Post on 19-Jan-2016
1.0 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan
inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang
sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal
insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah
negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan
hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan
untukmenjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek sepertimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap
pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar
pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea,
konsep dan matlamat pendidikan negara (KPM,2001).Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan
mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan
negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan dinyatakan
dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
1
2.0 (a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan perkaitannya dengan matlamat Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah .
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran
bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran
Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara
berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup
bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini
juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan
yang berbeza di kalangan murid.
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa
Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan.
Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa,
dan Pengisian Kurikulum
Matlamat Sukatan Pelajaran
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid
dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian
Objektif sukatan pelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:
1. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam
konteks perbualan harian dan situasi formal;
2. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi
3. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai
persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
4. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan
teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses
maklumat secara kritis;
2
5. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
pembelajaran berterusan;
6. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai
murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
7. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
8. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,dan sebutan
yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;
9. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur
ilmu; dan
10. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan
perasaan cinta akan negara.
Organisasi sukatan pelajaran
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan
Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem
Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum
balas.
Kemahiran Bertutur
3
Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta
sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga
digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur
pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan
kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.
2.0 Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Matlamat Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah .
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mempunyai fokus utama iaitu melahirkan insan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual dan yang sering disebut oleh guru-
guru sebagai JERI. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat
unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau
sebaliknya. FPK juga bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ,
berketrampilan , beraklak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran negara .
Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi
pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting
dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya mempunyai
hubungan yang rapat dengan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu khasnya dalam
beberapa aspek seperti rohani , intelek , jasmani , bakat , akhlak , sosial dan nilai-nilai estetik .
4
(a) Intelek
Intelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami
(menganalisa), akal budi, golongan – golongan cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan
terpelajar. Di sini jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan
yang berintelek tinggi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.
Oleh sebab itu, Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang
pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang
mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Seorang insan yang
mempunyai berdaya fikir yang tinggi , mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai
cita – cita dan aspirasi negara kita. Secara tidak langsung mereka dapat memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara seperti mana yang
dihasratkan dalam FPK .
Di antara matlamat Sukatan Bahasa Melayu adalah melengkapkan murid dengan keterampilan
berbahasa dan berkomunikasi . Berpandukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu , murid diajar
menggunakan bahasa dengan intonasi yang betul , menggunakan tatabahasa dengan betul dan
kemahiran-kemahiran bahasa yang lain . Ini membekalkan murid dengan ilmu pengetahuan
dalam penggunaan Bahasa Melayu dengan lebih berketerampilan dalam menjalinkan hubungan
sosial dan dalam urusan harian .
(b) Rohani
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan aspek rohani dan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu aspek rohani ini diterapkan ke dalam jiwa murid–murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran . Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilai–nilai murni boleh
diterapkan ke dalam diri murid–murid seperti nilai–nilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin,
tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Selain itu , dalam sukatan pelajaran
Bahasa Melayu juga terdapat aktiviti mengenalpasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam
sesuatu petikan . Ini dapat membantu murid-murid mengenali nilai-nilai kerohanian yang dapat
diamalkan dalam kehidupan harian mereka .Jika nilai–nilai ini dapat disemat ke dalam diri
murid–murid, mereka akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan berakhlak mulia
5
. Secara tidak langsung matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai iaitu
mewujudkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara .
(c) Jasmani
Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. Di samping
melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan nilai rohani yang baik, aspek fizikal
jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemen–elemen
kesihatan. Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri,
kebersihan diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan
pergerakan fizikal semasa melakonkan sesuatu watak dalam cerita . Tidak dinafikan
kecergasan fizikal mampu membina minda yang cerdas . Oleh sebab itu Falsafah Pendidikan
Kebangsaan juga menekankan aspek fizikal dalam melahirkan insan yang seimbang .
(d) Bakat
Dalam kalangan murid–murid kita mempunyai bakat–bakat tertentu seperti menyanyi, berlakon,
bersyair, bersajak, menari, dan pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga
menekankan elemen bakat ini. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya,
pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Antaranya aktiviti lakonan,
mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelbagai lagi. Dengan ini, bakat murid–murid
akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banyak pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato,
berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu
pun kebangsaan, bagi mecungkil bakat yang ada pada murid .
(e) Akhlak
6
Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. Begitu juga dengan agama lain yang
inginkan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. Dalam pengajaran Bahasa
Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan nilai–nilai murni ke dalam
diri murid–murid. Contohnya, membantu rakan, menghormati orang tua mahu pun orang yang
lebih muda, memberi salam, dan pelbagai lagi.
(f) Sosial
Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri murid–murid sekolah. Sosial ini boleh
dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lain–lain lagi. Guru
perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakan–rakan, dengan guru–guru, dan
dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. Apabila sosial
mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat
berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid.
(g) Nilai – nilai estetik.
Nilai–nilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu,
nilai–nilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. Contohnya, dalam
pengajaran puisi seperti sajak, pantun, gurimdam, seloka, syair, dan pelbagai lagi. Keindahan
bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya.
Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel, cerpen, dan lain-lain seperti
metafora, personafikasi, dan lain – lain.
KESIMPULAN
7
Dalam era globalisasi yang kian mencabar dan melalui arus-arus modenisasi, konsep
pembangunan modal insan amat ditekankan sebagai satu usaha menjadikan negara kita,
Malaysia maju, yakni setaraf dengan negara-negara luar. Ini termasuklah demi
pembangunan sejagat dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri serta
selari dengan hasrat Wawasan 2020 yang pernah diwar-warkan oleh mantan Perdana
Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad satu masa dahulu. Kita amat bertuah kerana
tidak lama dahulu iaitu pada tahun 1988, tergubalnya sebuah garis panduan yang diberi
nama Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini kerana oleh sebab falsafah inilah yang
membentuk sistem pendidikan Negara seterusnya melahirkan anak-anak Malaysia yang
berjaya.
Sesebuah falsafah yang digubal dalam sistem pendidikan sesebuah negara memainkan
peranan yang amat penting. Falsafah pendidikan menjadi satu pedoman, arah tuju dan
pandangan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Di dalamnya terkandung
pelbagai hasrat untuk dilaksanakan yang menjadikan sistem pendidikan sebagai modus
operandinya. Maka dengan itu, sistem pendidikan adalah dibina berdasarkan falsafah
pendidikan. Oleh yang demikian, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan terkandungnya
garis panduan yang menjelaskan arah tujuan sistem pendidikan negara kita. Ia menjadi
panduan setiap aktiviti pendidikan. Ia tidak lepas dari menjadi cerminan pemikiran dan
hasrat negara kita dalam melahirkan ciri-ciri individu yang dikehendaki oleh negara.
Sistem pendidikan negara kita mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Perubahan demi perubahan berlaku dari tahun ke tahun
sebagai tujuan untuk menghasilkan peningkatan kuantiti produk-produk generasi baru
yang berkualiti. Ini juga adalah kerana kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu
sendiri yang bersifat menyeluruh, sejagat dan bermotivasi. Pada pendapat saya, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bersifat menyeluruh kerana melibatkan keempat-empat unsur
dalam kehidupan kita. Unsur-unsur tersebut ialah rohani, jasmani, intelek dan sosial.
Unsur-unsur inilah yang memantapkan kehidupan harmonis, seimbang dan cemerlang.
Individu yang seimbang inilah dijamin dapat memaju ke arah kemajuan negara yang tiada
taranya. Pendidikan Bahasa Melayu di sekolah tidak lari dari landasan dalam mencapai
hasrat dan aspirasi negara berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi
pegangan utama guru-guru .
8
Tuntasnya, sebagai guru, kita memainkan salah satu penggerak utama bagi menjayakan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai
tanggungjawab besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu
semata-mata, malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi
pendidikan yang dicita-citakan negara. Transformasi pendidikan ini termasuklah dalam
menjana modal insan cemerlang dan memupuk minda kelas pertama .
3.0 Konsep 5P dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu .
Konsep 5P adalah suatu strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu . 5P adalah
singkatan bagi elemen penggabungjalinan , penyerapan , penggayaan , pemulihan dan
penilaian . Kelima-lima elemen tersebut adalah sangat penting dan amat ditekankan
penggunaannya di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu . Setiap
elemen tersebut adalah penting untuk guru merancang strategi pengajaran dan pembelajaran
yang efektif dan menyeronokkan . Semua elemen dalam konsep 5P ini dijalankan secara
bersepadu dan tidak secara berasingan .
( i ) Penggabungjalinan
Penggabungjalianan bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk
menghasilkan pelajaran yang menyeluruh dan bersepadu .Penggabungjalinan bertujuan untuk
membantu guru memastikan murid mengusai beberapa kemahiran secara serentak . Menurut
Kamarudin Haji Husin (1990) , strategi ini bertujuan mengukuhkan kemahiran antara satu sama
lain dan menjadikan aspek pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu pelajaran agar
pembelajaran tersebut lebih menarik dan bermakna . Melalui penggabungjalinan , guru boleh
mewujudkan lebih banyak aktiviti dan melibatkan lebih ramai murid .
Sebelum mengaplikasikan strategi penggabungjalinan dalam pengajaran dan
pembelajaran, seseorang guru perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip yang terkandung
di dalamnya. Prinsip utama strategi penggabungjalinan ialah, ia mestilah bersifat boleh ubah
dan perlu selaras dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin
dicapai. Seterusnya, guru perlu tahu dan menetapkan jumlah kemahiran yang ingin
digabungjalinkan dalam sesebuah pengajaran. Guru perlu menggabungjalinkan sekurang-
kurangnya dua kemahiran dalam sesebuah pengajaran. Guru juga mestilah merancang
kemahiran fokus dan kemahiran sampingan dengan baik. Prinsip terakhir ialah,
9
penggabungjalinan yang ingin dilakukan oleh guru perlu diseimbangkan dengan kebolehan,
pencapaian dan keperluan murid-muridnya. Strategi penggabungjalinan mempunyai tiga bentuk
, iaitu :
a. Penggabungjalinan Kemahiran
Terdapat tiga kemahiran utama dalam pengajaran bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh
murid-murid. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Dalam sesebuah pengajaran yang menggunakan strategi penggabungjalinan, guru perlu
menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua kemahiran tersebut dalam pengajarannya. Ini
bermakna murid-murid akan memperoleh dan menguasai dua atau lebih kemahiran dalam
masa yang sama. Kemahiran tersebut boleh dibahagikan kepada fokus utama dan fokus
sampingan. Selain daripada kemahiran-kemahiran bahasa, guru juga boleh
menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam mata
pelajaran bahasa Malaysia. Kemahiran-kemahiran tersebut seperti Muzik, Pendidikan Seni,
Sains, Sastera dan sebagainya boleh digunakan oleh guru ketika menyampaikan
pengajarannya. Aktiviti-aktiviti seperti nyanyian, pergerakan, melukis, mendeklamasikan sajak,
lakonan dan sebagainya boleh membantu merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
b. Penggabungjalinan Aktiviti
Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan
dan kesesuaian pengajarannya. Aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan perlu merangkumi
aspek-aspek seperti lisan, bacaan dan tulisan. Penggabungjalinan aktiviti perlu dirancang
dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik, misalnya aktiviti membaca disusuli
dengan mengesan isi-isi utama, kemudian membuat ulasan dan seterusnya menulis ulasan
dalam buku latihan. Aktiviti lisan seperti perbincangan boleh digabungjalinkan dengan aktiviti
membaca, iaitu memahami sesuatu isu yang dibincangkan dan diikuti oleh aktiviti penulisan
berdasarkan isu yang telah dibincangkan.
c. Penggabungjalinan BahanPenggabungjalinan bahan pula memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau tema
pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan
oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajarannya di dalam
kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan tulis, gambar-gambar
sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan
semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja
yang dapat dialami oleh murid-murid. Bahan-bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau
10
bahan sokongan. Guru perlu merancang agar bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,
pengalaman dan tahap pencapaian murid. Bahan-bahan tersebut boleh digabungjalinkan
mengikut keperluan masa dan mempunyai pertalian dan urutan yang baik. Misalnya keratan
akhbar yang memuatkan isu-isu semasa boleh digabungjalinkan dengan bahan lisan, iaitu
murid-murid boleh membuat ulasan, perbincangan dan sebagainya terhadap bahan tersebut.
(ii) Penyerapan
Penyerapan merupakan proses menyerapkan dan menyatukan ilmu pengetahuan daripada
beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran bahasa. Penyerapan adalah proses di
mana ilmu , nilai , kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah
diserapkan di dalamn pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu .
Jenis penyerapan
a. Penyerapan Ilmu
Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu . Contohnya , dalam tahap satu, penyerapan
mata pelajaran Alam dan Manusia seperti isi pengetahuan yang berkaitan alam sekitar,
tumbuhan, haiwan, kemanusiaan, kemasyarakatan, dan kesihatan, diserapkan dalam
pelajaran bahasa. Murid akan memperoleh pengetahuan dalam isi kandungan mata pelajaran
Alam dan Manusia, di samping dapat menguasai kemahiran bahasa. Beberapa mata
pelajaran lain seperti Agama, Moral, Muzik, Seni, Pendidikan Jasmani, juga boleh diserapkan
ke dalam mata pelajaran bahasa (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Pengajaran akan lebih
kukuh sekiranya penyerapan pengetahuan diserapkan.
b. Penyerapan Nilai Murni
Nilai murni boleh diserapkan pada murid secara terancang dalam aktiviti pembelajaran .
Strategi utama yang boleh digunakan dalam penerapan nilai murni adalah melalui aktiviti secara
individu , berkumpulan dan kelas . Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus tetapi
murid memperolehinya secara tidak langsung melalui aktiviti gerak kerja kumpulan dan kerja
projek yang dijalankan . Contohnya , guru boleh menyerapkan nilai kerjasama , disiplin ,
bertolak ansur , dan sebagainya semasa murid melakukan aktiviti secara kumpulan .
11
Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia ,
berhemah tinggi , berperibadi mulia dan prihatin .
c. Penyerapan Kewarganegaraan .
Semangat kewarganegaraan dan patriotisme yang berlandaskan kepada Rukun Negara
hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini selaras dengan
objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Penyerapan nilai tersebut boleh
diserapkan pada bila-bila masa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk
melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan
negara .
d. Penyerapan sosio-budaya
Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa , laras
bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia . Peraturan sosio-budaya
ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia .
e. Penyerapan Berfikir dan Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran berfikir perlu diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Contoh-contoh kemahiran berfikir
yang boleh diserapkan dengan pelajaran bahasa ialah menentukan urutan, meramalkan,
menyelesaikan masalah dan lain-lain. Namun demikian, kemahiran nilai tambah seperti
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi kemahiran belajar cara belajar, kajian masa
depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontruktivisme, dan pembelajaran konteksual juga
perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran, kebolehan
murid serta sumber yang ada. Pemilihan bahan perlulah sesuai dan hal ini dapat mengelakkan
kebosanan di kalangan murid (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Murid memperolehi
pengetahuan dan pengalaman secara tidak lansung, di samping mempelajari kemahiran
bahasa.
12
(iii) Pengayaan
Pengayaan merupakan aktiviti yang diberikan guru kepada golongan murid yang mempunyai
tahap kemampuan yang memuaskan dan telah menguasai kemahiran asas . Aktiviti pengayaan
boleh dilakukan sama ada di luar atau di dalam kelas .Pengayaan merupakan strategi untuk
meluaskan pengetahuan dan pengalaman, di samping mengukuhkan kemahiran yang
dipelajari. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), proses ini memberi peluang kepada murid
mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat
kepimpinan. Namun, penekanan yang diberikan berbeza-beza mengikut tahap kebolehan,
keupayaan, bakat, dan minat pelajar.
Contoh Aktiviti
Contoh bagi aktiviti pengayaan adalah seperti bacaan tambahan, kerja-kerja projek,
serta permainan dan rekreasi.
Aktiviti bacaan tambahan yang boleh dijalankan seperti membaca buku cerita, majalah,
risalah, atau kad bacaan yang mengandungi tema yang sesuai.
Kerja-kerja projek pula seperti mengadakan lawatan, perlaksanaan minggu bahasa,
membuat laporan, menulis cerita, dan sebagainya.
Guru juga boleh melakukan aktiviti permainan dan rekreasi seperti mencari benda
tersembunyi, teka silang kata, meneka bunyi, permainan sahiba, dan lain-lain.
Guru hendaklah mencipta aktiviti yang boleh melahirkan pemikiran kreatif dan kritis murid.
Peluang sama rata kepada pelajar juga perlu diberikan, bagi mengembangkan sifat kepimpinan
sosial yang sedia ada. Hal ini seterusnya, akan meningkatkan keyakinan dan jati diri dalam diri
murid
(iv) Pemulihan
Pemulihan adalah aktiviti yang diberikan guru kepada golongan murid yang mempunyai tahap
kemampuan yang rendah . Pemulihan lebih berfokus kepada proses membantu murid
memperbaiki kelemahan mereka di dalam pembelajaran . Sekiranya murid itu mempunyai
masalah berat dalam penguasaan sesuatu kemahiran , dia perlu dimasukkan ke kelas khas
yang diajar oleh guru khas pemulihan. Selain itu, murid-murid perlu didedahkan dengan bahan-
bahan, kaedah dan gerak kerja yang bersesuaian berdasarkan masalah dihadapi. Contohnya,
guru memberikan latihan pengukuhan untuk dijadikan kerja rumah. Guru juga boleh
13
menggunakan tenaga murid pintar untuk mengendalikan gerak kerja pengukuhan melalui
pembelajaran rakan sebaya. Contoh aktiviti pemulihan adalah seperti mengisi tempat kosong di
dalam petikan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang disediakan .
(v) Penilaian
Penilaian bertujuan mendapat maklumat tentang kesan dan pencapaian objektif pengajaran
atau pembelajaran, berdasarkan perlaksanaan pengajaran. Dalam sistem penilaian KBSR,
tahap satu mementingkan penilaian kemahiran asas 3M, sementara tahap dua pula
mengutamakan penilaian mengenai perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan
seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997).
Jenis Proses Penilaian
Strategi penilaian terbahagi kepada dua jenis. Pertama, penilaian formatif iaitu penilaian serta-
merta untuk mengesan penguasaan kemahiran yang baru disampaikan. Ujian digunakan untuk
mengetahui tentang seseorang . Contoh ujian yang boleh dibuat, seperti dalam bentuk lisan
(termasuk bacaan atau kuiz), pemerhatian, amali atau menjawab soalan bertulis. Menurut
Marzukhi Nyak Abdullah (1994), guru hendaklah mengesan kemajuan murid dalam unit
pembelajaran yang diajar, di samping dapat mengesan perkembangan pembelajaran murid-
murid. Oleh itu, guru mengetahui penguasaan murid dalam kemahiran yang diajar dan juga nilai
yang ditanamkan dalam pengajaran. Murid juga mengetahui kelemahan mereka dan berusaha
untuk segera mengatasinya.
Kedua iaitu penilaian sumatif yang bertujuan untuk mengetahui keseluruhan tahap pencapaian
murid di akhir pembelajaran. Matlamat utamanya untuk memberi markah atau gred kepada
seseorang murid dan biasanya dijalankan di akhir penggal. Markah akan diserahkan kepada
penjaga. Daripada maklumat pencapaian, guru dapat mengenal pasti dan menilai
keberkesanan bahan, teknik dan kaedah pengajaran. Penilaian ini juga digunakan oleh guru
untuk menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pemulihan atau penggayaan .
.
14
4.0 Banding beza matlamat , objektif dan kandungan sukatan pelajaran Bahasa
Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard sekolah
Rendah (KSSR) .
Persamaan
1. Digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
2. Empat prinsip iaitu pendekatan bersepadu , perkembangan individu secara menyeluruh ,
peluang dan kuantiti pendidikan yang sama untuk semua murid serta pendidikan seumur
hidup .
Perbezaan
KBSR Ciri KSSR
Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran .Bahan Kurikulum
Dokumen Standard Kurikulum
yang merangkumi Standard
Pembelajaran dan Standard
Kandungan .
Memastikan perkembangan
potensi murid secara
menyeluruh , seimbang dan
bersepadu .
Matlamat
Pencapaian jangka panjang bagi
memastikan pelajar mempunyai
semangat kecintaan negara di
samping mengusai ilmu
pengetahuan , kemahiran dan
kompetensi serta melahirkan
modal insan yang boleh
menangani cabaran pada masa
hadapan .
Memfokuskan kepada
kemahiran seperti membaca ,
menulis , mengira , berfikir ,
belajar , saintifik dan teknikal .Objektif
Skop yang lebih luas seperti
kemahiran teknologi maklumat ,
kreativiti dan inovasi ,
keusahawanan serta kemahiran-
kemahiran yang diperlukan bagi
menyiapkan diri untuk
menghadapi cabaran masa
hadapan .
Linear Bentuk Kurikulum Modular
15
Kurikulum disampaikan
mengikut turutan misalnya
bermula dari kandungan , hasil
pembelajaran dan seterusnya
aktiviti .
Kurikulum yang kandungannya
diorganisasikan dan seterusnya
disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit yang
dinamakan modul .
- Komunikasi
- Manusia dan alam sekeliling .
- Perkembangan individu .
Reka Bentuk Kurikulum
- Komunikasi
- Kerohanian , sikap dan nilai
- Kemanusiaan
- Perkembangan fizikal dan
estetika
- Sains dan teknologi
- Keterampilan diri
Penggabungjalinan
Pelbagai kemahiran yang
relevan .
Penyerapan
Integrasi dari mata pelajaran
lain .
Pengintegrasian Dalam
Kurikulum
- Elemen merentas kurikulum
- Kreativiti dan inovatif
- Keusahawanan
- Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
16
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Ria 1
Tarikh : 6 Februari 2014
Masa : 9.40 – 10.40 pagi (60 minit)
Tema : Hasil Ternakan Kita
Tajuk : Penternakan Itik Nila
Fokus Utama : 2.2 Aras 3 (i) Membentangkan penemuan dan dapatan secara jelas
dan terperinci
Fokus Sampingan : 5.1 Aras 3(i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
: 9.3 Aras 3 (i) Menterjemah maklumat yang terdapat dalam teks prosa
ke dalam bentuk grafik.
Objektif : Pada akhir proses pembelajaran dan pengajaran murid-murid dapat :
1. Membentangkan tiga hasil dapatan berdasarkan bahan bacaan
dengan betul.
2. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Menukarkan tiga maklumat yang diperoleh dalam bentuk carta alir
dengan betul.
Sistem Bahasa : Tatabahasa: Kata Sendi Nama.
Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kemahiran Hidup, Pendidikan Muzik.
: Nilai : Kerjasama, hormat-menghormati, tekun.
Kemahiran Bernilai Tambah:
i) Kecerdasan Pelbagai- verbal- linguistik, intrapersonal.
ii) Kemahiran Berfikir - menjana idea, menyenaraikan maklumat
iii) Belajar Cara Belajar - mengingat, membaca pantas
Bahan Bantu : LCD, komputer riba, gambar, teks bertajuk Itik Nila, lembaran
kerja, seni kata lagu, akhbar Berita Harian Didik.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat haiwan ternakan dan mendengar bunyi haiwan
ternakan.
17
LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)Nyanyian lagu bertajuk
‘Anak Itik’
Gambar itik Nila/Muscovy
Soalan:
1. Apakah haiwan
yang terdapat
dalam gambar ini?
2. Apakah tajuk
pelajaran pada hari
ini?
Guru memperdengarkan lagu bertajuk
Anak Itik menggunakan komputer riba.
Murid-murid menyanyi lagu yang
diperdengarkan.
Guru menunjukkan gambar itik dan
bersoal jawab tentang tajuk pelajaran
yang akan dipelajari.
Murid diminta meneka tajuk pelajaran
berdasarkan gambar itik.
Guru memperkenalkan tajuk yang akan
dipelajari kepada murid.
Kecerdasan
Pelbagai: Muzik,
verbal linguistik
Teknik: Didik hibur,
soal jawab
Ilmu:
Pendidikan muzik,
Kemahiran hidup
BBM: kad gambar,
seni kata lagu,
komputer riba, LCD
Belajar Cara
Belajar: Memerhati
dan mendengar
dengan berkesan.
Langkah 1
(10 minit)Teks Penternakan Itik Nila
(Rujuk lampiran 1)
Guru mempamerkan teks yang bertajuk
Penternakan Itik Nila menggunakan
LCD.
BBM: LCD dan
komputer
18
Anak itik Tok We,Mandi dalam kolam,Sakit apa Tok We,Sakit sendi tulang.Ubat apa Tok We.Ubat limau lelam.
1. Mengapakah
muncung itik perlu
dipotong?
2. Proses
penternakan itik
terbahagi kepada
berapa peringkat?
3. Berapakah tempoh
masa yang diambil
oleh penternak
untuk menjual itik?
Beberapa orang murid diminta
membaca teks dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
Murid dan guru berbincang secara lisan
tentang teks.
Murid menjawab soalan pemahaman
secara lisan.
Guru menilai jawapan murid dan
memberi peneguhan positif.
Teknik: Bacaan
mekanis, soal
jawab
Belajar Cara
Belajar: Memerhati
dan mendengar
dengan berkesan.
Langkah 2
(20 minit)
Mengumpul maklumat
Pembentangan hasil kerja
Guru membahagikan murid kepada 5
kumpulan. Setiap kumpulan terdiri
daripada 6 orang murid.
Secara berkumpulan, murid mencari
dan mengumpulkan maklumat tentang
proses penternakan itik Nila
berdasarkan teks.
Murid-murid diberi kad manila dan pen
marker untuk mencatat maklumat
tentang proses penternakan itik Nila.
Murid-murid berbincang dan mencatat
maklumat di atas kad manila.
Guru meminta murid melantik seorang
ketua untuk membuat pembentangan.
Wakil kumpulan yang dipilih tampil ke
BBM:
kad manila,
pen marker.
Teknik:
Perbincangan
Kaedah:
Koperatif
Nilai murni:
Kerjasama, hormat
menghormati
Kemahiran berfikir:
Menjana idea, mengumpulmaklumat, membanding beza
19
hadapan kelas dan melekatkan kad
manila pada papan hitam.
Seterusnya, setiap ketua kumpulan
bergilir-gilir membentangkan hasil
perbincangan di hadapan kelas.
Kumpulan murid yang lain membuat
perbandingan antara maklumat yang
diperoleh dengan kumpulan lain.
Kecerdasan
Pelbagai:
Verbal linguistik
Langkah 3
(10 minit)
Menterjemah maklumat ke
dalam bentuk grafik.
Contoh: Carta alir
Guru menarik perhatian murid dengan
mempamerkan carta alir menggunakan
LCD dan komputer riba.
Murid-murid meneliti carta alir.
Murid diminta menukarkan maklumat
yang telah dikumpul tentang proses
penternakan itik Nila ke dalam bentuk
carta alir.
Guru memantau aktiviti murid dan
membimbing murid yang lemah
membina carta alir.
BBM: Carta alir
Kecerdasan
pelbagai:
visual ruang
Kemahiran berfikir:
Membuat lakaran
grafik
BBM:
Buku latihan
Langkah 4
(10 minit) Aspek Tatabahasa:
Kata sendi
Bina lima ayat
menggunakan kata sendi.
Murid diminta meneliti teks
Penternakan itik Nila yang dipaparkan
menggunakan LCD.
Murid-murid mengesan dan
menyenaraikan kata sendi yang
BBM: LCD,
komputer riba,
lembaran kerja
20
(Rujuk lampiran 2)
Contoh kata sendi yang
dipamerkan guru
terdapat dalam teks.
Murid membandingkan jawapan yang
mereka senaraikan dengan meneliti
paparan LCD.
Murid-murid diminta membina ayat bagi
menguji kefahaman tentang kata sendi
nama.
Guru menerangkan tentang
penggunaan kata sendi nama yang
betul.
Guru mempamerkan lima contoh ayat
yang menggunakan kata sendi.
Murid-murid membina lima ayat
menggunakan kata sendi.
Nilai murni: Tekun
Kemahiran berfikir:
Menyenaraikan,
membuat
generalisasi
Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pelajaran
1. Apakah yang kamu
pelajari hari ini ?
2. Apakah
pengajaran yang
kamu peroleh hari
ini?
Murid dibimbing membuat refleksi isi
pelajaran dan nilai murni.
Beberapa orang murid diminta
menyebut semula kata sendi nama
bagi menguji ingatan dan pemahaman.
Guru memberi arahan supaya murid-
Nilai murni:
bekerjasama dan
menghormati
BBM: Akhbar
21
Kerja susulan di rumah.
(aktiviti pengayaan)
murid membaca akhbar Berita Harian
Didik dan menggariskan ayat-ayat
yang menggunakan kata sendi nama
yang terdapat dalam petikan yang
dipilih di rumah.
Berita Harian Didik
6.0 REFLEKSI
22
Tugasan BMM 3101 ini banyak memberi input baru yang bermanfaat kepada saya
kerana melaluinya saya lebih memahami perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan perkaitannya dengan sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah . Matlamat
FPK adalah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani
menjadi teras pegangan bagi seorang guru dalam melahirkan modal insan yang gemilang .
Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu yang dibentuk adalah seiring dengan matlamat FPK .
Sebagai seorang guru , kini saya lebih menghayati hasrat dan impian negara yang terkandung
dalam FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan ,
berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara .
Dalam melaksanakan tugasan ini , saya telah mengenali apa itu strategi 5P yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu . 5P tersebut adalah
penggabungjalinan , penyerapan , penilaian , pemulihan dan pengayaan . Dengan
mengaplikasikan strategi 5P dalam pengajaran dan pembelajaran , murid dapat mengusai
pelbagai kemahiran secara serentak seperti membaca , menulis , bertutur dan mendengar .
Penggabungjalianan dapat menghilangkan rasa bosan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran . Walaupun saya bukan guru yang mengajar Bahasa Melayu tetapi pengetahuan
ini boleh saya gunakan dalam pengajaran subjek-subjek lain . Pemahaman berkaitan strategi
5P ini dapat membantu saya dalam melaksanakan tugasan seterusnya iaitu membina
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu Tahun 5. Kerjasama yang diberikan oleh
rakan-rakan guru Bahasa Melayu banyak membantu dalam menyediakan tugasan ini . Kini saya
telah tahu bagaimana format penulisan RPH Bahasa Melayu dan bagaimana untuk
melaksanakan strategi 5P dalam pengajaran yang dirancang . Sebagai seorang guru Sains ,
saya tidak pernah mengetahui apa yang terkandung dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu .
Saya merasakan tugasan ini dapat membantu saya membimbing murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu sekiranya diperlukan .
Secara keseluruhan tugasan ini banyak memberi input-input tambahan kepada diri
saya . Saya berharap apa yang diperolehi dapat membantu saya memberi sumbangan kepada
anak bangsa dan negara amnya .
Bibliogafi
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan Teknik.
23
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Faridah Nazir. (2010). Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.
Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.
Kamarudin Haji Husin, et al. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Mook Soon Sang, Lee Shok Mee. (1986). Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Tahap I.
Siri Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Heineman Malaysia Sdn. Bhd
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Tahun Lima, Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
S. Nathesan. (1999). Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor
Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Dimuat turun pada 6 Februari 2014 . daripada http://www.moe.gov.my/v/falsafah-pendidikan
Konsep KSSR . Dimuat turun pada 8 Februari 2014 , daripada http://web.jiaozong.org.my/doc/2012/jun/KonsepKSSR.pdf
Konsep 5P . Dimuat turun pada 13 Februari 2014 , daripada http://ayisy.blogspot.com/2009/04/penekanan-konsep-5p.html
RPH Bahasa Melayu Tahun 5 . Dimuat turun pada 13 Februari 2014 , daripada
https://www.academia.edu/4432444/RPH_BM_TAHUN_5
LAMPIRAN BAHAN BANTU MENGAJAR
24
Penternakan Itik Nila
Penternakan itik semakin berkembang di Malaysia.
Antara itik daging yang semakin popular ialah itik Nila.
Itik Nila juga dikenali itik Muscovy. Itik ini dibiakkan
daripada induk yang diimport dari negara Perancis.
Proses penternakan itik terbahagi kepada beberapa
peringkat.
Pada peringkat dua minggu pertama, itik ini perlu
mendapat bekalan air dan makanan yang mencukupi. Air tersebut
hendaklah dicampurkan dengan vitamin dan antibiotik. Bahagian
muncung itik hendaklah dipotong sedikit supaya tidak berlaku
kecederaan sekiranya itik-itik ini memagut sesama sendiri. Hal ini
dilakukan pada usia anak itik satu minggu hingga dua minggu.
Pada peringkat tiga minggu hingga empat minggu pula, itik boleh
dididik bermain di air. Anak-anak itik ini boleh dilepaskan di sekeliling
reban untuk memakan rumpai dan serangga.
Itik Nila mula membesar dengan cepat pada peringkat umur lima
minggu. Pengambilan makanan dan minuman pada peringkat ini semakin
meningkat.
Itik ini sedia untuk dipasarkan apabila mencapai usia antara 11
minggu hingga 13 minggu. Purata berat badan seekor itik pada usia ini
boleh mencapai tiga kilogram.
(Sumber : Petikan diubahsuai berdasarkan buku teks Tahun 5 halaman 107)
Lampiran 2
25
(A) Senaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam petikan.
1.__________________________________
2.__________________________________
3.__________________________________
4.__________________________________
5.__________________________________
(B) Bina lima ayat yang lengkap dan gramatis menggunakan
kata sendi nama.
1.____________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2.____________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3.____________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
4.____________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
5.____________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
26