidak sudu ayam tidak patuk telah menggunakan unsur-unsur binatang bagi membuat perumpamaan ini.
Oleh sebab itu, dapat ditegaskan disini bahawa perumpamaan yang dibuat oleh masyarakat terdahulu ada mempunyai kaitan dengan kebijaksaan dan alam sekeliling.
PERUMPAMAAN
OBJEKTIF Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in
Shaari (2009), perumpamaan digunakan untuk memberi teguran, nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran secara halus.
Melalui penggunaan kata perumpamaan individu yang mendegar tidak mudah tersinggung.
Oleh sebab itu, memang wajarlah penggunaan kata perumpamaan digunakan bagi mengelak pelbagai salah sangka yang akan timbul.
PERUMPAMAAN
OBJEKTIF Selain daripada itu juga, perumpamaan merupakan satu
medium yang sangat sesuai untuk menyindir seseorang tanpa menyebabkan mereka merasa tersinggung.
Hal ini adalah kerana, setiap baris ayat yang digunakan dalam perumpamaan hanya menggunakan perkataan yang banyak berkaitan dengan alam semulajadi.
Setiap fitrah yang berlaku dalam kehidupan seharian diadaptasi dalam perumpamaan untuk memberi kesedaran kepada manusia.
PERUMPAMAAN
UNSUR-UNSURPenggunaan unsur binatang dalam perumpamaan
• Jika diperhatikan kebanyakan perkataan perumpamaan banyak terdiri daripada unsur-unsur binatang.
• Setiap kelakuan yang dilakukan oleh binatang akan diterjemahkan dalam penggunaan perkataan perumpamaan dan ditujukan kepada kehidupan seharian manusia.
• Kata-kata yang berkisarkan kepada binatang ini mampu untuk menyedarkan kita mengenai adat dan cara kehidupan yang lebih teratur.
• Contoh penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan adalah seperti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, bagai murai dicabut ekor sebagainya.
PERUMPAMAAN
UNSUR-UNSURPenggunaan unsur tumbuhan dalam perumpamaan
• Unsur tumbuhan juga banyak digunakan dalam perumpamaan seperti pokok, daun, dahan dan sebagainya.
• Perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ini menggunakan kaedah perbandinagan antara tumbuhan dengan sifat manusia atau disebut sebagai simile.
• Contoh perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ialah laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
• Berdasarkan perumpamaan diatas dapat dilihat bahawa penggunaan bunga dedap itu digunakan bertujuan untuk mengambarkan sifat seseorang.
PERUMPAMAAN
UNSUR-UNSURPenggunaan unsur alam sekitar dan manusia dalam perumpamaan
• Alam sekitar merupakan satu persekitaran yang paling rapat dengan manusia.
• Oleh sebab itu, masyarakat terdahulu banyak menggunakan unsur alam sekitar dalam mencipta perumpamaan dan sebagainya.
• Perumpamaan yang menggunakan unsur alam sekitar ialah bagai hujan jatuh ke pasir bermaksud sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak mengenang budi.
• perumpamaan ada menggunakan unsur-unsur manusia ialah seperti anak muda jolong berkeris yang bermaksud keghairahan seseorang untuk menggunakan sesuatu yang baru diperolehinya
PERUMPAMAAN
CONTOH-CONTOH1. Seperti harimau menyembunyikan kukunya.
Maksud: Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
2. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa.
3. Seperti aur dengan tebing.Maksud: Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu.
4. Seperti embun dihujung rumput.Maksud: Tidak kekal
PERUMPAMAAN
CONTOH-CONTOH
5. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang .Maksud: Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
6. Seperti lintah menghisap darah.Maksud: Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
7. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.Maksud: Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
PERUMPAMAAN
AKTIVITI PERUMPAMAAN
Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan
gambar di sebelah.
Klikuntuk lihat
jawapan
JAWAPAN PERUMPAMAAN
BAGAIAUR
DENGANTEBING
JAWAPAN PERUMPAMAAN
Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan
gambar di sebelah.
Klikuntuk lihat
jawapan
AKTIVITI PERUMPAMAAN
HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG,
MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA
AKTIVITI PERUMPAMAAN
Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan
gambar di sebelah.
Klikuntuk lihat
jawapan
JAWAPAN PERUMPAMAAN
SEPERTILIPAS
KUDUNG
RUMUSAN
Perumpamaan merupakan satu bidang ilmu yang mempunyai makna yang tersendiri.
Perumpamaan merupakan salah satu lambang kebijaksanaan dan ketajaman akal fikiran masyarakat terdahulu terhadap alam sekitar dalam mencipta perumpamaan.
Namun demikian, masyarakat Melayu kini kurang menggunakan perumpamaan dalam kehidupan seharian mereka menyebabkan perumpamaan kian dilupakan.
PERUMPAMAAN
RUMUSAN Hal ini adalah kerana, kurangnya pengetahuan dan minat
masyarakat terhadap penggunaan perumpamaan.
Disamping itu juga, masyarakat kurang memahami makna dan erti kata perumpamaan menyebabkan mereka tidak berminat menggunakan perumpamaan dalam perbualan dan kehidupan seharian mereka.
Poleh itu, penerapan penggunaan perumpamaan dalam diri pelajar sejak kecil lagi akan mewujudkan kesinambungan dalam penggunaan perumpamaan dan perumpamaan tidak akan luput walaupun zaman berubah.
PERUMPAMAAN
pepatah
OBJEKTIF
PENILAIAN
CONTOH
RUMUSAN
PENGENALAN
AKTIVITI
PENGENALAN
Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu.
Ungkapan tersebut tidak pernah berubah, malah mempunyai cari-ciri puisi tradisional Melayu.
Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani kehidupan dan mengamalkan adat resam dengan lebih sempurna.
BAHASA KIASAN
PENGENALAN Biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan
sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.
Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.
BAHASA KIASAN
OBJEKTIF Pepatah digunakan untuk menunjukkan bahawa masyarakat
Melayu pada zaman dahulu sangat kreatif dan bijak dalam berkata-kata.
Pepatah juga bertujuan untuk melatih pengguna atau penutur berfikir sebelum berkata-kata.
Selain itu, pepatah juga digunakan untuk menyerikan lagi ayat dan menjadikan percakapan lebih sedap untuk didengar.
BAHASA KIASAN
CONTOH
Ertinya: Dua orang yang bersaudara tidak dapat
dipisahkan oleh perselisihan.Contoh ayat:
Mereka itu walaupun teruk bergaduh, tentu akan berbaik-baik semula, bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus.
BAHASA KIASAN
Air dicincang tidak akan putus
CONTOH
Ertinya: Setiap negara ada undang-undang dan
adat resamnya masing-masing.Contoh ayat:
Bila berada di rantau orang, jaga-jagalah diri itu supaya tidak menyalahi dengan kebiasaan di situ, kerana ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.
BAHASA KIASAN
Ada batang mati,Ada cendawan tumbuh
CONTOH
Ertinya: Makin diberi, makin banyak diminta.
Contoh ayat:orang yang bersifat tamak tentulah selalu makin murah makin menawar bila dituruti kemahuannya.
BAHASA KIASAN
Makin murahMakin menawar
CONTOH
Ertinya: Sesuatu yang sudah musnah
tidak boleh dibaiki lagi.
Contoh ayat:
kami tidak mahu terjadi nasi sudah menjadi bubur suatu masa nanti.
BAHASA KIASAN
Nasi sudahMenjadi bubur
AKTIVITIBerikan maksud pepatah di bawah: (klik pada pepatah untuk lihat jawapan)
BAHASA KIASAN
1. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
2. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
4. Malam berselimutkan embun, siang berlindungkan awan.
BAHASA KIASAN
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Maksud:Memperkatakan sesuatu hal biarlah berhati-hati
Dan memilih tempat yang sesuai.
Maksud:Janji yang diucap mestilah ditepati
BAHASA KIASAN
Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
Maksud:Tolong menolong apabila membuat sesuatu
pekerjaan sama ada susah atau senang.
BAHASA KIASAN
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Maksud:Sangat miskin sehingga tidak mempunyai
tempat berlindung atau berteduh.
BAHASA KIASAN
Malam berselimutkan embun, siang berlindungkan awan
PENILAIANBina ayat berdasarkan pepatah di bawah:
BAHASA KIASAN
Di mana bumi dipijak,Di situ langit dijunjung.
SEMAK CONTOH
CONTOH AYAT
Robert menjalani hidup mengikut adat resam penduduk setempat kerana baginya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
BAHASA KIASAN
Di mana bumi dipijak,Di situ langit dijunjung.
PENILAIANBina ayat berdasarkan pepatah di bawah:
BAHASA KIASAN
BAGAIMANA ACUAN,BEGITULAH KUIHNYA.
SEMAK CONTOH
CONTOH AYAT
Perangai Ahmad saling tidak tumpah seperti ayahnya kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
BAHASA KIASAN
BAGAIMANA ACUAN,BEGITULAH KUIHNYA.
PENILAIANBina ayat berdasarkan pepatah di bawah:
BAHASA KIASAN
MASUK TELINGA KANAN,KELUAR TELINGA KIRI.
SEMAK CONTOH
CONTOH AYAT
Kini dia terjebak dalam kancah penagihan dadah kerana nasihat ibunya hanyalah sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
BAHASA KIASAN
MASUK TELINGA KANAN,KELUAR TELINGA KIRI.
RUMUSAN BAHASA KIASAN
• Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu dan biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.
• Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap dan ungkapan tersebut tidak pernah berubah, malah mempunyai cari-ciri puisi tradisional Melayu.
• Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.