Post on 07-Aug-2018
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
1/99
EDU 5209
PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU
KAJIAN KUALITATIF TENTANG PELAKSANAAN KBSM DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU OLEH GURU
BAHASA DI SMK TAMAN DESA KUALA LUMPUR
PENSYARAH:
DR RASHID JAMIAN
DISEDIAKAN OLEH:
ZARINA BINTI JUSOH (GS 41437)
SEMESTER 1 (2014/2015)
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
2/99
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
3/99
SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN Halaman
BAB 1: PENGENALAN
1.0 Pengenalan KBSM
1.1 Pernyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Skop Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Limitasi Kajian
1.8 Definisi Operasional
1.9 Kesimpulan
BAB 2: KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN
2.0 Pengenalan
2.1 Konsep ..
2.3 Kajian mengenai Pengetahuan Guru dalam pelaksanaan KBSM2.4 Kajian..
2.5 Kajian Luar negara
2.6 Kesimpulan
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
3.1 Reka Bentuk Kajian
3.2 Sampel Kajian
3.3 Lokasi Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Kajian Rintis
3.6 Prosedur Kajian
3.7 Analisa Data
3.8 Kesimpulan
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
4/99
BAB 4: DAPATAN KAJIAN/ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan
4.1 Dapatan daripada Latar Belakang Responden
4.2 Pengetahuan Guru Bahasa Melayu dalam
Pengapliksian KBSM dalam pdp
4.3 Aplikasi dan kekangan Guru Bahasa Melayu dalam
Pengaplikasian KBSM
4.4 Penilaian Guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan
KBSM
BAB 5: PERBINCANGAN, IMPLIKASI,KESIMPULAN
DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
5.1 Perbincangan
5.2 Implikasi
5.3 Cadangan dan penambahbaikan KBSM
5.4 Kesimpulan
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
LAMPIRAN
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
5/99
Abstrak
Kajian ini bertujuan meninjau pendapat guru-guru bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan KBSM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Aspek kajian
termasuk memahami huraian sukatan pelajaran, memilih isi kandungan, kaedah
pengajaran, menentukan aktiviti pembelajaran, penyediaan bahan bantu
mengajar, penggunaan buku teks, merancang rancangan pelajaran, penilaian dan
penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Pembolehubah yang diuji ialah
pengalaman mengajar guru, kelayakan ikhtisas dan kekerapan menghadiri
Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan.
Seramai 306 guru daripada sekolah menengah Selangor Darul Ehsan diminta
menjawab soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengira kekerapan
dan peratusan. Selain itu Ujian Khi Kuasadua digunakan untuk kesignifikanan
hubungan antara pembolehubah berkenaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa
penyediaan bahan bantu mengajar, menentukan aktiviti pembelajaran pelajar dan
merancang kaedah pengajaran merupakan masalah-masalah utama yang
dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM.
Sementara itu, hasil ujian Khi Kuasadua pula menunjukkan tidak terdapat
perhubungan yang signifikan antara masalah pengajaran guru dalam
melaksanakan mata pelajaran KBSM dengan pengalaman mengajar guru,
kelayakan ikhtisas dan kekerapan menghadiri KDP.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
6/99
BAB 1
PENDAHULUAN
Pengenalan (lebih kurg 13ms)
Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan satu
langkah ke arah meningkatkan mutu pendidikan dengan menekankan perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Langkah ini bertujuan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran negara.Usaha ke arah melahirkan KBSM bermula pada tahun 1988,
selaras dengan beberapa perakuan yang dikemukakan dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Laporan telah menjadi asas
kepada pembaharuan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah
dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara mulai tahun 1983. Kurikulum sekolah
menengah yang dilaksanakan sebelum KBSM didapati kurang menekankan nilai-nilai
dan kemahiran-kemahiran yang membolehkan pelajar menjadi warganegara yang
bersemangat setia negara dan berakhlak mulia. Di samping itu, antara ciri-ciri yang
terdapat dalam kurikulum sebelum KBSM itu ialah kandungannya yang terlalu
memberatkan ilmu pengetahuan akademik. Penekanan yang berlebihan ini telah
menyebabkan kurangnya tumpuan kepada perkembangan watak dan sahsiah pelajar
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Beberapa dasar dan keperluan negara yang
timbul sejak pelaksanaan kurikulum sebelum KBSM ini memberi cabaran kepada
sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan tersebut. Oleh yang demikian
berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan, rancangan KBSM bertujuan melahirkan
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
7/99
insan yang baik. KBSM bertujuan untuk membolehkan pelajar memperkembang potensi
mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui KBSM adalah
diharapkan perkembangan yang menyeluruh dan bersepadu dapat melahirkan pelajar
yang boleh menyesuaikan diri. dalam masyarakat di samping dapat berfungsi secara
berkesan dan produktif dalam proses keharmonian dan pembangunan negara
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Usaha dan komitmen daripada semua pihak
yang terlibat dengan pelaksanaan KBSM adalah penting. Oleh itu semua pihak perlu
mengetahui dan memahami rancangan KBSM serta peranan dan tanggungjawab
masing-masing dalam melaksanakan KBSM.Implikasi daripada pelaksanaan KBSM ini
adalah besar, apabila:
(1) Masyarakat menaruh harapan yang tinggi terhadap KBSM dan menginginkan KBSM
boleh menyelesaikan berbagai-bagai masalah pendidikan di peringkat sekolah
menengah.
(2) Kejayaan atau kegagalan perubahan ini bukan semata-mata bergantung kepada
kurikulurn yang dihasilkan tetapi lebih banyak terletak kepada keupayaan
menteIjemahkan kurikulum itu dalam pelaksanaan.
Dalam strategi pelaksanaan KBSM terdapat pihak-pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung. Yang terlibat secara langsung ialah Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru.
Pihak-pihak ini bertanggungjawab bagi memastikan pembelajaran itu berlaku dan juga
mengadakan prasarana dan suasana yang memungkinkan pembelajaran itu berlaku.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
8/99
Manakala pihak yang terlibat secara tidak langsung ialah ahli-ahli masyarakat dan
kumpulan:kumpulan yang mempunyai keprihatinan terhadap pendidikan serta pihak
awam. Pelaksanaan KBSM memang merupakan tanggungjawab bersama antara
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan
sekolah, tetapi aktiviti yang utama dalam KBSM ialah pengajaran dalam bilik darjah dan
disokang pula dengan aktiviti lain di peringkat sekolah. Ini menunjbahawa pengurusan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah oleh pengetua atau pengurus sekolah di
sekolah sangat penting.
Tujuan kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat guru dalam melaksanakan KBSM dalam pengajaran
dan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Kuala Lumpur.
Selain itu, kajian ini juga meneliti hubungan di antara kelulusan ikhtisas, pengalaman
mengajar dan kekerapan mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) dengan
masalah melaksanakan KBSM dalam kalangan guru-guru yang dikaji.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
9/99
Soalan kajian
Secara khusus kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan yang berikut :
o Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam
melaksanakan KBSM dalam pengajarandan pembelajaran bahasa?
o Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara kelulusan ikhtisas
guru dengan masalah dalam melaksanakan KBSM?
o Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara pengalaman
mengajar guru dengan masalah dalam melaksanakan KBSM?
o Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara kekerapan guru
mengikuti KDP dengan masalah dalam melaksanakan pengajaran mata
pelajaran KBSM?
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
10/99
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
11/99
Definisi istilah
Latar belakang kajian
Penyelidikan tentang masalah pengajaran mata pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) dari persepsi guru telah dimulakan beberapa tahun yang
lalu oleh Fowzia (1991), Nik Aziz dan Ng See Ngean (1992), Bhawani (1992), Ab.
Ghani (1993), Mohd Nor (1994), Sharifah dan Zaidatol (1994), Hamidah (1995) danZainun (1995). Kajian-kajian tersebut mendapati masalah pengajaran mata pelajaran
KBSM dikategorikan dalam 5 aspek, iaitu :
o latihan dan kemahiran
o penggunaan bahan bantu mengajar
o kaedah pengajaran
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
12/99
o penerapan nilai
o penilaian pencapaian pelajar
Pengajaran adalah aspek yang penting dalam pendidikan. Menurut Smith
(1960) dan Cornell (1991) pengajaran adalah satu aktiviti yang ditujukankepada pelajar. Manakala Battle dan Shannon (1978) pula berpendapat
pengajaran merupakan proses penyampaian idea yang membantu pelajar
mengubah tingkah laku dengan cara sedar ke arah tujuan dan matlamat
pendidikan.
Dalam konteks ini, jelas bahawa pengajaran seharusnya mempunyai aktiviti
yang dilakukan oleh guru. Aktiviti yang dilakukan tersebut mempunyai kaitan
dengan tujuan, matlamat, isi kandungan, indoktrinasi dan kaedah pengajaran
(Robertson, 1988) yang menghasilkan pembelajaran (Gagne, 1995) dan
perubahan kebolehan pelajar (Sharifah, 1984).
Tujuan kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah-masalah guru dalam melaksanakan
pengajaran mata pelajaran KBSM di sekolah menengah di negeri Selangor Darul
Ehsan. Selain daripada itu, ia juga meneliti hubungan di antara kelulusan ikhtisas,
pengalaman mengajar dan kekerapan mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)dengan masalah melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM di kalangan guru-
guru yang dikaji.
Soalan kajian
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Dapatan kajian menunjukkan lebih 40% responden mengakui menghadapi masalah dalampelaksanaan pengajaran mata pelajaran KBSM daripada aspek penyediaan bahan bantuan
mengajar dan soalan peperiksaan, perancangan aktiviti termasuk rancangan pelajaran, penerapan
nilai murni, penggunaan buku teks dan penguasaan sukatan pelajaran. Kajian juga mendapatipenyediaan bahan bantuan mengajar merupakan masalah utama responden kerana 75.8%
daripada mereka menghadapi masalah tersebut. Masalah penyediaan bahan bantu mengajar yang
dihadapi mungkin memberi implikasi negatif terhadap pelaksanaan pengajaran. Menurut Ismail
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
13/99
(1989) penggunaan bahan bantu mengajar akan memberi implikasi positif dalam pengajaran
pembelajaran iaitu :
o melicinkan proses pengajaran pembelajarano menjimatkan masa, tenaga dan kewangano
mengelakkan salah tafsir, menghiburkan pelajar sambil belajaro memberi kelainan kepada pelajaro membantu pelajar menerima kesan pembelajaran yang maksimum
Memandangkan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran boleh
mendatangkan faedah yang besar, maka masalah penyediaan bahan bantu mengajar yang
menjadi masalah utama tidak seharus dipandang ringan. Apa masalah sebenar yang
dihadapi oleh guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar? Adakah daripada aspekkemahiran, kemudahan, kewangan, masa atau sikap? Langkah perlu diambil untuk
membantu guru mengatasi masalah tersebut.
Hasil kajian mendapati pembolehubah-pembolehubah (i) kelulusan ikhtisas, (ii)
pengalaman mengajar dan (iii) kekerapan mengikuti KDP tidak mempunyai hubungan
yang signifikan dengan masalah-masalah pengajaran mata pelajaran KBSM. Dapatan
tersebut menolak anggapan sesetengah pihak yang disenaraikan berikut :
o Guru yang berkelulusan Diploma Pendidikan lebih cekap daripada guru Sijil
Perguruan dalam aspek pengajaran.o Guru yang lama mengajar lebih menguasai bidang perguruan apabila
dibandingkan dengan guru yang baru mengajar.o Guru yang kerap menghadiri KDP seharusnya kurang menghadapi masalah dalam
pengajaran daripada guru yang jarang menghadapi KDP. Ini disebabkan gurutersebut dianggap mempunyai pengetahuan dan kemahairan yang lebih luas akibat
kerap mengikuti KDP.
Hasil dapatan juga menyokong dapatan kajian Hussein (1991) yang melaporkan bahawa
faktor kekerapan seseorang guru berkursus tidak ada hubungan korelasi dengan
peningkatan pengetahuan dalam melaksanakan pengajaran. Namun demikian, kajianlanjut yang memungkinkan aspek-aspek yang pengajaran mata pelajaran KBSM dilihat
secara khusus perlu dijalankan supaya masalah-masalah pengajaran guru dapat difahamidengan lebih mendalam.
KEPUTUSAN KAJIAN
Masalah Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran Mata Pelajaran KBSM
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
14/99
Untuk mengetahui masalah-masalah dalam melaksanakan pengajaran KBSM oleh para guru
maka satu senarai telah dikemukakan kepada mereka. Para responden diminta menentukan
aspek-aspek pengajaran mata pelajaran KBSM yang difikirkan menjadi masalah kepada mereka.Jawapan yang diterima daripada responden dapat dirumuskan dalam Jadual 2.
Jadual 2 menunjukkan masalah guru dalam melaksanakan pengajaran dalam mata pelajaranKBSM. Maklumat yang didapati dari jadual tersebut menunjukkan tiga masalah utama yang
serius dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Masalah-masalah tersebut ialah menyediakan
bahan bantu mengajar 75.8% (232), menentukan aktiviti pembelajaran pelajaran murid 65.3%(200) dan merancang kaedah pengajaran 60.1% (184).
Seterusnya, dua masalah lagi yang dihadapi oleh responden adalah menyediakan soalan ujiandan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Sementara itu, masalah-masalah lain
walaupun rendah dari segi peratusannya namun wajar diberi perhatian ialah memahami
keseluruhan sukatan pelajaran 46.1% (141), merancang rancangan pelajaran harian 41.2% (126),
menggunakan buku teks 42.5% (130) dan memahami huraian sukatan mata pelajaran yanh diajar.
Secara keseluruhan, analisis data memperlihatkan lebih 40% responden menghadapi masalahdalam kesemua 11 aspek pengajaran dalam KBSM yang disenaraikan dalam Jadual 2.
RUJUKAN
Bhawani Kanagarajah. (1992). The implementation of the form one KBSM
Bahasa Melayu curriculum. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.
Fowzia Osman. (1991). Penilaian program kemahiran hidup (pilihan B) tingkatan
satu di Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Fox, D.J. (1986). The research process in education. New York : Holt Rinehart &
Winston Inc.
Gagne, R.M. (1965). The condition of learning. Montreal : Holt Rinehart &Winston Inc.
Hamidah Abd. Hamid. (1995).Masalah guru dalam pelaksanaan kurikulumBahasa Malaysia sekolah menengah. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti
Malaya.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
15/99
Hussein Hj. Ahmad. (1991). Keberkesanan penyediaan guru dan aktiviti
meningkatkan profesionalisme mereka.Jurnal Guru, Jld 3,144-159.
Mohd Nor Mahmud. (1994). Pelaksanaan kurikulum geografi KBSM : Kajian
tentang sikap guru dan masalah yang dihadapi dalam pengajaran. Tesis Sarjana
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Azis & Ng See Ngean. (1992). Pelaksanaan matematik KBSM : Fenomena
tahun pertama. Masalah Pendidikan, Universiti Malaya, Jld 16, 7689.
Sharifah Md. Nor & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1994). Guru perdagangandan keusahawan : Tinjauan profil dan pandangan terhadap kerja. Jurnal
Pendidikan, Universiti Malaya, Jld 16, 3744.
Smith, B.O. (1960). A Concepts of teaching. Teacher College Record.
Uma Sekaran. (1987). Research methods for business : A skill building approach.New York : John Wiley & Sons, Inc.
Zainun Ishak. (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dalam KBSM : Sejauhmanakah keberkesanannya? Masalah Pendidikan, Universiti Malaya, Jld 19, 135
165.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
16/99
PENDEKATAN TEORI
Pernyataan Masalah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat mulai tahun 1988 dengan. empat mata pelajaran bahasa
(Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil) merupakan satu perubahan yang dirancang.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
17/99
Perubahan yang berlaku dalam KBSM memerlukan penglibatan yang sepenuhnya
daripada golongan guru di bawah pimpinan dan dorongan pengurus sekolah. Pengurus
sekolah yang cekap, kemaskini dan berkesan, termasuk dalam bidang profesional
adalah amat dituntut dan diperlukan di sekolah-sekolah kita hari ini kerana
reformasi pendidikan sedang dan akan berlaku dengan pesatnya (Hanafi, 1990).
Sesuai dengan perubahan ini kepimpinan sekolah adalah dituntut untuk
menggalakkan pertumbuhan unsur-unsur daya cipta inovasi dan penyesuaian
yang positif dan bermanfaat kepada perkembangan pendidikan yang sihat, sesuai
Tujuan kajian ini ialah untuk memnJau peranan yang dimainkan oleh
pengurus sekolah dalam pengurusan Kurikulurn Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM).
Objektif Kajian
1. Mengkaji sejauh manakah pemahaman guru BM terhadap pengaplikasian
pengajaran bahasa berpandukan KBSM.
2. Mengkaji tahap penguasaan KBSM dalam kalangan guru BM berdasarkan KBSM.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
18/99
3. Mengkaji persepsi guru terhadap pengaplikasian KBSM dalam pengajaran BM.
4. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru BM dalam mengaplikasikan KBSM dalam
pengajaran.
Persoalan Kajian
Persoalan kajian ialah apakah pengaplikasian guru terhadap tahap
pengetahuan, keperluan dan pelaksanaan pengurusan kurikulum (KBSM) oleh guru-
guru di sekolah, serta adakah terdapat perbezaan persepsi guru dari segi pengetahuan,
keperluan dan pelaksanaan pengurusan kurikulum (KBSM)? Di samping itu, kajian
mengenai pengurusan kurikulum bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) di sekolah, terutamanya di Malaysia sangat kurang dihasilkan.Sejajar dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. guru adalah individu yang
terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Amin
(1990), guru adalah antara pihak yang banyak menghadapi cabaran dan kesulitan. Ini
kerana mereka sentiasa berhadapan dengan Sungguhpun pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia sudah memberi pendedahan kepada sebilangan besar daripada
pengurus sekolah yang dikelolakan oleh Institut Aminuddin Baki dan cawangan-
cawangannya melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan, namun permasalahan
pengurusan l.llrikulum (KBSM) masih lagi wujud. Malahan ada kajian-kajian yang
menunjukkan bahawa terdapat berbagaibagai jenis halangan yang menghalang
pengurus sekolah untuk menjadi pemimpin pengajaran yang berkesan (Hussein, 1991).
Justeru itu beberapa langkah perlu diambil bagi mengatasi permasalahan
tersebutsuasana pembaharuan di sekolah. Bagi melaksanakan pengurusan KBSM
yang berkesan, pengurus sekolah dan guru-guru yang mengajar perlulah saling
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
19/99
mengetahui dan memahami aspek-aspek dalam pengurusan kurikulum bagi tujuan
pelaksanaan kurikulum berkenaan. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa
masalah dalam pengurusan kurikulum ini iaitu apabila pihak Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) dari Kementerian Peq.didikan Malaysia (1989) dalam kajiannya
merumuskan, bahawa dalam kalangan guru masih ada yang kabur mengenai konsep-
konsep asas dalam KBSM; pengurusan pelaksanaan KBSM di sekolah masih tidak
diurus dengan sempurnanya; penggunaan bahan bantu mengajar masih kurang
digunakan; strategi bahasa nilai-nilai murni merentasi kurikulurn masih belurn
melihatkan kejayaannya, di samping pembinaan budaya kerja, budaya belajar dan
budaya sekolah masih bel urn menghasilkan kejayaannya. Hasil Seminar Kebangsaan
Penilaian KBSM anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan di Institut
Aminudin Baki pada 2 hingga 6 September 1996 merumuskan bahawa kepemimpinan
dan pengurusan pengetua atau pengurus sekolah dalam melaksanakan KBSM masih
belum mantap; tahap kepakaran dan keyakinan guru masih di tahap rendah; mengakui
bahawa kepimpinan pengurusan kurikulurn yang ditunjukkan oleh kakitangan sumber
belum mencapai tahap yang diharapkan; pengetahuan dan keupayaan kakitangan
sumber dalam penyebaran maklumat KBSM masih memerlukan peningkatan; dan guru-
guru kurang kefahaman tentang prinsip dan aspirasi KBSM (Faridah, 1996; Mohd
Yusof, 1996; Sharifah Maimunah, 1996).Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau dapatan
daripada guru-guru di sekolah dalam pengaplikasian Kurikulurn Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Persoalan kajian ialah apakah persepsi pengurus sekolah dan
guru terhadap tahap pengetahuan, keperluan dan pelaksanaan pengurusan kurikulum
(KBSM) oleh pengurus sekolah, serta adakah terdapat perbezaan persepsi guru
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
20/99
dengan pengurus sekolah dari segi pengetahuan, keperluan dan pelaksanaan
pengurusan kurikulum (KBSM)? Di samping itu, kajian mengenai pengurusan kurikulum
bagi Kuriklllum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di sekolah, terutamanya di
Malaysia sangat kurang dihasilkan.
Skop Kajian
Kajian ini dijalankan kepada lima orang guru bahasa Melayu yang lama dan baharu
mengajar di SMK Taman Desa,Kuala Lumpur sebagai responden.Perkara yang dikaji
adalah berkaitan pegaplikasian KBSM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
oleh guru.Responden yang dipilih mengajar bahasa Melayu tingkatan 3 hingga 5 untuk
memberikan pendapat tentang obektif kajian ini.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
21/99
Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa
Melayu di sekolah menengah. Kajian ini dapat dimanfaatkan
Kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru-guru untuk menilai kesediaan diri
mereka sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Selain itu, guru-guru juga diharap
dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-murid mereka.
Aspek-aspek kekuatan dan kelemahan ini diharap dapat membantu guru merancang
dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. Guru-guru diharap
dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, objektif dan isi
pelajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan bahasa murid-murid.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
22/99
Definisi Konsep
Dalam konteks kajian ini, terdapat beberapa istilah-istilah yang digunakan seperti:
Pelaksanaan
Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] (1994) mendefinisikan pelaksanaan sebagai
perihal atau perbuatan melaksanakan, menjalankan atau mengusahakan sesuatu
rancangan, tugas dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, pelaksanaan merujuk
kepada rancangan dan tugas yang telah dilaksanakan oleh guru semasa
menyampaikan pengajaran bahasa Melayu. Pelaksanaan pengajaran dilihat bermula
dari langkah set induksi sehingga langkah penutup sesuatu pengajaran.
Pengaplikasian
Pengajaran
Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi (Sharifah Alwiah, 1983; Teuku
Iskandar, 1986; Yaxley, 1991). Sharifah Alwiah menganggap pengajaran sebagai
aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan,
mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
23/99
Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi
walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan
pelajar. Yaxley berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan
untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga
melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan
penilaian. Selain itu, apa yang diajarkan (DBP, 1985) atau perihal mengajar, segala
sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek
yang dipentingkan dan sebagainya (Teuku Iskandar, 1986). Konsep pengajaran dalam
konteks kajian ini merangkumi pengertian yang dikemukakan oleh Sharifah Alwiah
(1983), Teuku Iskandar (1986) dan Yaxley (1991). Pengajaran melibatkan aktiviti
mengajar yang dilakukan oleh guru semasa menyampaikan isi kandungan pelajaran
pada hari yang berkenaan.
Pembelajaran
Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku
dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan
pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan
tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan
untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun
pelbagai bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985). Bagi Gagne,
pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan
seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara
mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Dalam kajian ini, konsep
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
24/99
pembelajaran dipadankan dengan aktiviti dan penglibatan murid sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan, dan
mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat
persekolahan; sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah (KPM,
2001). Mata pelajaran Bahasa Melayu ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar
dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai
bahasa ilmu. KPM (2001) menegaskan bahawa kandungan mata pelajaran Bahasa
Melayu merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa serta
berteraskan bahasa Melayu baku. Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa
Melayu merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian
dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang
berkenaan.
Kurikulum
Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang
dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan.
Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan
norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan
kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada
akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).Oleh itu, kurikulum
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
25/99
amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan
satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia
juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam
semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Menurut KPM kurikulum
bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah
atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu
rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada
ahli-ahlinya. Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di
institusi pendidikan seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum ditentukan dan
ditetapkan oleh sesebuah Negara itu melalui Kementerian Pendidikan. (Wikipedia,
ensiklopedia bebas). Kurikulum berasal daripada perkataan Latin currere maksud
race course atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris bermaksud
jelmaan. Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.
Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang
disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan
bertindak secara kumpulan.
KBSM
KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
26/99
Oleh itu kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran,
kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan serta
kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup.
Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud bahawa penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara
integrasi dan menyeluruh. (Pukal Latihan KBSM, 1990).
Objektif KBSM
Membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berinteraksi dalam
semua situasi hidup, serta memperkembangkan pemikiran dan penaakulan.
Memberi peluang pelajar memahami alam sosial dan fizikal supaya mereka dapat
menikmati keadaan kehidupan daan nilai-nilai yang berkaitan serta membolehkan
mereka menjadi anggota-anggota masyarakat yang berkesan dan bertanggung jawab.
Menekankan pembelajaran ke arah memahami diri, mengembangkan bakat, serta
mempertingkatkan peribadi dan watak.
KBSM Menengah Rendah : fokus kepada pencapaian pendidikan umum dan
perkembangan sifat-sifat kewarganegaraan.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
27/99
KBSM Menengah Atas : fokus kepada penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan
yang lebih meluas dan mendalam.
Menitikberatkan aktiviti kokurikulum.
Pendekatan dan strategi pembelajaran seimbang dengan KBSR dan berpusatkan
murid.
Kesimpulan
Pengaplikasian KBSM akan memberi impak yang besar terhadap para pelajar dalam m
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
28/99
BAB 2
KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN
Pengenalan
Bab ini
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
29/99
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
30/99
BAB 2
KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
31/99
BAB 3
METODOLOGI
Pengenalan
Reka bentuk Kajian
Kajian Penyelidikan Kualitatif
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu dengan
menggunakan pendekatan pemerhatian, temubual dan analisis dari dokumen-dokumen
yang berkaitan dengan kajian.
Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Data
kualitatif diperoleh melalui temu bual dan pemerhatian. Data daripada nota lapangan,
temu bual dan pemerhatian ini digunakan sebagai data sokongan kepada data kuatitatif
yang dikemukakan dalam laporan kajian ini.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
32/99
Sampel Kajian
Kajian ini merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes (Yin, 1989). Kajian
ini melibatkan 5 orang responden iaitu guru-guru bahasa Melayu yang mengajar di
sebuah sekolah menengah di daerah zon Kuala Lumpur.. Dalam kajian ini sekolah
berkenaan dikenali sebagai SMK Taman Desa.
Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah di SMK Taman Desa,Jln Klang Lama
Kuala Lumpur. Kajian ini dibuat dengan mengambil kira pandangan Marshall dan
Rossman (1995) yang menggariskan empat perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu:
(i). Tiada halangan untuk menjalankan kajian. Dalam hal ini, pengkaji mendapati
guru-guru dan juga pengetua sekolah ini telah memberikan kerjasama yang baik.
(ii). Pihak sekolah dan responden memberikan persetujuan untuk pengumpulan
data. Pengkaji mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk melaksanakan proses
pengumpulan data dengan baik, serta wujudnya minat dan kerjasama daripada
responden. Dalam hal ini pengkaji yakin dapat memperoleh data yang diperlukan untuk
kajian ini kerana pengkaji mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir
sekolah dan semua responden.
(iv). Responden memberikan kerjasama semasa pengajaran, temu bual temu bual
dan pemerhatian, dan juga semasa menjawab soal selidik. Pengkaji berkemampuan
untuk membina hubungan percayai-mempercayai dengan responden.Dalam hal ini
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
33/99
pengkaji berjaya mewujudkan suasana kemesraan serta saling mempercayai, hormat-
menghormati dan sentiasa bersedia untuk berbincang.
Pengkaji telah memaklumkan kepada responden tujuan temubual dan rakaman
serta pemerhatian yang dijalankan untuk mendapatkan data yang berkualiti dan
mempunyai kredibiliti. Dalam hal ini, responden yang dipilih merupakan guru-guru
baharu dan lama yang mengajar bahasa Melayu di sekolah ini. Guru-guru yang
mengajar mata pelajaran lain tidak terlibat dalam kajian ini.
Sampel Kajian
Kajian ini merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes (Yin, 1989). Kajian
ini melibatkan 5 orang responden iaitu guru-guru bahasa Melayu yang mengajar di
sebuah sekolah menengah di daerah zon Kuala Lumpur.. Dalam kajian ini sekolah
berkenaan dikenali sebagai SMK Taman Desa.
Sampel Kajian
SMK Taman Desa mempunyai sembilan orang guru bahasa Melayu di sesi pagi dan
enam orang di sesi petang. Walau bagaimanapun, dua orang guru perempuan yang
mengajarkan bahasa Melayu di sesi pagi sedang cuti bersalin selama tiga bulan. Oleh
itu, guru berkenaan tidak dijadikan responden dalam kajian ini.
Instrumen Kajian
Pengkaji diberi beberapa soalan untuk membina sendiri instrumen kajian berdasarkan
kepada soalan soalan kajian disediakan dan soalan ini dijawab oleh responden. Soalan
ini dibahagikan kepada tiga soalan.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
34/99
Kajian Rintis
Prosedur Kajian
Kaedah Temubual
Tujuan utama kaedah temubual adalah untuk memahami persoalan, proses, dan situasi
yang akan diselidiki. Data temubual ini dijalankan dengan cara menemubual responden
dan dirakam secara audio supaya transkripsi dapat dibuat dan dianalisis.
Langkah-Langkah Menjalankan Kaedah Kajian Kualitatif diantaranya adalah:
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
35/99
i. Berada Dilokasi Kajian
Penemubual pergi ke komuniti atau peserta kajian yang dapat memberi jawapan
kepada persoalan kajian yang bakal dijalankan. Dalam kajian yang dijalankan ini,
penemubual mencari responden yang telah menggunakan proses pembelajaran di
sekolah rendah. Sebelum menjalankan kajian, beberapa persediaan telah dijalankan
seperti proses pemerhatian dan mengenalpasti peserta yang dapat memberi maklumat
yang terbanyak mengenai kajian yang bakal dijalankan. Dalam pemerhatian ini juga,
pengkaji atau (penemubual) boleh membina hubungan dan berinteraksi dengan
individu-individu yang dapat memberi jawapan kepada kajian yang akan dijalankan dan
memahami fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
ii. Membuat Catatan
Semasa menjalankan kajian, pengkaji atau penemubual mencatat segala maklumat
yang dijalankan. Maklumat yang diperolehi sama ada darisegi pemerhatian tingkahlaku,
perbualan dan juga peristiwa yang berlaku dalam persekitaran yang dikaji. Data
pemerhatian yang diperolehi biasanya diperolehi dalam bentuk teks.
Cara Mengambil Nota Lapangan
i. Masa, tarikh tempat dan peristiwa dicatat dan hasil temubual tersebut
direkod dengan menggunakan MP3.
ii. Ruang kosong dalam buku catatan dibiarkan ruang supaya boleh
ditambah sekiranya ada apa-apa maklumat yang tertinggal.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
36/99
iii. Nota tambahan juga diambil dan mencatatnya.
iv. Catatan diambil dengan menggunakan short hand.
v. Aspek pemerhatian diambil dari segi peristiwa, bahasa badan,
persekitaran, interakasi dengan responden, dan beberapa maklumat lain sebagai
tambahan.
iii. Temubual Individu (Peserta Kajian Yang Menggunakan Perbicangan
Dalam Talian)
Data tersebut dikutip berdasarkan pengalaman dan pandangan responden mengenai
topik kajian. Peserta kajian ini juga akan mendapat faedah melalui proses temubual ini
kerana mereka berpeluang untuk menyatakan perpektif dan pandangan mereka.
Manakala, pengkaji yang menemubual berpeluang untuk mengenali responden yang
ditemubual. Dalam proses menemubual, peserta adalah seseorang yang
dapat memberi respon kepada soalan-soalan kajian manakala penyelidik adalah
pengkaji yang ingin mengetahui pandangan peserta tersebut. Pengkaji menerima
semua jawapan yang diberi oleh peserta dan tidak memberi nilai samada jawapan itu
betul atau salah. Proses ini melibatkan pengkaji bersemuka dengan peserta dan
mendengar dengan teliti respon-respon peserta kepada soalan yang diajukan
kepadanya.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
37/99
iv. Langkah-Langkah Dalam Proses Temubual
Persediaan Menemubual: Protokol Soalan
Pengkaji menjalankan persediaan dengan bertanyakan soalan yang ditemubual kepada
responden mengenai tajuk kajian yang dijalankan. Protokol soalan tersebut adalah
senarai soalan-soalan yang perlu ditanya oleh penemubual (pengkaji) kepada
responden (peserta). Soalan tersebut adalah mengikut susunan seperti:
Bil. Jenis Soalan Penerangan Contoh Soalan Yang Akan Dikemukakan Oleh
Penemual Kepada Responden
1 Soalan Pengenalan
(Pembuka) Membolehkan peserta (responden) kajian memperkenalkan diri
Menerangkan mengenai diri responden dari aspek pengalaman, kerja, dan
latarbelakang.
2 Soalan Transisi: Penemubual memperkenalkan topik yang hendak dikaji dan
meminta responden peserta kajian tersebut menyatakan pendapatnya mengenai
kaedah belajar dengan menggunakan perbincangan secara dalam talian.
Apakah pendapat cikgu mengenai pembelajaran dengan mengintegrasikan ICT
(perisian kursus) dalam pengajaran Bahasa Malaysia?
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
38/99
3 Soalan Kunci : Soalan utama yang menghasilkan jawapan kepada soalan
kajian yang dijalankan Boleh tak cikgu ceritakan pengalaman cikgu dengan
menggunakan ICT dalam pengajaran Bahasa Malaysia?
Apakah perasaan-perasaan yang muncul ketika cikgu menggunakan perisian kursus
dalam pengajaran Bahasa Malaysia?
Apakah cadangan cikgu untuk memperbaiki kesan pembelajaran yang dijalankan
dengan menggunakan perisian kursus dalam pengajaran Bahasa Malaysia?
4 Soalan Penutup : Penemubual merumuskan apa yang telah dibincangkan
seterusnya bertanyakan soalan Adakah apa-apa yang tertinggal atau ingin ditambah?
Dan mengucapkan terima kasih kepada responden Melalui pandangan yang
dinyatakan oleh cikgu, saya berpendapat cikgu sangat menyokong dan berpandangan
positif mengenai proses pembelajaran secara perbincangan dalam talian ni kerana
kaedah ini merupakan salah satu kaedah baru dalam P&P (Pengajaran dan
Pembelajaran). Ada apa-apa perkara yang cikgu tertinggal atau ingin cikgu ingin
tambah berkaitan dengan proses pembelajaran berbantukan ICT?
Jadual 2.0 : Menunjukkan contoh-contoh soalan temubual yang akan diajukan kepada
guru.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
39/99
Perbincangan Dan Dapatan Kajian
Dari hasil kajian yang dijalankan, kita akan mengetahui persepsi guru dan pelajar
terhadap penggunaan perisian kursus yang dijalankan dan keadaan ini akan
meningkatkan tahap penguasaan penggunaan Bahasa Malaysia, memerlukan
sokongan dari semua pihak yang terlibat.
Rumusan
Kaedah temubual individu dan pemerhatian merupakan kaedah kajian yang perlu
dijalankan dalam Kajian Kualitatif. Pengumpulan data ini memberi peluang kepada
pengkaji untuk mendapat data yang diperlukan dalam temubual yang telah dijalankan.
Segala data yang diperolehi ini perlulah sesuai untuk menjawab persoalan kajian yang
dijalankan. Berdasarkan hasil temubual tersebut, pengkaji dapat m
Analisi Data
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
40/99
Kesimpulan
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
41/99
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
42/99
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
43/99
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
DAPATAN KAJIANKonsep pengajaran bahasa berbantukan komputer (PBBK)Sebagai guru BM, mereka sepatutnya memahami konsep penggunaan komputer di dalam bilikdarjah. Berdasarkan dapatan kajian, didapati sampel kajian menunjukkan pemahaman yang
pelbagai terhadap konsep PBBK.
Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran.Kebanyakan sampel kajian setuju bahawa (min 4.10) penggunaan komputer dalam pengajaranBM terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Manakala mereka berpendapat penggunaankomputer dalam mengajarkan karangan tidak begitu sesuai (min 3.18). Dalam hal ini, untukmendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan komputer (min3.48).Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran,kebanyakan sampel kajian tidak menguasainya dengan baik. Contohnya dalam penguasaanauthorware dan toolbook, mereka menyatakan tidak menguasainya dengan baik (min 3.25).Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran (min 3.5). Bagi
kebanyakan sampel kajian, mereka hanya akan menggunakan komputer apabila diminta berbuat
Kesan aplikasi komputer terhadap pelajarDapatan kajian menunjukkan, penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkanminat pelajar terhadap BM (min 3.06). Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yangpandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalampengajarannya (min 3.14). Bagi pelajar yang lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalampembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer min 2.74). Dapatan jugamenunjukkan penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan komputer (min
2.79). Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankanaspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar (min 3.00).
Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran (min 3.19).
Kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa berbantukan komputerDapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalammenggunakan komputer dalam pengajaran BM. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalammengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan (min 3.62). Gurujuga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
44/99
diberikan dalam menyediakan bahan (min 3.98). Pelajar juga kurang berminat (min 3.26)menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Komputer yang digunakan di sekolah seringrosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi (min 2.82).Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap disekolah (min 2.72). Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaankomputer dalam pengajaran. Terdapat guru BM yang tidak dapat menggunakan bilik komputerkerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain (min 2.86). Pengaruh rakan sejawat tidakmempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minatmengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian(min 2.51). Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan keranamereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran (min2.90).Cadangan untuk mengatasi masalahTerdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh sampel kajian untuk mengatasi masalah dalammeningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran BM (jadual 4). Kebanyakannyabersetuju dengan cadangan untuk mengatasi masalah seperti mewujudkan jaringan (min 3.51),
sediakan peruntukan (min 3.47), prasana yang cukup (min 3.46), kumpulan pembinaan bahan
RUMUSAN
Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaranberbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusandaripada dapatan kajian yang diperoleh seperti huraian berikut:Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yangmantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Inidisebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tigakomponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitukomputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlumemahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar
memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM. Namun,penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya,penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian keranapenggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapatmemudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantuyang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebihberkesan (Yahya Othman, 2007).Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru BM. Untuk menjamin keberkesananpenggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahanpembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaiandengan dapatan kajian oleh Jeong-Bae Son (2006) yang menunjukkan penggunaan komputer
dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatianpelajar.Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positifdengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan komputerdapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. Kajian yang dijalankan olehSaad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menuliskarangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputermeliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yangsering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
45/99
boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehanguru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuaidigunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan danpersediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasaikemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional.Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepadapenggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran.Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalampengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lainjuga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004)Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandanganumum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupundemikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaankemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupayameningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspeklatihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkanpenggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengankeperluan semasa perlu diberikan perhatian.
RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
Perbincangan
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
46/99
IMPLIKASI KAJIAN
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
47/99
KAJIAN
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
48/99
KESIMPULAN
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
49/99
CADANGAN
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
50/99
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
51/99
BIBLIOGRAFI (IKUT ABJAD)
1. Habsah Ismail. 2000. Kefahaman guru terhadap konsep pendidikan bersepadu
dalam KBSM. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
2. Pusat Perkembangan Kurikulum. 1992. Buku penerangan kurikulum bersepadu
sekolah menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2005. Buku panduan pengajaran dan
pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR I KBSM. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Rosnani Hashim. 1996, 2-6 September. Penyerapan nilai-nilai murni dalam
aspek pengajaran dan pembelajaran KBSM dari perspektif guru. Kertas
kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. lsu dan Hala Tuju Strategik
Ke Arah Abad 21 . lnstitut Aminuddin Baki. Genting Highlands, Pahang.
5. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2005. Buku panduan pengajaran dan
pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR I KBSM. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
52/99
6. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum
bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
7. Marshall, C. & Rossman, G. B. (1995). Designing qualitative research (2nd ed.)
[Mereka penyelidikan kualitatif (edisi kedua)]. CA: Sage Publication. Inc.
8. Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1994). Kamus dewan (edisi ketiga). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
53/99
Projek A: Kajian Kualitatif (Kajian Awal)
Persepsi Guru Terhadap Pembangunan Perisian Kursus
(Course Ware) Bahasa Malaysia Di Sekolah Rendah
Dr. Rosseni DinSiti Zuraida Abdul Manaf
Abstrak
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti keberkesanan penggunaan perisian kursus (courseware) dalam
subjek Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah. Instrumen kajian yang digunakan adalah dengan
menggunakan kaedah menembual pihak pentadbir, guru dan pelajar tahun enam dan memfokuskan
kepada tahap persepsi guru dan pelajar terhadap penggunaan perisian kursus Bahasa Malaysia yang
dibuat di Sekolah Rendah Kebangsaan. Hasil dari temubual ini, Kajian Kualitatif akan dijalankan akan
diproses dengan menggunakan NVivo 8.0. Dari hasil kajian tersebut akan dapat membantu penyelidik
untuk mengetahui persepsi guru terhadap pembangunan perisian kursus dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia.
1.0 Pengenalan
Dalam bidang pendidikan khususnya, penguasaan ICT di kalangan pelajar, guru dan
pensyarah telah meningkat. Penguasaan guru dengan kaedah pengajaran berbantukan
komputer semakin meningkat dan komputer juga bukan sahaja digunakan alat dan bahan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran malah lebih jauh dari itu. KementerianPelajaran Malaysia (KPM) juga sedang berusaha dengan lebih gigih untuk memartabatkan
Bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan matlamat kerajaan dalam
Memartabatkan Bahasa Malaysia, dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Kementerian Pelajaran Malaysia juga akan melaksanakan transformasi Bahasa Malaysia
dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan
modular, bersepadu, seimbang dan holistik. (Sumber Bahagian Hal Ehwal Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia, Januari 2010).
Di antara transformasi yang dijalankan, adalah seperti mengintegrasikan ICT (Information
and communication technologies) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.
Transformasi yang dicadangkan ini akan sekaligus meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran bahasa di Malaysia. Penguasaan ICT dalam bidang pendidikan dikalangan
guru, pelajar dan pensyarah juga telah meningkat. Penguasaan guru dalam bidang ini
bukan sekadar untuk menjadikannya sebagai alat dan bahan dalam pengajaran dan
pembelajaran dan lebih bermanfaat dari itu.
http://en.wikipedia.org/wiki/Information_and_communication_technologieshttp://en.wikipedia.org/wiki/Information_and_communication_technologieshttp://en.wikipedia.org/wiki/Information_and_communication_technologieshttp://en.wikipedia.org/wiki/Information_and_communication_technologieshttp://en.wikipedia.org/wiki/Information_and_communication_technologieshttp://en.wikipedia.org/wiki/Information_and_communication_technologies8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
54/99
Dengan kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah banyak membawa kepada
perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvesional dalam bilik
darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang seperti pengajaran di alam siber. Melalui
kaedah ini, para pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer
yang menghubungkan perisian komputer yang digunakan dan modem.Pendekatan yang
sering digunakan untuk mengajar pelajar di sekolah ialah dengan menggunakan kaedah
konvesional iaitu dengan menggunakan buku teks dan papan hitam. Guru hanya mengikut
objektif dan aktiviti dalam pengajaran yang akan dijalankan pada subjek-subjek modul yang
ditetapkan. Terdapat juga guru yang hanya memenuhi objektif untuk menghabiskan silibus
buku teks KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah).
2.0 Kajian Literatur
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan ICT untuk pembelajaranbahasa mendapati bahawa pelajar mampu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka dalam bidang berkenaan. Justeru itu kajian ini juga akan menerangkan proses
pembangunan perisian multimedia yang akan digunakan oleh para pelajar bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pembelajaran bahasa.
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan dalam pengajaran berbantukan bahasa,
diantaranya adalah pengajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun , dan Bahasa Arab. Sistem
pembelajaran tersebut adalah dengan berbentukan elemen ICT seperti multimedia. Aplikasi
multimedia yang digunakan termasuklah penggunaan audio, video, bunyi, imej, visualisasi,
dan sebagainya.
Selain itu, terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan dengan mengintegrasikan ICT
dalam pembelajaran. Sebagai contoh, dalam pembangunan perisian pembelajaran
matematik. Terdapat kajian yang telah dijalankan dengan membangunkan prototaip
pembelajaran berbantukan komputer yang telah dijalankan bagi subjek matematik untuk
pelajar sekolah menengah di tingkatan 4.
3.0 Pernyataan Masalah
Pendidikan merupakan bidang yang sentiasa mengalami perubahan mengikut kesesuaian
dengan perkembangan yang berlaku pada persekitarannya. Perubahan tersebut banyak
memberi kesan dalam pendidikan, terutamanya dalam aspek kurikulum . Justeru itu, para
pendidik seharusnya bergerak seiringan dengan tuntutan perubahan yang berlaku dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan. Subjek Bahasa Malaysia merupakan subjek yang penting
kerana Bahasa Malaysia juga adalah bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di Malaysia.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
55/99
Di peringkat sekolah rendah, Bahasa Malaysia juga merupakan subjek teras yang
merangkumi pemahaman dan penulisan.
Dari pemerhatian awal penyelidik, pembelajaran dengan menggunakan komputer adalah
lebih proaktif dan pembelajaran lebih berpusatkan kepada para pelajar. Pelajar akan lebih
aktif dalam kelas dengan melihat visual yang dipamerkan pada skrin. Sebagai contoh,
pelajar diberikan tugasan untuk membina ayat berdasarkan visual yang dipaparkan. Pelajar
lebih berminat dan lebih aktif memberi idea dan pendapat dengan melihat visual dan grafik
yang bergerak berbanding dengan gambar yang statik.
Sesetengah pelajar hanya mempunyai kemahiran menyalin dari memahami isi
pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Dengan hanya menggunakan teknik
pengajaran konvesional, pelajar yang tidak berminat dengan pembelajaran juga tidak
menumpukan perhatian dalam kelas, dan tidak kurang juga ada pelajar yang
tertidur. Objektif pembelajaran juga tidak dapat dicapai sepenuhnya. Jadi, dengan adanyaaktiviti-aktiviti yang lebih menarik, sekaligus akan lebih menarik minat pelajar untuk
menumpukan perhatian dalam kelas.
Namun, di peringkat sekolah rendah khasnya, guru masih lagi serasi menggunakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru dan kaedah tradisional. Kaedah tradisional
tersebut adalah dengan menggunakan kapur dan papan hitam dan pembelajaran hanya
berpusatkan kepada pelajar itu sendiri. Berdasarkan analisis statistik peperiksaan UPSR
peringkat Malaysia, pada tahun 2009 terdapat 6.6 peratus pelajar yang gagal menguasai
Bahasa Malaysia sepenuhnya di Bandar dan 8.4 peratus dari luar bandar. Pelajar yang gagaltersebut mendapat gred D dan E dalam Bahasa Malaysia pemahaman dan Bahasa Malaysia
penulisan.
Graf 1.0 Menunjukkan Peratusan Pencapaian Murid Yang Gagal Menguasai Bahasa Malaysia Dalam
Keuputusan UPSR Dari Tahun 2001 Hingga 2009
http://3.bp.blogspot.com/_duIej_3eJcU/TKYOq1CGbLI/AAAAAAAAACc/8NiBpplM5Hw/s1600/graf.png8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
56/99
Dengan mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus akan
lebih menarik minat pelajar untuk lebih mengukuhkan lagi tahap penguasaan bahasa sama
ada dalam penulisan dan pertuturan. Sebenarnya, masih terdapat lagi pelajar kurang fasih
dalam menguasai sebutan, penulisan khasnya untuk mengeja sesuatu perkataan iaitu lemah
3M (membaca, menulis dan mengira) di peringkat sekolah rendah walaupun sudah berada
di tahun 6. Pembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dalam bidang
pembelajaran Bahasa Malaysia khasnya untuk pelajar yang menghadapi UPSR akan dapat
memantapkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran. Keadaaan ini sejajar dengan
matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberikan kemudahan infrastruktur
asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti makmal komputer dan pusat akses
sekolah yang mempunyai kemudahan Schoolnet.
Cadangan teknik pengajaran yang akan dilaksanakan dalam sistem pembelajaran adalah
seperti pelajar menonton gambar animasi dan multimedia dan pelajar cuba membina
karangan dari visual yang dipaparkan. Teknik pengajaran ini akan lebih menggunakanpendekatan didik hibur. Didik hibur ini bermaksud mendidik sambil berhibur, keadaan ini
adalah untuk menarik pelajar lebih fokus kepada pengajaran bahasa yang dilaksanakan.
4.0 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi guru sekolah rendah menggunakan aplikasi
ICT, iaitu perisian kursus(courseware) ) bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa
Malaysia untuk pelajar sekolah rendah, khasnya pelajar tahun 6 mengikuti sukatan
pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam pengajaran BahasaMalaysia di Sekolah Rendah.
5.0 Metodologi Kajian Yang Dijalankan
Berikut adalah metodologi penyelidikan yang akan dijalankan dalam kajian:
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
57/99
Rajah 1.0 Metodologi Kajian
6.0 Kajian Penyelidikan Kualitatif
Kajian ini bakal dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu dengan
menggunakan pendekatan pemerhatian, temubual dan analisis dari dokumen-dokumen
yang berkaitan dengan kajian.
6.1 Populasi Dan Persampelan
Populasi yang digunakan adalah pihak pentadbir, guru Bahasa Malaysia dan pelajar tahun 6
di sekolah rendah kebangsaan. Kaedah kajian yang dijalankan adalah menemubual
responden yang terlibat dengan pengintegrasian ICT dalam pengajaran Bahasa Malaysia.
Responden Data Demografi
Pihak Pentadbir umur, latar belakangpendidikan, pengalaman
menggunakan komputer,
Guru Bahasa Malaysia umur, latar belakang
pendidikan, pengalamanmenggunakan komputer dalam
P&P,
Pelajar Sekolah Rendah Tahun6
Minat, markah-markah yangdiperolehi oleh pelajar.
Jadual 1.0: Responden Yang Terlibat Dalam Temubual
http://3.bp.blogspot.com/_duIej_3eJcU/TKYPUbhov4I/AAAAAAAAACg/t-Bud3jumho/s1600/metodkualitatif.png8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
58/99
6.2 Data Demografi
Data demografi yang akan dipungut adalah dari segi latar belakang responden, pengalaman
responden menggunakan perisian kursus dalam menyampaikan pengajaran dalam kelas.
6.3 Pungutan Data
Dengan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan analsis dokumen yang berkaitan
dengan pembelajaran Bahasa Malaysia. Dalam kajian Kualitatif, data perlu dikumpul dan
dan dianalisis secara sistematik dan bermakna. Data Kualitatif yang dikumpul dan sukar
diurus kerana sifatnya yang kurang berstruktur. Beberapa jenis data Kualitatif seperti Nvivo
telah banyak membantu penyelidikan Kualitatif untuk mengurus, menganalisis dan
menjana teori daripada data yang dikumpul. Penyelidikan kualitatif merupakan satu konsep
dan terdiri beberapa jenis penyelidikan untuk menerangkan fenomena sosial. Kaedah ini
juga dikenali dengan nama yang berbeza seperti kajian semula jadi, kajian lapangan,pemerhatian ke atas bahan kajian, kajian induktif, kajian kes dan etnografi. Salah satu
daripada tujuan penyelidikan kualitatif ialah memahami bagaimana manusia memenuhi
keperluan asas mereka. Ia menggabungkan pengalaman dan persepsi. Justeru, penggunaan
istilah atau frasa sangat jelas jika dibandingkan dengan kuantitatif. Salah satu perbezaan
tersebut ialah sampel atau responden kajian yang dijalankan tersebut. Bilangan responden
yang diperlukan bagi kajian kualitatif adalah kecil berbanding kuantitatif. Penyelidik
kualitatif sering merasa ragu-ragu mengenai bilangan responden yang kecil ini. Hakikatnya
ialah bilangan sampel yang kecil ini sudah cukup untuk menjelaskan fenomena yang dikaji.
Kefahaman sesuatu fenomena adalah dari perspektif bahan yang dikaji, bukannyapenyelidik. Walau bagaimanapun penyelidik adalah instrumen utama bagi pengumpulan
data dan analisis. Bilangan sampel yang kecil memberi ruang yang sangat luas kepada
penyelidik untuk membuat pemerhatian ke atas tingkah laku yang dikaji. Cara ini dapat
mengekalkan hubungan yang berterusan di antara pengkaji dan responden tersebut. Ketika
temu bual dilakukan, penyelidik akan melibatkan diri dengan cara yang tidak mengganggu
proses yang hendak dikaji. Soalan yang hendak ditanya adalah mendalam supaya subjek
dapat menceritakan pengalaman, keprihatinan atau pandangan terhadap isu yang dikaji.
Secara umum, penyelidikan kualitatif adalah langkah untuk memahami sesuatu situasi
berdasarkan konteks dan interaksi yang unik. Ia bukannya satu cubaan untuk meramalkan
masa depan sebaliknya memahami keadaan apa yang berlaku dan akan berlaku selepas itu.
6.4 Data Kualitatif
Data Kualitatif merujuk kepada maklumat dan data yang berbentuk teks atau ayat-ayat
yang tidak mempunyai struktur dan tidak dapat dirumuskan dalam bentuk nombor atau
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
59/99
statistik seperti data kualitatif. Selain itu, data tersebut juga adalah dalam bentuk dokumen
yang perlu di analisis oleh penyelidik.
6.5 Pengumpulan Data Kualitatif
Pengumpulan data kualitatif adalah dengan menggunakan kaedah temubual ini
menggunakan transkrip dan catatan. Transkrip tersebut dalam bentuk bertulis dan juga
rekod secara tape dan softcopy.
6.6 Kaedah Temubual
Tujuan utama kaedah temubual adalah untuk memahami persoalan, proses, dan situasi
yang akan diselidiki. Data temubual ini dijalankan dengan cara menemubual responden dan
dirakam secara audio supaya transkripsi dapat dibuat dan dianalisis.
6.7 Langkah-Langkah Menjalankan Kaedah Kajian Kualitatif diantaranya
adalah:
i. Berada Dilokasi Kajian
Penemubual pergi ke komuniti atau peserta kajian yang dapat memberi jawapan kepada
persoalan kajian yang bakal dijalankan. Dalam kajian yang dijalankan ini, penemubual
mencari responden yang telah menggunakan proses pembelajaran di sekolah rendah.
Sebelum menjalankan kajian, beberapa persediaan telah dijalankan seperti proses
pemerhatian dan mengenalpasti peserta yang dapat memberi maklumat yang terbanyakmengenai kajian yang bakal dijalankan. Dalam pemerhatian ini juga, pengkaji atau
(penemubual) boleh membina hubungan dan berinteraksi dengan individu-individu yang
dapat memberi jawapan kepada kajian yang akan dijalankan dan memahami fenomena-
fenomena yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
ii. Membuat Catatan
Semasa menjalankan kajian, pengkaji atau penemubual mencatat segala maklumat
yang dijalankan. Maklumat yang diperolehi sama ada darisegi pemerhatian tingkahlaku,
perbualan dan juga peristiwa yang berlaku dalam persekitaran yang dikaji. Data
pemerhatian yang diperolehi biasanya diperolehi dalam bentuk teks.
Cara Mengambil Nota Lapangan
i. Masa, tarikh tempat dan peristiwa dicatat dan hasil temubual tersebut direkod dengan
menggunakan MP3.
ii. Ruang kosong dalam buku catatan dibiarkan ruang supaya boleh ditambah sekiranya ada
apa-apa maklumat yang tertinggal.
iii. Nota tambahan juga diambil dan mencatatnya.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
60/99
iv. Catatan diambil dengan menggunakan short hand.
v. Aspek pemerhatian diambil dari segi peristiwa, bahasa badan, persekitaran, interakasi
dengan responden, dan beberapa maklumat lain sebagai tambahan.
iii. Temubual Individu (Peserta Kajian Yang Menggunakan Perbicangan Dalam Talian)
Data tersebut dikutip berdasarkan pengalaman dan pandangan responden mengenai topik
kajian. Peserta kajian ini juga akan mendapat faedah melalui proses temubual ini kerana
mereka berpeluang untuk menyatakan perpektif dan pandangan mereka. Manakala,
pengkaji yang menemubual berpeluang untuk mengenali responden yang
ditemubual. Dalam proses menemubual, peserta adalah seseorang yang dapat
memberi respon kepada soalan-soalan kajian manakala penyelidik adalah pengkaji yang
ingin mengetahui pandangan peserta tersebut. Pengkaji menerima semua jawapan yang
diberi oleh peserta dan tidak memberi nilai samada jawapan itu betul atau salah. Proses ini
melibatkan pengkaji bersemuka dengan peserta dan mendengar dengan teliti respon-
respon peserta kepada soalan yang diajukan kepadanya.
iv. Langkah-Langkah Dalam Proses Temubual
Persediaan Menemubual: Protokol Soalan
Pengkaji menjalankan persediaan dengan bertanyakan soalan yang ditemubual kepada
responden mengenai tajuk kajian yang dijalankan. Protokol soalan tersebut adalah senarai
soalan-soalan yang perlu ditanya oleh penemubual (pengkaji) kepada responden (peserta).
Soalan tersebut adalah mengikut susunan seperti:
Bil. Jenis Soalan Penerangan Contoh Soalan
Yang Akan
Dikemukakan
Oleh Penemual
Kepada
Responden
1 SoalanPengenalan
(Pembuka)
Membolehkan peserta
(responden)
kajian memperkenalkan
diri
Menerangkan
mengenai diri
responden dari
aspek
pengalaman,kerja, dan
latarbelakang.
2 Soalan Transisi Penemubual
memperkenalkan topik
yang hendak dikaji dan
meminta respondenpeserta kajian tersebut
Apakah pendapat
cikgu mengenai
pembelajarandengan
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
61/99
menyatakan
pendapatnya mengenai
kaedah belajar denganmenggunakan
perbincangan secara
dalam talian.
mengintegrasikan
ICT (perisian
kursus) dalampengajaran
Bahasa
Malaysia?3 Soalan Kunci Soalan utama yangmenghasilkan jawapan
kepada soalan kajian
yang dijalankan
Boleh tak cikguceritakan
pengalaman
cikgu denganmenggunakan
ICT dalam
pengajaran
BahasaMalaysia?
Apakah
perasaan-perasaan yangmuncul ketika
cikgu
menggunakanperisian kursus
dalam pengajaran
BahasaMalaysia?
Apakah
cadangan cikgu
untukmemperbaiki
kesan
pembelajaranyang dijalankan
dengan
menggunakanperisian kursus
dalam pengajaran
Bahasa
Malaysia?
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
62/99
4 Soalan Penutup Penemubual
merumuskan apa yang
telah dibincangkanseterusnya bertanyakan
soalan
Adakah apa-apa yangtertinggal atau ingin
ditambah? Dan
mengucapkan terimakasih kepada responden
Melalui
pandangan yang
dinyatakan olehcikgu, saya
berpendapat
cikgu sangatmenyokong danberpandangan
positif mengenai
prosespembelajaran
secara
perbincangan
dalam talian nikerana kaedah
ini merupakan
salah satu kaedahbaru dalam P&P
(Pengajaran dan
Pembelajaran).
Ada apa-apaperkara yang
cikgu tertinggal
atau ingin cikguingin tambah
berkaitan dengan
proses
pembelajaranberbantukan
ICT?
Jadual 2.0 : Menunjukkan contoh-contoh soalan temubual yang akan diajukan kepada
guru.
7.0 Perbincangan Dan Dapatan Kajian
Dari hasil kajian yang dijalankan, kita akan mengetahui persepsi guru dan pelajar terhadap
penggunaan perisian kursus yang dijalankan dan keadaan ini akan meningkatkan tahap
penguasaan penggunaan Bahasa Malaysia, memerlukan sokongan dari semua pihak yangterlibat.
8.0 Rumusan
Kaedah temubual individu dan pemerhatian merupakan kaedah kajian yang perlu
dijalankan dalam Kajian Kualitatif. Pengumpulan data ini memberi peluang kepada
pengkaji untuk mendapat data yang diperlukan dalam temubual yang telah dijalankan.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
63/99
Segala data yang diperolehi ini perlulah sesuai untuk menjawab persoalan kajian yang
dijalankan. Berdasarkan hasil temubual tersebut, pengkaji dapat menganalisis data yang
diperolehi dan menjawab persoalan kajian yang diperlukan.
9.0 RujukanAtan Long (1984), Pendidik dan Pendidikan Fajar Bakti Sdn BhdDebbie Corder (2007), Integration of ICT for Effective Learning Teaching and AssessmentInternational and Community Languages, School of Languages and Social Science,
Auckland University of Technology.Ibrahim Saad (1990), Perubahan Pendidikan Di Malaysia, Satu Cabaran Dewan Bahasadan Pustaka, Kuala Lumpur.Mahnita Mamat (2003), Aplikasi Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Bestari(smart school Management System-ssms Universiti Teknologi Malaysia.Mat Jizat B. Abdol dan Haizal B. Haron (2006), Kajian Terhadap Murid-Murid Di KelasPemulihan Dari Aspek 3M Daerah Kluang Universiti Teknologi Malaysia
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
64/99
LAMPIRAN
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
65/99
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU BERTERASKAN KBSM DI SEKOLAH MENENGAH
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes. Data kajian ini diperoleh
secara kualitatif iaitu menggunakan teknik pemerhatian tanpa turut serta dan temu bual.
Data-data kualitatif digunakan sebagai data sokongan dalam kajian ini. Kajian ini
bertujuan untuk melihat tiga perkara utama iaitu kesediaan guru bahasa Melayu,
kesediaan murid dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
di SMK Taman Desa,Kuala Lumpur. Data kajian kualitatif diproses mengikut tema-tema
tertentu. Dapatan kajian me
PENGENALAN
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui
bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan
kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan
informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
66/99
(Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di
sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi
memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-
baiknya.Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang
pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal
ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah
rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan
aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan
utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu
membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Oleh itu, guru
bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-
murid mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim
Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu
iaitu sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong
pengajaran dan pembelajaran; pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan
pembentuk sahsiah murid. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
(Sharbi Ali, 2005) dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran
Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta
menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan
bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
67/99
Malaysia [KPM], 1983) telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah
untuk membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan. Sementara
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Sharbi Ali, 2005) juga
menggariskan 11 objektif yang merangkumi beberapa kemahiran berbahasa
sebagaimana yang berikut;.
i.mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan
sehari-hari;
ii.bertutur dengan petah dan membuah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa
yang sesuai dan bertatasusila;
iii.membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
iv.menjadikan pembacaan sebagai suatu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan
pengetahuan dan hiburan;
v.menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang
betul;
vi.memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;menghargai dan
menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;menggunakan bahasa
Melayu untuk memperoleh pelbagai
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
68/99
PENDEKATAN TEORI
Dalam membincangkan sejauhmanakah KBSM mempengaruhi persediaan guru
dalam pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu, secara tidak langsung KBSM.
Sehubungan itu dalam kajian ini, akan diketengahkan dengan pelbagai teori yang
berkaitan dengan per.Teori yang dimaksudkan
ialah Teori..
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
69/99
Pernyataan Masalah
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
70/99
LATAR BELAKANG MASALAH / Pernyataan Masalah
Banyak guru yang menganggap mengajarkan bahasa Melayu merupakan suatu tugas
yang mudah. Kajian Seman Salleh (2005) menunjukkan semua guru yang menjadi
responden dalam kajiannya berminat dan seronok mengajarkan bahasa Melayu kerana
mereka menganggap bahasa Melayu sebagai mata pelajaran yang mudah untuk diajar.
Tanggapan ini diterima oleh pentadbir sekolah dan tindakannya ialah menentukan guru
bahasa Melayu dalam kalangan guru yang bukan opsyen bahasa Melayu. Amalan ini
berlaku disebabkan pengetua menganggap mata pelajaran bahasa Melayu boleh diajar
oleh guru-guru lain selain guru yang beropsyen bahasa Melayu. Kajian-kajian terdahulu
juga menunjukkan kebanyakan sekolah khususnya sekolah-sekolah di pedalaman
menghadapi masalah kekurangan guru. Kekangan ini mungkin menyebabkan guru-guru
yang mempunyai opsyen tertentu tidak ditempatkan di sekolah-sekolah berkenaan. Hal
ini menyebabkan sekolah menghadapi masalah untuk menentukan guru mata pelajaran
yang sesuai. Kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajarkan bahasa Melayu
menyebabkan pihak pentadbir terpaksa mengambil tindakan dengan menempatkan
guru-guru yang memilki opsyen lain untuk mengajarkan bahasa Melayu. Kajian-kajian
terdahulu juga mendapati adanya guru-guru agama, sains, matematik dan sebagainya
yang mengajarkan bahasa Melayu di sekolah. Perkara ini mungkin dapat
menyelesaikan masalah kekurangan guru tetapi tindakan ini tidak dapat membantu
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
71/99
meningkatkan penguasaan berbahasa dalam kalangan murid. Guru-guru ini
kebanyakannya kurang menguasai aspek-aspek bahasa dan ini menimbulkan masalah
apabila mereka menyampaikan pengajaran.Kajian-kajian terdahulu juga menunjukkan
kebanyakan sekolah khususnya sekolah-sekolah di pedalaman menghadapi masalah
kekurangan guru. Kekangan ini mungkin menyebabkan guru-guru yang mempunyai
opsyen tertentu tidak ditempatkan di sekolah-sekolah berkenaan. Hal ini menyebabkan
sekolah menghadapi masalah untuk menentukan guru mata pelajaran yang sesuai.
Kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajarkan bahasa Melayu menyebabkan
pihak pentadbir terpaksa mengambil tindakan dengan menempatkan guru-guru yang
memilki opsyen lain untuk mengajarkan bahasa Melayu menggunakan bahasa Melayu
yang betul dalam lisan dan penulisan;memberi makna dan menggunakan peribahasa
dalam konteks yang betul dan sesuai; dan menggunakan bahasa Melayu dengan
berkesan untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah SMK Taman
Desa,Kuala Lumpur. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjawab tiga soalan
kajian yang disediakan.
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
72/99
Persoalan Kajian
1.
2.
3.
4.
Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa
Melayu di sekolah menengah. Kajian ini dapat dimanfaatkan
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
73/99
Kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru-guru untuk menilai kesediaan diri
mereka sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Selain itu, guru-guru juga diharap
dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-murid mereka.
Aspek-aspek kekuatan dan kelemahan ini diharap dapat membantu guru merancang
dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. Guru-guru diharap
dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, objektif dan isi
pelajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan bahasa murid-murid.
Limitasi Kajian
Kajian ini dihadkan kepada perkara-perkara berikut:
1. Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang guru Bahasa Melayu yang baharu dan lebih
berpengalaman di SMK Taman Desa,Kuala Lumpur.
2. Kajian ini dijalankan kepada guru-guru perempuan dan lelaki yang dalam
peringkat umur 28 hingga 43 tahun sahaja.
3. Hasil dapatan daripada kajian ini tidak dapat
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
74/99
Definisi Operasional (nanti tuko ikut tajuk)
Dalam konteks kajian ini, terdapat beberapa istilah-istilah yang digunakan seperti:
Pelaksanaan
Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] (1994) mendefinisikan pelaksanaan sebagai
perihal atau perbuatan melaksanakan, menjalankan atau mengusahakan sesuatu
rancangan, tugas dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, pelaksanaan merujuk
kepada rancangan dan tugas yang telah dilaksanakan oleh guru semasa
menyampaikan pengajaran bahasa Melayu. Pelaksanaan pengajaran dilihat bermula
dari langkah set induksi sehingga langkah penutup sesuatu pengajaran.
Pengajaran
Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi (Sharifah Alwiah, 1983; Teuku
Iskandar, 1986; Yaxley, 1991). Sharifah Alwiah menganggap pengajaran sebagai
aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan,
mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku.
Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi
walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan
pelajar. Yaxley berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan
untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
75/99
melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan
penilaian. Selain itu, apa yang diajarkan (DBP, 1985) atau perihal mengajar, segala
sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek
yang dipentingkan dan sebagainya (Teuku Iskandar, 1986). Konsep pengajaran dalam
konteks kajian ini merangkumi pengertian yang dikemukakan oleh Sharifah Alwiah
(1983), Teuku Iskandar (1986) dan Yaxley (1991). Pengajaran melibatkan aktiviti
mengajar yang dilakukan oleh guru semasa menyampaikan isi kandungan pelajaran
pada hari yang berkenaan.
Pembelajaran
Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku
dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan
pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan
tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan
untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun
pelbagai bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985). Bagi Gagne,
pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan
seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara
mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Dalam kajian ini, konsep
pembelajaran dipadankan dengan aktiviti dan penglibatan murid sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
8/21/2019 Tugasan dr rashid kualitatif 4 nov.docx
76/99
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan, dan
mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat
persekolahan; sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah (KPM,
2001). Mata pelajaran Bahasa Melayu ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar
dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai
bahasa ilmu. KPM (2001) menegaskan bahawa kandungan mata pelajaran Bahasa
Melayu merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa serta
berteraskan bahasa Melayu baku. Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa
Melayu merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian
dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang
berkenaan.
Kurikulum
Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang
dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan.
Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan
norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan
kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada
akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).Oleh itu, kurikulum
amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan
satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri seti