Post on 28-Dec-2015
description
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
KBK3073
KANAK – KANAK BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK TUGASAN 1
KUMPULAN
___UPSIA11______
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NORHANIM BINTI MOHAMAD HALIL D20102041418 0176441701
NAMA TUTOR E-LEARNING:ENCIK MOHAMED FAWZI BIN YUSOF
TARIKH SERAH: 1 MEI 2012
ESEI ILMIAHTERENCAT AKAL
PEMARKAHAN1 TUGASAN 1
JUMLAH
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan 3
2.0 Definisi 4
3.0 Sejarah Pendidikan Kanak – Kanak Terencat Akal 6
4.0 Pengkelasan Terencat Akal 7
5.0 Ciri – Ciri Perkembangan 9
6.0 Punca – Punca Terencat Akal 12
7.0 Langkah Pencegahan 14
8.0 Kesimpulan 20
Bibliografi 22
2
1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan
perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Menurut
Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau
deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian
kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah
ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak
khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.
Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-kanak
luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan,
kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala Garciulo (2003)
mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di bawah;
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy.
These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or
behavioral characteristics. Many of these children may require educational
programs customized to their unique needs."
Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti
berikut:
i. Terencat akal.
ii. Kurang upaya dalam pembelajaran.
iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku
iv. Pintar cerdas dan berbakat
v. Masalah bahasa dan pertuturan
vi. Masalah pendengaran
vii. Masalah penglihatan
viii. Kecelaruan spektrum autism
ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-
kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada
murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan,
3
bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003
dalam Sheila & Samsilah 2006).
Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas adalah
golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga memberi kesan
yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta perkembangan kognitif
mereka (Abd. Rahim 2006).
Terencat akal adalah jenis kecacatan yang paling biasa terdapat di kalangan kanak – kanak
berkeperluan khas. Kecacatan ini wujud secara tersendiri di dalam diri kanak – kanak atau
wujud bersama – sama dengan jenis ketidakupayaan lain dan menjadikan masalah yang
dihadapi oleh kanak – kanak itu lebih teruk dan sukar dipulihkan.
Di dalam kelas PKBP, murid – murid terencat akal tergolong dalam tahap terencat akal ringan
dan boleh dididik, dan sudah boleh mengurus diri sendiri dalam perkara – perkara asas.
Masalah utama yang dihadapi oleh guru ketika mengajar murid – murid terencat akal adalah
kesukaran mereka menerima pelajaran disebabkan tahap kecerdasan mereka yang rendah.
Kanak – kanak yang mengalami terencat akal adalah kanak –kanak yang mengalami keadaan
perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk dalam
fungsi intelek dan social.
Kanak – kanak dengan terencat akal biasanya turut mengalami masalah tahap mental yang
rendah dan kurang ataupun tiada keupayaan dalam mengurus seharian. Malah bagi kanak –
kanak yang mengalami terencat akal yang teruk, tidak dapat berjalan, bercakap ataupun
mengurus diri.
2.0 DEFINISI
4
Terdapat berbagai – bagai definisi terencat akal yang diberikan tetapi kebanyakannya
adalah hamper sama walaupun dinyatakan dalam bentuk yang berbeza – beza. Di sini diberikan
definisi terencat akal oleh dua persatuan terencat akal utama di Amerika Syarikat.
American Association on Mental Retardation (AAMR) telah mendefinisikan terencat akal
sebagai:
“Subsequently subaverage general intellectual functioning, existing concurrently with deficits
in adaptive behavior and manisfested during the developmental period, that adversely affects a
child’s educational performance.”
Manakala American Association on Mental Retardation Definition (AAMRD) mendefinisikan
terencat akal sebagai:
“Mental retardation is a disability characterized by significant limition both in intellectual
functioning and in adaptive behavior as expressed in conceptual, social and practical adaptive
skills. This disability originates before age eighteen.”
Terdapat tiga kriteria utama yang dapat disimpulkan daripada definisi – definisi di atas iaitu:-
2.1.Kefungsian Intelek di Bawah Purata
Kefungsian intelek di bawah purata ditunjukkan melalui kecedersan intelek (IQ) melebihi
daripada satu sisihan piawai di bawah min mengikt umur tertentu, iaitu dalam lingkungan 85
atau 85 bergantung kepada jenis ujian kecerdasan yang digunakan.
2.2 Lemah Tingkah Laku Suaian
Tingkah laku suaian bermaksud keupayaan individu untuk mencapai kehendak – kehendak
social dalam masyarakat bersesuaian dengan umur kronologinya. Kanak – kanak yang
mempamerkan masalah dalam penyesuaian tingkah laku dikatakan mengalami terencat akal.
Kriteria kemahiran yang termasuk dalam tingkah laku suaian adalah seperti berikut:
. Komunikasi – keupayaan bertukar – tukar idea, mesej atau maklumat dengan orang lain sama
ada secara lisan, isyarat atau cara – cara lain.
.Urus diri – keupayaan untuk mengurus kebersihan diri, makan dan perkara – perkara lain yang
berkaitan.
.Kemahiran sosial – kebolehan berinteraksi dengan baik / sesuai dengan orang lain
.Kehidupan di rumah/ domestik – kebolehan mengurus aktiviti harian kehidupan di rumah.
.Masa Lapang – kebolehan menggunakan masa lapang secara produktif.
.Kesihatan dan keselamatan – berupaya member perhatian dan berjaga – jaga serta bertindak
dengan cara yang tidak membahayakan diri dan orang lain.
5
.Arah kendiri – keupayaan membuat keputusan dan melaksanakannnya.
.Akademik – membaca, menulis, matematik dan kemahiran lain yang diperlukan untuk
berdikari.
.Menggunakan kemudahan awam – berupaya mengenal pasti dan menggunakan perkhidmatan
awam di dalam masyarakat setempat.
.Bekerja.
Bagi kanak – kanak kecil, tingkah laku suaian termasuklah belajar merangkak, kemudian
berjalan dan belajar bercakap.Di peringkat sekolah rendah, tingkah laku suaian termasuk
mengambil giliran, mengikut arahan dan bergerak bebas dan selamat di kawasan sekolah. Bagi
murid sekolah menengah pula, mereka berupaya pergi ke pusat membeli belah, makan bersama
rakan dan membuat persediaan untuk bekerja. Pelajar yang terencat akal minima mungkin
mengalami kelewatan dalam beberapa bidang tingkah laku suaian.
2.3 Kelihatan Semasa Zaman Kanak – Kanak Sehingga 18 tahun
Ketidakupayaan intelek hendaklah ditunjukkan atau dikesan semasa zaman kanak – kanak
sehingga umur 18 tahun. Oleh itu, kurang upaya intelek yang berlaku akibat daripada
kecederaan atau penyakit selepas perkembangan awal kanak – kanak tidak dianggap sebagai
terencat akal.
Julia Jantan (2007) menyatakan bahawa kerencatan akal berlaku akibat masalah
kegagalan otak berfungsi. Kerencatan akal yang berlaku pada individu bukan sahaja
melibatkan batasan fungsi mental tetapi turut melibatkan masalah emosi. Kemampuan kognitif
kanak – kanak terencat akal juga terganngu. Ini bermakna kanak – kanka ini lambat untuk
menerima sesuatu maklumat yang disampaikan kepada mereka dan dukar untuk memahami
konsep – konsep yang kompleks.
3.0 SEJARAH RINGKAS PENDIDIKAN KANAK – KANAK TERENCAT AKAL
Terencat akal telah wujud sejak zaman dahulu lagi walaupun sikap,nilai dan pandangan
masyarakat terhadap terencat akal berubah – ubah mengikut zaman. Tokoh – tokoh seperti
Itard, Seguin dan Montessori telah berjaya memberi tanggapan baru bahawa individu terencat
akal boleh mendapat faedah daripada latihan – latihan tertentu. Cubaan pertama untuk
mendidik kanak – kanak terencat akal dimulai oleh Itard pada lewat kurun ke 18. Seorang
kanak – kanak yang ditemui di dalam hutan di Perancis telah dijaga oleh Itard, seorang
pegawai perubatan. Kanak – kanak ini terkenal dengan gelaran “Wild Boy of Aveyron” dan
6
diberi nama Victor. Itard percaya bahawa perkembangan akal kanak – kanak ini terencat akibat
daripada tekanan persekitarannya yang liar dan tidak ada hubungan dengan manusia lain sama
sekali. Usaha Itard hanya menunjukkan kejayaan sedkit dan kanak – kanak itu masih tidak
dapat bercakap.
Usaha Itard disambung oleh rakannya Seguin yang tertarik dengan usahanya. Seguin
percaya bahawa terencat akal disebabkan oleh sensasi atau impresi terhadap apa yang dilihat,
didengar, dirasa dan lain – lain tidak sampai ke otak. Dia percaya sekiranya individu terencat
akal diberi rangsangan deria secara intensif dan juga latihan fizikal yang intensif, maka setidak-
tidaknya ada rangsangan yang dapat sampai ke otak. Pada awal kurun ke-20, Maria Montessori
dari Itali yang tertarik dengan idea Seguin telah mmbuat kesimpulan bahawa kerencatan akal
adalah lebih kepada masalah pendidikan bukannya masalah perubatan. Beliau telah mencipta
kaedah yang menumpukan kepada latihan – latihan sensori berdasarkan idea Seguin.
Perubahan besar tentang idea terencat akal di dalam masyarakat dapat dilihat pada
kebelakangan kurun ke-20. Mereka yang mengambil berta tentang terencat akal mula sedar
bahawa sebagai manusia, individu terencat akal juga berhak untuk mengambil bahagian dalam
kehidupan bermasyarakat, menikmati hak dan keistimewaan yang sama seperti ahli masyarakat
yang lain. Tunjang kepada perubahan sikap ini adalah konsep normalisasi. Normalisasi
menekankan kepentinagn membantu individu terencat akal hidup sebaik mungkin sebagai
seorang insan biasa.
4.0 Pengkelasan Terencat Akal
Sistem pengkelasan adalah salah satu cara mudah untuk membuat perbezaan dikalangan
individu yang mempunyai ciri – cirri yang sama – misalnya terencat akal.Pengkelasan individu
terencat akal dibuat berdasarkan empat perspektif iaitu punca(etiologi), kekurangan intelektual,
pendidikan dan tahap sokongan.
4.1 Perspektif Etiologi
Sejak dahulu lagi individu terencat akal diklasifikasi berdasarkan punca – punca
biological dan perubatan. Orientasi etiologi mengandaikan bahawa kerecatan akal adalah akibat
daripada penyakit atau kecacatan biological. Misalnya terencat akal dikatakan berpunca
daripada jangkitan seperti rubella, penyakit kelamin, ketidaknormalan kromosom seperti
Sindrown Down, kecelaruan metabolic seperti phenylketonuria(PKU) dan lain – lain.
4.2 Kekurangan Intelek
Pengkelasan popular yang digunakan oleh ahli psikologi dan pendidik adalah
berdasarkan keterukan kekurangan intelek yang ditentukan melalui ujian kecerdasan (IQ test).
7
4.3 Perspektif Pendidikan
Pengkelasan terencat akal juga dibuat berdasarkan jangkaan pencapaian dalam
pendidikan. Umumnya, guru pendidikan khas mengkelaskan kanak – kanak terencat akal
kepada dua kategori, iaiatu terencat kala boleh dididik (IQ= 50 – 75) dan terencat akal boleh
dilatih(IQ=35-55)
4.4 Perspektif Tahap Sokongan
Pendekatan ini bertujuan untuk menjelaskan batasan kefungsian individu dalam bentuk
jumlah sokongan yang mereka perlukan untuk mencapai perkembanagn maksima di rumah,
sekolah, tempat kerja atau di tempat – tempat awam. Sokongan semula jadi diperolehi daripada
ahli keluarga, rakan, guru dan pembantu. Manakala sokongan formalpula adalah seperti
program – program tajaan kerajaan seperti bayaran elaun orang kurang upaya, program
penjagaan kesihatan, perkhidmatan pemulihan dan sebagainya. Sokongan yang diterima
dibahagikan kepada empat tahap iaitu:
4.4.1 Berselang – selang(Intermittent)
Tidak selalu perlukan sokongan atau hanya memerlukan sokongan jangka pendek sahaja
seperti hilang pekerjaan dan krisis perubatan yang teruk.
4.4.2 Terhad (Limted)
Mempunyai had masa tetapi tidak berselang – selang seperti latihan kerja, transisi dari sekolah
ke alam dewasa.
4.4.3 Luas (Extensive)
Sokongan diterima setiap hari bagi beberapa situasi di tempat kerja atau di rumah.
4.4.4 Meresap (Pervasive)
Sokongan kuat dan berterusan yang disediakan dalam semua persekitran dan berpotensi di
sepanjang kehidupan seperti situasi perubatan yang kronik.
8
5.0 Ciri –Ciri Perkembangan
5.1 Definisi Perkembangan
Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari
peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia
dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua
faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh
disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan
kualitatif yang menuju ke arah tertentu. Menurut Atan Long (1980), perkembangan ialah
perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah
berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Gesell (1949)
menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua
kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh
kanak-kanak. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan
kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut
adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir
hayatnya.
5.2 Perkembangan Fizikal
Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan
pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut “Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal
kanak- kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar,
keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-
kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.
Perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks). Menurut Gallahue (1993),
pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas.
Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang
berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-
kanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi
(manipulation). Individu terencat akal mempunyai masalah kesihatan sampingan selain
kecacatan yang dialami. Misalnya kanak – kanak Sindrown Down menunjukkan ciri – ciri
kelaianan pada muka, jari dan badan serta penyakit – penyakit seeperti jantung berlubang dan
paru – paru.
9
5.3 Perkembangan Kanak-Kanak Dari Aspek Sosial
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang
membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima
oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses
sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan
penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial
kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses
peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kongnisi sosial, persahabatan dan
perhubungan dengan rakan sebaya.
Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan
adat yang dianuti oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan
sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya, mereka mempelajari cara
pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain
dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya. Tingkah laku
sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.
Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi
pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
Kebanyakan murid terencat akal menghadapi kesukaran dalam hubungan sosial.Kebiasaanya
mereka kurang diterima oleh rakan sebaya dan mungkin diketepikan langsung. Keadaan ini
disebabkan murid ini berkelakuan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi
sosial dan mereka mempunyai masalah menguasai kiu – kiu social yang halus sehingga mereka
kerap kali salah tafsir aksi – aksi murid lain.
5.4 Perkembangan Kanak-Kanak Dari Aspek Emosi
The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan
yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang
ataupun takut. Justeru itu, bolehlah disimpulkan emosi sebagai salah satu daripada ciri jiwa
manusia yang boleh mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau
mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi.
Ibrahim Mamat (1997), menyatakan emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh
seseorang dalam tidak balasnya terhadap sesuatu ransangan. Adakalanya ia boleh berbentuk
positif seperti riang, gembira, seronok dan kasih dan adakalanya ia berbentuk negatif seperti
10
sedih, marah, benci dan dendam. Menurut Gesell, emosi seseorang individu adalah semula jadi.
Contohnya, tangisan mendayu-dayu meminta supaya ibu memeluknya. Menurut Havighurst
pula, emosi seseorang adalah dipengaruhi oleh alam sekitarnya. (Suppiah Nachiappan, 2008).
Perkembangan emosi ini akan berlaku kepada kanak-kanak secara dua peringkat iaitu
peringkat emosi idea dan juga peringkat emosi pemikiran. Secara umumnya emosi idea ini
menggambarkan bahawa ekspresi penyampaian emosi adalah berada di peringkat permulaan.
Manusia menyampaikan emosinya secara tidak sedar dan ia keluar daripada naluri semula jadi
bawah sedar. Seorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan tetapi tidak dapat
menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasaan tersebut.
Emosi yang disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal (Azleena & Zainal,
2004). Bagi kanak – kanak terencat akal, mereka memerlukan perhatian akibat daripada
kesunyian, kemurungan dan juga kemahiran sosial.
5.5 Ciri Kognitif
Ciri kognitif individu terencat akal mempunyai kesan ke atas beberapa dimensi kefungsian
kognitif seperti:
5.5.1 Ingatan
Kanak – kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara yang
sepatutnya dilakukan atau lupa perkara yang baru diajar.
5.5.2 Generalisasi
Kebolehan mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya pada situasi yang lain dikatakan
sebagai generalisasi. Kanak – kanak terencat akal menghadapi masalah membuat generalisasi
dalam akademik, tingkah laku dan interaksi sosial.
5.5.3 Metakognisi
Iaitu kebolehan ‘berfikir tentang berfikir’. Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin
harian, merka akan menghadapi kesukaran menyelesaikannya.
5.5.4 Motivasi
Mereka mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu
tugasan dan mudah berputus asa.
11
5.5.5 Bahasa
Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa. Misalnya mereka mengambil masa yang
lama hanya untuk memahami konsep mudah seperti konsep atas, bawah, tepi dan sebagainya.
6.0 Punca Terencat Akal
Kebanyakan kanak – kanak terencat akal,terutamanya bagi kategori terencat akal ringan punca
kecacatan sukar dikenal pasti.Manakala bagi kanak – kanak terencat akal yang lebih teruk,
punca – punca kecacatan dapat dinyakan berdasarkan bila kecacatan itu berlaku iaitu semasa
prenatal(sebelum kelahiran), perinatal (semasa dan sejurus selepas kelahiran) atau
postnatal(selepas kelahiran)
6.1 Faktor Prenatal
Terencat akal boleh disebabkan oleh faktor prenatal yang melibatkan ketidaknormalan
kromosom atau jangkitan atau penyakit yang dialami oleh ibu atau janin terutamanya pada
awal kandungan iaitu tempoh tiga bulan pertama dalam kandungan.
a) Down Syndrome
Down Syndrome merupakan kecelaruan genetic yang menjadi punca utama terjadinya
terencat akal. Menurut National Down Syndrown Society, USA (2003), seorang
daripada 800 hingga 1000 kanak – kanak dilahirkan dengan Down Syndrome. Punca
Down Syndrome adalah jelas, iaitu setiap individu normal mempunyai 23 pasang
kromosom yang berjumlah 46 kromosom semuanya. 23 kromosom adalah daripada ibu
dan 23 kromosom lagi daripada bapa. Walau bagaimanapun, individu Down Syndrome
mempunyai lebih satu kromosom pada pasangan kromosom yang ke-21 dan keadaan ini
juga dikenali sebagai trimosy 21.
b)Fragile X Syndrome
Dikenali juga sebagai Martin-Bell Syndrome yang merupakan bentuk terencat akal
yang paling biasa yang disebabkan oleh factor keturunan. Kedua – dua ibu dan bapa
berkemungkinan adalah pembawa (carrier) tetapi hanya ibu yang akan menurunkan
kecacatan ini kepada anaknya. Sindrome ini terjadi akibat proses mutasi atau perubahan
di dalam salah satu gene di kromosom X. Bagi setiap individu normal,proses mutasi
berlaku apabila segmen gen akan berulang sebanyak 30 kali, tetapi dalam kes ini
segmen gen berulang sebanyak 55 hingga 200 kali sehingga menyebabkan gen terhenti
12
dan seterusnya berhenti daripada mengeluarkan sejenis bahan kimia yang biasanya
terdapat di dalam sel individu normal. Fragile X Syndrome terjadi pada1 dalam 1200
lelaki dan 1 dalam 2500 perempuan. Selain itu, lelakimengalami terencat akal yang
lebih teruk berbanding perempuan yang kebanyakannya mengalami terencat akal
ringan.
c) Prader- Willlie Syndrome
Sindrom ini kurang terjadi berbanding Down Syndrome dan Fragile X Syndrome, iaitu
lebih kurang 1 daripada 14000 bayi. Sindrom ini terjadi disebabkan oleh satu atau
beberapa perubahan pada kromosom ke-15, misalnya ketiadaan kromosom bapa pada
kanak – kanak menyebabkan ibu bapa menyumbangkan kedua – dua kromoom ke-15
(sepatutnya satu adalah daripada bapa). Kanak –kanak ini kebiasaanya mengalami
terencat akal ringan atau sederhana.
d)Fetal Alkohol Syndrome (FAS)
FAS terjadi akibat pengambilan alcohol yang berlebihan oleh ibu ketika mengandung
sehingga menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami ketagihan alcohol dan boleh
menyebabkan terencat akal.
e) Phenylketunoria(PKU)
PKU adalah kecelaruan metabolic yang merupakan faktorketurunan yang boleh
menyebabkan terencat akal. Ianya terjadi dalam 1 bagi setiap 15,000 bayi. PKU terjadi
apabila tubuh tidak berupaya menghasilkan bahan kimia yang diperlukan untuk
menukar bahan kimia toksik kepada bahan yang tidak berbahaya. Kanak – kanak hanya
mewarisi PKU sekiranya kedua ibu bapa membawa gen yang mengalami kerosakan.
f) Toxoplasmosis
Toxoplasmosis merupakan jangkitan yang disebabkan oleh parasit. Ibu mengandung
yang dijangkiti parasit akan menyebabkan kandungannya juga dijangkiti dan
mengalami terenacat akal.
6.2 Faktor Perinatal
Dalam keadaan tertentu masalah yang dihadapi ketika proses kelahiran dan sejurus selepas
kelahiran boleh menyebabkan terjadinya terencat akal. Diantaranya adalah kelahiran tidak
13
cukup bulan,proses kelahiran yang lama, kecederaan semasa kelahiran, kekurangan oksigen,
terbelit tali pusat atau kecederaan akibat prosedur kelahiran menggunakan forsep atau vakum.
6.3 Faktor Postnatal
Individu yang dilahirkan normal juga boleh mengalami terenacat akal akibat kemalangan atau
penyakit yang terjadi semasa zaman kanak – kanak. Di antaranya ialah:
a) Encephalitis
Encephalitis merujuk kepada pembengkakan pada otak yang boleh terjadi akibat
daripada jangkitan kuman. Dalam beberapa kes, encephalitis boleh menyebabkan
terencat akal
b) Keracunan Plumbum
Kanak – kanak yang terdedah kepada plumbum boleh mengalami terencat akal.
Dianggarkan setengah juta kanak – kanak berumur di antara 1 hingga tahun
menunjukkan peningkatan plumbum dalam darah mereka. Keracunan plumbum dan
juga Fetal Alcohol Syndrome merupakan punca terencat akal yang boleh dicegah sama
sekali.
c) Kecederaaan Otak
Sebarang kemalangan yang boleh mencederakan otak boleh menyebabkan terencat akal
pada kanak – kanak. Di antaranya adalah seperti terjatuh dari basikal, kemalangan jalan
raya, penderaaan, hamper lemas dan kekurangan zat makanan yang teruk.
d) Tuberous Sclerosis
Merupakan penyakit otak yang diperolehi selepas kelahiran yang hanya kelihatan padaa
lewat zaman kanak – kanak. Penyakit ini melibatkan ketumbuhan atau tumor pada tisu
– tisu system saraf tunjang.
7.0 Langkah Pencegahan
Ungkapan mencegah lebih baik daripada mengubati merupakan satu ungkapan yang
begitu sinonim dengan nasihat yang bertujuan untuk menghindari sesuatu yang tidak diigini
14
daripada berlaku seperti penyakit, masalah kesihatan dan sebagainya. Dalam konteks kecacatan
bayi atau kanak-kanak, terdapat banyak punca yang dikenal pasti walaupun adakalanya
kecacatan dikaitkan dengan takdir dan ujian Tuhan terutamanya kecacatan yang dialami sejak
lahir.Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku kecacatan pada kanak-kanak.Punca
biologi, psikologi dan persekitaran merupakan punca utama kecacatan kanak-kanak. Risiko
biologi ini boleh berlaku semasa peringkat prenatal atau penghamilan, Perinatal dan
postnatal. Ini disebabkan oleh faktor neoroligik yang merangkumi proses kelahiran, distress
fetal, bersalin dengan cara ekstraksi forcep, toksimia gravidarum atau eklamsia
dibandingkan kehamilan dan bersalin normal..
Jika kita tinjau masalah biologi masalah pengambilan ubat secara banyak semasa hamil
menyebabkan salah satu punca berlaku kecacatan pada kanak-kanak. Kerap kali orang ramai
tidak sedari bahawa kebanyakan ubat yang diambil semasa hamil akan mempengaruhi
kesihatan bayi yang dikandung (janin). Tragedi dramatik ubat talidomida (Synovirâ)
dipasarkan apabila ia didapati selamat digunakan sebagai ubat tidur atau ubat penenang. Ibu-
ibu mengandung telah menggunakan ubat tersebut tanpa memberi kesan mudarat pada diri
mereka.
Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada bayi yang telah dilahirkan mengalami
kecacatan yang teruk pada bahagian lengan dan kaki. Lebih daripada 10,000 kanak-kanak telah
menerima padah akibat penggunaan ubat talidomida oleh ibu mereka. Untuk mencegah padah
ini ibu-ibu perlu mempunyai pengetahuan dalam mengenalpasti kesan ubat secara tepat.
Sesetengah ubat boleh dikaitkan dengan kecacatan bayi atau boleh merencat risikonya untuk
mendapat bayi cacat meningkat lebih sedikit. Walau bagaimanapun peluang untuk mendapat
bayi normal , jika tidak ada bayi -bayi atau saudara-mara yang berdekatan yang cacat kerana
unsur genetik masih juga tinggi. Bagi mereka yang mempunyai adik - beradik atau saudara -
mara berdekatan yang cacat , mereka bolehlah mendapatkan maklumat dari doktor untuk
mengetahui sama ada kecacatan itu disebabkan oleh punca -punca genetik. Mengambil
suplemen atau makanan yang mengandungi asid folik sebelum mengandung dan seterusnya
semasa peringkat awal usia kehamilan, boleh membantu mencegah keabnormalan tiub neural.
Zat ini diperlukan untuk tumbesaran tiub neural secara normal, lazimnya keperluan ini intim
sebelum sempat si ibu tahu yang beliau mengandung. Lebih awal ibu-ibu datang ke klinik
pemeriksaan mengandung, lagi berkesan penjagaan kesihatannya.
15
Harus diingat bahawa risiko janin yang dikandung meningkat sekiranya ibu-ibu pernah
melahirkan anak yang cacat. Jadi asid folik perlu diambil dengan dos yang lebih tinggi.
Pengambilan lain-lain jenis vitamin perlu diberikan perhatian kerana pelbagai jenis vitamin
dengan berlebihan dos boleh memudaratkan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga
kandungan.Vitamin A berlebihan misalnya, boleh memudaratkan. Semasa mengandung ia
tidak boleh diambil melebihi 5,000 unit antarabangsa.
Seseorang wanita boleh mendapatkan ujian darah untuk memastikan yang dia
mempunyai imuniti kepada penyakit rubella umpamanya. Ibu mengandung dinasihatkan
supaya mendapat pemeriksaan ante-natal supaya penyakit-penyakit seperti darah tinggi ,
kencing-manis , anaemia , penyakit infeksi kencing dan sebagainya dapat dirawat dengan
sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya kecatatan pada anak-anak mereka.atau
melambatkan pertumbuhan fizikal kanak-kanak tersebut. Ubat-ubat ini dikenali sebagai
"teratogen". Setiap ibu harus mengenali ubat yang mereka makan. Infeksi viral yang lazim
dihidapi oleh bayi yang baru dilahirkan adalah sitomegalovirus. Kebanyakan kes tidak
memudaratkan tetapi bagi kes-kes serius, kecacatannya berbentuk terencat akal, pekak dan
hilang penglihatan.Risiko pada bayi meningkat sekiranya si ibu mendapat penyakit viral kali
pertama ketika mengandung. Ujian makmal boleh menentukan sama ada si ibu pernah terdedah
pada infeksi. Kaedah terbaik menghindari infeksi ini ialah dengan mencuci tangan,
terutamanya jika ada menyentuh individu yang telah dijangkiti oleh virus ini.Penyakit tularan
seksual juga boleh mengancam janin. Infeksi herpes dan sifilis boleh mendatangkan kebutaan
dan kematian. Klinik ibu mengandung akan menjalankan ujian saringan sifilis, hepatitis dan
HIV untuk semua ibu mengandung. Sekiranya status anda tidak diketahui, eloklah berbincang
dengan klinik di tempat pemeriksaan mengandung masing-masing.
Kecacatan yang berlaku pada kanak-kanak boleh disebabkan juga oleh punca -punca
genetik. Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh
kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.Seseorang wanita dalam lingkungan umur
dua puluhan yang mengandung bagi kali pertama mempunyai peluang yang baik sekali untuk
melahirkan bayi yang tidak cacat. Apabila ia meningkat ke peringkat umur empat puluhan
risikonya untuk mendapat bayi cacat meningkat lebih sedikit. Walau bagaimanapun peluang
untuk mendapat bayi normal , jika tidak ada bayi -bayi atau saudara-mara yang berdekatan
yang cacat kerana unsur genetik masih juga tinggi. Bagi mereka yang mempunyai adik -
beradik atau saudara -mara berdekatan yang cacat , mereka bolehlah mendapatkan maklumat
16
dari doktor untuk mengetahui sama ada kecacatan itu disebabkan oleh punca -punca genetik.
Faktor-faktor seperti bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah, ibu yang terlalu
muda, ibu yang merokok dan mengambil alcohol juga mempunyai potensi untuk mendapat
anak yang hiperaktif. Menurut Winzer (1996) wujud tiga kategori utama faktor risiko
iaitu risiko yang lama wujud (established risk), risiko biologi dan risiko persekitaran.
Faktor manusia yang lebih dikenali sebagai psikososial juga merupakan salah satu
yang menjadi penyumbang ke arah kecacatan. Antara punca-punca yang berkaitan dengan
manusia ialah kecuaian ibu bapa kanak-kanak tersebut. Ibu bapa mungkin mengamalkan
gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, mengambil dadah, pengambilan ubat yang
boleh memudaratkan kandungan oleh si ibu,mengambil pil perancang bagi tempoh yang
melebihi had yang disarankan oleh doktor atau pakar kesihatan, ibu bapa berpenyakit kelamin
dan sebagainya. Contoh punca besar yang sering dipandang ringan ialah bila anak-anak demam
panas, ada ibu bapa yang tidak mengambil tindakan untuk menurunkan suhu badan mereka,
terapinya cukup mudah iaitu dengan meletakkan ais di dahi mereka sudah memadai.Tetapi
kerana tidak sedar dan tiada pengetahuan bahawa demam panas dengan suhu yang tinggi boleh
menyebabkan kecacatan pada kanak-kanak. Kemiskinan hidup tidak patut diketengahkan .
Untuk mencegah berlakunya kecacatan pada anak-anak, ibu bapa harus mempunyai
ilmu dan pengetahuan asas untuk membolehkan mereka mengesan kemungkinan berlakunya
kecacatan pada anak-anak ketika masih di peringkat awal.Apabila ilmu asas seperti itu tidak
dimiliki oleh ibu bapa, boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak yang mempunyai masa
depan yang cerah berkesudahan menjadi cacat, termasuk daripada segi kebolehannya. Walau
bagaimanapun, kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak dapat dihindari/dicegah melalui
langkah-langkah awal oleh ibu bapa. Ibu perlu mengambil suntikan semasa berumur 12 tahun,
membuat pemeriksaan kandungan untuk mengesan sebarang kelainan pada kandungan seperti
yang disarankan, mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti menjauhi seks bebas dan
sebagainya. Langkah-langkah awal yang diambil oleh ibu bapa dapat mencegah kecacatan
yang ialami oleh kanak-kanak apabila dilahirkan.
Ramai ibu hanya bersedia untuk melahirkan bayi mereka namun tidak ramai yang
menyediakan diri mereka sebelum mengandung. Peringkat persediaan sebelum mengandung
inilah yang kritikal untuk tumbesaran seterusnya mungkin dapat menghindarkan
keabnormalan.Kesihatan diri perlu diutamakan. Jumpalah doktor untuk pertanyaan yang
melibatkan apa-apa yang berkaitan seperti pendedahan terhadap bahan kimia serta persekitaran
17
tempat kerja. Ubat-ubatan yang lazim digunakan mungkin berbahaya untuk janin yang
dikandung.
Antara filosofi penjagaan dan rawatan pesakit yang kerencatan akal ;
1. Ibubapa memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka.
Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang harus dibuat
untuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin pesakit dijaga di rumah
keluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan.
2. Menjamin pesakit akan menerima bimbingan dan pengajaran untuk mengatasi yang
dihadapi. Misalnya seorang yang berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalami
masalah pendengaran patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapan
dan bahasa dan sign language) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids) patut di
beli.
3. Menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar mengguna alat-alat yang sedia ada untuk
membuat kerja harian dan berfungsi seberapa normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak boleh
berjalan, kerusi beroda (wheel chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan
kaki pesakit dapat disediakan. Kesemua alat-alat ini boleh diperolehi dari Jabatan Pemulihan
Carakerja (Occupational Therapy.
4. Memastikan bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan akal
pesakit diberi rawatan yang tertentu tanpa kesan sampingan. Umpamanya sawan akan dirawati
dengan ubat antikonvulsant, masalah muntah-muntah harus diberi perhatian, infeksi kencing
dan sembelit mesti dirawati. Masalah psikologi tidak patut dihindarkan. Penilaian penglihatan
dan pendengaran juga mesti dilakukan.
5. Memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam keadaan yang normal dan tidak
terjadi kontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi masa untuk mengajar dan
menggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat dilakukan dirumah.
6. Menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian pesakit. Misalnya
18
pesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan syarat-syarat tertentu. Pesakit yang
mengalami kerencatan akal yang teruk boleh dijaga di pusat-pusat seperti Pusat Spastik atau
Wisma Harapan. Pesakit Sindrom Downs mempunyai persatuan tertentu.
7. Memastikan soal kewangan mencukupi. Keluarga yang amat miskin boleh dirujuk kepada
pihak kebajikan atau badan-badan sukarela.
Program untuk Bayi dan Pra Sekolah
(i) Model Home- Based – kanak-kanak menerima perkhidmatam di rumah daripada ibu bapa
dengan bantuan ahli profesional bagi mengenal pasti keperluan, memperkembangkan
program pengajaran dan memantau peningkatan.
(ii) Program center-based – kanak-kanak terencat akal mendapat perkhidmatan dan
pengajaran di pusat-pusat penjagaan daripada staf dan ibu bapa.
(iii) Program combination home-center-based – kanak-kanak menerima pengajaran di rumah
dan juga di pusat. Ibu bapa diberi laltihan di pusat untuk mengajar anak mereka di rumah.
Staf-staf akan melawat ke rumah untuk membuat pemantauan dan membincangkan
perkembangan anak mereka.
Program untuk Kanak-kanak dan Remaja
(i) Program kelas biasa – matlamat utamanya adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang
paling bermakna dengan pengasingan yang paling minima daripada rajan sebaya. Pengajaran
dilakukan dengan bantuan bahan-bahan pendidikan khas, perkhidmatan guru bergerak, guru
resos, serta penilaian secara diagnostic.
(ii) Program kelas khas – kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai memerlukan pendidikan
khas akan ditempatkan di kelas-kelas integrasi.
(iii) Program sekolah khas – sekolah khas harian dan sekolah khas berasrama penuh.
Sekolah khas harian bagi kanak-kanak terencat akal teruk disebabkan peralatan yang
diperlukan tidak ada di rumah.
(iv) Program-program lain – pengajaran di hospital dan di rumah (homebound). Pengajaran di
hospital diadakan bagi kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital dan bersifat
sementara.
19
8.0 Kesimpulan
Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang
berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna
dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang dikategorikan sebagai
insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal,
mental dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak
semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.
Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai
impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik selepas
mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).
Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat
pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui
mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak
mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada
kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu,
masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya
kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.
Perbezaan kognitif, sosial emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak di
dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Namun, kadang kala kita akan berjumpa
dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikuti norma-norma
perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan
yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaan kognitif, fizikal yang terhad,
kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak-kanak ini juga mungkin menghadapi
masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah
laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan
sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.
Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah kendalian
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid- murid berkeperluan khas
merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan
20
masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin disebabkan oleh
faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang tidak sempurna kerana penyakit, kekurangan
zat ataupun dadah. Disebabkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini, mereka
memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus, kasih sayang dan perhatian, yang menuntut
kesabaran serta komitmen guru dalam mendidik mereka.
21
BIBLIOGRAFI
Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran.
Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala
Lumpur. Quantum Books.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur.
PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.
Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran.
Universiti Terbuka Malaysia.
22